You are on page 1of 18

PERKARA MARKAH MARKAH

PENUH

PENDAHULUAN 1

ISI 4

HURAIAN 6

CADANGAN 2

BIBLIOGRAFI 5

ETIKA/PROFESSIONALISME 2

JUMLAH 20

TAJUK : BUDAYA BABA DAN NYONYA DAN SAYYID SYARIFAH, ASAL-USUL


KEDATANGANNYA DAN KESANNYA TERHADAP SOSIOBUDAYA TANAH MELAYU

KOD : CTU 151

MATAPELAJARAN : FUNDAMENTAL OF ISLAM

KELAS : AAP1142G

NAMA NO. MATRIK

ALIA NAJIHAH BINTI AZMI 2017202624

NURUL SHAHIRAH BINTI MOHAMAD FAUDZI 2017204406

NURAIN BINTI IBRAHIM 2017204622

WAN NUR SHAFISA HUSNA BINTI WAN SHAMSUDDIN 2017201946

FATINA AINA HUWAIDA BINTI MOHD RAZALI 2017204574

PENSYARAH : PN. KHAFIZATUNNISA’ BINTI JAAPAR

SEMESTER & SESI PENGAJIAN: SEMESTER 2

1
1.0 ISI KANDUNGAN

NO TOPIK MUKA SURAT

2.0 PENGHARGAAN 3

3.0 PENDAHULUAN 4

4.0 ASAL-USUL KEDATANGAN BABA DAN NYONYA DAN 5


SYED SYARIFAH

5.0 BUDAYA BABA DAN NYONYA DAN SYED SYARIFAH 10

6.0 KESANNYA TERHADAP SOSIOBUDAYA TANAH 12


MELAYU

7.0 PENUTUP 19

8.0 RUJUKAN 20

2
2.0 PENGHARGAAN

Bersyukur kami ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kami
menyempurnakan tugasan yang diberikan kepada kami. Pada 20 Mac 2018, kami telah diberi
tugasan kerja kursus bagi matapelajaran Fundamental of Islam. Kami diberi soalan dan
dikehendaki mengkaji, meneliti dan mempersembahkan hasil kerja kami dalam bentuk
penulisan.

Pertama sekali kami ingin mengalungkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Puan.


Khafizatunnisa’ Binti Jaapar, pensyarah Fundamental of Islam kami kerana telah banyak
memberikan bimbingan dan tunjuk ajar sepanjang tempoh menyiapkan tugasan ini. Beliau juga
telah banyak berkongsi maklumat dan pengetahuan yang berguna kepada kami.

Tidak lupa juga jutaan terima kasih kepada kedua ibu bapa kami yang telah banyak
memberi sokongan moral kepada kami sepanjang tempoh ini. Hal ini demikian kerana, bagi
mendapatkan hasil yang baik, kami perlu menitikberatkan perihal emosi kami sepanjang
menyiapkan tugasan. Ibu bapa kami sentisa berada di sisi kami dan terus memberikan
sokongan.

Ribuan terima kasih juga kepada rakan-rakan sekelas yang banyak berkongsi maklumat-
maklumat yang berguna. Perkongsian kalian sangat bermakna dan telah banyak membantu
kami dalam proses menyiapkan tugasan ini. Terima kasih sekali lagi kepada semua pihak yang
terlibat secara langsung atau tidak langsung sepanjang tempoh ini.

3
3.0 PENDAHULUAN

Baba dan Nyonya adalah segolongan keturunan kaum Cina yang unik kedudukannya
di kalangan kaum Cina yang terdapat di Negeri-negeri Selat, Tanah Melayu (kini
sebahagian Malaysia), khususnya di negeri Melaka. Bagaimanapun, sebahagian mereka
enggan mengakui bahawa mereka adalah orang Cina tetapi sebaliknya mendakwa mereka
adalah rakyat British dan amat berbangga dengan kedudukan ini. Tambahan pula, mereka
mengeji pendatang-pendatang Cina yang baru, dan mempunyai kelab tersendiri yang tidak
membenarkan pendatang-pendatang Cina masuk. Mereka memanggil diri mereka sebagai
“Baba” atau “Peranakan” kerana kebudayaan mereka, yang berasal daripada warisan tradisi
Cina, mempunyai unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Penyesuaian dan resapan
budaya mereka terhadap suasana sosio-budaya di persekitaran mereka di zaman silam,
iaitu melalui perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu,
adalah punca utama mengapa generasi-generasi seterusnya memanggil mereka sebagai
“Baba”. Dari segi anutan, kebanyakannya masih mengekalkan agama tradisional Cina iaitu
Buddha, namun telah ramai yang memeluk agama lain seperti Kristian yang amat popular
dalam kalangan remaja.

Kepelbagaian etnik atau bangsa adalah sesuatu yang unik dalam sesebuah masyarakat
yang berbilang kaum. Kepelbagaian ini adalah lumrah alam dan ia turut mewarnai
kehidupan seharian sesebuah masyarakat. Orang Arab Hadhrami merupakan salah satu
etnik minoriti yang terdapat di Malaysia. Walaupun mereka adalah bangsa Arab yang
berhijrah ke Tanah Melayu pada suatu ketika dahulu, namun pada hari ini mereka telah
menjadi sebahagian daripada masyarakat Melayu dan rakyat Malaysia. Pada peringkat awal
kedatangan orang Arab ke Tanah Melayu, orang Melayu memandang tinggi terhadap
golongan ulama Arab. Orang Melayu mengormati semua orang Arab tanpa mengira asal
usul mereka sebagai pendakwah menyebarkan syiar Islam. Orang Arab keturunan Sayyid
secara khususnya dianggap sebagai keturunan Nabi Muhammad SAW dan mereka
dipercayai memiliki ilmu pengetahuan yang mendalam tentang agama Islam serta terkenal
dengan kewarakan mereka.

4
4.0 ASAL USUL KEDATANGAN BABA NYONYA DAN SYED SHARIFAH KE TANAH
MELAYU

Kewujudan pelbagai kaum telah berlaku sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi di
mana faktor perdagangan, diplomatik, perkahwinan dan sebagainya. Tanah Melayu suatu
ketika dahulu amat terkenal sebagai pusat atau hub aktitvit perdagangan. Dalam konteks ini,
Melaka ataupun Tanah Melayu telah menjadi pusat dan tumpuan para pedagang dari seluruh
dunia untuk menjalani serta meluaskan aktiviti perdagangan mereka. Buktinya, China, Arab,
India dan Eropah telah meluaskan perniagaan mereka hingga ke Tanah Melayu dengan
menjual barangan seperti alat solek, rempah, sutera, tembikar dan pelbagai lagi barangan yang
telah diperdagangkan. Bahasa Melayu juga turut dijadikan sebagai Lingua Franca iaitu bahasa
pengantara bagi pedagang-pedagang luar betutur atau berkomunikasi dengan rakyat tempatan
dengan menggunakan Bahasa Melayu. Disebabkan oleh budaya dan adab yang sopan yang
dipraktikan oleh rakyat tempatan telah membuka hati para pedagang untuk bermastautin lebih
lama di Tanah Melayu. Dalam konteks ini, mereka telah membina keluarga bersama rakyat
tempatan melalui ikatan perkahwinan dan menjalankan perniagaan mereka secara tetap di
Tanah Melayu. Maka terhasilah pelbagai kaum di Tanah Melayu sehingga menjadi simbol
keunikan Malaysia pada hari ini.

4.1 ASAL USUL BABA DAN NYONYA

Baba dan Nyonya juga dikenali sebagai Peranakan. Ia membawa maksud kepada
keturunan Cina yang bercampur dengan Melayu. Perkataan Baba ini merujuk kepada kaum
lelaki masyarakat ini manakala perkataan Nyonya ini adalah gelaran kepada kaum wanita pula.
Mereka ini masih mengekalkan kebudayaan adat warisan tradisi Cina tetapi ia mempunyai
unsur-unsur pengaruh kebudayaan Melayu. Mereka ini kebanyakkannya berasal dari wilayah
Hokkien, China yang telah berhijrah ke Melaka 600 tahun dahulu ketika Melaka terkenal
sebagai pusat perdagangan. Penyesuaian dan resapan budaya mereka ialah melalui
perkahwinan campur yang berlaku di antara kaum-kaum Cina dan Melayu. Kebanyakannya
masih menganut agama Cina dan Buddha akan tetapi agama Kristian kini semakin menjadi
anutan mereka kerana ia amat poular dikalangan remaja. Mereka ini juga fasih berbahasa

5
Melayu tetapi mereka ini mempunyai dialek mereka yang tersendiri. Masyarakat Cina
Peranakan di Kelantan dipengaruhi oleh budaya Melayu dan Thai, manakala masyarakat Baba
di Melaka dipengaruhi oleh budaya Melayu.1

Pada kurun ke-15, semasa zaman pemerintahan Parameswara, Melaka dengan negara
China mempunyai hubungan diplomatik yang erat. Ia berlaku semasa Laksamana Cheng Ho
atau dikenali juga sebagai Laksamana Zheng He, seorang Cina Muslim melawat Melaka.
Menurut penerangan tradisional, pada tahun 1459, Maharaja Cina telah menghantar seorang
puteri yang bernama Hang Li Po kepada Sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Shah sebagai
tanda penghargaan kepada penghormatannya. Pada mulanya pengikut-pengikut Hang Li Po ini
tinggal di Bukit Cina kemudian lahirlah Peranakan ini. Ia masih mengekalkan budaya adat Cina
dan kepercayaan nenek moyang mereka namun Bahasa dan budaya telah dicampurkan sekali.
Perkahwinan campur dengan penduduk tempatan di Tanah Melayu inilah merupakan faktor
utama wujudnya Peranakan ini. Kesan tinggalan istana Hang Li Poh masih tidak dikenal pasti
namun kesan petempatan pengikutnya dilihat berdasarkan perigi yang digunakan oleh mereka
yang juga dikenali sebagai ‘Perigi Raja’ atau ‘Perigi Hang Li Poh’ yang terletak di kaki bukit
Bukit Cina tersebut.

Kesimpulannya, kewujudan Baba dan Nyonya ini disebabkan perkahwinan campur


antara orang Cina dengan penduduk tempatan di Melaka. Baba dan Nyonya ini merupakan
keturunan Cina yang sangat unik kerana mengamalkan agama mereka tersendiri dengan
menyambut sambutan seperti Hari Raya Cina, namun mereka ini juga mengamalkan adat
resam Melayu dan juga penjajahan Barat.

1
Lim Chooi Kwa & Chia Oai Peng, Adat Resam Masyarakat Cina (Kuala Lumpur: Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional, Cetakan Pertama, 2004), 1

6
4.2 ASAL USUL SYED SHARIFAH

Gelaran Syed dan Sharifah ini merujuk kepada golongan yang memiliki keturunan Nabi
Muhammad SAW. Keturunan ini melalui cucu baginda iaitu Hussein bin Ali dan Hassan bin Ali.
Ini melalui perkahwianan antara anak perempuan Nabi Muhammad iaitu Fatimah az-Zahra
dengan sepupu baginda iaitu Ali bin Abi Talib. Syed ialah gelaran kepada golongan lelaki
manakala Sharifah pula gelaran kepada golongan wanita. Gelaran Ahlul Bait di Semenanjung
Malaysia lebih dikenali dengan gelaran Syed, Sharifah namun ada juga digelar sebagai Ungku,
Tuan dan sebagainya. Mereka ini berasal dari Hadramaut, Yaman.

Dalam sejarah penyebaran dan perkembangan Islam di Alam Melayu ini, melibatkan
sumbangan besar daripada zuriat Ahlul Bait yang memainkan peranan dominan. Alam Melayu
merupakan gugusan kepulauan yang kini terdiri daripada beberapa negara iaitu, Malaysia,
Indonesia, Filipina, Brunei dan Patani yang terletak di antara Lautan Hindia dan Lautan China.
Penghijrahan Ahlul Bait khususnya yang berketurunan daripada Imam Husain merupakan
mereka yang menetap di Hadramaut Yaman. Kemudian mereka berhijrah ke Alam Melayu
dengan tujuan awalnya adalah untuk berdakwah sambil berniaga. Ramai ulama-ulama yang
berketurunan Syed dengan sumbangan yang besar dalam penyebaran Islam di Semenanjung
Malaysia bermula dari awal kedatangan mereka ke Nusantara menetap di berbagai negeri di
Semenanjung Malaysia.

Para pendakwah yang menyebarkan Islam di Alam Melayu ini kebanyakan mereka
berasal dari Arab yang berketurunan Syed. Mereka berhijrah dari Hadramaut pada abad ke-
14M dan abad ke-15M. Pada tahun 1414M, Raja Melaka yang pertama memeluk agama Islam
ialah Parameswara. Syed Abdul Aziz bertemu dan mengislamkan raja Paramesawara. Tetapi,
terdapat beberapa pendapat juga mengatakan bahawa agama Islam mula berkembang ketika
pemerintahan Parameswara.

Walaupun Parameswara menggunakan gelaran Sultan Iskandar Syah tetapi baginda


tidak memeluk Islam. Putera baginda Sultan Mahkota Iskandar Syah merupakan Sultan Melaka
yang pertama memeluk agama Islam.2 Selepas itu beliau mengajak semua pembesar dan
rakyatnya untuk memeluk Islam.

Akhirnya dengan kepimpinan beliau, agama Islam mula berkembang dengan pesat dan
Melaka menjadi pusat perdagangan dan pusat penyebaran Islam di Nusantara. Ramai ulama-
2
International Law Book Services, Pengajian Malaysia: Sejarah Tanah Melayu (Selangor: Laser Press Sdn. Bhd,
Cetakan Pertama, 2010), 18.

7
ulama Arab terutama dari kalangan Syed bermukim di Melaka untuk berdakwah dan mengajar
agama Islam kepada raja-raja, pembesar dan masyarakat Melaka.

Selain itu, terdapat juga sejarah kedatangan golongan ini di negeri lain contohnya
Kedah. Pada tahun 1547M, seorang ulama yang bernama Syeikh Abd Allah al-Yamani dating
daripada Mekah ke Nusantara dan bertempat di Kedah. Beliau mengislamkan penguasa raja
yang bernama Plra Ong Mahawangsa dan para menteri dan juga rakyat jelata Kedah. Setelah
memeluk Islam, raja tersebut telah menukar namanya kepada Sultan Muzhaffar Syah. Peranan
keturunan Syed ini bukan sahaja sebagai ulama dan mufti tetapi mereka ini mula terlibat dalam
bidang pengurusan dan menceburi dalam bidang politik bersama keluarga diraja Kedah.

Kesimpulannya, kehadiran golongan Syed ini amat disegani dan dihormati masyarakat
tempatan masa dahulu kerana mereka inilah yang dikatakan orang yang pertama menyebarkan
agama Islam di Tanah Melayu ini. Mereka ini juga dihormati kerana mereka jugalah yang
mengajar ilmu pengetahuan Islam kepada masyarakat di tempat mereka berhijrah. Mereka ini
juga mampu mempengaruhi dari segi pemakaian, budaya, bahasa dan tradisi yang berasaskan
daripada nilai-nilai agama Islam tanpa disedari masyarakat.

5.0 BUDAYA BABA DAN NYONYA

8
Tanggapan masyarakat kita tentang kebudayaan amatlah sempit dan dangkal.
Kebudayaan diidentikan mereka dengan kesenian. Alasan pengidentikan itu dapat difahami.
Kesenian merupakan penyataan emosi bangsa. Keperibadian diwarnai oleh emosi itu.
Keperibadian abstrak mengkonkritkan diri dalam ujud kebudayaan. Dengan demikian
kebudayaan itu diwarnai oleh kesenian. Dalam dunia rasa selanjutnya kebudayaan itu
diidentikan dengan kesenian.3

Dalam bahasa Inggeris, kebudayaan itu disebut sebagai “culture”. Etimologi kata ini
menurut Syed Abdul Latif berarti menumbuhkan akal manusia atau perkembangannya dengan
latihan. Dalam makna ini, culture itu adalah nama aktivitas akal, pernyataannya dalam segala
kehidupan. Akal itulah yang merupakan sumber culture. Bagaimana akal, demikian pula
pernyataannya atau culture yang diturunkannya, ditolak atau dibentuknya. Maka dalam
pandangan ini culture itu menjadi sinonim dengan kehidupan itu sendiri.4

Kebanyakan budaya Baba berasal dari Melaka tetapi apabila Pulau Pinang dan Singapura
berkembang dan dimajukan, banyak juga di antara mereka yang berpindah ke negeri-negeri ini,
terutamanya Singapura. Kaum Baba yang wujud pada masa kini bertutur dalam bahasa Baba
iaitu sejenis dialek Melayu yang dapat difahami oleh kebanyakan orang Melayu. Masakan Baba
dan Nyonya banyak diambil dari masakan Melayu. Akibat daripada pengaruh masakan Melayu,
masakan Nyonya dapat dihasilkan. Masakan ini menggunakan rempah masakan Melayu.
Mereka juga mengikuti adat Melayu ketika makan iaitu makan menggunakan tangan.

Pada zaman dahulu, generasi Nyonya memakai pakaian kebaya dan kain sarong.
Pakaian mereka mengikut seperti tradisi Melayu. Walaupun pakaian mereka mengikut tradisi
Melayu, corak batik pada baju kebaya itu masih bermotifkan unsur-unsur Cina. Generasi
Nyonya mempunyai kasut manik yang sangat unik. Kasut ini memerlukan kemahiran dan
kesabaran yang tinggi untuk menghasilkan dari jalinan manik kaca bersegi-segi halus yang
dijahit pada kain terpal. Kasut mereka tidak mengikut tradisi Melayu tetapi mengikut tradisi
Jepun. Pada mulanya kasut ini berasal dari Eropah, tapi lama-kelamaan mengikut tradisi Jepun.

Baba dan Nyonya masih mengamalkan agama-agama tradisional Cina, menyambut


Tahun Baru Cina dan Perayaan Tanglung, sambil mengamalkan adat resam Melayu dan
penjajah barat. Pengaruh Portugis, Belanda, British, Melayu dan Indonesia meninggalkan kesan
dalam budaya Peranakan.

3
Drs. Sidi Gazalha Syed Abd. Latif, Islam dan Perubahaan Sosiobudaya (Lahore: Pustaka Alhusna, 1969), 42
4
Syed Abd. Latif, Islamic Cultural Studies (Lahore: Sh. Muhammad Ashraf Kashimir Bazar, 1969), 2.

9
Saudagar Cina di Melaka zaman silam gemar memperisterikan atau mempergundikkan
wanita Melayu dari Semenanjung Tanah Melayu atau Sumatera. Hasilnya, suku Baba dan
Nyonya memperlihatkan campuran budaya Cina dan Melayu. Lelaki Baba lazimnya mengahwini
wanita dalam masyarakat Peranakan setempat. Ada kalanya, keluarga Peranakan membawa
masuk pengantin dari China atau menghantar anak perempuan ke China untuk mencari suami.
Orang Peranakan biasanya berkahwin dengan pasangan setempat yang sama darjatnya. Lelaki
kaya paling menggemari chin choay atau perkahwinan matrilokal iaitu si suami menyertai
keluarga isteri.

Majlis perkahwinan Peranakan yang banyak mengetengahkan tradisi Cina merupakan


antara perkahwinan tradisi yang paling berwarna-warni di Malaysia. Majlis diserikan dengan
lagu berirama spontan dondang sayang yang dinyanyikan dalam bahasa Melayu dan dimenari
oleh para hadirin di jamuan. Dondang sayang memerlukan kemahiran berjenaka dan bertikam
balas, siapa yang bijak berdondang maka dialah yang meraih gelak ketawa dan tepukan tangan
ramai-ramai. Pelat loghat dan cara berbahasa Baba dan Nyonya serta kepandaian menyerikan
lagi persembahan.

10
6.0 KESAN KEDATANGAN BABA DAN NYONYA TERHADAP SOSIOBUDAYA TANAH
MELAYU

Baba dan Nyonya adalah segolongan kaum Cina yang datang ke Tanah Melayu suatu ketika
dahulu. Mereka ini sebenarnya berasal dari China. Mereka memilih Melaka sebagai destinasi
yang hendak dituju semasa tiba di Tanah Melayu. Masyarakat Baba dan Nyonya pada hari ini
dipengaruhi oleh budaya-budaya Melayu. Pengaruh ini ada ketara dari segi bahasa, pakaian
dan masakan.5

Kesan pengaruh Baba dan Nyonya yang pertama ialah dari segi perkahwinan. Umum
mengetahui bahawa mereka ini sebenarnya berasal dari Cina. Apabila mereka datang ke
Melaka, mereka perlu belajar menerima persekitaran baru yang mana berbeza dengan
persekitaran asal mereka semasa di Cina. Majoriti penduduk di Melaka adalah Melayu. Oleh itu,
sama ada mahu atau pun tidak mahu, mereka tetap perlu bergaul dengan orang Melayu.
Mereka perlu belajar budaya, bahasa, pakaian dan sebagainya daripada orang Melayu. Ini
bermakna, mereka akan mula bergaul dengan orang Melayu. Melalui pergaulan tersebut, maka
wujudlah perkahwinan campur di antara orang Melayu dan orang Cina. Sebagai contoh,
seorang saudagar Cina memperisterikan wanita Melayu dari Tanah Melayu. Kesimpulannya,
wujudlah percampuran antara kaum Cina dan Melayu yang membawa kepada perkahwinan
campur.

Seterusnya adalah dari segi makanan. Kaum Nyonya adalah wanita Cina yang datang
ke Tanah Melayu bersama-sama dengan kaum Baba. Kesan daripada pengaruh Melayu
semasa menetap di Melaka menyebabkan mereka banyak belajar masakan dan makanan
orang Melayu. Mereka mula menggunakan rempah ratus dalam masakan seperti jintan manis,
kulit kayu manis dan banyak lagi. Mereka juga mula belajar masakan-masakan orang Melayu
seperti nasi lemak. Mereka juga mahir menyediakan kuih-muih Melayu seperti dodol, wajik,
bahulu, onde-onde, apam balik, kuih koci di samping membuat cendol, tapai pulut dan minyak
kelapa. Hal ini sudah tentu memberi kebaikan kepada mereka kerana dapat belajar masakan
baru di samping menambahbaik ilmu masakan yang sedia ada. Ini kerana masakan Melayu
sudah tentu berbeza dengan masakan Cina. Oleh itu, pengaruh Melayu dalam masakan
memberikan banyak kebaikan kepada kaum Baba dan Nyonya. Kaum Baba dan Nyonya
mempunyai budaya mereka yang tersendiri. Begitu juga dengan kaum Melayu. Apabila mereka
datang ke Melaka, mereka belajar budaya-budaya yang baru yang sudah tentu berbeza dengan
5
Lim Chooi Kwa & Chia Oai Peng, Adat Resam Masyarakat Cina (Kuala Lumpur: Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional, Cetakan Pertama, 2004), 1

11
budaya asal mereka. Sebagai contoh, budaya makan menggunakan tangan yang sudah lama
diamalkan sejak zaman nenek moyang kaum Melayu suatu ketika dahulu. Budaya ini sudah
tentu berbeza dengan mereka kerana kaum Cina biasanya makan menggunakan chopstik.
Lama-kelamaan, mereka mula makan menggunakan tangan seperti orang-orang Melayu dan
ianya sudah menjadi kebiasaan buat mereka. Walaupun mereka banyak belajar budaya baru,
budaya asal mereka juga masih tidak lupakan sehingga ke generasi hari ini. Misalnya budaya
menyambut perayaan Tahun Baru Cina. Perayaan tersebut sangat penting bagi kaum Cina. 6
Walaupun di mana mereka berada, mereka tetap akan menyambutnya. Kesimpulannya, kaum
Baba dan Nyonya boleh menerima budaya kaum Melayu dengan hati yang terbuka walaupun
ianya berbezadengan budaya asal mereka.

Selain itu, faktor pakaian juga mendatangkan impak kepada kaum Baba dan Nyonya
sehingga kini. Dari segi pakaian, masyarakat Baba dan Nyonya mempunyai pengaruh daripada
cara berpakaian masyarakat Melayu. Kebanyakan generasi Nyonya (kaum wanita) yang
terdahulu masih memakai pakaian kebaya dan kain sarong seperti yang dipakai oleh kaum
perempuan masyarakat Melayu. Pakaian kebaya dan sarong ini merupakan pakaian tradisional
nenek moyang mereka yang diwarisi dari satu generasi ke satu generasi dan ianya masih
digunakan sehingga hari ini. Pakaian kebaya dan sarong ini dipakai mengikut cara berpakaian
masyarakat Melayu. Antara warna yang sering menjadi pilihan kaum Nyonya adalah warna-
warna yang terang dan corak bunga-bunga kecil seperti warna merah dan putih. Selain itu,
kaum Baba (lelaki) juga turut mengenakan baju Melayu seperti yang dipakai oleh kaum lelaki
Melayu. Walaupun dunia kini dibawa arus pemodenan, masyarakat Baba dan Nyonya masih
tetap mengenakan pakaian kebaya dan kain sarong serta baju Melayu dalam kehidupan
seharian seperti orang Melayu.

Kesan pengaruh Baba dan Nyonya yang terakhir adalah dari segi bahasa. Kaum Baba
dan Nyonya pada asalnya menggunakan bahasa Hokkien iaitu bahasa Cina dalam kehidupan
seharian mereka. Tetapi apabila mereka tiba di Melaka, sudah tentu masyarakat Melayu tidak
memahami bahasa tersebut. Hal ini menyebabkan kaum Baba dan Nyonya perlu mempelajari
bahasa Melayu sekiranya mereka mahu berkomunikasi dengan masyarakat tempatan di
Melaka. Maka, mereka mula belajar bahasa Melayu daripada orang tempatan. Lama-kelamaan,
mereka mula fasih menggunakan dialek Melayu dalam percakapan. Dialek Melayu yang
mereka gunakan adalah bahasa baku dan bukannya bahasa pasar. Kaum Baba dan Nyonya
6
Lim Chooi Kwa & Chia Oai Peng, Adat Resam Masyarakat Cina (Kuala Lumpur: Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional, Cetakan Pertama, 2004), 14

12
juga adalah satu-satunya kaum Cina yang fasih berbahasa Melayu berbanding dengan kaum
Cina yang lain yang ada di negara kita pada hari ini. Sungguh pun begitu, bahasa Hokkien
masih tetap digunakan dan tidak dilupakan oleh mereka sehingga hari ini. Hal ini membuktikan
bahawa walapun bahasa Melayu berbeza dengan bahasa Hokkien, ianya tidak menjadi
masalah buat kaum Baba dan Nyonya untuk mempelajarinya.

Kesimpulannya, pengaruh Baba dan Nyonya sememangnya memberikan kesan positif kepada
masyarakat sehingga ke hari ini. Banyak kesan yang kita peroleh melalui pengaruh mereka ini.
Hal ini bukan sahaja mendatangkan faedah kepada kaum mereka sendiri, malahan ianya turut
mendatangkan faedah kepada kaum Melayu dan kaum Cina yang lain. Hal ini membuktikan
bahawa walaupun mereka bukanlah orang Melayu, ianya tidak menjadi penghalang buat
mereka untuk menerima sesuatu yang baru.

6.1 KESAN KEDATANGAN SYED DAN SYARIFAH (ORANG ARAB) TERHADAP


SOSIOBUDAYA TANAH MELAYU

Kedatangan Syed dan Sharifah memberi banyak kesan kepada sosiobudaya Tanah
Melayu. Sosiobudaya bermaksud amalan gaya hidup dan peradaban bagi sesebuah
masyarakat. Gelaran yang digunakan oleh Orang Arab ini berkait rapat dengan kedatangannya
ke Tanah Melayu kerana penggunaan gelaran ini telah mula digunakan dalam kalangan
masyarakat Melayu sejak dahulu lagi. Pada mulanya, tujuan masyarakat Arab datang ke Tanah
Melayu untuk menjalankan kegiatan perdagangan. Selain menjual barangan mereka, mereka
turut membeli barangan di Tanah Melayu seperti bijih timah, bunga cengkih, rempah ratus dan
sebagainya. Selain berdagang, mereka juga menjalankan tanggungjawab mereka untuk
menyampaikan dakwah Islam kepada penduduk Tanah Melayu. Kedatangan Orang Arab ke
Tanah Melayu adalah sejajar dengan kemasukan Islam di Tanah Melayu khususnya Melaka
pada ketika itu.

Pengislaman Putera baginda Sultan Mahkota Iskandar Syah merupakan Sultan Melaka
yang pertama memeluk Islam. Baginda menjadi Sultan Melaka pada tahun 1414 dan berkahwin
dengan puteri dari Pasai yang beragama Islam. Pembesar-pembesar dan rakyat Melaka turut
menganut agama Islam mengikut langkah Raja mereka.7 Hal ini kerana semangat kesetiaan
mereka terhadap pemerintah sangat kuat. Agama Islam terus berkembang pesat di Melaka dan

7
International Law Book Services, Pengajian Malaysia: Sejarah Tanah Melayu. (Selangor: Laser Press Sdn. Bhd,
Cetakan Pertama, 2010), 18.

13
seluruh Semenanjung Tanah Melayu sehingga Melaka terkenal sebagai pusat penyebaran dan
pengajian Islam di Kepulauan Melayu. Islam semakin diterima oleh masyarakat Tanah Melayu
sehinggakan negeri Pahang turut menjadikan Islam sebagai agama rasmi negeri tersebut. Ini
juga merupakan kesan kemasukan masyarakat Arab (Syed dan Sharifah) ke Tanah Melayu.

Keturunan Ahlul Bait memainkan peranan yang besar dalam menyebarkan dakwah
Islam di Tanah Melayu suatu ketika dahulu. Ahlul Bait adalah ahli keluarga Rasulullah SAW
yang terdiri daripada kalangan baginda dan isteri-isteri, anak-anak keturunan Baginda sehinnga
sekarang.

Panggilan Ahlul Bait lebih dikenali di Tanah Melayu dengan gelaran nama diawalnya
dengan tambahan Syed dan Sharifah. Pedagang-pedagang berketurunan Syed ini memberi
sumbangan yang besar dalam penyebaran Islam di Tanah Melayu.

Kedatangan mereka ke Tanah Melayu telah memberi banyak kesan terhadap


sosiobudaya Tanah Melayu meliputi dari segi pelbagai bidang seperti perlembagaan,
pendidikan, ekonomi, sistem bahasa dan tulisan, adat dan cara hidup. Sultan Alauddin Riayat
Syah (1477-1488) memerintah Kerajaan Melaka berpandukan kepada cara pemerintahan
Khalifah Islam iaitu Saidina Umar Al-Khattab.8 Raja di setiap negeri di Tanah Melayu menjadi
ketua agama Islam dan menggunakan gelaran Sultan. Sebelum kedatangan Islam, rakyat
menganggap Raja adalah dewa yang memiliki kuasa ghaib dan wajib disembah sebagai tuhan.
Dengan kehadiran Islam di Tanah Melayu, konsep dewa telah ditukar kepada konsep tauhid
yang berlandaskan syariat iaitu menyembah Allah Yang Maha Esa. Dari segi undang-undang,
Hukum Kanun Melaka, Undang Laut Melaka, Kanun Pahang, Kanun Kota Setar, Perlembagaan
Negeri Terengganu dan Perlembagaan Negeri Johor dirangka berdasarkan hukum-hukum
Islam.

Seterusnya, dari segi pendidikan pula, aktiviti penyebaran ilmu agama Islam banyak
dilakukan di istana dan disebarkan oleh pedagang-pedagang Arab. Ilmu agama Islam yang
mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat tempatan membolehkan institusi
pendidikan Islam seperti madrasah dan pondok dapat ditubuhkan. Selain itu, Bahasa Arab dan
tulisan jawi yang banyak digunakan oleh masyarakat tempatan ketika berdagang dan menuntut
ilmu menunjukkan kedatangan Orang Arab atau lebih spesifik orang yang berketurunan Syed
dan Sharifah ini ke Tanah Melayu memberi kesan yang mendalam kepada corak kehidupan
masyarakat Tanah Melayu.
8
International Law Book Services, Pengajian Malaysia: Sejarah Tanah Melayu (Selangor: Laser Press Sdn. Bhd,
Cetakan Pertama, 2010), 19.

14
Dari segi bidang ekonomi, penubuhan institusi kebajikan untuk orang Islam seperti
baitulmal dan kewajipan mengeluarkan zakat daripada harta yang diperolehi oleh seseorang
dipratikkan dalam kalangan orang Islam di Tanah Melayu. Amalan riba dan penipuan dalam
timbangan berat barangan ketika jual beli tidak dipratikkan lagi oleh masyarakat Tanah Melayu
selepas kedatangan Orang Arab yang mengajar sifat islam iaitu jujur dan amanah dalam
menjual dan membeli barangan. Hal ini kerana, Islam melarang umatnya melakukan aktiviti
yang melibatkan unsur riba.

Firman Allah SWT maksudnya:

Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya
orang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu
adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat) sesungguhnya jual beli itu sama dengan riba,
padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang–orang yang telah
sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba), maka
baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datangnya larangan); dan urusannya
terserah kepada Allah. Orang yang kembali (mengambil riba), maka orang itu adalah
penghuni-penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.9

Seterusnya, Islam telah membawa perubahan yang besar dalam kehidupan masyarakat
Tanah Melayu dari segi adat dan cara hidup. Sebelum kedatangan Islam, Orang Melayu lebih
mengamalkan cara dan adat agama Hindu. Islam telah mengubah cara hidup orang Melayu
dalam segala aspek kehidupan. Sesetengah masyarakat Melayu menganggap adat nenek
moyang mereka sebagai undang-undang hidup. Apabila masyarakat melayu mula memeluk
Islam, adat nenek moyang yang dipratikkan dahulu diubahsuai supaya tidak bercanggah
dengan ajaran Islam. Sebagai contoh, kelahiran bayi disambut dengan persiapan tujuh lapis
kain kuning, hiasan katil berwana kuning dan pulut kuning ditukar mengikut cara Islam iaitu
dengan menyambut bayi tersebut dengan azan dan iqamat serta membuat majlis aqiqah pada
hari ke-7 selepas kelahiran bayi tersebut.

Islam sangat mementingkan akhlak dan adab terhadap keluarga, jiran tetangga, guru,
manusia dan haiwan serta adab menuntut ilmu. Islam telah mengatur hidup umatnya agar
kehidupan umatnya dalam keadaan aman dan harmoni.

9
Mahayuddin Haji Yahaya, Islam Dan Pembangunan Negara (Bangi, Universiti Kebangsaan Malaysia, Cetakan
Pertama 1986), 127. Lihat: Al-Quran, Surah Al-Baqarah, 2:275.

15
Secara konklusinya, kedatangan keturunan Syed dan Syarifah (Orang Arab) ke Tanah
Melayu telah memberi kesan yang positif dalam kehidupan masyarakat Tanah Melayu.
Masyarakat Melayu juga telah berubah daripada masyarakat yang buta ilmu kepada
masyarakat yang cinta dan menghargai ilmu. Amalan yang berunsurkan tahyul dan khurafat
telah ditinggalkan oleh masyarakat Tanah Melayu dan mereka mempratikkan amalan Islam
dalam kehidupan seharian mereka.

16
7.0 PENUTUP

Konklusinya, keturunan Sayyid dan Syarifah serta Baba dan Nyonya telah dapat
menyesuaikan diri dengan masyarakat Melayu dan masyarakat Malaysia amnya terdiri daripada
pelbagai etnik. Hubungan social yang terjalin antara golongan-golongan ini dan masyarakat
Melayu khasnya melalui ikatan perkahwinan dengan wanita tempatan telah mengeratkan lagi
hubungan sosial ini. Lama kelamaan mereka telah menjadi sebahagian daripada masyarakat
Melayu dan dianggap sebagai orang Melayu. Walau bagaimanapun, ada dalam kalangan
mereka yang masih mengekalkan tradisi dan cara eksklusif hidup orang Arab dan Baba Nyonya
khususnya dalam hal perkahwinan dan aktiviti agama seperti majlis haul dan bacaan ratib bagi
golongan Arab, bagi Baba Nyonya sendiri, mereka menjalankan aktviti-aktiviti keagamaan
mereka yang majoritinya adalah Kristian. Dalam konteks ini, Malaysia telah melahirkan satu
komuniti masyarakat majmuk yang dapat hidup dengan aman damai serta mampu menerima
keunikan budaya masing-masing di bawah satu pentadbiran yang tetap iaitu pentadbiran
berlandaskan Islam. Pemupukan rasa saling faham-memahami aspirasi dan pandang dunia
budaya dalam konteks intra kaum dan juga inter kaum perlu diberi fokus utama.

17
8.0 RUJUKAN

1. Mahayuddin Haji Yahaya (1986). Islam Dan Pembangunan Negara. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.
2. International Law Book Services (2010). Pengajian Malaysia: Sejarah Tanah Melayu.
Petaling Jaya, Selangor: Persatuan Penerbit Buku Malaysia.
3. Drs. Sidi Gazalha Syed Abd. Latif. (1969). Islam dan Perubahaan Sosiobudaya. Lahore:
Pustaka Alhusna.
4. Lim Chooi Kwa & Chia Oai Peng. (2004). Adat Resam Masyarakat Cina. Kuala Lumpur:
Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.
5. Syed Abd. Latif. (1969). Islamic Cultural Studies. Lahore: Sh. Muhammad Ashraf
Kashimir Bazar.

18

You might also like