You are on page 1of 4

Filem OlaBola arahan Chiu Keng Guan merupakan sebuah filem yang memaparkan banyak

nilai murni. Antara nilai murni yang terdapat dalam filem ini ialah nilai semangat kerjasama yang
kuat dalam sesebuah pasukan. Semangat kerjasama ini amat penting bagi mencapai sesuatu
matlamat. Pada mulanya, pasukan bola sepak Malaysia telah mengalami kekalahan yang agak teruk
akibat hilangnya semangat kerjasama dalam berpasukan. Namun begitu, mereka telah berjaya
meraih kemenangan dalam semua perlawanan pra-olimpik dan telah layak ke Sukan Olimpik
Moscow 1980. Hal ini disebabkan oleh sifat saling mempercayai antara satu sama lain dan semangat
kerjasama yang wujud dalam diri mereka sebagai pasukan bola sepak Malaysia setelah menjalani
latihan di pusat latihan tentera. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia hendaklah bekerjasama dalam
melakukan sesuatu perkara untuk mencapai matlamat hidup.

Seterusnya, semangat tidak berputus asa merupakan antara nilai terpenting yang
dipaparkan dalam filem ini. Dalam filem OlaBola arahan Chiu Keng Guan ini, kita dapat lihat pelakon
Luqman Hafidz yang memegang watak Ahmad Ali berlatih hampir setiap malam setiap kali hendak
berlangsungnya perlawanan. Selain itu, pasukan bola sepak Malaysia juga tidak berputus asa dalam
perlawanan pra-olimpik menentang pasukan gergasi bola sepak Asia iaitu Korea Selatan sehingga
mereka berjaya mengalahkan pasukan lawan tersebut dengan kemenangan 2-1 walaupun Malaysia
pada ketika itu telah memboikot untuk menyertai Sukan Olimpik 1980 di Moscow akibat konflik yang
berlaku antara Soviet dan Afghanistan.

Selain itu, nilai murni lain yang bermanfaat dalam filem ini ialah nilai bersatu padu antara
semua kaum tanpa mengira bangsa, budaya, agama dan warna kulit. Seperti yang kita dapat lihat,
pasukan bola sepak Malaysia dalam filem ini terdiri daripada pelbagai kaum iaitu kaum Melayu,
kaum Cina dan kaum India. Hal ini kerana mereka mempunyai satu matlamat dan cita-cita yang sama
iaitu ingin membawa nama pasukan bola sepak negara Malaysia ke persada antarabangsa.

Di samping itu, nilai yang ditekankan dalam filem OlaBola ini ialah nilai kasih sayang.
Misalnya, kita dapat lihat dalam filem ini ibu kepada Chow Kwok Keong amat menyayangi anaknya.
Beliau menyediakan sup rebusan kaki ayam buat Chow Kwok Keong apabila dia pulang ke rumah
untuk meningkatkan staminanya bermain bola sepak. Malahan, beliau turut menyokong keputusan
anaknya, Chow Kwok Keong bermain bola sepak dalam pasukan Malaysia.

Akhir sekali, nilai lain yang diketengahkan dalam filem OlaBola arahan Chiu Keng Guan ini
ialah nilai bertanggungjawab. Setiap manusia tentu mempunyai kewajipan dan tanggungjawab yang
perlu dilaksanakan tidak kira terhadap keluarga, bangsa atau negara. Misalnya dalam filem ini, Chow
Kwok Keong sebagai kapten pasukan bola sepak Malaysia bertanggungjawab mengemudi barisan
pertahanan dan memimpin pasukannya sebagai persediaan untuk perlawanan pra-olimpik. Selain
itu, sebagai anak sulung dalam keluarga, Chow Kwok Keong bertanggungjawab menyara keluarganya
dengan bekerja sebagai kerani dan membantu ibu dan adiknya menoreh getah di samping bermain
bola sepak dalam pasukan Malaysia.

Kesimpulannya, pelbagai nilai murni yang ditekankan dalam filem OlaBola arahan Chiu Keng
Guan ini. Antaranya ialah nilai bekerjasama dalam sesebuah pasukan, tidak mudah berputus asa
dalam mencapai matlamat, bersatu padu antara pelbagai kaum, kasih sayang sesama manusia dan
nilai bertanggungjawab. Kita sebagai rakyat Malaysia mestilah mencontohi nilai nilai murni yang
dipamerkan dalam filem ini agar kita dapat menjadi contoh kepada generasi muda yang akan datang.

Filem OlaBola arahan Chiu Keng Guan ini juga memaparkan pelbagai unsur patriotisme.
Patrotisme boleh didefinisikan sebagai perasaan kasih sayang dan cinta akan negara. Bukan itu
sahaja, ia juga merupakan perasaan yang menggalakkan seseorang untuk berusaha bersungguh-
sungguh demi pembangunan dan kemajuan negara dan juga demi melindungi keamanan dan
kesejahteraan negara daripada anasir luar.

Antara unsur patriotisme dalam filem ini ialah semangat cinta akan negara. Misalnya, dalam
filem ini JC Chee yang memegang watak sebagai Chow Kwok Keong atau “Tauke” perlu membuat
pilihan yang sukar di mana beliau perlu memilih cita citanya untuk pergi ke England atau bermain
bola sepak dalam pasukan Malaysia. Namun, kerana cintanya akan negara, dia sanggup
mengorbankan cita-citanya dan menjadi kapten kepada pasukan bola sepak Malaysia. Selain itu,
Saran Kumar yang memegang watak Muthu dalam filem ini yang mengalami hubungan yang tegang
dengan ayahnya masih meneruskan impiannya menjadi penjaga gol kebangsaan demi semangat
cintanya akan negara walaupun beliau mendapat tentangan yang hebat daripada ayahnya.

Seterusnya, menjaga dan mempertahankan maruah negara merupakan unsur patriotisme


yang amat penting dalam filem OlaBola ini. Sebagai contoh, dalam filem ini pasukan bola sepak
Malaysia berusaha untuk mempertahankan maruah negara dengan bermain bersungguh-sungguh
menentang pihak lawan yang merupakan pasukan gergasi Asia iaitu Korea Selatan. Hal ini dapat
dilihat walaupun pemain-pemain bola sepak Malaysia mengetahui Malaysia telah memboikot Sukan
Olimpik Moscow pada tahun 1980, namun mereka masih berusaha sedaya upaya untuk memenangi
perlawanan tersebut demi menjaga dan mempertahankan maruah negara Malaysia. Oleh itu, kita
sebagai rakyat Malaysia hendaklah mencontohi sifat yang ditunjukkan oleh para pemain bola sepak
kebangsaan demi maruah dan nama baik negara.
Di samping itu, unsur patriotisme lain yang dipaparkan dalam filem ini ialah berbangga
menjadi rakyat Malaysia dengan menghormati bendera kebangsaan Malaysia. Contohnya, dalam
filem OlaBola arahan Chiu Keng Guan ini, kita boleh lihat apabila pasukan bola sepak kebangsaan
meraih kemenangan menentang pasukan bola sepak Malaysia, mereka bersama-sama mengangkat
tinggi bendera kebangsaan Malaysia sambil mengelilingi Stadium Merdeka. Hal ini jelas
menunjukkan bahawa mereka sangat bangga kerana mendapat peluang untuk menjadi rakyat
Malaysia dengan menjulang tinggi bendera Malaysia.

Selain itu, semangat bekerjasama antara pelbagai kaum dalam sesebuah pasukan juga
merupakan salah satu unsur patriotisme yang dicerminkan dalam filem ini. Pada mulanya, para
pemain bola sepak Malaysia tidak mempunyai persefahaman yang baik antara mereka. Namun
mereka sangguo mengetepikan masalah peribadi mereka dan akhirnya mereka dapat menunjukkan
semangat kerjasama yang baik dalam mengatur strategi bagi meraih kemenangan terhadap pasukan
pihak lawan dan akhirnya telah layak mara ke Sukan Olimpik Moscow pada tahun 1980.

Akhir sekali, unsur patriotisme yang dipaparkan dalam filem ini ialah bertanggungjawab
kepada negara. Seperti yang kita dapat lihat, jurulatih bgi pasukan bola sepak Malaysia berasal dari
negara Barat. Namun begitu, beliau tidak pernah mengabaikan pasukan tersebut malah beliau
berusaha bersungguh - sungguh untuk menaikkan nama pasukan bola sepak kebangsaan walaupun
kedatangannya tidak mendapat sambutan yang baik pada mulanya daripada pasukan terutamanya
Chow Kwok Keong, kapten pasukan bola sepak Malaysia. Hal ini disebabkan oleh tanggungjawab
terhadap negara yang perlu digalas untuk menjamin nama baik negara.

Kesimpulannya, filem OlaBola ini telah menjadi suatu platform untuk memberi kesedaran
kepada diri sendiri bahawa melalui sukan bola sepak dapat menyemarakkan semangat patriotisme
dalam sesebuah pasukan tanpa mengenal warna kulit, kaum dan asal-usul. Oleh itu, kita sebagai
rakyat Malaysia mestilah mencontohi sifat mereka dengan menyuburkan semangat patriotik dalam
diri kita kerana ia merupakan teras kepada kemajuan dan keamanan sesebuah negara.

“Pemuda Harapan Bangsa, Pemudi Tiang Negara”. Peribahasa ini jelas menggambarkan diri
kita sebagai individu yang bakal menjadi tonggak negara pada masa hadapan. Namun begitu, apakah
halatuju saya dalam menerajui negara sebagai pemimpin pada masa hadapan?

Antara halatuju saya sebagai pemimpin dalam menerajui negara ialah patuh kepada ajaran
agama. Hal ini kerana ajaran agama merupakan tonggak utama sesebuah negara yang perlu
dipraktikkan dalam oleh setiap individu dalam kehidupan seharian. Kesannya, saya dapat
menghindarkan diri saya daripada terjebak ke kancah sosial yang boleh merosakkan imej sesebuah
negara. Malahan, kepatuhan kepada ajaran agama membolehkan saya untuk berfikir dengan lebih
matang dalam membuat sesuatu keputusan. Dengan ini, saya akan dapat menentukan perkara yang
dapat memberi faedah kepada rakyat dan negara semasa memutuskan sesuatu perkara.

Selain itu, saya juga akan meningkatkan kemahiran interaksi saya di hadapan umum. Seperti
yang kita sedia maklum, kemahiran berkomunikasi di hadapan khalayak umum memerlukan
keberanian yang tinggi. Hal ini secara tidak langsung dapat meningkatkan keyakinan diri saya dalam
melaksanakan sesuatu tugas. Kesannya, kita akan sentiasa disanjungi dan dihormati oleh rakyat di
negara kita.

Akhir sekali, saya juga akan melengkapkan diri saya dengan pelbagai ilmu pengetahuan.
Sebagai contoh, ilmu yang berteraskan pentadbiran, pendidikan, psikologi, komuniti dan juga
pengetahuan semasa. Hal ini kerana ilmu pengetahuan yang luas sangat penting dalam menerajui
sesebuah negara. Apabila negara sedang menghadapi krisis, saya mampu untuk memikirkan cara
bagi mengatasi masalah tersebut. Kesannya, rakyat dapat hidup dengan aman makmur dan
sejahtera.

Kesimpulannya, sifat kepimpinan yang cemerlang amat penting dalam menerajui sesebuah
negara. Hal ini kerana pemimpin yang berkualiti dapat mewujudkan negara yang mampu memacu
kecemerlangan.

You might also like