You are on page 1of 17

SEKOLAH KEBANGSAAN SERI IMAN

SEJARAH
BUKU SKRAP
KEMERDEKAAN
TOKOH PEJUANG
KEMERDEKAAN

NAMA : MUHAMMAD AZFAR AMSYAR


BIN
MOHD ASULKAHAR
INDEKS

BIL ISI KANDUNGAN MUKA


SURAT

1. BIODATA 3

2. PENGHARGAAN 4

3. TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA 5

4. TUN SIR HENRY H.S LEE 6

5. TUN V.T. SAMBANTHAN 7

6. RENTAP 8

7. MAT SALLEH 9

8. TOK JANGGUT 10

9. MAT KILAU 11

10. DATO’ MAHARAJA LELA PANDAK LAM 12

11. ANTANOM 13

12. HAJI ABDUL RAHMAN ABDUL HAMID 14

13. TOK GAJAH 15

14. PENUTUP 16

15. LAMPIRAN 17

2
BIODATA DIRI

NAMA : MUHAMMAD AZFAR AMSYAR BIN MOHD ASULKAHAR

UMUR : 12 TAHUN

JANTINA : LELAKI

ALAMAT : 6855, LORONG KETAPANG 2B, TAMAN KETAPANG. BUKIT


KUANG.
RUMAH 24000 KEMAMAN, TERENGGANU

NO.TELEFON: 016-9241753

KELAS : 6 MUMTAZ

SEKOLAH : SEKOLAH KEBANGSAAN SERI IMAN

HOBI : MELAYARI INTERNET

CITA-CITA : ………………………………………………………

TOKOH : TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL HAJ


KEGEMARAN

MOTTO : BE BETTER THAN YOU WERE YESTERDAY


HIDUP

3
PENGHARGAAN

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi -


tinggi penghargaan kepada pihak - pihak yang telah membantu saya untuk
menyiapkan buku skrap kemerdekaan ini mengenai tokoh pejuang
kemerdekaan Malaysia

Ribuan terima kasih juga saya ucapkan kepada guru sejarah saya
yang banyak memberi panduan dan bimbingan dalam menyiapkan buku
skrap ini. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga buat kedua
ibubapa saya yang telah memberikan dorongan dan sokongan kepada saya
dalam menyiapkan buku skrap saya dan pelajaran saya keseluruhannya.
Walaupun mereka sentiasa sibuk, masa singkat yang berkualiti dengan idea
- idea bernas banyak membantu saya untuk menjalankan tugasan ini.

Akhir sekali, terima kasih kepada rakan - rakan sekelas yang sama -
sama berbincang dan berkongsi maklumat untuk menyiapkan buku skrap
ini.

Terima kasih sekalung budi.

4
TUNKU ABDUL RAHMAN

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum

Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990)

merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955 dan

Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga

1970.

Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu

daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai

"Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa

Malaysia".

5
TUN H.S. LEE

Tun Sir Henry Lee Hau-shik, lebih dikenali sebagai Tun H. S.

Lee (19 November 1900 – 22 Jun 1988) merupakan antara tokoh yang

terlibat dalam mendapatkan kemerdekaan  Persekutuan Tanah Melayu 

dan kemudian menjadi Menteri Kewangan  pertamanya dalam  Jemaah

Menteri Malaya pertama. Beliau juga pernah menjadi Menteri

Pengangkutan dalam kabinet sementara sebelum kemerdekaan.

H. S. Lee merupakan anak sulung kepada seorang usahawan dari

Gaozhou, Guangdong Lee Kwai-lim dan isterinya Kam Kwok-chun. Pada

1924, H. S. Lee berpindah ke Malaya bagi membantu perniagaan bapanya.

Beliau dengan cepat menyesuaikan diri dan aktif berpersatuan.

Selepas perang, Tun H. S. Lee merupakan antara tokoh yang terlibat

dalam menubuhkan MCA, dan kemudian bertanggungjawab memulakan

kerjasama antara kaum sehingga mencetuskan idea penubuhan Parti

Perikatan.

6
TUN VT SAMBANTHAN

Beliau antara anggota rombongan ke London merundingkan

kemerdekaan Tanah Melayu dan terlibat menendatangani perjanjian

kemerdekaan. Selepas 1 penggal sebagai Menteri Buruh, beliau

bertukar portfolio sebagai Menteri Tenaga, Telekom dan Pos(1959)

sehinggalah jawatan terakhir sebelum bersara iaitu Menteri Perpaduan

Negara.

Di peringkat antarabangsa, beliau telah berjasa menyatupadukan

masyarakat India dan masyarakat peribumi Fiji dalam bidang politik,

ekonomi dan sosial. Jesteru, atas jasa beliau yang begitu luas, tidak

hairanlah beliau dimasyurkan sebagai salah seorang negarawan tersohor

di negara kita.

7
RENTAP

Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam

sejarah Sarawak. Pada tahun 1853, beliau merupakan salah seorang

pemimpin penentang kepada pemerintahan Raja Putih Brooke. Rentap

atau nama sebenarnya Libau menjadi ketua pahlawan Iban di Skrang

dan Sariba.

Gelaran Rentap yang bermaksud Ensumbar dalam bahasa Iban atau

membuat dunia bergegar diberikan kepada Libau selepas beliau

memenggal kepala musuh dalam perang pertamanya

8
MAT SALLEH

Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan

pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat

kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Detik perjuangan Datu Mat

Salleh menentang pencerobohan dan keganasan Kompeni Hindia Timur

Inggeris bermula pada bulan Julai 1897.

Dalam masa pertempuran itu, Mat Salleh yang telah mengetuai

pemberontakan selama enam tahun menemui ajalnya pada 31 Januari

1900. Pada pandangan British, Mat Salleh dianggap sebagai seorang

pemberontak, tetapi bagi rakyat tempatan, dia ialah pejuang

kemerdekaan dan seorang pahlawan.

9
TOK JANGGUT

Haji Mohd Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali

sebagai Tok Janggut kerana memelihara janggut sampai ke paras dada

adalah seorang pahlawan Melayu yang terkenal di Kelantan. Dilahirkan

pada 1853, beliau ialah seorang penentang penjajahan British semasa

menentang pengenaan cukai oleh pihak British di Kelantan. Beliau juga

merupakan tokoh agama Islam yang berjaya menarik sokongan banyak

pengikut di Kelantan.

10
MAT KILAU

Nama penuh beliau adalah Mat Kilau bin Imam Rasu. Mat Kilau

dipercayai lahir dalam tahun 1865/1866 di Kampung Masjid, Pulau

Tawar, Jerantut, Pahang. Mat Kilau amat mahir di dalam ilmu kebatinan,

persilatan dan bermain senjata. Beliau mempunyai sifat-sifat seorang

pemimpin dan pemikiran yang matang telah menjadikan beliau seorang

pemuda yang sangat disegani dan dihormati oleh penduduk negeri

Pahang. Segala cabaran yang berjaya dilalui oleh Mat Kilau semasa

menentang pihak British membuatkan pelbagai pihak menyanjung tinggi

kepahlawanan beliau.

11
DATO MAHARAJALELA PANDAK LAM

Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam ialah seorang pembesar kelapan Perak

yang berketurunan Daeng Salili. Beliau adalah anak Raja Bugis yang

berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi.

Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, beliau datang

ke Perak dan dilantik sebagai mufti serta dianugerahkan gelaran

“Dato’ Maharaja Lela Tan Lela”, dengan kuasa boleh memancung tanpa

bertanya. Pandak Lam kemudian mengetuai perjuangan menentang

British di Perak dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller

Woodfird Birch (J.W.W. Birch), Residen British Perak.

12
ANTANOM

Antanom menggerakkan pemberontakan Rundum menentang penjajah

pada tahun 1915. Antanom atau Ontoros dilahirkan di kawasan

“Masinpunon” sungai Salarom pada tahun 1885 dan berumur dalam

lingkungan 30 tahun ketika pemberontakan itu dilancarkan.

Antanom adalah anak keturunan Suku Murut Tagol dari golongan

bermartabat mengikut adat istiadat kaum murut. Dia dibesarkan dalam

zaman daerah kampungnya dilanda oleh persengketaan kaum dan oleh

ancaman pemburu kepala kaum Dayak dari kawasan perbatasan atau

dikenali dengan istilah ” Pengayau “.

13
HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG

Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid bin Haji Abdul Qadir

merupakan seorang pendakwah dan pejuang yang berasal dari Terengganu.

Mendapat pendidikan asas ilmu-ilmu Islam sejak kecil di Mekah. Gurunya

ialah Haji Tun Muhammad, salah seorang ayah saudaranya. Ketika pulang

ke Terengganu, beliau mendapat pendidikan dari Haji Ya’qub dan Haji

Musa yang tinggal di Paya Bunga. Beliau pengamal Tarikat Sammaniyah

seperti gurunya, Tok Ku Paloh.

Terkenal sebagai ulama', pendakwah yang dihormati, ahli perniagaan,

pengusaha yang berjaya dan petani yang gigih. Memimpin gerakan

"Pemberontakan Tani Terengganu". Pernah membela sekumpulan pejuang

yang dilabel Inggeris sebagai pemberontak dan penderhaka raja.

Menunjukkan penentangan terhadap penjajah apabila beberapa peraturan

berkaitan dengan pemungutan hasil mahsul tanah dan hutan

dikuatkuasakan oleh Sultan Terengganu di bawah tekanan Inggeris di Hulu

Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun pada sekitar tahun 1921.

14
TOK GAJAH

Tok Gajah adalah ayah kepada Pahlawan Melayu Pahang iaitu Mat

Kilau. Pada tahun 1891 hingga tahun 1895 telah berlaku pemberontakan

Pahang terhadap pemerintah negerinya. Tok Gajah merupakan tokoh

yang terlibat bersama dengan Datuk Bahaman, Mat Kilau dan Datuk Lela

menentang penjajah Inggeris.

Beliau bertindak menghalau penjajah Inggeris dengan segala tipu

helahnya yang hendak merampas pemerintahan negeri Pahang. Beliau

mempunyai semangat perjuangan yang gigih serta sanggup berdepan

dengan askar-askar Inggeris yang lengkap bersenjata.

15
PENUTUP

Kesimpulannya, saya mendapat banyak pengetahuan dan kefahaman

daripada tugasan ini. Saya belajar untuk lebih memahami tentang

kehebatan tokoh - tokoh pejuang kemerdekaan negara. Tokoh

kemerdekaan negara telah banyak berjasa dalam memperjuangkan

kemerdekaan untuk Tanah Melayu. Segala pengorbanan, rintangan dan

penat lelah mereka berbakti untuk negara patut dicontohi dan dijadikan

panduan.

-SEKIAN, TERIMA KASIH-

16
LAMPIRAN

17

You might also like