You are on page 1of 1

Denmark 

(Denmark: Danmark; ejaan lama: Denmak atau Denmar[7]) merupakan negara Nordik


yang paling kecil. Negara ini terletak di semenanjung Scandinavia, iaitu di utara Eropah.
Denmark bersempadankan Laut Baltik dan Laut Utara, serta mempunyai semenanjung yang
bersambung dengan Jerman dan pulau pulau kecil. Denmark terletak di
utara Jerman dan Poland, timur laut Sweden dan selatan Norway. Tambahan, Greenland dan
Pulau Faroe menjadikan raja Denmark sebagai ketua negara (sama seperti Australia, New
Zealand dan Kanada yang menjadikan Ratu Britain sebagai ketua negara mereka), tetapi
mempunyai hak untuk memerintah secara berasingan.
Penyatuan kerajaan Denmark mula pada abad ke-10 apabila Denmark mengawal Laut Baltik.
Denmark kemudian mengawal Kesatuan Kalmar yang diasaskan pada 1397 (terhadap Norway
dan Sweden). Kesatuan ini berakhir pada 1523 apabila ia "digantikan" oleh Sweden, Walau
bagaimanapun, Denmark tetap mengekalkan kesatuan itu ke atas Norway sehingga ia
dibubarkan pada 1814. Selain itu, Denmark juga meluaskan tanah jajahannya dari kesatuan ini,
sehingga Kepulauan Faroe dan Greenland. Denmark juga bangkit selepas kekalahan mereka
dalam Perang Scleswig Kedua yang menyemarakkan semangat nasionalisme Denmark.
Denmark mengekalkan kedudukan neutralnya pada Perang Dunia Pertama. Pada April 1940,
tentera Jerman melancarkan serangan ke atas Denmark. Selepas kejayaan Jerman, Jerman
menduduki Denmark sehingga Jerman menyerah kalah kepada Pihak Berikat pada Mei 1945.
Denmark menjadi pengeksport terbesar produk pertanian pada separuh kedua abad ke-19.
Perlembagaan Denmark ditandatangani pada 5 Jun 1849 yang menamatkan monarki
mutlak yang bermula sejak 1660. Kini, raja Denmark Ratu Margrethe II melaksanakan
pemerintahan perlimen demokrasi. Parlimen kebangsaan dan kerajan berpusat di Copenhagen,
ibu negara dan bandar terbesar serta pusat komersial utama Denmark. Denmark kini menjadi
ahli Kesatuan Eropah pada 1973 dan menggantikan mata wang krone kepada euro. Selain itu,
Denmark juga ahli NATO, Majlis Nordic, OECD, OSCE dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu.
Denmark menikmati taraf hidup yang tinggi dan negara yang berkedudukan baik pada
pendidikan, kesihatan, kebebasan awam, kemakmuran dan pembangunan manusia. Negara ini
berkedudukan tinggi pada mobiliti sosial. Denmark antara salah satu negara mempunyai per
kapita tertinggi. Pada tahun 2014, Denmark merupakan negara pencen terbaik di dunia.

You might also like