You are on page 1of 12

Pelajaran sejarah tahun 4

SESSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI RUMAH

TOPIK 11 – HANG TUAH SEBAGAI LAKSAMANA MELAKA


Objektif Pembelajaran
Dalam Pelajaran ini, murid akan mempelajari tentang:
• Menyatakan riwayat hidup Laksamana Hang Tuah.
• Menjelaskan kualiti diri Laksamana Hang Tuah.
• Memahami tugas dan tanggungjawab Hang Tuah sebagai Laksamana
Melaka.
• Mencontohi Kesetiaan Hang Tuah sebagai Laksamana Melaka.
• Mencontohi kebijaksanaan Hang Tuah dalam menyelesaikan sesuatu
masalah.
• Memupuk sikap tanggungjawab mempertahankan kedaulatan negara.
Siapa itu hang tuah?

Hang Tuah adalah seorang Laksamana Melaka


yang terbilang semasa pemerintahan kesultanan
Melayu Melaka
Riwayat hidup hang tuah
• Hang Tuah berasal dari Kampung Sungai Duyung.
• Ibunya bernama Dang Merdu Wati dan ayahnya Hang
Mahmud.
• Beliau bersahabat dengan empat orang sahabat iaitu
Hang Kasturi, Hang Lekiu, Hang Lekir dan Hang Jebat.
• Hang Tuah dan sahabatnya mempelajari ilmu persilatan.
Hang Tuah adalah seorang yang tangkas dan berani
sehingga beliau mahir bersilat pada umur yang muda.
• Hang Tuah dan sahabatnya telah menewaskan seorang
lelaki yang mengamuk dan menyelamatkan nyawa ramai
orang dan Datuk Bendahara Melaka.
• Setelah itu, Hang Tuah telah dilantik menjadi
Laksamana Melaka dan sahabat-sahabat beliau
dilantik menjadi Hulu Balang Melaka oleh Sultan
Melaka atas bakti dan keberanian mereka.
• Laksamana Hang Tuah juga turut diberi
kepercayaan oleh Sultan Melaka untuk
mengetuai perutusan baginda ke Negeri Cina.
• Akibat sikap iri hati dikalangan pembesar-
pembesar istana Sultan Melaka terhadap
Laksamana Hang Tuah, Beliau telah difitnah
sehingga Sultan Melaka mempercayai fitnah
tersebut dan mengenakan hukuman bunuh
terhadap Laksamana Hang Tuah.
• Laksamana Hang Tuah tidak melawan titah
Baginda Sultan dan menerima hukuman
tersebut. Namun, Datuk Bendahara telah
menyelamatkan beliau dari hukuman tersebut.
KESAN DARI HUKUMAN BUNUH
LAKSMANA HANG TUAH
• Setelah Laksamana Hang Tuah dihukum
bunuh, Tuanku Sultan Melaka telah melantik
Hang Jebat sebagai Laksamana Melaka dan
mengurniakan keris Taming Sari kepada beliau.
• Hang Jebat sangat marah kepada tuanku
Sultan Melaka dan bertindak dengan
menderhaka kepada Tuanku Sultan Melaka.
Beliau telah merampas istana Melaka.
• Datuk Bendahara telah membawa kembali
Laksamana Hang Tuah dari persembunyian.
Laksamana Hang Tuah tetap setia kepada
Tuanku Sultan telah ke istana Melaka untuk
bersemuka dengan Hang Jebat yang derhaka
• Laksamana Hang Tuah amat setia kepada
Sultan Melaka bertarung dengan Hang Jebat
sahabat karibnya dan juga saudaranya.
Akhirnya Laksamana Hang Tuah menewaskan
Hang Jebat dengan menikam Hang Jebat
dengan Keris Taming Sari. Hang tuah
memangku mayat Hang Jebat dan
meninggalkan Istana. Beliau telah
menyelamatkan kerajaan Kesultanan Melayu
Melaka dari penderhakaan Hang Jebat.
• Sehingga kini, jasa dan bakti Laksamana Hang
Tuah masih dikenang.
PERANAN HANG TUAH SEBAGAI
LAKSAMANA
• Ketua angkatan laut Melaka
• Menjamin kesejahteraan dan keselamatan di
laluan Selat Melaka
• Menjalankan perintah Sultan Melaka
• Menjadi Pengawal peribadi Sultan Melaka
• Mengetuai utusan Sultan Melaka ke luar
negara
Sifat-sifat Kesetiaan LAKSAMANA HANG
TUAH Kepada Institusi Beraja
• Mengutamakan kehendak dan keperluan Sultan Melaka terlebih
dahulu dari keperluan diri sendiri.
• Membunuh Hang Jebat yang menderhaka terhadap Sultan Melaka
walaupun beliau adalah sahabat karibnya dan saudaranya.
• Menggagalkan percubaan pembunuhan Sultan Melaka.
• Akur dan setia terhadap perintah Sultan Melaka walaupun mengadai
nyawa beliau sendiri.
Kebijaksanaan
laksamana hang tuah
• Beliau boleh menguasai pelbagai Bahasa asing.
• Beliau telah menggagalkan percubaan
membunuh Sultan Melaka semasa berada di
Majapahit.
• Beliau mengetuai persiapan pertahanan Melaka
dari serangan kuasa asing.
• Beliau berjaya membeli 10 ekor gajah dari Siam
untuk dipersembahkan kepada Baginda Sultan
Melaka
• Beliau berjaya menjinakkan kuda liar yang tidak
dapat ditunggangi oleh orang lain.
TANGGUNGJAWAB RAKYAT DALAM
MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA
• Bekerjasama antara satu sama lain dalam menjaga keselamatan
negara.
• Mempunyai semangat patriotisme dalam diri tentang betapa
pentingnya menjaga keselamatan negara.
• Sentiasa peka dengan isu-isu dan masalah dalam negara.
• Mengenal diri dan mencintai warisan bangsa.
• Mempunyai perasaan cinta terhadap bangsa dan negara
RUJUKAN/soalan latihan
• Untuk rujukan tambahan sila lihat buku teks muka surat 164
• Untuk soalan latihan, sila pastikan anda menjawab semua soalan dan
menulis nama anda.
• Sebarang pertanyaan, anda boleh menghantar pesanan teks kepada
saya secara peribadi.

• SOALAN LATIHAN http://gg.gg/topik11sejarahT4


SELAMAT MENCUBA!

You might also like