You are on page 1of 3

Musa Hitam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Pergi ke navigasiPergi ke carian
Tun Musa Hitam dilencongkan di sini

Yang Amat Berbahagia Tun

Musa Hitam

SSM, PMN; SPMJ, SSIJ (Johor); SPMS (Selangor); DUNM (Melaka); SPNS (N

egeri Sembilan)

Timbalan Perdana Menteri Malaysia ke-5

Dalam jawatan

1981–1986

Didahului oleh Mahathir bin Mohamad

Digantikan oleh Tun Ghafar Baba

Menteri Dalam Negeri

Dalam jawatan

1981–1986
Didahului oleh Ghazali Shafie

Digantikan oleh Mahathir Mohamad

Anggota Parlimen Malaysia

untuk Panti, Johor

Dalam jawatan

1982–1986

Didahului oleh Yusof Bin Malim Kuning

Digantikan oleh Konstituensi dibubarkan

Anggota Parlimen Malaysia

untuk Labis, Johor

Dalam jawatan

1974–1982

Didahului oleh Konstituensi baharu

Digantikan oleh Bahari Haron

Butiran peribadi

Lahir 18 April 1934 (umur 87)

Segamat, Johor, Malaya British (kini Malaysia)

Parti politik  

 Barisan Nasional
 UMNO

Pasangan Toh Puan Zulaikha Sheardin

Ines Maria Reyna (m. 1993)

Pekerjaan Ahli politik


Tun Musa bin Hitam (lahir 18 April 1934) ialah Timbalan Perdana Menteri kelima
di Malaysia dari 1981 hingga 1986 di bawah Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir bin
Mohamad.[1]

Isi kandungan

 1Biodata
 2Keluarga
 3Kerjaya politik
 4Selepas politik
 5Anugerah
 6Darjah Kebesaran
o 6.1Kehormatan Malaysia
o 6.2Kehormatan Antarabangsa
 7Penulisan
 8Rujukan

Biodata[sunting | sunting sumber]
Dilahirkan di Segamat, Johor. Musa belajar di English College (kini "Maktab Sultan
Abu Bakar"), Johor Bahru dan memperoleh ijazah Sarjana Mudanya dari Universiti
Malaya. Beliau kemudian mengambil kursus sarjana dalam bidang hubungan
antarabangsa di Universiti Sussex, United Kingdom. Selain daripada menerima
pelbagai anugerah dan penghargaan, termasuk Doktor Kehormat dari Universiti
Sussex, Musa juga pernah memegang pelbagai jawatan di peringkat antarabangsa
beberapa kali. Jawatan ini termasuklah Pengerusi Persatuan Parlimen Komanwel,
Ahli Lembaga UNESCO, Ketua Perwakilan Pemerhati Komanwel untuk pilihan raya
umum Malawi, serta Ahli Perwakilan Menteri Komanwel ke Nigeria, Pakistan, Fiji,
dan Gambia.

Keluarga[sunting | sunting sumber]
Beliau telah berkahwin dengan Toh Puan Datin Ines Maria Reyna, seorang
peranakan Peru dan Sepanyol. Beliau telah bertemu pertama kali pada 1959
di Lima, Peru sebagai pelajar antarabangsa. Mereka dikurniakan 3 cahaya mata:
Mariana, Carlos Abdul Rashid dan Rosana. Carlos terbunuh bersama isteri Tun
Musa, Rozita Datuk Abu Bakar sewaktu Tragedi Highland Towers pada Disember
1993.
Kemudian, beliau telah berkahwin dengan Zulaikha Sheardin (kini Toh Puan), yang
mana mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Hanif. Tun Musa mempunyai tiga
orang cucu: Marisa, Lara dan Kaelen.

You might also like