You are on page 1of 47

Sejarah Mat Kilau anak Imam Rasu anak Tok Shahrom Rao, Temau, Raub,

Pahang
PAHLAWAN terbilang Melayu, Mat Kilau tidak hanya berjuang menentang penjajah di
negeri kelahirannya, Pahang malah turut sama menyemarakkan semangat perjuangan bagi
menebus maruah bangsa dan agama di negeri jiran iaitu Terengganu dan Kelantan.

Anak kelahiran Kampung Masjid Pulau Tawar, Jerantut itu adalah anak kepada orang besar
Pahang, Imam Rasu yang turut dikenali sebagai Tok Gajah . Sekitar 1890-an, berlaku
pemberontakan rakyat di Pahang yang marah dengan tindakan British mengambil alih tugas
memungut cukai dan hasil daripada pembesar negeri yang dilantik. Antara yang menerima
akibat daripada campur tangan pentadbiran British di Pahang adalah pembesar negeri iaitu
Tok Gajah dan Dato' Bahaman .

Kesan daripada itu, bermula siri pemberontakan di kalangan pembesar negeri hingga
mengakibatkan mereka diburu British kerana menentang penjajah. Rentetan daripada
peristiwa itu, British mengisytiharkan perang terhadap beberapa pembesar Pahang dan
mengarahkan mereka ditangkap serta dihukum.

Bagaimanapun, Mat Kilau dan beberapa pembesar lain berjaya melarikan diri dan
menyebarkan semangat perjuangan menentang penjajahan di negeri jiran iaitu Kelantan dan
Terengganu. Perjuangan Mat Kilau mendapat sokongan padu daripada dua tokoh ternama
kedua-dua negeri iaitu ulama terkenal Terengganu, Tok ku Paloh dan Abdul Rahman
Limbong serta Tok Janggut di Kelantan (Foto Tok Janggut)

Melalui kerjasama dan sokongan padu yang diberikan, Mat Kilau yang agak mahir dengan
ilmu hutan menyusup masuk ke Terengganu dan Kelantan melalui beberapa laluan khusus
yang hingga ke hari ini laluannya masih tetap digunakan khususnya pencari gaharu.
Dipercayai, terdapat tiga laluan yang digunakan Mat Kilau untuk ke Terengganu dan
Kelantan bagi mendapatkan sokongan penduduk di kedua-dua negeri itu.
KEMUNCULAN MAT KILAU

• Alkisah, maka pada tanggal 27 hb. Disember 1969, Mat Din telah dibawa oleh anak-anak
cucunya ke Masjid Kampung Pulau Tawardan pada hari Jumaat itu juga, orang ramai
sungguh terkejut apabila mengetahui orang tua yang bernama Mat Din itu adalah Mat Kilau
bekas Pahlawan Melayu Pahang yang cukup terkenal menentang penjajahan Inggeris dulu.
• Susulan daripada itu, atas perkenan Sultan Pahang sebuahJawatankuas Penyiasat telah
ditubuhkan yang diketuai oleh Dato' Abdul Aziz Ahmad telah menjalankan tugas untuk
menyiasat perkara tersebut iaiutu pada 6 hb. Ogos 1970. Hasil siasatan yang dibuat , maka
Menteri Besar Pahang ketika itu, Tan Sri Haji Yahya Mohd Sethtelah mengisytiharkan
kesahihan Mat Din adalah sebenarnya Mat Kilau , yang pada ketika itu telah berusia 123
tahun.
• Beliau dilahirkan di Kg.Kendondong Pulau Tawar, pada usia 12 tahunbeliau telah dihantar
oleh bapanya Imam Rasu ke Trengganu untuk belajar sekolah pondok. Sesudah tamat
belajar, Mat Kilau kembali ke Pulau Tawar dan Sultan Pahang berkenan menganugerahi
daerah Buduuntuk ditadbir oleh beliau..
• Apabila Dato' Bahaman menentang penjajahan Inggeris pada tahun1891, Mat Kilau telah
membantu dan menyebelahinya. Beberapa tahun kemudian Mat Kilau terpaksa
meninggalkan Pahang kerana serangan bertubi-tubi dari pihak Inggeris dan tali barut
mereka yang telah mengkhianati pahlawan-pahlawan Melayu Pahang .

LATAR BELAKANG MAT KILAU

• Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau
• Ibu Mat Kilau adalah Teh Mahda iaitu anak kepada Tok Kaut, Burau.
• Mat Kilau dilahirkan sekitar tahun 1865/1866 di Kg. Kendondong, Pulau Tawar, Jerantut
Pahang.
• Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di kampung.

ZAMAN KANAK-KANAK

• Mat Kilau diserah mengaji Quran dengan beberapa kanak-kanak lain.Mat Kilau mengaji
dengan tekun hinggakan dia pandai membaca Quran dengan berbagai lagu.
• Apabila tamat Quran Mat Kilau belajar berzanji dan diikuti denganberdikir Maulud.Setelah
pandai berzanji dan berdikir Maulud,barulah Mat Kilau belajar berdikir rebana yang lebih
terkenal sebagai 'Dikir Pahang'.
• Oleh kerana suaranya merdu,maka jadilah Mat Kilau sebagai seorangpendikir yang
terkenal di Pulau Tawar.

HOBI MAT KILAU

• Semasa kecil Mat Kilau suka bermain gasing.Oleh itu kerana mat Kilau pandai main
gasing,maka dialah yang dijadikan jurumudi,iaitu orang yang memangkah terakhir.Apabila
ada perlawanan main gasing seperti melawan pasukan Pedah di sebelah Hulu Atau Burau
di sebelah Hilir, Mat Kilau dijadikan Ketua pasukan Kampung Masjid.
• Setelah remaja,Mat Kilau mengambil bahagian di dalam permainan orang-orang dewasa
iaitu berlaga buah keras.Disebabkan dia seorang pemuda yang kuat kudrat,maka Mat Kilau
dijadikan orang tukang hencang.
• Mengikut apa yang diketahui Mat Kilau tidak pernah menghencang tidak pecah. Dia jadi
lebih terkenal sebagai penghencang buah keras apabila Sultan Ahmad (Sultan Pahang
ketika itu ) sampai dan bersemayam di Pulau Tawar .
• Mat Kilau juga gemar pergi berburu. Apabila 'peran tua' (ketua berburu) tidak berburu.Mat
Kilau dijadikan peran.Akhirnya Mat kilau dijadikan Tok Peran.
• Sebagai pemburu Mat Kilau telah memperolehi banyak pengetahuan bersangkut paut
dengan hutan.

PERKAHWINAN MAT KILAU

• Apabila berusia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang
bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong, Pulau Tawar.
• Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak.

ILMU YANG DIPELAJARI

• Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan.
• Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain,bahkan beliau
lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.
• Tentang ilmu batin pula Mat Kilau banyak menuntut ilmu kepahlawanan hinggakan boleh
menghilangkan diri.
• Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah.
• Ilmu kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osmanyang dikenali juga
sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.

SIKAP PERIBADI MAT KILAU

• Mat Kilau mempunyai sifat-sifat pemimpin,maka beliau telah menjadi seorang pemuda
yang sangat disegani dan dihormati.
• Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang.Pada bula Oktober 1888 semasa Tok
Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford (Residen British di Pahang) telah datang ke Pulau
Tawar dan berunding dengan anak Tok Gajah iaitu Mat Kilau itu sendiri. Ini menunjukkan
Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau.
• Mat Kilau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari
masyarakat terutamanya bagi penduduk setempat.
• Mat Kilau juga merupakan seorang yang amat disegani.Ini bukan kerana dia adalah
seorang anak orang yang berpangkat tetapi keranakejujurannya.
• Mat Kilau adalah seorang yang tegas mak dia bukan sahaja disegani bahkan amat dikasihi
oleh pengikut-pengikutnya.Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah
Awang Nong,Teh Ibrahim,Mat Kelubi,Mat Ali (khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir.Mereka
ini sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.

KEMATIAN MISTERI MAT KILAU


• Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang
diterbitkan di Singapura.
• The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua Pendehaka,iaitu Dato'
Bahaman telah jatuh ke tanang pemerintahan Siam pada bulan Oktober,1895".
• The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak
ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya.Luka-lika itu sangat parah
dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak
darah".
• Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22
Oktober,1895,maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa
yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa oarang sahabatnya seperti
Mustafa bin Awang Mat (Jusoh Rimau) ,Pendekar Tok Demali, Raja Ibrahim (Pak Him), Mat
Kelantan dan beberapa orang lain.

KEMUNCULAN MAT KILAU

• Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat
Kilau mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya
bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang.
• Semejak 1930 Mat Kilau juga terpaksa menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya
dia memakai nama Mat Siam.
• Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu
memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin
Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.
• Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju
mengumumkan dirinya di kampung kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat
Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung asalnya iaitu Kampung Masjid, Pulau Tawar.
• Pada hari Jumaat 26 Disember 1969,Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid
untuk bersembahyang Jumaat.
• Selepas sembahyang, Mat Kilau telah membaca Quran dan kemudiannya mengistiharkan
dirinya sebagai Mat Kilau.
• Pengistiharan ini telah mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang
menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat. Jawatan Kuasa itu dibentuk pada 8
Januari 1970.
• Beberapa orang telah ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat
Kilau.Setelah disahkan maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis 6 hb.Ogos 1970 Mat Siam
diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang.
• Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat,Mat Kialu
meninggal dunia kerana keuzuran.
• Usianya ketika itu dipercayai berusia 123 tahun.Beliau tidak sempat menceritakan kisah-
kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut.
MASJID KAMPUNG PULAU TAWAR

Di sini Mat Kilau mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau pada


tahun 1969

• Masjid inilah yang telah merakamkan detik sejarah penuh suka dan duka masih wujud
hingga ke hari ini di Kampung Masjid, Pulau Tawar. Usianya hampir 200 tahun. Terletak
kira-kira 30 minit dari bandar Jerantut. Suasana kehidupan tradisional masyarakat Melayu
yang bermastautin di pesisiran Sungai Pahang masih tebal. Malah degup sejarah serta
nostalgia abad ke-18 dan 19 seolah-olah baru sahaja berlalu. Masjid lama itu terletak
berdekatan tebing Sungai Pahang yang jernih airnya.
• Kewujudan masjid lama di situ berkaitan sejarah kepahlawanan MelayuTok Gajah, Mat
Kilau dan pengikutnya kerana di situlah tercetusnya kebangkitan semangat nasionalisme
menentang penjajah Inggeris di Pahang.
• Namun begitu masjid lama itu lebih sinonim berperanan sebagai pusat pengembangan
ilmu serta syiar Islam bermula dari kurun ke-18 hingga awal tahun 1970-an. Perkembangan
institusi pengajian pondok di Pulau Tawar berhubung rapat dengan masjid lama itu.
• Di situlah markas tempat berkumpulnya tokoh ulama terkenal yang berasal dari Sumatera
seperti Allahyarham-Allahyarham Imam Malim, Imam Ahmad, Imam Haji Abd Rahim, Imam
Daud dan Imam Yahya. Masjid lama itu berperanan menyebarkan dakwah Islamiah.
• Malahan banyak pelajar dari seluruh Jerantut, Kelantan dan Terengganu datang belajar di
situ pada kurun ke-18. Menurut keterangan orang-orang tua Cucu , tapak asal pembinaan
masjid lama itu dilakukan olehImam Perang Rasu (Tok Gajah), Mat Kilau serta orang-orang
Melayu Pulau Tawar pada awal tahun 1880-an.
• Masjid lama itu kemudiannya dibangunkan dengan wajah baru pada tahun 1923 tetap
mengekalkan perspektif seni bina tradisional yang menggunakan kayu dan pelupuh dari
hutan tempatan.
• Dalam buku Sejarah Pahang ada menceritakan pembesar British, Hugh Clifford, pernah
mendarat di tebing berdekatan masjid itu untuk mengadakan perundingan dengan Mat Kilau
dan Tok Gajah serta penduduk Pulau Tawar supaya jangan mencampuri urusan
pentadbiran Inggeris di Pahang.
• Setelah mengalami kerosakan teruk diancam banjir besar tahun berikutnya, masjid lama
itu mengalami sekali lagi perubahan dengan binaan simen di bahagian bawah serta
lantainya supaya kelihatan lebih teguh. Walaupun berhadapan dengan arus putaran masa,
kubah dan mimbar masjid berkenaan masih lagi dalam bentuk binaan asal iaitu mempunyai
ciri-ciri pengaruh seni bina Minangkabau.
• Yang lebih unik, sehingga ke hari ini, sebatang tongkat yang dibuat daripada kayu teras
berusia hampir sama dengan pembinaan masjid asal masih tersimpan rapi dan digunakan
oleh khatib sewaktu membaca khutbah. Sebuah beduk kayu yang juga berusia hampir dua
abad hilang dari masjid berkenaan dipercayai dicuri oleh mereka yang tidak
bertanggungjawab beberapa tahun lepas.
• Di masjid lama Pulau Tawar itulah berlaku sejarah pengistiharan diri Pahlawan Melayu
Pahang Mat Kilau pada 26 Disember 1969setelah menghilangkan diri buat sekian lama.
Sebelum mengisytiharkan dirinya pada hari Jumaat, Mat Kilau pernah beberapa kali singgah
di masjid itu menyamar sebagai peniaga dan orang luar.
• Sehingga pertengahan tahun 1995 tinggallah masjid lama tersebut digigit sepi malah
diselimuti dengan semak samun setelah penduduk di situ menggunakan masjid baru.
Namun masjid lama itu sering didatangi oleh ahli sejarawan tempatan, siswa universiti,
pelajar sekolah serta orang perseorangan untuk merakamkan sejarah dan melihat seni bina
di luar dan dalamnya.

JEJAK MAT KILAU

Laluan pahlawan Melayu kini destinasi unik buat pencinta keindahan flora dan fauna

JEJAK Mat Kilau, laluan yang digunakan pahlawan Melayu terbilang, Mat Kilau ketika
menentang penjajah kini dijadikan laluan untuk peminat aktiviti lasak dan pencinta alam bagi
melihat keindahan flora dan fauna sepanjang jejak yang ditinggalkan.

Dipercayai ada tiga laluan utama digunakan Mat Kilau yang setiap satu menghubungkan
Pahang dengan Terengganu, Kelantan dan Perak bagi mendapat dan meraih sokongan
penduduk di kawasan berkenaan untuk menentang penjajah Inggeris.

Bagaimanapun, daripada tiga laluan itu hanya dua laluan sering digunakan pencinta alam
dan penggemar aktiviti sukan lasak ketika ini iaitu laluan Pahang ke Perak dan laluan
Pahang ke Terengganu.

Mat Kilau bersama-sama tokoh pejuang seperti Datuk Bahaman, Tok Janggut dan Tok
Gajah yang juga ayahnya memiliki kelebihan menguasai ilmu hutan dan ia menjadi kekuatan
mereka untuk mengelak daripada ditangkap pemerintah British.

Di Terengganu, Mat Kilau turut meninggalkan kubu yang digunakan menentang penjajah
yang diketuai Residen Inggeris, Hugh Clifford di Padang Jerangau Jerangau, Kampung
Pasir Raja, Dungun.

Laluan antara Pahang dan Terengganu agak berbukit bukau serta laluan sungai yang perlu
diharungi hampir 60 peratus daripada keseluruhan perjalanan melalui laluan itu. Antaranya,
mengharungi Bukit Lata ****** dan Bukit Gelugor ke puncak Gunung Main Angin (1,460
meter) yang agak memenatkan sebelum menyusur turun dan melalui semula laluan sungai
untuk ke Kampung Bantalmenggunakan rakit.
Laluan ketiga membabitkan laluan dari Ulu Tembeling di Pahang ke Hulu Terengganu (kini
sebahagiannya sudah menjadi Tasik Kenyir) dan ke Hulu Kelantan (Gua Musang).
Bagaimanapun, laluan ini kurang dikenali kerana hampir sebahagian daripada laluan utama
sudah ditenggelami air Tasik Kenyir berikutan kerja membina empangan yang jalankan.

Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd Yusoff Abdullah, berkata laluan yang
digunakan Mat Kilau sebenarnya laluan biasa penduduk pedalaman ketiga-tiga negeri
terbabit yang digunakan untuk mencari hasil hutan terutama damar dan kayu gaharu.

Katanya, daripada tiga laluan yang ada, laluan Pahang (Kampung Bantal) ke Terengganu
(Kampung Pasir Raja) adalah yang paling popular kerana ia menghubungkan persaudaraan
antara dua negeri yang masih kekal dan terus digunakan hingga ke hari ini.

LALUAN JEJAK MAT KILAU

Ada tiga laluan digunakan, bagaimanapun hanya dua masih digunakan dengan meluas baik
oleh peminat sukan lasak, pencinta alam dan ahli sejarah.

1. Laluan Pahang ke Perak bermula di Lata Lembik, Kampung Ulu Sungai, Raubhingga ke
Batu Hidang, Pos Bersih, Ulu Slim, Perak. Laluan ini sejauh 34 kilometer dan mengambil
masa antara dua ke tiga hari untuk dihabiskan (jika bermalam)

2. Laluan Pahang ke Terengganu bermula di Kampung Pasir Raja, Dungun keKampung


Bantal, Hulu Tembeling yang lazimnya mengambil masa antara tiga hingga lima hari untuk
dihabiskan.

Antara laluan paling sukar kerana terpaksa mudik ke hulu dan melalui laluan sungai.

Laluan ini sering digunakan penduduk antara kedua-dua negeri kerana mereka mempunyai
talian persaudaraan dan menjadi antara laluan yang paling popular di kalangan pelancong
atau peminat aktiviti lasak.

Laluan ini sebenarnya digunakan penduduk setempat untuk mencari hasil hutan terutama
damar dan kayu gaharu.

3. Laluan Pahang, Terengganu dan Kelantan bermula dari Sungai Tembeling (Taman
Negara Pahang) hingga ke Sungai Pertang (Hulu Kelantan/Hulu Terengganu) yang
sebahagiannya kini sudah tenggelam kerana pembinaan empangan di Tasik Kenyir.
KRONOLOGI PEMBERONTAKAN MAT KILAU

Mac 1892 - Tok Gajah bertemu dan bersatu dengan Mat Kilau di Kampung Budu, Raub
untuk menyerang tentera Hugh Clifford di Kuala Lipis.

9 April 1892 - Mat Kilau tidak sempat berperang dengan Inggeris dan beliau dibawa Haji
Muhammad Nur ke Bukit Bentang bertemu Datuk Maharaja Perba Jelai

Mei 1892 - Inggeris mara ke Kampung Budu tempat Mat Kilau berkampung dan selepas
mengetahuinya beliau melarikan diri ke hutan dan bersatu dengan Datuk Bahaman di
Kampung Hulu Cempaka bagi meneruskan perjuangan menentang Inggeris

13 Julai 1892 - Pasukan Pengakap daripada pasukan Walker dan Clifford berkhemah di
Lechau dekat Kampung Budu diserang kumpulan Mat Kilau dan Datuk Bahaman
berhampiran Batu Berapit. Mereka kemudiannya berundur meninggalkan kawasan itu. Mat
Kilau dan pengikutnya bersatu dengan Tok Gajah di Pasir Atas (tepi Sungai Tembeling)

22 Ogos 1892 - Mat Kilau dan adiknya Awang Nong membawa pasukannya menyerang
Inggeris di Kuala Atuk (tepi Sungai Tembeling) yang diketuai R W Duff dan Panglima
Garang Yusoh. Dua pengakap Inggeris terbunuh. Mat Kilau dan Awang Nong berundur
membawa pengikut mereka ke Kuala Tembeling.

Oktober 1892 - Keadaan Pahang agak tenang, Sultan Ahmad mengikut nasihat Sultan Abu
Bakar (Johor) dan Inggeris mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai rakyat Pahang
yang dicop penderhaka kecuali Datuk Bahaman dan Tok Gajah.

Tok Gajah bersama anaknya Mat Kilau dan Awang Nong membawa pengikutnya berundur
ke hulu Sungai Tembeling dan menyeberangi sempadan Pahang dan Kelantan hingga
sampai di Kuala Tenggeling di Hulu Lebir, Hulu Kelantan
Akhir 1892 - Orang Melayu Pahang di bawah pimpinan Datuk Bahaman, Tok Gajah dan Mat
Kilau yang menentang Inggeris di Pahang diusir keluar ke Hulu Kelantan

Mei 1894 - Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau berpindah dari Hulu Kelantan ke
Kuala Terengganu dan tinggal di Kampung Seberang Engku Ngah. Ketika di Kampung
Seberang Engku Ngah, Tok Gajah, Datuk Bahaman, Mat Kilau selalu berulang alik ke
Kampung Paloh dan berjumpa Tok Engku Sayyid yang dianggap keramat

Pertengahan 1894 - mereka kembali ke Hulu Kelantan

Jun 1894 - Tok Gajah, Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Mat Kelubi dari Hulu Kelantan
membawa 100 pengikut pergi ke Hulu Pahang menghilir Sungai Tembeling

14 Jun 1894 - mereka menyerang Inggeris di Kuala Tembeling. Tok Gajah, Datuk Bahaman
dan Mat Kilau ke Pulau Tawar berjumpa Panglima Garang Yusoh dan Maharaja Perba Jelai.

Kembali ke Sungai Tembeling mendirikan kubu di Jeram Ampai (berhampiran Kuala


Tembeling)

Tok Gajah, Datuk Bahaman dan Mat Kilau serta pengikut menghilir Sungai Kelantan sampai
ke Kemuning (berhampiran Tanah Merah)

6 Jun 1895 - Hugh Clifford sampai di Pasir Nering, Kuala Berang kerana percaya Mat Kilau
bersembunyi di sana.

Oktober 1895 - Mat Kilau ditangkap askar Siam dan membawanya ke Kota Bharu, Kelantan.
Dalam perjalanan ke sana Mat Kilau dipercayai melawan dan askar Siam dikatakan
memukul kepala Mat Kilau hingga tidak sedarkan diri dan dianggap mati.
'Mayat' Mat Kilau diserahkan kepada Sultan Kelantan dan dia didapati masih hidup. Sultan
Kelantan kemudian menyuruh Mat Kilau melarikan diri dan upacara gimik mengebumikan
Mat Kilau dilakukan di Bunut Payung dekat Kota Bharu menggunakan batang pisang
MAT KILAU SEMPAT LAUNG MERDEKA

Daripada ramai pahlawan Melayu Pahang yang bangkit menentang penjajahan Inggeris
pada 1880-an, hanya seorang daripada mereka yang sempat menyaksikan sendiri detik
kemerdekaan negara.

Dia ialah Mat Kilau, anak kepada pembesar Imam Perang Rasu (Tok Gajah),yang bangkit
menentang kedatangan Inggeris ke Pahang pada sekitar 1880-an dan 1890-an. Lebih
daripada itu, Mat Kilau juga berpeluang melaungkan ungkapan keramat "Merdeka!" pada 31
Ogos 1957, sesuatu yang tidak dapat dilakukan oleh rakan-rakan perjuangan seangkatan
dengannya seperti Datuk Bahaman, Tok Gajah, Haji Abdul Rahman Limbong dan Tok
Janggut atau yang lebih awal seperti Datuk Maharaja Lela dan Dol Said.

Namun, pada hari berkenaan tiada seorangpun daripada puluhan ribu manusia yang
berkumpul di Padang Masjid Negeri di Kuantan mengetahui bahawa orang tua yang
dianggarkan berusia lebih 100 tahun di kalangan mereka adalah Mat Kilau.

12 TAHUN ISYTIHAR DIRI

Anak angkat Mat KIlau yang kemudian menjadi menantunya, Abu Bakar Awang, 80, berkata
sebelum mengisytiharkan dirinya yang sebenar, Mat Kilau sentiasa berdalih setiap kali
ditanya tentang asal-usul dirinya -- mungkin kerana khuatir beliau belum lagi diampunkan
oleh sultan. Semasa kebangkitan itu, Pahang berada di bawah pemerintahan Sultan Ahmad
Al-Muazam Shah.
"Beliau juga mengambil masa hampir 12 tahun selepas merdeka sebelum tampil
mengisytiharkan dirinya sebagai Mat Kilau kerana khuatir sultan belum mengampunkan
dirinya yang dianggap sebagai penderhaka," katanya.

Salah seorang anak Mat Kilau, Aminah, 80, yang ditemui di rumahnya di Kampung Batu
5,Jalan Gambang Kuantan mengesahkan bahawa sebelum perisytiharan tentang identitiya,
beliau dan anak-anak lain tidak pernah menyangka bahawa manusia yang bergelar Mat
Siam itu adalah pahlawan yang digeruni Inggeris.

Aminah adalah antara empat daripada lima orang anak Mat Kilau yang masih hidup dan
tinggal di sekitar Kuantan. Yang lain ialah Sabariah, Abdul Rahman, Salamah dan Razali,
manakala anak bongsunya, Zaleha, yang berkahwin dengan Abu Bakar meninggal dunia
pada 1978.

Meneruskan ceritanya, Abu Bakar berkata beliau adalah antara orang yang paling gembira
apabila mengingat kembali keghairahan luar biasa Mat Kilau menunggu saat-saat
perisytiharan kemerdekaan.

"Hari itu (31 Ogos 1957) awal-awal pagi lagi dia sudah bangun dan lepas sembahyang
subuh dia terus bersiap untuk ke bandar Kuantan apabila mendapat tahu upacara sambutan
juga akan diadakan di peringkat negeri, selain daripada Stadium Merdeka di Kuala Lumpur.

"Saya agak hairan melihat dia beria-ia benar hendak ke Padang Masjid Negeri. Walaupun
sudah berusia lebih 100 tahun, saya lihat dia begitu bersemangat sekali untuk turut
menyambut hari bersejarah itu," katanya.

GURU SILAT

Abu Bakar yang kini menjadi guru utama Seni Silat Tapak Setia Suci, seni yang diwarisi
daripada bapa mertuanya itu, berkata beliau masih ingat pada hari berkenaan Mat Kilau
memakai kemeja-T leher bulat warna putih, kot warna kelabu, berseluar panjang dan
bersamping serta lengkap berkasut, manakala kepalanya pula berlilit kain cindai.

"Saya sendiri tidak tahu di mana beliau perolehi semua itu dan apakah maksud tersirat di
sebalik melilit kain cindai di kepala," katanya.

Menurut tradisi, kain cindai iaitu sejenis kain sutera nipis untuk lilitan kepala atau bengkung
yang digunakan oleh pahlawan-pahlawan Melayu ketika turun ke gelanggang untuk
berhadapan dengan musuh.

Meneruskan ceritanya tentang detik-detik pagi keramat itu, Abu Bakar berkata gelagat bapa
mertuanya yang ternyata amat bersemangat itu menyebabkan isteri Mat Kilau,Ajrah Bakar
menganggapnya sebagai "buang tabiat".

Selesai bersiap-siap, Abu Bakar dan Mat Kilau keluar rumah dan sama-sama menunggu
bas percuma yang disediakan pihak berkuasa sempena sambutan itu.

Walaupun bas berkenaan penuh sesak hingga memaksa ramai yang berdiri dan berhimpit-
himpit, Mat Kilau tetap nekad dan seolah-olah tidak sabar untuk ke padang berkenaan.

"Bila sampai di padang kami sama-sama menunggu detik laungan Merdeka. Sempat juga
tengok orang berarak... kereta berhias pun ada dan dia (Mat Kilau) hari itu kelihatan cukup
seronok," katanya.

Apabila laungan merdeka kedengaran, Mat Kilau turut serta melaungkan merdeka.

CUBA BERI BAYANGAN


Malah ketika berada di padang itu, Mat Kilau ada cuba memberi bayangan kepada Abu
Bakar tentang siapa dirinya sebenar dengan berkata: "Tengok, siapa sangka aku juga
sempat melihat (negara) merdeka".

Abu Bakar yang tinggal bersama Mat Kilau sejak berusia 18 tahun berkata walaupun tidak
berupaya untuk pergi ke Stadium Merdeka di mana perisytiharan kemerdekaan peringkat
kebangsaan diadakan, bapa mertuanya tetap berpuas hati kerana dapat turut melaungkan
"Merdeka!" di padang Kuantan itu.

Bagi Abu Bakar, laungan itu adalah manifestasi sebenar kegembiraan seorang pahlawan
yang terpaksa menjalani liku-liku kehidupan penuh keperitan semata-mata kerana bangkit
mempertahankan maruah bangsa dan agama serta kedaulatan tanahairnya.

Beliau juga berharap agar sesetengah teks sejarah disemak atau ditulis semula kerana
masih ada kalangan yang terus menganggap Mat Kilau sebagai seorang penderhaka raja.

"Pihak Inggeris yang melabelkan Mat Kilau serta rakan-rakannya termasuk Datuk Bahaman
sebagai pemberontak dan penderhaka, semata-mata untuk mengabui mata rakyat agar
perjuangan mereka ketika itu tidak mendapat sokongan," kata Abu Bakar yang juga Ketua
Kampung Batu 5.

Cucu Mat Kilau, Alhamadi Abu Bakar, 40, berkata datuknya tidak meninggalkan apa-apa
harta pusaka kecuali semangat perjuangan dan keberanian untuk diwarisi generasi
sekarang dan akan datang agar negara tidak kembali dijajah

DEMIKIANLAH ADANYA KISAH MAT KILAU

Al-Fatihah untuk Allahyarham Datuk Cucu ( Aki Md. Yunus B. Teh ) dan Nenek (Wan Sipah
Bte Teh ) Ayahanda Cucu ( Jamaluddin Bin Md. Yunus) semuanya di kebumikan di Tanah
perkuburan Islam Felda Sg.Tekam Getah, Jerantut dan Bonda Cucu (Kamsiah Bte Jamil)
yang dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Kenanga Jengka 7, Pahang. AMIN YA
RAB BAL ALAMIN
MAT KILAU PAHLAWAN MELAYU RAO PAHANG
MAT KILAU PAHLAWAN MELAYU RAO PAHANG

Imam Rasu atau Tok Gajah adalah ayah kepada Mat Kilau. Ibu Mat Kilau adalah Mahda
iaitu anak kepada Tok Kaut,Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di
Kampung Masjid Pulau Tawar. Mat Kilau dijaga dan dipelihara seperti kanak-kanak lain di
kampung.

ZAMAN KANAK-KANAK MAT KILAU

Mat Kilau diserah mengaji Quran dengan beberapa kanak-kanak lain.Mat Kilau mengaji
dengan tekun hinggakan dia pandai membaca Quran dengan berbagai lagu.Apabila tamat
Quran Mat Kilau belajar berzanji dan diikuti dengan berdikir Maulud.Setelah pandai berzanji
dan berdikir Maulud,barulah Mat Kilau belajar berdikir rebana yang lebih terkenal sebagai
'Dikir Pahang'.Oleh kerana suaranya merdu,maka jadilah Mat Kilau sebagai seorang
pendikir yang terkenal di Pulau Tawar.

HOBI MAT KILAU

Semasa kecil Mat Kilau suka bermain gasing.Oleh itu kerana mat Kilau pandai main
gasing,maka dialah yang dijadikan jurumudi,iaitu orang yang memangkah terakhir.Apabila
ada perlawanan main gasing seperti melawan pasukan Pedah di sebelah Hulu Atau Burau
di sebelah Hilir,Mat Kilau dijadikan Ketua pasukan Kampung Masjid.
Setelah remaja,Mat Kilau mengambil bahagian di dalam permainan orang-orang dewasa
iaitu berlaga buah keras.Disebabkan dia seorang pemuda yang kuat kudrat,maka Mat Kilau
dijadikan orang tukang hencang. Mengikut apa yang diketahui Mat Kilau tidak pernah
menghencang tidak pecah. Dia jadi lebih terkenal sebagai penghencang buah keras apabila
Sultan Ahmad sampai dan bersemayam di Pulau Tawar.
Mat Kilau juga gemar pergi berburu. Apabila 'peran tua'(ketua berburu) tidak berburu.Mat
Kilau dijadikan peran.Akhirnya Mat kilau dijadikan Tok Peran.Sebagai pemburu Mat Kilau
telah memperolehi banyak pengetahuan bersangkut paut dengan hutan.

PERKAHWINAN MAT KILAU

Apabila berusia lebih kurang 20 tahun,Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang
bernama Yang Chik binti Imam Daud, Kampung Kedondong. Hasil perkahwinan ini Mat
Kilau telah dikurniakan tiga orang anak.

ILMU YANG DIPELAJARI

Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan. Mat Kilau
bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain,bahkan beliau lebih
mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang. Tentang ilmu batin
pula Mat Kilau banyak menuntut ilmu kepahlawanan hinggakan boleh menghilangkan diri.
Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu
kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Osman yang dikenali juga
sebagai Haji Muntuk sebelum dia berpindah ke Pekan sebagai Mufti Negeri Pahang.

SIKAP PERIBADI MAT KILAU

Mat Kilau mempunyai sifat-sifat pemimpin,maka beliau telah menjadi seorang pemuda yang
sangat disegani dan dihormati. Mat Kilau mempunyai cara pemikiran yang matang.Pada
bula Oktober,1888 semasa Tok Gajah berada di Pekan, Hugh Clifford telah datang ke Pulau
Tawar dan berunding dengan anak Tok Gajah iaitu Mat Kilau itu sendiri.Ini menunjukkan
Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Dengan setiap lapisan masyarakat.Maka Mat
Kilau menjadi seorang yang luas pandangan dan mendapat kepercayaan penuh dari
masyarakat. Mat Kilau juga merupakan seorang yang amat disegani.Ini bukan kerana dia
adalah seorang anak orang yang berpangkat tetapi kerana kejujurannya.
Mat Kilau adalah seorang yang tegas mak dia bukan sahaja disegani bahkan amat dikasihi
oleh pengikut-pengikutnya.Pengikutnya terlalu ramai,tetapi yang diketahui namanya ialah
Awang Nong,The Ibrahim,Mat Kelubi,Mat Ali(khatib), Awang(Imam)dan Mat Tahir.Mereka ini
sanggup sehidup semati dengan Mat Kilau.

KEMATIAN MISTERI MAT KILAU

Khabar yang menyatakan Mat Kilau mati tersiar di dalam akhbar-akhbar Inggeris yang
diterbitkan di Singapura. The Straits Times dan The Free Press menyatakan "Ketua
Pendehaka,iaitu Dato' Bahaman telah jatuh ke tanang pemerintahan Siam pada bulan
Oktober,1895.
The Free Press pula memberitahu bahawa "Mat Kilau telah melawan apabila hendak
ditawan dan akibatnya dia telah cedera di muka dan di kepalanya.Luka-lika itu sangat parah
dan dia telah mati di dalam perjalanan ke hilir Kota Bharu disebabkan kehilangan banyak
darah".
Dengan tersiarnya berita kematian Mat Kilau oleh akhbar The Free Press keluaran 22
Oktober,1895,maka pada pendapat umum tamatlah sudah riwayat Mat Kilau.akan tetapi apa
yang sebenarnya berlaku tiada diketahui kecuali beberapa oarang sahabatny seperti
Mustafa bin Awang Mat(Jusoh Rimau),Pendekar Tok Demali,Raja Ibrahim(Pak Him),Mat
Kelantan dan beberapa orang lain.

KEMUNCULAN MAT KILAU

Disebabkan Mat Kilau dicop sebagai 'penderhaka' oleh Inggeris,maka terpaksalah Mat Kilau
mengasingkan diri dan berpindah dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya
bermastautin di Batu 5,Jalan Kuantan-Gambang.Semejak 1930 Mat Kilau juga terpaksa
menukar namanya buat beberapa kali dan akhirnya dia memakai nama Mat Siam.

Dalam bulan Disember 1969,Tuhan telah menggerakkan hati Mat Kilau yang pada itu
memegang kad pengenalan diri K/P 2044778 dan bernama Mohamad bin
Ibrahim,memperkenalkan dirinya yang sebenar.Untuk mengelakkan dirinya dari menjadi
tumpuan ramai,maka Mat Kilau telah bersetuju mengumumkan dirinya di kampung
kelahirannya. Atas daya usaha Omar bin Mat Kilau,maka Mat Kilau dibawa ke Kampung
asalnya iaitu Kampung Masjid,Pulau Tawar.
Pada hari Jumaat 26 Disember 1969,Mat Kilau telah pergi ke Masjid di Kampung Masjid
untuk bersembahyang Jumaat.Selepas sembahyang,Mat Kilau telah mebaca Quran dan
kemudiannya mengistiharkan dirinya sebagai Mat Kilau. Pengistiharan ini telah
mengemparkan orang ramai sehingga Kerajaan Pahang menubuhkan sebuah jawatankuasa
untuk menyiasat.Jawatan Kuasa itu dibentuk pada 8 Januari 1970.Beberapa orang telah
ditemuramah bagi membuktikan bahawa Mat Siam itu adalah Mat Kilau.Setelah disahkan
maka pada pukul 10.30 pagi hari Khamis,6 Ogos 1970.Mat Siam diisytiharkan sebagai Mat
Kilau oleh Menteri Besar Pahang.

Setelah empat hari selepas pengumuman pengiktirafan terhadap dirinya dibuat,Mat Kialu
meninggal dunia kerana keuzura.Usianya ketika itu dipercayai berusia 122 tahun.Beliau
tidak sempat menceritakan kisah-kisah perjuangannya kepada kita dengan lebih lanjut.

Sejarah Perjuangan Tuk janggut di Kelantan

Tokoh yang tidak asing lagi ketika itu ialah Hj Mat Hassan Panglima Munas atau lebih
dikenali dengan gelaran Tuk Janggut. Tuk Janggut yang berguru dengan Syeikh Ahmad
Fathani di Makkah memikul tanggungjawab untuk menyemarakkan jihad menentang British
yang berusaha untuk menguasai wilayah-wilayah umat Islam dengan menceroboh benteng-
benteng Kerajaan Turki Uthmani. British yang merasa tercabar dengan kekalahannya di
Gallipoli di tangan tentera khilafah telah mengerahkan seluruh kekuatan di seluruh tanah
jajahannya untuk menggempur kedudukan umat Islam di Gaza, Beersheba , Meggido
(Palestin), Baghdad dan Afrika Timur. Di samping itu British telah memaksa agar umat Islam
berdoa di masjid-masjid agar British memenangi perang Dunia Pertama khususnya ke atas
musuh utama mereka iaitu Turki Uthmani. Mereka juga menyebarkan propoganda jika Turki
menang, Mekah akan dikuasai oleh German.

Di samping itu British juga telah mengenakan tekanan kepada Sultan Muhammad IV supaya
tunduk kepada kehendak British dan memastikan tidak ada unsur-unsur penentangan dari
rakyat. Keadaan ini menyebabkan Tuk Janggut bangkit membakar semangat jihad di
kalangan penduduk Pasir Mas dalam jajahan Jeram. Beliau berjaya mengusir pegawai British
(berbangsa melayu) dari Singapura. Walaubagaimanapun British telah mengirim sebuah
kapal perang dan kontingen tentera dari Singapura untuk memburu dan membanteras
kebangkitan rakyat Kelantan. Tuk Janggut dan pengikutnya berjaya ditangkap dan dijatuhkan
hukuman bunuh.
Tuk janggut Perjuangan Mu sungguh bermakna sekali...Kecekalan dan ketabahan Mu
menentang penjajah tanpa mengharap apa-apa balasan, walaupun dianggap
penderhaka...kerana terpengaruh dengan penjajah...kau tetap sebagai Wira negara yang patuh
dicontohi oleh rakyat Malaysia..khasnya Kelantan pada masa kini....Ayuh bangkitlah wahai
bangsa ku...jangan bazirkan masa dengan pekara yg tak mendatangkan faedah... Contohilah
semangat Perjuangan Tok janggut. ( Haji mat Hasan Bin Munas )

Jejak: Residen angkuh, biadap dibunuh

PADA 2 November 1875, adalah tarikh kematian seorang residen British yang angkuh serta
biadab. Hasrat James Wheeler Woodford Birch atau JWW Birch untuk terus
'memperhambakan’orang Melayu tidak kesampaian sebaliknya kebiadapan lelaki asing itu
menyebabkan nyawanya melayang.

Itulah kemuncak kepada sejarah perjuangan orang Melayu menentang penjajah asing di
Pasir Salak, sejarah agung yang akan terus dikenang sebagai bukti perjuangan demi
cintakan bangsa, agama dan tanah air.
Sejarah panjang itu bermula pada 20 Januari 1874 apabila Raja Abdullah iaitu seorang
daripada kerabat diraja Perak melakukan kesilapan terbesar apabila meminta sokongan
British bagi membolehkan dirinya merebut takhta menjadi sultan. Lalu pada tarikh itu,
Perjanjian Pangkor dimeterai dengan British mengiktiraf Raja Abdullah menjadi Sultan Perak
manakala sultan sedia ada iaitu Sultan Ismail diturunkan daripada takhta. Bagaimanapun,
terdapat satu daripada syarat Perjanjian Pangkor yang menjadi helah British bagi
membolehkan mereka menjajah Perak - Sultan Perak harus menerima seorang Residen
British untuk menasihati baginda memerintah.

JWW Birch kemudian dilantik sebagai residen pertama di Perak umumnya dan Tanah
Melayu khususnya. Bagaimanapun, sebaik tiba di Perak, lelaki asing itu mula besar kepala
dan berlagak bagaikan dirinya raja yang memerintah Perak. Dia mula ‘memijak kepala’
sultan dengan tidak lagi menghormati peranan dan kuasa diraja dalam sistem pemerintahan
orang Melayu. Pelbagai peraturan baru yang menekan pembesar serta penduduk mula
diperkenalkan Birch terutama membabitkan cukai yang tinggi. Keadaan itu menambahkan
derita penduduk yang kebanyakannya hidup miskin. Birch juga cuba mengambil alih tugas
mengutip cukai daripada pembesar Melayu apabila menetapkan syarat baru iaitu hanya
pegawai yang dilantiknya saja boleh mengutip cukai manakala cukai Kerajaan Perak akan
diurus pegawai British. Syarat itu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan pembesar
Melayu. Lelaki asing itu juga semakin besar kepala apabila sesuka hati campur tangan di
dalam adat istiadat penduduk dengan menghapuskan sistem hamba yang sudah lama
diamalkan di Perak. Sikap kurang ajar dan keangkuhan lelaki asing itu jelas terserlah
apabila dia pernah mengarahkan sultan supaya diam dan mematuhi segala arahannya
selaku residen apabila Sultan Abdullah menegurnya kerana membuat pelbagai tindakan
tanpa merujuk kepada baginda. Kemuncak kebiadapan Birch adalah apabila dia memaksa
Sultan Abdullah menandatangani surat supaya memberi hak kepada British untuk
memerintah Perak. Sultan Abdullah diugut akan dilucutkan takhta jika baginda enggan
menandatangani surat berkenaan. Ugutan itu menyebabkan baginda mengadakan
mesyuarat dengan pembesar negeri di Durian Sebatang pada 21 Julai 1875.
Mereka dimaklumkan mengenai hasrat British untuk mengambil alih pemerintahan negeri
serta tugas mengutip cukai. Mendengar penjelasan Sultan Abdullah itu, pembesar semakin
berang kepada British yang cuba menjajah Perak.

Satu usul untuk membunuh Birch dikemukakan dan pelbagai cadangan diberikan antaranya
dengan meracun, sihir dan menikam lelaki asing itu. Akhirnya mesyuarat bersetuju untuk
membenarkan Datuk Maharajalela iaitu pembesar kanan dalam Orang Besar Berlapan
Perak serta Penghulu Pasir Salak, membunuh Birch dengan menikam penjajah itu.

Dalam pada itu, Birch terus memberi tekanan kepada Sultan Abdullah untuk membolehkan
British menjajah Perak. Tekanan berterusan menyebabkan Sultan Abdullah terpaksa
bersetuju menyerahkan Perak untuk diperintah British pada 2 Oktober 1875. Pada 15
Oktober 1875, Gabenor Negeri-negeri Selat iaitu Sir William Jervois mengumumkan yang
Perak akan diletakkan di bawah pentadbiran British dan akan diketuai seorang pesuruhjaya.
Surat pengisytiharan dicetak untuk ditampal di merata tempat di seluruh Perak. Pada
mulanya ia ditampal di kawasan kediaman Birch di Bandar Baharu dengan diikuti istiadat
tembakan meriam 21 das. Selepas itu surat berkenaan mula ditampal di tempat lain. Berita
itu sampai ke pengetahuan Datuk Maharajalela menyebabkan pembesar itu semakin
berang. Dia bertekad untuk tidak membenarkan penjajah itu terus menjajah tanah
airnya.Datuk Maharajalela mengarahkan pengikutnya mula membina kubu di Pasir Salak
dan mengumpulkan senjata kerana yakin yang Birch akan datang ke kawasannya untuk
menampalkan surat pengumuman itu.

Sangkaannya benar apabila rombongan Birch tiba di Pasir Salak menggunakan rumah rakit
dan perahu pada malam 1 November 1875. Pagi keesokannya, Birch memerintahkan
orangnya naik ke darat dan jurubahasanya iaitu Mat Arshad disuruh pergi ke rumah Datuk
Maharajalela dan meminta pembesar itu menghadap lelaki British itu. Bagaimanapun,
arahan Birch itu menyebabkan pemerintah Pasir Salak itu melenting, sudahlah lelaki asing
itu menceroboh ke kawasannya, berlagak pula bagai raja dengan memerintah untuk
menghadapnya. Reaksi Datuk Maharajalela itu segera disampaikan Mat Arshad kepada
Birch tetapi lelaki asing itu tetap angkuh. Dia memerintahkan Mat Arshad dan pengikutnya
segera menampalkan surat pemungutan cukai oleh British di seluruh pelusuk kampung.
Melihat pengikut Birch menampalkan surat berkenaan, penduduk kampung mula berang.
Mereka mengoyak surat yang ditampal itu tetapi pengikut British itu tetap meneruskan tugas
menampal surat itu tanpa mempedulikan sensitiviti penduduk. Akhirnya situasi tegang mula
tercetus. Mat Arshad masih tidak menghiraukan kemarahan penduduk Pasir Salak
sebaliknya terus menampal surat pengumuman kutipan cukai di dinding kedai emas di
kawasan itu. Tindakan Mat Arshad yang tidak mengendahkan larangan dan sensitiviti
penduduk menyebabkan hati Pandak Indut semakin membara. Pengikut Datuk Maharajalela
itu meluru ke arah Mat Arshad dan terus mengoyakkan surat yang ditampal lelaki itu.Mat
Arshad tidak peduli dan bagaikan mencabar Pandak Indut, dia terus menampal surat
pengumuman yang baru. Sekali lagi Pandak Indut mengoyakkan surat berkenaan. Selepas
beberapa kali surat berkenaan dikoyak dan melihat Mat Arshad terus menampalkan surat
baru, Pandak Indut tidak dapat bersabar lagi. Baginya, lelaki Melayu yang menjadi orang
suruhan bangsa asing itu sudah melampau.Dengan pantas Pandak Indut menusuk kerisnya
ke jasad Mat Arshad. Lelaki itu mengerang kesakitan dan terus rebah ke tanah. Tindakan
Pandak Indut menikam pengikut Birch itu seolah-olah satu isyarat supaya orang Melayu
bertindak. Jeritan amarah penduduk bergema membelah langit Pasir Salak. Mereka mula
mengamuk dan menyerbu ke rumah rakit Birch sambil merejam lembing. Askar pengawal
Birch yang ketakutan melihat amukan dan serbuan penduduk kampung, segera melarikan
diri meninggalkan rumah rakit itu tanpa pengawal. Keriuhan di luar menyentak Birch yang
sedang mandi ketika itu. Bagaimanapun, ketika dia menyedari yang penduduk kampung
mula mengamuk, segala-galanya sudah terlambat.Rejaman lembing penduduk menembusi
rumah rakit itu seterusnya menusuk jasad Birch. Penduduk terus merusuh ingin
membunuhnya. Dalam keadaannya yang cedera parah, Birch cuba menyelamatkan diri
dengan terjun ke dalam sungai.Ketika dia timbul tercungap-cungap di permukaan air, Si
Putum iaitu seorang pengikut Datuk Maharajalela daripada kalangan Orang Asli, dengan
pantas menetak kepala lelaki asing itu menggunakan pedang. Darah merah mencemari air
sungai dan jasad Birch akhirnya tenggelam dan dihanyutkan arus ...

sumber: Sejarah Malaysia Edisi Kedua, Mereka Bukan Penderhaka dan Pahlawan Pasir
Salak.

xtra xtra
Older Posts Home

Subscribe to: Posts (Atom)

bits of bio data of OBJ Larut Matang & Selama


Yang Amat Berbahagia Dato Dr Hj Wan Mohd Isa Bin Dato Seri Wan Ahmad, Orang Kaya
Menteri Paduka Tuan Merangkap Orang Besar Jajahan Larut Matang dan Selama started
his career as a sub accountant at UMBC Bank of Taiping. He held various posts and his last
post being the Head of Banking for Kedah, Penang and Perak. He left the bank to further his
studies where he took up Alternative Medicine in India, UK, China and Indonesia.

In University YABhg did a thesis on universal energy and was conferred a Doctorate in
Philosophy. He had three clinics in KL which he gave up to take his royal appointment as
Orang Besar Jajahan in 2003.

In view of his worthy contributions in the Larut Matang and Selama District he was conferred
the Datoship by his Royal Highness Sultan of Perak in 2004.

YABhg is a very approachable person with a soft heart for the poor, the needy and the
underprivileged and is very involved in community work and NGO’s, and Rotary in his pet
NGO.
YABhg Dato is a Honorary Rotarian of 2 Rotary Clubs (Taiping and Kamunting) in the Larut,
Matang and Selama District and a Rotary Ambassador for District 3300 appointed by YABhg
DG Dato Jimmy Lim at the beginning of this Rotary year – a recognition he received for
being so supportive of Rotary.

YABhg subscribes to the ideals of Rotary and his attitude towards Rotary is very positive. He
attends all functions of the Rotary Clubs of Taiping and Kamunting and at District level, he
has been the District Governer’s special guest, at all major District functions, the last being
the Royal Banquet at the Conference. He took the trouble to go together with Yang
Berbahagia Toh Puan to see for themselves the Rotary International activities and went to
India with our District to attend the Polio Plus National Immunization Day.

In view of his contributions towards Rotary, in general, the Rotary Club of Taiping is proud to
honour him with the Paul Harris Fellow (PHF).

Blog Archive
• ▼ 2012 (1)
o ▼ January (1)

 AL-FATIHAH to OBJ Larut Matang

• ► 2008 (1)

• ► 2007 (9)

• ► 2006 (4)
Ngah Ibrahim Museum Matang

Bilik beradu NI
Uploaded by hazz11

:: Ngah Ibrahim Bilik Beradu ::

NI left view
Uploaded by hazz11

:: Ngah Ibrahim's Ground house on Left Hand View ::

NI right view
Uploaded by hazz11

:: Ngah Ibrahim's Ground house on Right Hand View ::

FAKTA : Implikasi pembunuhan Birch di Pasir Salak


British menyerang Perak dan tercetusnya ‘Perang Perak’ dari November 1875 hingga 1876.
Pasir Salak ditawan pada 15 November 1875 selepas bertempur hebat dengan pasukan
Datuk Maharajalela, Pandak Indut dan Datuk Sagor. Dalam pertempuran itu, British
membakar rumah sepanjang sungai di Kampung Gajah dan Pasir Salak.

Pada 13 Januari 1876, British menawarkan ganjaran RM6,000 kepada sesiapa yang berjaya
menangkap Datuk Maharajalela dan masing-masing RM3,000 untuk penangkapan Datuk
Sagor dan Pandak Indut.

Datuk Maharajalela dan pengikutnya menyerah diri kepada British pada 30 Julai 1876
selepas dijanji akan dibicara secara adil di mahkamah.

Pandak Indut didapati bersalah dan dihukum gantung sampai mati pada 20 Mei 1876. Pada
20 Januari 1877, Datuk Maharajalela, Datuk Sagor dan Pandak Indut dihukum gantung
sampai mati. Pengikut lain iaitu Kulup Ali, Si Tuah, Panjang Bur dan Ngah Jabor dihukum
penjara seumur hidup.

Sultan Abdullah dan pembesar Perak lain seperti Menteri Ngah Ibrahim, Laksamana Wan
Muhammad dan Syahbandar Uda Mahamor dibuang ke Pulau Sychelles sementara bekas
sultan terdahulu iaitu Raja Ismail, Datuk Wan dan Panglima Perang Semaun dibuang ke
Skudai, Johor. Raja Yusof iaitu seorang lagi kerabat diraja, dilantik Sultan Perak yang baru.
Sultan Abdullah kemudian dibenar kembali ke Kuala Kangsar pada 1922 dan mangkat di
sana.

FAKTA: Isi Perjanjian Pangkor 1874


British mengiktiraf Raja Abdullah sebagai Sultan Perak yang sah menggantikan Sultan
Ismail. Sultan Ismail akan diberi gelaran lain (Sultan Muda) dan diberi pencen RM1,000
sebulan serta jajahan kecil untuk ditadbir.
Sultan bersedia menerima seorang Residen British sebagai penasihat. Nasihat residen
mesti diminta dan dipatuhi dalam semua perkara kecuali hal bersangkutan agama Islam dan
adat istiadat Melayu.

Pungutan semua hasil negeri dan pelantikan dibuat atas nama sultan tetapi menerusi
nasihat residen. Gaji residen dibayar sultan dan bukannya Kerajaan British.

Semua pelantikan yang dibuat ketika pemerintahan Sultan Ismail dulu, diiktiraf.

Kuasa yang Al-Marhum Sultan Jaafar Muazzam Shah kepada Menteri Larut iaitu Ngah
Ibrahim disahkan tetapi beliau tidak lagi diiktiraf pemerintah yang merdeka sebaliknya mesti
menerima seorang penolong residen untuk membantunya mentadbir Larut.

Sempadan Pulau Dinding dan Pangkor yang diserah kepada British menerusi Perjanjian
Low dipindahkan semula. Tindakan sama diambil ke atas sempadan Sungai Kerian.

Sejarah Perak
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, cari

Sejarah Malaysia

Rencana ini adalah sebahagian dari Sejarah Malaysia

Prasejarah Malaysia

Kerajaan awal

Gangga Negara (Kurun-2 hingga Kurun-11)

Langkasuka (Kurun-2 hingga kurun-14)

Pan Pan (kurun-3 hingga urun-5)

Srivijaya (kurun-7 hingga kurun-14)


Kedah Tua

Kemunculan Kesultanan Islam

Kesultanan Kedah (1136–sekarang)

Kesultanan Melaka (1402–1511)

Kesultanan Sulu (1450–1899)

Kesultanan Johor (1528–sekarang)

Era Penjajahan Barat

Perjanjian Inggeris-Belanda 1824

Perjanjian Burney (1826)

Penempatan Selat (1826-1946)

Perang Kelang (1867-1874)

Perjanjian Pangkor 1874

Negeri-negeri Melayu Bersekutu (1895-1946)

Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (abad ke-


19 -1946)

Perjanjian Inggeris-Siam 1909

Pertempuran Pulau Pinang (1914)

Perang Dunia Kedua

Perang Tanah Melayu (1941-1942)

Pembunuhan beramai-ramai di Parit Sulong


(1942)

Perang Singapura (1942)

Syburi (1942-1945)

Kawat Kematian Sandakan (1945)

Penjajahan Jepun di Tanah Melayu

Peralihan Malaysia

Malayan Union (1946-1948)

Persekutuan Tanah Melayu (1948-1963)

Darurat Tanah Melayu (1948-1960)

Peristiwa Bukit Kepong (1950)

Rundingan Baling (1955)


Malaysia selepas Merdeka

Konfrontasi Indonesia-Malaysia (1962-1966)

Pemberontakan Brunei (1962-1966)

Rusuhan Kaum 1964 (1964)

Pemisahan Singapura (1965)

Peristiwa 13 Mei (1969)

Dasar Ekonomi Baru (1971-1990)

Operasi Lalang (1987)

Krisis Perlembagaan Malaysia 1988 (1987-88)

Krisis Kewangan Asia (1997-98)

Al-Ma'unah (2000)

Perhimpunan Bersih (2007)

Perhimpunan Bersih (2011)

Perhimpunan Bersih (2012)

Portal Malaysia

Perak telah terbukti wujud pada zaman pra sejarah lagi. Dianggarkan negeri Perak telah
diduduki oleh manusia zaman batu lama semenjak 400,000 hingga 8,000 tahun sebelum
masihi lagi.
Isi kandungan
• 1 Prasejarah
• 2 Asal Usul Nama

• 3 Kerajaan Purba

• 4 Lanjutan Kesultanan Melaka

• 5 Pusat pemerintahan

• 6 Istana Sultan Perak

• 7 Sistem Pemerintahan

o 7.1 Campurtangan Inggeris di Perak

o 7.2 Nasionalisme di negeri Perak

o 7.3 Ehwal Semasa Negeri Perak

• 8 Lihat juga

• 9 Pautan luar

Prasejarah

Penemuan arkeologi di Kota Tampan di Lenggong membuktikan terdapatnya penempatan


manusia Zaman Batu Lama Tanah Melayu.

Malah satu rangka fosil telah dijumpai yang digelar Perak Man. Jumpaan dari carigali
menunjukkan negeri Perak diduduki secara terus menerus sepanjang Zaman Hoabinhian
seterusnya Zaman Batu Baru dan Zaman Logam.

Selepas itu Perak juga dijangkakan mengalami zaman Hindu/Buddha, yang tersebar secara
menyeluruh semua kawasan di Tanah Melayu.

Asal Usul Nama

Berbagai-bagai tafsiran telah dibuat mengenai pengambilan nama "PERAK" sebagai sebuah
negeri yang besar.

• Menurut satu cerita yang menarik sebagaimana yang dititahkan sendiri oleh
Almarhum Paduka Seri Sultan Idris A'fifullah Shah (Sultan Perak ke-33) mengatakan
di zaman kerajaan Melayu Melaka sebelum wujudnya nama NEGERI PERAK,
Negeri Perak terbahagi kepada tiga daerah iaitu Beruas, Manjung dan Janin (Hulu
Perak di bawah pemerintahan Tun Saban). Manjung dan Beruas dibawah takluk
Melaka. Penghulu Manjung ketika itu ialah Tok Mahsuka. Dikatakan ketiga-tiga
Ketua Daerah telah bermesyuarat untuk menyatukan daerah-daerah mereka menjadi
satu negeri dengan memakai nama yang khusus. Mereka bercadang untuk
menamakan MELAKA tetapi didapati tidak begitu sesuai kerana Negeri Melaka
masih wujud walaupun dibawah kekuasaan Portugis. Lantas mereka teringatkan pula
bahawa salah satu punca utama yang membawa kepada keunggulan, kebesaran
dan keharuman nama Melaka ialah peranan dan tanggung jawab Bendahara Tun
Perak. Maka ketiga-tiga Ketua Daerah tersebut bersetuju untuk menamakan negeri
baru ini sebagai Negeri Perak. Oleh sebab pada ketika itu Negeri Perak belum
mempunyai Raja lalu Tok Mahsuka berkehendakkan supaya Negeri baru ini
mempunyai Raja yang berdaulat.

• Hikayat Merong Mahawangsa pula mengatakan bahawa nama Negeri Perak ini ada
kaitannya dengan cerita putera Raja Marong Mahapudi Sat yang di katakan telah
pergi meneroka untuk membuka sebuah negeri baru, Putera tersebut telah sampai
sebuah sungai besar dan terdapat pula bertasik, melingkungi tiga atau empat buah
pulau. Putera tersebut telah berkata.. " Tempat ini elok dijadikan sebuah negeri...",
lalu baginda pun memanah ke udara dengan menggunakan sebilah anak panah
yang diperbuat daripada 'perak' dan busarnya dinamakan 'Indera Sakti'. Apabila
anak panah tersebut jatuh terjunam ke atas sebuah daripada pulau-pulau yang
berkenaan maka dinamakanlah tempat itu sebagai Pulau Indera Sakti dan negerinya
dinamakan Negeri Perak.

• Dalam cerita-cerita yang lain terdapat juga kisah-kisah saperti : seekor ikan Haruan
besar mengicah-ngicah anaknya hingga air sungai menjadi keruh putih berkilat
saperti perak.

• Warna bijih timah yang putih berkilat apabila dipanah cahaya matahari dan berbagai-
bagai cerita lagi.

Adunan daripada fakta sejarah dan unsur lagenda hingga terciptanya nama 'Negeri Perak' itu
menggambarkan bahawa pemilihan nama "PERAK" itu sangat bertetapan dengan kekayaan
khazanah yang dikandungi oleh bumi Perak itu sendiri. Justeru kekayaan ini lah pergolakan
sejarah Negeri Perak semakin bergelora satelah empayar Kerajaan Melayu Melaka berpecah
pada tahun 1511 dan munculnya kuasa-kuasa Portugis, Acheh, Bugis, Siam, Minangkabau,
Belanda dan akhir sekali Inggeris di merata perairan Nusantara ini.

Kerajaan Purba

Menoleh kembali ke zaman silam Negeri Perak akan terjelmalah berbagai-bagai gambaran
cetusan sejarahnya yang menjadi mutiara pusaka bumi Perak yang tiada ternilai harganya.
Sebagai salah sebuah Negeri Melayu yang tertua, Negeri Perak telah melalui liku-liku
zamannya sejak sebelum menjelangnya tahun masehi lagi.

Sebelum munculnya nama "Negeri Perak" Kitab "Sejarah Melayu" ada menceritakan nama-
nama kerajaan atau negeri seperti Gangga Negara yang sekarangnya terletak di jajahan
Dinding, Beruas dan Manjung yang masih kekal namanya hingga sekarang. Penemuan
monumen-monumen bersejarah peninggalan zaman tersebut telah menggambarkan
kegemilangan sejarahnya tersendiri yang masih tersembunyi dari penglihatan dan
pengamatan generasi di zaman moden ini.

Lanjutan Kesultanan Melaka

Gambaran sejarah Negeri Perak bertambah jelas lagi apabila Melaka jatuh ke tangan Portugis
dalam tahun 1511 dan Sultan Mahmud Shah melarikan diri dan akhirnya menetap di Kampar
(Sumatera) dan ditabalkan sebagai Sultan Kampar.
Kewibawaan Raja-Raja Melayu Melaka serta struktur pentadbiran Kesultanan Melayu
Melaka yang begitu sesuai dan berpengaruh di kalangan Negeri-negeri Melayu ketika itu
telah mendorongkan orang-orang Perak untuk mengutuskan Tun Saban yang memerintah
kawasan Hulu Sungai Perak hingga ke Kuala Temong, bersama-sama Nakhoda Kassim pergi
mengadap Sultan Mahmud Shah di negeri Kampar untuk memohonkan agar seorang daripada
putera baginda menjadi Sultan Perak. Permohonan itu telah diperkenankan oleh Sultan
Mahmud Shah dan baginda telah menitahkan putera baginda, Raja Muzzafar supaya
berangkat ke Perak dengan di kurniakan segala alat kebesaran warisan kerajaan Negeri
Melaka untuk menjadi Raja di Perak.

Maka belayar lah Rombongan DiRaja menyeberangi Selat Melaka dan apabila sampai di
Kuala Sungai Perak di suatu tempat bernama 'Beting Beras Basah', bahtera Raja Muzzafar
Shah telah terdampar di atas sebuah beting dan tidak dapat di mudik. Tiba-tiba angin ribut
datang dengan laut yang bergelora. Berbagai ikhtiar dibuat namun bahtera baginda tetap tidak
berganjak. Maka di situlah baginda berseru dengan melafazkan kata-kata :-

Selilit Tanah Minangkabau, Selengkung Pulau Perca, Dilengkung ular Saktimuna,


Sebenarnya Aku keturunan Raja, Jauhkan segala malapetaka, Perpisahan Aku di Selat
Melaka....'

Sebaik sahaja baginda habis melafazkan kata-kata itu, tiba-tiba muncul 'JIN' yang sangat
besar sahingga mencecah awan yang tinggi. Jin tersebut telah berkata kepada baginda....
Sekiranya Tuanku hendak bersemayam dan memerintah Negeri Perak ini, hendaklah
Tuanku buangkan Mahkota Tuanku kedalam laut......

Maka Raja Muzzaffar pun mengambil mahkota baginda dan dibuangkan kedalam laut. Secara
tiba-tiba laut yang bergelora menjadi tenang dan beting yang timbul hilang dari pandangan.
Satelah itu barulah bahtera baginda boleh belayar semula dan mudik ke Air Mati. Disana lah
baginda di tabalkan dan tempat baginda bersemayam itu dinamakan Tanah Abang.

Daripada keturunan Sultan Muzzaffar Shah inilah wujudnya jurai keturunan Kesultanan
Negeri Perak yang terus menerus memerintah hingga ke zaman sekarang. Pusat-pusat
pemerintahan Sultan-Sultan Negeri Perak tidak menetap di suatu tempat sahaja bahkan sering
bertukar dari suatu tempat ke suatu tempat jika keadaan memaksa atau ada tempat-tempat
lain yang lebih sesuai.

Pusat pemerintahan

Pusat pemerintahan Sultan Perak adalah juga istana Sultan Perak. Istana sultan berubah-ubah
dari Hilir Perak hingga ke Kuala Kangsar. Kebanyakan tempat-tempat ini terletak di tebing
sebelah kanan Sungai Perak. Di sekitar Kampung Gajah memang banyak sekali makam-
makam Sultan Perak.

Di antara pusat-pusat pemerintahan yang ada tercatat di dalam sejarah ialah :-

1. Tanah Abang - iaitu ditepi Sungai Perak yang sekarang di panggil Air Mati ,di dalam
Mukim Bota, Makam Sultan Muzzaffar Shah 1 (Sultan Perak Pertama)
2. Kota Lama Kanan

3. Geronggong dalam Mukim Pulau Tiga,Kampung Gajah


4. Semat dalam Mukim Senggang,

5. Bota Kanan atau disebut juga sebagai Brahman Indera

6. Pulau Tiga, Kampung Gajah

7. Pulau Cempaka Sari di Parit

8. Pulau Indera Sakti di kuala Sungai Kinta , Kampung Gajah

9. Pasir Pulai Indera Mulia , Kampung Gajah

10. Bandar Baharu , Kampung Gajah - pejabat JWW Birch , British

11. Pasir Panjang, Kampung Gajah

12. Durian Sebatang, Teluk Intan - Sultan Abdullah Muhamad Shah 1874

13. Sayong, Kuala Kangsar

14. Batak Rabit, Teluk Intan

dan akhir sekali di Bukit Chandan, Kuala Kangsar iaitu semasa zaman Sultan Idris Murshidul
Aadzam Shah di tabalkan menjadi Sultan Perak yang ke 28.

Sultan Perak dari pertama hingga sekarang.

Sultan-Sultan Perak

Bilangan Sultan Pemerintahan

1 Sultan Mudzaffar Shah I 1528 - 1549

2 Sultan Mansur Shah I 1549 - 1577

3 Sultan Ahmad Tajuddin Shah 1577 - 1584

4 Sultan Tajul Ariffin Shah 1584 - 1594

5 Sultan Alauddin Shah 1594 - 1603

6 Sultan Mukaddam Shah 1603 - 1619

7 Sultan Mansur Shah II 1619 - 1627

8 Sultan Mahmud Shah I 1627 - 1630

9 Sultan Sallehuddin Shah 1630 - 1636

10 Sultan Mudzaffar Shah II 1636 - 1653


11 Sultan Mahmud Iskandar Shah 1653 - 1720

12 Sultan Alauddin Mughayat Shah 1720 - 1728

13 Sultan Mudzaffar Shah III 1728 - 1752

14 Sultan Muhamad Shah 1744 - 1750

15 Sultan Iskandar Dzulkarnain 1752 - 1765

16 Sultan Mahmud Shah II 1765 - 1773

17 Sultan Alauddin Mansur Shah 1773 - 1786

18 Sultan Ahmaddin Shah 1786 - 1806

19 Sultan Abdul Malik Mansur Shah 1806 - 1825

20 Sultan Abdullah Muadzam Shah 1825 - 1830

21 Sultan Shahabuddin Riayat Shah 1830 - 1851

22 Sultan Abdullah Muhammad Shah I 1851 - 1857

23 Sultan Jaafar Safiuddin Muadzam Shah 1857- 1865

24 Sultan Ali al-Mukammal Inayat Shah 1865 - 1871

25 Sultan Ismail al-Muabidin Riayat Shah (mangkat: 1889) 1871 - 1874

26 Sultan Abdullah Muhammad Shah II (mangkat: 1922) 1874 - 1876

27 Sultan Yusuf Sharifuddin Mudzaffar Shah 1876 - 1887

28 Sultan Idris Murshidul Aadzam Shah 1887 - 1916

29 Sultan Abdul Jalil Nasruddin al-Muhtaram Shah 1916 - 1918

30 Sultan Iskandar Shah 1918 - 1938

31 Sultan Abdul Aziz al-Mutasim Billah Shah 1938 - 1948

32 Sultan Yussuf Izzuddin Shah 1948 - 1963


33 Sultan Idris al-Mutawakkil Alallahi Shah 1963 - 1984

34 Sultan Azlan Muhibbuddin Shah 1984 - kini

Istana Sultan Perak

Istana Kenangan

Pada peringkat awal ,tidak ada istana kukuh daripada batu yang dibina untuk Sultan Perak
bersemayam. Istana Sultan Perak pada masa itu terdiri daripada binaan kayu yang bermutu
tinggi dan di bina di tepi Sungai Perak. Kawasan tepi sungai Perak terutama di Hilir Perak
,memang tidak ada kawasan berbukit-bukau.

Apabila Raja Idris ditabalkan menjadi Sultan dalam tahun 1877, baginda telah membuat
istana di atas sebuah bukit berhampiran dengan Batang Hari kerana Sayong selalu sahaja di
tenggelami air apabila Sungai Perak bah. Akhirnya bukit tersebut dinamakan Baginda dengan
sebutan Bukit Chandan, gelarannya Seri Andalan.

Menurut ceritanya nama ini adalah mengambil sempena nama seekor gajah Sultan Yusuf
yang bernama Kulup Chandan. Kononnya pada suatu hari gajah Kulub Chandan ini telah lari
lalu Raja Idris (ketika itu sebagai Raja Muda) bersama juak-juaknya keluar mengikuti jejak-
jejak gajah tersebut hingga sampai ke kaki Gunung Bubu. Setibanya disini baginda telah
bertembung dengan seorang tua berjanggut panjang yang memakai jubah putih. Dengan tidak
semena-mena orang tua tersebut berdatang sembah lalu berkata...

" Tuanku adalah bakal menjadi Sultan Perak dan manakala Tuanku telah ditabalkan menjadi
Sultan kelak, jangan lah bersemayam di Sayong lagi tetapi hendaklah Tuanku membuat
Istana diatas bukit yang di pinggir Batang Hari, Perak. Maka gajah yang bernama Kulup
Chandan itu hendaklah Tuanku bebaskan tujuh hari selepas daripada pertabalan Tuanku
itu...."

Diringkaskan cerita, maka Raja Idris pun ditabalkanlah menjadi Sultan Perak yang ke 28 dan
segala pesanan 'orang tua' tersebut telah ditunaikan oleh baginda. Mulai dari tarikh itu kekal
lah nama Bukit Chandan sebagai tempat terletaknya Istana Rasmi Duli Yang Maha Mulia
Paduka Seri Sultan Perak.
Sistem Pemerintahan

Di zaman pemerintahan silam, sistem pemerintahan Kesultanan Negeri Perak masih


meneruskan konsep ketradisionalan Kesultanan Melayu Melaka dengan sedikit perubahan
dan penyesuaian dengan keadaan negeri dan masyarakat. Sistem gelaran Orang-Besar-Besar
Negeri masih mewarisi Kesultanan Melaka tetapi terdapat sedikit perubahan iaitu dengan
mengwujudkan gelaran-gelaran baharu saperti Orang Besar Lapan, Enam Belas dan Tiga
Puluh Dua disamping mengekalkan konsep gelaran dan fungsi Orang Besar Empat
Kesultanan Melaka. Tetapi gelaran Orang Besar Empat ini juga telah di ubah mengikut
kesesuaian zaman dan masyarakat dan sekarang gelaran ini di kenali sebagai :-

• Tengku Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja wakil al Sultan Wazir Kabir.
• Tengku Orang Kaya Besar Maharaja Di Raja.

• Tengku Orang Kaya Temenggung Paduka Raja.

• Tengku Orang Kaya Menteri Paduka Tuan.

Di zaman pemerintahan Sultan Muzzaffar Shah jawatan Bendahara Paduka Raja telah
disandang oleh Megat Terawis. Megat Terawis dikatakan berasal dari kerabat di raja Pagar
Ruyong (Minangkabau) yang datang ke Perak bersama-sama Sultan Muzzaffar Shah dari
Kampar. Sultan Muzzaffar Shah telah melantik beliau sebagai Bendahara bagi mengantikan
Tun Muhammad setelah Megat Terawis berjaya menghapuskan Tun Saban yang bersengketa
dengan baginda.

Corak pemerintahan tradisional ini walau pun dari kacamata barat dianggap sebagai amalam
feudal yang tidak demokrasi tetapi jika diteliti dari segi pentadbirannya jelas menunjukkan
bahawa sistem pemerintahan demokrasi telah lama dipraktikkan di Negeri Perak sebelum
Inggeris menerjah masuk. Ini dapat dilihat dalam sistem perlantikan Sultan, pembesar negeri
dan strultur pemerintahan itu sendiri.

Sejak dari perlantikan tersebut keturunan Megat telah memegang jawatan Bendahara Perak
hinggalah akhir kurun ke 18 apabila Bendahara Megat Abu Kassim menyerahkan balik
jawatan tersebut kepada Sultan Iskandar Zulkarnain kerana satu perbalahan.

Di zaman pemerintahan Sultan Iskandar Zulkarnain (1756-1770) Negeri Perak menempuh


kegemilangan sejarahnya. Zaman ini lah disifatkan oleh ahli-ahli sejarah sebagai zaman
keemasan. Hakikat ini dapat dilihat daripada catatan yang terdapat didalam Hikayat Misa
Melayu yang menceritakan dengan jelas khusus mengenai zaman tersebut dan perihal
kebijaksanaan kepimpinan dan kegagahan baginda memerintah negeri. Syair "Sultan Perak
Melawat Jajahan Takluknya" sebagaimana yang terdapat didalam hikayat ini adalah satu
contoh yang begitu terkenal lagi menggambarkan keadaan pemerintahan dan masyarakat di
zaman tersebut.

Campurtangan Inggeris di Perak

Percampuran dasar Inggeris terhadap Negeri-negeri Melayu di akhir kurun ke 19 telah


mendorongkan pihak British untuk mengubah sikap berdagang dan campurtangan dalam
urusan politik dan pertadbiran - iaitu penjajahan secara langsung atau tidak langsung terhadap
kesemua Negeri Melayu di Semenanjung. Saperti helang kelaparan mereka hanya menunggu
peluang dan ketika yang sesuai untuk menyambar terus kemakmuran Negeri Perak. Inggeris
yang telah lama mengkaji sistem pentadbiran, struktur, sosial, ekonomi dan politik
bumiputera di Negeri-Negeri Selat dan di negara-negara yang dijajahnya telah berjaya
menyingkap segala aspek kehidupan masyarakat Melayu dan menggunakan kelemahan-
kelemahan yang terdapat untuk menguasai terus Negeri Perak dengan memperalatkan
institusi-institusi traditional. Peluang ini tercapai apabila berlaku perselisihan merebut takhta
kerajaan semasa Sultan Ali Al-Mukamal Inayat Shah, Sultan Perak ke 24 mangkat di Sayong
pada tahun 1871. Raja Muda Abdullah yang bersemayam di batak Rabit sepatutnya mudik ke
Sayong untuk ditabalkan sebagai Sultan tetapi beliau enggan berbuat demikian. Ini telah
mengakibatkan jenazah Almarhum tidak dapat dimakamkan selama sebulan, dan bagi
menyelesaikan masaalah ini Raja Bendahara Ismail telah ditabalkan sebagai Sultan.

Maka berlakulah perselisihan yang berlarutan diantara Raja Abdullah dengan Sultan Ismail.
Di samping ini terdapat pula pergaduhan besar dan sikap bermusuhan diantara dua kongsi
gelap pelombong-pelombong Cina, Ghee Hin dan Hai San disekitar Kelian Puah dan Kelian
Baharu dan berlarutan hingga ke negeri-negeri lain. Peperangan telah berlaku disepanjang
tahun 1861- 1862 dan 1871-1874.

Pergaduhan-pergaduhan dan perselisihan merebut takhta kerajaan ini telah di pergunakan


sepenuhnya oleh pihak Inggeris untuk mencampuri urusan dalam Negeri Perak supaya
kepentingan mereka tidak terjejas dan kekayaan Negeri Perak dapat di eksplotasikan
sepenuhnya bagi menampung keperluan ekonomi negara ibunda mereka. Dengan kepintaran
siasah dan ilmu penjajahan yang telah berkurun dipelajari, Inggeris telah berjaya
memerangkap Raja Abdullah dan beberapa orang Orang Besar-Besar Perak untuk berunding
di Pulau Pangkor. Wakil-wakil kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San juga turut hadir bagi
membalas jasa Inggeris yang telah banyak berbudi kepada mereka. Maka pada 20 Februari
1874 berlakulah satu detik sejarah yang tidak akan dilupakan oleh orang-orang Melayu Perak
dan seluruh Semenanjung Tanah Melayu dengan termeterinya satu perjanjian yang di
namakan Perjanjian Pangkor.

Kejayaan Inggeris dalam babak pertama dalam siri penjajahan mereka di Tanah Melayu ini
telah menjatuhkan mertabat kuasa mutlak Raja Melayu terhadap tanah air mereka sendiri
dengan hanya menjadi Sultan sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.
Urusan pentadbiran dan ekonomi dalam negeri terserah bulat-bulat kepada budibicara
Residen Inggeris yang secara langsung di pertanggung jawabkan oleh Gabenor Negeri Selat
untuk melaksanakan rancangan pembangunan raksaksa - Sistem Residen.

Perjanjian Pangkor dan perlaksanaan sistem Residen ini pada dasarnya telah dapat meredakan
seketika persengketaan di antara golongan-golongan yang bersengketa dalam Negeri Perak.
Dengan bersenjatakan Perjanjian Pangkor yang pada anggapan Inggeris akan di patuhi oleh
semua pihak dan tidak akan di tentang oleh orang-orang Melayu yang selama ini dianggap
mudah di pergaul-gaulkan, J.W.W.Birch, Residen Inggeris yang pertama telah memulakan
tugasnya tanpa menaruh sebarang buruk sangka atau perasaan curiga.

Orang Besar-Besar Perak dan Sultan Abdullah sendiri akhirnya menyedari akan kesilapan
mereka menandatangani Perjanjian Pangkor yang secara langsung mengetepikan hak tradisi
mereka dalam urusan kutipan cukai dan menguasai hasil mahsul dalam jajahan masing-
masing telah menghadapi jalan buntu bagi menghadapi kekuatan kuasa penjajah Inggeris ini.
Akhirnya mereka telah mengambil jalan singkat dengan membunuh J.W.W. Birch dan
pengiring-pengiringnya di Pasir Salak pada 2 November 1875.
Berikutan daripada peistiwa berdarah ini Inggeris telah melancarkan perang besar-besaran
terhadap orang-orang Melayu Perak dengan tujuan untuk menangkap pembunuh J.W.W.
Birch. Pasukan-pasukan polis, tentera dan tentera laut Inggeris dibawah pimpinan Kapten
Speedy telah mengepung perairan Perak. Rumah-rumah orang-orang Melayu yang di syaki
telah di bakar, kota pertahanan orang-orang Melayu di Batak Rabit telah di serang habis-
habisan dan akhirnya ditawan. Inggeris terus mara di sepanjang Sungai Perak dan membunuh
tanpa belas kasihan. Sungguh pun kekurangan senjata dan tektik peperangan oarng-orang
Melayu Perak masih mampu melawan serangan Inggeris saperti yang di lakukan di Kota
Lama. Peperangan Perak ini telah berlanjutan hingga ke tahun 1876 dan akhirnya kesemua
yang terlibat dalam peristiwa pembunuhan J.W.W. birch ditangkap dan dibicarakan
peperangan ini ditamatkan.

Nasionalisme di negeri Perak

Maka tercatatlah dalam sejarah bangsa Melayu dan Negeri Perak nama-nama saperti Dato'
Maharaja Lela, Dato' Sagor, Si Puntum, Pandak Endut, Che' Gondah, Ngah Ahmad,
Laksamana Tun Mohamad Amin, Syahbandar, Che' Ngah Ibrahim,dato pendekar ahmad tok
merah katidan lain-lain lagi disamping Sultan Abdullah sendiri sebagai penebus maruah
bangsa Melayu dalam mempertahankan kedaulatan tanah air dan hak mutlak Kesultanan
Melayu. Ramai diantara mereka yang dihukum gantung dan di buang negeri di asingkan di
Pulau Seychelles di Lautan Hindi ada juga yang hilang jejak seperti dato pendekar ahmad dan
lain nya tetapi perjuangan mereka akan terus menjadi aspirasi generasi kini.

Peristiwa tersebut telah memberikan pengajaran yang berguna kepada Inggeris dalam
merancanakan rancangan penjajahan mereka yang selanjutnya. Raja Yusuf telah diangkat
sebagai Sultan Perak yang ke 27 (1877-1887) bergelar Sultan Yusuf Sharifuddin Muzzaffar
Shah dan Raja Idris yang menghakimkan perbicaraan kes pembunuhan J.W.W.Birch telah
diangkat menjadi Raja Muda. Sistem pertadbiran negeri telah diperkemaskan lagi dan
dipersesuaikan dengan dasar Inggeris. Pembesar-pembesar negeri yang tidak sesuai telah di
pencenkan dan yang berkebolehan serta masih taat kepada pemerintah telah dijadikanpegawai
bergaji tetap dan mesti bekerja untuk Inggeris atas nama titah perintah Sultan.

Ehwal Semasa Negeri Perak

Pembangunan ekonomi telah di lipatgandakan dengan pembukaan lombong-lombong baru


yang lebih moden dan ladang-ladang getah dan ini telah menyebabkan munculnya bandar-
bandar bary disekitar kawasan perekonomian. Bagi menghubungkan rangkaian bandar-
bandar baru saperti Taiping dan Ipoh, jalan-jalan raya dan perkhidmatan keretapi telah
diwujudkan. Bandar-bandar traditional Melayu telah ditinggalkan kesepian kerana segala
kepentingan ekonomi dan urusan perniagaan telah tertumpu di sekitar kawasan yang baru di
bangunkan oleh Inggeris. Maka terasinglah orang Melayu dan tinggal lah mereka kesepian
dengan corak penghidupan lama mereka di kawasan pertanian, di kuala-kuala sungai dan
bandar tradisional warisan mereka.

Penduduk-penduduk Perak telah berkembang pesat dengan penghijrahan beramai-ramai


buruh-buruh kaum Cina dan India untuk mengusahakan sektor perlombongan bijih dan
ladang getah. Maka daripada sinilah wujudnya masyarakat majmuk yang dapat dikenali
daripada identiti kegiatan ekonomi masing-masing.
Negeri Perak sungguh beruntung kerana golongan-golongan Kerabat Di Raja saperti Sultan
Idris Murshidul Aadzam Shah, Sultan Iskandar Shah dan Raja Sir Chulan masih lantang
bersuara dan memperjuangkan nasib rakyat yang di kekang penjajah.

Dalam menghadapi aliran perkembangan politik moden di pertengahan tahun 1940an


hinggalah Tanah Melayu mengalami bahana Perang Dunia ke2, seterusnya detik-detik
kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, sejarah Negeri Perak berkait rapat dengan sejarah Tanah
Melayu pada umumnya. Dalam hal ini negeri Perak telah melahirkan ramai tokoh-tokoh dan
pejuang kemerdekaan yang masih harum namanya menjadi kebanggaan generasi sekarang.
Sehingga kini payungan di raja Kesultanan Perak masih utuh menaungi kemakmuran negeri
dan menjadi lambang kedaulatan dan kekuatan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Rentetan dan Penilaian Peristiwa Pembunuhan J.W.W Birch


January 10, 2010

Oleh Anak Waris

Sejarah Melayu membuktikan bahawa campur tangan Inggeris di negeri-negeri tanah Melayu
pada zaman sebelum merdeka banyak dicetuskan oleh masalah dalaman negeri-negeri tanah
Melayu itu sendiri. Sebagai contoh, masalah yang berlaku di negeri Perak adalah disebabkan
oleh kesilapan Raja Abdullah yang mengundang Inggeris ke Perak akibat perbalahan merebut
takhta Sultan dengan Raja Bendahara Raja Ismail.

Lahirnya pejuang bangsa Melayu di Perak (di sini penulis menggunakan perkataan ‘pejuang’
daripada ‘penentang’) seperti Dato’ Maharaja Lela, Dato’ Sagor, Si Puntum, Pandak Endut,
Laksamana Mohamad Amin, Ngah Ibrahim dan Sultan Abdullah sendiri berlaku setelah
Perjanjian Pangkor ditandatangani pada 20 Januari 1874.

Ada beberapa pendapat menyatakan bahawa Sultan Abdullah dan pengikutnya tidak layak
diiktiraf sebagai pejuang bangsa ekoran daripada kesilapan mereka sendiri yang mengundang
campur tangan Inggeris ke Perak. Sama ada pendapat tersebut betul atau tidak, hanya
pembaca sahaja yang boleh menilai dan mentaksirkan daripada cerita yang berlaku
sehinggalah pembunuhan J.W.W Birch di Pasir Salak pada 2 November 1875.

Pembunuhan J.W.W Birch di Pasir Salak


J.W.W Birch

Pembunuhan J.W.W Birch adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati Sultan Abdullah
Muhammad Shah II dan pembesar negeri terhadap tindak-tanduk Birch. Birch telah
menggunakan kedudukannya sebagai Residen Inggeris di Perak dengan meminta Sultan
Abdullah menandatangani pengisytiharan untuk membolehkannya mengambil alih kuasa
kerja-kerja mengutip cukai daripada pembesar-pembesar Perak tetapi telah ditolak oleh
Sultan Abdullah.

Pada 20hb Julai 1875, J.W.W Birch sekali lagi mendesak Sultan Abdullah menurunkan
tandatangannya dan mengugut Sultan akan diturunkan daripada takhta seandainya baginda
enggan menandatangani surat penyerahan kuasa tersebut. Akibatnya Sultan Abdullah
terpaksa akur dengan ugutan Birch dan menandatangani surat perjanjian tersebut.

Rentetan daripada peristiwa itu, sebanyak 7 kali mesyuarat sulit telah diadakan oleh Sultan
Abdullah Muhammad Shah dengan orang-orang besarnya bagi membincangkan perihal
pembunuhan J.W.W Birch yang diadakan dari bulan Mac hingga September 1875.
Gambar dari kiri Dato' Maharaja Lela, Sultan Abdullah dan Dato' Sagor (sumber gambar:
Amir Hamidi)

Dalam mesyuarat sulit tersebut, sebanyak 5 cara telah dicadangkan. Laksamana Mohamad
Amin telah mencadangkan Birch diracun, Dato’ Maharaja Lela pula mencadangkan Birch
ditikam, Dato’ Sagor pula mencadangkan menyerang Bandar Baru dan membunuh Birch, dan
Sultan Abdullah sendiri mencadangkan agar Birch disihir.

Dalam mesyuarat terakhir yang berlangsung di rumah Dato’ Maharaja Lela, pada 30hb
Oktober 1875, satu keputusan muktamad telah dicapai untuk membunuh Birch di Pasir Salak.
Dato’ Maharaja Lela yang diberi kuasa membunuh Birch telah menganugerahkan baju,
tengkolok dan pedang kepada Pandak Indut sebagai wakilnya untuk membunuh Birch.
Sultan Abdullah bersama-sama dengan JWW Birch, Raja Chulan (di atas riba Birch), Dato’
Laksamana, Swettenham dan Dato’ Syahbandar. Dato’ Sagor (bulatan) berdiri di belakang
Sultan Abdullah. Gambar ini diambil di Bandar Bahru pada 1875. Sumber gambar: Amir
Hamidi.

Saat J.W.W Birch dibunuh di Pasir Salak

J.W.W Birch dibunuh ketika sedang mandi di atas rakit berdekatan perahunya. Birch ketika
itu baru balik dari lawatannya di Pasir Salak untuk melihat kerja-kerja menampal poster
pengisytiharan Inggeris mengambil alih pungutan cukai, dan bercadang untuk bermalam
dalam perahu sebelum pulang ke Bandar Baru pada keesokkan hari.

Pandak Indut telah diarahkan oleh Dato’ Maharaja Lela merejam lembing ke arah tempat
Birch mandi. Rejaman tersebut menyebabkan Birch jatuh ke dalam sungai. Birch yang masih
bernyawa berenang ke darat meminta pertolongan dan pada ketika itulah Si Puntum menerpa
dan menetak kepala Birch dengan parang panjangnya. Mayat Birch ditemui pada petang
keesokkan harinya, sejauh 182.9 meter dari tempat kejadian.

Kematian Birch telah menyebabkan Inggeris berang dan melancarkan perang besar-besaran
terhadap orang-orang Melayu Perak dengan tujuan untuk menangkap pembunuh J.W.W
Birch. Pasukan polis, tentera dan tentera laut Inggeris di bawah pimpinan Kapten Speedy
telah mengepung perairan Perak. Rumah-rumah orang Melayu yang disyaki telah dibakar,
kota pertahanan orang-orang Melayu di Batak Rabit telah diserang habis-habisan dan
akhirnya ditawan. Askar-askar Inggeris terus mara di sepanjang Sungai Perak dan membunuh
tanpa belas kasihan. Sungguhpun kekurangan senjata dan taktik peperangan, orang-orang
Melayu Perak masih mampu melawan serangan Inggeris seperti yang berlaku di Kota Lama.
Peperangan ini telah berlarutan sehingga tahun 1876 dan berakhir setelah semua yang terlibat
dalam peristiwa pembunuhan J.W.W Birch ditangkap dan dibicarakan.
Asal-usul campur tangan Inggeris di Perak

Dipetik dari Wikipedia bahasa Melayu.

Hal ini bermula akibat daripada perselisihan merebut takhta kerajaan ekoran kemangkatan
Sultan Ali Al-Mukamal Inayat Shah, Sultan Perak ke-24 yang mangkat di Sayong pada tahun
1871. Raja Muda Abdullah yang bersemayam di Batak Rabit sepatutnya mudik ke Sayong
untuk ditabalkan sebagai Sultan tetapi baginda enggan berbuat demikian. Ini telah
menyebabkan jenazah Almarhum Sultan Ali tidak dapat dimakamkan selama sebulan, dan
bagi menyelesaikan masalah ini Raja Bendahara Ismail telah ditabalkan sebagai Sultan.

Raja Abdullah berpakaian ala Inggeris. Sumber gambar: wikipedia.

Akibat daripada peristiwa tersebut, berlakulah perselisihan faham yang berlarutan antara Raja
Abdullah dengan Sultan Ismail. Di samping itu juga, terdapat pula pergaduhan besar dan
sikap bermusuhan antara dua buah kongsi gelap pelombong-pelombong Cina, iaitu Ghee Hin
dan Hai San di sekitar Kelian Puah dan Kelian Baharu dan berlarutan hingga ke negeri-negeri
lain. Peperangan telah berlaku di sepanjang tahun 1861- 1862 dan 1871-1874.

Pergaduhan dan perselisihan faham bagi merebut takhta kerajaan ini telah digunakan
sepenuhnya oleh pihak Inggeris untuk mencampuri urusan dalaman negeri Perak supaya
kepentingan mereka tidak terjejas dan kekayaan negeri Perak dapat dieksplotasi sepenuhnya
bagi menampung keperluan ekonomi negara ibunda mereka.

Dengan kepintaran siasah dan ilmu penjajahan yang telah berkurun dipelajari, Inggeris telah
berjaya memerangkap Raja Abdullah dan beberapa orang besar Perak untuk berunding di
Pulau Pangkor. Wakil-wakil kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San juga turut hadir bagi
membalas jasa Inggeris yang telah banyak berbudi kepada mereka. Maka, pada 20 Februari
1874 berlakulah satu detik sejarah yang tidak akan dilupakan oleh orang-orang Melayu Perak
dan seluruh Semenanjung Tanah Melayu dengan termeterinya satu perjanjian yang
dinamakan Perjanjian Pangkor.

Kejayaan Inggeris dalam babak pertama dalam siri penjajahan mereka di Tanah Melayu ini
telah menjatuhkan martabat kuasa mutlak raja-raja Melayu terhadap tanah air mereka sendiri
dengan hanya menjadi sultan sebagai ketua agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja.
Urusan pentadbiran dan ekonomi dalam negeri diserah bulat-bulat kepada budi bicara
Residen Inggeris yang secara langsung diberi tanggungjawab oleh Gabenor Negeri-Negeri
Selat untuk melaksanakan rancangan pembangunan raksaksa sistem Residen.

Perjanjian Pangkor dan pelaksanaan sistem Residen ini pada dasarnya telah dapat meredakan
seketika persengketaan antara golongan-golongan yang bersengketa di negeri Perak. Dengan
bersenjatakan Perjanjian Pangkor, Inggeris beranggapan bahawa perjanjian ini akan dipatuhi
oleh semua pihak dan tidak akan ditentang oleh orang-orang Melayu yang selama ini
dianggap mudah dikotak-katikkan.

Orang-orang besar Perak dan Sultan Abdullah sendiri akhirnya menyedari akan kesilapan
mereka menandatangani Perjanjian Pangkor yang secara langsung mengetepikan hak tradisi
mereka dalam urusan kutipan cukai dan menguasai hasil mahsul dalam jajahan masing-
masing. Akhirnya mereka telah mengambil jalan singkat dengan membunuh J.W.W Birch
dan pengiring-pengiringnya di Pasir Salak pada 2 November 1875.

Sebelum kedatangan J.W.W. Birch, pembesar-pembesar Melayu telah berpecah tiga kerana
merebutkan takhta berikutan kemangkatan Sultan Ali ibni Sultan Shahabuddin Riayat Shah,
Sultan Perak ke-24 (1865-1871), tetapi tidaklah sampai merosakkan negeri Perak yang amat
kaya dengan bijih timah itu. Kehadiran lelaki Inggeris, bertubuh kurus, bermisai melenting,
berwajah bengis, berambut kerinting sebagai Residen Inggeris pertama Perak pada bulan
Januari 1874 telah merubah landskap situasi politik dan pemerintahan di Perak.

J.W.W Birch merupakan seorang Residen yang paling angkuh, suka memperlekeh dan
merendah-rendahkan kedaulatan Perak telah menerbitkan api dendam yang membara di
dalam dada orang-orang besar Perak, sehinggakan terbit gerakan sulit untuk membunuh
J.W.W Birch.

Tambahan dan kesimpulan

Campur tangan Inggeris di negeri Perak bukan sahaja dicetuskan oleh Sultan Abdullah
bahkan dicetuskan oleh salah satu kongsi gelap pelombong Cina di Perak bernama Ghee Hin.

Menurut sumber dari buku “The Golden Chersonese and The Way Thither” (diterbitkan pada
tahun 1892 oleh G.P Putnam dan anak-anak), Raja Abdullah telah meminta pertolongan
rakannya di Singapura, Tan Kim Ching untuk merangka surat kepada Gabenor Sir Andrew
Clarke, meminta pertolongan campur tangan Inggeris di Perak. Begitu juga dengan kongsi
gelap Ghee Hin yang mengutus surat meminta pertolongan daripada pihak Inggeris.

Rentetan campur tangan Inggeris menyebabkan Perak terpaksa menerima seorang Residen
British, iaitu J.W.W Birch. Akibat daripada tindak-tanduk dan keangkuhan Birch serta ekoran
daripada Perjanjian Pangkor, Sultan Abdullah dan pengikut-pengikutnya bangkit menentang
Inggeris di Perak sehinggalah membawa kepada pembunuhan Birch.

Pembesar-pembesar Perak yang terlibat dalam pembunuhan Birch akhirnya ditangkap setelah
mereka menyerah diri. Ramai antara mereka yang dihukum gantung dan dibuang negeri,
diasingkan di Pulau Seychelles di Lautan Hindi termasuklah Sultan Abdullah.
Maklumat lain yang mungkin anda minati dan untuk perbincangan..

1. Kenapakah Sultan Abdullah tidak datang untuk ditabalkan semasa mangkatnya


Sultan Ali? Ada pendapat mengatakan bahawa baginda malu untuk ke Istana akibat
daripada masalah isteri baginda yang lari.
2. Isu gambar Sultan Abdullah berpakaian Inggeris (gambar atas) juga menambahkan
rasa tidak puas hati pihak yang menganggap Sultan Abdullah bersongkol dengan
pihak Inggeris.

3. Persengketaan Sultan Abdullah dengan J.W.W Birch juga mungkin disebabkan oleh
perangai Birch yang suka mengacau perempuan Melayu dan membawa lari salah
seorang gundik baginda.

4. Sultan Abdullah Muhammad II

5. DATO MAHARAJALELA PEJUANG MELAYU PERAK


6.
BIBLIOGRAFI

http://ms.wikipedia.org/wiki/Mat_Kilau

http://ms.wikipedia.org/wiki/Perang_Tok_Janggut

http://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_Perak

You might also like