You are on page 1of 18

1.6.

4 PROSES
KAWALAN
BY FARISHA 
PROSES KAWALAN
◦ Merujuk kepada langkah-langkah pengawalan yang tersusun dan sistematik untuk memastikan matlamat
dapat dicapai.

◦ PROSES KAWALAN
Langkah-langkah dalam Proses
Kawalan
1. MENETAPKAN STANDARD
◦ Standard merupakan asas untuk menilai matlamat atau objektif yang ingin dicapai.
◦ Standard mesti jelas, mudah difahami, boleh diukur dan dapat dicapai.

2. MENGUKUR PENCAPAIAN
◦ Bertujuan untuk mengetahui tahap pencapaian organisasi sepanjang tempoh pelaksanaan sesuatu aktiviti
yang dilaksanakan.
◦ Pencapaian boleh diukur dari segi masa, bentuk dan siapa dengan menggunakan pelbagai cara sama ada
melalui pemantauan, secaca lisan atau bertulis atau melalui kaedah automatic.
Langkah-langkah dalam Proses
Kawalan
3. MEMBANDINGKAN PENCAPAIAN DENGAN STANDARD
◦ Perbandingan antara pencapaian sebenar dengan standard dibuat untuk mengukur keberkesanan
prosespengawalan yang telah dijalankan.
◦ Pengurus akan melakukan analisi untuk mengenalpasti sebarang perbezaan antara pencapaian sebenar
dengan standard.
◦ Tindakan ini dapat mengesan sebarang penyelewengan yang telah berlaku.

4. MEMBUAT LANGKAH PEMBETULAN


◦ Tindakan pembetulan hanya diambil apabila penyelewengan yang besar atau ketara berlaki.
◦ Penyelewengan mungkin berpunca drpd penyalahgunaan sumber fizikal dan manusia atau kesilapan
semasa meneapkan standard.
1.6.5 KAEDAH
KAWALAN
KAEDAH KAWALAN
◦ Merupakan cara-cara kawalan yang boleh digunakan oleh pengurus dalam memastikan aktiviti yang
dirancang oleh organisasi dapat dilaksanakan dengan berkesan
◦ Pengurus perlu mengawal aktiviti secara berterusan bermula drpd peringkat input, proses transformasi
dan output.
◦ Terdapat 3 kaedah kawalan iaitu;

1. KAWALAN AWALAN (K.A)


◦ KA dilaksanakan sebelum sebarang alat dimulakan.
◦ Kaedah ini digunakan untuk mengawal aktiviti yang melibatkan penggunaan mesin atau peralatan.
◦ Pengawalan ini boleh dijalankan dgn memeriksa, memperbaiki atau penggantian peralatan atau mesin
yang telah rosak.
KAEDAH KAWALAN
2. KAWALAN SEMASA (K.S)
◦ KS dilaksanakan ketika sesuatu proses atau aktiviti sedang dijalankan.
◦ KS melibatkan tindakan pemulihan, pembetulan dan pengubahsuaian selepas kerosakan berlaku.
◦ Bentuk KS ialah kawalan kualiti, kawalan kuantiti dan kawalan preatasi.

3. KAWALAN SELEPAS
◦ KL hanya dilaksanakan selepas sesuatu proses atau aktiviti tamat.
◦ Melalui KL, organisasi dapat mengetahui sama ada hasil sebenar diperoleh menepati perancangan yang
telah dibuat atau sebaliknya.
◦ Kesannya, kecekapan dan keberkesanan sesuatu aktiviti yang telah berlaku dapat dikenalpasti.
KAITAN ANTARA KAEDAH KAWALAN
DENGAN PROSES PENGELUARAN
KAITAN ANTARA KAEDAH KAWALAN
DENGAN PROSES PENGELUARAN
1. KAWALAN AWALAN
◦ KA merupakan tindakan kawalan pencegahan seperti memeriksa mesin-mesin dan memperbaiki atau
menggantikan bahagian tertentu. KA akan dijalankan sebelum sebarang kerosakan berlaku walaupun
peralatan tersebut masih boleh digunakan dan belum rosak.
◦ KA dilaksanakan bagi memastikan segala input yang digunakan memenuhi piawaian yang telah
ditetapkan seperti penggunaan bahan mentah yang berkualiti.
◦ KA digunakan bagi memastikan segala input yang ditempah atau dibeli tiba ke destinasi pada tempat dan
masa yang ditetapkan.
◦ KA dilaksanakan bagi memastikan kos yang terlibat dalam proses pengeluaran adalah berpatutan, tenaga
kerja mahir digunakan dalam proses pengeluaran dan setiap mesin atau peralatan yang digunakan
sentiasa berada dalam keadaan yang baik.
KAITAN ANTARA KAEDAH KAWALAN
DENGAN PROSES PENGELUARAN
2. KAWALAN SEMASA
◦ KS merupakan tindakan pembaikan dijalankan ketika proses pengeluaran sedang dijalankan.
◦ Pada peringkat ini, tindakan pemulihan, pembetulan atau pengubahsuaian diambil selepas
penyelewengan berlaku.
◦ Melalui KS, proses pengeluaran dalam kilang dapat dikawal, prosedur kerja standard dapat diikuti,
penyelarasan dan penyeliaan rapi dapat dilaksanakan, pemantauan berterusan dapat dijalankan dan
pembetulan segera dapat dilaksanakan.
KAITAN ANTARA KAEDAH KAWALAN
DENGAN PROSES PENGELUARAN
3. KAWALAN SELEPAS
◦ KL merupakan tindakan pembetulan dilaksanakan setelah sesuatu aktiviti tamat dengan tujuan untuk
mengetahui sama ada keseluruhan aktiviti berjalan dengan betul dan mencapai matlamat.
1.6.6 ALAT-ALAT
KAWALAN
ALAT-ALAT KAWALAN
◦ berperanan memastikan segala perancangan yang telah dibuat oleh pihak pengurusan sesebuah organisasi
dilaksanakan secara sistematik, efektif dan efisien.
ALAT-ALAT KAWALAN
1. ANALISI PULANG MODAL
◦ Mengenal pasti unit pengeluaran minimum yang perlu dicapai supaya operasi perniagaan tidak
mengalami kerugian danseterusnya membolehkan perniagaan terus kekal bersaingdalam industri.
◦ Mengawal jumlah kos operasi supaya tidak melebihi jumlah kos belanjawan kerana pengawalan kos
operasi lebih tertumpu pada kos berubah.
◦ Mengawal prestasi kerja untuk memastikan segala aktiviti yangdijalankan dapat mencapai matlamat yang
telah ditetapkanterhadap sasaran keluaran.
◦ Menetapkan untung sasaran melalui peningkatan kuantitikeluaran dan peletakan harga jualan minimum
terhadap setiapunit keluaran.
-Pengawalan boleh dilakukan dengan memastikan perniagaan mengeluarkan keluaran mengikut kuantiti
yang telah ditetapkan dan menjual keluaran mengikut harga jualan yang telah ditetapkan
ALAT-ALAT KAWALAN
2. BAJET
◦ Memastikan setiap sumber kewangan diperoleh dapat membiayai kos aktiviti yang dirancang.
-Contoh pengawalan ialah memastikan hutang dikutip dalam tempoh yang telah ditetapkan.
◦ Memastikan setiap peruntukan perbelanjaan digunakan secaraefisien bagi mengelakkan berlaku
pembaziran.
◦ Menentukan sumber pembiayaan dan bentuk perbelanjaanyang akan terlibat dalam setiap bajet seperti
bajet hasil, bajetmodal dan bajet bahan mentah supaya prestasi kewanganorganisasi secara keseluruhan
dapat ditingkatkan.
◦ Memudahkan pihak pengurusan membuat perbandinganmemandangkan bajet disediakan berdasarkan
data berangka.
-Sebarang perbezaan dapat dikesan dengan cepat dan tindakan pembetulan akan dapat diambil dengan
kadar segera
ALAT-ALAT KAWALAN
3. CARTA GANTT
◦ Mengawal penggunaan masa dan aktiviti dalam proses pengeluaran bagi memastikan sumber digunakan
secara efektif.
◦ Memastikan setiap aktiviti dijalankan mengikut urutan yang betul supaya tidak menjejaskan perjalanan
aktiviti lain yang berkaitan.
◦ Memastikan setiap aktiviti yang dijalankan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
◦ Memantau aktiviti yang perlu dijalankan secara serentak bagi mengelakkan pembaziran masa dan tenaga.
ALAT-ALAT KAWALAN
4. ANALISIS PERT/CPM
◦ Memastikan setiap aktiviti disiapkan pada masa yang dirancang supaya keseluruhan projek dapat
disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.
◦ Memastikan semua aktiviti pendahulu disiapkan pada masa yang telah ditetapkan supaya tidak
menjejaskan aktiviti berkaitan yang lain.
◦ Memastikan aktiviti genting dan kritikal disiapkan pada masa yang ditetapkan supaya tidak menjejaskan
perjalanan keseluruhan projek.
◦ Mengawal aktiviti luar jangka yang mungkin berlaku dalam proses pengeluaran bagi membolehkan
tindakan pembetulan diambil dengan segera jika berlaku sebarang gangguan terhadap proses pengeluaran
seperti kerosakan mesin atau bencana alam.
SEKIAN, TERIMA
KASIH
BY FARISHA

You might also like