You are on page 1of 4

SINOPSIS DAN PENGAJARAN FILEM 1957- HATI MALAYA

Hali, Salmi, Rafik, Ani dan Ang Lee, mewakili generasi muda Malaysia yang datang dari
latarbelakang dan pemikiran berbeza, berusaha untuk menerbitkan sebuah buku
bergambar 1957 - Hati Malaya. Dalam pencarian itu, mereka menemui pencintaan,
persahabatan, kesetiaan dan memahami perjuangan 1957.
Mereka betul-betul mendalami dan menjiwai karektor dan peristiwa yang begitu emosi
dan membawa mereka pada era semangat rakyat tanah Melayu bangkit menuntut
kemerdekaan.
Filem memfokus kepada Tunku Abdul Rahman, pengasas kepada Parti Perikatan,
yang menjadi Perdana Menteri pertama Malaya pada tahun 1957, walaupun mendapat
tentangan secara halus dari British yang mahu melambatkan kemerdekaan.
Datuk Onn Jaafar, pengasas Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) yang
berjaya membangkitkan semangat nasionalisme orang Melayu menentang penubuhan
Malayan Union yang dicadangkan oleh British pada tahun 1946.
Mengenai orang Melayu ada yang dapat dikatakan dalam filem ini:
1. Orang Melayu, asalnya, tidak akan mempersenda-sendakan nama keramat Melayu,
darah dan raja Melayu. Nama MELAYU itu jangan dibawa main kerana bagi orang
Melayu, nama itu sendiri 'keramat'. Dengan ini, wujud kekuatan orang Melayu yang
sebenarnya, menyatupadukan mereka, membuat bangsa lain bergoncang akan integriti
mereka.
2. Orang Melayu sendiri yang mula merosakkan bahasa mereka sendiri apabila parti
pertama yang menyatupadukan kesemua orang Melayu diambil daripada akronim
perkataan Inggeris, UMNO. Patutlah sampai sekarang, walau betapa susahnya
kerajaan mahu orang Melayu dan bangsa lain bertutur Melayu, bahasa Inggeris tetap
dipandang tinggi.

Filem ini dimulakan dengan dipaparkan Raja-raja Melayu dipaksa menurunkan


tandatangan untuk mempersetujui penggubalan Malayan Union sebelum masuk ke
cerita utama. Filem ini mengisahkan cerita dua era yang berbeza iaitu generasi kini
pada masa moden yang mencari cerita tentang kemerdekaan dan generasi silam yang
berusaha mencapai kemerdekaan.
Dalam era kini, filem ini menceritakan lima sahabat iaitu Hali, Salmi, Rafik, Ani dan Ang
Lee berusaha keras untuk menerbitkan sebuah buku ilustrasi tentang kemerdekaan
yang bertajuk "1957 - Hati Malaya". Hali berperanan sebagai editor menjadikan bekas
rumah datuknya sebagai pejabat mereka. Dalam pada masa yang sama, Hali berusaha
mengumpulkan wang sekurang-kurangnya RM 2 juta untuk mendapatkan semula
rumah yang penuh kenangan itu. Salmi, yang juga kekasih Hali, merupakan jurugambar
dan turut menguruskan bahagian grafik bagi penerbitan ini. Rafik pula menguruskan
bahagian ilustrasi dan grafik keseluruhan buku, Ani menguruskan semua laporan dan
berita manakala Ang Lee menjadi akauntan bagi kumpulan mereka. Mereka
bertungkus-lumus ingin menjayakan penerbitan buku sulung mereka itu.
Di era silam diperlihatkan juga penubuhan UMNO di Kongres Melayu Seluruh Tanah
Melayu pertama yang diadakan di Kelab Sultan Suleiman, Kuala Lumpur dengan
ucapan bersemangat dari Dato' Onn. Ketika itu, Normala telah menambat hati Rozhan
dan Zahari. Mereka bersama-sama di kelab tersebut untuk menyaksikan detik
bersejarah.
Setelah dimansuhkan Malayan Union, UMNO kini usaha beralih kepada kemerdekaan
negara tetapi pihak Inggeris ingin perpaduan antara kaum lain selain kaum Melayu.
Kaum Cina ketika itu menghadapi masalah apabila kebanyakan mereka disyaki terlibat
dengan komunis. Harapan mereka untuk terlepas dari belenggu tersebut ialah bersama
dengan UMNO untuk meyakinkan Inggeris mancapai kemerdekaan.
Dato' Onn mendapat cubaan yang hebat apabila beliau dikatakan gila kuasa ketika
memegang kedua-dua jawatan sebagai Menteri Besar Johor dan Presiden UMNO.
Lantas, Dato' Onn meletakkan jawatannya. Kemudian, cadangan Dato' Onn untuk
memberikan peluang kepada orang bukan Melayu menyertai UMNO mendapat
tentangan ramai lalu beliau mengambil keputusan mengundurkan diri. Orang UMNO

mula memujuk Tunku Abdul Rahman, kerabat Sultan Kedah yang berkelulusan undangundang di England, untuk mengambil alih pucuk kepimpinan UMNO dan hal ini
mendapat sokongan kebanyakan ahli UMNO. Ketika itu, orang Melayu seolah-olah
berpecah

kepada

Dato' Onn

memulakan

Independence

Malayan

Party (IMP)

dan Tunku yang meneruskan agenda UMNO untuk mendapatkan kemerdekaan. Hal
tersebut turut mempengaruhi Normala yang menyokong UMNO di bawah Tunku
manakala Zahari, kekasih hatinya berpihak kepada Dato' Onn.
Pada 1954, Tunku dan beberapa orang yang lain mengadakan perjumpaan umum
untuk meminta pandangan ramai tentang rombongan ke England dan usul tersebut
dipersetujui ramai. Walau bagaimanapun, Tunku menjelaskan yang mereka tidak
mempunyai duit kerana habis digunakan untuk berkempen. Normala yang ada ketika
itu, menyatakan yang dia akan membantu dengan apa yang ada. Dia menanggalkan
barang kemas dan diikuti oleh ramai orang yang berduyun-duyun mendermakan duit
dan barang kemas. Hal ini menitiskan air mata Tunku yang terharu dengan semangat
rakyat Tanah Melayu.
Walau bagaimanapun, percubaan pertama yang gagal tidak mematahkan semangat
mereka. Cubaan demi cubaan berlangsung hingga bermulanya Pilihan Raya 1955 yang
dikuasai oleh Parti Perikatan yang disertai bersama UMNO, MCA dan MIC sebanyak 51
kerusi daripada 52 kerusi. Tunku dilantik menjadi Ketua Menteri dan berpindah ke
sebuah rumah yang disediakan kerajaan. Rumah yang usang hinggakan bocor atapnya
apabila hujan membuatkan Tunku semakin geram dan bersungguh-sungguh untuk
mendapatkan kemerdekaan.
Ditunjukkan kemudian perjumpaan antara Sardon, Ahmad Badawi dan Sheikh Abdullah
Fahim untuk meminta pandangan Syeikh tentang tarikh yang sesuai untuk dijadikan
tarikh kemerdekaan. Syeikh menyatakan kesesuaian tarikh 31 Ogos 1957. Tunku sekali
lagi ke England pada 1956 untuk rundingan kemerdekaan dan kali ini, Tunku mendarat
pulang di Melaka dengan khabar gembira bahawa Tanah Melayu akan mendapatkan
kemerdekaan sepenuhnya dalam Komanwel pada 31 Ogos 1957. Normala, Zahari,
Rozhan, Muzafar, Khalilah dan ramai lagi turut berada di sana untuk menyaksikan
sendiri detik tersebut.

Akhirnya dipaparkan Hali dan Rafik keluar dari pejabat penerbitan dengan buku mereka
baru diterbitkan. Mereka membawa pulang dan menunjukkan kepada Sal, Ani dan Ang
Lee. Hali kemudian bersedia melepaskan rumah datuknya itu memandangkan dia
sudah memiliki rakan yang sangat memahami. Keesokannya, mereka menuju
ke Dataran Merdeka untuk mengimbas kenangan malam kemerdekaan yang pertama
iaitu ketika Tunku tiba di sana untuk menyaksikan turunnya Union Jack

dan

berkibarnya buat kali pertama bendera Tanah Melayu dan berkumandangnya


lagu Negaraku. Turut dipaparkan Dato' Onn dan Datin Halimah mendengar peristiwa
tersebut dari radio sambil menitiskan air mata kegembiraan.

You might also like