You are on page 1of 29

020421-11-0063

1.0 ABSTRAK

KEPERCAYAAN PENIAGA ATAS TALIAN TERHADAP KURIER J&T EXPRESS DI


BANDAR KUALA BERANG, HULU TERENGGANU

Kajian yang dilakukan oleh pengkaji ini ada dua objektif. Objektif kajian ini ialah untuk
mengenal pasti faktor kurier J&T Express menjadi pilihan utama peniaga atas talian dan
kesan penggunaan kurier J&T Express terhadap peniaga atas talian di Bandar Kuala Berang,
Hulu Terenggnu. Loksi kajian ini di No 532, Tingkat Bawah Wisma KBT, Jalan Besar,
21700 Kuala Berang, Terengganu. Pengkaji menggunakan tiga kaedah untuk menjalankan
kajian ini. Tiga kaedah tersebut ialah kaedah soal selidik, kaedah temu bual dan kaedah
rujukan. Responden yang terlibat dalam soal selidik ialah 10 orang. Informer pula seramai 3
orang peniaga atas talian. Dapatan kajian utama mendapati perkhidmatan kurier J&T Express
yang dibuka setiap hari adalah faktor utama peniaga memilih kurier J&T. Dapatan kajian
daripada informer pula menunjukkan bahawa informer bersetuju bahawa penggunaan kurier
J&T Express dapat menjimatkan masa dan tenaga peniaga. Kesimpulannya, kajian ini
membuktikan bahawa peniaga atas talian mempunyai kepercayaan yang tinggi terhadap
kurier J&T Express.

1
020421-11-0063

2.0 PENGHARGAAN

Setinggi-tinggi penghargaan ditujukan kepada Pengetua Kolej Tingkatan Enam Hulu


Terengganu (HuTeCS),Cikgu Mohd Rasidi yang telah memberi kebenaran kepada saya untuk
menjalankan kajian ini.

Seterusnya,saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Cikgu Roslan Bin Ismail
di atas kesudian beliau meluangkan banyak masa untuk memberi tunjuk ajar dan bimbingan
yang lengkap dalam menyiapkan kerja kursus ini dalam masa yang ditentukan.Teguran dan
tunjuk ajar beliau amat dihargai.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya
yang tercinta iaitu Encik Suhaimi Bin Md Noh dan Puan Sajiah Binti Ahmad kerana banyak
membantu dan tidak jemu memberi nasihat,tunjuk ajar,sokongan moral dan kewangan.

Selain itu,saya juga ingin menyampaikan penghargaan saya terhadap sahabat-sahabat


seperjuangan yang sering menjawab segala pertanyaan saya dan memberi tunjuk ajar semasa
menyiapkan kerja kursus ini.

Akhir sekali,saya ingin berterima kasih kepada semua responden yang sudi menjawab
soal selidik yang telah saya sediakan sebagai salah satu cara mendapatkan maklumat tentang
kajian yang saya lakukan.

2
020421-11-0063

KEPERCAYAAN PENIAGA ATAS TALIAN TERHADAP KURIER J&T EXPRESS DI


BANDAR KUALA BERANG, HULU TERENGGANU

1.0 OBJEKTIF KAJIAN


Mengenal pasti faktor kurier J&T Express menjadi pilihan utama peniaga atas talian di
Bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Mengkaji kesan yang berlaku terhadap peniaga atas talian yang menggunakan perkhidmatan
kurier J&T Express di Bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu.
2.0 PENGENALAN

Kepercayaan boleh merujuk kepada beberapa perkara iaitu keyakinan diri , harapan
bahawa sesuatu akan berkembang sesuai dengan harapan kita, atau keakraban yang kita ada
dalam berurusan dengan seseorang . Oleh yang demikian, ini adalah kata nama yang berasal
dari kata kerja kepercayaan. Keyakinan, yang difahami sebagai keselamatan yang dimiliki
setiap orang dalam dirinya sendiri , adalah kualiti yang sangat bernilai dalam semua bidang
aktiviti manusia. Ini penting di sekolah, pekerjaan, perniagaan, dan juga dalam perniagaan,
komersial, seni atau persekitaran akademik. Kepercayaan menolong kita bergerak maju
dengan tujuan kita walaupun ada kemunduran, kecewa, atau kesukaran. Dalam pengertian ini,
ini menyiratkan keyakinan bahawa, dengan menggunakan kekuatan dan kebajikan kita, kita
akan dapat mencapai apa yang kita ingin lakukan. Jenis kepercayaan ini berdasarkan
pengalaman yang dikumpulkan oleh setiap orang semasa hidup , dan dikembangkan dan
dipupuk dari masa ke masa. Atas sebab ini, kepercayaan berbeza dari individu ke individu.
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, keyakinan atau akuan benarnya (adanya,
berlakunya dan lain-lain) sesuatu, iman, iktikad ada kepercayaan yang mengatakan telur,ikan
dan daging menyebabkan bisul, kerajaan berusaha hendak menyatupadukan penduduk-
penduduk negeri yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum, keturunan, kepercayaan,
fahaman, dsb, kepercayaan kuno kepercayaan kepada yang kuno (kolot).

Kepercayaan secara umumnya bermaksud akuan akan benarnya terhadap sesuatu


perkara. Biasanya, seseorang yang menaruh kepercayaan ke atas sesuatu pekara itu akan
disertai oleh perasaan 'pasti' atau kepastian terhadap pekara yang berkenaan.Kepercayaan
dalam konteks psikologi adalah bermaksud suatu keadaan jiwa yang berkaitan dengan sikap
berkedudukan-memihak (propositional attitude). Manakala dalam konteks agama pula,
kepercayaan adalah sebahagian daripada batu asas pembangunan moral. Dalam konteks ini,
kepercayaan dikenali sebagai Akidah ataupun Iman.Adapun kepercayaan itu dikatakan
berkaitan dengan sikap berkedudukan-memihak, kerana ia sentiasanya melibatkan
penekanan, penuntutan, dan jangkaan daripada seorang individu mengenai kebenaran sesuatu.

Kajian saya ialah kepercayaan peniaga atas talian di Kuala Berang terhadap kurier J&T
Express Kuala Berang.Peniaga di Kuala Berang merupakan peniaga yang semakin
berkembang maju seiring dengan perkembangan negara.Teknologi negara yang semakin
3
020421-11-0063

pesat telah melahirkan ramai peniaga atas talian di Kuala Berang.Kurier pengeposan
merupakan salah satu aspek yang paling penting dalam aktiviti perniagaan atas talian kerana
kurier merupakan penghantar produk peniaga atas talian.Kurier J&T Express Kuala Berang
telah mendapat kepercayaan majoriti peniaga atas talian di Kuala Berang kerana
kecermelangan yang ditonjolkan oleh syarikat kurier J&T Express Kuala Berang.

Selain daripada syarikat J&T Express,terdapat juga syarikat kurier lain yang terdapat di
Kuala Berang. Antara syarikat yang telah lama bertapak di Kuala Berang ialah PosLaju
Express dan GD Express.Namun,walaupun J&T Express baru dibuka di Kuala Berang,
prestasi yang ditonjolkan oleh J&T Express Kuala Berang amat cemerlang sehingga dapat
mendominasi penghantaran barang di Kuala Berang .J&T Express ialah syarikat yang
ditubuhkan oleh Jet Lee dan Tony Chen pada tahun 2015 di Indonesia. J&T Express
Malaysia memasuki pasaran Malaysia pada Januari 2018 dan dilancarkan pada bulan Ogos
2018 dengan lebih daripada 7000 pekerja, lebih dari 350 titik penurunan, dan 15 pintu masuk.

Rasional kajian ini ialah bagi mengenalpasti faktor-faktor kurier J&T Express menjadi
pilihan utama peniaga atas talian di Bandar Kuala Berang. Kurier J&T Express mempunyai
pelbagai kelebihan sehingga mampu menarik ramai peniaga atas talian. Semua jenis barang
tertentu sesuai dihantar menggunakan kurier J&T Express kerana kurier ini memberi jaminan
terhadap setiap barang yang dihantar. Kajian ini juga mendedahkan kesan yang berlaku
terhadap peniaga yang menggunakan perkhidmatan kurier J&T Express di Bandar Kuala
Berang,Hulu Terengganu. Terdapat pelbagai kesan positif yang berlaku terhadap peniaga atas
talian yang setia terhadap kurier J&T Express.

4
020421-11-0063

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 TERENGGANU DARUL IMAN

Peta Terengganu Darul Iman


(Sumber:Wikipedia)

Negeri Terengganu Darul Iman (Jawi: ‫ )ترڠݢانو دار اإليمان‬ialah salah sebuah negeri
dalam Malaysia. Terengganu terletak di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Ia terletak di
antara garisan bujur 102.25 dengan 103.50 dan garisan lintang 4 hingga 5.50 . Di bahagian
utara dan barat lautnya, Terengganu bersempadan dengan Kelantan manakala di bahagian
selatan dan barat dayanya pula, Terengganu bersempadan dengan Pahang. Keluasan negeri
Terengganu ialah 12,955 km2.

5
020421-11-0063

3.2 HULU TERENGGANU

Peta 2: Hulu Terengganu

(Sumber: Wikipedia)

Hulu Terengganu atau Ulu Terengganu merupakan sebuah daerah yang agak terpencil di
negeri Terengganu namun mula dikenali setelah adanya projek hidroelektrik Kenyir. Kini
tasik buatan manusia itu amat dikenali sebagai destinasi perlancongan.Namun begitu
kelahiran nama Terengganu Darul Iman itu sendiri ada kaitan yang sangat rapat dengan Hulu
Terengganu.Kuala Berang merupakan pekan paling dikenali di Hulu Terengganu. Masyarakat
di sini lebih bertumpu di sini dalam urusan harian kerana pusat pemerintahan daerah di
jalankan di sini. segala macam pembangunan sudah diperlihatkan oleh Kuala Berang untuk
menggambarkan Hulu Terengganu tidak sama seperti hulu di tempat lain kerana lazimnya
hulu itu di ketahui akan terpencilnya sesuatu kawasan itu. Pada masa kini rakyat Hulu
Terengganu telah menjadi perwakilan diperingkat persekutuan Malaysia dengan memegang
jawatan Ahli Parlimen Hulu Terengganu iaitu Rosol Wahid yang berasal dari Ajil dalam
kawasan Hulu Terengganu.

6
020421-11-0063

3.3 JNT KUALA BERANG

Peta 3: JNT Kuala Berang


(Sumber:Google Maps)

Lokasi yang dipilih bagi kajian ini ialah di JNT Kuala Berang.Lokasi ini terletak di daerah
Hulu Terengganu. Jarak Kawasan kajian dengan bandar utama Kuala Berang ialah kira-kira
0.6 KM sahaja. Sistem perhubungan utama yang digunakan ialah jalan raya.Lokasi kajian ini
beralamat No 532, Tingkat Bawah Wisma KBT, Jalan Besar, 21700 Kuala Berang,
Terengganu. Pengangkutan utama yang digunakan oleh peniaga atas talian untuk ke JNT
Kuala Berang ialah kereta. JNT Kuala Berang merupakan tempat tumpuan kepada peniaga
atas talian untuk mengepos produk mereka. Perkara ini amat menarik pengkaji untuk
mengkaji faktor yang menyebabkan peniaga atas talian di Bandar Kuala Berang
mengutamakan kurier JNT.

7
020421-11-0063

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Menurut ‘Hornby’ (1985), metodologi merupakan satu set kaedah yang digunakan untuk
menjalankan kajian ke atas subjek kajian yang tertentu. Oleh itu, bahagian ini akan
membincangkan reka bentuk kajian, sampel kajian, instrumen kajian dan prosedur atau
proses menganalisis data bagi menjawab persoalan kajian yang telah dikemukakan lebih
awal. Metodologi penyelidikan merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul
dan menganalisis data supaya dapat menghasilkan bukti yang dapat menyokong sesuatu
kajian .Metodologi menerangkan cara sesuatu masalah yang dikaji dan sebab sesuatu kaedah
dan teknik tertentu digunakan. Tujuan metodologi adalah untuk membantu memahami
dengan lebih luas lagi tentang pengaplikasian kaedah dengan membuat huraian tentang
proses kajian.

Bahagian ini membincangkan metodologi yang digunakan semasa melakukan kajian


tersebut. Beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat dalam
kajian ini. Pelbagai kaedah ini digunakan untuk memastikan maklumat yang diperolehi
adalah betul dan tepat . Kaedah ini dijalankan dengan menggunakan gabungan kualitatif dan
kuantitatif. Kaedah kualitatif dijalankan dengan sesi temubual bagi mendapatkan
suasana yang sebenar berkaitan kajian itu. Selain itu, melalui kaedah kuantitatif iaitu dengan
menyediakan borang soal selidik melalui aplikasi Google Form dapat mengumpul data serta
menganalisis maklumat dengan lebih jelas dengan menggunakan kaedah peratusan bagi
mengira bilangan responden yang disoal selidik.

8
020421-11-0063

4.1 KAEDAH MENDAPATKAN DATA

4.1.1 KAEDAH SOAL SELIDIK


Kaedah soal selidik dijalankan untuk mendapatkan maklumat dengan lebih tepat dan betul.
Dalam kaedah ini, borang soal selidik diperlukan untuk memudahkan lagi kajian yang hendak
dijalankan. Soalan dibentuk sebagai borang soal selidik yang sesuai dengan tajuk yang dikaji
dan dapat memenuhi objektif kajian. Borang itu hendaklah diedarkan secara rawak kepada
10 orang responden di kawasan kajian, iaitu kepada peniaga atas talian di Bandar Kuala
Berang, Hulu Terengganu. Sebanyak 10 borang soal selidik telah diedarkan berdasarkan satu
objektif yang telah dilakukan. Kesemua soalan hendaklah ditandakan betul pada soalan yang
berkenaan sahaja.Borang soal selidik telah diedarkan kepada 10 orang responden secara atas
talian. Kesemua responden telah memberikan kerjasama yang baik dalam menyempurnakan
urusan borang soal selidik.Borang soal selidik ini dianalisa menggunakan bilangan dan
peratus untuk memudahkan proses kajian. Data yang diambil daripada jadual akan
dipersembahkan dalam dapatan kajian menggunakan jadual, min dan carta pai.

4.1.2 KAEDAH TEMU BUAL

Pengkaji telah menjalankan temu bual dengan beberapa orang peniaga atas talian di Bandar
Kuala Berang, Hulu Terengganu. Temu bual dilaksanakan dengan pengkaji menyediakan
empat soalan yang berkaitan dengan kesan penggunaan kurier J&T Express terhadap peniaga
atas talian untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Hasil daripada temu bual tersebut
dicatat dan dibuat rumusan , serta dikaitkan dengan data yang diperolehi melalui soal selidik
dan akhirnya dibincangkan dalam bahagian dapatan kajian.

4.1.3 KAEDAH RUJUKAN

Bagi melengkapkan lagi kajian pengkaji, pengkaji telah menggunakan kaedah rujukan
dengan menggunakan internet dan bahan rujukan lain. Pengkaji melakukan kaedah rujukan
dengan memilih rujukan daripada sumber laman web yang berkaliber.. Ini dapat
memudahkan lagi kerja untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam waktu yang telah
ditetapkan oleh guru. Di samping itu, bahan bacaan seperti awasan dan brosur yang terdapat
di awasan kajian dijadikan rujukan tambahan untuk melengkapkan lagi hasil kajian pengkaji.
Rujukan ini dibuat pada bila-bila masa. Antara laman web yang menjadi rujukan pengkaji
ialah https://www.jtexpress.my/ dan https://www.wikipedia.org/ .

9
020421-11-0063

4.2 KAEDAH MEMILIH RESPONDEN


Responden kajian ini terdiri daripada 10 orang peniaga atas talian di Bandar Kuala Berang,
Hulu Terengganu. Responden mengisi borang soal selidik atas talian dengan lengkap pada
hari kajian dijalankan.. Sampel kajian terdiri daripada 10 orang peniaga atas talian, 10 set
borang soal selidik atas talian akan diberikan kepada mereka untuk memperoleh data yang
lebih tepat. Dalam kualitatif pula, 3 orang akan dipilih untuk ditemubual. Selain itu, kaedah
rujukan akan dilakukan oleh saya sendiri. Antara peniaga atas talian yang ditemu bual oleh
pengkaji ialan Ana Nur Zulaikha, Nur Sabrina dan Muhammad Naufal.

4.3 KAEDAH MEMPROSES DAN MEMPERSEMBAHKAN DATA

Selepas borang soal selidik siap dikumpul, proses menganalisis kajian akan dilakukan.
Bahagian A borang soal selidik mengandungi data yang berkaitan dengan demografi
responden manakala dalam Bahagian B, data dianalisiskan kepada faktor kurier J&T Express
menjadi pilihan utama peniaga atas talian untuk aktiviti pengeposan di Bandar Kuala Berang,
Hulu Terengganu. Kaedah statistik deskriptif telah digunakan di bahagian ini bagi
menganalisis data yang berbentuk skala likert.
Bil. Perkara Sangat Setuju Kurang Tidak Sangat
Setuju Setuju Setuju Tidak
Setuju
(5) (4) (3) (2) (1)

Skala Likert

Data dan maklumat yang diperoleh daripada kajian soal selidik akan dikira dalam bentuk
peratus dan min. Maklumat demografi responden dipaparkan dalam bentuk carta pai.
Bagi kaedah temu bual pula, data dan maklumat yang diperoleh akan dihuraikan dakam
bentuk huraian. Setiap maklumat akan dihuraikan dengan lebih jelas bagi memudahkan
kajian yang dilakukan oleh pengkaji.
Untuk kaedah rujukan, maklumat yang diperoleh digunakan untuk mendapatkan data
tentang kurier J&T Express dan rujukan bagi mendapatkan lokasi. Lokasi kajian didapatkan
di laman web berkaliber iaitu www.googlemaps.com.

10
020421-11-0063

6.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini akan menerangkan keputusan analisis data berdasarkan penggunaan kurier
J&T Express menjadi pilihan utama peniaga atas talian untuk aktiviti pengeposan di Bandar
Kuala Berang dan kesan penggunaan kurier tersebut terhadap peniaga atas talian di Kuala
Berang. Data ini kemudiannya digunakan bagi mendapatkan statistik penting seperti purata,
min dan peratus.

6.1 Penggunaan Kurier J&T Express Menjadi Pilihan Utama Peniaga Atas Talian
Untuk Aktiviti Pengeposan Di Bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu

 Pekerjaan

Bagi mengenal pasti penggunaan kurier J&T Express menjadi pilihan utama peniaga atas
talian untuk aktiviti pengeposan di Bandar Kuala Berang, peniaga tetap dan sambilan telah
dipilih sebagai responden untuk menjawab soalan dalam borang soal selidik atas talian.
Seramai 10 orang peniaga tetap dan sambilan telah mengisi soalan soal selidik yang dibuat
menggunakan Google Form. Analisis latar belakang responden melibatkan pekerjaan
dihuraikan dalam bentuk carta pai.

Pekerjaan
20%

80%

Peniaga Sambilan Peniaga Tetap

11
020421-11-0063

Rajah 4 : Pekerjaan
(Sumber : Google Form)

Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa daripada 10 orang responden yang dipilih
daripada kalangan peniaga atas talian di Bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu. Seramai
lapan orang peniaga iaitu 80% ialah peniaga sambilan manakala peniaga tetap ialah
sebanyak 2 orang iaitu 20%. Pengkaji memilih untuk menggunakan responden peniaga
sambilan lebih ramai berbanding peniaga tetap kerana kebanyakan peniaga sambilan
melibatkan diri dalam aktiviti perniagaan atas talian. Ramai peniaga sambilan terdiri daripada
pelajar dan golongan pekerja. Walau bagaimana pun, pengkaji hanya mengambil responden
peniaga atas talian yang berpuas hati dengan penggunaan kurier J&T Express.

12
020421-11-0063

 Umur

Bagi mengenal pasti tahap kepuasan peniaga atas talian terhadap penggunaan kurier J&T
Express untuk kegiatan pengeposan ,peniaga atas talian yang berumur dalam lingkungan 19
tahun hingga 50 tahun telah dipilih sebagai responden untuk menjawab soalan dalam borang
soal selidik yang dibuat menggunakan aplikasi Google Form. Seramai 10 orang responden
telah mengisi borang soal selidik ini. Analisis latar belakang responden melibatkan umur
dihuraikan dalam bentuk graf bar.

Lingkungan Umur

20%

30%

30% 10%

10%

Bawah 20 tahun 21-30 tahun 31-40 tahun 41-50 tahun Lebih 50 tahun

Rajah 5 : Lingkungan Umur


(Sumber : Google Form)

Dapatan kajin menunjukkan pengkaji menggunakan 10 orang responden yang berumur


bawah 20 tahun hingga lebih 50 tahun. Pengkaji memilih responden daripada lingkungan
umur ini adalah bertujuan untuk mendapatkan keputusan yang berlainan. Hal ini dikatakan
demikian kerana responden daripada pelbagai lapisan umur ini mempunyai pemikiran yang
berbeza. Ini dapat membantu untuk memperoleh maklumat yang lebih terperinci berkenaan
objektif yang dikaji oleh pengkaji. Responden yang berada di lingkungan umur bawah 20
tahun mempunyai peratusan 30% iaitu seramai 3 orang, 21 hingga 30 tahun mempunyai
peratusan 10% iaitu 1 orang. Manakala, lingkungan umur 31 hingga 40 tahun mempunyai
peratusan 10% iaitu 1 orang. Lingkungan umur 41 hingga 50 tahun mempunyai peratusan 30
% iaitu 3 orang. Lingkungan umur atas daripada 50 tahun mempunyai peratusan 20 % iaitu
sebanyak 2 orang.

13
020421-11-0063

5.1.2 Faktor kurier J&T Express menjadi pilihan utama peniaga atas talian untuk
aktiviti pengeposan di Bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu

Bil. Perkara Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat Min


Tidak Setuju Setuju Setuju
Setuju

(1) (2) (3) (4) (5)


9. Perkhidmatan 0 0 1 4 5
kurier J&T (0.00%) (0.00%) (10.00%) (40.00%) (50.00%) 4.40
Express dibuka
setiap hari.

Jadual 9
(Sumber: Kajian Lapangan)
Boleh dirumuskan bahawa dengan min 4.40, soalan 9 merupakan min tertinggi berbanding
dengan min soalan yang lain. Dari bentuk peratus, 50% atau 5 orang sangat bersetuju.
Manakala, sebanyak 40% atau 4 orang setuju dengan soalan 9 ini. Namun, hanya 10% atau 1
orang sahaja yang kurang setuju. Tidak ada responden atau 0.00% yang tidak setuju dan
sangat tidak setuju dengan soalan 9. Pengkaji merumuskan bahawa majoriti responden sangat
setuju dengan pernyataan yang mengatakan bahawa perkhidmatan kurier J&T Express dibuka
setiap hari.
Perkhidmatan kurier J&T Express dibuka setiap hari telah menjadi persetujuan 9 daripada
10 orang responden . Perkara ini membuktikan bahawa perkhidmatan kurier J&T Express
dapat digunakan pada bila-bila masa sahaja. Bagi 1 orang responden yang kurang bersetuju,
berkemungkinan bahawa responden tersebut datang ke J&T Express pada masa yang tidak
beroperasi akibat hal yang tidak dapat dielakkan.
Daripada pemerhatian pengkaji, perkhidmatan kurier J&T Express sememangnya dibuka
pada setiap hari. Perkara ini juga dinyatakan dalam laman web rasmi J&T Express. Waktu
perkhidmatan yang boleh didapatkan setiap masa memudahkan peniaga melakukan urusan
jual beli dengan pelanggan yang jauh. Jelaslah bahawa pelanggan amat mementingkan waktu
perkhidmatan sesebuah kurier untuk memudahkan urusan mereka.

14
020421-11-0063

Bil. Perkara Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat Min


Tidak Setuju Setuju Setuju
Setuju

(1) (2) (3) (4) (5)


7. Kurier J&T 0 0 0 7 3
4.30
Express amat (0.00%) (0.00%) (0.00%) (70.00%) (30.00%)
dipercayai
pelanggan di
seluruh
Malaysia.

Jadual 7
(Sumber: Kajian Lapangan)
Soalan yang ketujuh menunjukkan min sebanyak 4.30. Dari bentuk peratus, 30% atau 3
orang sangat bersetuju. Manakala, sebanyak 70% atau 7 orang setuju dengan soalan 7 ini.
Tidak ada responden atau 0.00% yang tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan soalan 7.
Pengkaji merumuskan bahawa majoriti responden amat setuju dengan pernyataan yang
mengatakan bahawa kurier J&T Express amat dipercayai pelanggan di seluruh Malaysia.
Kepercayaan pelanggan terhadap kurier J&T Express telah menjadi persetujuan 10
daripada 10 orang responden . Perkara ini membuktikan bahawa perkhidmatan kurier J&T
Express amat berprestij dan sangat berkualiti. Nama kurier J&T Express sememangnya telah
menjadi sebutan ramai peniaga atas talian di Malaysia.
Mengikut kajian pengkaji, majoriti peniaga atas talian di Malaysia sememangnya
mengesyorkan kurier J&T Express bagi melakukan penghantaran barang kepada pelanggan
mereka di seluruh Malaysia. Mereka percaya bahawa pekerja kurier J&T Express dapat
menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan baik. Jelaslah bahawa

15
020421-11-0063

Bil. Perkara Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat Min


Tidak Setuju Setuju Setuju
Setuju

(1) (2) (3) (4) (5)


4. Prosedur 0 0 0 8 2
4.20
penghantaran (0.00%) (0.00%) (0.00%) (80.00%) (20.00%)
barang di kurier
J&T Express
lebih mudah dan
lancar.
Jadual 4
(Sumber: Kajian Lapangan)
Soalan yang keempat menunjukkan min sebanyak 4.20. Dari bentuk peratus, 20% atau 2
orang sangat bersetuju. Manakala, sebanyak 80% atau 8 orang setuju dengan soalan 4. Tidak
ada responden atau 0.00% yang tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan soalan 4.
Pengkaji merumuskan bahawa majoriti responden setuju dengan pernyataan prosedur
penghantaran barang di kurier J&T Express lebih mudah dan lancar.
Seramai 10 daripada 10 orang responden bersetuju dengan pernyataan ini. Perkara ini
membuktikan bahawa proses penghantaran barang di kurier ini amat memudahkan dan
mempercepat urusan seharian peniaga atas talian. Perkara ini menyebabkan peniaga atas
talian suka untuk melakukan urusan pengeposan di kurier J&T Express.
Mengikut pemerhatian pengkaji, proses penghantaran kurier J&T Express lebih efisien
berbanding kurier lain seperti Poslaju dan DHL Express. Peniaga atas talian hanya perlu
memberi barang yang hendak dihantar di kaunter penyerahan. Proses yang seterusnya
diuruskan oleh pekerja J&T Express. Perkara ini amat memudahkan peniaga atas talian yang
berurusan dengan kurier J&T Express.

16
020421-11-0063

Bil. Perkara Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat Min


Tidak Setuju Setuju Setuju
Setuju

(1) (2) (3) (4) (5)


5. Layanan yang 0 0 0 8 2
4.20
diberikan oleh (0.00%) (0.00%) (0.00%) (80.00%) (20.00%)
staf kurier J&T
Express amat
cemerlang.
Jadual 5
(Sumber: Kajian Lapangan)

Soalan yang kelima menunjukkan min sebanyak 4.20. Dari bentuk peratus, 20% atau 2
orang sangat bersetuju. Manakala, sebanyak 80% atau 8 orang setuju dengan soalan 5. Tidak
ada responden atau 0.00% yang tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan soalan 5.
Pengkaji merumuskan bahawa majoriti responden setuju dengan pernyataan layanan yang
diberikan oleh staf kurier J&T Express amat cemerlang.
Seramai 10 daripada 10 orang responden memberi persetujuan tentang pernyataan ini.
Perkara ini membuktikan bahawa layanan yang diberikan oleh staf J&T Express disenangi
oleh peniaga atas talian di Kuala Berang. Perkara ini menyebabkan peniaga atas talian setiap
permasalahan yang berkaitan dengan pengeposan dapat diselesaikan.
Mengikut pemerhatian pengkaji, staf kurier J&T Express amat peramah dan sedia
membantu pelanggan yang memerlukan bantuan dalam hal pengeposan. Setiap persoalan
yang diajukan oleh peniaga atas talian kepada staf dapat dijawab dengan berhemah dan sopan
santun. Perkara ini membuatkan peniaga atas talian berasa selesa ketika melakukan urusan
pengeposan di kurier J&T Express

17
020421-11-0063

Bil. Perkara Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat Min


Tidak Setuju Setuju Setuju
Setuju

(1) (2) (3) (4) (5)


10. Bahagian 0 0 0 8 2
4.20
khidmat (0.00%) (0.00%) (0.00%) (80.00%) (20.00%)
pelanggan di
laman web
kurier J&T
Express amat
memudahkan
peniaga dan
pelanggan

Jadual 10
(Sumber: Kajian Lapangan)

Soalan yang terakhir menunjukkan min sebanyak 4.20. Dari bentuk peratus, 20% atau 2
orang sangat bersetuju. Manakala, sebanyak 80% atau 8 orang setuju dengan soalan 10. Tidak
ada responden atau 0.00% yang tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan soalan 10.
Pengkaji merumuskan bahawa majoriti responden setuju dengan pernyataan bahagian
khidmat pelanggan di laman web kurier J&T Express amat memudahkan peniaga atas talian
dan pelanggan.
Seramai 10 daripada 10 orang responden memberi persetujuan tentang pernyataan ini.
Perkara ini membuktikan bahawa bahagian khidmat pelanggan di laman web kurier
berkhidmat dengan amat cemerlang . Perkara ini menyebabkan peniaga atas talian dapat
menyelesaikan masalah yang mereka hadapi tentang perjalanan barang yang dipos kepada
pelanggan melalui khidmat pelanggan.
Mengikut pemerhatian pengkaji, peniaga atas talian akan memerlukan nombor pengesanan
bagi mengesan keberadaan barang yang telah dipos kepada pelanggan. Jadi, peniaga atas
talian boleh mendapatkan nombor pengesanan tersebut daripada khidmat pelanggan laman
web .

18
020421-11-0063

Bil. Perkara Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat Min


Tidak Setuju Setuju Setuju
Setuju

(1) (2) (3) (4) (5)


3. Kos 0 0 0 9 1
4.10
penghantaran (0.00%) (0.00%) (0.00%) (90.00%) (10.00%)
yang ditetapkan
oleh kurier J&T
Express lebih
berpatutan.
Jadual 3
(Sumber: Kajian Lapangan)
Soalan ketiga menunjukkan min sebanyak 4.10. Dari bentuk peratus, 10% atau 1 orang
sangat bersetuju. Manakala, sebanyak 90% atau 9 orang setuju dengan soalan 3. Tidak ada
responden atau 0.00% yang tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan soalan 3. Pengkaji
merumuskan bahawa majoriti responden setuju dengan pernyataan kos penghantaran yang
ditetapkan oleh kurier J&T Express lebih berpatutan.
Seramai 10 daripada 10 orang responden memberi persetujuan tentang pernyataan ini.
Perkara ini membuktikan bahawa kos penghantaran yang ditawarkan amat berpatutan dengan
kuantiti dan berat barang yang dipos. Perkara ini menyebabkan peniaga atas talian dapat
menjimatkan kos penghantaran yang dilakukan.
Menurut pemerhatian pengkaji, kos yang ditetapkan oleh kurier mengikut berat dan saiz
barang. Jadi, kos tersebut dapat dijimatkan dengan lebih optimum. Perkara ini menyebabkan
majoriti peniaga atas talian beralih dari kurier lain ke kurier J&T Express.

19
020421-11-0063

Bil. Perkara Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat Min


Tidak Setuju Setuju Setuju
Setuju

(1) (2) (3) (4) (5)


6. Terdapat 0 0 2 5 3
4.10
banyak (0.00%) (0.00%) (20.00%) (50.00%) (30.00%)
cawangan kurier
J&T Express di
seluruh
Malaysia.
Jadual 6
(Sumber: Kajian Lapangan)
Soalan ketiga menunjukkan min sebanyak 4.10. Dari bentuk peratus, 30% atau 3 orang
sangat bersetuju. Manakala, sebanyak 50% atau 5 orang setuju dengan soalan 6 ini. Namun,
hanya 20% atau 2 orang sahaja yang kurang setuju. Tidak ada responden atau 0.00% yang
tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan soalan 6. Pengkaji merumuskan bahawa majoriti
responden setuju dengan pernyataan yang mengatakan bahawa terdapat banyak cawangan
kurier J&T Express di seluruh Malaysia.
Cawangan kurier J&T Express yang terdapat di seluruh Malaysia telah menjadi
persetujuan 8 daripada 10 orang responden . Perkara ini membuktikan bahawa perkhidmatan
kurier J&T Express dapat diakses di mana-mana sahaja. Bagi 2 orang responden yang
kurang bersetuju, berkemungkinan bahawa di kawasan responden tersebut cawangan J&T
Express masih belum dibuka.
Mengikut pemerhatian pengkaji, sememangnya perkhidmatan kurier J&T Express terdapat
di seluruh kawasan termasuk kawasan pedalaman. Perkara ini menyebabkan capaian
pengeposan barang oleh peniaga atas talian di Kuala Berang meluas ke seluruh negara.
Terbuktilah bahawa kurier J&T Express terdapat banyak di seluruh Malaysia.

Bil. Perkara Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat Min


20
020421-11-0063

Tidak Setuju Setuju Setuju


Setuju

(1) (2) (3) (4) (5)


1. Kurier J&T 0 0 0 10 0
4.00
Express amat (0.00%) (0.00%) (0.00%) (100.00%) (0.00%)
mementingkan
keselamatan
barang yang
dihantar.

Jadual 1
(Sumber: Kajian Lapangan)

Soalan 1 menunjukkan min sebanyak 4.00. Dari bentuk peratus, 0% atau tiada orang
responden sangat bersetuju. Manakala, sebanyak 100% atau 10 orang setuju dengan soalan 1.
Tidak ada responden atau 0.00% yang tidak setuju dan sangat tidak setuju dengan soalan 1.
Pengkaji merumuskan bahawa majoriti responden setuju dengan pernyataan kurier J&T
Express amat mementingkan keselamatan barang yang dihantar.

21
020421-11-0063

Bil. Perkara Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat Min


Tidak Setuju Setuju Setuju
Setuju

(1) (2) (3) (4) (5)


2. Penghantaran 0 0 2 7 1
3.90
yang dilakukan (0.00%) (0.00%) (20.00%) (70.00%) (10.00%)
oleh kurier J&T
Express sangat
tepat mengikut
masa yang
ditetapkan

Jadual 2
(Sumber: Kajian Lapangan)

Soalan 2 menunjukkan min sebanyak 3.90. Dari bentuk peratus, 10% atau 1 orang sangat
bersetuju. Manakala, sebanyak 70% atau 7 orang setuju dengan soalan 2 ini. Namun, hanya
20% atau 2 orang sahaja yang kurang setuju. Tidak ada responden atau 0.00% yang tidak
setuju dan sangat tidak setuju dengan soalan 2. Pengkaji merumuskan bahawa majoriti
responden setuju dengan pernyataan yang mengatakan bahawa penghantaran yang dilakukan
oleh kurier J&T Express sangat tepat mengikut masa yang ditetapkan.

22
020421-11-0063

Bil. Perkara Sangat Tidak Kurang Setuju Sangat Min


Tidak Setuju Setuju Setuju
Setuju

(1) (2) (3) (4) (5)


8. Kurier J&T 0 0 2 7 1
Express amat 3.90
(0.00%) (0.00%) (20.00%) (70.00%) (10.00%)
bertanggungjawa
b terhadap setiap
kecuaian yang
berlaku. .

Jadual 8
(Sumber: Kajian Lapangan)
Soalan 8 menunjukkan min sebanyak 3.90. Dari bentuk peratus, 10% atau 1 orang sangat
bersetuju. Manakala, sebanyak 70% atau 7 orang setuju dengan soalan 8 ini. Namun, hanya
20% atau 2 orang sahaja yang kurang setuju. Tidak ada responden atau 0.00% yang tidak
setuju dan sangat tidak setuju dengan soalan 8. Pengkaji merumuskan bahawa majoriti
responden setuju dengan pernyataan yang mengatakan bahawa kurier J&T Express amat
bertanggungjawab terhadap setiap kecuaian yang berlaku. .

23
020421-11-0063

5.2 KESAN PENGGUNAAN KURIER J&T EXPRESS TERHADAP PENIAGA ATAS


TALIAN DI BANDAR KUALA BERANG, HULU TERENGGANU

Untuk menjalankan kajian ini, pengkaji telah melakukan kajian secara temu bual bersama
3 orang informer dari kalangan peniaga atas talian di Bandar Kuala Berang. Terdapat 4
soalan yang telah diajukan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan
dengan kesan penggunaan kurier J&T Express tehadap peniaga atas talian di Bandar Kuala
Berang, Hulu Terengganu.
Soalan pertama yang diajukan oleh pengkaji ialah adakah prosedur pengeposan mengambil
masa yang lama. Dua orang informer iaitu Muhd Naufal Bin Mokhtar dan Nur Sabrina
mengatakan bahawa prosedur pengeposan di kurier J&T Express mengambil masa yang
sangat singkat. Mereka menjelaskan tentang beberapa prosedur pengeposan kurier J&T
Express dan membandingkan prosedur tersebut dengan prosedur pengeposan kurier yang lain
seperti Poslaju dan DHL Express. Menurut seorang lagi informer, iaitu Nur Ana Zulaikha
yang menjelaskan tentang perbezaan prosedur pengeposan J&T Express dengan Poslaju. Di
kurier J&T Express, peniaga hanya perlu menyerahkan barang yang dipos dan butiran alamat
penerima. Barang tersebut akan dibalut dengan rapi menggunakan bahan-bahan keselamatan
seperti ‘bubble wrap’. Manakala di Poslaju pula, peniaga perlu mengisi sendiri butiran alamat
penerima dan membalut barangan sendiri. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa di kurier
J&T Express, peniaga tidak perlu bersusah payah dan dapat menjimatkan tenaga apabila
melakukan pengeposan kepada pelanggan.
Seterusnya, soalan kedua yang disoal oleh pengkaji ialah adakah kos pengeposan yang
ditawarkan oleh kurier J&T Express dapat menjimatkan wang. Salah seorang peniaga atas
talian iaitu Nur Sabrina menyatakan bahawa kos pengeposan yang ditawarkan sangat
berpatutan dan menjimatkan kos peniaga. Beliau juga menyatakan bahawa kurier J&T
Express turut mengadakan potongan harga kos pengeposan pada musim-musim tertentu
seperti musim perayaan dan musim cuti sekolah. Sebagai contoh, pada 7 Julai hingga 31
Ogos, pihak kurier J&T Express mengadakan promosi sebanyak 35% sempena ‘Fiesta Le
3rd’. Peniaga atas talian yang lain iaitu Muhd Naufal Bin Mokhtar menyatakan bahawa kos
penghantaran kurier J&T Express amat menjimatkan dari segi saiz dan berat barang yang
hendak dihantar. Beliau menjelaskan lagi bahawa kos penghantaran untuk satu barang yang
berat sebanyak 2 kilogram, kos penghantarannya ialah sebanyak RM 8.99. Informer Nur Ana
Zulaikha juga mempunyai pendapat yang sama dengan Muhd Naufal tentang kos
penghantaran yang sangat murah dan berpatutan. Perkara ini menujukkan bahawa kos
penghantaran yang ditetapkan oleh kurier J&T amat menjimatkan dan berpatutan.
Selain itu, soalan ketiga yang diajukan kepada peniaga atas talian ialah adakah
penghantaran yang dibuat oleh kurier J&T Express sangat pantas. Salah seorang peniaga atas
talian iaitu Nur Sabrina amat berpuas hati dengan kepantasan khidmat penghantaran yang
dilakukan oleh kurier J&T Express. Menurut beliau, purata masa penghantaran barang hanya
mengambil masa selama dua hari sahaja. Tambah beliau lagi, barang yang dihantar juga
sampai tepat di alamat pelanggan. Bagi Muhd Naufal pula, perkhidmatan pengeposan kurier
J&T Express adalah yang paling pantas berbanding kurier lainseperti Poslaju dan DHL

24
020421-11-0063

Express. Beliau menerangkan bahawa kurier J&T Express hanya mengambil masa selama 2
hingga 4 hari sahaja untuk sampai ke destinasi yang ditetapkan. Pernyataan yang diberikan
oleh Nur Ana Zulaikha pula menyatakan bahawa hanya sekali dua barang yang dipos
mengalami kelewatan untuk sampai ke alamat pelanggan. Namun, masalah ini hanya terjadi
di stesen J&T Express yang mengalami lambakan barang sehingga menjejaskan proses di
stesen tersebut. Jelaslah bahawa kurier J&T Express amat pantas dan tepat dalam khidmat
penghantaran.
Akhir sekali, soalan terakhir yang diajukan oleh pengkaji kepada peniaga atas talian ialah
adakah jualan peniaga atas talian semakin bertambah setelah mengetahui kurier yang
digunakan oleh peniaga. Perkongsian peniaga atas talian iaitu Nur Ana Zulaikha dan Nur
Sabrina mengatakan bahawa pelanggan mereka bertambah setelah mengetahui kurier yang
digunakan. Perkara ini menunjukkan bahawa ramai orang yang mengetahui kelebihan kurier
J&T Express. Manakala bagi Muhd Naufal pula, dalam 20 orang pelanggannya, hanya 1 atau
2 orang pelanggan sahaja yang tidak mahu menggunakan khidmat penghantaran kurier J&T
Express. Beliau memberitahu bahawa kurier J&T Express di kawasan pelanggan mengalami
beberapa masalah sehinggakan pelanggan tersebut tidak mahu menggunakan J&T Express.
Kesimpulannya, berdasarkan kajian secara temu bual yang dilakukan oleh pengkaji,
jelaslah bahawa terdapat pelbagai kesan terhadap peniaga atas talian yang menggunakan
khidmat pengeposan kurier J&T Express. Para peniaga atas talian juga menyatakan harapan
mereka agar perkhidmatan pengeposan kurier J&T Express dapat dinaik taraf pada masa akan
datang.

25
020421-11-0063

6.0 RUMUSAN

Menurut kajian yang dilakukan oleh pengkaji, jelaslah bahawa terdapat pelbagai faktor
yang menyebabkan kurier J&T Express menjadi pilihan utama peniaga atas talian di Bandar
Kuala Berang dan kesan penggunaannya terhadap peniaga atas talian. Melalui objektif yang
pertama, majoriti peniaga atas talian sangat bersetuju bahawa perkhidmatan J&T Express
dibuka pada setiap hari. Seterusnya, peniaga atas talian juga amat bersetuju bahawa kurier ini
amat dipercayai oleh pelanggan di seluruh Malaysia. Selain itu, peniaga atas talian juga
mengatakan bahawa prosedur penghantaran barang di J&T Express amat cepat dan lancar
sebagai salah satu faktor mereka mengutamakan kurier ini dalam aktiviti pengeposan. Di
samping itu, layanan yang cemerlang oleh staf kurier J&T Express juga menjadi salah satu
faktor mereka cenderung menggunakan perkhidmatan kurier ini.Kesimpulannya, terdapat
banyak faktor yang mendorong kurier J&T Express sebagai kurier pilihan peniaga atas talian
di Bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Pada objektif yang kedua pula iaitu kesan penggunaan kurier J&T Express terhadap
peniaga atas talian, mereka bersetuju bahawa penggunaan kurier ini memberikan pelbagai
kesan positif terhadap perniagaan mereka. Peniaga atas talian menyatakan bahawa prosedur
pengeposan di kurier ini dapat menjimatkan masa dan tenaga mereka. Mereka juga
memberitahu bahawa peniaga atas talian dapat menjimatkan modal kerana kos pengeposan
yang berpatutan. Selain itu, apabila peniaga atas talian menggunakan perkhidmatan kurier
J&T Express, barang yang dihantar kepada pelanggan dapat sampai dengan pantas dan
selamat. Akhir sekali, pelanggan mereka semakin bertambah apabila mengetahui kurier yang
digunakan oleh peniaga atas talian. Jelaslah bahawa terdapat pelbagai kesan yang berlaku
terhadap peniaga atas talian yang mengunakan khidmat pengeposan kurier J&T Express.
Kesimpulannya, kajian kepercayaan peniaga atas talian di Bandar Kuala Berang, Hulu
Terengganu terhadap kurier J&T Express dapat mendedahkan pelbagai faktor J&T Express
menjadi pilihan utama dan kesannya terhadap peniaga atas talian. Oleh itu, pihak kurier J&T
Express perlu menaik taraf perkhidmatan mereka agar pelbagai keselesaan dan kemudahan
dapat dirasakan oleh peniaga atas talian yang menggunakan khidmat pengeposan kurier J&T
Express.

26
020421-11-0063

7.0 RUJUKAN

1. GoogleMaps(2019).J&T Express Kuala Berang Maps- Dicapai pada Jun 21, 2021 dari
https://www.google.com/maps?
q=jnt+kuala+berang&rlz=1C1GCEA_enMY959MY959&um=1&ie=UTF8&sa=X&ved=2ah
UKEwijxPzr07XyAhUb3jgGHQYODZMQ_AUoAXoECAEQAw
2. J&T Express Malaysia(2018). J&T Express Official Website-Dicapai pada Jun 21,
2021 dari https://www.jtexpress.my/
3. Kamus Dewan, 1994 Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka
4. Pak Teh ‘J&T Express rancang IPO bernilai RM 4.1 Bilion’ dalam Majalah Labur,
April 6 2021
5. Wikipedia(2021). Hulu Terengganu District- Dicapai pada Jun 21, 2021 dari
https://en.wikipedia.org/wiki/Hulu_Terengganu_District
6. Wikipedia(2021). Terengganu- Dicapai pada Jun 21, 2021 dari
https://en.wikipedia.org/wiki/Terengganu.

27
020421-11-0063

8.0 LAMPIRAN

Soalan Temu Bual

Tema : Kepercayaan
Tajuk : Penggunaan Kurier J&T Express menjadi pilihan peniaga atas talian untuk aktiviti
pengeposan di Bandar Kuala Berang,Hulu Terengganu.
Objektif 2: Mengkaji kesan yang berlaku kepada peniaga atas talian yang menggunakan
perkhidmatan kurier J&T Express di Bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu.
Nama :
Umur :
Tarikh:

SOALAN:

1.Adakah prosedur pengeposan di J&T Express mengambil masa yang lama?

2.Adakah kos yang diperuntukkan untuk pengeposan sangat berpatutan?

3.Adakah barang yang dihantar dapat diterima oleh pelanggan mengikut masa yang
ditetapkan?

28
020421-11-0063

4.Adakah jualan peniaga semakin meningkat setelah pelanggan mengetahui kurier yang
digunakan oleh peniaga?

29

You might also like