You are on page 1of 3

SKRIP RADIO SRAJP FM

MASA SIARAN: 10.10 PAGI DJ RADIO: Khayra , Marisa


Marisa Waktu sekarang pukul 10.10 pagi Inilah Radio SRAJP FM
Khayra (Assalamualaikum) Selamat pagi, Salam MALAYSIA MADANI, TEKAD
PERPADUAN PENUHI HARAPAN, kepada para pendengar sekalian.
Siaran Sinar Pagi Merdeka dekat dihati hari ini, anda semua
bertemankan saya DJ anda Khayra dan Marisa. Untuk panduan kita
bersama, hari ini ialah Hari Jumaat, 25 ogos 2023. Apa khabar
semua pendengar hari ini? Diharapkan semuanya sihat hendaknya.

Marisa Pada pagi yang indah ini, kita akan menyelusuri jejak Tokoh
Terbilang Kesultanan Melayu Melaka iaitu Tun Perak Bendahara
Terbilang.

Khayra Ya betul Marisa. Tun Perak ialah bendahara terbilang dalam


Kesultanan Melayu Melaka. Beliau merupakan tokoh utama yang
membangunkan Melaka serta menjadi tonggak utama dalam
pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka.

Marisa Beliau juga berasal daripada keluarga pembesar. Bapa beliau


bernama Bendahara Seri Wak Raja Tun Perpatih Serdang dan
pernah juga menjadi Bendahara Melaka. Adik-beradik beliau
bernama Tun Kudu dan Tun Perpatih Serdang.

Tun Perak juga pernah menyandang beberapa jawatan penting


sebelum menjadi Bendahara Melaka. Apa jawatan-jawatan
tersebut. Kita berehat seketika dan kembali selepas ini.
Intro Radio
khayra kita bersiaran kembali, terima kasih kepada para pendengar yang
masih lagi setia bersama kami. Apakah jawatan-jawatan penting
yang pernah dipegang oleh Tun Perak sebelum menjadi Bendahara
Melaka Marisa ?
Marisa Ya…Pendengar sekalian, semasa Tun Perak menjadi “ Penghulu
Klang, beliau membawa penduduk Klang termasuk keluarga
tentera ke Melaka untuk melawan tentera Siam. Strategi ini telah
menaikkan semangat juang dalam kalangan tentera. Ha… Betapa
bijaknya Tun Perak.

Khayra Disebabkan oleh kebijaksanaan Tun Perak, Sultan Muzaffar Shah


telah melantik beliau sebagai Bendahara Melaka dan diberi
gelaran Bendahara Paduka Raja.

Marisa Untuk makluman kepada semua pendengar di luar sana,


Kesultanan Melayu Melaka mencapai zaman kegemilangannya
semasa Tun Perak menjadi Bendahara. Beliau juga merupakan
ketua pembesar, penasihat sultan, ketua diplomat dan panglima
tentera pada era tersebut.

Khayra Tun Perak turut memainkan peranan yang penting dalam Agama
Islam di Melaka. Beliau terlibat menyebarkan Agama Islam serta
membantu dalam pembinaan masjid dan institusi Pendidikan Islam.

Bendahara bijaksana, agung peranannya,


Iqra’ dan masjid, sumbangannya berganda.
Melaka bercahaya dengan cahaya iman,
Tun Perak Bendahara, terpujanya insan.

Marisa Wah... betul-betul seorang tokoh yang serba boleh dan penuh
dedikasi. Warisan beliau masih terasa hingga ke hari ini dan
memberikan kita panduan tentang pentingnya kebijaksanaan dan
kepimpinan dalam kehidupan kita pada masa kini.

Tetaplah bijaksana dalam setiap tindakan, kerana kebijaksanaan


adalah cahaya yang menerangi jalan kehidupan.

Khayra Terima kasih Tun Perak, warisanku gemilang,


Sejarah yang cemerlang, kami tetap berpegang.
Kisah kepahlawanan engkau terus dikenang,
Tun Perak Bendahara, dalam sanubari kami bertahan.
Marisa Ya begitulah serba sedikit informasi berkaitan Tun Perak Bendahara
Melaka sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan dan Bulan Panitia
Sejarah peringkat sekolah kita pada hari ini.

Sekian sahaja siaran kita untuk Sinar Pagi Merdeka dekat dihati kali
ini. Sehingga itu di sini saya Khayra dan Marisa DJ yang bertugas
mengucapkan selamat menyambut bulan kemerdekaan.

# Tekad perpaduan Penuhi harapan Assalamualaikum dan jumpa


lagi.
Lagu penutup radio.. MALAYSIA MADANI

Soalan kuiz :

1. Apakah nama bapa Tun Perak?


Jawapan : Bendahara Seri Wak Raja Tun Perpatih Serdang

2. Tun Perak pernah berkhidmat dengan Sultan ................


Jawapan : Sultan Muzaffar Shah

3. Apakah peranan Tun Perak dalam Kesultanan Melayu Melaka ?


• Ketua Pembesar
• Penasihat Sultan
• Ketua Diplomat
• Panglima Tentera

4. Apakah nilai murni yang boleh dicontohi daripada peranan Tun Perak ?
Jawapan : kebijaksanaan / keberanian / tegas

5. Apakah nama adik beradik Tun Perak ?


Jawapan : Tun kudu / Tun Perpatih Putih

6. Nyatakan jawatan tun perak dalam pentadbiran kesultanan melayu melaka?


• Penghulu Klang
• Penghulu Bendahara Melaka
• Bendahara Melaka

You might also like