You are on page 1of 4

KOD / NAMA PENGAJIAN

FTA412 / Academic Writing

PENSYARAH:

Dr. Izra Inna binti Md Idris

TAJUK TUGASAN:

Memupuk Kesepaduan Sosial Dalam Teater Ola Bola

NAMA / ID PELAJAR:

Muhammad Nur Haqeem / 2022977679

KOD PROGRAM:

CAFF234

TARIKH:

13 May 2022
Topic

Memupuk Kesepaduan Sosial Dalam Teater Ola Bola

Thesis Statement

Sikap kesepaduan sosial yang terdapat dalam teater Ola Bola seperti sifat
bekerjasama dan semangat patriotik.

Overview of the topic

Kisah Ola Bola yang diilhamkan dari peristiwa sebenar ini adalah kisah yang
penuh ikhtibar dan akan membawa penonton melihat semangat, keunikan dan
kekuatan yang terdapat dalam kepelbagaian bangsa di Malaysia. Ola Bola
mengisahkan tentang kegemilangan pasukan bola sepak Malaysia pada tahun
1980. Pasukan bola sepak Malaysia ketika itu sedang berdepan dengan cabaran
apabila pemain-pemainnya mempunyai perbezaan pendapat dan tidak sehaluan
sehingga menyebabkan kekalahan dalam perlawanan penting. Walau
bagaimanapun, mereka hanya mempunyai satu peluang ketika itu untuk beraksi
di persada mata dunia. Jadi, barisan pemain harus mengetepikan hal peribadi
demi mengharumkan nama negara. Namun, ketika semangat sudah kembali
menyemarak, pasukan negara sekali lagi diduga dengan cabaran. Pasukan mereka
tidak dapat menyertai sukan Olimpik Moscow tersebut kerana ketika itu Malaysia
membantah tindakan Russia yang menceroboh Afghanistan. Namun, mereka
kembali bangkit kerana semangat patriosme mula meresap dalam diri mereka.
Mereka bermain dengan semangat dan kerjasama yang sangat tinggi kerana
mereka mahu membanggakan Malaysia di dalam sukan itu.
Kerjasama memainkan peranan yang sangat penting dalam membentuk
sesebuah pasukan yang mantap. Secara ringkasnya, kerjasama merujuk kepada
setiap individu yang bekerja dalam satu kumpulan yang sering menjalankan tugas
secara berganding bahu bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan yang
baik perlu mempunyai gabungan individu yang mempunyai pelbagai kemahiran,
keupayaan, kepakaran dan pengetahuan serta mempunyai komitmen terhadap
pasukan. Setiap individu, perlu bersedia melaksanakan tugas masing-masing
bersama-sama. Sebagai contoh, pasukan bola sepak Malaysia dalam teater Ola
Bola ini. Mereka dibentuk dari pelbagai bangsa yang membuatkan mereka
mempunyai kelebihan dan keistimewaan tersendiri yang mampu membentuk
pasukan yang mantap. Ketua dalam setiap kumpulan sangatlah memainkan
peranan yang sangat besar. Mereka perlu menjadi contoh yang baik kepada ahli
yang lain supaya dapat memberi pengaruh yang baik dan positif kepada anak
buahnya. Dalam hal ini, setiap anggota pasukan perlulah memahami dan
mempercayai antara satu sama lain supaya perkara yang dirancang berjalan
dengan lancar. Ketua juga harus mempunyai semangat juang yang tinggi dan
tidak mudah berputus asa sama juga dengan ahli yang lain.

Patriotism pula sering dikaitkan dengan kesetiaan dan kecintaan terhadap


negara sendiri. Seseorang itu dianggap berjiwa patriot apabila kepercayaan,
amalan dan tindakannya menepati ciri-ciri patriosm yang berteraskan kecintaan
dan kesetiaan kepada negara. Patriotisme juga membawa erti fahaman atau
pegangan serta kepercayaan yang menggabungkan individu, kelompok dan
wilayah di mana kelompok tersebut menghuni. Ianya juga melibatkan slogan dan
simbol yang mencetuskan pengaruh yang kuat terhadap tingkah laku manusia.
Generasi muda hari ini hendaklah memupuk semangat patriotik dalam diri
mereka. Nilai ini dapat mengajar mereka mendisiplinkan diri mereka. Disipilin
yang utuh akan membantu mereka mencapai kejayaan dalam bidang yang
diceburi. Oleh itu, mereka perlu mengamalkan falsafah hidup yang tidak
mengutamakan kenpentingan diri semata-mata kerana kepentingan negara akan
membawa kebaikkan yang lebih baik kepada diri sendiri.

You might also like