You are on page 1of 17

Kesultanan Johor-Riau

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Pergi ke pandu arahPergi ke carian

Kesultanan Johor-Riau

‫کسلطانن جوهر‬
Kesultanan Johor

1528–1824

Bendera
Top: (1699)
Bottom: (1699–1865)

Map showing the partition of the Johor Empire before and after
the Anglo-Dutch Treaty of 1824, with the post-partition Johor
Sultanate shown in the brightest purple, at the tip of the Malay
Peninsula[1]

Sayong Pinang
Ibu negara
(s. 1528–1536)
Muar
(1536–1540)
Johor Lama
(1540–1564)
(1571–1587)
Bukit Seluyut
(1564–1570)
Batu Sawar
(1587–1615)
(1642–1673)
Bintan
(1617–1618)
Lingga
(1618–1623)
(1812–1824)
Kepulaun Tambelan
(1623–1641)
Kota Tinggi
(1641–1642)
(1685–1699)
Kepulauan Riau
(1678–1685)
(1708–1716)
(1718–1788)
Panchor
(1700–1708)
Pekan
(1788–1795)
Singapura
(1819–1824)

Bahasa yang umum digunakan Bahasa Melayu

Agama Islam

Kerajaan Monarchy

Sultan  
• 1528–1564 Alauddin Riayat Shah II (first)
• 1761–1811 Mahmud Shah III (last)
Bendahara  
• 1513–1520 Tun Khoja Ahmad (first)
• 1806–1857 Tun Ali (last)

Sejarah  

• Didirikan 1528
• Dibubarkan 1824

Mata wang Tin ingot, native gold and


silver coins

Didahului oleh Diganti oleh


Kesultanan Kesultanan
Melaka Siak
Kesultanan Kesultanan
Pahang Riau-Lingga
Negeri-Negeri
Selat
Johor
Kerajaan
Pahang

Sekarang sebahagian dari Malaysia


Singapura
Indonesia

Sebahagian daripada siri tentang

Sejarah Malaysia

Buka

Prasejarah Malaysia

Buka

Kerajaan awal

Buka

Kemunculan Kesultanan Islam

Buka

Era Penjajahan Barat


Buka

Perang Dunia Kedua

Buka

Peralihan Malaysia

Buka

Malaysia Moden

Buka

Parti Politik dan Pertubuhan

Buka

Peristiwa

Buka

Mengikut topik

 Portal Malaysia

 l
 b
 s

Sebahagian daripada siri tentang

Sejarah Singapura
Buka

Sejarah Awal (pra-1819)

Buka

Zaman British (1819–1942)

Buka

Zaman pendudukan Jepun (1942–1945)

Buka

Zaman pasca-perang (1945–1962)

Buka

Pemerintahan sendiri (1955–1963)

Buka

Dalam Malaysia (1963–1965)

Buka

Republik merdeka (1965–kini)

Buka
By topic

 Portal Singapore

 l
 b
 s

Sebahagian daripada siri tentang

Sejarah Indonesia

Buka

Prasejarah

Buka

Kerajaan Hindu-Buddha

Buka

Kerajaan Islam

Buka

Kerajaan Kristian

Buka
Kolonialisme Eropah

Buka

Kemunculan Indonesia

Buka

Kemerdekaan

 Portal Indonesia

 l
 b
 s

Kesultanan Johor sudah pun bermula pada tahun 801 M sebagai


petempatan perdagangan yang penting. Asal usul nama Johor ialah Tanjung
Puteri atau ianya juga dikenali sebagai Ujong Tanah bagi orang Bugis atau
Gangganu bagi orang Siam. Panggilan Ujong Tanah bagi orang Bugis ketika itu
adalah sebagai Tempat untuk mencari jodoh. Semasa abad ke-14, kawasan itu
menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan
Melaka (1262-1511) yang mana negeri Johor menjadi salah satu tanah jajahan
pemerintahannya. Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan
Mahmud Shah , Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan
kemudiannya ke Bintan di Johor. Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin
Riayat Shah I, anakanda Sultan Mahmud Shah, Melaka pada tahun 1528 dimana
wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan ialah Johor, Riau, wilayah yang
terbentang dari Sungai Klang hingga ke Linggi dan Tanjung Tuan, Muar, Batu
Pahat, Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur Semenanjung
Tanah Melayu serta Kabupaten Karimun, Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota
Baru, Kampar dan Siak di Sumatera.
Pada tahun 1946, Johor telah menjadi sebahagian daripada Malayan Union dan Dua
tahun kemudian, Johor menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya
persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Isi kandungan

 1Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka


 2Kemunculan Kesultanan Johor Lama serta kuasa dan pengaruh luar
o 2.1Perang Tiga Segi
o 2.2Perang Johor-Jambi
o 2.3Pengaruh Bugis dan Minangkabau
 3Kegemilangan Kesultanan Johor
o 3.1Pentadbiran Empayar Johor
o 3.2Pengaruh Empayar Johor
o 3.3Karya Sejarah
 4Kedatangan kuasa Barat dan kejatuhan Kesultanan Johor Lama
o 4.1Belanda dan Melaka
o 4.2Singapura dan British
o 4.3Perjanjian Anglo-Belanda
o 4.4Kuasa-kuasa yang berminat
o 4.5Sultan cuba membaiki keadaan
 5Kemunculan kuasa bekas jajahan Johor
o 5.1Pemisahan tanah daratan Johor dengan Riau
o 5.2Johor dan Pahang
 6Sejarah Johor moden
o 6.1Wangsa Temenggong
o 6.2Malaysia dan Johor

Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka[sunting | sunting sumber]


Di Bentan, Sultan Mahmud Shah mengumpulkan semula semua askarnya dan
menyerang Melaka beberapa kali dan membuat sekatan perdagangan. Portugis
merana kerana banyak serangan dilakukan oleh Sultan Mahmud Shah. Beberapa
percubaan untuk menewaskan askar-askar Sultan Mahmud Shah dilakukan.
Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro
Mascarenhaas dihantar oleh Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan. Sultan
Mahmud Shah terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar,
Sumatera di mana baginda mangkat disana. Baginda meninggalkan beberapa orang
putera dan puteri antaranya Raja Mudzaffar dan Raja Ali.[petikan diperlukan]
Raja Mudzaffar seterusnya menjadi Sultan Perak manakala Raja Ali menjadi sultan
Johor yang pertama. Kesultanan Johor juga dikenali sebagai "Kesultanan Johor-
Riau-Lingga".

Kemunculan Kesultanan Johor Lama serta kuasa dan


pengaruh luar[sunting | sunting sumber]
Perang Tiga Segi[sunting | sunting sumber]
Sultan Alauddin Riayat Shah I menubuhkan sebuah kota di Johor Lama yang
terletak di tebing Sungai Johor dan dari situ terus melancarkan serangan ke atas
kedudukan Portugis di Melaka. Baginda sentiasa bekerjasama dengan saudaranya
di Perak dan juga dengan Sultan Pahang untuk menawan semula Melaka (pada
ketika itu kota A Famosa telah dibina).
Di sebelah utara Sumatera pula pada masa yang sama, Aceh mula
mengembangkan pengaruhnya untuk menguasai Selat Melaka. Selepas kejatuhan
Melaka kepada Portugis yang beragama Kristian, pedagang-pedagang Muslim mula
menjauhkan diri daripada Melaka dan singgah di Aceh. Melihat keadaan itu Portugis
merasa tercabar kerana hasil perdagangannya semakin kurang.
Portugis dan Johor sentiasa berperang menyebabkan Aceh melancarkan serangan
ke atas kedua-dua belah pihak. Kebangkitan Aceh di Selat Melaka mengakibatkan
Johor dan Portugis berdamai dan bekerjasama melemahkan Aceh. Tetapi selepas
Aceh menjadi lemah, Johor dan Portugis kembali berperang.
Perang Johor-Jambi[sunting | sunting sumber]
Semasa Perang Tiga Segi, Jambi yang berada di bawah kekuasaan Johor menjadi
tumpuan ekonomi dan politik. Pada tahun 1666, Jambi cuba membebaskan diri
daripada kekuasaan Johor dan di antara tahun 1666 hingga tahun 1672 terjadilah
peperangan di antara Johor dan Jambi. Ibu kota Johor iaitu Batu Sawar
dimusnahkan oleh angkatan Jambi. Hal ini menyebabkan ibu kota Johor sentiasa
berpindah-randah.
Sepanjang perang itu, Jambi yang sentiasa mendapat keuntungan. Tetapi pada
tahun 1679, Laksamana Tun Abdul Jamil mengupah askar upahan Bugis untuk
bersama-sama dengan tentera Johor menentang Jambi. Tidak lama kemudian
Jambi pun tewas.
Krisis antara Johor dan Jambi bermula apabila kedua-dua pihak berselisih faham
mengenai perebutan kawasan yang bernama Tungkal. Pada masa ini Johor
diperintah oleh Sultan Abdul Jalil Shah III dan peranan pentadbiran lebih banyak
dimainkan oleh Raja Muda. Dalam usaha untuk mendapatkan semula Tungkal dari
tangan orang Jambi, orang Johor telah menghasut penduduk Tungkal untuk
memberontak. Hal ini menimbulkan kemarahan Pemerintah Jambi. Namun kekuatan
ketenteraan Johor yang disegani pemerintah Jambi pada waktu itu menyebabkan
Jambi memilih untuk berdamai. Ketegangan antara Johor dan Jambi telah dapat
diredakan menerusi perkahwinan antara Raja Muda Johor dengan Puteri Sultan
Jambi pada tahun 1659.
Namun persengketaan antara Johor dan Jambi kembali meletus berpunca daripada
tindakan kedua-dua pihak yang saling menghina kedaulatan kerajaan masing-
masing. Johor telah memulakan episod perperangan dengan Jambi apabila
menghantar 7 buah kapal untuk menyerang perkampungan nelayan Jambi pada
bulan Mei 1667. Kegiatan perdagangan semakin merosot akibat perperangan yang
berlaku kerana tiada jaminan keselamatan kepada pedagang untuk menjalankan
urusniaga di kawasan bergolak ini. Hal ini menyebabkan kerugian ekonomi kepada
Johor. Kemuncak peristiwa perperangan ini berlaku apabila Pangeran Dipati Anum
mengetuai sebuah angkatan perang untuk menyerang dan memusnahkan Johor
secara mengejut pada 4 April 1673. Serangan ini telah melumpuhkan sistem
pentadbiran kerajaan Johor. Dalam usaha menyelamatkan diri, Raja Muda bersama
seluruh penduduk Johor telah lari bersembunyi di dalam hutan. Bendahara Johor
telah ditawan dan dibawa pulang ke Jambi.
Sultan Abdul Jalil Shah III pula melarikan diri ke Pahang. Baginda akhirnya
meninggal dunia di sana pada 22 November 1677. Pada tahun 1673, perperangan
yang menyebabkan kekalahan kerajaan Johor ini telah mengakibatkan kerugian
yang besar kepada Johor kerana Jambi telah bertindak merampas semua barang
berharga milik kerajaan Johor termasuk 4 tan emas, sebilangan besar senjata api
yang merupakan simbol kemegahan dan kekuatan Johor. Kehilangan senjata api
dan tentera yang ramai menyebabkan kerajaan Johor tidak berupaya berbuat apa-
apa secara tidak langsung menyebabkan kerajaan Johor runtuh.
Pengaruh Bugis dan Minangkabau[sunting | sunting sumber]
Sultan Mahmud Shah II mangkat pada tahun 1699 tanpa meninggalkan sebarang
waris. Melihatkan keadaan itu, Bendahara Abdul Jalil melantik dirinya sebagai sultan
baru dengan digelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Tetapi timbul perasaan tidak
puas hati di kalangan pembesar-pembesar lain di atas perlantikan itu.
Orang Bugis yang memainkan peranan penting sewaktu Perang Johor-Jambi
mempunyai pengaruh yang kuat di Johor. Selain daripada orang Bugis,
orang Minangkabau juga mempunyai pengaruh yang kuat. Orang Bugis dan
Minangkabau percaya dengan kematian Sultan Mahmud II, mereka dapat
mengembangkan pengaruh mereka di Johor. Dalam kalangan orang Minangkabau
terdapat seorang putera dari Siak iaitu Raja Kecil yang mengaku dirinya sebagai
waris tunggal Sultan Mahmud II. Raja Kecil menjanjikan kepada orang Bugis
bahawa sekiranya mereka menolongnya menaiki takhta dia akan melantik ketua
orang-orang Bugis sebagai Yang Dipertuan Muda Johor. Pada masa itu orang-orang
Bugis telah memberikan alasan untuk pergi ke Selangor bagi mengumpul orang-
orangnya sebelum melancarkan serangan. Walau bagaimanapun, pada tahun 1717,
Raja Kecil dan askar dari Siak (Minangkabau) telah menyerang Johor terlebih
dahulu setelah terlalu lama menunggu kedatangan orang-orang Bugis. Pada 21 Mac
1718, Raja Kechil telah menawan Panchor. Raja Kechil melantik dirinya
sebagai Yang di-Pertuan Besar Johor dan bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah.
Setelah Raja Kecil berjaya menduduki tahta Johor orang-orang Bugis telah datang
menuntut janji untuk dilantik sebagai Yang Pertuan Muda. Permintaan ini telah tidak
diperkenankan oleh Raja Kecil kerana orang-orang Bugis tadi telah tidak
memberikan bantuan sebagaimana yang diminta oleh Raja Kecil.
Tidak puas hati dengan perlantikan Raja Kecil, bekas Bendahara Abdul Jalil
meminta Daeng Parani ketua orang Bugis untuk menolongnya mendapatkan semula
takhta. Permintaan ini telah dipersetujui oleh orang-orang Bugis kerana mereka juga
kecewa kerana tidak dapat menuntut jawatan Yam Tuan Muda. Pada tahun 1722,
Raja Kecil terpaksa meletakkan takhta kerana pengaruh Bugis. Anak Bendahara
Abdul Jalil kemudiannya dilantik menjadi sultan dengan gelaran Sultan Sulaiman
Badrul Alam Shah. Tetapi Sultan Sulaiman hanyalah seorang sultan tetapi tidak
mempunyai kuasa kerana Daeng Merewah, daripada orang Bugis yang memegang
kuasa sebagai Yang Dipertuan Muda.

Kegemilangan Kesultanan Johor[sunting | sunting sumber]


Pentadbiran Empayar Johor[sunting | sunting sumber]
Kesultanan Johor meneruskan sistem pentadbiran terdahulu seperti yang diamalkan
di Melaka. Kuasa pemerintah tertinggi ialah Yang di-Pertuan yang dikenali juga
sebagai Sultan. Sultan dibantu oleh Majlis Orang Kaya yang berperanan menasihati
Sultan. Ahli majlis ini ialah Bendahara, Temenggong, Laksamana, Shahbandar dan
Seri Bija Diraja. Pada kurun ke 18, Bendahara tinggal di Pahang dan Temenggong
Johor di Teluk Belanga, Singapura. Setiap mereka berperanan mentadbir kawasan
mereka itu dengan kuasa yang diberikan oleh Sultan Johor. Oleh itu, kuasa pusat
Empayar Johor dipecahkan.Ia menjadikan Empayar Johor terdiri dari 4 vasal/wilayah
pegangan atau wilayah yang dipertanggungjawabkan kepada pembesar tertentu.
Wilayah Muar dibawah Raja Temenggung Muar, Pahang dibawah kekuasaan
Bendahara Johor, Riau dibawah Yang Dipertuan Muda dan tanah besar Johor dan
Singapura dibawah kekuasaan Temenggung Johor.Sultan hanya berkuasa
di Lingga dan pulau-pulau sekitarnya sahaja.Seluruh empayar Johor diketuai oleh
Sultan yang bersemayam di Pulau Lingga. Semua Orang Kaya kecuali Raja
Temenggong Muar melapor terus kepada Sultan, Raja Temenggong Muar adalah
berdaulat dan diakui oleh Sultan kerana Muar adalah jajahan yang dikurniakan oleh
sultan kepada pembesar yang bergelar Dato' Pasir Raja.Muar kemudiannya diambil
oleh Sultan Abu Bakar dari wangsa Temenggung dengan syarat dibayar pencen
setiap bulan kepada pewaris Raja Temenggong Muar untuk selama-lamanya.
Pengaruh Empayar Johor[sunting | sunting sumber]
Sebagai Kesultanan menggantikan Kesultanan Melayu Melaka, maka pengaruh
wilayahnya meliputi semenanjung selatan Malaysia, bahagian selatan-timur
Sumatera dan Kepulauan Riau dan kawasan sekitarnya. Empayar ini termasuk
negeri Pahang, Muar, Johor darat, Kepulauan Riau dan Pulau Lingga. Pentadbiran
pusat kekuasaan telah beberapa kali berpindah di Sayong Pinang, Kota Kara,
Seluyut, Johor Lama, Batu Sawar dan Kota Tinggi, semua di Johor darat dan
kemudian ke Riau dan Pulau Lingga. Kemudian beralih dengan kelahiran
Kesultanan Johor moden di Tanjung Puteri, yang sekarang dikenali sebagai Johor
Bahru.
Karya Sejarah[sunting | sunting sumber]
 Tajul Salatin atau Mahkota Raja-Raja ditulis oleh Bukhari al-Jauhari.
 Tuhfat al-Nafis, Salasilah Melayu dan Bugis dan Gurindam Dua Belas dikarang
oleh Raja Ali Haji.
 Hikayat Anak Panah Sedasa dikarang oleh Tun Hisap Misai.
 Syair Ungku Puteri dikarang oleh Raja Ahmad.

Kedatangan kuasa Barat dan kejatuhan Kesultanan


Johor Lama[sunting | sunting sumber]
Belanda dan Melaka[sunting | sunting sumber]
Pada abad ke-17, Belanda tiba di Asia Tenggara. Belanda bukanlah sekutu atau
kawan Portugis dan ini menyebabkan Belanda bersekutu dengan Johor untuk
memerangi Portugis di Melaka. Akhirnya pada tahun 1641, Belanda dan Johor
berjaya menewaskan Portugis. Melaka kemudiannya menjadi milik Belanda
sehinggalah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ditandatangani.
Singapura dan British[sunting | sunting sumber]
Pada tahun 1818, Sir Stamford Raffles dilantik sebagai Gabenor Bangkahulu di
Sumatera Barat. Namun, ia yakin bahawa Inggeris diperlukan untuk mendirikan
pangkalan baru di Asia Tenggara untuk bersaing dengan Belanda. Meskipun banyak
di British East India Company menentang idea seperti itu, Raffles berjaya
meyakinkan Lord Hastings ketua Syarikat, kemudian Gabenor Jeneral India, untuk
menyokongnya. Dengan persetujuan gabenor jeneral, dia dan ekspedisinya
berangkat untuk mencari petempatan baru.
Ekspedisi Raffles tiba di Singapura pada 29 Januari 1819. Dia terjumpa sebuah
penempatan kecil Melayu di kuala Sungai Singapura yang dipimpin oleh seorang
gabenor (Temenggung) Johor. Walaupun pulau itu ukuran dasar diperintah oleh
kesultanan, situasi politik di sana sangat keruh. Sultan saat ini, Sultan Abdul
Rahman, berada di bawah pengaruh Belanda dan Bugis. Oleh kerana itu, dia tidak
akan bersetuju untuk menubuhkan pangkalan British di Singapura. Namun, Tengku
Abdul Rahman adalah penguasa hanya kerana abangnya, Tengku Hussain atau
Tengku Long, berada di Pahang berkahwin ketika bapa mereka meninggal dunia
pada tahun 1812. Dia dilantik oleh Yam Tuan Muda Riau, Raja Jaafar kerana
menurut dia, dalam tradisi Melayu, pengganti sultan itu harus berada di sisi sultan
ketika sultan mangkat agar boleh dianggap sebagai penguasa baru. Namun hal ini
harus diputuskan oleh Bendahara sebagai penjaga "adat". [2][3]
Bendahara Ali (Raja Bendahara Pahang, Bendahara Empayar Riau) sedar akan
masalah ini dan memutuskan untuk bertindak. Dia telah menyiapkan armada kapal
ke Riau untuk "memulihkan adat". Inggeris setelah mengetahui hal ini mengutus
armada dan mengepung angkatan Bendahara Ali untuk menghalangnya pergi ke
Riau. Dengan bantuan Temenggung, Raffles berjaya menyeludup Tengku Hussain ,
yang tinggal dalam buangan di salah satu Kepulauan Riau, kembali ke Singapura.
Berdasarkan surat antara Tengku Hussain yang diutuskan kepada saudaranya
(Sultan Abdul Rahman), ia berangkat ke Singapura kerana bimbang tentang
keselamatan anaknya. Sayangnya dia ditangkap oleh Raffles dan dipaksa untuk
membuat perjanjian. Perjanjian mereka menyatakan bahawa Inggeris akan
mengakui Tengku Hussain sebagai 'penguasa sah' "Johor", dan dengan demikian
Tengku Hussain dan Temenggung akan menerima gaji tahunan dari Inggeris itu.
Sebagai ganjaran, Tengku Hussein akan membolehkan Raffles mendirikan pos
perdagangan di Singapura. perjanjian ini telah disahkan pada 6 Februari 1819.
Bendahara Ali diminta oleh Inggeris untuk mengakui Tengku Hussain sebagai Sultan
yang sah. Namun, Bendahara Ali telah menyatakan bahawa ia tidak ada
hubungannya dengan kejadian di Singapura, kerana ia merupakan tanah kekuasaan
Temenggung dan menyatakan bahawa kesetiaannya terletak pada Sultan Riau
sebenar di Lingga.
Perjanjian Anglo-Belanda[sunting | sunting sumber]
Belanda sangat tidak senang dengan tindakan Raffles. Ketegangan antara Belanda
dan Inggeris di Singapura berterusan sehingga tahun 1824, ketika mereka
menandatangani Perjanjian Anglo-Belanda. Menurut syarat-syarat perjanjian itu,
Belanda secara rasmi menarik balik penentangan mereka terhadap kehadiran British
di Singapura. Banyak sejarawan berpendapat bahawa perjanjian itu membahagikan
lingkaran pengaruh antara Belanda dan Inggeris; Kesultanan Johor ke Johor moden
dan kelahiran negeri baru Riau-Lingga selepas pemecatan Sultan terakhir dari
Johor. Namun perjanjian ini ditandatangani diam-diam tanpa sepengetahuan
bangsawan tempatan termasuk Sultan dan kerananya legitimasinya dipertanyakan.
Hal ini serupa dengan Perang Dunia 2 persidangan di Yalta di mana Stalin,
Roosevelt dan sekutu lain bersetuju untuk berkongsi dunia yang dikenal dalam blok-
blok kuasa timur dan barat sementara Jerman dan Jepun masih berdaulat.
Inggeris berjaya dikesampingkan pengaruh politik Belanda dengan
mewartakan Tengku Hussain sebagai Sultan Johor dan Singapura untuk
mendapatkan pengakuan hukum dalam lingkup pengaruh mereka di Singapura dan
Semenanjung Malaysia. Legitimasi proklamasi Sultan Hussein sebagai Sultan Johor
dan Singapura, adalah tidak diakui oleh semua pemerintah Melayu dan gelaran
'sultan'nya hanya sekadar nama. kedudukan Temenggong Abdul Rahman, di sisi
lain, diperkuatkan sebagai penandatanganan perjanjian yang mengasingkannya dari
pengaruh Raja Ja'afar (Yam Tuan Muda Riau). Sementara itu, Sultan Abdul Rahman
Muazzam Shah dilantik sebagai Sultan Johor dan bersemayam di Pulau
Lingga pada bulan November 1822, lengkap dengan alat-alat kebesaran diraja
Empayar Johor. Sultan Abdul Rahman, seorang yang warak, menjadi puas hati
dengan lingkup politik pengaruhnya di Lingga, di mana keluarganya terus
mempertahankan rumah tangganya pentadbiran di bawah arahan Raja Ja'afar yang
memerintah di bawah naungan dari Belanda.
Kuasa-kuasa yang berminat[sunting | sunting sumber]
Terdapat tiga pihak iaitu kuasa Penjajah Inggeris dan Belanda, para bangsawan
yang membuat perjanjian dengan Belanda iaitu Raja Jaafar, Yam Tuan Muda dari
Riau dan Temenggung Abdul Rahman, dari Johor dan Singapura, pihak istana Johor
yang terdiri dari Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dan Bendahara tidak
menyedari perjanjian ini kerana perjanjian ini tidak ditandatangani tanpa
pengetahuan mereka.[4] Disebabkan perjanjian tidak diiktiraf oleh Sultan dan
Bendahara, orang Melayu tidak memberi memperhatikan setiap tindakan kuasa
penjajah.
Yam Tuan Muda (Gabenor Riau) telah melakukan pengkhianatan dengan "menjual"
kedaulatan Johor,[5] tetapi tidak Sultan atau Bendahara kerana mereka bukan
merupakan pihak yang terlibat dalam perjanjian. Adalah salah untuk membuat
penilaian bahawa Sultan tidak mematuhi perjanjian 1830. Perjanjian itu
ditandatangani secara rahsia dan butirannya hanya diketahui pada tahun 1855.
[6]
 Pada kenyataannya, Sultan adalah memiliki hak kedaulatan dan menuntut taat
setia dari semua pembesar Empayar Johor. Adapun Temenggung, ia menguatkan
kedudukannya dalam persiapan perubahan nasib Kesultanan Johor, bersiap-siap
untuk memiliki persahabatan dengan United Kingdom dan berkongsi kekayaan
dengan British di saat keruntuhan Kesultanan Johor. Hal ini terbukti benar berlaku
apabila anak Temenggung Daeng Ibrahim, Temenggong Abu Bakar (kemudian
menjadi Sultan Abu Bakar) bercita-cita menjadi Sultan Johor.
Sultan cuba membaiki keadaan[sunting | sunting sumber]
Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah meninggal dunia pada tahun 1832 dan
digantikan oleh puteranya, Sultan Muhammad II Muazzam Shah (berkuasa 1832-
1841). Raja Jaffar, Yam Tuan Muda Riau meninggal dan Sultan tidak tergesa-gesa
untuk mengangkat pengganti. Sultan melihat kerosakan yang dilakukan ke Istana
dalam kerajaan ayahnya dan memutuskan untuk memperbetulkan dan
mengembalikan adat sebagai peraturan yang mengatur perilaku peribadi dan politik.
[7]
 Baginda memanggil Bendahara Ali (Raja Bendahara Pahang) untuk Lingga. Di
Lingga, pendalaman fungsi adat diadakan. [8] Bendahara melakukan upacara (sesuai
adat) yang bertujuan untuk mendidik bangsawan dan Sultan tentang tugas dan
tanggung jawab masing-masing. Islam dan politik telah dibahas. Ini dihadiri oleh
seluruh bangsawan dari seluruh Empayar Johor, maka, membuktikan bahawa
'Sultan' di Singapura (Tengku Hussain) tidak diakui oleh orang Melayu. Upacara juga
meliputi penabalan Tengku Mahmud (kemudian memerintah sebagai Sultan
Mahmud IV Muzaffar Shah) sebagai putera mahkota dan Tun Mutahir sebagai bakal
Bendahara.
Pada tahun 1841, Bendahara Ali melantik Temenggung Ibrahim untuk menggantikan
ayahnya yang meninggal pada 1825. [9] Jarak waktu yang lama ini kerana
ketidaksenangan Bendahara atas isu Singapura. Syarat telah dikenakan selama
pelantikan termasuk dikehendaki membuat kunjungan kepada Sultan Mahmud
Muzaffar yang berkuasa di Lingga sebagai tanda taat setia yang mengembirakan
Tuanku Sultan. 'Sultan Hussein' Singapura telah meninggal pada tahun 1835 dan
puteranya, Tengku Ali berharap legitimasi yang diberikan kepada Temenggung
Ibrahim dberlakukan juga kepadanya. Inggeris meneruskan permintaan itu pada
tahun 1841 kepada Bendahara. Bendahara Ali menolak untuk mengambil bahagian
dalam pengkhianatan ini.
Setelah menunggu sejak 1835 untuk ditabalkan sebagai Sultan, pada tahun 1852
Tengku Ali memutuskan untuk 'kembali ke Johor' dengan menyatakan
penghormatan dan taat setia kepada Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah di Pulau
Lingga.[10] Selama tiga tahun Empayar Johor bersatu kembali lagi kecuali Singapura.
Bimbang dengan keadaan keadaan ini, Inggeris memanggil Tengku Ali kembali ke
Singapura dan mengancam untuk membatalkan persaraannya. Di Singapura, ia
sering dikunjungi oleh Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah dan hubungan mereka
rapat

Kemunculan kuasa bekas jajahan Johor[sunting | sunting


sumber]
Pemisahan tanah daratan Johor dengan Riau[sunting | sunting sumber]
Setelah penggulingan Sultan Mahmud IV Muzaffar oleh Belanda,
bangsawan Bugis melantik sultan baru, Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah, Sultan
"baru" bagi kerajaan Riau-Lingga didirikan atas sisa Empayar Johor.[11] Sultan
Sulaiman menandatangani perjanjian dengan Belanda.[12] Dalam perjanjian tersebut
baginda bersetuju untuk mengakui kedaulatan Belanda terhadap kerajaannya.
Hanya dengan sebatang pena, dia memecahkan Empayar Johor menjadi 2
bahagian besar dan telah menyerah kedaulatan bahagian wilayah kekuasaannya
kepada Belanda. Ini juga menandakan berakhirnya kesultanan Johor sebagai
penerus Kesultanan Melaka. Pembahagian ini berlangsung tetap hingga ke hari ini
sebagai sempadan Malaysia-Indonesia.
Johor dan Pahang[sunting | sunting sumber]
Selepas Sultan Mahmud Muzaffar digulingkan dan Sultan baru menyatakan
wilayahnya yang baru sebagai berasingan dari Empayar Johor dahulu, itu mirip
dengan seekor kambing disembelih dengan Sultan (sebagai badan) dan Riau-Lingga
yang diwakili oleh kepala. Bendahara sekarang ini menjadi ketua besar kepada sisa-
sisa Empayar Johor berperanan sebagai pelindung adat. [13] Temenggung Ibrahim dari
Johor memahami situasi ini dan akan menandatangani perjanjian dengan
Bendahara Tun Mutahir dari Pahang pada 1861.[14] Perjanjian itu mengakui wilayah
Johor (darat), dimiliki oleh keturunan Temenggung dan keturunannya untuk
memerintah, pengakuan perlindungan bersama antara Pahang dan Johor. Dengan
penandatanganan perjanjian ini, sisa-sisa Empayar menjadi 2 negara merdeka,
Johor dan Pahang.

Sejarah Johor moden[sunting | sunting sumber]


‫نڬري جوهر دارالتّعظيم‬

Johor Darul Ta'zim


1914-sekarang

Bendera Jata

Cogan kata: Kepada Allah Berserah


‫كڤدهللا برسراه‬

Johor dalam Malaysia kini

Status Negeri naungan British

Ibu negara Johor Bahru (dahulu dikenali


sebagai Tanjung Puteri)

Bahasa yang umum digunakan Bahasa Melayu


Bahasa Inggeris

Agama Islam

Sultan  

• 1895-1959 Sultan Ibrahim ibni Sultan


Abu Bakar

Penasihat Am  

• 1914-1918 D.G. Campbell

• 1940-1941 W.D. Barron

Era Sejarah Empayar British

• Diiktiraf sebagai negeri yang bebas 11 Disember 1885


dan berdaulat oleh British

• Naungan British 12 Mei 1914

• Pendudukan Jepun 31 Januari 1942

• Kemasukan ke dalam Persekutuan 1 Februari 1948


Tanah Melayu

Mata wang Dolar Selat sehingga 1939


Dolar Malaya sehingga 1953

Didahului oleh Diganti oleh


Johor Pendudukan Jepun
Persekutuan Tanah
Melayu

Sekarang sebahagian dari  Malaysia

Wangsa Temenggong[sunting | sunting sumber]


Pada 10 Mac 1855, di bawah perjanjian di antara British di Singapura dan Sultan
Ali dari Johor, kuasa memerintah Johor memberi kepada Raja Temenggung Tun
Daeng Ibrahim dengan Muar masih lagi di bawah kekuasaan sultan. Muar
kemudiannya diserahkan kepada Temenggung Ibrahim pada tahun 1877.
Temenggung Ibrahim membuka sebuah bandar iaitu Bandar Tanjung Puteri di
selatan Johor dan menjadikannya sebagai sebuah bandar utama. Bandar Tanjung
Puteri kemudiannya dikenali sebagai Johor Bahru.
Temenggung Ibrahim kemudiannya digantikan oleh anaknya, Temenggung Abu
Bakar yang kemudiannya memegang gelaran Seri Maharaja Johor. Pada
tahun 1866, dia dilantik menjadi sultan Johor secara rasmi. Sultan Abu Bakar Daeng
Ibrahim memperkenalkan sebuah perlembagaan dan menubuhkan sebuah sistem
pentadbiran yang cekap dan berkesan. Baginda juga memerintahkan dibinanya
Istana Besar, tempat tinggal rasmi sultan. Sultan Abu Bakar kemudiannya dikenali
sebagai Bapa Johor Moden.
Pada 11 Disember 1885, Sultan Abu Bakar telah menandatangani perjanjian
persahabatan dengan wakil kerajaan British, Sir Frederick Arthur Stanley yang
merupakan Setiausaha Tanah Jajahan British. Melalui perjanjian ini, kerajaan British
mengiktiraf Johor sebagai sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat.
Baginda juga diiktiraf sebagai Sultan Johor. Baginda bersetuju menerima seorang
pegawai British yang bertugas sebagai Konsul British di Johor dan bukan sebagai
penasihat. British juga bersetuju melindungi Johor jika berlaku sebarang ancaman
dari luar.
Johor juga menikmati pembangunan ekonomi yang cemerlang. Permintaan lada
hitam dan gambir yang tinggi pada kurun ke-19 menyebabkan pembukaan ladang-
ladang baru dan kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai.
Sistem Kangchu dilaksanakan.
Pada 12 Mei 1914, Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur ibni Sultan Abu Bakar telah
menandatangani perjanjian dengan Sir Arthur Henderson Young, Gabenor Negeri-
Negeri Selat. Dalam perjanjian ini, jawatan Konsul ditukar kepada Penasihat Am.
Dengan ini, Douglas Graham Campbell yang merupakan Residen British di Negeri
Sembilan yang kelapan telah dilantik sebagai Penasihat Am British pertama di
Johor. Ini juga telah menukarkan taraf Johor daripada sebuah negeri yang bebas
dan berdaulat kepada sebuah negeri naungan British. [15]
Walaupun Sultan Sir Ibrahim menerima Penasihat Am British, kuasa pemerintahan
baginda kekal dan tidak berkurangan seperti raja-raja Melayu yang lain di mana
kuasa mereka dikawal oleh Residen dan Penasihat British. [16] Mereka hanya
berkuasa terhadap agama Islam dan adat-istiadat Melayu sahaja.

You might also like