You are on page 1of 10

TEMA 4: KESEDARAN PERKAITAN ANTARA PELBAGAI BAHAGIAN TUBUH BADAN

Kesedaran perkaiatan antara pelbagai bahagian tubuh badan bermakna perhubungan antara satu bahagian tubuh badan dengan bahagian tubuh badan lain atau perhubungan antara tubuh badan dengan lantai atau alatan. Lakuan perkaitan pergerakan adalah seperti sokongan badan, bahagian tubuh badan yang mendahului, aplikasi kuasa, menerima kuasa dan bentuk tubuh badan.

4. Kesedaran Perkaitan Antara Pelbagai Bahagian Tubuh Badan.


4.1. Bergerak untuk menunjukkan perkaitan antara satu bahagian yang lain. 4.2. Menggerakkan bahagian tubuh badan untuk menunjukkan perkaitan di antara satu bahagian tubuh badan dengan bahagian yang lain 4.3. Bergerak untuk menunjukkan perkaitan bahagian tubuh badan dengan alatan 4.4. Menggerakkan bahagian tubuh badan untuk menunjukkan perkaitan bahagian tubuh badan dengan alatan

4.5. Menyokong badan di atas satu tapak sambil mengerakkan bahagian tubuh badan yang lain untuk mendapatkan kestabilan 4.6. Mengalih beban dari pergerakan yang stabil ke pergerakan yang baru dengan menggunakan bahagian tubuh badan untuk mendahului pergerakan 4.7. Mencipta bentuk badan setelah menentukan kedudukan bahagian tubuh badan

4.1. Bergerak untuk menunjukkan perkaitan antara satu bahagian yang lain.
Bergerak dengan menggunakan sekurang-kurangnya dua bahagian tubuh badan seperti tangan dan kaki. Satu bahagian tubuh badan bergantung kepada bahagian tubuh badan yang lain untuk melengkapkan sesuatu pergerakan

Tugasan 1. Bergerak dengan dua bahagian tubuh badan 2. Bergerak dengan dua bahagian tubuh badan dan tunjukkan perkaitannya

4.2. Menggerakkan bahagian tubuh badan untuk menunjukkan perkaitan di antara satu bahagian tubuh badan dengan bahagian yang lain
Menggerakkan bahagian tubuh badan akan menukar bentuk pergerakan atau pergerakan bahagian lain. Imbangan membantu pertukaran pergerakan
Tugasan 1. Imbangan di atas dua atau lebih bahagian tubuh badan 2. Pindah imbangan ke bahagian tubuh badan yang lain 3. Dapatkan kestabilan dengan menggerakkan satu bahagian tubuh badan yang lain

4.3. Bergerak untuk menunjukkan perkaitan bahagian tubuh badan dengan alatan
Bergerak berbagai cara bersesuaian dengan berbagai jenis alatan, seperti melompat, melintas kayu yang diletakkan atas skitel atau melompat dekam menggunakan bangku gimnastik. Pergerakan perlu disesuaikan dengan alatan

Tugasan 1. Bergerak bebas 2. Bergerak ke alatan dan lakukan pergerakan yang sesuai 3. Tukar ke pergerakan yang sesuai apabila bertemu dengan alatan

4.4. Menggerakkan bahagian tubuh badan untuk menunjukkan perkaitan bahagian tubuh badan dengan alatan
Menggerakkan bahagian tubuh badan semasa berada di alatan. Pergerakan boleh dilakukan di atas, bawah dan melalui alat atau alatan digunakan sebagai halangan
Tugasan 1. Tentukan kedudukan bahagian tubuh badan berhubung dengan alatan 2. Lakukan berbagai pergerakan semasa berada dalam kedudukan itu. 3. Ubah kedudukan bahagian tubuh badan berhubung dengan alat dan lakukan pergerakan yang lain

4.5. Menyokong badan di atas satu tapak sambil mengerakkan bahagian tubuh badan yang lain untuk mendapatkan kestabilan
Membuat imbangan badan di atas tapak yang stabil seperti di atas satu atau dua tapak kaki, lutut, tapak tangan, atau punggung. Tapak yang stabil menentukan pembentukan terkawal dan kekal supaya lakuan kemas dan licin.
Tugasan 1. Sokongan pada satu bahagian tubuh badan 2. Gerakan bahagian tubuh badan yang sesuai untuk menstabilkan kedudukan.

4.6. Mengalih beban dari pergerakan yang stabil ke pergerakan yang baru dengan menggunakan bahagian tubuh badan untuk mendahului pergerakan Mengalih beban bermaksud menukar kedudukan tapak imbangan asal ke tapak imbangan yang lain seperti dari sokongan punggung ke bahu atau tangan. Semasa mengalih beban, bahagian tubuh badan yang sesuai hendaklah didahului untuk memulakan pergerakan.
Tugasan 1. Lakukan satu pergerakan yang stabil 2. Tentukan bahagian tubuh badan yang akan mendahului pergerakan baru 3. Lakukan pergerakan baru

4.7. Mencipta bentuk badan setelah menentukan kedudukan bahagian tubuh badan
Untuk mencipta bentuk badan yang dikehendaki, kedudukan bahagian tubuh badan seperti abdomen dan tangan hendak perlu ditentukan dahulu. Kedudukan tubuh badan berdasarkan pada satu, dua, atau lebih bahagian tubuh badan.
Tugasan 1. Sokong pada manamana bahagian tubuh badan 2. Cipta satu bentuk tubuh badan 3. Tukar kedudukan bentuk tubuh badan

You might also like