You are on page 1of 4

020421-11-0063

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 TERENGGANU DARUL IMAN

Peta 1:Terengganu

Sumber: Laman web Pusat Komuniti Bestari

Negeri Terengganu Darul Iman (Jawi: ‫ )ترڠݢانو دار اإليمان‬ialah salah sebuah negeri
dalam Malaysia. Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di
antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50 . Di bahagian
utara dan barat lautnya, Terengganu bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian
selatan dan barat dayanya pula, Terengganu bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri
Terengganu ialah 12,955 km2.
020421-11-0063

3.2 HULU TERENGGANU

Peta 2: Hulu Terengganu

Sumber: Laman web Wikipedia

Hulu Terengganu atau Ulu Terengganu merupakan sebuah daerah yang agak terpencil di
negeri Terengganu namun mula dikenali setelah adanya projek hidroelektrik Kenyir. Kini
tasik buatan manusia itu amat dikenali sebagai destinasi perlancongan.Namun begitu
kelahiran nama Terengganu Darul Iman itu sendiri ada kaitan yang sangat rapat dengan Hulu
Terengganu.Kuala Berang merupakan pekan paling dikenali di Hulu Terengganu. Masyarakat
di sini lebih bertumpu di sini dalam urusan harian kerana pusat pemerintahan daerah di
jalankan di sini. segala macam pembangunan sudah diperlihatkan oleh Kuala Berang untuk
menggambarkan Hulu Terengganu tidak sama seperti hulu di tempat lain kerana lazimnya
hulu itu di ketahui akan terpencilnya sesuatu kawasan itu. Pada masa kini rakyat Hulu
Terengganu telah menjadi perwakilan diperingkat persekutuan Malaysia dengan memegang
jawatan Ahli Parlimen Hulu Terengganu iaitu Rosol Wahid yang berasal dari Ajil dalam
kawasan Hulu Terengganu.
020421-11-0063

3.3 JNT KUALA BERANG

Peta 3: JNT Kuala Berang

Sumber:Google Maps

Lokasi yang dipilih bagi kajian ini ialah di JNT Kuala Berang.Lokasi ini terletak di daerah
Hulu Terengganu.Jarak Kawasan kajian dengan bandar utama Kuala Berang ialah kira-kira
0.6 KM sahaja.Sistem perhubungan utama yang digunakan ialah jalan raya.Lokasi kajian ini
beralamat No 532, Tingkat Bawah Wisma KBT, Jalan Besar, 21700 Kuala Berang,
Terengganu.Pengangkutan utama yang digunakan oleh peniaga atas talian untuk ke JNT
Kuala Berang ialah kereta.JNT Kuala Berang merupakan tempat tumpuan kepada peniaga
atas talian untuk mengepos produk mereka.Perkara ini amat menarik pengkaji untuk
mengkaji faktor yang menyebabkan peniaga atas talian di Bandar Kuala Berang
mengutamakan kurier JNT.

You might also like