You are on page 1of 1

Norway 

(Jawi: ‫[)نورواي‬a] atau nama rasminya Kerajaan Norway ialah


negara Nordik utara benua Eropah yang menduduki bahagian barat Semenanjung
Scandinavia, Jan Mayen, Artik, kepulauan Svalbard dan Pulau Bouvet (tidak tertakluk kepada
Perjanjian Antartika). Norway seluas 385.207[2] kilometer persegi. Penduduk seramai 4.9 juta
sahaja. Bersempadan dengan Sweden di Timur; utara ialah Finland, Rusia di sebelah timur; di
Norway selatan bersempadan dengan Selat Skagerrak, iaitu seberang Denmark. Ibu kota
Norway ialah Oslo Pantainya menghadap Lautan Atlantik Utara dan Laut Barents dan banyak
fiod.
Selama dua abad dikuasai Viking Kristian iaitu Raja Olav Tryggvason pada 994. Perang saudara
berakhir pada abad ke-13 apabila Norway keluar dari gabungan Kepulauan
British, Iceland dan Greenland. Pada 1380, Norway diserap ke dalam kesatuan Denmark selama
empat abad. Pada 1814, Norway menentang diserahkan kepada Sweden dan membentuk
Perlembagaan baru.Lalu Sweden menyerang Norway dan membenarkan Norway dengan janji
menerima raja Sweden. Referendum 1905 membawa kepada kemerdekaan Norway.
Norway kekal berkecuali dalam Perang Dunia I dan Perang Dunia II kemudian menjadi ahli
pengasas NATO. Penemuan minyak dan gas pada 1960-an meningkatkan kekayaan ekonomi
Norway. Referandum 1972 dan 1994, Norway menolak menyertai Kesatuan Eropah (EU). Antara
isu yang dibangkitkan ialah tentang imigresen dan integrasi etnik minoriti, jaminan warga tua dan
mengekalkan daya saing ekonomi.
Dasar Norway ialah kesatuan demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan dengan Raja
Harald V menjadi sebagai ketua negeri. Jens Stoltenberg dilantik menjadi Perdana Menteri
Norway setelah memenangi pilihan raya.
Negara Norway terbahagi kepada daerah (fylker) dan majlis perbandaran (kommuner).
Walaupun menolak menjadi ahli Kesatuan Eropah menerusi dua referrandum tetapi Norway
mengekalkan hubungan rapat dengan EU dan Amerika Syarikat. Norway meneruskan
sumbangan kewangan kepada Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (PBB) dan menghantar
tentera kepada negara bergolak seperti Afghanistan , Kosovo, Sudan dan Libya. Norway ialah
antara pengasas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), NATO, Majlis Eropah, dan Majlis
Nordic, Kawasan Ekonomi Eropah, WTO, OECD dan Kawasan Schengen.
Rezab Norway banyak dalam bentuk petroleum, gas asli, mineral, kayu, makanan laut, air tawar,
dan kuasa hidro. Norway ialah pengeluar terbesar minyak dan gas asli di luar Timur Tengah.
Negara ini mengekalkan model negara kebajikan Nordic dengan penjagaan kesihatan sejagat,
subsidi pendidikan tinggi, dan sistem keselamatan sosial yang komprehensif. Pada 2001 hingga
2007, dan pada tahun 2009 dan 2010, Norway diletakkan pada ranking indeks pembangunan
manusia tertinggi di dunia.

You might also like