You are on page 1of 4

NAMA SYARIKAT

_________________adalah sebuah syarikat yang memberikan mutu perkhidmatan yang baik kepada
semua pelanggan dari segi aspek kerja-kerja pembinaan, pematuhan akta dan peraturan serta
mempunyai komitmen dalam melaksanakan polisi kualiti yang efision. Kami beriltizam untuk :

 Memastikan kejayaan yang kami usahakan Berjaya dan memenuhi setiap piawaian dan kerja
yang bermutu tinggi demi memenuhi kepuasan setiap pelanggan.

 Memastikan servis kami adalah efektif dari segi kos, kualiti dan masa.

 Menambahbaik mutu perkhidmatan kami dari semasa ke semasa dengan mengikut


perkembangan teknologi terkini.

Disediakan
Pengurus syarikat
Tarikh :
NAMA SYARIKAT

SISTEM PENGURUSAN KUALITI

Kehendak Sistem Pengurusan Kualiti (SPK)

__________________mewujudkan, mendokumentasi, melaksanakan dan mengekalkan SPK dan


menambahbaik keberkesanan sistem sediada kea rah yang lebih efektif selari dengan kehendak
pelanggan-pelanggan kami.

a. Menentukan kriteria dan kaedah serta keberkesanan sesuatu kerja.

b. Mengenalpasti proses kerja yang diperlukan dalam SPK serta penggunaannya di dalam
organisasi.

c. Memastikan penyediaan sumber-sumber maklumat yang betul bagi mencapai keputusan yang
telah dirancang dan penambahbaikan berterusan.

Skop Sistem Pengurusan Kualiti Dan Justifikasi Pengecualian

Dokumen ini menggariskan kehendak SPK dan pembuktian proses-proses serta langkah-langkah
pengawalan dalam memastikan kehendak pelanggan serta perundangan dan peraturan dapat dipenuhi.
Ianya juga bagi menambah pengalaman serta proses penambahbaikan dri semasa ke semasa.

Struktur Dokumen

___________________ mewujudkan tiga (3) peringkat dokumentasi ;

Peringkat 1 – Manual Kualiti


 Menyediakan garis panduandanmentakrifkan polisi pengurusan berkaitan dengan piawaian dan
ianya dibuat rujukan silang kepada prosidur syarikat serta dokumen berkaitan.

Peringkat 2 – Prosidur Operasi


 Kualiti telah diwujudkan bagi menjelaskan cara-cara mengendalikan aktiviti-aktiviti termasuk
hubung kait antara proses-proses, ketua jabatan / pengurus projek bertanggungjawab bagi
memastikan prosidur berkaitan dilaksanakan dengan berkesan.

Peringkat 3 – Dokumen Sokongan


 Lain-lain dokumen seperti dokumen kontrak, pelan kualiti projek (PKP), manual keselamatan
dan arahan kerja serta garis panduan QA/QC yang telah ditetapkan oleh klien.
NAMA SYARIKAT

Kawalan Dokumen

Antara lain prosidur ini menekankan bahawa dokumen-dokumen hendaklah:

I. Diluluskan dan lengkap sebelum digunakan.


II. Disemak dan dikemaskini serta diluluskan kembali sebelum dikeluarkan.
III. Memastikan bahawa perubahan serta status pindaan terkini dikenalpasti.
IV. Memastikan ianya dapat dibaca dan memahami.
V. Melupuskan dokumen dengan cara yang teratur dan mengikut prosidur ditetapkan.
VI. Semua rekod-rekod kualiti disimpan dalam persekitara yang sesuai bagi mengelakkan kerosakan
dan kehilangan.

TANGGUNGJAWAB PENGURUSAN

Iltizam Pengurusan

________________ beriltizam untuk menunjukkan bukti tentang pembagunan dan pelaksanaan sistem
pengurusan kualiti serta terus menerus memperbaiki keberkesanannya dengan cara:

1. Memperjelaskan kepada organisasi bahawa pentingnya mencapai kehendak pelanggan serta


perundangan dan peraturan.
2. Mewujudkan, melaksanakan dan mengekalkan polisi kualiti dan objektif selari dengan kehendak
manual kualiti.
3. Menyediakan sumber-sumber yang mencukupi.
4. Dan menjalankan kajian semula pengurusan.

Tanggungjawab Dan kuasa

Pihak Pengurusan memastikan tanggungjawab dan kuasa dikenalpasti dan disebarkan. Kuasa setiap
pekerja diwujudkan dalam senarai tugasan dan tanggungjawab dan diselenggarakan oleh bahagian
pentadbiran.
NAMA SYARIKAT

PERANCANGAN

Objektif-Objektif Kualiti

 Pihak pengurusan _________________ mewujudkan petunjuk prestasi di setiap bahagian /


fungsi organisasi yang berkaitan.
 Petunjuk prestasi yang diwujudkan boleh diukur dengan polisi kualiti.

Komunikasi Dalaman Organisasi

1. Pihak pengurusan memastikan proses penyampaian maklumat yang sesuai dan tepat
diwujudkan dalam organisasi.
2. Pengurus menentukan pelaksanaan komunikasi dalaman dilaksanakan secara berkesan.
3. Komunikasi dalaman diwujudkan melalui:
a. Taklimat ringkas
b. Memo
c. Papan kenyataan
d. Melalui pesanan ringkas (SMS) atau “whatssapp”.

Persekitaran Kerja

1. Memastikan persekitaran kerja didalam keadaan bersi dan kemas serta selamat dari sebarang
bahaya.
2. Memastikan semua tapak projek mematuhi setiap kehendak perundangan dan peraturan
kesihatan, keselamatan dan persekitaran alam.
3. Menyediakan latihan yang mencukupi kepada semua pekerja-pekerja berkaitan kesihatan dan
keselamatan di tempat kerja.

Pembelian Bahan Binaan

1. Memastikan pembelian bahan yang dibeli berada dalam keadaan baik dan mematuhi kehendak
piawaian yang diiktiraf oleh kerajaan dan Antarabangsa.
2. Memastikan semua bahan binaan disimpan didalam keadaan yang baik dan selamat.
3. Menyediakan latihan yang mencukupi kepada semua pekerja-pekerja berkaitan pengurusan dan
penjadualan bahan binaan didalam stor atau di tempat kerja.

You might also like