You are on page 1of 3

Jerantut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.


Pergi ke navigasiPergi ke carian

Jerantut
‫ﺟﺮﻧﺘﻮﺕ‬

Daerah

Jerantut
‫ﺟﺮﻧﺘﻮﺕ‬

Koordinat:  3°56′N 102°22′EKoordinat:  3°56′N 102°22′E

Negara Malaysia
Negeri Pahang
Daerah Jerantut

Kerajaan
 • Pegawai Daerah Khairun Nissa binti Aris, AAP.
Jerantut

Luas
 • Jumlah 7,563.46 km2 (2,920.27 batu persegi)

Penduduk
 (2004)
 • Jumlah 90,000

Zon waktu UTC+8 (MST)

Poskod 27000

Jerantut merupakan sebuah pekan di Pahang, Malaysia. Ia terletak kira-kira 200 km


dari Kuala Lumpur dan 180 km dari Kuantan. Jerantut juga memiliki nama yang
sama bagi daerahnya. Keluasan keseluruhan Jerantut ini ialah 7,563.46 km persegi
dan merupakan daerah yang terbesar dalam Negeri Pahang.

Isi kandungan

 1Sejarah
 2Asal usul
 3Tokoh pejuang Melayu
 4Statistik kawasan
 5Tempat perlancongan dan rekreasi
 6Kampung
 7Pendidikan
o 7.1Sekolah rendah
o 7.2Sekolah menengah
 8Loghat daerah Jerantut
 9Pasaraya dan francais
 10Rujukan
 11Pautan luar

Sejarah[sunting | sunting sumber]
Sepanjang yang diketahui mengikut cerita dan sejarahnya nama Jerantut telah
disebut dan diguna pakai semenjak zaman dahulu kala iaitu pada masa sebelum
pemerintahan Sultan Ahmad (Wan Ahmad) Sultan Pahang yang pertama. Sultan
Ahmad menaiki takhta memerintah Negeri Pahang selepas selesai perang saudara
antara Wan Ahmad dengan Tun Mutahir di Pulau Tawar. Wan Ahmad mengatur
strategi dan menyerang Pekan dengan bantuan padu dan tenaga yang banyak dan
kuat untuk menawan Pulau Tawar daripada dikuasai Tun Mutahir, apabila mendapat
sokongan besar orang-orang besar kawasan dan ketua-ketua penduduk tempatan
daripada berbagai puak dan lapisan yang setia kepadanya dari semua kawasan
sebelah Ulu Pahang, iaitu dari kawasan Temerloh dan Semantan yang diketuai oleh
Pahlawan Dato' Bahaman, dari kawasan Lipis, Jelai dan Semantan Ulu Raub
diketuai Dato’ Raja Jelai Wan Mahmud dan dari kawasan Jerantut dan sekitarnya
diketuai oleh Dato’ Gajah Iman Rasu Abdul Salam atau Tok Gajah.

Asal usul[sunting | sunting sumber]


Berdasarkan cerita orang tua-tua, asal usul perkataan "Jerantut" daripada perkataan
"Jeram" dan "Tut" yang diambil daripada nama orang "Awang Tut" yang sering
mengail di kawasan "jeram" di tengah-tengah Sungai Pahang. Sebelum timbulnya
perkataan "Jerantut" Pekan ini dipanggil "Simpang Empat" iaitu suatu tempat di
mana Jalan Keretapi dari Gemas ke Kota Baharu bersilang dengan jalan raya dari
Kuala Lipis ke Kuantan. Mulai tahun 1914, nama "Simpang 4" ditukar kepada
"Jerantut".

You might also like