You are on page 1of 4

040515-12-0236

3.0 LOKASI KAJIAN

Bagi menjalankan kajian ini, lokasi kajian merupakan satu elemen yang amat
penting dan menjadi fokus utama dalam menjalankan sesebuah kajian. Kajian ini telah
dijalankan di Kampung Naradau, Ranau, Sabah. Dalam bahagian lokasi ini, pengkaji
akan menerangkan serba sedikit mengenai lokasi kajian yang telah dipilih.

3.1 DAERAH RANAU, SABAH

Peta 1: Daerah Ranau, Sabah

Sumber: https://www.google.com/maps

Secara umumnya, lokasi kajian ini terletak di Daerah Ranau yang merupakan
sebuah daerah yang terletak di Bahagian Pantai Barat Utara di Negeri Sabah,
Malaysia. Daerah Ranau terletak di bahagian tengah Negeri Sabah dan dikelilingi oleh
7 buah daerah iaitu Daerah Tuaran, Daerah Kota Belud, Daerah Tambunan, Daerah
040515-12-0236

Kota Marudu, Daerah Beluran, Daerah Kinabatangan, Daerah Pensiangan dan Daerah
Keningau. Daerah Ranau merupakan sebuah daerah yang berbukit-bukau dan
mempunyai Banjaran Crocker sebagai ciri geografi utama di kawasan ini. Antara ciri-
ciri geografi lain yang ada di daerah ini ialah Kemuncak Pinausok di bahagian utara,
Lembah Ranau di bahagian timur dan Banjaran Trus Madi serta Tanah Tinggi Labuk
di bahagian selatan.

Saliran utama bagi daerah ini ialah Sungai Liwagu, sebatang sungai yang
mengalir ke arah timur dari bahagian cerun selatan Gunung Kinabalu sehingga ke
Sungai Labuk yang terletak di Daerah Beluran, Sabah. Daerah Ranau berciri
undulating, iaitu kawasan tanah yang mengalun dan mengombak di tempat-tempat
tertentu dan dataran lembah, tanah beralun serta bergunung ganang di kebanyakan
tempat. Daerah Ranau merupakan sebuah kawasan beriklimkan cuaca yang lembap
dan sejuk terutama sekali di kawasan Kundasang. Keluasan daerah ini ialah seluas
294 244 hektar atau bersamaan dengan 197.5 km persegi.

Menurut laman web pandujalanterbaik.com, jarak Daerah Ranau dari


Bandaraya Kota Kinabalu ialah sejauh 107 km bersamaan dengan 66 batu. Masa yang
diambil untuk sampai ke Daerah Ranau dari Bandaraya Kota Kinabalu dengan
menaiki kenderaan seperti kereta, teksi dan sebagainya ialah selama 1 jam 13 minit.
Kos tambang untuk menaiki teksi dan bas mini ialah sebanyak RM25. Terdapat
beberapa buah daerah lain yang akan dilalui sepanjang perjalanan dari Bandaraya
Kota Kinabalu ke Daerah Ranau seperti Daerah Tuaran dan Pekan Tamparuli.
Keadaan jalan raya menuju ke Daerah Ranau dari Bandaraya Kota Kinabalu ialah
jalan raya yang berturap.
040515-12-0236

3.2 KAMPUNG NARADAU, RANAU, SABAH.

Peta 2: Kedudukan Kampung Naradau, Ranau

Sumber: https://www.google.com/maps

Kampung Naradau, Ranau terletak kira-kira 21.1 km dari Pekan Ranau dan 28.3
km dari Sekolah Menengah Kebangsaan Lohan, Ranau. Untuk sampai ke kawasan
kajian ini mengambil masa kira-kira 36 minit dari Pekan Ranau dan 46 minit dari
Sekolah Menengah Kebangsaan Lohan, Ranau. Keadaan jalan raya yang berturap
telah memendekkan masa perjalanan untuk sampai ke kawasan kajian ini.
Pengangkutan yang sering digunakan untuk sampai ke kawasan kajian ialah kereta
dan motor. Jalan Pinausok-Kauluan merupakan satu-satunya jalan yang sering
digunakan oleh kenderaan untuk sampai ke kawasan kajian. Jumlah tambang yang
040515-12-0236

perlu dibayar oleh orang dewasa jika menaiki bas dari Sekolah Menengah
Kebangsaan Lohan, Ranau ialah RM14.15 manakala golongan kanak-kanak hanya
membayar tambang sebanyak RM11.32 sahaja. Sekiranya seseorang dewasa itu
menaiki bas dari Pekan Ranau menuju ke kawasan kajian, tambang yang perlu
dibayar ialah sebanyak RM10.55 manakala bagi golongan kanak-kanak pula sebanyak
RM8.44 sahaja. Poskod bagi kampung ini ialah 89308. Populasi penduduk di
kampung ini dianggarkan seramai 500 orang.

You might also like