You are on page 1of 3

TUGASAN INDIVIDU:

(ESEI: ULASAN FILEM MAT


KILAU)

UPU3312

NAMA SITI KHATIJAH BINTI ABDULLAH


NO MATRIK D20221102639
KUMPULAN AE
KURSUS PENGAJIAN KENEGARAAN
NAMA PENSYARAH DR. FAIZAH HANIM BINTI
ZAINUDDIN
MAT KILAU PAHLAWAN BANGSA

Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ialah sebuah filem biografi epik sejarah tempatan
Malaysia pada tahun 2022 arahan oleh Syamsul Yusof dan dibintangi oleh Adi Putra sebagai
watak utama di dalam filem ini iaitu Mat Kilau. Secara ringkasnya, filem yang berdurasi
selama satu jam 57 minit ini diadaptasikan daripada kisah sebenar perjuangan Mat Kilau dan
ayahnya, Tok Gajah beserta sahabat-sahabatnya dalam menentang penjajahan British suatu
ketika dahulu demi mempertahankan bumi Pahang.

Melalui filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof ini, terdapat
beberapa nilai utama yang boleh dilihat dan dipelajari serta diambil iktibar oleh penonton.
Antaranya ialah nilai semangat juang yang tinggi. Ini dapat dilihat apabila Mat Kilau serta
sahabat-sahabat nya yang lain berusaha untuk menentang British demi bangsa Melayu dan
agama Islam walaupun mereka tidak mempunyai senjata yang canggih seperti tentera British.
Namun, berkat tekad dan doa, mereka mampu mengalahkan tentera British di beberapa babak
yang dipertontonkan dalam filem ini.

Selain itu, nilai lain yang turut digarap dalam filem ini ialah nilai persahabatan.
Nilai persahabatan ini dapat dilihat apabila Mat Kilau dan sahabatnya yang lain masih
mempercayai Awang walaupun pada awalnya Awang kelihatan seperti mengkhianati orang
Melayu, namun sebenarnya Awang mempunyai strategi yang cerdik demi perjuangan dan
keselamatan mereka. Selain itu, watak Awang yang pada mulanya kelihatan agak negatif
kerana mementingkan diri sendiri, akhirnya meminta maaf kepada sahabatnya Wahid setelah
kejadian pihak British membunuh isteri Wahid yang sedang sarat mengandung akibat
tindakan terburu-buru Awang merampas senjata tentera British.

Di samping itu, nilai lain yang dapat diambil pengajaran daripada filem Mat Kilau ini
ialah nilai ketaatan kepada agama. Perkara ini dikatakan sedemikian kerana Mat Kilau
suka menimba ilmu agama sehinggakan beliau dikatakan pandai mengaji Al-Quran, berzanji
dan sebagainya. Dalam filem ini, dapat dilihat bahawa Mat Kilau sering mengingatkan
sahabat-sahabatnya bahawa kekuatan bukanlah terletak kepada sesuatu senjata, melainkan
ketaatan dan kepatuhan kepada Yang Maha Esa.

Sebagai kesimpulannya, filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ini menunjukkan


banyak nilai murni dan pengajaran yang seharusnya diambil iktibar oleh masyarakat
Malaysia untuk membuka mata rakyat bahawa negara kita perlu dipertahankan dan perlu
dijaga demi keamanan bersama.

(343 PATAH PERKATAAN)

You might also like