You are on page 1of 1

Filem ini mengisahkan cerita dua era yang berbeza iaitu generasi kini pada masa

moden yang mencari cerita tentang kemerdekaan dan generasi silam yang berusaha
mencapai kemerdekaan.Filem 1957 Hati Malaya ialah bertemakan anak-anak muda
menghayati sejarah negara dan erti kemerdekaan dan semangat nasionalisme. Melalui
filem ini kami dapat tahu nilai-nilai muni yang terdapat dalam hati anak-anak muda pada
masa sebelum merdeka. Filem ini juga bertumpu kepada Tunku Abdul Rahman yang
menjadi Perdana Menteri pertama Malaysia pada tahun 1957.
Selepas menonton filem ini saya dapat mengingat panorama penjuang bangsa
yang telah memerdekakan kita dari penjajahan. Hari ini, kita harus pertahankan dan
kekalkan negara yang diwarisi, dengan berpegang kepada intergriti Negara, kita punya
tanggungjawab bersama untuk pastikan kehidupan lebih baik untuk setiap rakyat
Malaysia. Kita harus membalas budi mereka dengan kekal bersatu dikukuhkan dengan
bahasa kebangsaan dan warisan kita.
Filem ini sangat bagus dan hati saya tersentuh hingga menitiskan air mata.
Melalui filem ini saya sedar bahawa bukan senang kemerdekaan yang kita kecapi
sekarang ini di capai.

You might also like