You are on page 1of 3

Mat Kilau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Pergi ke navigasiPergi ke carian
Bagi filem yang berdasarkan tokoh ini, lihat Mat Kilau (filem).
Bagi Gabenor Bank Negara Malaysia, lihat Muhammad bin Ibrahim.
Contoh dan sudut pandangan rencana atau bahagian ini mungkin
mempunyai sikap berat sebelah yang meluas atau perlindungan tidak
seimbang ke arah satu atau lebih kawasan-kawasan yang
khusus. Sila membaiki rencana ini atau bincangkan isu ini di laman
perbincangan.

Mat Kilau

Mat Kilau ketika sudah lanjut usianya

Kelahiran Mat Kilau bin Imam Rasu

s. 1866–67

Jerantut, Pahang, Tanah Melayu (kini Malaysia)

Meninggal dunia 16 Ogos 1970 (umur 103–104)[1]

Gambang, Pahang, Malaysia

Mohamed bin Ibrahim


Nama lain
Mat Siam

Terkenal kerana penentangan terhadap campur tangan British di

Pahang
Pasangan Yang Chik binti Imam Daud (k. 1886)

Esah (ditinggalkan 1895)[2]

Ajrah binti Bakar ()

Mak Besar ()

Ibu bapa Tok Gajah

Teh Mahda Tok Kaut

Mat Kilau (Jawi: ‫ ;مت كيالو‬lahir Mat Kilau bin Imam Rasu sebelum menukar


namanya kepada Mohamed bin Ibrahim dengan nama gelaran Mat Siam, Jawi:  ‫مت‬
‫;سيام‬ s. 1866–67[1] – 16 Ogos 1970[3]) merupakan seorang pahlawan Melayu yang
berjuang menentang penjajah British di Pahang. Ibu beliau ialah Mahda iaitu anak
kepada Tok Kaut Burau. Mat Kilau dipercayai lahir dalam kira-kira tahun 1865–1867
di Kampung Masjid, Pulau Tawar, Jerantut, Pahang.[4]

Isi kandungan

 1Kehidupan
 2Sejarah perjuangan
 3Buruan British
 4Keluar dari persembunyian
 5Legasi
o 5.1Filem
 6Catatan
 7Rujukan
o 7.1Buku
 8Pautan luar

Kehidupan[sunting | sunting sumber]
Mat Kilau bin Imam Rasu dilahirkan pada kira-kira tahun 1866 atau 1867 di
Kampong Pulau Tawar, namun kelahirannya sering dianggap jatuh pada tahun
1847.[1][4] Kelahirannya jatuh ketika zaman pemerintahan Raja Bendahara
Pahang ketika itu iaitu Tun Ahmad. Bapanya ialah Imam Rasu bin Shahrum atau
lebih dikenali dengan nama Tok Gajah manakala ibunya pula ialah Mahda binti Tok
Kaut Burau. Mat Kilau mahir mengaji, berzanji dan berdikir maulud serta belajar
berdikir rebana yang dikenali sebagai "Dikir Pahang". Hobi Mat Kilau adalah bermain
gasing dan berlaga buah keras.[5]
Pada usia lebih kurang 20 tahun, Mat Kilau berkahwin dengan seorang gadis yang
bernama Yang Chik binti Imam Daud yang berasal dari Kampung Kedondong.
[5]
 Imam Daud ialah seorang guru agama yang disegani di daerah Pulau Tawar,
Jerantut, Pahang dan juga merupakan guru mengaji kepada Mat Kilau dan rakan-
rakanya.[perlu rujukan] Hasil perkahwinan ini Mat Kilau telah dikurniakan tiga orang anak.
[5]
 Setelah berkahwin barulah Mat Kilau belajar bersilat dan menuntut ilmu kebatinan.
Mat Kilau bukan sahaja belajar bersilat sebagaimana sahabatnya yang lain, bahkan
beliau lebih mendalami silat dengan menggunakan senjata seperti keris dan parang.
Mat Kilau juga banyak menuntut ilmu daripada ayahnya sendiri iaitu Tok Gajah. Ilmu
kebatinan secara agama banyak dituntutnya daripada Haji Montok (Hj. Uthman bin
Senik) yang merupakan mufti Pahang ketika itu. [perlu rujukan]
Mat Kilau juga dikatakan pergi bertapa di Gua Kota Gelanggi yang terletak tidak jauh
dari Pulau Tawar untuk mendalami ilmu yang dituntutnya. Gua tersebut masih ada
hingga kini. Menurut beberapa pendapat orang-orang lama, gua ini boleh
menghubungkan Pahang, Terengganu dan Kelantan. [perlu rujukan]

You might also like