You are on page 1of 19

TUNKU ABDUL RAHMAN

Beliau adalah Perdana Menteri Malaysia


yang pertama dan terkenal sebagai
seorang pemimpin yang berwibawa,
berjiwa kental dan mempunyai semangat
jati diri yang tinggi untuk membebaskan
negara dari cengkaman penjajah.

Sepanjang hayatnya, Tunku telah menunjukkan kehebatan


sebagai pemimpin yang berwibawa dalam pelbagai bidang,
seorang pejuang yang berjiwa kental dan mempunyai
semangat jati diri yang tinggi untuk membebaskan negara
dari cengkaman penjajah

Liku, cabaran, perit jerih terbayar dek nikmat


kemerdekaan yang diwarisi sehingga kini dan kita
sebagai rakyat Malaysia perlu merasa terhutang budi
kepada Tunku – Bapa Kemerdekaan.

Di antara sumbangan beliau kepada Malaysia ialah:

 Aktif menentang Malayan Union


 Mengetuai UMNO dan mengubah slogan Hidup
Melayu kepada Merdeka
 Mewujudkan kesepakatan kaum di antara Melayu,
Cina, dan India.
 Berulang-alik ke London untuk melakukan
rundingan mendapatkan kemerdekaan .

Penglibatan menentang Malayan Union, mengemudi


kepimpinan UMNO melalui perubahan slogan dari Hidup
Melayu kepada Merdeka, mengatur strategi pakatan antara
kaum dengan kerjasama pihak Majlis Raja-Raja Melayu telah
membuktikan kepimpinan Tunku sehingga berjaya mencapai
kemerdekaan secara aman melalui meja rundingan.

Dikenali sebagai
BAPA KEMERDEKAAN, Tunku Abdul
Rahman andalah pejuang kemerdekaan
Malaysia yang bersusah-payah untuk
mendapatkan kemerdekaan Negara dari
cengkaman penjajah.
TUN SIR HENRY H.S LEE

Ketokohan, pengorbanan dan jasa Tun


Sir Henry H.S. Lee dalam mencapai
perpaduan kaum dan kemerdekaan
negara amat terserlah dan perlu
dikenang selama-lamanya. Beliau
memainkan peranan yang penting
dalam penubuhan MCA, perancang
utama penubuhan perikatan UMNO-
MCA, penentang komunis di zaman
darurat dan merupakan pejuang
negara semasa menuntut

Apabila Malaya merdeka, beliau


telah dilantik sebagai Menteri
Kewangan antara tahun 1957
hingga 1959. Sesungguhnya,
jasa dan pengorbanan beliau
telah menjadi salah satu
kebanggaan negara.
TUN V.T SAMBATHAN

Tun V.T. Sambanthan merupakan


seorang pejuang daripada masyarakat
India yang dilahirkan pada 16 Jun 1919
di kawasan pedalaman di Sungai Siput,
Perak. Kepimpinan beliau terserlah
apabila dilantik menjadi Presiden
Kongres India Malaya ketika berusia
36 tahun.negara semasa menuntut
Kemerdekaan Malaya

Kemudian Tun V.T. Sambanthan


dilantik menjadi menteri penuh dalam
pelbagai kementerian. Sepanjang
tempoh menjadi menteri kabinet begitu
banyak jasa yang telah dicurahkan oleh
Tun V.T. Sambanthan terutama
berkaitan dengan perpaduan rakyat yang
berbilang kaum dan dari segi
kemudahan kepada rakyat serta
semangat patriotisme pada masa itu.
RENTAP

Rentap merupakan seorang pahlawan Dayak (Iban) terkenal dalam sejarah Sarawak.
Pada tahun 1853, beliau merupakan salah seorang pemimpin penentang kepada
pemerintahan Raja Putih Brooke. Rentap atau nama sebenarnya Libau menjadi ketua
pahlawan Iban di Skrang dan Sariba. Gelaran Rentap yang bermaksud Ensumbar dalam
bahasa Iban atau membuat dunia bergegar diberikan kepada Libau selepas beliau
memenggal kepala musuh dalam perang pertamanya.
MAT SALLEH

Detik perjuangan Datu Mat


Salleh menentang
pencerobohan dan keganasan
Kompeni Hindia Timur Inggeris
bermula pada bulan Julai
1897. Dalam masa
pertempuran itu, Mat Salleh
yang telah mengetuai
pemberontakan selama enam
tahun menemui ajalnya pada
31 Januari 1900.

Beliau dengan beraninya mengetuai


Pada pandangan British, Mat pasukannya dalam menentang
Salleh dianggap sebagai pencerobohan dan keganasan Kompeni
seorang pemberontak, tetapi Hindia Timur Inggeris di Sabah. Apa yang
bagi rakyat tempatan, dia ialah
pejuang kemerdekaan dan menyayat hati rakyat Sabah, Mat Salleh
seorang pahlawan. meninggal dunia semasa dalam
pertempuran melawan tentera British yang
menjajah bumi Sabah.
TOK JANGGUT

Haji Mohd Hassan bin Panglima Mat Munas yang lebih dikenali sebagai Tok Janggut kerana
memelihara janggut sampai ke paras dada adalah seorang pahlawan Melayu yang terkenal di
Kelantan.

Dilahirkan pada 1853, beliau ialah seorang penentang penjajahan British semasa menentang pengenaan
cukai oleh pihak British di Kelantan.

Beliau juga merupakan tokoh agama Islam yang berjaya menarik sokongan banyak pengikut di Kelantan.
MAT KILAU

..

Mat Kilau amat mahir di dalam ilmu


kebatinan, persilatan dan bermain
senjata. Beliau mempunyai sifat-sifat
seorang pemimpin dan pemikiran yang
matang telah menjadikan beliau seorang
pemuda yang sangat disegani dan
dihormati oleh penduduk negeri Pahang.
Segala cabaran yang berjaya dilalui oleh
Mat Kilau semasa menentang pihak
British membuatkan pelbagai pihak
menyanjung tinggi kepahlawanan beliau.
DATO’MAHARAJA LELA

Dato’ Maharaja Lela Pandak Lam ialah seorang pembesar kelapan Perak yang berketurunan
Daeng Salili. Beliau adalah anak Raja Bugis yang berasal dari Daerah Luwuk, Sulawesi.
Semasa pemerintahan Sultan Muzaffar Shah III, beliau datang ke Perak dan dilantik sebagai
mufti serta dianugerahkan gelaran “Dato’ Maharaja Lela Tan Lela”, dengan kuasa boleh
memancung tanpa bertanya. Pandak Lam kemudian mengetuai perjuangan menentang
British di Perak dan membuat pakatan untuk membunuh James Wheller Woodfird Birch
(J.W.W. Birch), Residen British Perak.
ANTANOM

Antanom menggerakkan pemberontakan Rundum


menentang penjajah pada tahun 1915. Antanom Antanom adalah anak keturunan Suku
atau Ontoros dilahirkan di kawasan Murut Tagol dari golongan bermartabat
“Masinpunon” sungai Salarom pada tahun 1885 mengikut adat istiadat kaum murut. Dia
dan berumur dalam lingkungan 30 tahun ketika dibesarkan dalam zaman daerah
pemberontakan itu dilancarkan. kampungnya dilanda oleh persengketaan
kaum dan oleh ancaman pemburu kepala
kaum Dayak dari kawasan perbatasan atau
dikenali dengan istilah ” Pengayau “.
Didikan yang diterimanya ialah mengenal kehidupan
rimbanya dan bermain senjata. Jiwanya dibentuk
agar menjadi seorang kalawon atau pahlawan dan

YAM TUAN ANTAH


semangat sedia berkorban telah disemai dalam
hidupnya supaya bertanggungjawab melindungi
keluarga dan kaumnya.

Kemarahan dan kegelisahan kaum Murut terhadap Kompeni Inggeris berpunca dari empat
perkara utama. Hak mereka dicerobohi, bila ramai daripada pedagang hasil hutan dibenarkan
mengutip hasil hutan di pedalaman. Mereka dijadikan buruh paksa membina jalan denai ( Jalan
Kuda ) dan merentang kawat telegraph antara Tenom ke Rundum tanpa upah. Upah yang
diberikan kepada mereka sekadar rokok tembakau sahaja. Mengenakan cukai kepala, padi dan
tapai juga menyumbang kepada kemarahan mereka. Semuanya ini pada pandangan mereka
adalah tidak wajar. Kehidupan mereka yang merdeka dan bebas di kawasan belantara luas itu
telah terganggu.

Keadaan bertambah buruk lagi pada tahun 1910 apabila Kompeni Inggeris menghantar buat
pertama kalinya seorang Pegawai Daerah Mazwell Hall, membuka setesen di Rundum, sebagai
langkah menyekat kegiatan memburu kepala. Seramai tidak kurang 900 orang kaum Murut dari
beberapa kawasan, termasuk Tenom, Keningau, Pensiangan dan perbatasan daerah Borneo
Belanda, telah menyertai gerakan pemberontakan itu. Dalam pertempuran di kubu induk
mereka, Antanom/Ontoros diperdaya dengan gencatan senjata dan niat untuk berdamai, tetapi
sebaliknya mata-mata upahan Inggeris telah memenggal kepalanya.
TUNKU KUDIN
ABDUL RAHMAN LIMBONG

Selain memimpin gerakan yang dikenali sebagai


“Pemberontakan Tani Terengganu”, Tok Limbong
juga terkenal sebagai seorang ulama dan pendakwah
yang dihormati, ahli perniagaan dan pengusaha yang
berjaya dan seorang petani yang gigih.
Beliau juga pernah tampil untuk membela
sekumpulan pejuang yang dilabel Inggeris sebagai
pemberontak dan penderhaka raja. Tok Limbong
mendalami ilmu keagamaan selepas dihantar oleh
keluarganya ke Mekah.

Pembabitan Tok Limbong dalam penentangan terhadap


penjajah bermula apabila beberapa peraturan berhubung
pemungutan hasil mahsul tanah dan hutan dikuatkuasakan
oleh Sultan Terengganu di bawah tekanan Inggeris di
Hulu Terengganu, Kuala Nerus dan Dungun pada sekitar
1921.
Di bawah peraturan itu rakyat ditegah menerokai tanah
untuk tujuan pertanian dan dikehendaki memiliki pas atau
lesen untuk mengambil daun mengkuang untuk membuat
tikar, daun lerek dan buluh untuk membuat lemang, daun
palas untuk membuat ketupat dan menebang sagu untuk
patinya.
TOK GAJAH

Tok Gajah adalah ayah kepada Pahlawan


Melayu Pahang iaitu Mat Kilau. Pada tahun
1891 hingga tahun 1895 telah berlaku
pemberontakan Pahang terhadap pemerintah
negerinya. Tok Gajah merupakan tokoh yang
terlibat bersama dengan Datuk Bahaman, Mat
Kilau dan Datuk Lela menentang penjajah
Inggeris. Beliau bertindak menghalau
penjajah Inggeris dengan segala tipu helahnya
yang hendak merampas pemerintahan negeri
Pahang. Beliau mempunyai semangat
perjuangan yang gigih serta sanggup
berdepan dengan askar-askar Inggeris yang
lengkap bersenjata.

Beliau juga bersama dengan Wan Lingga


telah diarahkan oleh Bendahara Wan Ahmad
untuk menyerang Maharaja Perba dan Orang Golongan ketiga di negeri Pahang
Kaya Setia Lela. Ini adalah disebabkan yang menjadi pemilik tanah yang
perselisahan faham antara Maharaja Perba penting dan berkuasa di kawasan-
dengan Bendahara. Beliau pernah diutuskan
kawasan tertentu dikenali sebagai
Orang Besar Raja. Golongan ini
ke Singapura bagi mendapatkan khidmat
juga merupakan orang kesayangan
peguam sebagai penasihat Sultan Ahmad.
istana tetapi bukan berketurunan
Beliau juga menjadi ketua pasukan perang
bangsawan dan dinaikkan pangkat
Sultan Ahmad dalam menentang penjajah berdasarkan kepada kecekapan serta
Inggeris. kemahirannya dalam bidang
ketenteraan.

Tok Gajah dan Tuan Sheikh Kechil


merupakan dua orang tokoh yang terpilih
mengikut kategori tersebut. Tok Gajah
mempunyai pengaruh yang luas dan
sangat dihormati serta ditakuti oleh
orang-orang Inggeris. Beliau merupakan
penasihat utama Sultan dalam segala
yang berkaitan dengan Hulu Pahang, iaitu
hal-hal yang berhubung dengan kawasan-
kawasan di hilir sungai dari Pulau Tawar.
DATO BAHAMAN

DOL SAID
GAGAHNYA PEJUANGKU
DI NEGERI SEMBILAN

DATUK SIAMANG GAGAP

Kahar Mukmin atau lebih dikenali Datuk Siamang Gagap adalah tokoh terawal yang
menentang Inggeris dalam "Perang Bukit Putus", peristiwa yang menjadi titik tolak
kepada campur tangan Inggeris di negeri yang terkenal dengan adat Perpatih itu.

 Nama sebenar : Kahar Mukmin


 Semasa kecil- gagap. Tetapi dapat diatasi setelah dewasa
 Sasa, tegap dan mempunyai kening yang tebal hingga menutup pelupuk mata
 Pernah dikatakan belajar di Patani dan seluruh tanah Minangkabau, Indonesia
 Mendapat gelaran datuk Siamang Gagap setelah menewaskan orang Rawa secara
bersendirian
 Seorang pembesar Istana dan terbabit dalam perlantikan Yamtuan
 Mengetuai pasukan Yamtuan Antah menentang Inggeris di Bukit Putus
 Dikatakan melarikan diri selepas Inggeris dapat menawan Seri Menanti
 Dikatakan meninggal dunia di Mekah, Pahang dan Kg Terusan

Siapa sebenarnya Kahar Mukmin?


Menurut penceritaan orang tua-tua, Kahar atau Datuk Siamang Gagap lahir pada
tahun 1817 di Kampung Repah,kawasan Tampin. Sejak kecil dia seorang anak yang
lincah dan cerdik cuma satu kekurangannya iaitu gagap bila bercakap. Tetapi
apabila besar dia berjaya mengatasi masalah gagapnya.
Perang Bukit Putus

Sebenarnya, campur tangan Inggeris di Negeri Sembilan berpunca daripada krisis dan
pergolakan takhta kerajaan negeri antara Tengku Laksamana Antah dan Tengku Ahmad
Tunggal pada 1872 iaitu selepas kemangkatan Yamtuan Imam.

Datuk Siamang Gagap yang berasal dari suku Tanah Datar di Seri Menanti adalah
pembesar Istana Seri Menanti dan kedudukannya ketika itu sama seperti Menteri atau
Bendahara yang mengetuai pentadbiran dalam takhta kerajaan.

Beliau mendapat gelaran Datuk Siamang Gagap daripada Yamtuan Radin. Jadi walaupun
Yamtuan Radin mangkat pada 1861, Datuk Siamang Gagap masih menjadi pembesar
istana yang penting di bawah pentadbiran Yamtuan Imam yang menggantikan kekandanya
itu dari 1861-1869.

Kemangkatan Yamtuan Imam menyebabkan berlaku krisis mencari pengganti baginda dan
Tengku Ahmad Tunggal, putera sulung Yamtuan Radin dikatakan menuntut hak supaya
dirinya dilantik menjadi Yamtuan.Namun, atas sebab-sebab tertentu, pembesar istana
dikatakan enggan melantiknya dan Datuk Siamang Gagap secara tegas mengangkat
Tengku Ampuan Intan, yang juga isteri kepada Yamtuan Radin sebagai pemangku takhta
kerajaan.

Sebenarnya, keputusan Datuk Siamang Gagap melantik Tengku Ampuan Intan itu tidak
mendapat persetujuan sepenuhnya daripada Datuk Penghulu Luak dan Orang Empat Istana
yang kemudian melantik Tengku Laksamana Antah, putera Yamtuan Radin iaitu anak
saudara kepada Yamtuan Imam menaiki takhta kerajaan pada 1972.

Pelantikan Tengku Laksamana Antah sebagai Yamtuan itu, iaitu kira-kira tiga tahun selepas
kemangkatan Yamtuan Imam mendapat tentangan daripada Tengku Ahmad
Tunggal.Penentangan itu dikatakan menjadi pergolakan penting dalam sejarah takhta
kerajaan yang membawa kepada meletus perang saudara yang tercatat dalam sejarah
Negeri Sembilan sebagai "Perang Bukit Putus".

Tengku Ahmad Tunggal yang kecewa kemudian meninggalkan Seri Menanti dan bertemu
dengan Datuk Kelana Putera Syed Abdul Rahman iaitu Undang Luak Sungai Ujung yang
simpati dengan nasibnya.
Pada masa ini, Inggeris yang sudah pun memerintah Melaka dengan menerima arahan dari
Singapura sejak perjanjian Raffles dengan Sultan Hussein Shah pada 7 Mac 1819
memainkan peranan untuk mencampuri urusan di Negeri Sembilan.

Inggeris yang datang ke Sungai Ujung (dikenali Seremban) sebenarnya terpikat dengan bijih
timah menyatakan sokongan kepada Datuk Kelana Putera dan berjanji memberi bantuan
kepadanya sekiranya hendak menyerang Seri Menanti dalam usaha membantu Tengku
Ahmad Tunggal merebut takhta kerajaan.

Menerusi janji dan bantuan Inggeris itu menyebabkan krisis takhta kerajaan negeri
bertambah parah yang akhirnya berlaku peperangan antara Sungai Ujung dan Seri Menanti
yang dikenali sebagai "Perang Bukit Putus".Dalam peperangan itu, penduduk Seri Menanti
yang berdiri teguh di belakang Yamtuan Antah diketuai oleh Datuk Siamang Gagap
sementara penduduk Sungai Ujung diketuai Kapten Murray, seorang pegawai tentera
Inggeris.

Pada peringkat awal, pasukan Datuk Siamang Gagap berjaya mengundurkan lawan hingga
ke Paroi tetapi pihak Inggeris kemudian menambah kekuatan dengan membawa askar sepoi
dari Melaka untuk membantu.Pihak Inggeris dengan senjata lengkap akhirnya memenangi
pertempuran pada 1874 itu dan bagi mengelakkan ditawan, Yamtuan Antah melarikan diri
ke Johor sambil Datuk Siamang Gagap meneruskan perjuangan menentang kemasukan
Inggeris ke Seri Menanti.

Ketika Datuk Siamang Gagap merancang mahu bertindak balas, beliau mendapat tahu
Yamtuan Antah dikatakan sudah menerima syarat berdamai yang dibuat oleh Fredrick
Aloysius Weld.

Namun, dikatakan perjanjian antara Yamtuan Antah dengan Inggeris pada 4 Jun 1887 itu
terus mendapat tentangan daripada Datuk Siamang Gagap dan bagi mengendurkan
suasana, pihak Inggeris dikatakan menawarkannya menunaikan fardu haji ke Mekah.

Ketika pemergian Datuk Siamang Gagap ke Mekah, Inggeris dikatakan mengambil


kesempatan memeterai perjanjian dengan Yamtuan Antah dan apabila pulang beliau
akhirnya terpaksa mengalah sebaik mengetahui perjanjian itu sudah ditandatangani.
 Ringkasan mengenai Datuk Siamang Gagap:
ISTANA BESAR SERI MENANTI

Selepas menandatangani perjanjian itu, Inggeris berjaya meletakkan pengaruhnya dengan


lebih berkesan di Seri Menanti dan kedudukan bandar diraja itu kian tersepit selepas
Yamtuan Antah mangkat kira-kira empat bulan selepas perjanjian itu.

Bagaimanapun, dalam usaha Inggeris mahu melantik Tengku Muda Chik menjadi Yamtuan
bagi menggantikan Yamtuan Antah yang mangkat pada 1888, Datuk Siamang Gagap keras
menentang.

Akibat penentangan itu, pihak Inggeris dikatakan melantik Tuanku Muhammad menjadi
Yamtuan dan akhirnya pada 13 Julai 1889, Inggeris menamakan Martin Lister sebagai
Residen Inggeris pertama di Negeri Sembilan.

Mengikut sumber Datuk Siamang Gagap yang benci dan menentang kuat terhadap Inggeris
kemudian dikatakan mengundurkan diri daripada menjadi pembesar istana dengan
melarikan diri ke Pahang selepas penjajah itu campur tangan sepenuhnya di negeri
berkenaan.
Masjid yang dibina di Kg Terusan, Juasseh, Kuala Pilah

Makam Datuk Siamang Gagap di Kg Terusan

You might also like