You are on page 1of 13

Tun Dr.Ismail Dato' Hj.

Abdul Rahman

Tun Dr.Ismail Dato' Hj. Abdul Rahman

1915 - 1973

Beliau dilahirkan pada 4 November 1915, segala jasa dan pengorbadan

Tun Dr.Ismail Bin Dato' Hj.Abdul Rahman terhadap negara sentiasa

dikenang walaupun selepas ketiadaannya. Mantan Timbalan Perdana

Menteri Ke-2 ini diperakui pakar dalam hubungan antarabangsa dan

mempunyai rekod cemerlang dalam hal- ehwal dalam negeri.

Ringkasnya, beliau adalah pemimpin yang bergandingan

dengan Tunku Abdul Rahmandan Tun Abdul Razak dalam proses

memperkukuhkan negara bangsa Malaysia.

Anak kelahiran Johor Bahru ini mendapat pendidikan awal di Sekolah Bukit

Zaharah dan kemudian melanjutkan pelajaran di English College, kedua-duanya di

Johor Bahru. Setelah lulus dengan cemerlang dalam pendidikan peringkat

menengah, beliau melanjutkan pelajaran ke King Edward College of Medicine,

Singapura dari tahun 1936 hingga 1939. Setelah itu, beliau telah mendapat tawaran

melanjutkan pengajian di Queen's College Melbourne University, Australia sehingga


memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perubatan tahun 1945. Beliau mendapat

penghargaan dan menjadi kebanggaan negara kerana menjadi anak melayu pertama

lulus Ijazah Perubatan dari University tersebut. Sekembali ke Tanah Air, beliau

menyertai Jabatan Kesihatan Johor buat seketika dan kemudian membuka klinik

perubatannya sendiri yang dikenali sebagai Tawakkal di Johor Bahru.

Tun Dr.Ismail mula menempa nama dalam bidang politik apabila dilantik sebagai

Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor tahun 1948 hingga 1954. Di peringkat

persekutuan pula, beliau mula menyertai UMNO pada tahun 1951 setelah Dato' Onn

Jaafar meletak jawatan dan Tunku Abdul rahman diangkat sebagai Presiden UMNO.

Beliau juga menganggotai Majlis Perundangan Persekutuan yang ditubuhkan oleh Sir

Gerald Templer pada tahun 1955 dan setahun selepas itu, beliau dilantik sebagai

Menteri Tanah, Perlombongan dalam kabinet persediaan Tunku Abdul Rahman.

Sebelum negara mencapai kemerdekaan, Tun Dr.Ismail telah dilantik sebagai

Menteri Perdagangan dan Perindustrian pada tahun 1956. Tunku Abdul Rahman

turut memilih beliau sebagai salah seorang ahli rombongan ke London pada Februari

1956 bagi rundingan kemerdekaan Tanah Melayu. Beliau telah dilantik sebagai Duta

Malaysia ke Amerika Syarikat yang pertama dan pada masa yang sama sebagai wakil
Malaysia ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di New York.

Sebaik pulang ke tanah air, khidmat dan pengalaman luas beliau dalam politik amat

diperlukan menyebabkan beliau dilantik sebagai Menteri Perdagangan dan

Perindustrian buat kali kedua serta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri antara tahun

1960-1967. Atas sebab-sebab kesihatan, Tun Dr.Ismail bersara seketika daripada

bidang politik negara dan menjalani rawatan kanser di London. Desakan keadaan

selepas peristiwa hitam 13 Mei 1969, Tun Dr.Ismail kembali melibatkan diri dalam

kancah politik demi kepentingan negara. Beliau sekali lagi telah dilantik sebagai

Menteri Hal-Ehwal Dalam Negeri dan bertanggungjawab membantu Tun Abdul

Razak meredakan ketegangan dalaman ini sebagai Timbalan Pengerusi Majlis

Gerakan Negara(MAGERAN)

Apabila keadaan negara telah pulih sepenuhnya, Tun Abdul Razak telah sebulat suara

dipilih sebagai Perdana Menteri Malaysia Ke-2 dan melantik Tun Dr.Ismail sebagai

Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1971. Tun Dr.Ismail telah menampilkan

prestasi yang amat membanggakan dan banyak membantu meringankan tugas serta

tekanan yang dihadapi oleh Tun Abdul Razak ketika itu. Tun Dr.Ismail juga pernah

memangku jawatan Perdana Menteri ketika Y.T.M Tunku Abdul Rahman dan Tun

Abdul Razak berada di luar negara.


Pada 2 Ogos 1973 beliau meninggal dunia akibat serangan jantung dan dimakamkan

di Makam Pahlawan yang merupakan pemimpin pertama disemadikan di situ.

Ungkapan beliau, 'Jangan sapu ke bawah permaidani' yang sangat terkenal diingati

sehingga ke hari ini. Ungkapan ini timbul berikutan permasalahan ekonomi orang

Melayu yang sangat daif tetapi cuba ditutup begitu sahaja, sehingga akhirnya tercetus

Peristiwa 13 Mei 1969.

Sumbangan pemikiran beliau yang luar biasa memberi inspirasi kepada Akademi

Perubatan Malaysia menganjurkan pidato Tun Dr.Ismail setiap dua tahun sekali.

Sebagai mengenang jasa beliau, namanya terpahat di Kolej Tun Dr Ismail, UPM,

Kolej Kediaman Tun Dr. Ismail, UTHM, Batu Pahat Johor dan Taman Tun Dr Ismail

di kawasan Selangor dan Kuala Lumpur. Sebagai menghargai jasa dan sumbangan

beliau, Universiti Malaya menganugerahkan Ijazah Kehormat Kedoktoran Undang-

Undang kepada beliau pada tahun 1964.

Allahyarham Tun Dr. Ismail bin Dato Haji Abdul Rahman dilahirkan dari keluarga

pada 4 November 1915 di Johor Baharu, Johor. Beliau menerima pendidikan awalnya di

sekolah Bukit Zaharah Johor Baharu dan kemudiannya di Maktab Inggeris Johor Baharu.

Setelah tamat pengajian peringkat menengah, beliau melanjutkan pelajaran ke Kolej

Perubatan King Edward VII di Singapura dari tahun 1935 hingga1937. Semasa usia beliau

menjangkau 28 tahun (1934), beliaumeneruskan pengajian dalam bidang perubatan di

University of Melbourne, Australia. Berkat usaha yang tidak kenal jemu, beliau muncul

sebagai anak melayu yang pertama mendapat ijazah Doktor Perubatan dari universiti tersebut

pada tahun 1945. Beliau telah berkahwin dengan Toh Puan Norashikin bt Dato Mohd Seth
dan dikurniakan 6 orang cahaya mata, 4 lelaki dan 2 perempuan. Beliau telah meninggal

dunia pada 2 Ogos 1973, jam 10 malam di rumah beliau di Kuala Lumpur semasa beliau

berusia 58 tahun.

Mengimbas kembali jawatan-jawatan yang pernah disandang oleh Allahyarham,

beliau pernah dilantik menjadi ahli Dewan Undangan Negeri Johor dan kemudian sebagai

Majlis Kerja Kerajaan Johor (EXCO) padaa tahun 1948. Pada tahun 1951, beliau telah

dilantik menjadi Menteri Perdagangan dan Perindustrian yang Pertama. Pada 1 Januari 1956,

beliau turut serta dalam rombongan ke London untuk memperjuangkan kemerdekaan tanah

air. Pada 31 Ogos 1957 (setelah merdeka), beliau bertugas sebagai Menteri tak Berjawatan

dan kemudian sebagai Duta Besar Persekutuan Tanah Melayu yang pertama ke Amerika

Syarikat. Beliau juga berperanan sebagai wakil tetap Negara di Pertubuhan Bangsa-bangsa

Bersatu (PBB) sehingga tahun 1959. Pada tahun 1959juga, beliau diberi amanah sebagai

Menteri Hal Ehwal Luar Negeri. Pada Tahun 1960, beliau dilatik sebagai Menteri

Keselamatan Dalam Negeri dan 3 tahun kemudian ditugaskan sebagai Menteri Hal Ehwal

Dalam Negeri. Pada tahun 1970, beliau telah berkhidmat sebagai ahli Majlis Perundangan

Negara. Pada tahun 1971, beliau telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia

oleh Allahyarham Tun Abdul Razak. Di samping itu, beliau turut menyandang jawatan

Menteri Perdagangan dan Perusahaan.

Bagi mengenang dan menghargai jasa-jasa beliau sebagai seorang tokoh politik yang

ulung, beliau telh dianugerahkan pingat Panglima Mangku Negara (PMN) oleh Yang Di-

Pertuan Agong pada 31 Ogos 1959, Ijazah Kehormat Doktor Perundangan oleh Universiti

Malaya pada Jun 1964, Anugerah Kehormat dari pemerintah Vietnam (Vietnam National

Order Grand Officer) oleh kerajaan Republik Vietnam, Bintang Kebesaran Seri Paduka
Mahkota Johot (SPMJ), kedua-duanya dlam bulan oktober 1965 dan Bintang Kebesaran Seri

Setia Mahkota (SSM) oleh Yang DiPertuan Agongpada April 1966, yang membawa gelaran

Tun kepada beliau. Beliau juga mendapat Anugerah Bintang Republik Indonesia dari Presiden

Sukarno pada Mac 1970 dan Ijazah Kehormat Doktor Undang-undang dari Universiti Sains

Malaysia pada Jun 1973.

Sumbangan dan jasa Allahyarham terhadap tanah air amatlah besar. Sumbangan

terbesar beliau adalah dalam menuntut hak kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dan

membantu negara dalam menyatukan semula hubungan antara kaum selepas peristiwa 13 Mei

1969. Beliau berupaya memulihkan keamanan dalam negeri dan menawarkan khidmat bakti

agar perkembangan peribadi nusa dan bangsa terselamat daripada kemusnahan penjajahan dan

api perkauman. Beliau sanggup memperjuangkan hidup dan nilai keperibadiannya yang tinggi

demi melihat pembangunan masyarakat dan Negara terlaksana dengan sepenuhnya. Kini,

Negara kehilangan seorang lagi tokoh negarawan yang benar-benar berdedikasi dan unggul.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-fatihah.

Tun Dr. Ismail Bin Dato' Abdul Rahman Wira Negara

Contoh Pemimpin Tegas & Jujur Ke arah Perpaduan & Keharmonian


Oleh Tun Sheikh Engku Bendahara

Tun Dr. Ismail bin Dato Abdul Rahman ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia Kedua.

Beliau telah dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia Kedua oleh YAB Tun

Abdul Razak pada 22 September 1970. Semasa MAGERAN melaksanakan dasar pentadbiran

dan pemerintahan negara ketika darurat pada Mei 1969-Februari 1971, Tun Dr. Ismail

menjawat Timbalan Pengarah MAGERAN. Beliau juga merupakan seorang tokoh profesional

dan politik Melayu yang turut serta dalam perjuangan menuntut kemerdekaan Tanah Melayu

daripada British.

Tun Dr. Ismail ialah anak watan negeri Johor. Beliau dilahirkan pada 4 November 1915 di

Johor Bahru dari sebuah keluarga elit, berpendidikan tinggi dan mempunyai banyak harta.

Bapanya, Dato Abdul Rahman bin Mohd Yassin telah bermastautin di Johor Bahru kerana

menjawat jawatan tinggi Kerajaan Negeri Johor. Antara jawatan yang pernah disandang oleh

bapanya ialah sebagai kerani, pesuruhjaya daerah, majistret dan bendahari negeri. Di

peringkat kebangsaan, bapanya ialah Speaker Dewan Negara yang pertama. Dato Abdul

Rahman terkenal sebagai seorang tokoh Melayu Johor yang telah menubuhkan Persatuan

Melayu Johor menentang Malayan Union. Beliau juga ialah ketua Orang Tujuh yang

menuntut Sultan Ibrahim meletak jawatan sebagai Sultan Johor kerana menandatangani

persetujuan penubuhan Malayan Union 1946 yang bertentangan dengan Undang-Undang

Tubuh Kerajaan Johor 1895.

Dato Abdul Rahman dan bapanya Mohd Yassin berasal dari Parit Bakar Muar Johor. Parit

Bakar terletak dalam kawasan yang dulunya terkenal sebagai Padang sebelum Bandar

Maharani dibuka pada 1884. Padang diperintah oleh ketua tradisional Melayu bergelar

Orangkaya yang terdiri dari kaum karabat Mohd Yassin. Mohd Yassin ialah anak kepada

Orangkaya Abdul Rahman, Orangkaya Setia Minyak Beku III. Keluarga beliau berasal dari

keturunan Raja Melayu Bugis Campa yang terkenal di Padang Muar sejak dari Kesultanan
Melayu Melaka. Mereka merupakan keluarga pentadbir yang menyara hidup daripada sumber

perkebunan dan perdagangan dan sangat menitikberatkan pelajaran.

Datuk nenek moyang Tun Dr Ismail di Padang dan di Batu Pahat adalah pembesar daerah

atas titah atau pelantikan Sultan. Moyang Tun Dr. Ismail di Batu Pahat iaitu Abdul

Rahman bin Ismail bergelar Orangkaya Setia Minyak Beku III, Batu Pahat pada 1862-1881.

Bapa kepada Abdul Rahman iaitu Orangkaya Ismail bin Orangkaya Ahmad pula ialah

Orangkaya Setia Minyak Beku II pada 1855-1862 dan bapa Orangkaya Ismail iaitu Ahmad

bin Daing Abdul Rahman menjadi Orangkaya Setia Minyak Beku I pada 1811-1855. Daing

Ahmad adalah daripada keturunan Daing Indera Perma Paso berasal dari Sulewasi. Banyak

saudara beliau menjadi Orangkaya Muar atau Padang. Daing Abdul Rahman telah dihantar

dan disaran oleh saudaranya, Orangkaya Muar mengetuai masyarakat Melayu Bugis dan

orang-orang Selat atau Seletar di Minyak Beku setelah berjaya melumpuhkan kegiatan lanun

di perairan Batu Pahat. Pada mulanya mereka menjunjung kedaulatan Sultan Melaka

kemudian Sultan Johor Pahang dan terakhir kepada Temenggong Johor yang

kemudiannya menjadi sultan pada tahun 1885.

Keturunan Tun Dr. Ismail mempunyai hubungan rapat dan bercantum dengan nenek moyang

Tan Sri Noah, Tun Dr. Awang Hassan dan Orangkaya-Orangkaya Muar. Mengikut sejarah,

pusat pemerintahan datuk nenek moyang mereka yang telah dikurniakan oleh Sultan Melaka

kepada anak raja Melayu keturunan Bugis Campa ialah di Bukit Makmur atau Bukit Mor,

Muar. Sejak itu, keluarga ini turun-temurun memerintah kawasan bernama Padang dan

sekitarnya.

Tun Dr. Ismail mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Bukit Zaharah, Johor Bahru.

Seterusnya beliau menuntut di English College, (Maktab Sultan Abu Bakar). Kemudian,

beliau dihantar oleh bapanya melanjutkan pelajaran di bidang perubatan di Kolej King
Edward VII, Singapura pada tahun 1935-1937, tetapi beliau tidak berjaya menamatkan

pengajian kerana kurang meminati bidang perubatan yang ditentukan oleh bapanya.

Bapanya, Dato Abdul Rahman merupakan seorang yang sangat menitikberatkan pelajaran

keluarga hingga ke peringkat tertinggi. Beliau menghendaki anak-anaknya berkelulusan

daripada pelbagai bidang profesional selain peguam. Ketika itu, kerjaya peguam merupakan

trend dan kebanggaan keluarga elit. Dato Abdul Rahman memilih anaknya Tun Dr. Ismail

mempelajari ilmu perubatan kerana bersesuaian dengan sikap beliau yang agak pendiam ,

tegas, cekap dan cepat membuat keputusan dan tindakan. Dr. Ismail pula meminati

bidang perundangan dan bercita-cita untuk menjadi peguam seperti bapa dan abangnya,

Sulaiman.

Adik-beradik Tun Dr. Ismail selain Dato Sulaiman ialah Khadijah, Abdullah, Aishah, Md

Yassin, Rafiah, Zubaidah dan Fatimah. Semua adik-beradik beliau berpelajaran tinggi dan

menyumbangkan perkhidmatan kepada masyarakat awam. Abangnya, Sulaiman ialah salah

seorang anggota Kumpulan Tujuh dan pemimpin UMNO berijazah undang-undang dari

Universiti Cambridge dan pernah menjadi Menteri Kabinet dan Persuruhjaya Malaysia ke

Australia. Begitu juga dengan yang lain seperti Senator Abdullah, Dr. Zubaidah, YB. Md

Yassin dan Fatimah.

Walaupun gagal untuk menamatkan pengajian dalam bidang perubatan di Singapura, Tun Dr.

Ismail tetap berkobar-kobar untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perundangan di

England, tetapi tidak mendapat biasiswa kerana beliau daripada keluarga berada. Bapanya

pula tidak bersetuju beliau melanjutkan pelajaran dalam bidang ini. Bapanya hanya bersetuju

membiayai pelajaran Tun Dr. Ismail sekiranya beliau sanggup melanjutkan pelajaran dalam

bidang perubatan di Australia. Beliau akur dengan kehendak bapanya. Beliau berjaya malah

menjadi pelajar yang sangat tekun dan gigih. Tun Dr. Ismail merupakan pelajar Melayu

pertama yang lulus dalambidang perubatan di Australia.


Penglibatan Tun Dr. Ismail dalam persatuan pelajar ketika di Singapura dan di Australia telah

menampilkan ketokohan dan pemikiran beliau terutamanya terhadap kemajuan pendidikan

dan perpaduan Melayu. Setelah tamat pengajiannya di Universiti Melbourne, Australia pada

tahun 1945, beliau telah berkhidmat di Hospital Tentera Australia. Setelah perang tamat,

beliau kembali ke tanah air pada 1947 dan berkhidmat dengan kerajaan Johor sebagai

pembantu pegawai perubatan di Hospital Johor Bahru sehingga 1948. Beliau telah

melepaskan jawatannya dan membuka klinik sendiri bernama Klinik Tawakal di Johor Bahru

kerana aktif dalam persatuan dan tidak suka terikat dengan syarat-syarat yang ditetapkan oleh

kerajaan Johor. Pada ketika itu beliau juga dipengaruhi oleh keadaan bapa dan keluarganya

serta ahli Kumpulan Orang Tujuh yang telah dipecat oleh sultan.

Tun Dr. Ismail telah mendirikan rumah tangga dengan Toh Puan Norashikin binti Dato

Mohd. Seth, anak salah seorang pembesar Johor pada tahun 1950. Mereka telah dikurniakan

enam orang anak, empat orang lelaki dan dua orang perempuan iaitu Mohd. Taufik (1951),

Zailah (1953), Badariah (1957), Mohd. Tarmizi (1960), Zamkhasani (1964) dan Mohd. Arif

(1967). Dato Mohd. Seth, bapa Toh Puan Norashikin merupakan salah seorang daripada ahli

rombongan yang menuntut kemerdekaan 1956 di London sebagai mewakili Sultan Johor.

Tun Dr. Ismail mewarisi sifat keyakinan diri yang tinggi dan suka berdikari. Beliau

menjalankan perniagaan dengan membuka kelinik perubatan sendiri yang dinamakan Klinik

Tawakal. Beliau suka membantu orang miskin dan yang kurang bernasib baik terutamanya

dalam bidang pendidikan dan kesihatan. Penglibatan aktif beliau dalam persatuan bukan

politik seperti Persatuan Bekas Mahasiswa Luar Negeri Johor atau Persatuan Siswazah

Melayu Johor yang ditubuhkannya, mendorong beliau dilantik menganggotai Dewan

Undangan Negeri Johor pada tahun 1948 dan seterusnya sebagai EXCO Kerajaan Negeri

Johor. Beliau hanya menceburkan diri dalam parti politik atas permintaan bapanya. Beliau

bersama-sama dengan bapa dan keluarga besarnya serta ahli-ahli Persatuan Melayu Johor
yang diketuai oleh bapanya sendiri menganggotai UMNO pada 1951 setelah Dato Onn

meninggalkan parti itu.

Pada tahun 1952, Tun Dr. Ismail dilantik menjadi Ahli Dewan Undangan Persekutuan yang

bertanggungjawab terhadap tanah, lombong dan perhubungan. Pelantikannya selaku ahli

kabinet kepada Tun General Templer adalah atas permintan YM Tunku Abdul Rahman. Pada

Julai 1955 beliau telah bertanding dalam Pilihanraya Persekutuan Pertama dan menang di

Kawasan Johor Timur. Berikutan dengan kemenangan itu, beliau dilantik menjadi Menteri

Hasil Bumi dalam Pemerintahan Kerajaan Bersendiri dan pada 1956 menjadi Menteri

Perdagangan dan Perusahaan Malaya yang pertama.

Tun Dr. Ismail ialah seorang tokoh pemimpin Melayu yang berprinsip dan setia. Beliau

merupakan salah seorang pemimpin kepercayaan YM Tunku Abdul Rahman. Beliau dan Tun

Abdul. Razak sentiasa bersama-sama dalam perbincangan untuk menuntut kemerdekaan

negara sehingga berjaya diperoleh pada 31 Ogos 1957.

Pada September 1957, Tun Dr. Ismail dilantik menjadi Duta Persekutuan Tanah Melayu

bertaraf menteri ke Amerika Syarikat di samping menjadi Ketua Tetap dan Wakil Persekutuan

Tanah Melayu ke Bangsa-Bangsa Bersatu hingga Februari 1959. Kemudian, beliau menjadi

Menteri Hal Ehwal Luar Negeri pada bulan Ogos 1959 dan menjadi Menteri Kementerian

Keselamatan Dalam Negeri pada November 1960.

Beliau telah menyumbangkan banyak jasa dan memainkan peranan penting ketika

pembentukan Malaysia dan menjadi Menteri Keselamatan Hal Ehwal Dalam Negeri dan

Menteri Keadilan setelah Malaysia dibentuk pada 16 September 1963. Beliau juga

bertangggongjawab menubuhkan ASEAN dan mewujudkan persefahaman Zon Bebas

ASEAN dari segala pengaruh dan campurtangan kuasa tentera asing dan ideology. Beliau

terus gigih berkerja meskipun kesihatannya kerap terganggu kerana mengidap barah dan sakit

jantung. Kesihatannya bertambah parah apabila berlaku perpisahan Singapura dari Malaysia
pada Ogos 1965. Beliau telah bersara awal pada 1 Jun 1967 kerana masalah kesihatan yang

bertambah buruk dan memaksa beliau mengikuti rawatan dan berehat.

Apabila berlaku peristiwa 13 Mei 1969, beliau berasa amat bersemangat untuk

menyumbangkan bakti semula tanpa menghiraukan masalah kesihatannya. YAB Tun Abdul

Razak pula sangat mengharapkan kesediaan beliau menyambung tugas kerana beliau ialah

seorang tokoh pemimpin Melayu yang sangat ikhlas, jujur, taat, serius dan tegas serta cekap

dan mempunyai pandangan jauh yang sangat penting untuk perpaduan dan keharmonian

sebuah negara bangsa. YAB Tun Abdul Razak telah memujuk beliau menganggotai Majlis

Gerakan Negara (MAGERAN) berikutan dengan perisytiharan Darurat 1969. Di samping itu,

beliau juga dilantik menjadi Penolong Pengarah dalam Majlis Perundingan Negara. Majlis ini

berperanan untuk memberikan nasihat kepada MAGERAN tentang perkara-perkara yang

berkaitan dengan perhubungan kaum. Bertitik tolak daripada hakikat tersebut, maka dicipta

RUKUNEGARA. Satu lagi yang diputuskan oleh Majlis Perundingan Negara ialah Dasar

Ekonomi Baru.

Sebagai Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Tun Dr. Ismail merupakan seorang yang tegas

dalam membanteras gejala rasuah dalam kalangan kakitangan kerajaan. Pada 23 Februari

1970, beliau telah mengumumkan satu rang undang-undang tambahan bagi Badan Pencegah

Rasuah (BPR) iaitu Ordinan No. 23 Kuasa Perlu Darurat 1970 dikuatkuasakan. Selaku

Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail telah memberikan sokongan yang kuat terhadap

Rang Undang-undang (Pindaan Perkara Sensitif) Perlembagaan di parlimen yang

dikemukakan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak pada 23 Februari 1971.

Dalam susunan kabinet baharu yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak

pada 1 Januari 1973, Tun Dr. Ismail terus diamanahkan jawatan sebagai Timbalan Perdana

Menteri, Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri di samping Menteri Perdagangan dan Perusahaan.
Dalam menghadapi sesuatu isu yang berkaitan dengan kepentingan negara, beliau sangat

tegas menyebabkan beliau sangat dihormati oleh kawan dan pihak lawan.

Ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr. Ismail telah beberapa kali

menanggung kerja dan memangku tanggungjawab dan tugas Perdana Menteri ketika YAB

Tun Abdul Razak ke luar negeri sama ada bercuti atau melakukan lawatan rasmi. Beliau telah

berkhidmat dengan cemerlang sehingga ke akhir hayatnya.

Pada hari Khamis, 2 Ogos 1973, adalah merupakan hari terakhir beliau sebagai seorang

negarawan. Beliau sempat merasmikan perayaan Jubli Perak Gabungan Pelajar Melayu

Semenanjung (GPMS) pada pukul 4.22 petang. Pada pukul 10.00 malam, Tun Dr. Ismail telah

menghembuskan nafas yang terakhir di rumahnya No. 22, Jalan Maxwell, Kuala Lumpur.

Pada hari Jumaat, 3 Ogos 1973, jenazah beliau telah disembahyangkan di Masjid Negara

selepas upacara sembahyang Jumaat. Jenazah Tun Dr. Ismail telah dimakamkan di Makam

Pahlawan Masjid Negara pada pukul 6.30 petang. Kini, sudah tiga puluh lapan tahun perginya

seorang tokoh negarawan yang amat berjasa. Negara amat merasa kehilangannya, seorang

tokoh pemimpin yang sangat berdisiplin, tegas, berprinsip, ikhlas dan jujur.

You might also like