You are on page 1of 19

SEOKARNO mampu menangani pelbagai krisis politik dalam yang kritikal di

antara beberapa pihak yang saling bermusuhan sejak 1945. Sejak 1960,
kegagalan pemerintahan beliau mula memberi kesan terhadap politik dan
ekonomi Indonesia yang menggalami kemerosotan teruk. Bincangkan.

1.0 PENGENALAN

Sukarno dilahirkan pada 6 Jun 1901 Sukarno merupakan presiden Indonesia


pertama, dan telah berkhidmat selama 22 tahun, dari 1945 hingga 1967. Ayahnya
bernama Raden Soekemi Sosrodihardjo dan ibunya Ida Ayu Nyoman Rai.Sukarno
yang merupakan pemimpin dan memperjuang negara untuk Kemerdekaan dari
cengkaman Belanda. Sukarno juga merupakan ketua pergerakan nasionalis
Indonesia semasa zaman penjajahan Belanda. Beliau telah menghabiskan lebih
dari satu dekad di bawah penahanan Belanda sehingga dibebaskan oleh pasukan
Jepun yang menyerang. Semangat Nasionalisme telah bersatu hati dalam usaha dalam
mendapatkan sokongan dasn kerjasama untuk menentang Jepun. Pada tahun 1945,
Sukarno dilantik sebagai presiden pertama. Beliau mengetuai Indonesia dalam
menentang usaha semula penjajahan Belanda melalui diplomatik dan ketenteraan
sehinggalah pengakuterimaan Belanda kemerdekaan Indonesia pada tahun 1949.
Menurut Pramoedya Ananta Toer menulis

"Sukarno adalah satu-satunya pemimpin Asia era moden dapat menyatukan rakyat yang
berlainan etnik, latar belakang budaya dan agama tanpa menumpahkan setitik darah."

Sukarno dipengaruhi aspek politik kawalan pendirian ‘Syarikat Islam’.


Kemudian melanjutkan sekolah di HBS (Hoogere Burger School). ketika belajar di
Hoogere Burger School, Sukarno telah berkecimpung dengan semangat nationalisme.
Ketika itu, timbullah semangat nationalisme dan menjana semangat juang dalam
pertahanan Indonesia. Pada tahun 1920,Sukarno telah berpindah ke Bandung
dan melanjut ke THS (Technische Hoogeschool atau sekolah Tekhnik Tinggi yang
sekarang menjadi ITB) sehingga tamat pada tahun 1925. Pada tahun 1927. Sukarno
telah mengikuti ajaran Marhaenisme dan mendirikan Parti National Indonesia ( PNI)
pada tahun 1927. Tujuan Parti ini ialah untuk mencapai Indonesia Merdeka.
Akibatnya Sukarno dimasukkan di dalam penjara oleh pihak Belanda kerana tuntutan
tersebut.

2:0 PERJUANGAN SUKARNO DALAM KRISIS POLITIKNYA

Ketika bersama dengan Omar Said Tjokroaminoto, Sukarno telah terdedah dengan
idea-idea untuk falsafah politik arus Eropah, Amerika. Melalui ini telah menaikkan
semangat dan perkembangan idea politik Sukarno. Tidak tumpas dengan masalah
sosialis dan ekonomi yang telah menjerut akan masalah Indonesia,malah telah
memberi banyak falsafah dan ajaran membimbing gerakan PKI dan Sukarno untuk
lebih mendekati ideologi politiknya.

2:1 Idea Merhaenisme ( Marxis)

Perpecahan di kalangan Nasionalis Indonesia yang telah menjadikan pergolakan


di gelanggang politik ketika itu. Sukarno telah ditanggap dan telah menjadikan rakyat
kehilangan dalam kepimpinan pemerintahan. PPPKI dan PNI telah bertahan
beberapa waktu dan telah diceroboh oleh pihak pemerintahan lain. Semangat juang
anak bangsa bumi Indonesia telah berkobar kobar. Kehadiran Belanda telah menjadi
paksi utama dalam kekecohan yang telah menganggu semangat juang masyarakat
Indonesia memeprtahankan keadilan di Indonesia. Pada tahun 1931, berlaku
perpecahan PPPKI dan Parti Sarekat Islam. Seetelah kejadian Sukarno di tanggap,
telah membuktikan kemahiran kepimpinan Sukarno mendamaikan masyarakat
pelbagai parti di Indonesia. Sungguh pun berhadapan dengan pelbagai dimensi
masalah seperti Sarekat Islam dibawah pimpinan Dr. Sutomo . Dalam kemelut
masalah ini Parti National Indonesia ( PNI) telah menyebarluar cita-cita dalam
kemerdekaan kepada seluruh kawasan Indonesia dengan laungan Indonesia mendeka
dari cengkaman penjajah. Malah rakyat yang berada di negara Belanda juga turut
mengikuti perkembangan dan membuat perhimpunan agar kepimpinan Sukarno dapat
diteruskan untuk mencapai kemerdekaan.1

Ancaman Hatta dalam ‘mentidakkan kepimpinan Sukarto’ merupakan tamparan hebat.


Dalam tulisannya berbunyi,

“Rakyat diperlakukan sedemikian untuk kepentingan pemimpin( Sukarno) dengan pengaruh


kuasa pidato Sukarno mempengaruhi masyarakat, namun masyarakat tidak diberi tunjuk ajar
bagaimana melangsungkan perjalanan kehidupan dalam pelbagai kelompok masyarakat dan
memikul tanggungjawab”2

Tekanan ini memperlihatkan tindakan kritikan yang dasyat tentang gaya kepimpinan
Sukarno. Selain itu, Mohd Hatta juga turut menjelaskan bahawa Sukarno mempunyai
agenda tersendiri untuk tujuan kepentingan politiknya. Gagasan yang disarankan oleh
Mohd Hatta meliputi pendidikan dan kemahiran dalam konteks ekonomi, politik dan
sosial secara menuyeluruh. Malah menyentuh hak- hak dalam negara. Sungguhpun
demikian, masyarakat tetap dengan semangat kepimpinan Sukarno. Sukarno telah
melatih kumpulan elit berpendidikan dalam mengekalkan semangat juang mencapai
kemerdekaan Indonesia. Namun nasib tidak menyebelahi perjuangan Mohd Hatta dan
telah memulakan keretakan kesatuan Persatuan Parti Indonesia ( Partindo) dibawah
bimbingan Mohd Hatta lalu bersatu hati dan berkerja sama dengan perjuangan Parti
National Indonesia di bawah bimbingan Sukarno .bagi masyarakat, kritikan politik
Hatta telah mencetuskan kemarahan pihak masyarakat kerana terlalu kasar dalam
campurtangan politik Indoesia.

2:2 Parti National Indonesia

1 Indonesia Merdeka,VI Artikel M.Hatta 1928


2 Bernhard Dahm,Saekarno dan Perjuangan Kemerdekaan,Penerbit LP3ES , Jakarta Indonesia 1987
Parti Nasional Indonesia ( PNI ) ditubuhkan pada 4 Julai 1927. Parti ini diketuai
oleh pemimpin yang terunggul iaitu Sukaro. Parti itu memperjuangkan kemerdekaan
bagi Indonesia, dan menentang imperialisme dan kapitalisme kerana berpendapat
kedua sistem itu memperburuk kehidupan rakyat Indonesia. Parti itu juga
menganjurkan sekularisme dan perpaduan di kalangan banyak etnik di Hindia
Belanda, untuk membentuk Indonesia yang bersatu padu. Antara tujuan PNI ini ialah
untuk melawan kuasa kuasa barat dengan bantuan pihak Jepun.

Sukarno mendapat sokongan kuat pada PNI. PNI telah menawan hati para
pelajar di peringkat universiti dan berkeinginan untuk membebaskan peluang yang
lebih besar yang mempunyai sistem pemikiran politik perkauman. Namun Pihak
penjajah mulai sedar akan gerakan PNI yang dibawah pimpinan oleh Sukarno.
Penjajah telah membuat serangan seluruh Jawa dan Sukarno telah ditanggap di
Yogjakart. Setelah Sukarno ditangkap maka PNI telah berpecah dua dan dipimpin
oleh Mohammad hatta dan Soetan Sjahrir. Kedua mereka ini telah mendapat pelajaran
dan pengaruh dari Belanda. Oleh kerana itu, idea ajaran mereka lebih menyokong
akanstrategi jangka panjang dalam menyediakan pendidikan moden kepada
masyarakat Indonesia yang tidak berpendidikan untuk membangunkan elit intelektual
serta mampu menawarkan perlawanan yang berkesan terhadap pemerintahan Belanda.
Selepas cuba mendamaikan kedua-dua pihak untuk menubuhkan satu barisan
nasionalis bersatu,

2:3 Parti Partindo

Pada tahun 1932, Partindo telah mengekalkan keselarasan dengan strategi Sukarno
untuk menyekat akan perlaksanaan jangka panjang yang telah dikemukakan oleh
Mohhamad Hatta dan Soetan Sjahrir. Lalu akibat kekuatan Sukarno telah dielakkan
daripada memegang jawatan. Jeneral Gubernur Jongkol menggunakan jawatan darurat
untuk menghantar Sukarno dan keluarganya ke Pulau Flores .

2:4 Marhaenisme ( golongan petani)

Marhaen membawa pengertian kehidupan dalam kesusahan. Sukarno telah


menggambil istilah itu setelah mendapat gambaran dalam kehidupan sebenar rakyat
Indonesia sementara tafsiran Shahrir pula menjelaskan Marhaenisme membawa
maksud sebagai memusatkan perhatian pada masa. Beliau juga menjelaskan lagi
dengan melihat kepada masa akan menjadikan lebih berpandangan terbuka dan telus.
Dalam artikel yang ditulis oleh Sjahrir memperdebatkan bahawa Parti National
Indonesia akan dilaksanakan dengan pengisian program baru dan lebih konsisten.

“Mungkin dengan cara yang leboh konsisten dan lebih radikal”3

Seiring dengan ideologi yang diperkenalkan oleh Sukarno ( PNI) iaitu menentang
ideologi Barat di Indonesia. Pandangan subjektif tentang barat memberi dorongan
kepada Sukarno untuk terus memperjuangkan bagi pihak Marhean. Menurut Sukarno
lagi, perjuangan untuk menraihkan kemerdekaan Indonesia tidak lah memadai pada
golongan Marhean, sebaliknya memerlukan sokongan dari golongan ‘revolusioner
sosial’. Sukarno telah memberi nama baru bagi golongan ini sebagai
‘Sosionasionalisme atau nasionalisme Marhean’

Tidak semudah yang difikirkan, idea dan teori yang dipraktikkan oleh Sukarno telah
mendapat tentangan dari Sjahrir. Sukarno berhadapan dengan tekanan akibat
penelokan masyarakat dalam memperjuangkan kemerdekaan. Perpecahan yang cuba
dihindari oleh Sukarno tidak dapat dibendung . “Nasinalisme Marhean menolak
tindakan borjuisme yang menjadi punya kepincangan masyarakat.

Sukarno beranggapan kekuatan sosialisme dapat mengubah kekuatan melalui


pembangunan dalam bidan pertanian. Sekotor ekonomi ialah yang menjadi para
petani untuk mendapatkan sumber makanan dengan cara memgajak masyarakat untuk
menanam pelbagai sumber makananuntuk menampung corak kehidupan dan
kemiskinan yang digelar sebagai ‘dedication of life’ yang tidak dibangunkan oleh anti
sosialisme serta anti penindasan.4

2:5 Bahrata Yudha

Dalam kesukaran pihak Sukarno menerajui kemerdekaan dan ditentang hebat


oleh Sjahrir, Sukarno lebih memberi tumpuan kepada keadaan semasa,
pembangunan ,ekonomi dan sosiolisme semasa rakyat. Demikian juga Mohd Hatta

3 Shahrir,Pikiran,hal.6f,12.
4 Peter Kasenda,Hari-hari Terakhir Sukarno,Komunitas Bambu Indonesia,2012. Hal 57-58
yang lebih dikenali sebagai sifat tidak bertolak ansur itu tleah menolak perjuangan
yang dijalankan oleh Sukarno. Hatta menagungkan tidak akan berkerja sama dengan
pihak Sukarno dalam Indonesia Merdeka.Sukarno terlalu bersikap realistisme dalam
menggamalkan politiknya. Hentaman hebat dari Hatta yang menghadiri mesyuarat
Parlimen lebih pro kepada Belanda. Dalam kenyataan Hatta:

“Nonkooperasi yang dianut PNI-Baru bukanlah suatu perjuangan yang tak kenal damai. Ia
jauh lebih merupakan ungkapan kepercayaan bahwa pemerintah Belanda akan memberi
ruang gerak kepada kaum nasionalis bagi perkembangan evolusioner rakyat mereka

Bersama -sama dengan Sjahrur dan semua anggota PNI-Baru yang dipiminnya ia adalah
seorang nasionalis yang igigh tetapi seperti Sjahrir ia adalah juga ‘seorang Belanda dalam
batinnya dalam arti bahwa ia memandang kaum penjajah tidak benar bear sebagai unsur
asing dan bermusulah melainkan menganggap sebagai persamaan norma di antara mereka.”

Cabaran yang dihadapi oleh Sukarno ialah tentangan Non koperasi bagi pihak Hatta
itu sendiri. Sukarno menjelaskan lagi Nonkooperasi bukanlah laluan utama dalam
memperjuangkan kemerdekaan. Sukarno menyeru agar golongan Marhean memberi
sokongan padu dalam memperjuangkan kemerdekaan . Partindo bukanlah
memperjuangkan kemerdekaan malah mengeruhkan keadaan ke arah kemerdekaan.”
nonkooperasi yang provokatif yang tidak kenal erti perdamaian tidak bertahan lama.

2:6 Tahap Islamis 1934-1942

Dibawah pimpinan Tjokroaminoto dalam Sarekat Islam telah memberi impak


yang kurang menepati bagi ajaran agama islam. Ajaran di bawah pimpinan
Tjokroaminoto telah menempatkan Nabi Muhammad Swt pada kedudukan yang ke
dua. Sifat Pan-Islam telah membangkitkan semangat national dari Islam di Indonesia.
Sukarno berusaha untuk mempersatukan persatuan di Indonesia. Antara yang
diperhebatkan ialah kesatuan Sarekat Islam dan pada tahun 1929, parti tersebut telah
mengubahkan nama Sarekat Islam kepada Parti Sarekat Islam Indonesia (PSII)5

Menurut Haji Salim dalam niat memuji kehadiran Sukarno dalam parti itu,
menegaskan bahawa manusia hanya suka mengagung-agungkan niali kehebatan
manusia dengan melihat kekayaan, kemampuan, keindahan dan terdorong kepada
kebendaan. Tetapi tidak berlandaskan kepada ajaran Al-Quran semata-mata. Dalam
menangani krisis yang dihadapi oleh Sukarno, Haji Agus Salim telah menekankan

5 Wertheinm,Indonesian Society in Transition,Indonesia Press.hal. 220.


bahawa Indonesia tidak mahu terlibat dalam pembangunan Nationalisme Eropah
uyang agresif. Dalam ulasan Haji Agus menyatakan bahawa, Namun dalam pada ini,
Sukarno sendiri bersikap Neutral dalam menangani pelbagai cemuhan songsang.
Perasaan keagamaan yang tidak terikat dengan pelbagai dogma dan tidak
menjuruskan kepada kepelbagaian sudut yang menghancurkan Pembangunan Sarekat
Islam.

Dalam pada mempertingkatkan kemajuan Islam di Indonesia, Sukarno tidak


melupakan

3.0 KEMEROSOTAN PENTADBIRAN DAN KESAN TERHADAP POLITIK DAN


EKONOMI 1960

3: 1 POLITIK

Banyak kejadian terror and maker

3:1:1 APRA ( Angkatan Perang ratu Adil ) daripada gabungan daripada KNIL dan KL
tidak mahu bergabung dengan Indonesia

Ratu Adil adalah mitologi yang sakral di dalam masyarakat Indonesia. Ratu Adil
berasal dari ramalan Jayabaya, yaitu pemimpin yang akan memerintah rakyat dengan
adil dan bijaksana, sehingga keadaan akan aman dan rakyat makmur sejahtera.
Namun, bagaimana jika mitologi tersebut justru dijadikan sebagai salah satu
propaganda politik, seperti yang dilakukan oleh Westerling beserta Angkatan Perang
Ratu Adil nya (APRA). Dengan menggunakan embel-embel Ratu Adil, Westerling
mencoba mencari simpati rakyat untuk melakukan pemberontakan terhadap
pemerintah Republik Indonesia.
A) Abdul Aziz merupakantentera KNIL Makasar tidak mahu bergabung dengan
adanya TNI

B) Rupblik Maluku Selatan ( RNI ) berkeingninan untuk melepaskan dari RI

C) PERMESTA ( Sumetra ) PRRI mereka juga ingin melepaskan diri dengan RI

D) Pemberontoakan agama dilakukan oleh Darul Islam yang membentuk agama Islam
Indonesia

EKONOMI

4:1 Sistem ekonomi Indonesia 1945

Setiap negara mempunyai pelbagai corak pembangunan politik dan pemakaian teori
politik untuk membangunkan negaranya. Indonesia pada awalnya telah mengamalkan
sistem politik Liberal yang mana seluruh kegiatan ekonomi diserahkan kepada
masyarakat. Akan tetapi terdapat pengaruh komunisme yang diperkenalkan oleh
Parti Komunis Indonesia, maka sistem ekonomi di Indonesia berubah dari sistem
ekonomi liberal kepada sistem ekonomi sosialis. Setelah berhadapan dengan beberapa
krisis maka sistem ekonomi sosialis berubah kepada sistem demokrasi ekonomiu.
Sistem ini bertahan sehingga masa Reformasi. Setelah masa Reformasi, pemerintah
melaksanakan sistem ekonomi yang berlandaskan ekonomi kerakyatan. Sistem inilah
yang masih diamalkan di Indonesia. sistem ekonomi yang dianut oleh Indonesia dari
masa Orede Baru hingga sekarang.

4:2 Sistem Ekonomi Demokrasi

Sistem ekonomi Demokrasi merupakan pendekatan falsafah Pnacasila dan UUD 1945
yang berasaskan kekuluargaan dan gotong-royong untuk hak rakyat. Sistem ini adalah
dibawah pengawasan pemerintahan dan ekonomi ini meliputi seluruh darjat warga
Indonesia dari peringkat rendah ke peringkat atasan. Sementara itu sistem ini
mendorong kepada bimbingan, arahan dalam pelbagai dimensi ekonomi yang
melibatkan pihak swasta, kerajaan dan masyarakat. Dengan demikian terdapat kerja
sama dan saling membantu antara pemerintah, swasta, dan masyarakat.
Sunggupun demikian terdapat nilai positif atas perlaksanaan ekonomi demokrasi
iaitu mempunyai penglibatan rakyat dalam hak kemakmuran harta dan hasil bumi.
Ekonomi melibatkan kekeluargaan dan rakyat memeliki kekebasan untuk menfaatkan
tentang kepentingan dalam hak masyarakat. Selain itu, potensi dan daya inisiatif serta
kreativiti boleh dikembangkan serta hak fakir miskin adalah terpeliharan. Namun
dalam kebaikan sistem demokrasi di Indonesia, terdapat masalah yang dihadapi oleh
masyarakat iaitu:

I) Sistem ‘free fight liberaslism’ yang melibatkan sistem persaingan bebas yang
mempunyai potensi tinggi dalam persaingan sesama sendiri. Kelemahan ini telah
menjatuhkan struktur enonomi Indonesia sejurus itu menjadikan masyarakat
lemah dalam menangani pembangunan ekonomi ketika itu.

Ii) Sistem Demokrasi menjalankan sistem etatisme yang mana telah


mendominasikan melalui desakan kepada masyarakat. Desakan terseubt menjurus
kepada melemahkan potensi dan kreativiti pembangunan dari luar negara
terhadap Indonesia. Melalui ini telah membantutkan sistem pembangunan
ekonomi yang melibatkan potensi dan kreativiti dalam negara. Kawalan
seumpama ini telah menlemahkan pelbagai corak pembangunan ekonomi. Dan
melalui ini, tidak dapat di tentang oleh masyarakat malah mesti patuh akan arahan
pemerintah dalam pengurusan kawalan. Lebih dominan kepada pembangunan
luar negara.

Iii) Sistem Demoraksi lebih tertumpu kepada pemusatan kepada kekuatan


ekonomi berkelompok yang membentuk monopoli. Monopoli kepada pihak
tertentu yang memberi kerugian besar terhadap masyarakat. Malahan, telah
menjerat kepada masyarakat miskin kerana tidak mempunyai daya dalam
menentang sistem ekonomi Demokrasi yang telah disarankan oleh kerajaan

4:3 Sistem Ekonomi Indonesia dalam UUD 1945

Pasal 33 UUD diperjelaskan pada tahun 1945. menjelaskan bahawa pekonomi


disusun untuk kepentingan keluarga. Sementara itu, cabang produksi dan pengeluaran
yang mempunyai nilai tinggi adalah diberi hak penuh kepada pihak Pemerintahan
kerajaan Indonesia. Dalam konteks hak milik kerajaan, tetapi telah disalurkan kepada
rakyat dengan cara penggunaan sepenuhnya oleh masyarakat. Selain itu telah UUD
1945 telah diperkenalkan secara terbuka kepada masyarakat bukan kepada
persorangan.
Pasal 23 UUD 1945, mencerminkan corak hak dari segi keadilan sosial dan fakir
miskin.
Pasal 23 UUD 1945 dan Pasal 27 UUD 1945 perubahan untuk menyediakan
peluang pekerjaan sama ada di pihak swasta atau kerajaan. Tetapi pemerintah tidak
mengambil kebijakan tindakan yang lebih agresif untuk menyediakan ruangan
pekerjaan kepada rakyat.

4:4 Ekonomi Konstitusi

Sebelum dilakukan perubahan UUD 1945, undang-undang tidak dapat dipraktikkan


sebelum adanya perlembagaan dan konstitusi undang - undang. Sementara itu,
keadaan ekonomi tidak dapat diubah atas keperluan semasa kerana tiadanya
pengubalan undang-undang sebelum terbentuknya konstitusi perundangan ekonomi
pembuat undang-undang–Dewan Perwakilan Rakyat Kini segala undang-undang yang
terkait dengan kebijakan ekonomi jika tidak sesuai dengan konstitusi yang dapat
diajukan pembatalannya melalui Mahkamah Konstitusi. Beberapa peruntukan
undang-undang telah dibatalkan atas ketidak sesuaian dalam keperluan eknomi
negara.

5.0 KRISIS POLITIK DAN KESANNYA

Pada tahun 1959, kepimpinan politik Sukarno terdapat banyak parti politik seperti
parti PNI, Parti Katolik, Parti Parkindo PSI, parti Murba, Parti IKPI,PSSO dan Paerti
Perti. Era politik Sukarno, mempunyai kepelbagaian parti politik. Ini menyebabkan
kesukaran dalam kawalan parti politik. Untuk menjaga keseimbangan parti politik
presiden Sukarno ketika ini memerlukan sokongan penuh dari PKI. Sungguhpun
Sukarno berhadapan pelbagai konflik politik kerana terdapat pelbagai kaum ,ras dan
fahaman adat dan agama yang berbeza beza mendorong kepada keperluan yang
berbeza dari segi politik. Oleh karena itu, situasi di Indonesia semakin konflik dan
hanya mementingkan kepentingan parti masing-masing. Keinginan rakyat agar
pemerintahan berjalan sesuai UUD 1945dan berharap agar Sistem politik Demokrasi
dapat dipimpin dengan lebih baik.

5:1 Kegagalan pentadbiran Sukarno 1960

Pada pertengahan 1960an, politik dan ekonomi di Indonesia berada pada kedudukan
krisis. Setelah kemerdekaan di tahun 1945 Indonesia telah menghentikan konflik
dengan Belanda iaitu menjelang tahun 1949, negara mula dilanda krisis politik
dalaman yang mengugat kedudukan politik. Gangguan krisis politik melibatkan
ketenteraan , nasionalis, parti Islam serta komunis yang saling tidak puas hati
antara satu sama lain. Sungguhpun Sukarno telah berjaya membendung masalah dan
ancaman yang hebat dari pelabagai dimensi parti namun pertengahan 1960-an
kegagalan pentadbiran ini telah meruntuhkan kekuatan pentadbiran politik Sukarno.
Beberapa faktor kejatuhan pemerintahan Sukarno ialah:

5:1:2 Pemerintah Kolonial Belanda

Indonesia berhadapan dengan masalah pembangunan kerana berhadapan dengan


sistem parlimen di bawah kawalan Penjajahan Belanda. Ketika ini, Sukarno
berhadapan dengan krisis parti kerana masing-masing ahli parti bertindak dengan
ideologi yang berbeza-beza. Kelompok ini bersaing untuk menraihkan pemerhatian
dan kekuatan dalam parti seterusnya untuk kepentingan politik mereka. Tekana
Sukarno dalam mempersatukan kelompok yang memberi banyak pendangan serta
kemelut dalam pembangunan pentadbiran Sukarno. Maka dengan itu, Sukarno cuba
mengenepikan perbezaan fahaman dan ideologi parti tersebut. Dengan
memperkenalkan ‘Pancasial’ iaitu melibatkan lima prinsip dasar filosofi rasmi
Indonesia. Melalui pancasila ini dapatlah Sukarno menyatukan pelbagai ideologi dan
fahaman setiap pertubuhan parti.

Pancasila Indonesia adalah gabungan dari elemen-elemen sosialisme, nasionalisme,


monoteisme dan berfungsi sebagai pemersatu dari semua ideologi yang ada di masyarakat
Indonesia (penerus Sukarno, Suharto, kemudian menggunakan konsep Pancasila sebagai alat
kuat untuk menekan pihak-pihak lain pada masa pemerintahan otoriter Orde Baru).
Satu-satunya kelompok yang keberatan dengan Pancasila yang diformulasikan oleh Sukarno
adalah kelompok Muslim ortodoks. Mereka ingin ada tambahan bahwa umat Muslim harus
mempraktekkan syariat Islam. Hal ini tidak disetujui oleh Sukarno karena akan
membahayakan persatuan bangsa. Kendati menjadi rumah dari populasi Muslim terbesar di
dunia, ada jutaan pemeluk agama Kristen, Katolik, Hindu dan Buddha dan juga ada
kelompok Muslim tradisional yang besar (yang tidak mendukung pemberlakuan syariat
Islam).

Kenyataannya Indonesia dikuasai oleh penjajah Belanda .Bukan mudah bagi Sukarno untuk
berhadapan dengan pihak penjajah Belanda kerana pada hakikatnya ramai penyokong kepada
pihak Belanda. Namun terdapat di kalangan rakyat Indonesia terutamanya kalangan golongan
rakyat yang seemakin menyokong golongan radikal dan penentangan terhadap Belanda
sehingga pemimpin Indonesia yang hebat ini, Sukarno ada menjelaskan perumpamaan
seumpama ini:

‘Setitis hujan ais di atas api Revolusi’

Sukarno melihat berlaku perpecahan di kalangan rakyat yang mencetus penentangan. Untuk
menyelesaikan masalah ini, Sukarno mengeluarkan Peraturan Presidn No .6/1946 yang
bertujuan menambah anggota Komiti Nasional Indonesia Pusat ( KNPI). Sementara itu, pihak
Belanda pula tidak menggambil tahu mengenai perundingan yang cuba dibentuk oleh
Sukarno.sifat sambil lewa pihak Belanda menyukarkan pihak Indonesia menyelesaikan
masalah ini. Menurut Gebenor Jenderal H.J van Mook, beliau menjelaskan bahawa Belanda
tidak terikat kemudian melakukan serangan pada 21 Julai 1947,.Belanda menyebut sebagai
‘Aksi Polisional’ atau’aksi Penertipan’. Alasan yang dipraktikkan oleh pihak Belanda ialah
pihak Indonesia tidak serius dalam melaksanakan hasil perundingan itu.sehubungan itu juga
telah mencetuskan rasa tidak puas hati dikalangan pihak Belanda dan menhancurkan
kekuatan utama dalam ekonomi Indonesia. Belanda menyerang pelabuhan secara mengejut
pada waktu tengah malam di bawah pimpinan komando Letnan Jenderal L.H Spoor dengan
bilangan tentera seramai 109,00. pelabuhan strategik seperti di Citerbon, Surabaya , Jakarta
dan di utara wilayah Sumatra dan Palembang yang mempunyai banyak sumber minyak.
Indonesia turut terjejas dalam banyak sumber alam yang lain.

Namun setelah beberapa lama berkeadaan kurang selesa dalam serangan dari kedua pihak
( Belanda dan Indonesia ) maka pada 8 Desember 1947, Indonesai dan Belanda bersetuju
memulakan perdamaian dengan proposal yang mengandungi:

I) Mengadakan genjatan senjata


II) Menarik balik kuasa Belanda dan tenteranya
III) Memulihkan kekuasaan Indonesia

Namun tidak semudah itu, apabila pihak Belanda menerima proposal tersebut, pihak Belanda
menganggap sebagai ‘prinsip Politik’ yang disebut sebagai kontrak- proposal. Ini
mencetuskan ketengangan semula. Suasana ‘terik menarik’ terjadi dan Belanda mengeluarkan
12 Proposal lagi yang mana antara nya ialah mengalihkan kuasa pemerintahan kepada
pimpinanan Amir Syarifuddin. Sukarno, sekali lagi berhadapan dengan situasi yang sulit iaitu:

I) Kemisikinan rakyat semakin parah akibat Belanda telah menentukan ‘Blokade


ekonomi’ terhadap penduduk Indonesia
II) Kesatuan dan persatuan RI terancam kerana Belanda juga berusaha mendirikan
negara bahagian yang baru.
III) Kebijaksanaan pemeritah yang di pimpin adalah saling berganti.

Kesukaran ini menyebabkan Sukarno semakin lemah dalam pentadbiran akibat daripada
6
serangan bertubi-tubi oleh pihak Belanda.

5:2 Pemberontakan Madium 1948:Drama Manusia dalam Revolusi

Pemberontakan ini adalah melibatkan Madium DSeptember 1948 yang mana berkait
langsung dengan pemimpin revolusi pusat iaitu Sukarno dan Para ahli politik national.
Pembentukan Modium akan cuba dijelaskan sebagai drama manusia dengan dengan
memperlihatkan adanya persoalan persoalan manusia dan pilihan yang dihadapi.
Pemberontakan Modium dijelaskan sebagai drama manusia yang menlibatkan
hubungan kepimpinan revolusi dan evolusi . ada sesuatu persoalan yang menonjol.
Iaitu pertentangan antara politik diplomasi pemerintah pusat dan konsepsi kedaulatan
rakyat. Sebenarnya kedaulatan rakyat yang kedengaran bersifat national oleh daerah
ditafsirkan sebagi otonomi dari pusat. Burhan Magenda dalam7 suatu artikel yang
membendingkan Revolusi Vietnam dan Indonesia menjelaskan bahawa di Vietnam
ada tradisi negara National yang tidak dapat ditandingi di negara Indonesia.

Pada tahun 1948, ada tiga persoalan struktur setempat yang penting. Pertama ialah
rasional organisasi TNI. Ini membawa akibat hancurnya struktur kekuasaan lokal dan
diperkuatnya struktur kekuasaan di pusat yang sebenarnya tidak dipercapai , Kedua,
keadaan-keadaan ekonomi yang memburuk selalu membaw revolusi ke kiri dan
usaha-usaha tersebut akan membentuk ke arah yang bersifat songsang dari dasar
pemhaman politik asal. Sturktur politik ,sosial, militer dan ekonomi di Jawa Tengah.

6 Nurani Soyomukt,Soekarno dan Nasakom, Ar-Buzz Media Group,2008. Hal 117-119


7 Pembentukan Modium 1948:Drama Manusia dalam Revolusi,l Prisma 7 Ogos 1948
Daerah Modiun yang juga dikenali sebagai tempat pembuangan pangeran yang tidak
setia kepada raja dan pemberontakan lain. Pada waktu Revolusi , Bandar Modiun
yang mempunyai penduduk seramai 200,000 jiwa merupakan bandar ketiga yang
mempunyai bilangan penduduk yang ramai telah . Sehubungan dengan ini, bilangan
penduduk dan lokasi strategik berada di persimpangan jalan keretaapi telah
memudahkan pembentukan haluan kiri yang dipimpin oleh Sarekat Rakyat ( SR).
Aktiviti ini, memberi tekanan kepada pihak golongan petani. Dalam pada ini, banyak
golongan dan kumpulan terbentuk seperti golongan SR, golongan FDR-PKI,
golongan Pemuda Demokrat Indonesia, TLRI dan TNI. Kesemua pendekatan ini
telah menimbulkan revoulusi di kalangan masyarakat setempat. Ini menwujudkan
pendaulatan lokal untuk pihak pemerintahan, Sukarno untuk menangani masalah
ini.

5:3 Revolusi dan Diplomasi

Revolusi yang tercetus antara masyarakat tempatan dan juga pihak luar menjejaskan
keupayaan Sukarno dalam menguasai kekuatan pemerintahannya. Sebaliknya pihak
Inggeris masih memakai perlembagaan tingalan dari pihak Hindia -Belanda. Inggeris
ditugaskan untuk menduduki Indonesia semula oleh sekutu Republik Indonesia secara
De facto. Fakta ini dipergunakan untuk berunding dengan pihak Belanda. Sukarto
berhadapan dengan protes pihak Belanda dan Republik Indonesia membawa bentuk
perundingan dengan Pihak Belanda . Perundingan ini digelar sebagai ‘Diplomasi’
iaitu salah satu cara ‘turut perintah’ ialah dengan tidak menunjukkan tindakan
agresif.8

5:4 Refleksi tentang peristiwa G302 (GESTOK) 1965 dan akibatnya

Pada tahun 1956, Indonesia terpisah dalam dua situasi iaitu pertama ialah golongan
kapitalis liberal yang digelar sebagai Demokrasi.kedua ialah golongan komunis iaitu
terdiri dari Uni Soviet dan RRC. Keadaan krisis ini menjadikan masyarakat merasa
gelisah serta bingung. Konfrontasi dengan Belanda telah menyebelahi pihak Indonesia
dan karisi ini dapat diatasi dengan aman. Oleh itu, Amerika telah berjanji untuk
membantu pembangunan Indonesia yang digelar sebagai DEKON atau Deklarasi

8 Onghokham,Sukarno Orang kiri,Revolusi,Komunitas Bambu, 2009.Halaman 99-101.


Ekonomi. Selain daripada gelaran itu,Sukarno juga mengelarkan sebagai MANIPOL
( Menifesto Politik) tetapi kandas dalam beberapa bulan sahaja. Kegagalan ini ada
perkaitannya dengan berlakunya konfrontasi dengan negara Malaysia. Sehingga hari
ini, berlakunya konfrontasi antara Indonesia dan Malaysia masih menjadi tanda tanya.
Siapakah dalang, pemula dan pencetus konfrontasi ini. Antara yang boleh dijelaskan
ialah melibatkan projek NEKOLIM ( Neo Kolonisme ) iaitu dengan mengepung
Indonesia. Sukarno merasa agak terkejut kerana tiba-tiba bermusuhan dengan negara
jiran, Malaysia dan berkaitan dengan dunia Barat seperti Australia, Amerika syarikat
dan Singapura.

Kejadian konfrontasi ini menjadikan negara Indonesia menggalami defisit.


Perbelanjaan melebihi keperluan yang mengakibatkan anggaran belanja yang kronik,
sistem pajakan pribadi menjadi minimum, inflasi meningkat dan pengurangan gaji
akibat berlaku potongan gaji pekerja berlaku. Ini tidak menguntungkan masyarakat
Indonesia. Malah masyarakat semakin bingung. 9sementara itu .golongan PNI pula
cuba untuk membantu Sukarno dengan mendirikan BPS ( BArisan Pendukung
Sukarno) namun terlalu banyak parti yang muncul menjadikan masyarakat lebih
binggung serta kesukaran bagi pihak Sukarno untuk menggawal kesemua pergerakan
dan fahaman pancasila .

Sealin itu , pada tahun 1960-an,BTI dan PKI pula telah mencetuskan satu
permasalahan dengan mengadakan kutipan cukai dari tuan-tuan tanah dengan kadar
nilai bunga yang tinggi. Walaupun masyarakat petani sudah memprotes sitauasi ini,
namun ancaman dari pihak BTI dan PKI ialah dengan merampas hak milik tanah
kepada pihak kerajaan. Golongan petani adalah dari golongan miskin dan merekalah
yang mencetuskan revolusi sosial secara agresif. Banyak laungan pidato yang
dihujahkan secara umum tanpa kawalan memberi laluan lebih ramai masyarakat
terpengaruh. Pidato berbaur dengan falsafah ‘antikomunistophobi, persatuan
NASAKOM dan lain lain lagi. Aksi ini memberi impak yang besar kepada kebebasan
pihak pemeriktah yakni Sukarno sendiri. Hal yang demikian , berlaku keruntuhan
sosial, kejatuhan ekonomi Indonesia. Ketegangan menjadikan masyarakat semakin

9 Ibid. Hal 157-159


panik dan ini mejejaskan kewibawaan Sukarno apabila masyarakat mulai bersuara
diperingkat Sosial10.

5:5 Pernyataan dan pandangan politik Sukarno menjerat diri sendiri.

Sejak 1962, Sukarno memiliki gagasan perjuangan bangsa Indonesia, yang terdiri dari
tiga kekuatan politik iaitu melibatkan Nationalisme, Agama dan Komunis, dalam
perancangan menentang kolonial. Dalam masa yang singkat, komonis menjadikan
penentang yang penting dan telah memburukkan kewibawaan Sukarno dalam sistem
pentadbiran dan pembangunan Negara Indonesia. Kelemahan Sukarno dipersoalkan di
persana dunia khasnya kepada negara Dunia pertama iaitu pihak Barat. Sungguhpun,
Sukarno telah mempertahankan gagasan yang telah digariskan sebagai landasan
sistem pentadbirannya. Keadaan itu telah menjatuhkan kepercayaan kepada
pemerintah,Sukarno dan memberi impak yang besar pada dirinya sendiri.11

5:6 Demostrasi Mahasiswa

Penentangan pihak mahasiswa turun menjatuhkan kekuasaan Sukarno. Pada 11 Mac


1966, Sejarah Indonesia menggalami perubhan yang sangat drastik. Sukarno telah
menandatangani satu perjanjian Surat Perintah yang digelar sebagai ‘Supersemar’.
Dalam isi kandungan perjanjian ini menengaskan bahawa Sukarno selaku presiden
Indonesia telah menyerakan kuasa penuh kepada Letjen Soeharto yang ketika itu
memegang jawatan sebagai Menteri Panglima Angkatan Darat. Sukarno menganggap
bahawa Menteri Penglima Angkatan Darat ini mempu menjaga keamanan dan
ketenteraman negara serta menjalankan tugas sebagai pemerintah dan mengelak
berlaku sebarang kejadian revolusi. Dalam suasana ekonomi yang gawat, Letjen
Soeharto telah membubarkan PKI. Sebarang gerakan oleh PKI telah dihalang
sepenuhnya. Lantas, warga Mahasiswa telah mewujudkan satu organisasi baru digelar
sebagai KAMI ( Kesatuan Aksi Mahasiswa Indonesia) yang semakin hari semakin
ramai mengikutnya. Malah KAMI juga sempat mencetuskan Tri tuntutan Rakyat:
Bubarkan PKI. Kehebatan semangat warga Mahasiswa telah menjadikan Presiden

10 Ibid .Hal 169-173


11 Onghokham,Sukarno Menjadi Korban dirinya Sendiri”, Jakarta Post 1994.
Sukarno melarikan diri ke Bogor dan mengeluarkan surat araha terhadap
‘Supersemar’ agar mengentikan demonstrasi tersebut.12

KESAN KEJATUHAN POLITIK SUKARNO 1960

Kesimpulan

12 Herry Tjan Sillahi,Bung Karno diantara saksi dan peristiwa,Penerbit Buku Kompas, 2009.Hal 153-157
BIBIOGRAFI

Bernhard Dahm,Saekarno dan Perjuangan Kemerdekaan,Penerbit LP3ES , Jakarta


Indonesia 1987

Indonesia Merdeka,VI Artikel M.Hatta 1928

Onghokham,Sukarno Menjadi Korban dirinya Sendiri”, Jakarta Post 1994.

Onghokham,Sukarno Orang kiri,Revolusi,Komunitas Bambu, 2009.Halaman 99-101

Nurani Soyomukt,Soekarno dan Nasakom, Ar-Buzz Media Group,2008. Hal 117-119

Pembentukan Modium 1948:Drama Manusia dalam Revolusi,l Prisma 7 Ogos 1948


Herry Tjan Sillahi,Bung Karno diantara saksi dan peristiwa,Penerbit Buku Kompas
Indonesia

Peter Kasenda,Hari-hari Terakhir Sukarno,Komunitas Bambu Indonesia

You might also like