You are on page 1of 23

DAM 4623 TP-300-4/M06/KP(3/4) Helaian 1 Daripada 23

INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA


KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

KERTAS PENERANGAN

KURSUS AFTER SALES SERVICE EXECUTIVE

TAHAP LEVEL 4

NO. DAN TAJUK


06.00 QUALITY MANAGEMANT 1
MODUL

06.01 Implement work flow process


06.02 Carry out customer satisfaction activities
TUGASAN 06.03 Conduct technical issues analysis
06.04 Conduct technical recall campaign

This module contains the scope of quality control consisting


of identifying quality control planning and activities, preparing
and obtain quality control, checking quality control planning
OBJEKTIF and activities, assuring enforcement of quality control
PENCAPAIAN activities, recording and produce quality control activities.
The content of this module is used to design teaching, learning
activities and assessment tools to evaluate trainees
performances.
TAJUK MENANGANI ISU TEKNIKAL DAN ANALISIS

Conduct technical issues analysis using service information,


customer feedback, manufacturer’s specification, Workshop
Management System, organisation chart so that type of technical
TUJUAN
issues identified, obtained, analysed, technical countermeasures
proposed, analysis findings recorded in accordance with
company`s Standard Operating Procedure.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2014 (Edisi 6)
DAM 4623 TP-300-4/M06/KP(3/4) Helaian 2 Daripada 23

Definisi Kawalan Kualiti


Pada dasarnya, tiada satu definisi kawalan kualiti yang paling baik.
Pengarang dan sumber yang berbeza akan memberi pengertian yang berbeza. Di
bawah terdapat beberapa definisi yang penting bagi kawalan kualiti.

Definisi W.E. Deming (Pakar statistik Amerika Syarikat)


Statistik Kawalan kualiti (SQC) merupakan suatu aplikasi metod statistik
dalam setiap tahap pengeluaran produk yang berguna, sesuai untuk pasaran dan
pada harga yang serendah mungkin.

Definisi JIS (Japanese Industrial Standards) terminalogi piawai Z8101 – 1981 :


Kawalan kualiti adalah didefinisikan sebagai satu sistem yang merangkumi
kaedah-kaedah bagi penyediaan kos efektif untuk barang-barang dan perkhidmatan
yang mana kualitinya sepadan dengan keperluan pembeli.

Definisi J.M Juran (Pakar Statistik dan Pengurusan Amerika)


Mengikut beliau, kawalan kualiti merujuk kepada semua sumber yang
digunakan untuk menentukan piawai kualiti dan untuk mencapai piawai kualiti
tersebut. Kualiti kawalan statistik merupakan sebahagian daripada sumber-sumber
tersebut yang berasaskan kaedah statistik.

Definisi Kaoru Ishikawa (Pengarang Buku Introduction To Quality Control)


‘Quality control consists of developing, designing, producing, marketing and
servicing products and services with optimum cost – effectiveness and usefullnes,
which customers will purchase with satisfaction.’

Definisi Kawalan Kualiti boleh disimpulkan; merujuk kepada teknik operasi


dan aktiviti yang digunakan bagi memenuhi keperluan kualiti itu sendiri. Ini
melibatkan penurunan kadar ketidakpuasan prestasi pada tahap minimum bagi
merangsangkan ekonomi. Menurut Hayes and Romig dalam bukunya Modern
Quality Control, definisi terbaik bagi kawalan kualiti adalah seperti yang terkandung
dalam MIL-STD-109. Definisi ini ialah: kawalan kualiti adalah satu fungsi
pengurusan di mana kawalan terhadap kualiti bahan mentah dan barang siap
adalah dilaksanakan bagi tujuan mencegah pengeluaran yang cacat. Untuk

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2014 (Edisi 6)
DAM 4623 TP-300-4/M06/KP(3/4) Helaian 3 Daripada 23

memenuhi tanggungjawab ini, organisasi yang menjalankan kawalan kualiti mesti


menggunakan setiap cara dan kaedah yang dapat mengelakkan, mengesan dan
membetulkan kesilapan atau kecenderungan melakukan kesilapan dalam proses
pengeluaran. Ini bermakna, bagi mencapai matlamat kawalan kualiti,
pembolehubah tertentu yang mempengaruhi kualiti seperti tenaga manusia, bahan
mentah dan mesin mestilah dikawal.
Pemeriksaan (inspection) merupakan bahagian kawalan kualiti yang
membantu mengelak daripada berlakunya kecacatan. Operasi pemeriksaan yang
menyeluruh merangkumi penilaian terhadap bahagian pembelian, bahagian
pembuatan dan bahagian servis. Tujuan pemeriksaan adalah untuk menentukan
sama ada produk adalah memenuhi standard-standard kualiti yang dibentuk.
Kawalan kualiti cara Jepun (yang diubahsuai dari Amerika Syarikat) telah
diperkenalkan di Jepun semenjak 30 tahun lalu dan telah mencapai kejayaan yang
cemerlang. Kawalan kualiti bukannya tugas pakar-pakar tertentu sahaja, malah ia
melibatkan pihak pengurusan atasan dan eksekutif. Pihak pengurusan atasan di
syarikat-syarikat Jepun telah menunjukkan usaha dan inisiatif yang tinggi dalam
melaksanakan kawalan kualiti. Pergerakan kawalan kualiti ini telah menyebar ke
banyak negara lain.

2. Kawalan Proses Statistik (SPC )


Kawalan kualiti dalam makna yang lebih luas, merujuk kepada satu spektrum
kaedah pengurusan untuk mengekalkan kualiti pengurusan. Kawalan Kualiti
Statistikal pula merujuk kepada semua kaedah tersebut yang menggunakan prinsip
dan teknik statistik untuk mengawal kualiti.
Kebanyakan hubungan stastistikal adalah ringkas. Carta-carta kawalan
adalah secara asasnya berdasarkan kepada pengukuran kecenderungan kepada
sasaran dan pengukuran variasi. Taburan (Distributions) adalah berdasarkan
kepada konsep-konsep statistik yang dibangunkan di dalam pelbagai bidang.
Taburan Normal (Normal Law atau bell-shaped distribution) serta khi kuasa dua
adalah digunakan secara meluas. Di sini, harus ditekankan bahawa penilaian-
penilaian terhadap masalah-masalah statistikal yang timbul di dalam kawalan kualiti
perlulah dilakukan dengan menggunakan jadual yang sesuai.
Majoriti pemeriksaan adalah dibuat atas asas penerimaan-penolakan. Unit-
unit adalah dikelaskan sebagai defektif atau tidak defektif dan mungkin juga

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2014 (Edisi 6)
DAM 4623 TP-300-4/M06/KP(3/4) Helaian 4 Daripada 23

dinyatakan sebagai conforming/nonconforming. Bahagian-bahagian akan diterima


atau ditolak atas asas lot kuantiti. Apabila keputusan pemeriksaan tersebut
dimasukkan ke dalam komputer, maklumat serta-merta berkenaan dengan tahap
proses boleh diperolehi. Seterusnya, langkah-langkah yang bersesuaian boleh
diambil untuk memastikan kawalan yang lebih baik terhadap proses-proses
pengeluaran bagi mengurangkan kerugian.

2.1 Alatan-Alatan Asas Kawalan Proses Statistik


1. GAMBARAJAH SEBAB-AKIBAT

Gambarajah Sebab dan Akibat turut dikenali juga sebagai "Fishbone


Diagram" atau " Ishikawa Cause-Effects Diagram" telah dibangunkan oleh Kaoru
Ishikawa. Beliau merupakan seorang juru statistik yang berbangsa Jepun. Pada
asalnya Ishikawa membangunkan gambarajah tersebut untuk syarikat Kawasaki
Iron Fukiai Works pada tahun 1952.
Gambarajah Sebab-Akibat dibangunkan secara visual untuk mendedahkan
sebab utama bagi sesuatu kejadian, masalah, dan kesan yang wujud. Ia direka
untuk menggambarkan hubungan di antara kesan dan segala kemungkinan sebab

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2014 (Edisi 6)
DAM 4623 TP-300-4/M06/KP(3/4) Helaian 5 Daripada 23

yang boleh dipengaruhi.Gambarajah tersebut semakin popular di Jepun kerana


dapat membantu mengenal pasti sebab utama yang boleh mencetuskan kepada
masalah khususnya di dalam sektor pembuatan. Menurut Ishikawa:-
" Semasa terdapat banyak faktor penyebab, faktor sebenar yang utama, yang
mempengaruhi kesan yang lain hanyalah satu dan tidak banyak Sekiranya kita
menuruti prinsip yang dibangunkan oleh Vilfredo Pareto, apa yang perlu kita lakukan
ialah menyeragamkan dua atau tiga faktor penyebab yang utama dan
mengawalnya. Tetapi faktor utama hendaklah ditemui terlebih dahulu. Di dalam
mencari faktor penyebab yang utama individu yang terlibat dalam proses
pemerhatian seperti pekerja, jurutera dan penyelidik perlulah diberi tunjuk ajar
terlebih dahulu. Mereka perlu berbincang tentang proses secara terbuka, dan sessi
terbabit dikendalikan secara brainstorming. Pembentangan pendapat di dalam sessi
tersebut perlulah dianalisis terlebih dahulu dan diperiksa secara saintifik dan rational
ke atas data yang wujud".
(Kaoru Ishikawa (David J. Lu Translator).
Masyarakat Jepun yang terkenal sebagai sebuah bangsa yang terlalu
mementingkan kualiti produk begitu berbangga kerana berjaya menyaingi
masyarakat Barat khususnya US dari segi proses pembaikan kualiti. Wujudnya
gambarajah Sebab-Akibat boleh membantu mereka mengenalpasti sesuatu faktor
utama yang mereka hadapi khususnya dari segi membaiki mutu produk yang
dikeluarkan.

2. Penggunaan Gambarajah Sebab-Akibat


Gambarajah Sebab-Akibat merupakan hanya satu daripada tujuh alat kualiti
yang tidak menggunakan kaedah statistik. Gambarajah ini dipersembahkan dengan
menyatakan sebab-sebab utama yang boleh memberikan kesan kepada aktiviti
pengurusan, pembuatan, perkhidmatan dan sebagainya.
Gambarajah Sebab-Akibat digunakan untuk mengenalpasti faktor utama yang
boleh menghalang kepada peningkatan kualiti yang baik ke atas produk. Selain itu
membantu pihak pengurusan untuk menganalisa langkah seterusnya yang boleh
diambil semasa sessi brainstorming. Secara kasarnya gambarajah Sebab-Akibat
lebih dikaitkan dengan sessi brainstorming kerana pada masa inilah pelbagai idea
tentang sebab yang menghalang proses dapat dijana oleh para pekerja.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2014 (Edisi 6)
DAM 4623 TP-300-4/M06/KP(3/4) Helaian 6 Daripada 23

Malah Dr. Kaoru Ishikawa sendiri telah menjelaskan faedah yang boleh diperolehi
disebalik penggunaan gambarajah terbabit. Di antaranya :-
a. Bagi mewujudkan gambarajah Sebab-Akibat perlu timbul kesedaran
pada pihak pengurusan akan kepentingan gambarajah yang diharap
boleh membantu menyelesaikan pelbagai masalah di dalam proses
pengeluaran dan sebagainya.
b. Gambarajah Sebab-Akibat lebih memfokuskan kepada masalah yang
timbul bagi sesuatu kumpulan, oleh itu perbincangan yang tidak
berkaitan dapat dielakkan.
c. Gambarajah tersebut juga dapat mengasingkan di antara sebab
daripada simptom semasa proses pengumpulan data. Ini bermakna
pihak pengurusan hanya akan mengenalpasti sebab-sebab yang
utama dan bukan sebab sampingan.
d. Kelebihan gambarajah Sebab-Akibat yang utama ialah boleh
digunakan untuk sebarang masalah yang timbul tidak kira dalam apa
bidang pun.
e. Selain itu juga dapat menggalakkan semangat kerjasama di kalangan
para pekerja.
f. Gambarajah boleh digunakan sebagai alat pengurusan di dalam
memperuntukan tugas bagi tujuan penyiasatan.

3. Cara Pembinaan Gambarajah Sebab-Akibat.


Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil bagi membina sebuah
gambarajah Sebab-Akibat. Diantara langkah-langkah yang perlu diambil ialah:
i. Meletakkan penyataan masalah di dalam kotak di sebelah kanan.
Masalah
tersebut perlulah difahami terlebih dahulu di dalam sebarang konteks
untuk proses pembaikan serta boleh diukur.
ii. Melukis heading (bahagian atas) bagi empat atau lima kategori sebab
di bahagian kanan kotak. Terdapat pelbagai standard kategori yang
boleh digunakan. Lazimnya pada bahagian heading dipecahkan
kepada:-
a. Lima M - men, methods, machinery, material, maintenance.
b. Sebab Utama – Sebab 1, Sebab 2, Sebab 3, Sebab 4, Sebab 5.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2014 (Edisi 6)
DAM 4623 TP-300-4/M06/KP(3/4) Helaian 7 Daripada 23

i. Di dalam konteks ini, sebab utama perlulah dipecahkan kepada empat


P, iaitu Polisi, Prosedur,People dan Physical resouces. Walaupun
kategori ini paling kerap digunakan tetapi terdapat pelbagai kategori
yang lain boleh digunakan.
ii. Bagi setiap jenis kategori sebab nyatakan mengapa wujud dan
timbulnya sebab-sebab tersebut.
iii. Sekiranya idea yang diberikan adalah terlalu lemah atau tidak
memuaskan maka gunakan sebab utama yang telah diwujudkan pada
permulaan gambarajah.

4. Contoh Penggunaan Gambarajah Sebab-Akibat.


Contoh 1
Sebuah pasukan kerja menggunakan gambarajah Sebab-Akibat untuk
melihat impak yang paling besar ke atas pembedahan ke atas pesakit yang
dibataklan. Mereka telah berjaya membangunkan kaedah untuk menggurangkan
pembatalan sebanyak 17% dan dapat menjimatkan sebanyak US $350,000.

3. CARTA PARETO

Prinsip Pareto telah dibangunkan oleh Vilfredo Pareto, seorang ahli ekonomi
dan psikologi yang berbangsa Itali pada penghujung kurun ke 19. Pada awalnya,
Pareto mendapati bahawa di dalam realiti dunia sebenar penyebab-penyebab kecil
boleh mengakibatkan masalah yang terlalu besar. Ini terbukti apabila beliau
menyedari bahawa sebahagian besar daripada pendapatan negara berada di dalam
tangan 20% daripada populasi penduduk.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2014 (Edisi 6)
DAM 4623 TP-300-4/M06/KP(3/4) Helaian 8 Daripada 23

Konsep Pareto juga dikenali sebagai 80%-20% iaitu, 80% daripada aktiviti
adalah disebabkan oleh 20% faktor ( beberapa faktor yang penting ). Dengan
memberikan tumpuan penuh kepada penyebab masalah yang berjumlah 20% ini
maka pihak pengurusan dapat menyelesaikan 80% daripada masalah kualiti. Bagi
mengenalpasti apakah 20% faktor utama kepada penyebab masalah kualiti maka
carta Pareto telah digunakan.
Disebabkan pengalaman kerja beliau selama 20 tahun sebagai seorang
jurutera yang sentiasa berorientasikan kaedah matematik, Pareto lebih cenderung
untuk menggambarkan penumpuan terhadap masalah yang dihadapi di dalam
kaedah matematik. Beliau telah berjaya membangunkan sebuah keluk kumulatif
yang berasal daripada bilangan pendapatan keluk individu. Ini adalah ekoran
pemerhatian beliau ke atas pengagihan pendapatan negara yang terletak di dalam
tangan 20% populasi penduduk Berlaku pengagihan yang tidak seimbang di
kalangan penduduk.
Malah selepas Perang Dunia ke 2, pihak kawalan inventori turut
mendedahkan bahawa prinsip yang telah dibangunkan oleh Pareto telah digunakan
dengan berkesan. Item-item inventori yang telah diplotkan di atas graf peratus
kumulatif adalah berada di dalam nilai yang menurun dan ini menunjukkan wujud
hubungan dengan prinsip tersebut. 10%-20% menggambarkan nilai keseluruhan
item-item inventori yang besar iaitu, 80%-90%. Manakala kedudukan peratusan
yang besar bagi kategori item-item inventori menunjukkan nilai keseluruhan yang
kecil.
Pemerhatian turut dilakukan ke atas kajian-kajian lain dan mendapati pengaruh
prinsip yang diasaskan oleh Pareto begitu tersebar dengan luasnya. Misalnya
kajian-kajian berikut:
a. Masalah disiplin di sekolah yang disebabkan oleh sebilangan kecil
pelajar.
b. Masalah ponteng kerja yang serius yang dicetuskan oleh beberapa
orang pekerja.
Jelaslah di sini menurut pendapat Pareto bahawa 20% faktor kecil sekiranya tidak
diambil tindakan segera boleh mengakibatkan 80% aktiviti pengurusan terjejas
sehingga mengganggu produktiviti dan kualiti aktiviti tersebut.

1. Penggunaan Carta Pareto

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2014 (Edisi 6)
DAM 4623 TP-300-4/M06/KP(3/4) Helaian 9 Daripada 23

Carta Pareto telah digunakan sebagai salah satu daripada tujuh alat kualiti di
dalam proses pembaikan berterusan. Penggunaan carta ini amat mudah serta dapat
membantu pihak pengurusan menyelesaikan kira-kira 80% daripada masalah kualiti
yang berlaku di dalam sektor pembuatan dan sebagainya.Tujuan utama carta
Pareto dibangunkan adalah untuk menunjukkan kesan penting yang terhasil
daripada beberapa penyebab atau faktor kecil. Carta Pareto juga adalah kaedah
grafik yang dibina khusus untuk menunjukkan proses bilangan masalah yang kerap
muncul dan mempunyai kesan yang besar serta perlu diambil tindakan segera oleh
pihak pengurusan untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Melalui penggunaan Carta Pareto juga pihak pengurusan dapat menentukan
apakah masalah yang perlu diberikan keutamaan dari segi penyelesaiannya.
Misalnya sebuah pasukan kerja telah menggunakan kaedah carta Pareto untuk
membantu mereka memahami sebab dan alasan kepada berlakunya runggutan
daripada pihak pelanggan serta kekerapan runggutan tersebut berlaku. Dengan
menggunakan maklumat yang ada, serta berdasarkan carta Pareto yang dibina,
proses pembaikan terbabit dapat menentukan usaha utama yang perlu
dilaksanakan untuk mengatasi masalah yang timbul. Selain itu dapat memastikan
kejadian yang berlaku dapat dielakkan secara keseluruhannya daripada terus
berulang pada masa-masa akan datang.

2. Cara Pembinaan Carta Pareto


Terdapat beberapa langkah yang perlu diambil di dalam membangunkan
carta Pareto. Langkah-langkah ini penting bagi memastikan sebuah carta Pareto
yang baik serta dapat memberi kesan khususnya dari segi pembaikan kualiti dapat
dilaksanakan. Di antara langkah-langkah tersebut ialah:-
i. Memilih masalah yang boleh dibandingkan dan disusun mengikut
tahap dengan menggunakan data yang sedia ada. Setiap masalah
hendaklah dikenal pasti terlebih dahulu sebelum proses pembinaan
carta Pareto bagi penyelesaian masalah terbabit dapat dilakukan.
ii. Memilih unit pengukuran / sukatan yang sesuai serta mudah
digunakan. Ini bagi membolehkan masalah terbabit dapat difahami
menerusi penggunaan unit sukatan / ukuran yang sesuai serta biasa
digunakan pada masa kini. Biasanya unit sukatan yang digunakan
adalah di dalam bentuk frekuensi, kos dan peratusan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2014 (Edisi 6)
DAM 4623 TP-300-4/M06/KP(3/4) Helaian 10 Daripada 23

iii. Pada paksi menegak di dalam carta bar ditandakan dengan unit
sukatan yang telah dipilih.
iv. Memilih jangka masa yang hendak dikaji. Kebiasaannya jangka masa
selama empat minggu dipilih kerana kepelbagaian kejadian berlaku
pada masa yang berlainan sepanjang tempoh tersebut.
v. Menggumpulkan kesemua data yang diperlukan bagi setiap kategori
yang dibangunkan.
vi. Membandingkan setiap kategori dengan kategori yang berkaitan di
dalam unit sukatan yang telah dipilih.
vii. Menyenaraikan semua kategori dari kiri ke kanan pada paksi
mendatar di dalam carta Pareto di dalam kedudukan menurun.
viii. Di atas setiap kategori dilukiskan segitiga , berat dimana mewakili
klasifikasi unit sukatan.

3. Contoh Penggunaan Carta Pareto


Di bawah ini dinyatakan contoh-contoh penggunaan carta Pareto bagi
memudahkan penjelasan tentang kepentingan penggunaan carta tersebut.
Contoh 1
Syarikat Barang-barang Kaca Renee telah berjaya mengutip 75 kecacatan
sepanjang hari semasa proses pengeluaran produk. Pengurus syarikat terbabit
telah bercadang untuk menyediakan analisis kecacatan dengan menggunakan carta
Pareto. Daripada data yang telah dikutip didapati 61 kali masalah yang berlaku
ialah gelas bercalar, 5 kali akibat gelas yang poros, 4 kali akibat keretakan kecil
pada gelas, 3 kali akibat terdapat pencemaran pada gelas tersebut dan hanya 2 kali
bagi lain-lain masalah.
Langkah Penyelesaian bagi masalah tersebut ialah:
Langkah # 1 : Melukis paksi X dan paksi Y.
Langkah # 2 : Melabelkan paksi X (labelkan dengan frekuensi sesuatu masalah itu
berlaku) dan paksi Y (penyebab dan jumlah peratusan).
Langkah # 3 : Melukis graf carta Pareto. Rujuk Rajah 2.
Jelaslah di sini bahawa penggunaan carta Pareto bukan sahaja dapat
membantu pihak pengurusan Syarikat Barangan Kaca Renee dan Syarikat DBS

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2014 (Edisi 6)
DAM 4623 TP-300-4/M06/KP(3/4) Helaian 11 Daripada 23

mengenalpasti masalah yang timbul tetapi juga dapat membantu proses


peningkatan kualiti produk yang dikeluarkan. Masalah yang paling kerap berlaku
seperti masalah runggutan terhadap penggangkutan yang dihadapi oleh syarikat
DBS perlulah diberikan keutamaan dari segi penyelesaiannya oleh pihak
pengurusan syarikat.
Melalui carta Pareto yang dibina pihak pengurusan dapat melihat dengan jelas
masalah-masalah tersebut serta tindakan wajar yang perlu diambil bagi mengelakan
masalah tersebut berulang kembali.

4. CARTA KAWALAN (CONTROL CHARTS)

Carta kawalan merupakan kaedah secara grafik untuk menilai sama ada sesuatu
proses itu berada di bawah kawalan secara statistik atau tidak. Ia juga membantu
mengasingkan variasi sebab terumpukan dan variasi sebab peluang agar tindakan
boleh diambil untuk menyingkirkan variasi yang disebabkan oleh sebab – sebab
spesifik. Terdapat dua jenis variasi iaitu :
1. Variasi sebab peluang
Ia adalah komponen variasi yang sememangnya wujud secara semulajadi dalam
proses.
2. Variasi sebab terumpukan
Komponen variasi yang wujud disebabkan oleh sebab – sebab spesifik dan
menyebabkan amaun variasi yang besar.Sesuatu proses itu dikatakan berada
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2014 (Edisi 6)
DAM 4623 TP-300-4/M06/KP(3/4) Helaian 12 Daripada 23

dalam keadaan terkawal secara statistik jika variasi yang wujud itu berlaku secara
rawak atau peluang sahaja. Variasi jenis ini tidak dapat disingkir dengan
ekonomik tanpa perubahan ke atas proses itu sendiri.

1. KENAPA MENGGUNAKAN CARTA KAWALAN ?


Mengujudkan suatu program yang sistematik untuk tujuan ujian dan sukatan
Memberikan maklumat dalam bentuk yang membolehkan sesuatu tindakan
pemulihan diambil
Paparan sejarah kualiti berkenaan dengan sesuatu proses secara grafik
Mengenalpasti masalah sebenar dan membolehkan tindakan pemulihan
diambil
Efektif dari segi kos
Merekod kelakuan proses akibat daripada sesuatu perubahan
Mengujudkan disiplin
Membekalkan informasi diagnosis

2. CIRI – CIRI CORAK CARTA KAWALAN


1. CIRI-CIRI CORAK SEMULAJADI
Jika variasi sebab terumpukan dapat disingkirkan daripada sesuatu proses ,
carta kawalan bagi proses tersebut akan memaparkan corak bersifat semulajadi.
Ciri-ciri corak yang terbentuk daripada titik-titik yang dihubungkan dengan garis
lurus dapat diringkaskan seperti berikut:
1. Kira-kira 2/3 daripada titik-titik itu terletak berdekatan dengan garis tengah
2. Hanya beberapa titik sahaja yang terjatuh dengan dengan had-had
kawalan
3. Tiada titik terjatuh di luar had kawalan
4. Bilangan titik di kedua-dua belah garisan tengah adalah lebih kurang
seimbang
5. Titik-titik terjatuh di atas dan di bawah garis secara rawak

3.CIRI-CIRI CORAK LUAR BIASA


Corak luar biasa pada carta kawalan boleh dikenalpasti dengan sifat-sifat
berikut :
1. Titik berada di luar kawalan (FREAKS)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2014 (Edisi 6)
DAM 4623 TP-300-4/M06/KP(3/4) Helaian 13 Daripada 23

Terdapat satu titik yang terkeluar dari kawalan sedangkan titik-titik lain semuanya
berkelakuan normal.
2. Tidak stabil (INSTABILITY)
Turun-naik yang luar biasa besarnya. Corak ciri ini boleh dilihat sebagai taburan
titik turun dan naik secara liar.
3. Trend
Satu siri titik-titik (lebih dari 7) bergerak secara berterusan di dalam satu arah
(sama ada naik atau turun)
4. Sisihan aras secara tiba-tiba
Purata proses melompat dari satu aras ke aras yang lain dalam suatu selang
masa yang amat pendek.
5. Kitaran (Cycles)
Trend pendek di dalam data yang wujud secara berulangan.
6. Campuran (Mixture)
Titik-titik cenderung jatuh dekat dengan had kawalan , dengan bilangan titik yang
sedikit secara relatif pada garis tengah.
7. Stratifikasi
Titik-titik cenderung berkumpul di sekitar garisan tengah.

4. JENIS CARTA KAWALAN


1. Carta kawalan jenis atribusi (attribute)
Carta kawalan atribusi merumus output sesuatu produk dalam satu tempoh
sama ada diterima atau tidak diterima. Ia digunakan dalam bidang pengeluaran dan
organisasi yang menawarkan perkhidmatan. Sesuatu produk mungkin memiliki
pelbagai ciri-ciri kualiti. Seorang penyelia mungkin ingin mengesan/menjejak
pelbagai variasi dalam ciri kualiti tetapi ingin mengetahui berapakah unit produk
yang defek. Beliau boleh melihat kepada carta atribusi ini untuk menjejak data
tersebut. Carta atribusi ini senang dan mudah digunakan , kos efektif dan dapat
mengesan kawasan yang memerlukan pembaikan yang segera.Terdapat berbagai-
bagai carta atribusi yang boleh digunakan oleh pihak pengurusan untuk mengesan
bilangan defek sama ada secara harian , mingguan atau bulanan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2014 (Edisi 6)
DAM 4623 TP-300-4/M06/KP(3/4) Helaian 14 Daripada 23

Carta atribusi harian selalu digunakan oleh penyelia pengeluaran dan


operator sebagai asas dalam memonitor proses pengeluaran semasa dan melihat
kesan pembetulan yang telah dilakukan. Carta atribusi mingguan pula adalah
disediakan untuk pihak pengurusan , ia merumus tahap kualiti bagi setiap kawasan
operasi. Dalam sesuatu tapak perkilangan , setiap operator mesin ialah inspektor
kawalan kualiti. Mereka memonitor mutu kualiti pengeluaran masing-masing dan
apabila tamat waktu bekerja , setiap operator perlu memberitahu penyelia mereka
tentang berapakah bilangan produk yang defek telah terhasil. Penyelia tersebut
memplot dan menyelaraskan nilai tersebut dalam carta atribusi yang memonitor
peratusan item yang tidak diterima. Kemudiannya penyelia dari setiap bahagian
fabrik , penyantuman dan "platting areas" akan membilang unit defek yang telah
dikeluarkan dari pengeluaran. Akhirnya carta atribusi ini akan diedarkan kepada
pekerja untuk melihat tahap kualiti pada hari itu.
Terdapat empat jenis carta kawalan atribusi iaitu menggunakan carta-p,
carta-np , carta-c dan carta-u . Apabila sesuatu ciri produk tidak dapat diukur, kita
boleh menggunakan carta-p , carta-np , carta-c atau carta-u .Carta-p membantu
memonitor dan mengawal peratusan defektif di dalam proses pengeluaran
manakala carta-np membantu memonitor bilangan defektif. Carta-np ini hanya boleh
digunakan apabila saiz sampel bagi sub-kumpulan adalah tetap sedangkan carta-p
boleh digunakan tidak kira sama ada saiz sampel adalah tetap atau tidak. Carta-c
pula digunakan untuk memonitor bilangan defeks dalam satu sampel manakala
carta-u boleh digunakan untuk memonitor bilangan defeks per unit. Carta-c
digunakan apabila saiz sampel adalah tetap atau tidak. Jika saiz sampel didapati
berubah-ubah , carta-u perlu digunakan.

2. Kegunaan Carta Atribusi (Attribute)


1.Merumus maklumat pencapaian
2.Untuk mencapai tahap kualiti yang boleh menjadi tanda aras untuk tujuan
pembaikan pada masa hadapan dapat diukur dan mengetahui tahap kualiti purata
bagi mesin , proses atau kawasan pekerjaan (work area).
3.Untuk memperlihatkan pembaharuan.
4.Untuk mengkomunikasikan maklumat kepada pihak pengurusan kerana carta
atribusi dapat memberikan maklumat segera.
5. Untuk menunjukkan bahagian yang memerlukan penyiasatan yang lanjut.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2014 (Edisi 6)
DAM 4623 TP-300-4/M06/KP(3/4) Helaian 15 Daripada 23

4. Carta kawalan jenis "variable"


Ia juga dikenali sebagai carta 8 dan R , ia adalah satu kaedah grafik ntuk
memonitor perubahan kecenderungan memusat dan variasi (dispersion) bagi satu
set sampel pengukuran kualiti produk.Terdapat dua jenis carta "variable" iaitu Carta
bar 8 yang menggrafkan min atau purata dan menilai satu set sampel dalam tempoh
tertentu , dan Carta-R yang menggrafkan variasi pengkuran dalam setiap sampel
bagi satu tempoh tertentu.

Carta 8 dan R boleh digunakan untuk :


1. Monitor dan mengawal mesin dan proses
2. Mendapatkan maklumat tentang spesifikasi dan pengeluaran. Carta dapat
mempamerkan hubungan diantara data yang telah diukur dengan spesifikasi
3. Mendapatkan data tentang pengeluaran semasa.
4. Menyalurkan maklumat kepada pelanggan tentang pengesahan spesifikasi.
5. Menyediakan tahap terendah untuk menyambung proses pembaikan sepanjang
masa.

6. CARTA ALIRAN

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2014 (Edisi 6)
DAM 4623 TP-300-4/M06/KP(3/4) Helaian 16 Daripada 23

Carta aliran ialah diagram yang menunjukkan semua langkah penting


sesuatu proses. Menyediakan carta aliran adalah langkah pertama dalam
menganalisa sesuatu proses. Ia menggunakan satu set simbol yang standard untuk
mendokumentasikan langkah-langkah proses, menyembahkan mereka dalam
bentuk bergambar yang lebih mudah difahami. Jelaslah, ia merupakan suatu
gambarajah yang menunjukkan keseluruhan langkah-langkah proses secara
berturutan. Ianya membantu memberi tumpuan di mana masalah kualiti mungkin
wujud di dalam proses.
Ahli kumpulan lebih memahami proses yang dipertanggungjawabkan kepada
mereka melalui carta aliran. Carta aliran menunjukkan bagaimana turutan proses
yang berlainan dapat dikaitkan antara satu sama lain. Ia menyediakan tanggapan
untuk mengenalpasti aktiviti ditambah nilai, titik kawalan, titik pengumpulan
maklumat, ketidakcekapan dalam aliran kerja dan penyelesaiaan yang utama dalam
sesuatu proses. Ia juga merupakan alatan melatih pekerja baru yang baik.
Carta aliran digunakan:
------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2014 (Edisi 6)
DAM 4623 TP-300-4/M06/KP(3/4) Helaian 17 Daripada 23

 Untuk menganalisis perhubungan antara turutan aktiviti


 Sebagai satu teknik untuk memahami sesuatu masalah secara menyeluruh
 Sebagai satu sumber maklumat untuk mengenalpasti masalah dan
penyelesaian
 Untuk menganalisis aktiviti pelanggan dan pembekal
 Untuk mengenalpasti perbezaan antara langkah-langkah proses semasa
dengan proses yang dicadangkan

1. Bagaimana untuk membentuk carta aliran untuk sesuatu proses


1. Mengumpulkan wakil-wakil dari semua jabatan yang bertanggungjawab
dalam sesuatu proses supaya mereka boleh mempersembahkan analisis
bersama
2. Menjudulkan carta dengan nama proses yang dianalisakan. Jika lebih
daripada satu proses, menggambarajahkan mereka dalam carta yang
berlainan dan mennomborkan mereka mengikut turutan
3. Menyenaraikan semua langkah utama yang terlibat dalam proses tersebut
secara turutan. Dalam sesetengah keadaan, adalah lebih mudah untuk
bermula dari penghujung proses sehingga permulaan proses. Walau
bagaimanapun, permulaan aliran sentiasa berada pada sebelah kiri atas
sesuatu carta. Sempadan proses hendaklah sentiasa ditakrifkan dengan jelas
4. Menggunakan simbol-simbol yang ditunjukkan dalam rajah 2 untuk melukis
gambarajah aliran. Seboleh-bolehnya, pemfokusan hendaklah diberikan
kepada proses utama supaya carta aliran boleh dimuatkan dalam satu muka
surat sahaja. Carta tersebut hendaklah dapat mewakili apa yang keadaan
sebenar bukan apa yang diandaikan
5. Apabila proses-proses adalah kompleks, membentuk baris kedua dan ketiga
carta aliran untuk memecahkan semua proses utama kepada bahagian
komponen.
Carta aliran dapat menerangkan dan memajukan penukaran proses dan sistem
produktiviti. Dalam memajukan kecekapan atau keberkesanan proses produktiviti
sebahagian atau semua elemen proses berikut mungkin diubah:
i. Bahan mentah
ii. Rekaan Produk (output)
iii. Rekaan kerja

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2014 (Edisi 6)
DAM 4623 TP-300-4/M06/KP(3/4) Helaian 18 Daripada 23

iv. Langkah yang digunakan dalam pemprosesan


v. Kawalan maklumat pengurusan
vi. Alat atau peralatan

Dalam kes-kes tertentu, aliran boleh menjadi asas punca masalah contohnya :
a. Susunan lemah dalam pengoperasian. (Operation in poor sequence)
b. Terlalu banyak pengoperasian (Too many operation)
c. Pengoperasian yang tertinggal (Missing operation)
d. Pengoperasian melimpah (Redundant operation)

Carta aliran adalah kunci utama untuk memajukan aliran sesuatu proses
contohnya, aliran bahan mentah. Selepas proses analisis, pengurus mungkin
berkeupayaan untuk menggabungkan operasi, menghapuskan yang lain atau
memudahkan operasi untuk meningkatkan keberkesanan keseluruhan.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2014 (Edisi 6)
DAM 4623 TP-300-4/M06/KP(3/4) Helaian 19 Daripada 23

6. HISTOGRAM

Histogram merupakan salah satu alat kawalan kualiti yang dapat menunjukkan
kekerapan sesuatu nilai atau kumpulan nilai. Ia boleh digunakan untuk
menunjukkan data sifat dan data pemboleh ubah serta ia merupakan cara
penyampaian taburan kekerapan data yang berkesan. Histogram dilukis
berpandukan data yang dikumpulkan dalam kertas semak. Terdapat beberapa
langkah untuk menyediakan histogram iaitu:
1. Memilih bilangan jeda (interval);
2. Menentukan saiz setiap jeda;
3. Mengasingkan data mengikut jenis;
4. Mengenalpasti bilangan data yang berada di dalam setiap jeda dan
kemudiannya diplot dengan menggunakan sama ada kiraan kasar bilangan
data atau peratusan.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa aturan yang boleh membantu dalam
pembentukkan histogram iaitu:
1. Jarak jeda mestilah munasabah iaitu sama ada keseluruhan nombor atau
pecahan biasa;
2. Saiz setiap jeda mestilah sama;
3. Mesti mempunyai jeda yang mencukupi untuk menunjukkan bentuk taburan
tetapi tidak terlalu banyak.

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2014 (Edisi 6)
DAM 4623 TP-300-4/M06/KP(3/4) Helaian 20 Daripada 23

Rajah 1 di bawah menunjukkan histogram bagi rintangan lima puluh dawai di


dalam kabel telefon. Histogram sangat berguna untuk menentukan variasi taburan
data dengan cepat. Berdasarkan rajah tersebut data yang ditunjukkan mempunyai
min dan median sebanyak 86.5 ohm setiap batu dan data kelihatan bertaburan
secara simetrik. Selain itu, variasi data juga dapat dilihat di dalam histogram ini.

Sel
ain itu, histogram dapat dibentuk dengan menggunakan satu langkah melalui
penyediaan kertas semakan khas. Contoh ini ditunjukkan oleh Ishikawa seperti di
dalam Rajah 2. Berdasarkan rajah ini, jeda telah ditentukan sebelum kajian
dimulakan. Kemudiannya, garisan spesifikasi dilukis pada carta dan pengumpulan

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2014 (Edisi 6)
DAM 4623 TP-300-4/M06/KP(3/4) Helaian 21 Daripada 23

data dibuat dengan merekod iaitu membuat tanda semak (/) di dalam jeda yang
betul. Maka terbentuk pola taburan data di mana pemerhatian dibuat dibawah had
spesifikasi bawah atau di atas had spesifikasi atas dan pertengahan taburan dapat
ditentukan. Ini akan memudahkan untuk menetapkan sama ada min perlu diubah
atau mengurangkan pembolehubah atau kedua-duanya sekali bagi memansuhkan
pemerhatian diluar had-had spesifikasi.

6. RAJAH SEMAKAN
Salah satu kaedah grafik yang berkesan dan mudah disediakan adalah rajah
semakan atau kertas semak. Rajah semakan merupakan langkah mudah untuk
mengumpul data, menganalisis data pada sekali imbas dan menyediakan
keputusan. Alat ini juga menjadi satu langkah permulaan untuk melaksanakan
kawalan kualiti atau penyelesaian masalah. Biasanya keputusan yang diperolehi
daripada rajah semakan adalah mencukupi untuk melaksanakan tindakan yang
diperlukan dalam kawalan kualiti.
Rajah semakan disediakan dengan mengikuti lima langkah berikut:
1. Pilih dan setuju dengan peristiwa yang tepat dan yang hendak diperhatikan.
2. Tentukan tempoh masa pengumpulan data. Ini termasuklah berapa kerap
data hendak diperolehi (kekerapan) dan untuk berapa lama ia akan
dikumpulkan (jangka masa).
3. Rekabentuk borang yang mudah, senang digunakan dan cukup ruang untuk
merekodkan maklumat. Setiap kolum harus dilabelkan dengan jelas.
4. Kumpul data dan isi kertas semak. Bersikap jujur dalam merekodkan
maklumat dan menyediakan masa yang cukup bagi mengumpul dan merekod
maklumat.
5. Laksanakan perekodan dengan sedikit analisis atau pembentangan data.

Penggunaan rajah semakan dapat membantu kerja-kerja pengumpulan jenis


data yang betul, bentuk yang betul, pada masa yang tepat. Objektif pengumpulan
data akan menentukan rekabentuk rajah semakan yang digunakan. Perlu dijelaskan
lagi, helaian semakan ialah sejenis borang yang digunakan untuk merekodkan
frekuensi berlakunya sesuatu kejadian bagi produk tertentu atau suatu ciri produk
perkhidmatan yang tertentu yang berkaitan dengan kualti. Ciri-ciri tersebut mungkin
boleh diukur di atas skala yang berterusan seperti berat , masa , ketinggian dan

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2014 (Edisi 6)
DAM 4623 TP-300-4/M06/KP(3/4) Helaian 22 Daripada 23

lain-lain ataupun berdasarkan skala ya atau tidak. Sebelum satu rajah semakan
dapat dibentuk , pengumpul data perlu mengumpul data dalam helaian semakan
(checklist). Contoh Rajah Semakan dapat dilihat dibawah

ITEM 1 2 3 4

KOTOR II II
LAMA I I
CALAR I II II
RETAK III II
Terdapat tiga jenis rajah semakan yang boleh digunakan seperti kertas semak (tally
sheet), plot lokasi dan kertas semak perjalanan (traveling chesksheet).

7. Kertas Semak (Tally Sheet)


Rajah semakan boleh berbentuk kiraan mudah data-data dengan
merekodkan (gundal) setiap data yang berbeza keadaan atau jenis di dalam kertas
semak. Data-data akhirnya akan dijumlahkan mengikut variasi data dan ini
menghasilkan taburan kekerapan seperti ditunjukkan di dalam Rajah 1. Biasanya
kertas semak juga dijadikan bahagian di dalam carta kawalan (Rajah 2) yang
memberikan gambaran kasar tentang kawalan proses dan jenis-jenis masalah di
dalam proses.

Rujukan:
1. Dale H.Besterfield, Quality Control 6th (2001). Penerbit: Prentice Hall

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2014 (Edisi 6)
DAM 4623 TP-300-4/M06/KP(3/4) Helaian 23 Daripada 23

ISBN 0-13-025668-4
2. Syed Ahmad Helmi Syed Hassan, Modul pengajaran pengenalan kejuruteraan
Inndustri (2003) Penerbit: FKM : Universiti Teknologi Malaysia

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Modul 06 - Kertas Penerangan Cawangan Pembangunan Kurikulum 2014 (Edisi 6)

You might also like