You are on page 1of 5

950624-13-5122

6

3.0 LOKASI KAJIAN
Dalam proses menjalankan kajian, lokasi kajian merupakan sesuatu
kompomen yang penting. Kawasan yang dipilih sebagai lokasi kajian ialah Pasar
Raya Emart, Matang, Kuching, Sarawak.
SARAWAK
Sarawak ialah negeri yang terbesar antara 13 buah negeri di Malaysia. Negeri
Sarawak mempunyai 2.4 juta orang penduduk (menurut Laporan Banci Sarawak 2010,
Portal Rasmi Jabatan Perangkaan Malaysia). Negeri Sarawak terletak di wilayah barat
di pulau Borneo. Dengan kawasan yang seluas 124,449.51 kilometer persegi, negeri
ini menjadi negeri yang paling besar di Malaysia, dan membentuk 34.5 % daripada
jumlah keluasan 329,750 kilometer persegi di negara ini. Sarawak terletak di utara
Khatulistiwa antara latitud 0 50 dan 5 utara dan longtitud 109 36 dan 115 40 timur,
negeri Sarawak terbentang kira-kira 800 km sepanjang pantai barat laut pulau Borneo.
Negeri Sarawak dipisahkan dari Semenanjung Malaysia oleh Laut Cina
Selatan.Sarawak mempunyai 27 kumpulan etnik daan kebayakkan terdiri daripada
Melayu, Cina, India Iban, Bidayuh, Melanau dan sebagainya.
Peta 1: Peta Negeri Sarawak
Sumber: www.mymalaysiabooks.com
950624-13-5122

7

BAHAGIAN KUCHING
Bandaraya Kuching merupakan ibu negeri dan bandar terbesar di negeri
Sarawak.Kuching terletak di di tebing Sungai Sarawak yang terletak pula di bahagian
barat laut pulau Borneo. Garisan bujur dan garisan lintang Kuching ialah 0133' U,
11025' T. Sebagai sebuah ibu negeri, Kuching merupakan rumah kepada 598,617
orang (menurut Laporan Banci Sarawak 2010, Portal Rasmi Jabatan Perangkaan
Malaysia). Kuching dinaikkan taraf menjadi sebuah bandar raya pada 1 Ogos 1988.
Penduduk Kuching terdiri daripada campuran orang Melayu, Dayak, Cina, serta
sebilangan orang India dan kelompok-kelompok etnik yang lain.


Peta 2: Peta Bahagian Kuching
Sumber: https://maps.google.com



950624-13-5122

8

DAERAH KUCHING
Daerah Kuching dikuasai oleh oleh Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU)
dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS). Menurut Portal Rasmi Pejabat
Daerah Kuching, Daerah Kuching secara administratifnya dibahagikan kepada tiga (3)
kawasan iaitu Daerah Kuching Proper, Daerah Kecil Siburan dan Daerah Kecil
Padawan dengan keluasan keseluruhannya adalah 1,868.83 kilometer persegi.
Pecahan keluasan kawasan bagi Daerah Kuching Proper ialah 895.09 km persegi dan
Daerah Kecil Padawan ialah 526.19 km persegi manakala Daerah Kecil Siburan
sebanyak 447.55 km persegi. Jumlah penduduk seramai kira-kira 329,200 orang.
Pecahan penduduk di Kuching dibahagi kepada Cina, Melayu, Bidayuh, Iban, dan
lain-lain.

Peta 3: Peta Daerah Kuching
Sumber: http://www.destination360.com


950624-13-5122

9

PASAR RAYA EMART, MATANG, KUCHING.
Pasar Raya Emart terletak di kawasan Lee Ling Commercial Centre. Pasar
Raya Emart berdekatan dengan Jalan Matang dan Taman Lee Ling. Pasar Raya Emart
telah dipilih sebagai lokasi kajian ini untuk mengkaji amalan bebas beg plastik dalam
kalangan pelanggan. Lokasi Emart yang strategik menjadikan Pasar Raya tersebut
menjadi tempat mengunjungi atau pusat membeli-belah barang-barangan yang
popular kerana terletak di banyak kawasan perumahan dan mempunyai pilihan yang
lebih banyak berbanding dengan kedai-kedai lain yang berdekati. Selain itu, pasar
raya Emart juga menyokong Kempem Hari Tanpa Beg Plastik. Pada setiap hari Sabtu,
pasar raya Emart akan mengadakan Hari Tanpa Beg Plastik, masyarakat dinasihat
supaya membawa beg sendiri atau mengguna bakul semasa membeli-belah. Melalui
Kempem Hari Tanpa Beg Plastik ini, pasar raya Emart dapat memberi kesedaraan
kepada masyarakat supaya mengurangkan penggunaan beg plastik dan memupuk
amalan bebas beg plastik dalam kalangan pelanggan.

Peta 4: Peta lokasi pasar raya Emart, Matang, Kuching
Sumber: https://maps.google.com

950624-13-5122

10


Foto 1: Gambar Pasar Raya Emart, Matang, Kuching
Sumber: Kajian Lapangan 2014

You might also like