You are on page 1of 21

DOL SAID

DOL Said atau nama sebenar beliau Abdul Said lahir dalam tahun 1773 di Naning, Alor Gajah, Melaka dan berasal dari suku Semelenggang merupakan seorang pahlawan Melayu yang kental. Ini kerana Dol Said memiliki sifat berpantang mati sebelum ajal.

Antanom ialah ketua kaum Murut di Rundum.Nama sebenar beliau ialah Ontoros A/L Antanom.Beliau dilahirkan pada tahun 1875.Ketika berusia 30 tahun,Antanom telah memimpin kaum Murut menentang SBUB yang menindas kaumnya.

DATO BAHAMAN

DatoBahaman mendapat gelaran sebagai Orang Kaya Dato Setia Perkasa Pahlawan Semantan.Anugerah itu diberikan sebagai kegagahan beliau dan keberaniannya dalam Perang Saudara di Pahang dan Perang Klang.

Dato Siamang Gagap

Beliau memimpin pasukan menentang British di Seri Menanti.Beliau berpegang teguh kepada prinsip mempertahankan maruah bangsa agama dan tanah air.Prinsip itu jelas ditunjukkan apabila beliau tidak bersetuju dengan keputusan Yamtuan Antah berdamai dengan British.

RAJA CHULAN

Beliau dapat pendidikan di Kolej Melayu Kuala Kangsar(MCKK).Pada tahun 1924,beliau di lantik untuk menjadi Ahli Majlis Perundangan Persekutuan.Beliau menggesa British meningkatkan taraf ekonomi orang melayu dan menambah peluang untuk mereka menceburkan diri dalam perkhidmatan kerajaan.

MOHAMMAD EUNOS ABDULLAH

Mendapat pendidikan inggeris di Raffles Institiution Singapore.Beliau merupakan orang melayu pertama yang dilantik sebagai Ahli Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat(NNS).Beliau pernah bertugas sebagai ketua pengarah akhbar utusan melayu dan lembaga melayu.Pada tahun 1926,beliau menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura.

MAT SALLEH

Nama sebenar beliau ialah Datu Mohamad Salleh bin Datu Balu.Beliau merupakan kebangkitan paling besar dalam sejarah kebangkitan menentang Syarikat Borneo Utara British(SBUB) di Sabah.Mat Salleh berketurunan Bajau dan Suluk.Beliau mewarisi sifat kepahlawanan dan keberanian perang.

DatoMaharaja Lela

Orang besar berlapan Perak dan menjadi penghulu di Pasir Salak.Perjanjian Pangkor Perak menerima residen British iaitu J.W.W.Birch pada bulan November 1874.Perlantikan itu menyebabkan konflik antara J.W.W.Birch,sultan dan pembesar Perak.

SHARIF MASAHOR

Beliau pembesar Sarikei di kawasan Sungai Rajang.Beliau dilantik oleh Sultan Abdul Mukmin Brunei.Beliau sangat berpengaruh di kawasan orang Melanau dan kaum orang Iban.Kewibawaan beliau tergugat apabila Sarikei diletakkan di bawah pentadbiran Brooke.

Yamtuan Antah.

Yamtuan Antah dilantik sebagai Yamtuan Seri Menanti pada tahun 1875.Wilayah jajahan Seri Menanti terdiri daripada Terachi,Ulu muar,Gunung Pasir dan Jempol.Beliau tidak bersetuju dengan tindakan Dato Kelana Sungai Ujong menandatangani perjanjian dengan British.

HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABDUL HAMID

Beliau terkenal sebagai Haji Abdul Rahman Limbong kerana beliau kerap ke Limbong,Kemaman untuk mengajar agama.Beliau berjuang untuk membela nasib petani yang ditindas dalam kebangkitan tani di Terengganu.

TOK JANGGUT

Nama sebenar Tok Janggut ialah Haji Mat Hassan Bin Panglima Munas.Beliau dapat pendidikan di Mekkah dan mahir bersilat.Selepas perjanjian Bangkok 1909,British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam.

RENTAP PAHLAWAN SARAWAK.

Nama asalnya ialah Libau yang bermaksud penggoncang dunia. Agi idup,agi ngelaban slogan masyarakat Iban dalam menentang pertahankan maruah mereka daripada dijajah British.

Y.M. Tan Sri Dato Ungku Dr. Zeti Akhtar Binti Ungku Abdul Aziz dilahirkan pada 27 Ogos 1947 yang merupakan anak kepada proffesor diraja Ungku aziz.Beliau merupakan wanita pertama di lantik menjadi gabenor bank negara Malaysia.Beliau dilahirkan di Johor Bharu.

Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj

Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Shah (8 Februari 1903 - 6 Disember 1990) merupakan Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu dari 1955, dan Perdana Menteri pertama sejak kemerdekaan pada tahun 1957 sehingga 1970. Pembentukan Malaysia pada tahun 1963 merupakan salah satu daripada pencapaiannya yang teragung. Biasanya dikenali sebagai "Tunku", beliau juga dikenang sebagai "Bapa Kemerdekaan" dan "Bapa Malaysia".

Tunku Abdul Razak


Allahyarham Tun Haji Abdul Razak bin Haji Dato' Hussein (11Mac 1922 - 14Januari 1976) merupakan Perdana Menteri Malaysia kedua yang berkhidmat dari tahun 1970 sehingga 1976. Beliau termasyhur dalam pelancaran Dasar Ekonomi Baru (NEP) (1971) yang bertujuan untuk mengatasi masalah ketidaksamaan ekonomi dan sosial yang telah membangkitkan antagonisme perkauman dalam kalangan masyarakat Malaysia yang pelbagai kaum. Selepas kematiannya, beliau telah dikenang sebagai Bapa Pembangunan

Tun Hussein Onn


Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn (12 Februari 1922 - 29 Mei 1990) merupakan Perdana Menteri Malaysia ketiga yang berkhidmat dari tahun 1976 sehingga 1981. Beliau diperlihatkan sebagai seorang yang amat ikhlas dalam perjuangan untuk mencapai perpaduan kaum dan mempunyai reputasi untuk bertindak keras kepada sesiapa yang mencuba membangkitkan kekacauan perkauman di dalam negara. Oleh sebab usahanya dalam pemupukan perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn telah dikenang sebagai "Bapa Perpaduan".

Tun Dr. Mahathir Mohammad

Membawa banyak perubahan dalam pentadbiran corak politik Malaysia. Meperkenalkan pelbagai slogan dan dasar untuk meningkatkan taraf dan kecekapan seperti Bersih, Cekap dan Amanah ; Kepimpinan Melalui Teladan. Beliau mengalihkan pandangan rakyat ke negara Jepun dan Korea melalui dasar Pandang ke Timur. Beliau mengubah arah ekonomi pertanian kepada ekonomi industri. Untuk meringankan tangungan kerajaan beliau melaksanakan dasar penswataan.Beliau mendapat gelaran Bapa Pemodenan

Tan Sri Abdullah Ahmad Badawi Tun Abdullah bin Haji Ahmad Badawi (lahir: 26 November 1939; juga dikenali sebagai Pak Lah) merupakan bekas Perdana Menteri Malaysiake-5, mewarisi kepimpinan daripada Tun Dr. Mahathir bin Mohamad. Beliau juga merupakan bekas Presiden UMNO ke-6, parti politik yang paling besar dalam Malaysia. Selepas melepaskan jawatan Perdana Menteri Malaysia, 1 September 2009, beliau dilantik menjadi Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Beliau diberi gelaran Bapa Pembangunan Modal Insan Malaysia.

Tan Sri Najib Tun Abdul Razak YAB Dato' Seri Haji Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak[1] (lahir 23 Julai 1953) adalah Perdana Menteri Malaysia (ke-6) terkini sejak 3 April 2009, selain sebagai Menteri Kewangan dan ahli parlimen Pekan, Pahang. Beliau adalah anak lelaki sulung kepada bekas perdana menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Dato' Hussein. Di peringkat akar umbi politik, beliau merupakan Presiden UMNO yang ke-7. Selain itu, ia masih memiliki darah bangsawan Makassar iaitu susur galur daripada keturunan Sultan Hassanudin, Sultan Makasar terakhir di Gowa, Sulawesi Selatan. Beliau diberi gelaran Bapa Transformasi Malaysia

You might also like