You are on page 1of 21

PERPADUAN ASAS KECEMERLANGAN NEGARA

Yang mulia Tuan Pengerusi majlis, barisan panel hakim yang adil lagi bijaksana, guru-guru
dan murid-murid yang dihormati sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Pada pagi yang
mulia ini, izinkan saya menyampaikan sebuah syarahan bertajuk “Perpaduan Asas
Kecemerlangan Negara”.

Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai rakyat pelbagai kaum, agama,
kebudayaan serta mengamalkan cara hidup yang berbeza. Oleh itu, perpaduan negara
merupakan matlamat yang amat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan,
sama ada dalam bidang ekonomi, sosial mahupun politik.

Perpaduan amatlah penting dalam pembangunan dan pentadbiran negara kerana ia merupakan
asas untuk mengekal dan mempertahankan kebebasannya sebagai sebuah negara yang
merdeka dan berdaulat.

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,


Menerusi perpaduan yang kukuh, tahap pencapaian ekonomi negara dapat dipertingkatkan
supaya taraf hidup rakyat akan bertambah maju di samping mewujudkan suasana politik yang
stabil.

Perpaduan yang kukuh dan kuat merupakan pemangkin kepada kecemerlangan negara.
Dengan wujudnya perpaduan dan negara yang aman damai, kita mampu mencapai kejayaan
dalam pelbagai bidang. Kejayaan yang dicapai membolehkan kita menjadi bangsa yang
bermaruah dan berdikari.

Saudara-saudari yang dihormati,


Sekiranya perpaduan rakyat rapuh dan lemah, negara akan terdedah kepada pelbagai ancaman
dan masalah. Rakyat yang berpecah-belah dan tidak bersatu-padu akan menyebabkan huru-
hara, rusuhan, pergaduhan kaum dan sebagainya. Keadaan ini pasti akan menjejaskan
kedaulatan, ekonomi serta kestabilan negara.

Kita harus belajar dari peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang pernah melanda negara ini
agar pisang tidak berbuah dua kali. Perpaduan rakyat negara ini telah tergugat akibat peristiwa
pahit itu.

Sebagai langkah untuk menyatu-padukan rakyat negara ini, kerajaan telah melancarkan Rukun
Negara pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara.
Prinsip-prinsip yang terkandung di dalam Rukun Negara merupakan kunci untuk memelihara
serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum negara ini.

Rakyat negara ini harus berusaha untuk membentuk satu bangsa yang bersatu padu, setia dan
cinta akan negara.

Saudara-saudari yang dihormati sekalian,

“Perpaduan Asas Kecemerlangan Negara”


Sebagai warganegara Malaysia yang tercinta, kita harus menjadikan perpaduan rakyat sebagai
teras dan landasan hidup bermasyarakat di negara ini.

Negara ini adalah tanggungjawab kita. Perpaduan negara ini adalah tanggungjawab kita
bersama. Kecemerlangan dan kejayaan negara pasti menjadi kemegahan kita semua. Maka itu,
kita harus sentiasa bersatu-padu dan hidup dalam berharmoni.

Akhir kata, izinkan saya mengakhiri syarahan saya dengan pantun berikut.

Tasik Chini dipenuhi bunga,


Ada cerita terdapat naga;
Negara diancam huru-hara,
Perpaduan dengan Rukun Negara

Sungai Pahang berjela-jela,


Naik rakit merentas desa;
Demi rakyat negara tercinta, Perpaduan tonggak
1 Malaysia.

BAHASA ITU WAHANA PERPADUAN.

Yang kurik itu kundi,Yang merah itu saga,Yang cantik itu budi,Yang indah itu bahasa.Terima
kasih kepada saudara/i pengerusi majlis, kepada barisan panel hakim yang arif lagibijaksana,
pensyarah-pensyarah yang dihormati dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.

Selamat petang dan salam sejahtera.

Berdirinya saya disini dengan penuh iltizam adalah untuk memberikan kupasanberpandukan
tajuk syarahan saya iaitu BAHASA ITU WAHANA PERPADUAN.

Bahasa menurut kamus dewan bahasa adalah sistem lambang bunyi suara yang dipakai
sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia. Wahana pula bermaksud
saluran atau perantaran yang memungkinkan sesuatu dilakukan atau disampaikan. Manakala,
perpaduan adalah keadaan atau hal berpaduan iaitu persatuan.Dalam konteks ini, konsep
bahasa atau perpaduan merujuk kepada bahasa Malaysia atau bahasa kebangsaan yakni
Bahasa Melayu. Persoalannya, mengapakah bahasa itu dikatakan alat atau medium untuk
merapatkan perpaduan antara rakyat dalam negara ini. Bagaimanakah cara untuk
merealisasikan konsep ini. Marilah bersama-sama saya,merungkai persoalan ini satu per satu
dengan lebih teliti dan lagi mendalam.

SIDANG HADIRIN SEKALIAN,


Indahnya, bahasa melayu begitu halus sehingga menusuk kalbu. Daripada banyakfaktor,
bahasa muncul sebagai faktor yang dominan dan daripada begitu banyak bahasa,bahasa
melayu telah dipilih sebagai bahasa kebangsaan dan seterusnya menjadi wahanaperpaduan
masyarakat majmuk di negara gilang-gemilang ini. Sejarah membuktikan bahawa bahasa
melayu telah diterima sebagai lingua francaatau bahasa komunikasi utama sejak zaman
kesultanan melayu Melaka pada abad ke-15lagi. Menurut Masariah (2003), bahasa ini
digunakan secara meluas dalam bidangperdagangan dan hubungan diplomatik yang berlaku
antara negara-negara pada masa itu.Dalam kitab sejarah melayu, disebutkan bahawa para
pedagang bertungkus lumusmempelajari bahasa melayu untuk menguasainya bagi
memudahkan mereka berurusandengan pemimpin dan juga masyarakat tempatan yang telah
lama menggunakan bahasa ini.
Memandangkan bahasa melayu telah digunakan sekian lama sebagai bahasa rasmi,bahasa
komunikasi dan persuratan, maka bahasa melayu telah dipersetujui dan disepakatibersama
oleh pemimpin pelbagai kaum di negara ini agar menjadi bahasa kebangsaan bagipersekutuan
Malaysia yang merdeka pada tahun 1957. Bahasa melayu telah dinobatkansebagai bahasa
kebangsaan sejak merdeka lagi apabila perkara ini termaktub dalamperkara 152 perlembagaan
Malaysia sehingga sekarang menjadi penyatuan masyarakatnegara di bawah bumbung
integrasi. Sebagai contohnya, surat-surat rasmi kerajaanataupun swasta dikeluarkan
menggunakan bahasa melayu. Malah, borang-borangpendaftaran juga diperbuat
sedemikian.Siva Rubini a/p S Sivaguru Teks Syarahan 2012

HADIRIN YANG SAYA MULIAKAN,

Dalam sektor pendidikan pula, bahasa melayu digunakan sebagai bahasapenghantar dalam
sistem persekolahan tidak kira sama ada sekolah kebangsaan ataupunsekolah jenis
kebangsaan. Perkara ini telah dilaksanakan mulai tahun 1983 berdasarkanLaporan Razak.
Tambahan pula, asas-asas pelajaran seperti 3M iaitu membaca, menulisdan mengira
dititikberatkkan disamping memberi pendidikan untuk pembinaan sahsiah diriserta
pemupukan kemahiran berfikir. Tumpuan dan penekanan adalah untuk menjuruskanpelajar –
pelajar kearah pemupukan semangat kewarganegaraan. Bahasa melayu telah menjadi asas
pembinaan negara bangsa Malaysia yangmerdeka. Menurut, Professor Dr Teo Kok Seong,
maruah bangsa Malaysia terletak padamartabat bahasa melayu yang menjadi lambang
kedaulatan pemerintahan dan negara. Halini kerana bahasa melayu telah mendukung peranan
penting sebagai bahasa peradabandan tamadun tinggi pada suatu ketika dahulu. Pada zaman
kesultanan melayu Melaka,bahasa melayu digunakan secara meluas dalam pelbagai bidang
seperti undang-undang.Ironisnya, di Malaysia kita tidak perlu menjadi seperti Bismarck dan
Machiavelli yangmembina negara bangsa mereka dan kuku besi, helah dan darah.
Memartabatkan bahasamelayu kebangsaan harus dijadikan sebagai ramuan dalam kehidupan
rakyat sejati ini.

SIDANG DEWAN SEKALIAN,

Disini saya ingin menegaskan bahasa penggunaan bahasa kebangsaan bergantungpada sikap
individu terhadap bahasa terbabit. Dari semasa ke semasa, pelbagai kegiatanharus diadakan
untuk meningkatkan kesedaran dan keyakinan masyarakat tentang bahasakebangsaan sebagai
bahasa perpaduan kita. Penggunaanya akan memperkukuhkanperpaduan kaum, sebaliknya
peminggiran bahasa akan menyebabkan
kemantapanperpaduan kaum akan berkurang. Akhir kata dari saya, anak jati negeri Pahang
untukmenjadi bangsa yang dihormati dan disegani, bahasa perlulah dijulang tinggi.Sekian,
terima kasih.
SATU MALAYSIA PEMANGKIN PERPADUAN

Cincin suasa cincin pusaka,


Disimpan rapi dalam peti;
Cintai negara sayangi bangsa, kekalkan
perpaduan tanpa sangsi.

Pantun empat kerat ini membuka tirai syarahan saya pada pagi ini.
Salam bahagia dan sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia
Tuan Pengetua, barisan hakim yang arif dan berdiri di atas paksi keadilan, guru-guru dan tidak
dilupakan hadirin sekalian yang saya muliakan. “ SATU MALAYSIA PEMANGKIN
PERPADUAN “, demikianlah bunyinya tajuk syarahan yang akan saya sampaikan pada pagi
yang mulia ini.

Hadirin sekalian,

“Kalau kita dapat menyatukan masyarakat menjadi satu rakyat dengan satu impian, kita akan
jadikan Malaysiasebuah negara lebih kuat, gagah perkasa dan Berjaya”. Begitulah kata Dato
seri najib tun razak selaku perdana menteri Malaysia keenam negara kita yang faham akan
secara realitinya masyarakat berbilang keturunan dan agama di negara ini perlu bersatu bagi
menjadikan Malaysia sebuah negara yang kukuh.

Konsep 1Malaysia merupakan konsep yang berpaksikan bumi nyata dan realiti sebenar rakyat
pelbagai kaum di negara ini. 1Malaysia diwujudkan dengan tujuan untuk menyediakan satu
forum yang bebas dan terbuka bagi membincangkan tentang perkara yang benar-benar dekat
di hati kita sebagai satu bangsa. Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan
meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian yang selama ini menjadi kekuatan kita dan
akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan.

Sebanyak lapan nilai yang tidak saling eksklusif telah diperkenalkan dalam konsep satu
Malaysia ini. Budaya kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetian,
meritokrasi, pendidikan dan integriti, kelapan-lapan nilai ini telah menjadi asas kepada satu
Negara satu bangsa.

Para hadirin,

Kesetiaan adalah penting kerana ia adalah asas kepada kepercayaan. Contohnya sebagai
kawan, anda setia kepada kawan anda tak kisah dari segi keturunan dan keagamaan, kerana
kesetiaan tersebut akan membina kepercayaan. Satu ikatan peribadi antara anda dengan
seorang yang lain. Dengan adanya kepercayaan antara kawan, maka wujudlah keharmonian di
antara jiran memandangkan jiran kita kawan kita. Semangat kejiranan yang kukuh
penyumbang kepada keamanan masyarakat. Tambahan pula, KESETIAAN KEPADA RAJA
DAN NEGARA begitulah bunyinya prinsip kedua rukun Negara kita. Semua rakyat dituntut
setia kepada raja dan negara. Yang di Pertuan Agong merupakan ketua negara yang
menyimbolkan penyatuan rakyat.
Perbezaan yang agak ketara di antara toleransi dan penerimaan. Apabila kita menyebut
toleransi, mungkin kita tidak berapa suka akannnya, tetapi tetap menerimanya kerana kita
tiada pilihan. Tetapi jika kita bercakap dari segi penerimaan, ia memperlihatkan keadaan
pemikiran bahawa kita menerima sepenuhnya sesuatu secara positif. Penerimaan dari segi
kita bersedia untuk menerima sebarang perkara. Jika kita sanggup menerima sebarang
perkara, kita mengambil perkara tersebut dengan kerelaan, maka dengan kepastian kita akan
dapat melihat kepada semua perkara secara lebih positif. Oleh hal yang sedemikian, dengan
nilai penerimaan ini, kita sebagai rakyat Malaysia patut menerima konsep satu Malaysia
secara positif.

Pendidikan dan pengetahuan adalah prasyarat penting untuk mana-mana negara mencapai
kejayaan dan disepanjang sejarah kita telah melihat hanya empayar yang berteraskan akal
yang terus wujud, khususnya dalam konteks semasa. Sebuah empayar yang terbina daripada
kekuatan tentera tidak bertahan dan tidak mampu bertahan. Pendidikan yang disepadukan
dengan nilai, kita akan memiliki sebuah masyarakat yang bukan sahaja dapat menempatkan
pendidikan dan pengetahuan di mercu segala yang lain malah dapat menghayati erti
perpaduan yang dikecapi selama ini.

Saudara-saudari,

'Satu Malaysia' - bukanlah suatu 'nyanyian perang' (battle cry). Ia juga bukannya suatu
pernyataan slogan yang kosong. Kita mesti sama-sama menghayati kepentingan 'Satu
Malaysia' dalam keadaan dan perkaitannya dengan suasana sedia ada. Tidak ada satu bangsa
hebat di dunia ini yang mampu mencapai klimaks kehebatan dengan bangsanya yang
berpecahbelah dan tidak ampuh. Ini fakta sejarah yang tidak mungkin mampu dinafikan.
Susur sahaja kehebatan tamadun dunia apa sekalipun, ia bermula dengan 'cita-cita
kebernegaraan' yang dikongsi bersama.

Justeru, generasi muda Malaysia khususnya perlu membina 'fikrah Satu Malaysia' yang
sejujur-jujurnya. Kita perlu banyak meninggalkan syak wasangka. Kita perlu meruntuhkan
kefahaman prejudis yang merosakkan. Kita perlu bersangka baik antara satu sama lain. Kita
perlu mempunyai yakin diri bahawa tempat dan langit terbaik yang kita miliki ada di bumi
bertuah Malaysia ini. Semua rakyat Malaysia perlu menganggap diri mereka adalah bangsa
Malaysia yang berfikir dan bertindak dalam satu nada dan satu matlamat. Ciri-ciri demografi
seperti negeri, daerah, kaum, agama dan budaya wajar dihindari bagi menwujudkan satu
bangsaMalaysia yang berfikiran terbuka serta ingin memajukan negara secara bersama.

Perpaduan yang sedia terjalin antara kaum di negara ini perlu diperkukuhkan lagi dengan
menganggap kita adalah rakyat Malaysia dan bangsa Malaysia. Keadaan ini akan dapat
mewujudkan suasana negara yang aman, harmoni, selesa, keselamatan yang terjamin dan
memberi kemakmuran kepada negara. Rakyat perlu memahami bahawa negara yang
mempunyai kestabilan dan keselamatan yang terjamin akan memberi perkembangan ekonomi
yang pesat. Oleh itu rakyat akan dapat menikmati limpahan daripada kerancakan ekonomi
negara.

Para hadirin yang saya hormati,


Sebagai rumusan, setelah 52 Merdeka, rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum,
agama, budaya dan adat resam memerlukan satu misi bagi memajukan negara secara bersama.
Konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh YAB Perdana Menteri adalah langkah yang
amat bertepatan dengan suasana untuk menyatakan impian satu bangsa satu Negara.

Sekian terima kasih.


BAHASA JIWA BANGSA.

Andai patah sayap rajawali, bertongkat jua saya ke mari, bukan kerana ingin bermimpi, tetapi
untuk membawa anda semua menyelami mauduk pidato yang berbunyi Bahasa Jiwa Bangsa.

Sambutlah Salam Sejahtera,Salam Satu Malaysia. Semarak kasih,sekalung budi Tuan


Pengerusi Majlis,barisan panel hakim yang arif lagi berkarisma,penjaga masa setia pada saat
dan ketikanya,dif-dif kehormat,seterusnya para hadirin pencetus revolusi minda yang saya
muliakan.

Sebelum kaki mengorak langkah lebih jauh,izinkan saya mendefinisikan tajuk pidato saya.
Menurut kamus Bahasa Malaysia keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka. Bahasa ditakrifkan
sebagai sistem lambang bunyi suara. Jiwa pula merupakan roh atau nyawa. Seterusnya Bangsa
dapat didefinisikan sebagai j enis manusia daripada satu asal keturunan.

Secara konotosinya Bahasa Jiwa Bangsa juga membawa maksud milik mutlak sesuatu
bangsa yang menjadi identiti kebangsaan.Sesungguhnya Bahasa itu menunjukkanjati diri
sesuatu bangsa.
Kekuatan bahasa itu juga membuktikan kuatnya sesuatu bangsa itu sendiri.

Yang kurik itu kundi.


Yang merah itu saga, Yang
baik itu budi, Yang indah
itu bahasa.

Demikianlah indahnya pantun Melayu yang menggambarkan betapa bersungguh-


sungguhnya nenek moyang kita menjaga adab dan pergaulan terutamanya dalam aspek
pertuturan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Apakah wasilah terpenting untuk membentuk bangsa Malaysia? Jawapannya jelas Bahasa
Kebangsaan kerana Bahasa Jiwa Bangsa´. Hal ini bermakna bahasa apa yang kita daulatkan,
bahasa itulah yang membentuk jiwa kita sekaligus memercikkan jati diri kebangsaan.

Persoalannya kini, mengapakah hanya bahasa kebangsaan yang dinobatkan sebagai alat
pemersatuan bangsa? Perlu dinyatakan di sini, hanya bahasa kebangsaan yang dapat
menitiskan semangat satu bangsa, menyerapkan roh sebangsa, senegara dan menyemarakkan
jati diri kebangsaan.

Tidak melayu hilang di dunia´Kata-kata keramat Laksamana HangTuah ini mungkin hanya
tinggal retorik semata-mata sekiranya bangsa Melayu tidak menjaga keunggulan ataupun
integriti bangsa dan bahasanya.

Hadirin warga dewan yang dimuliakan,

Pidato saya pada hari ini akan mengupas dua komponen utama yakni peranan Bahasa
Kebangsaan ke arah memartabatkan negara di mata dunia.Komponen pertama, bahasa
kebangsaan bahasa perpaduan.Sejarah telah membuktikan bahawa Bahasa Melayu telah
menjadi Bahasa Lingua Franca bagi negara-negara di kepulauan Melayu. Hal ini telah
menjadi kebanggaan kita untuk memartabatkan Bahasa Melayu.

Pada amnya,proses evolusi Bahasa Melayu berkembang selaras dengan taraf pembangunan
yang dicapai oleh negara dan rakyat. Pada masa kini, Dasar Bahasa Kebangsaan telah
mengiktiraf Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa rasmi yang digunakan dalam setia purusan.
Tidak cukup dengan itu,dasar pendidikan kita juga menetapkan bahawa Bahasa Kebangsaan
sebagai bahasa pengantar utama. Dengan adanya dasar-dasar ini,kita bukan sahaja dapat
memastikan Bahasa Kebangsaan termaktub dalam perlembagaan,tetapi dapat dihayati dan
diamalkan secara meluas oleh masyarakat.

Warga pendengar yang budiman,

Pidato ini tiada selingan iklan,lantaran itu,izinkan saya membawa hadirin sekalian kepada
komponen pidato saya yang kedua iaitu bahasa kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan bahasa
kemajuan.

Bahasa juga berperanan sebagai bahasa sosial,bahasa ekonomi,bahasa pentadbiran dan bahasa
peradaban moden. Bahasa Kebangsaan juga sebagai wadah terpenting untuk membentuk
keperibadian bangsa Malaysia. Sekiranya diabaikan ini bermakna kita telah tergelincir
daripada gerabak pembentukan bangsa Malaysia.

Bahasa Kebangsaan juga adalah milik semua rakyat tanpa mengira kaum,agama,budaya dan
bahasa ibunda. Sekiranya ini dilakukan secara bersama,maka gagasan 1 Malaysia yang
dicetuskan oleh Perdana Menteri kita YAB Dato.Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak boleh
kita jayakan.

Hadirin yang dimuliakan,

Dalam meredah arus globalisasi kini,Media massa berperanan penting dalam mengembangkan
Bahasa Melayu agar identiti kita sebagai bangsa Melayu dikenali oleh masyarakat di seantero
dunia. Sebagai rakyat Malaysia, kita harus mengamalkan Bahasa Melayu dalam apa jua
perkara agar kita dapat menaikkan taraf Bahasa Kebangsaan kita seiring dengan bahasa-
bahasa lain di dunia.

Hadirin sekalian,

Sebelum saya menamatkan bait-bait bicara saya,izinkan saya menghadiahkan serangkap


pantun,

Sedap makan kacang kelisa,


Buah peria pahit dan maung,
Bahasa menggabungkan etnik bangsa, Satu
Malaysia sama bernaung.

Justeru,gunakanlah bahasa yang santun, buktikan bahawa kita merupakan masyarakat yang
bertamadun, kaya dengan budi bahasa dan memiliki minda kelas pertama. Bahasa Kebangsaan
harus didaulatkan. Inilah sikap dan pemikiran yang amat diperlukan untuk mencapai
Wawasan 2020. Secara konklusinya, Bahasa Jiwa Bangsa jelas menunjukkan bahawa Bahasa
Melayu itu menjadi nadi penggerak yang amat penting untuk menzahirkan identiti diri kita.
Bahasa ibunda sewajarnya dipraktikkan agar tidak akan pupus ditelan zaman. Akhir
sekali,bahasa itulah yang menunjukkan bangsa.

Sekian terima kasih....... Salam perpaduan Salam 1 Malaysia.

Bahasa Jiwa Bangsa


BAHASA MELAYU TONGGAK PERPADUAN BANGSA MALAYSIA.

Bismilahhiramannirahim…

Kalau tidak kerana bintang,


Tak akan bulan kelihatan tinggi ,
Kalau tidak kerana pidato, Tak akan
saya berada disini.

Datang bahtera dari Medan ,


Singgah sebentar di laluan Kerai,
Salam satu Malaysia saya hulurkan , Kepada
warga dewan pembuka tirai.

Assalamualikum W.B.H
Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis ,barisan panel Hakim yang arif lagi bijaksana
yang sedang menjunjung mahkota keadilannya ,penjaga masa yang sentiasa peka dengan
detak jamnya, para perserta yang saya kagumi serta hadirin dan hadirat yang saya hormati.

Jauh berlayar si pedagang Cina , Singgah di


Melaka menjual sutera .
Bahasa melayu bahasa perantara ,
Tonggak utama perpaduan negara

Hadirin dan hadirat yang dihormati

Cogan kata „Hidup Muafakat Membawa Berkat‟ merupakan antara cogan kata yang
dicipta untuk menyedarkan orang ramai akan peri pentingnya muafakat dalam kehidupan
masyarakat yang berbilang kaum seperti di negara kita. Kata orang, permuafakatan bererti
perpaduan. Situasi ini dapat dihuraikan oleh bidalan bersatu teguh bercerai roboh. Keadaan ini
membawa kebaikan dan kejayaan kepada seluruh anggota masyarakat berkenaan.
Sesungguhnya, negara yang memiliki masyarakat majmuk seperti Malaysia berpaksikan pada
perpaduan untuk meneruskan kelangsungan keharmonian di dalam negara. Saya yakin bahawa
perpaduan penting dalam sesebuah negara. Dalam usaha melonjak status negara
berpendapatan tinggi dan bagi merealisasikan dasar transformasi kerajaan, soal perpaduan
tidak boleh dipandang enteng kerana bukan mudah untuk membina identiti bangsa dan
mendaulatkan maruah bangsa. Usaha membina negara bangsa yang bersatu padu ini
sebenarnya boleh dilakukan jika setiap rakyat mengerti akan kepentingan bahasa kebangsaan
sebagai tonggak perpaduan setiap rakyat di Malaysia. Oleh itu, izinkan saya untuk
menjelaskan dengan lebih terperinci tentang wacana ilimiah kita pada hari ini yang bertajuk
Bahasa Melayu Tonggak Perpaduan Bangsa Malaysia.

Hadirin yang dirahmati,

Sebagai pembuka tirai perbincangan yang pertama, adalah baik jika kita menelusuri
akar-akar cerucuk sejarah sebelum terbentangnya hamparan indah negara Malaysia. Apabila
memorabilia ini membawa kita ke ratusan tahun yang lampau, nyatalah bahawa Bahasa
Melayu sudah berfungsi sebagai lingua franca yang didefinisikan sebagai bahasa perantaraan
antara masyarakat pada zaman itu.Hal ini dapat dibuktikan dengan jelas apabila kita meneliti
catatan ilmuwan Inggeris seperti R.O. Winsted yang menunjukkan bahawa Bahasa Melayu
telah digunakan sebagai bahasa perdagangan yang mengeratkan hubungan masyarakat yang
berkunjung ke Melaka ketika itu. Daripada golongan pendeta sehinggalah ke golongan biasa,
setiap insan di Melaka ketika itu berkomunikasi dengan bahasa tercinta kita yang tidak lapuk
dek hujan tak lekang dek panas. Tidak lain dan tidak bukan,sudah tentulah Bahasa Melayu.
Nah, apa lagi yang kita pertikaikan tentang kemampuan bahasa kebangsaan kita sebagai
wadah perpaduan? Berdasarkan perkara ini, jelaslah bahawa hamparan sejarah jelas
membuktikan bahawa bahasa Melayu mampu menjadi bahasa perpaduan yang cemerlang di
dunia.

Hadirin yang dihormati,

Melalui bahasa Melayu, sebarang konfrantasi, buruk sangka dan salah faham antara
kaum dapat dikikis dengan mudah. Saya suka untuk meminjam kata-kata pujangga pendeta
Zaa‟ba yang berbunyi „bahasa menunjukkan bangsa‟. Apabila kita melihat masyarakat
bertutur dalam bahasa Melayu, sudah terang lagi bersuluh bahawa mereka ialah bangsa
Malaysia. Daripada kata-kata hikmat tersebut, saya sangat percaya bahawa bahasa Melayu
sedikit sebanyak akan mengurangkan semangat „kecinaan‟, kemelayuan‟ ataupun
„keindiaan‟.
“Haiya, ini balang mana ada halga, dia punya bau saya macam mau pengsan ah”
“Tambi, itu worang mau roti satu, kari ikan kapla satu”

Pelatlah dengan pengaruh bahasa natif,asalkan setiap kaum di Malaysia dapat bermesra
dan bertukar-tukar maklumat dan fikiran hanya dengan menggunakan bahasa Melayu.
Langkah Dewan Bahasa memasukkan entri perkataan baharu setiap kali edisi baharu terbit
merupakan langkah yang patut dipuji kerana perkataan pinjaman daripada bahasa Cina dan
India yang mengalami proses „kemalaysiaan‟ sememangnya dapat mewujudkan perpaduan.
Apa yang penting, setiap kaum di Malaysia tidak akan kekok untuk berbicara dalam bahasa
kebangsaan. Apabila tidak kekok berbicara, sudah tentulah juga tidak kekok untuk bermesra.
Apabila sudah bergaul mesra, nyatalah bahawa perpaduan dalam kalangan masyarakat
majmuk itu akan terbina kukuh di bawah payung Satu Malaysia. Berdasarkan hujah ini,
nyatalah bahawa bahasa Melayu itu merupakan medium untuk mewujudkan perpaduan dalam
kalangan masyrakat di Malaysia.

Hadirin yang dikasihi,

Dalam lautan ilmu yang memenuhi pustaka di Malaysia, sudah tentulah bahasa Melayu
turut menjadi bahasa penyebaran ilmu pengetahuan. Berdasarkan data yang saya peroleh
daripada Arkib Negara, saya amat kagum dengan pencapaian bahasa Melayu kerana hampir
800 buah buku ilmiah ditulis dalam bahasa Melayu oleh rakyat Malaysia sendiri. Untuk
pengetahuan hadirin, ilmu pengetahuan merupakan perkara yang sangat penting untuk
memupuk perpaduan. Masarakat yang tidak berilmu ibarat masyarakat yang tidak
bertamadun. Apabila tidak bertamadun, sudah tentulah masyarakat bertindak membuta-tuli
mengikut hati dan naluri. Oleh itu, sudah tentulah kucar-kacir akan menodai keamanan
sesebuah negara. Saya juga ingin mengambil kesempatan di sini untuk mengucapkan ribuan
terima kasih dan segunung pernghargaan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia kerana
mengembalikan mandat kepada bahasa Melayu dalam pengajaran Sains dan Matematik.
Sesungguhnya, langkah ini dapat merapatkan jurang pendidikan antara murid-murid di luar
bandar dan di kawasan bandar. Dalam soal keharmonian, sudah tentulah kita tidak mahukan
sebarang jurang bertatah di dalam kehidupan masyarakat. Pada pendapat saya, jurang itu
boleh memecahbelahkan perpaduan. Apabila bahasa Melayu kembali dalam pengajaran
subjek kritikal ini, sudah tentulah jurang itu dapat dirapatkan. Ketika jurang pendidikan itu
dirapatkan, sudah tentulah perpaduan dapat dipupuk dari alam persekolahan lagi. Selain dasar
baharu itu, usaha Kementerian Pelajaran Malaysia melaksanakan program Memartabatkan
Bahasa Melayu, memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMBMI) dilihat sebagai wahana yang
sangat utama untuk menjadi tonggak perpaduan. Pengisiannya jelas menunjukkan bahawa
betapa prihatinnya pihak kerajaan terhadap kedaulatan bahasa Melayu dan betapa arifnya
kerajaan tentang peranan bahasa Melayu sebagai tonggak perpaduan.

Hadirin yang dirahmati,

Sebagai penutup tirai wacana ilmu kita pada hari ini, saya suka ingin mengingatkan
kepada khalayak hari ini bahawa rakyat yang memperlekehkan bahasa kebangsaan akan
merosakkan perpaduan yang kita kecapi selama ini. Tidak keterlaluan saya katakan bahawa
insan inilah anasir yang menodai kebahagiaan kita di bawah berkat Satu Malaysia. Oleh itu,
sayangilah bahasa Melayu kita, hormatilah bahasa kebangsaan kita kerana bahasa Melayu
tonggak perpaduan bangsa.

Sekian, terima kasih.

"FUNGSI BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN, BAHASA


RASMI,
BAHASA PERPADUAN, BAHASA PENGANTAR, BAHASA ILMU DAN BAHASA
KOMUNIKASI RAKYAT MALAYSIA.”

Pucuk manis permatang budi,


pucuk purut digetus rusa;
Yang manis bernama budi,
Yang indah bernama bahasa.

Terima kasih saudara pengerusi majlis. Yang berbahagia Tuan Haji Abdul Rahman bin
Abdullah, pengarah Institut Humaniora Malaysia, kombinasi para juri yang arif lagi bijaksana
sebagai penegak keadilan, penjaga masa yang budiman, para pensyarah, dan seterusnya
hadirin-hadirat warga dewan yang saya kasihi sekalian. Assalamualaikum Warohmatullahi
Wabarokatuh dan salam sejahtera pembuka bicara.

Berdirinya saya di atas persada indah dalam Dewan Wawasan ini, tidak lain dan tidak bukan,
kerana ingin menyampaikan sebuah pidato yang bertajuk, "Fungsi Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Bahasa Perpaduan, Bahasa Pengantar, Bahasa Ilmu dan
Bahasa Komunikasi Rakyat Malaysia.” Sebagaimana bervisinya nama dewan yang mulia ini,
demikian juga visi yang akan saya tunjuk kepada tuan-tuan betapa bahasa Melayu,
sebagaimana bahasa-bahasa lain juga, mempunyai fungsinya yang tersendiri.
Sebelum lancang menuju ke muara, sebelum kata membelah bicara, sebelum isi menyusur
hujah, izinkan saya mendefinisikan frasa yang membina tajuk pidato agar hadirin terbuka
minda, agar hakim tidak terpinga-pinga, dan saya petah berkata-kata, seperti kata orang
dahulu kala;

Yang buta tidak teraba-raba,


Yang pekak tidak tertanya-tanya,
Yang kecil tidak terambin-ambin, Yang pendek
tidak tertinjau-tinjau.

Menurut Kamus Dewan (2006), istilah „fungsi‟ bolehlah didefinisikan sebagai tugas atau
peranan. Manakala maksud „bahasa‟ pula ialah satu sistem lambang-lambang yang arbitrari,
mempunyai makna dan difahami maknanya, dan digunakan oleh sekelompok masyarakat
dalam komunikasi mereka. Daripada maksud tersebut dapat dirumuskan bahawa bahasa ialah
alat komunikasi yang ada makna dan difahami oleh semua anggota dalam masyarakatnya.
Merujuk negara Malaysia, penggunaan bahasa Melayu dalam pelbagai bidang dapat difahami
oleh setiap orang, dan lebih-lebih lagi, mereka yang berstatus warganegara Malaysia.

Di Malaysia, bahasa Melayu menjadi Bahasa Kebangsaan dan sekali gus berfungsi sebagai
bahasa rasmi negara. Bahasa Kebangsaan dapat ditakrifkan sebagai bahasa yang diterima dan
digunakan oleh penduduk dalam sesebuah negara. Bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia
ialah bahasa Melayu. Pentakrifan bagi bahasa rasmi adalah bahasa yang digunakan dalam
segala urusan pentadbiran kerajaan. Selain dua fungsi bahasa tersebut, bahasa Melayu juga
berfungsi sebagai bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi
yang akan dijelaskan dalam hujah nanti. Persoalannya sekarang, bagaimanakah bahasa
Melayu dapat berfungsi sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa
pengantar, bahasa ilmu dan bahasa komunikasi di Malaysia yang rakyatnya pelbagai kaum?
Persoalan inilah akan saya jawab satu persatu dalam wacana, “Fungsi Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan, Bahasa Rasmi, Bahasa Perpaduan, Bahasa Pengantar, Bahasa
Ilmu dan Bahasa Komunikasi Rakyat Malaysia.”

Tuan hakim yang bijaksana lagi arif.

Wacana saya yang pertama, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Tuan-tuan dan
Puan-puan, ingatlah, bahasa Melayu mesti perkasa dalam negara Malaysia untuk kepentingan
kebangsaan. Semangat perjuangan menuntut kemerdekaan di Tanah Melayu tercetus apabila
jiwa rakyat telah timbul kesedaran untuk jadi bangsa berdaulat. Salah satu cara menjadi
bangsa berdaulat ialah dengan memerintah sendiri negara tanpa dikuasai atau ditunjuki oleh
penjajah. Setelah tercapainya kemerdekaan, Persekutuan Tanah Melayu memilih bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Fungsi ini telah termaktub dalam Bahagian 12 Am dan
Pelbagai 152 fasal (1) Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang menyebut bahawa,
"Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa tulisan
sebagaimana yang diperuntukan dengan undangundang oleh parlimen." Maka terbuktilah
bahawa bahasa Melayu merupakan lambang kebebasan dan kedaulatan negara daripada
belenggu penjajahan. Ditinjau dalam sejarah kerajaan-kerajaan Melayu terdahulu, bahasa
Melayu menjadi bahasa lingua franca. Ia digunakan oleh semua kaum untuk semua urusan
pentadbiran dan perdagangan.
Sebagai sebuah negara yang pesat membangun, amat wajar sekali Malaysia mempunyai satu
bahasa kebangsaan kerana bahasa kebangsaan memberi gambaran akan status sesuatu bangsa.
Bangsa yang bermaruah mempunyai bahasa kebangsaan sendiri, menggunakan bahasa sendiri
dan bangsanya mempunyai identiti kebahasaan sendiri. Oleh itu, untuk memupuk sifat
sayangkan bahasa kita, pelbagai kempen telah diadakan seperti "Cintai Bahasa Kita", "Bahasa
Jiwa Bangsa" dan sebagainya. Rakyat dari pelbagai kaum akan dapat mengenali dan
mendekatkan diri dengan bahasa kebangsaan. Justeru, bahasa Melayu dengan segala sifatnya
dapat menjadi pembakar semangat kebangsaan di negara ini dan menjadi satu tunggak
pembinaan negara merdeka serta identiti rakyat. Kita tidak mahu bahasa Melayu dipinggirkan
sebagaimana tersirat dalam Akta Pelajaran 1996 dan seterusnya dinafikan fungsi sebagai
bahasa ilmu Sains dan Matematik oleh Dr. Mahathir Mohamed.

Wacana saya yang kedua, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Selain dipilih
sebagai bahasa kebangsaan, bahasa Melayu juga berfungsi sebagai bahasa rasmi negara kita.
Maksud bahasa rasmi ialah bahasa utama yang digunakan dalam segala urusan pentadbiran
dan acara rasmi negara. Contohnya, bahasa Melayu digunakan dalam sistem pendidikan
negara, urusan surat-menyurat, mesyuarat dan pentadbiran negara. Cuba kita renung, bukakan
mata, celikkan minda, dalam mesyuarat-mesyuarat kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri,
di persidangan-persidangan, seminar-seminar, di parlimen, bahkan dalam perbicaraan di
mahkamah, mesti diutamakan penggunaan bahasa Melayu. Penggunaan bahasa selain bahasa
Melayu adalah menyalahi Artikel 152 Perlembagaan Malaysia. Sesiapa yang
membelakangkan penggunaan bahasa Melayu dalam urusan rasmi negara, termasuk
pemimpin negara sekalipun, mereka adalah penjenayah negara yang mesti dihukum. Dengan
hujah itu, terbukti lagi jelas dan nyata, betapa penting bahasa Melayu memainkan peranan
dalam urusan pentadbiran negara.

Para hadirin yang dihormati sekalian.

Wacana saya yang ketiga, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan rakyat Malaysia.
Bahasa perpaduan bermaksud bahasa yang digunakan sebagai tali pengikat kemuafakatan
antara anggota masyarakat, sama ada dalam kalangan satu etnik mahupun antara etnik. Hal ini
kerana, masyarakat kita adalah masyarakat majmuk yang berbeza kepercayaan, amalan,
budaya, agama dan bahasa. Bahasa Melayu dapat memainkan peranan sebagai penyatu
kepelbagaian tersebut melalui penggunaan bersama, atau satu bahasa untuk satu negara.
Kerajaan menggalakkan rakyat menggunakan bahasa Melayu dalam semua komunikasi awam
dan terbuka agar tidak timbul syak wasangka antara satu sama lain. Apabila penggunaan
bersama bahasa Melayu di tempat terbuka sudah menjadi amalan, maka akan wujud
kemesraan, kepercayaan, hormat dan rasa selamat. Rasa kemesraan, rasa kepercayaan, rasa
hormat dan rasa selamat merupakan antara faktor yang membina perpaduan antara kaum.
Dengan itu, dapatlah kita melahirkan bangsa yang bersatu dan menganggap Malaysia sebagai
negara milik bersama.

Pemilihan satu bahasa kebangsaan bertujuan mencari suatu lambang penyatuan atau
perpaduan. Ia memainkan peranan mengurangkan jurang perkauman, mengeratkan hubungan
setiap lapisan masyarakat dalam segala bidang, bukan hanya dari segi politik, agama,
perindustrian, ekonomi, kesukanan, perubatan, pendidikan malahan juga dalam komunikasi
awam. Tugas bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan akan dapat diperkasakan melalui
perlembagaan negara, sistem pendidikan, dasar-dasar yang dilaksanakan dan pelbagai aktiviti
kempen. Justeru, ayuh, mari kita terus perjuangan yang telah lama digerakkan oleh pemimpin
terdahulu demi mengangkat darjat bahasa Melayu sebagai bahasa lingua franca, bahasa yang
menyatupadukan rakyat peJbagai kaum dalam semua bidang, bak kata perpatah, “di mana
bumi dipijak, di situ langit dijunjung,” atau “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.”

Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,

Wacana saya yang keempat, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem
pendidikan negara. Yang dimaksudkan sebagai bahasa pengantar pendidikan ialah bahasa
yang digunakan sebagai alat perhubungan dalam pengajaran dan pembelajaran. Oleh sebab
Malaysia mempunyai masyarakat berbilang bangsa, dasar pendidikan negara berusaha
menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan, sama
ada di sekolah mahupun pusat-pusat pengajian tinggi. Bahasa Melayu yang berfungsi sebagai
bahasa pengantar dalam pendidikan membuktikan keupayaan bahasa Melayu sebagai alat
menyampaikan pelbagai ilmu untuk digunakan bagi memajukan diri, masyarakat dan negara.
Penggunaannya secara tidak langsung mencerminkan ciri-ciri bangsa Malaysia yang menolak
perkauman atau ketidakadilan dalam sistem pendidikan. Hal ini adalah kerana masyarakat
Melayu dan bukan Melayu yang fasih bertutur dalam bahasa Melayu akan mendapat laba
yang sama rata, di samping dapat menunjukkan ciri 'keMalaysiaan'. Sehingga kini rakyat
Malaysia yang mendapat pendidikan rendah, menengah dan universiti dalam bahasa Melayu
berjaya meraih anugerah hingga peringkat antarabangsa. Malah, ramai rakyat Malaysia yang
bekerja dengan syarikat-syarikat antarabangsa, baik syarikat yang beroperasi dalam negara
mahupun syarikat yang beroperasi di luar negara. Beberapa universiti di luar negara seperti di
Britain, Amerika Syarikat, Russia, Thailand, Korea, Republik Rakyat China dan sebagainya
menawarkan kursus major dan minor bahasa Melayu kepada mahasiswa masing-masing.
Kedudukan bahasa Melayu dalam sistem pendidikan diperkukuhkan lagi dengan pembinaan
kerusi-kerusi pengajian Melayu di luar negara dan juga pembinaan Dasar Bahasa Kebangsaan
dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Bahasa Melayu kini berada di atas landasan sempurna
sebagai bahasa pengantar pendidikan. Justeru, dapat kita merumuskan bahawa bahasa Melayu
mampu menjadi bahasa pengantar dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah dan institusi
pendidikan tinggi.

Wacana saya yang kelima, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Bahasa Melayu adalah
bahasa i1mu di Sekolah-sekolah termasuk di maktabmaktab perguruan dan universiti-
universiti. Bahasa IImu pula ialah bahasa komunikasi yang bermaksud bahasa sebagai alat
penyebaran, penyampaian dan penerimaan maklumat. Sebagai bahasa i1mu, bahasa Melayu
banyak merakam pelbagai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang yang ditulis oleh pakar
bidang berkenaan. Salah satu tujuan penubuhan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ialah
untuk memperkasakan bahasa Melayu. Justeru, kursus-kursus yang ditawarkan disampai dan
dirakam dalam bahasa Melayu, termasuk ilmu dalam bidang Sains dan Teknologi. Sehingga
kini, UKM telah mengeluarkan ramai graduan dalam bidang Sains dan teknolog dan sedang
berkhidmat di pasaran. Telah sekian ramai doktor perubatan dan ahli kimia dikeluarkan dan
khidmat mereka ibarat „duduk sama rendah berdiri sama tinggi‟ dengan pakar-pakar yang
mendapat pendidikan dari negara Barat. Khidmat mereka pula „menetaskan‟ tenaga-tenaga
khidmat yang lain.
Jauh sebelum itu, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu terserlah dalam bidang
keagamaan seperti dalam bidang penyebaran ilmu agama HinduBuddha dan kemudian Islam.
Tanah Melayu seperti Lembah Bujang misalnya merupakan pusat penyebaran agama Hindu-
Buddha ke seluruh dunia. Setelah kedatangan Islam, bahasa Melayu terus kekal sebagai
bahasa ilmu menyebar ajaran agama Islam. Walaupun agama Islam turut membawa bahasa
Arab, namun penyebaran Islam di Asia Tenggara adalah menggunakan bahasa Melayu tulisan
Jawi. Fungsi itu ternyata kekal sehingga kini agama Islam tersebar di Asia Tenggara dalam
bahasa Melayu. Sebagai bahasa ilmu, bahasa Melayu mesti terus berperanan menjana
pemikiran dan ilmu-ilmu baharu kepada masyarakat. Jika berlaku kekurangan hendaklah
ditambah, jika berlaku kebocoran hendaklah ditampal kerana sudah menjadi kebiasaan tidak
semua bahasa adalah lengkap dan sempurna. Perbendaharaan katanya perlu diperluaskan.
Istilahnya perlu dilengkapkan. Setiap objek dan konsep dalam pelbagai bidang ilmu
hendaklah dilengkapi dengan bahasa Melayu. Hal ini bertujuan untuk memperkasakan lagi
bahasa Melayu dan menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di Asia
Tenggara. Sehingga kini telah banyak istilah dan konsep ilmu diserapkan ke dalam bahasa
Melayu. Misalnya, istilah dalam bidang anatomi, mikrobiologi, fisiologi, biokimia, ginekologi
dan sebagainya.

Bahasa Melayu bolah menjadi bahasa ilmu kerana mempunyai ciri-ciri keintelektualan bahasa.
Keintelektualan bahasa bermaksud keupayaan bahasa dalam menyampaikan buah fikiran,
hujah, pendapat dengan tepat dan dapat dilenturkan dengan mudah. Bahasa Melayu juga boleh
menjadi bahasa i1mu kerana mempunyai ciri-ciri kesempurnaan bahasa iaitu kestabilan
seperti sistem pembentukan istilah atau konsep, dan peraturan seperti ejaan, sebutan,
pemakaian, tatabahasa dan lain-lain lagi. Satu lagi ciri kesempurnaan bahasa ialah kelenturan,
di mana bahasa Melayu mudah menyesuaikan diri dengan persekitaran dan perubahan yang
berlaku dari masa ke semasa.

Wacana saya yang terakhir, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi masyarakat.
Bahasa Melayu merupakan bahasa komunikasi kerana ia dituturkan oleh semua orang dalam
pelbagai lapisan masyarakat. la merupakan bahasa ibunda dan bahasa utama di Malaysia,
digunakan oleh semua golongan masyarakat, tidak kira di desa atau di kota, golongan kaya
ataupun miskin. Oleh sebab itu, mesej dapat disampaikan dengan mudah, tepat dan difahami
oleh semua golongan masyarakat.

Sebagaimana yang telah ketahui umum bahawa bahasa Melayu, pada zaman penjajahan, telah
menjadi bahasa lingua franca di setiap pelusuk Nusantara. Bahasa Melayu telah tersebar luas
dari Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura hinggalah ke Brunei. Berdasarkan catatan
sejarah pengembara yang melawat semenanjung Tanah Melayu dan kepulauan lain di
Nusantara, seperti I-Shing, Ibn Batuta, Antonio Fegafeta dan ramai lagi, terbukti bahawa
bahasa Melayu telah digunakan sebagai bahasa utama untuk berkomunikasi seawal kurun
yang ke-7 Masihi.

Kini, dengan adanya kecanggihan alat media dan komunikasi, maklumat dapat disampaikan
melalui siaran-siaran radio, televisyen, internet, SMS, email dan lain-lain lagi.
Berkomunikasi, lisan mahupun tulisan, adalah sutu keperluan kepada setiap individu dan
berkau pada setiap hari. Kini ramai yang berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu untuk
tujuan melahirkan pendapat atau perasaan, adalah bukti fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa
komunikasi yang penting di negara ini. Dengan kata lain, bahasa Melayu berperanan sebagai
bahasa komunikasi apabila seseorang individu mengalami perkongsian idea, maklumat dan
perasaan dengan orang lain sama ada melalui pertuturan mahupun tulisan. Dengan berbahasa
Melayu, komunikasi antara manusia sejagat berlangsung dengan baik. Ia juga memudahkan
penyampaian dan penerimaan maklumat. Senario ini telah memberikan satu manifestasi yang
jelas, iaitu bahawa bahasa Melayu berperanan sebagai bahasa komunikasi di Malaysia.

Justeru, dengan hujah dan huraian keenam-enam fungsi bahasa Melayu itu tadi, konklusinya
di sini ialah pertama, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan memartabatkan lagi
bahasa ibunda kita sendiri. Yang kedua, sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu dijadikan
sebagai bahasa utama dalam segala urusan pentadbiran dan acara rasmi negara. Yang ketiga,
fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan menjadi wahana perpaduan bagi
menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negara kita.

Seterusnya yang keempat, bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar menjadi wahana
penyebaran i1mu di semua peringkat institusi pendidikan, dan sebagai lambang bahasa
pengantar untuk memberi dan menimba ilmu sejagat. Rumusan seterusnya ialah bahasa
Melayu sebagai bahasa ilmu dapat membina keintelektualan bangsa kerana keupayaannya
menyampaikan buah fikiran, hujah, pendapat dan sebagainya dalam semua bidang ilmu. Dan
yang terakhir, bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi, menjadi lambang pertuturan semua
golongan masyarakat sama ada yang tinggal desa atau di kota, mahupun golongan kaya
ataupun golongan miskin, atau pentadbir mahupun rakyat.

Hadirin dan hadirat sekalian.

Setelah frasa demi frasa tajuk pidato saya ini dikupas, maka dapatlah saya menutup rumusan
bahawa bahasa Melayu memikul tanggungjawab yang besar dalam mengangkat martabat
bahasa dan bangsa di tanah air tercinta ini. Oleh sebab itu, segala fungsi bahasa Melayu iaitu
sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa pengantar, bahasa ilmu
dan bahasa komunikasi perlu terus didaulatkan agar keperkasaan bahasa Melayu kekal dan
dikagumi.

Sebelum saya mengundur diri, saya menyusun sepuluh jari memohon maaf sekiranya ada
terkasar bahasa, tersalah kata, tersilap sebut atau tercanggah gerak tangan, mulut, kepala dan
mata. Saya mengakhiri pidato saya ini dengan serangkap pantun;

Alang-alang menyeluk pekasam,


Biar sampai ke pangkal lengan;
Alang-alang bahasa dijulang, Biar kekal
sepanjang zaman.

Sekian, Wabillahi Taufik WaJhidayah Wasalamualaikum Warohmatullahi


Wabarokatuh
KE ARAH PENGISIAN WAWASAN PENDIDIKAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Yang mulia saudara pengerusi majlis, yang dihormati Tuan Pengetua, pensyarah penasihat,
tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Berhubung tajuk bakal dibentangkan, Isu pengisian yang akan dihurai, Dalam konteks
wawasan pendidikan, Satu agenda yang belum selesai.

"Ke arah pengisian wawasan pendidikan", begitulah bunyinya tajuk pidato yang akan saya
sampaikan pada pagi ini.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Wawasan 2020 merupakan satu cita-cita besar untuk mengangkat maruah, martabat dan harga
diri bangsa Malaysia. Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Dato' Seri Dr.
Mahathir b. Mohamad, ingin mewujudkan sebuah negara yang maju menjelang tahun 2020.
Beliau telah mengajak seluruh rakyat Malaysia memandang masa hadapan bangsa dan negara
secara optimistik. Hasrat ini telah disuarakan oleh beliau dalam pembentangan kertas kerja
beliau yang berjudul "Malaysia Melangkah ke Hadapan", dalam Majlis Perdagangan Malaysia
yang telah diadakan pada 28 Februari 1991.

Kini ungkapan Wawasan 2020 sudah begitu biasa didengar kerana amat kerap diperkatakan.
Kementerian Pendidikan juga beriring dengan jentera kerajaan dan swasta yang lain bergerak
ke arah mengisi sembilan cabaran Wawasan 2020, kerana sebahagian besar daripada cabaran-
cabaran itu berkait rapat secara langsung dengan pendidikan.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Memang telah banyak diperkatakan oleh orang tentang Wawasan 2020 dan pengisian
wawasan pendidikan daripada berbagai-bagai aspek. Tetapi adakah semua pihak yang terlibat
sama ada secara langsung atau dengan alam pendidikan, benar-benar faham, dapat menerima
dan menghayati sepenuhnya wawasan pendidikan kita? Saya ingin mengambil kesempatan ini
untuk memperkatakan beberapa isu yang berkait rapat dengan pengisian wawasan pendidikan
yang perlu kita fahami dan hayati bersama.

Memperkatakan tentang reformasi pendidikan, Kementerian Pendidikan telah banyak


memperkenalkan dan melaksanakan reformasi secara berdikitdikit, berperingkat-peringkat
sejak awal tahun 60-an lagi mengikut keperluan semasa. Laporan Jawatankuasa Kabinet
(1979) menjadi landasan utama untuk mewujudkan reformasi pendidikan secara besar-
besaran. Maka lahirlah
KBSR dan KBSM. Reformasi ini telah banyak mencetuskan perubahan dan pembaharuan
dalam pendidikan keseluruhannya. Selain turut mencorakkan profesion perguruan,
persekitaran pembelajaran, pengurusan dan kepimpinan pendidikan kita.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,


Walaupun kita dapat melihat hasil ujian UPSR, PMR dan SPM, tetapi menghela nafas para
penggubal sistem, menggeleng kepala para cerdik pandai dan diam seribu bahasa para tok
guru, apabila mendapati sistem pendidikan kita masih belum dapat mengatasi beberapa
masalah lama, masalah lapuk yang berlaku tahun demi tahun.

Murid-murid di sekolah rendah, terutamanya di sekolah kebangsaan, masih lemah dalam mata
pelajaran Matematik dan penguasaan bahasa Inggeris. Bilangan pelajar yang mengambil mata
pelajaran Sains Tulen masih juga tidak meningkat. Pelajar luar bandar masih juga ketinggalan
dalam pencapaian akademik dan belum mampu menguasai kemahiran berfikir.

Di dalam bilik darjah pula, beberapa konsep yang diperkenalkan melalui KBSR dan KBSM
masih belum dilaksanakan seperti yang diharapkan. Konsep kesepaduan masih belum
dipraktikkan sepenuhnya. Nilai-nilai murni masih gagal diterap, kalau tidak, masakan hari-
hari dipaparkan di dada akhbar berita tentang penglibatan para remaja, khususnya para pelajar
dalam kegiatan yang tidak bermoral. Menteri Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Sulaiman Daud
mengesahkan seramai 2 230 orang murid sekolah rendah dan menengah di seluruh negara
terlibat dalam penyalahgunaan dadah. Dato' Leo Michael Toyad pula menyebut seramai 138
358 orang murid atau sebanyak 98.2% daripada 140 678 pelajar sekolah menengah di seluruh
negara dikenal pasti terlibat dengan salah laku jenayah dan tabiat buruk.

Di samping itu, pengajaran guru-guru masih lagi tidak berpusatkan murid, alat bantu mengajar
juga jarang digunakan. Penilaian Berasaskan Kemajuan Sekolah tidak dilaksanakan dengan
penuh prihatin. Mengapakah semua ini berlaku? Apakah yang terjadi dengan kursus-kursus.
yang telah diberikan kepada guru-guru selama ini?

Para hadirin sekalian,

Kita harus sedar bahawa pembaharuan dan perubahan perlu berlaku demi tanggungjawab kita
dalam menyelesaikan agenda wawasan pendidikan ini. Namun begitu terdapat di kalangan
sesetengah guru amat negatif terhadap sebarang perubahan yang bertujuan menambahbaikkan
sesuatu keadaan. Berbagai-bagai kenyataan yang negatif dan pasif disuarakan. Sebenarnya
individu-individu ini tidak ada keupayaan untuk berubah, tidak sanggup melaksanakan
perubahan dan tidak dapat berfikir secara objektif bahawa dia perlu berubah.

Kita harus mengikis sikap "tidak mahu memulakan sesuatu" dan "tidak berupaya" ini di
kalangan pendidik jika kita mahu mengecapi nikmat wawasan pendidikan kita. Kita tidak
mahu menyaksikan berapa puluh jong pun masuk, anjing tetap bercawat ekor. Air sungai lagi
berubah inikan pula manusia. Kalaulah air sungai itu diempangkan sudah tentu banyak
perubahan berlaku secara besar-besaran.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Guru harus bersikap proaktif, kreatif, imaginatif, dan inovatif. Sekolah sepatutnya
mementingkan pemuafakatan antara kakitangannya, ibu bapa, dan murid-murid. Semua pihak
mesti berasa bertanggungjawab dan mempunyai semangat kesepunyaan. Keputusan
seharusnya datang daripada golongan guru kerana gurulah sebenarnya pelaksana pendidikan.
Dengan yang demikian dapatlah para guru melakukan sesuatu kerja itu hingga ke tahap
kesempurnaan.
Kerja berpasukan boleh menggerakkan kita ke arah mencapai "zero defect' atau tanpa cacat
apabila menangani masalah disiplin pelajar, penyalahgunaan dadah, ponteng sekolah dan lain-
lain lagi. Apa yang perlu dititikberatkan ialah berfokus kepada proses berterusan supaya
menampakkan kemajuan. Teladanilah orang-orang Jepun. Mereka mengamalkan dan
mempercayai konsep "synergy", iaitu tidak ada perbez'aan status antara pekerja. Semuanya
sama penting dalam menuju kemajuan negara. Kini, mereka telah mendahului negara-negara
lain dalam kemajuan.

Untuk mencapai keadaan tanpa cacat yang diingini, kita perlu sentiasa peka terhadap kualiti.
Setiap orang harus bertanggungjawab menghasilkan kerja yang berkualiti. Kita tidak akan
dapat menghasilkan murid-murid tahun enam mencapai kejayaan 100% dalam UPSR jika
murid-murid kita tidak dididik dengan baik secara berterusan. Sebarang kelemahan perlu
dibaiki segera agar murid-murid kita tidak mendapat kerugian. Bayangkanlah betapa rugi dan
malangnya mereka apabila terus-menerus belajar selama enam tahun tanpa dibaiki kesalahan
dan kelemahan mereka.
Bagaimanakah jika anak kita berada di tempat mereka?

Para hadirin sekalian,

Demikianlah cabaran-cabaran yang perlu kita hadapi untuk mencapai wawasan pendidikan.
Sebagai pendidik, kita perlu faham dan menghayati wawasan pendidikan dan apa yang perlu
dilakukan untuk mengisi wawasan itu.

Arak-arak kelapa puan,

Tidak puan kelapa bali,

Mereka mengharap kepada tuan-tuan,

Tidak tuan siapa lagi?

Yakinlah jika kita dapat mengisi wawasan kita, maka dengan sendirinya hasil daripada
pendidikan kita akan lahir generasi baru yang akan dapat membina sebuah negara Malaysia
yang serba maju. Agenda ini baru bermula dan masih jauh daripada penyelesaian. Umpama
pisau di tangan kanan, mentimun di tangan kiri, kini terserah kepada kita semua untuk
menentukan penyelesaiannya.

Tuan-tuan dan puan-puan,

Setakat ini pidato saya pada pagi ini. Semoga apa yang saya sampaikan tadi boleh
mendatangkan manfaat kepada kita semua. Sebelum saya mengundur diri, saya memohon
ampun dan maaf sekiranya terdapat kesilapan dan keterlanjuran budi bicara.

Sekian, terima kasih.

You might also like