You are on page 1of 14

KERJA KURSUS

CTU 553 - HUBUNGAN ETNIK

PENDIDIKAN JARAK JAUH

KAMPUS PUNCAK PERDANA

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

DISEDIAKAN OLEH

SUHAILA BINTI MOHD AMIN

2010730187

861231-11-5038

SOALAN - 3

KEUNIKAN SOSIO-BUDAYA MASYARAKAT BABA NYONYA DI MALAYSIA

UNTUK

PUAN SAFINAZ BINTI ABDUL SAMAT

UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

APRIL 2014
2|Page

ISI KANDUNGAN
Perkara Muka Surat

Penghargaan 3

Pengenalan 4

Asal Usul Baba dan Nyonya 5

Sosio Budaya 6

Agama dan perayaan 7

Bahasa yang digunakan 7

Jenis makanan 8

Adat dan Pantang larang 9

Perkahwinan 9

Pakaian dan Kasut 11

Kesimpulan 12

Bibliografi 13

Outline Kertas Kerja 14

CTU 553 - Hubungan Etnik > Keunikan sosio-budaya masyarakat Baba Nyonya di Malaysia
3|Page

PENGHARGAAN
Tugasan berkaitan Keunikan sosio-budaya masyarakat Baba Nyonya di Malaysia ini

disediakan bagi memenuhi tugasan bagi penulisan kertas kerja CTU 553 - Hubungan Etnik

untuk semester ini. Pertamanya, saya bersukur kepada Allah kerana dengan izin Nya jua, saya

dapat memenuhi menyelesaikan tugasan ini. Saya juga merakamkan penghargaan dan ucapan

terima kasih kepada Puan Safinaz binti Abdul Samat selau pensyarah diatas atas segala tunjuk

ajar, bimbingan dan galakan yang diberikan sepanjang sesi pertemuan dan melalui kelas secara

atas talian.

Disamping itu saya juga ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan sekelas dan pihak

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam memberi idea dan komen untuk tugasan

ini.

Sekian dan Wasalam

Suhaila binti Mohd Amin

2010730187

e-pjj Student Kampus Puncak Perdana

CTU 553 - Hubungan Etnik > Keunikan sosio-budaya masyarakat Baba Nyonya di Malaysia
4|Page

Pengenalan

Masyarakat peranakan Baba dan Nyonya merupakan kumpulan komuniti yang tinggal di
negeri Melaka. Mereka merupakan masyarakat unik kerana kumpulan ini adalah sebahagian dari
kaum Cina tetapi mengamalkan adat resam dan budaya campuran Cina-Melayu. Masyarakat ini
dikatakan telah wujud sejak lebih 600 tahun lalu iaitu ketika zaman kegemilangan Kesultanan
Melayu Melaka apabila mereka datang untuk berdagang di bumi ini dan kemudiannya berkahwin
dengan masyarakat Melayu. Kebanyakan anak-anak Baba dibesarkan mengikut cara hidup dan
upacara-upacara agama orang Cina yang diubah oleh unsur-unsur kemelayuan serta unsur-unsur
tempatan yang lain. Dalam seratus lima puluh tahun yang lalu, upacara ini telahpun diubah suai.
Penghidupan moden yang terlalu cepat meninggalkan sedikit demi sedikit masa lapang untuk
persembahan ke atas pengorbanan yang tidak berkesudahan itu. Upacara ini semakin
berkurangan disebabkan juga oleh pengaruh Barat, tetapi masih terus diamalkan.

Pada kurun ke-15, wilayah-wilayah kepulauan Melayu selalunya memberi penghormatan


kepada pelbagai kerajaan seperti Negara Cina dan Siam. Hubungan diplomatik yang erat telah
dibina sejak kurun ke-15, semasa pemerintahan Parameswara, apabila Laksamana Cheng Ho,
seorang Cina Muslim melawat Melaka. Menurut penerangan traditional, pada 1459, Raja Cina
telah menghantar puteri, Hang Li Po, kepada Sultan Melaka sebagai satu tanda penghargaan
kepada penghormatannya. Pengikut-pengikut puteri tinggal di Bukit Cina pada mulanya dan

CTU 553 - Hubungan Etnik > Keunikan sosio-budaya masyarakat Baba Nyonya di Malaysia
5|Page

akhirnya lahirnya Peranakan. Peranakan mengkekalkan kebanyakan budaya dan kepercayaan


nenek moyang mereka, tetapi bahasa dan budaya Melayu telah diasimilasi. Mereka membina
budaya pemakanan yang unik. Banyak sumber mengatakan bahawa Peranakan adalah kahwin
campur dengan orang Melayu tempatan; hal ini mungkin berlainan daripada faktor pengikut-
pengikut puteri Cina tinggal di Bukit Cina yang mengembara ke Melaka dengan Laksamana
Yunnan berbangsa Cina Muslim. Namun, kekurangan peringatan yang fizikal secara keseluruhan
telah menyebabkan ramai pakar sukar percaya terhadap asal-usul etnik Peranakan Cina.

Asal Usul Baba dan Nyonya

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya di
kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini merupakan
sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka enggan
mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa bahawa mereka adalah
rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka mengeji
pendatang-pendatang Cina yang baru, dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak membenarkan
pendatang-pendatang Cina masuk.

Masyarakat Baba Nyonya dikenali juga sebagai kaum peranakan dan mereka merupakan
kaum minoriti yang dipercayai berasal dari Melaka. Baba dan Nyonya di Melaka adalah Cina
Peranakan di mana nenek moyang mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan.
Kaum ini kebanyakannya berasal dari wilayah Hokkien, Mereka memanggil diri mereka sebagai
"Baba" atau "Peranakan" kerana kebudayaan mereka yang berasal daripada warisan tradisi Cina,
mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan budaya mereka
terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam, kebanyakkannya bangsa
cina yang berhijrah ke Melaka 600 tahun dulu ketika Melaka terkenal sebagai pusat
perdagangan. Perkahwinan campur seperti ini telah melahirkan budaya Cina yang unik serta
tradisi Melayu. Pada mulanya mereka datang ke Melaka untuk berdagang dan mencari pekerjaan
dan berkahwin dengan wanita tempatan di mana anak lelaki dipanggil Baba dan anak perempuan
disebut Nyonya.

CTU 553 - Hubungan Etnik > Keunikan sosio-budaya masyarakat Baba Nyonya di Malaysia
6|Page

Sosio Budaya

Kebanyakan pendatang Cina yang terawal sekali berhijrah ke Tanah Melayu adalah
daripada kelompok Hokkien. Oleh itu, kebanyakan orang Baba juga adalah Hokkien dan mereka
yang berasal daripada keturunan Hokkien masih menganggap diri mereka sebagai orang Hokkien
meskipun kebanyakannya tidak pandai bertutur dalam loghat Hokkien. Ada juga orang Baba
yang berasal daripada keturunan Kantonis, Hakka, dan lain-lain. Budaya Baba berasal dari
Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura berkembang dan dimajukan, banyak juga di
antara mereka yang berpindah ke kedua-dua negeri ini, terutamanya Singapura. Generasi Nyonya
(Baba perempuan) yang terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarong sebagaimana
yang dipakai oleh orang-orang Melayu.

Antara sosio budaya yang masih kekal mengenai kehidupan orang Baba adalah sifat
mereka yang masih bersifat kecinaan, walaupun mereka telah lama terpisah daripada komuniti
mereka di China. Ini digambarkan melalui aspek-aspek kebudayaan yang lain seperti sistem
kekeluargaan dan agama yang mereka masih kekal, kecuali tocang yang dianggap sebagai
lambang pengabdian kepada kerajaan Manchu, serta tradisi mengikat kaki kaum wanita yang
dianggap sebagai adat yang tidak bertamadun. Malahan masyarakat Baba masih mengamalkan
sebahagian resam budaya Cina yang sudah tidak dihiraukan lagi oleh masyarakat Cina Malaysia
yang lain, seperti adat istiadat perkahwinan Cina tradisional yang memperlihat kedua-dua
pengantin memakai pakaian-pakaian yang indah dan berwarna warni warisan budaya Cina
tradisional. Rumah Baba juga dibina berdasarkan pelan-pelan tradisional Cina berbanding
dengan Melayu

Sejak beberapa kurun yang lalu juga, Peranakan baba nyonya telah mewujudkan satu
budaya yang unik dengan mengkekalkan banyak tradisi Cina, seperti meraikan perayaan Tahun
Baru Cina, perayaan Tanglung, dengan mengikut budaya tempatan dan juga penjajah. Terdapat
tanda-tanda Portugis, Belanda, British, Melayu, dan Indonesia pengaruh dalam budaya Baba dan
Nyonya. Pada pertengahan abad ke-20, kebanyakan Peranakan dididik oleh Inggeris, akibat
daripda penjajahan British atas Malaya, dan kecenderungan gologan tersebut mudah menerima
budaya baru

CTU 553 - Hubungan Etnik > Keunikan sosio-budaya masyarakat Baba Nyonya di Malaysia
7|Page

Agama dan perayaan

Terdapat Sebahagian Baba dan Nyonya yang mengamalkan agama-agama tradisional


Cina iaitu agama Buddha dan menyambut perayaan Tahun Baru Cina dan Perayaan Tanglung.
Disamping itu, telah ramai juga yang memeluk agama lain seperti Kristian yang amat popular di
kalangan remaja disebabkan golongan Peranakan mudah menerap budaya Inggeris melalui
pendidikan yang diterima, ini menyebabkan kebanyakan jawatan perkhidmatan pada masa itu
dipenuhi oleh mereka. Interaksi antara British dengan mereka menyebabkan mereka memeluk
agama Kristian. Hal ini menyebabkan masyarakat Peranakan menjadi berpengaruh di Melaka
dan Singapura serta mereka lebih dikenali sebagai Kings Chinese (Cina Raja) kerana mereka
lebih taat kepada Mahkota British

Bahasa yang digunakan

Masyarakat baba Nyonya di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut fakta
sejarah golongan ini mempunyai pertalian dengan darah keturunan Melayu di mana mereka
fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Selain menggunakan Bahasa Melayu dalam pertuturan
seharian mereka juga boleh bertutur bahasa Hokkien. Antara contoh bahasa Hokkien yang
digunakan

Saya = goa
Anda = lu
Dia = dia
Kita = kita
Kebanyakan masyarakat baba Nyonya di Melaka fasih bertutur bahasa Melayu dan mengikut
fakta sejarah golongan ini mempunyai pertalian dengan darah keturunan Melayu di mana
mereka fasih bertutur dalam bahasa Melayu. Disebabkan interaksi daripada pelbagai budaya dan
bahasa, kebanyakan Peranakan bertutur tiga bahasa, dan dapat bercakap dengan Cina, Melayu
dan British. Sebahagian daripada mereka juga boleh bertutur dalam bahasa inggeris kerana

CTU 553 - Hubungan Etnik > Keunikan sosio-budaya masyarakat Baba Nyonya di Malaysia
8|Page

mereka bekerja sebagai pedagang, dan pertenggahan diantara Cina dan Barat terutamanya,
bahasa inggeris British.

Jenis makanan
Sebahagian dari makanan dan masakan masyarakat Baba Nyoya terkesan dari pengaruh
Melayu, oleh yang demikian lahirnya masakan "Nyonya" yang menggunakan rempah masakan
Melayu. Contohnya ayam kapitan, sejenis kari ayam kering; inci kabin, iaitu ayam goreng cara
Nyonya; dan pindang bandeng, kuah ikan yang dihidangkan ketika meraikan tahun baru Cina di
singapura. Masyarakat ini amat masyhur dengan pelbagai masakan tradisional yang begitu sedap.
Mereka juga mengamalkan makan dengan tangan dan masakan gulai adalah menjadi kegemaran
masyarakat ini. Kebiasaannya masak lemak, asam pedas, dan sambal belacan menjadi kegemaran
seharian. Mereka juga gemar menggunakan mangkuk tingkat dalam kegunaan seharian untuk
memberikan makanan kepada jiran-jiran terdekat.

CTU 553 - Hubungan Etnik > Keunikan sosio-budaya masyarakat Baba Nyonya di Malaysia
9|Page

Adat dan Pantang larang

Masyarakat Baba dan Nyonya masih lagi percaya kepada pawang dan bomoh.
Kebiasaannya mereka pergi berjumpa bomoh apabila seseorang bayi sentiasa menangis dengan
tidak henti-henti. Mereka percaya bahawa anak mereka telah disampuk dengan jin ataupun
hantu. Tujuan mereka pergi berjumpa dengan pawang tersebut untuk meminta tolong menghalau
atau membuang jin atau hantu tersebut daripada mengganggu anak mereka.

Selain itu, Ibu yang hamil juga tidak boleh keluar rumah pada waktu senja. Pada waktu
tersebut dikatakan syaitan, iblis, dan hantu mula berkeliaran. Mereka percaya bahawa darah ibu
yang mengandung anak sulung sangat disukai oleh pontianak dan langsuir. Sekiranya terpaksa
juga keluar, ibu tersebut dikehendaki membawa barangan yang diperbuat daripada besi,
antaranya pisau untuk menakutkan hantu. Masyarakat Baba dan Nyonya juga percaya akan
perubatan tradisional dalam perubatan penyakit. Contohnya dalam penyakit demam campak atau
Chicken Pox, masyarakat Baba dan Nyonya akan berjumpa dengan bomoh untuk mendapatkan
air penawar untuk diminum dan dijadikan air untuk mandi.

Perkahwinan

Saudagar Cina di Melaka zaman silam gemar memperisterikan


atau mempergundikkan wanita Melayu dari Semenanjung Tanah Melayu atau Sumatera.
Hasilnya, suku Baba dan Nyonya memperlihatkan campuran budaya Cina dan Melayu yang
bersinergi. Catatan dari abad ke-19 dan awal abad ke-20 menyatakan bahawa lelaki Baba
lazimnya mengahwini wanita dalam masyarakat Peranakan setempat. Ada kalanya, keluarga
Peranakan membawa masuk pengantin dari China atau menghantar anak perempuan ke China
untuk mencari suami. Orang Peranakan biasanya berkahwin dengan pasangan setempat yang
sama darjatnya. Lelaki kaya paling menggemari chin choay atau perkahwinan matrilokal iaitu si
suami menyertai keluarga isteri.

Pada kebiasaannya adat lamaran memerlukan buah tangan pinangan, iaitu bakul berkilau
dua tingkat yang akan dibawa oleh pengantara yang mewakili pelamar kepada ibu bapa
pengantin idaman. Permulaan majlis perkahwinan baba nyonya bermula apabila pihak pengantin
perempuan menerima rombongan peminangan daripada pihak pengantin lelaki. Orang tua

CTU 553 - Hubungan Etnik > Keunikan sosio-budaya masyarakat Baba Nyonya di Malaysia
10 | P a g e

pasangan pengantin akan menguruskan tarikh melangsungkan perkahwinan, setelah mereka


memilih satu hari yang baik (bertuah) dengan menggunakan kalendar cina jemputan akan
dikeluarkan. Jemputan akan dikeluarkan kepada mereka yang terlibat, jemputan ini dipanggil
antah sireh. Masyarakat baba nyonya tidak menggunakkan kad jemputan sebaliknya mereka
menghantar wang yang mengandungi kacang, limau, dan daun sirih (sekapur sirih) sebagai ganti.
Seorang nyonya tua akan diberi tugas ini iaitu pergi ke rumah-rumah tertentu untuk menghantar
jemputan yang unik ini, walaupun setiap keluarga menerima sehelai daun sirih tetapi ia
bermaksud untuk menjemput seluruh keluarga ke majlis perkahwinan itu

Majlis perkahwinan peranakan yang banyak mengetengahkan tradisi Cina merupakan


antara perkahwinan tradisi yang paling berwarna-warni di Malaysia dan Singapura. Majlis
diserikan dengan lagu berima spontan dondang sayang yang dinyanyi dalam bahasa Melayu dan
ditari oleh para hadirin di jamuan. Pendondang bergilir-gilir menyambungkan lagu bertema
asmara sambil menari berpusing-pusing dengan perlahannya. Dondang sayang memerlukan
kemahiran berjenaka dan bertikam balas, siapa yang bijak berdondang maka dialah yang meraih
gelak ketawa dan tepukan tangan ramai-ramai. Pelat loghat dan cara berbahasa Baba dan Nyonya
serta kepandaian menyerikan lagi persembahan.

Perkahwinan tradisional baba nyonya merupakan satu majlis yang memenatkan dan akan
berlangsung selama 12 hari. Menurut mereka jika orang yang sama berkahwin sekali lagi pun,
dia tidak akan berpeluang untuk mempunyai upacara sebegini sekali lagi. Segala urusan mencari
jodoh bagi anak perempuan akan diuruskan oleh ibu bapa mereka, mereka tidak boleh
membantah keputusan orang tua. Jika seseorang perempuan itu belum berkahwin sebelum usia
20 tahun mereka akan dianggap sebagai anak dara tua, mereka juga akan mengalami kesukaran
dalam soal mencari jodoh. Bagi pihak lelaki pula, mereka selalunya akan berkahwin dalam usia
20 tahun.

CTU 553 - Hubungan Etnik > Keunikan sosio-budaya masyarakat Baba Nyonya di Malaysia
11 | P a g e

Pakaian dan Kasut


Pakaian masyarakat Baba Nyonya serupa dengan pakaian tradisi Melayu, iaitu terdiri
daripada baju kebaya (baju panjang dan batik sarung) dan kerongsang bagi perempuan. Baju
kebaya ini sebahagiannya di warisi dari Suku Peranakan di Indonesia iaitu baju kebaya
tersendiri, yang dikenali sebagai 'kebaya encim', serta mengembangkan corak batik tersendiri
yang bermotifkan Cina. Kebanyakan mereka berpakaian kebaya dan sarung batik yang diwarisi
oleh nenek moyang mereka. manakala dari aspek kerohanian dan keagamaan mereka mempunyai
banyak persamaan dengan keturunan Cina. Kebaya ini dipercayai telah wujud pada kurun ke-19
dan pertama kali dipakai oleh Nyonya Serani berbangsa Belanda dalam bentuk kebaya renda
(kebaya yang dihiasi dengan renda). Manakala bagi kaum lelaki pakaian mereka menyerupai
pakaian tradisi kaum cina yang kebiasaanya.

Kasut manek ialah alas kaki buatan tangan yang memerlukan kemahiran dan kesabaran
tinggi untuk menghasilkannya dari jalinan manik kaca bersegi-segi halus yang dijahit pada kain
terpal. Pada mulanya, manik-manik yang diperlukan untuk menghiasi kasut manek. Rekaan kasut
manek tradisional sering memperlihatkan motif bunga Eropah dan warnanya dipengaruhi oleh
tembikar peranakan dan sarung batik. Mulai 1930-an, kasut manek menjalani perubahan dengan
diberi rekaan moden dan ditambah tumit.

CTU 553 - Hubungan Etnik > Keunikan sosio-budaya masyarakat Baba Nyonya di Malaysia
12 | P a g e

Kesimpulan

Masyarakat Baba dan Nyonya masih teguh mengamalkan cara hidup kemelayuan
sehingga kini. Mereka sayang untuk meninggalkan budaya yang unik itu begitu sahaja. Mereka
sanggup mempertahankan budaya masyarakat Baba dan Nyonya. Percampuran budaya dan adat
antara masyarakat Cina dan masyarakat Melayu telah membuktikan akan keakraban dan
perpaduan yang wujud dalam masyarakat tersebut, malah masih mengamalkan budaya Melayu
dalam kehidupan bermasyarakat. Zaman terus berlalu, jumlah masyarakat Baba Nyonya kini
semakin berkurangan.

Lebih ironik apabila generasi muda yang sepatutnya menjadi pewaris kini kebanyakannya
semakin meninggalkan adat resam dan budaya tinggalan nenek moyang mereka Golongan ini
semakin tenggelam dibuai arus kemodenan muzik pop, peralatan canggih muzik, I-pod dan
Internet yang diserapkan dengan budaya Barat. Malah, boleh dikatakan, 90 peratus daripada 450
orang kaum Peranakan yang menyertai Persatuan Peranakan Baba Nyonya yang ada pada hari ini
terdiri daripada orang-orang lama. Hanya segelintir daripada generasi baba lama yang menyertai
persatuan ini turut disertai oleh anak-anak mereka yang kebanyakannya berusia dalam
lingkungan 30-an.

Dizaman sekarang juga, sukar untuk melihat anak-anak perempuan dan wanita dewasa di
kalangan kaum itu mengenakan pakaian baju kebaya yang mengikut tradisi asal nenek moyang
mereka kerana kebanyakan mereka lebih gemar memakai pakaian moden. tetapi sebenarnya,
kaum peranakan Baba Nyonya sangat unik, dan apa yang mereka ada, tidak ada pada kaum-
kaum lain di mana-mana Negara didunia. Tetapi mana-mana kaum lain tetap mengalami krisis
yang sama seperti yang dialami peranakan Baba Nyonya sekarang. Oleh yang demikian, melalui
kegiatan berpersatuan diharapkan mereka perlu giat menjalankan program mendekati golongan
muda untuk terus kekal mengamalkan adat budaya Baba Nyonya sehingga mereka dapat
mewariskan kepada anak-anak mereka kelak dan generasi baru di masa depan.

CTU 553 - Hubungan Etnik > Keunikan sosio-budaya masyarakat Baba Nyonya di Malaysia
13 | P a g e

Bibliografi

Ding Choo Ming (2008). Pantun Peranakan Baba: Mutiara Gemilang Negeri-Negeri Selat.
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia: Bangi.

Tan, Chee Beng. (1988). The Baba of Melaka. Petaling Jaya: Pelanduk Publications.1993.

Chinese Peranakan Heritage in Malaysia and Singapore. Petaling Jaya: Pelanduk Publications.

Asmah Haji Omar. (1979). Darulaman: Essay on linguistic, cultural and socio-economic aspects
of the Malaysian State of Kedah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

Keunikan Baba dan Nyonya (2008), Retrieved April 12, 2014, from
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp

CTU 553 - Hubungan Etnik > Keunikan sosio-budaya masyarakat Baba Nyonya di Malaysia
14 | P a g e

Outline Kertas Kerja

Tajuk: Keunikan sosio-budaya masyarakat Baba Nyonya di Malaysia

Disediakan oleh: Suhaila binti Mohd Amin

ISI KANDUNGAN

1. Pengenalan

2. Asal Usul Baba dan Nyonya

3. Sosio Budaya
3.1 Agama
3.2 Bahasa yang digunakan
3.3 Jenis makanan
3.4 Adat dan Pantang larang
3.5 Perkahwinan

4. Kesimpulan

Bibliografi

CTU 553 - Hubungan Etnik > Keunikan sosio-budaya masyarakat Baba Nyonya di Malaysia

You might also like