You are on page 1of 4

040522-01-0414

3.0 LOKASI KAJIAN

Lokasi kajian merupakan suatu bahagian yang penting dalam menjalankan


sesuatu kajian. Dalam kajian ini, pengkaji telah memilih Kawasan Rehat dan Rawat
Pagoh sebagai lokasi kajian. Kawasan Rehat dan Rawat Pagoh ini terletak di dalam
daerah Muar dan berada di dalam sebuah negeri iaitu Johor.

3.1 Peta Negeri Johor

Peta 1: Peta Negeri Johor

Sumber : www.googlemaps.com

Negeri Johor dikenali dengan nama Johor Darul Takzim atau ringkasnya JDT,
ialah satu negeri Malaysia di selatan Malaysia Johor disempadani oleh beberapa negeri
seperti Melaka, Pahang, Negeri Sembilan dan negara Singapura. Johor juga merupakan
negeri tunggal di Semenanjung Malaysia yang mempunyai pantai di Sempadan Timur
dan Barat. Selain itu, Johor merupakan negeri ketiga terbesar selepas Pahang dan Perak
di Semenanjung Malaysia. Johor mempunyai 10 daerah iaitu Segamat, Mersing, Kluang,
Kota Tinggi, Kulai, Johor Bahru, Pontian, Batu Pahat, Muar dan Tangkak. Ibu negeri
Johor ialah Johor Bahru. Keluasan Johor ialah 19,984 kilometer persegi.
040522-01-0414

Manakala Pagoh terletak di negeri ini iaitu dalam daerah Muar. Dari Johor ke
R&R Pagoh, pengguna boleh menggunakan pelbagai kenderaan seperti kereta, motosikal,
bas dan grab. Sekiranya pengguna menggunakan kereta dari ibu negeri iaitu Johor Bahru
hanya memerlukan masa selama 1 jam 51 minit. Pengguna perlu menggunakan laluan
Lebuhraya Utara-Selatan dari Johor Bahru melalui Skudai, Senai, Kulai, Simpang
Renggam, Ayer Hitam, Yong Peng dan akhirnya sampai ke Pagoh. Jarak perjalanan
adalah 154 km. Manakala sekiranya pengguna menggunakan motosikal memerlukan
masa selama 2 jam 30 minit.

3.2 Peta Daerah Muar

Peta 2 : Peta Daerah Muar

Sumber : www.googlemaps.com

Daeah Muar berkeluasan 2346.12 km persegi dengan penduduk seramai 328,695


orang (bancian 2000). Perkataan ‘Muar’ dipercayai berasal daripada perkataan hindu iaitu
“Muna” dan “Ar” yang masing-masing bermaksud Tiga dan Sungai, menggambarkan
kewujudan Sungai Muar yang mengalir melalui bandar ini dan juga merupakan sungai
terpanjang di Johor. Pusat pentadbiran baru yang dikenali sebagai Muar 2 sedang
dirancang untuk dibina di Muar. Pusat pentadbiran baru tersebut akan menempatkan
semua jabatan Kerajaan Negeri dan Persekutuan dan dijangka terletak berhampiran
040522-01-0414

dengan Muar Bypass di bandar Muar. Bandar Muar terletak pada 2°3′N 102°34′E, di
muara Sungai Muar, Bandar ini berada pada kedudukan 150 km (93 batu) ke barat daya
ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur. Ia adalah 50 km ke utara Batu Pahat dan 179 km ke
barat laut Singapura. Dari Muar ke R&R Pagoh, pengguna boleh menggunakan pelbagai
kenderaan seperti kereta, motosikal dan teksi. Sekiranya pengguna menggunakan kereta
dan teksi hanya mengambil masa 37 minit dan jaraknya hanya 30 kilometer. Manakala
dengan menaiki motosikal, hanya mengambil masa dalam 35 minit. Perjalanan ini
bermula dari Perhentian Bas Bentayan Muar hingga kememasuki Tol. Pengguna perlu
mengambil arah kiri iaitu arah ke Kuala Lumpur untuk sampai ke kawasan Rehat dan
Rawat Pagoh. Dari tol Pagoh, pengguna hanya perlu mengambil masa selama 5 minit
untuk sampai ke kawasan R&R Pagoh.

3.3 Kawasan Rehat dan Rawat Pagoh

Gambar : Kawasan Rehat dan Rawat Pagoh

Sumber : : www.googlemaps.com

Rehat dan Rawat (R&R) ataupun dikenali sebagai kawasan rehat merupakan satu
kemudahan awam di tepi lebuh raya di mana pengguna lebuh raya boleh berhenti sambil
040522-01-0414

berehat, makan minum, solat ataupun mengisi minyak. Kawasan R&R Pagoh merupakan
antara tempat yang paling digemari oleh pengguna lebuh raya untuk berhenti kerana
terdapat kepelbagaian gerai jualan. Antara kemudahan yang terdapat di Kawasan Rehat &
Rawat Pagoh termasuklah tempat meletak kenderaan, stesen minyak, gerai makanan dan
minuman, kedai IKS, kedai cenderahati, restoran makanan segera seperti KFC dan Ramly
Burger.

Letak 1 gambar deret2 kedai makan dari depan. Nmpk view kedai2 yg ada. Lepastu
labelkan.

Gerai - gerai makanan yang popular di sini ialah seperti Kedai Bapak Beriani,
Kedai…., Kedai…., Kedai…, …. . antara makanan yang menjadi pilihan ialah Nasi
Ambeng, Nasi Beriani, Mee Bandung Muar, Mee Rebus….R&R Pagoh juga dikenali
sebagai syurga buah-buahan kerana terdapat enam gerai buah yang menawarkan pelbagai
jenis buah sama ada tempatan atau import. Jadi tidak hairanlah, Kawasan R&R Pagoh
menjadi destinasi persinggahan utama pengguna lebuh raya mahupun masyarakat
setempat untuk pelbagai tujuan.

You might also like