You are on page 1of 3

3.

0 Lokasi Kajian

Peta 1: Sarawak, Malaysia

Sumber: https://www.google.com/search?q=peta+sarawak

Peta di atas menunjukkan kawasan kajian yang akan dijalankan, iaitu negeri
Sarawak di Malaysia. Negeri Sarawak juga dikenali sebagai Bumi Kenyalang. Negeri
ini merupakan negeri yang terbesar di Malaysia dengan keluasan kira-kira 124,449.51
km2dan terletak di Pulau Borneo iaitu di Malaysia Timur. Sarawak merupakan salah
satu daripada dua wilayah yang membentuk Malaysia Timur. Sarawak mempunyai 12
bahagian keseluruhannya seperti Kuching, Sri Aman, Sibu, Miri, Limbang, Sarikei,
Kapit, Kota Semarahan, Bintulu, Mukah, Betong, dan Serian Sarawak dipisahkan
sejauh 600 km dari Semenanjung Malaysia oleh Laut Cina Selatan di sebelah barat
dan bersempadan dengan negeri Sabah di timur laut, kesultanan Brunei di utara
dan Kalimantan, Indonesia di sebelah timur. Mengikut unjuran populasi penduduk
2015, jumlah penduduk Sarawak ialah 2,636,000.
Peta 2: Daerah Kuching

Sumber: https://www.google.com/maps/place/kuching

Kuching atau Bandar Raya Kuching merupakan ibu negeri Sarawak yang


terletak di Malaysia Timur. Ia juga merupakan pusat pemerintahan bagi Bahagian
Kuching dan memerlukan 2 jam penerbangan dari Kuala Lumpur sahaja. Bandar ini
terletak di Sungai Sarawak di hujung barat daya negeri Sarawak di pulau Borneoyang
meliputi kawasan seluas 431 kilometer persegi (166 bt persegi) dengan jumlah
penduduk sekitar 165,642 di kawasan pemerintahan Kuching Utara dan 159,490 di
kawasan pemerintahan Kuching Selatan. Jika digabungkan, jumlah kesemuanya ialah
325,132 orang.

Peta 3: SMK Pending, Kuching

Sumber: https://www.google.com.my/maps/place/SMK+Pending
Sumber: https://www.google.com/search?q=smk+pending

Sekolah Menengah Kebangsaan Pending atau nama ringkasnya SMK Pending,


merupakan sebuah Sekolah menengah kebangsaan yang terletak di Jalan Tun Razak.
Pelajar SMK Pending terdiri daripada Peralihan sehingga Tingkatan Enam. Terdapat
117 orang guru yang sedang berkhidmat di SMK Pending, iaitu 40 orang dari sesi
tingkatan enam dan 77 orang dari sesi perdana. Selain itu, juga terdapat 14 orang staf
sokongan di sekolah tersebut. Terdapat 1130 orang pelajar tingkatan 5 dan tingkatan 6
yang sedang belajar di sekolah tersebut.

You might also like