You are on page 1of 11

Nama : Emma

Kelas : 4 Arif

Nama Sekolah : Sekolah Kebangsaan

Guru Bimbingan : Cikgu

Tajuk : Laksamana Hang Tuah

Isi Kandungan

Perkara Mukasurat

1. Isi kandungan 2
2. Penghargaan 3
3. Pengenalan 4
4. Biodata dan Susur Galur 5-6
Hang Tuah
5. Kualiti Diri Hang Tuah 7-8
a. Tangkas bersilat dan berani
b. Bijaksana
c. Kesetiaan
d. Jujur dan amanah
e. Berperibadi mulia dan menepati
janji
6. Peranan Hang Tuah 9
7. Gambar-gambar 10-12
Penghargaan

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan izinNya dapat menyiapkan tugasan


projek Sejarah Tahun 4 bertajuk Laksamana hang Tuah, sesi 2022. Tanpa
sokongan dan bantuan daripada guru, rakan-rakan dan ibubapa, belum tentu
saya berjaya menyelesaikan folio ini.

Saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Kelas, guru
sejarah yang banyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam proses folio
ini. Tidak lupa juga kepada kedua ibubapa serta keluarga saya yang memberi
idea dalam penyuntingan bahan dan sokongan menyiapkan tugasan.

Akhir sekali saya berharap agar segala tugasan yang saya hasilkan dapat
memberi manfaat dan rujukan bukan sahaja kepada diri sendiri malahan
rakan-rakan juga.

Sekian terima kasih


Pengenalan

Menurut cerita Hikayat Melayu,Hang Tuah merupakan seorang pahlawan


lagenda berbangsa Melayu yang hidup semasa pemerintahan Kesultanan
Melayu Melaka pada abad ke-15 iaitu tahun 1400-1511 Masehi.

Hang Tuah merupakan seorang tokoh agung bagi bangsa Melayu dan
sebagai lambang kemegahan dan kekuatan bangsa Melayu. Hang Tuah
dibantu oleh sahabat-sahabat baiknya daripada kecil iaitu Hang Jebat, Hang
Lekir, Hang Kasturi dan Hang Lekiu yang sentiasa disampingnya dalam
susah dan senang. Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya merupakan lambang
kesetiaan bangsa Melayu terhadap raja yang tidak berbelah bahagi terutama
dalam masyarakat Melayu feudal.

Kegemilangan dan kejatuhan Melaka berhubung rapat dengan ketokohan


Hang Tuah. Ini bermakna, Hang Tuah berperanan penting dalam
kegemilangan dan kemakmuran Melaka ketika itu. ketika Hang Tuah kecil,
Melaka baharu didirikan. Apabila Melaka gemilang beliau merupakan orang
kanan bersama Bendahara, di dalam urusan pentadbiran dan keselamatan di
dalam kerajaan Melaka. Hang Tuah diamanahkan menjaga perairan Selat
Melaka dan keselamatan pedagang-pedagang yang berdagang ke Melaka.

Sikap irihati dan ketamakkan pembesar-pembesar Melaka kepada Hang


Tuah menyebabkan Hang Tuah dijatuhkan hukuman bunuh oleh Sultan
Melaka. Walaupun Hang Tuah mengetahui beliau difitnah, tetapi tidak pernah
mengingkari titah sultan. Bendahara Melaka tidak sanggup membunuh Hang
Tuah dan menyembunyikannya di dalam hutan.

Episod kejatuhan Melaka bermula apabila Hang Jebat ingin menuntut bela
kematian Hang Tuah. Hang Tuah dipanggil semula untuk menangani Hang
Jebat yang derhaka. Akhirnya Hang Jebat mati ditangan Hang Tuah.
Ungkapan kata Hang Jebat “ Raja Adil raja disembah, raja zalim raja
disanggah” menjadi kata hikmat dalam perjuangan menuntut keadilan ke atas
raja yang zalim dalam pemerintahan.

Pengunduran Laksamana Hang Tuah daripada pentadbiran Melaka telah


menyebabkan kejatuhan kerajaan Melaka. Hang Tuah mengembalikan keris
Taming Sari kepada Sultan Melaka. Kemunduran kerajaan Melaka
bertambah buruk apabila diancam oleh kedatangan Portugis. Kekalahan
kerajaan Melaka kepada Portugis menyebabkan Sultan Melaka berundur ke
Kampar-Sumatera.

Kata-kata Hang Tuah yang terkenal sehingga kini ialah “ Takkan Melayu
Hilang Di Dunia, Selagi Berpegang Teguh Pada Islam”. Ini bererti, bangsa
Melayu tidak akan pupus dimuka bumi ini walau ke pelusuk mana kita pergi
selagi Iman dan Taqwa berada didalam hati setiap insan.

Biodata Hang Tuah

Nama : Hang Tuah

Nama bapa : Hang Mahmud

Nama ibu : Dang merdu Wati

Asal : Kampung Sungai Duyung

Sahabat 1.Hang Jebat


2.Hang Kasturi
3.Hang Lekir
8. Hang Lekiu

Tok guru silat : Adiputra

Jawatan : Laksamana Melaka

Senjata : Taming Sari dan Keris Panjang Tempa Melaka


Keturunan Hang Tuah
Salasilah Hang Tuah yang bermula dari Tun Sedang yang memakai gelaran
Bendahara Seri Wak Raja (1424-1445). Perkahwinannya mendapat zuriat
Tun Perak. Tun Perak memiliki tiga orang anak iaitu Tun Alim, Tun Muhamad
dan Tun Jaya Alam. Tun Mahmud, ayah Hang Tuah adalah anak kepada Tun
Alim.
Kualiti Diri Hang Tuah

a . Tangkas bersilat dan berani

●Ketika remaja Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya pergi menuntut ilmu


persilatan di Gunung Ledang. Gurunya bernama Adiputra. Hang Tuah dan
sahabat-sahabatnya menyelamatkan Dato’ Bendahara daripada serangan
seorang lelaki yang mengamuk.

●Hang Tuah dapat mengalahkan Taming Sari iaitu pahlawan kebal Majapahit
ketika mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit. Hang Tuah dikurniakan keris
Taming Sari oleh Suraprabhawa, Raja Majapahit.

f. Bijaksana

●Menguasai 12 bahasa untuk memudahkan menjalani tugasan rasmi


kerajaan sebagai diplomat.

●Pandai memujuk Tun Teja putri Sultan Pahang untuk dijadikan pemaisuri
Sultan Melaka.

● Rakyat negara China dilarang melihat wajah Maharaja.Hang Tuah dapat


melihat wajah Maharaja China ketika makan kangkong disebabkan
kebijaksanaannya. Maharaja China menghadiahkan Hang Tuah jubah keraian
dan barang-barang kemas atas keberaniannya.

c. Kesetiaan

●Oleh kerana kesetiaan yang tidak berbelah bagi kepada raja, Hang Tuah
sanggup membunuh sahabat baiknya HangJebat walaupun Hang Tuah tahu
Hang Jebat ingin menuntut bela kematiannya demi kesetiaan kepada raja dan
kerajaan.

●Hang Tuah sanggup dijatuhi hukuman bunuh walaupun difitnah oleh Tun Ali
kerana berzina dengan Melur iaitu gundik Sultan Melaka. Bendahara Melaka
tidak sanggup membunuh Hang Tuah dan menyembunyikannya di sebuah
hutan di Hulu Melaka.
d. Jujur dan amanah

●Menjalankan tugas yang diamanahkan dengan jujur demi kesejahteraan


Melaka dengan menjaga perairan SelatMelaka supaya menjadi pusat
perdagangan yang terkenal didunia.

●Menjaga nama baik Melaka semasa menjadi utusan ke China,India,


Majapahit, Siam dan Turki.

●Mewakili Sultan Melaka dalam peminangan Tun Teja dan Puteri Gunung
Ledang. Walaupun Tun Teja dan Puteri Gunung Ledang lebih menyukai Hang
Tuah.

e. Berperibadi mulia dan menepati janji

●Hang Tuah bukan sahaja disenangi oleh sahabat-sahabatnya dan rakyat


Melaka malahan Bendahara dan Sultan Melaka juga menyayangi dan
mempercayai Hang Tuah.

●Hang Tuah tidak membunuh anak Hang Jebat iaitu Hang Kadim walaupun
dititah oleh sultan kerana sudah berjanji kepada Hang Jebat untuk
menjaganya selepas Hang Jebat mati.

Peranan Hang Tuah

Menjaga keselamatan
Ketua laksamana angkatan laut pedagang-pedagang yang
untuk menjaga keselamatan berurusniaga di Melaka
perairan Selat Melaka.
Peranan Hang Tuah

Ketua utusan Melaka ke


China,Siam,India, Majapahit
dan Turki Ketua rombongan peminangan
Raden Mas Ayu (Putri
Majapahit), Tun Teja (Putri
Pahang) dan Putri Gunung
Ledang

Menjaga ekonomi Melaka


dengan berurusan dengan
Pengawal peribadi Sultan Melaka pedagang-pedagang dari
pelusuk dunia

Gambar-gambar
Laksamana Hang Tuah
Makam Hang Tuah

Perigi Hang Tuah


Keris Taming Sari

Hang Tuah dan Hang Jebat beradu silat

You might also like