You are on page 1of 2

Mat Kilau (Jawi: ‫ ;مت كيالو‬lahir Mat Kilau bin Imam Rasu sebelum menukar namanya

kepada Mohamed bin Ibrahim dengan nama gelaran Mat Siam, Jawi: ‫ ;مت سيام‬1865 - 16 Ogos
1970, merupakan seorang pahlawan Melayu yang berjuang menentang
penjajah British di Pahang. Ibu beliau ialah Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut Burau. Mat
Kilau dipercayai lahir dalam kira-kira tahun 1865 di Kampung Masjid, Pulau
Tawar, Jerantut, Pahang.[2]
Kehidupan
Mat Kilau bin Imam Rasu dilahirkan pada tahun 1865 di Kampong Pulau Tawar,
Kelahirannya jatuh ketika zaman pemerintahan Raja Bendahara Pahang ketika itu iaitu Tun
Ahmad. Bapanya ialah Imam Rasu bin Shahrum atau lebih dikenali dengan nama Tok
Gajah manakala ibunya pula ialah Mahda binti Tok Kaut Burau. Mat Kilau dikatakan mahir
mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar berdikir rebana yang dikenali sebagai
"Dikir Pahang". Hobi Mat Kilau adalah bermain gasing dan berlaga buah keras.[3]
Pada usia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang bernama
Yang Chik binti Imam Daud yang berasal dari Kampung Kedondong.[3] Imam Daud ialah
seorang guru agama di daerah Pulau Tawar, Jerantut, Pahang dan juga merupakan guru
mengaji kepada Mat Kilau dan rakan-rakanya.[perlu rujukan] Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah
dikurniakan tiga orang anak.[3] Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan
menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya
yang lain, bahkan beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris
dan parang. Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah.
Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Montok (Hj. Uthman bin
Senik) yang merupakan mufti Pahang ketika itu.[perlu rujukan]
Mat Kilau juga dikatakan pergi bertapa di Gua Kota Gelanggi yang terletak tidak jauh dari
Pulau Tawar untuk mendalami ilmu yang dituntutnya. Gua tersebut masih ada hingga kini.
Menurut beberapa pendapat orang-orang lama, gua ini boleh menghubungkan Pahang,
Terengganu dan Kelantan.[perlu rujukan]
Sejarah perjuangan

Mat Kilau ketika menceritakan sejarah perjuangan beliau setelah muncul


dari persembunyiannya dan pulang ke Kampung Pulau Tawar, Jerantut
Pada bulan Oktober 1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang
ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Ini menunjukkan Clifford mempercayai
idea-idea Mat Kilau.[penjelasan lebih lanjut diperlukan] Beliau dikatakan suka bergaul dengan setiap
lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang luas pandangan dan
mendapat kepercayaan penuh dari masyarakat. Mat Kilau dikatakan sebagai seorang yang
jujur dan tegas, justeru itu dia sangat disegani dan amat dikasihi oleh pengikut-pengikutnya.
Antara pengikut Mat Kilau yang diketahui namanya ialah Pawang Nong, Teh Ibrahim, Mat
Kelubi, Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir.[4]
Buruan British dan persembunyian
Khabar yang menyatakan Mat Kilau maut tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang
diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua
Pendehaka", iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tangan pemerintahan Siam pada bulan
Oktober 1895. The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila
hendak ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya akibat cantasan
pedang. Luka-luka itu sangat parah dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota
Bharu disebabkan kehilangan banyak darah".[5] Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau
oleh akhbar The Free Press keluaran 22 Oktober 1895, maka pada pendapat umum,
tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.[6] Akan tetapi, apa yang sebenarnya berlaku tiada
diketahui kecuali beberapa orang sahabatnya seperti Mustafa bin Awang Mat (Jusoh
Rimau), Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat Kelantan dan beberapa orang
lain. Sebaliknya, disebabkan Mat Kilau dicop sebagai penderhaka oleh Inggeris, Mat Kilau
terpaksa mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke tempat lain dan akhirnya
bermastautin di Batu 5, Jalan Kuantan-Gambang. Semenjak 1930, Mat Kilau juga menukar
namanya beberapa kali, dengan nama akhirnya ialah Mat Siam.[7]

You might also like