You are on page 1of 3

020421-11-0063

5.2 KESAN PENGGUNAAN KURIER J&T EXPRESS TERHADAP PENIAGA ATAS


TALIAN DI BANDAR KUALA BERANG, HULU TERENGGANU

Untuk menjalankan kajian ini, pengkaji telah melakukan kajian secara temu bual bersama 3
orang responden dari kalangan peniaga atas talian di Bandar Kuala Berang. Terdapat 4 soalan
yang telah diajukan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan kean
penggunaan kurier J&T Express tehadap peniaga atas talian di Bandar Kuala Berang, Hulu
Terengganu.

Soalan pertama yang diajukan oleh pengkaji ialah adakah prosedur pengeposan mengambil
masa yang lama. Dua orang responden iaitu Muhd Naufal Bin Mokhtar dan Nur Sabrina
mengatakan bahawa prosedur pengeposan di kurier J&T Express mengambil masa yang
sangat singkat. Mereka menjelaskan tentang beberapa prosedur pengeposan kurier J&T
Express dan membandingkan prosedur tersebut dengan prosedur pengeposan kurier yang lain
seperti Poslaju dan DHL Express. Menurut seorang lagi responden, iaitu Nur Ana Zulaikha
yang menjelaskan tentang perbezaan prosedur pengeposan J&T Express dengan Poslaju. Di
kurier J&T Express, peniaga hanya perlu menyerahkan barang yang dipos dan butiran alamat
penerima. Barang tersebut akan dibalut dengan rapi menggunakan bahan-bahan keselamatan
seperti ‘bubble wrap’. Manakala di Poslaju pula, peniaga perlu mengisi sendiri butiran alamat
penerima dan membalut barangan sendiri. Perkara ini jelas menunjukkan bahawa di kurier
J&T Express, peniaga tidak perlu bersusah payah dan dapat menjimatkan tenaga apabila
melakukan pengeposan kepada pelanggan.

Seterusnya, soalan kedua yang disoal oleh pengkaji ialah adakah kos pengeposan yang
ditawarkan oleh kurier J&T Express dapat menjimatkan wang. Salah seorang peniaga atas
talian iaitu Nur Sabrina menyatakan bahawa kos pengeposan yang ditawarkan sangat
berpatutan dan menjimatkan kos peniaga. Beliau juga menyatakan bahawa kurier J&T
Express turut mengadakan potongan harga kos pengeposan pada musim-musim tertentu
seperti musim perayaan dan musim cuti sekolah. Sebagai contoh, pada 7 Julai hingga 31
Ogos, pihak kurier J&T Express mengadakan promosi sebanyak 35% sempena ‘Fiesta Le
3rd’. Peniaga atas talian yang lain iaitu Muhd Naufal Bin Mokhtar menyatakan bahawa kos
penghantaran kurier J&T Express amat menjimatkan dari segi saiz dan berat barang yang
hendak dihantar. Beliau menjelaskan lagi bahawa kos penghantaran untuk satu barang yang
berat sebanyak 2 kilogram, kos penghantarannya ialah sebanyak RM 8.99. Responden Nur
Ana Zulaikha juga mempunyai pendapat yang sama dengan Muhd Naufal tentang kos
penghantaran yang sangat murah dan berpatutan. Perkara ini menujukkan bahawa kos
penghantaran yang ditetapkan oleh kurier J&T amat menjimatkan dan berpatutan.

Selain itu, soalan ketiga yang diajukan kepada peniaga atas talian ialah adakah penghantaran
yang dibuat oleh kurier J&T Express sangat pantas. Salah seorang peniaga atas talian iaitu
Nur Sabrina amat berpuas hati dengan kepantasan khidmat penghantaran yang dilakukan oleh
kurier J&T Express. Menurut beliau, purata masa penghantaran barang hanya mengambil
masa selama dua hari sahaja. Tambah beliau lagi, barang yang dihantar juga sampai tepat di
alamat pelanggan. Bagi Muhd Naufal pula, perkhidmatan pengeposan kurier J&T Express
adalah yang paling pantas berbanding kurier lainseperti Poslaju dan DHL Express. Beliau
menerangkan bahawa kurier J&T Express hanya mengambil masa selama 2 hingga 4 hari
sahaja untuk sampai ke destinasi yang ditetapkan. Pernyataan yang diberikan oleh Nur Ana
Zulaikha pula menyatakan bahawa hanya sekali dua barang yang dipos mengalami kelewatan
untuk sampai ke alamat pelanggan. Namun, masalah ini hanya terjadi di stesen J&T Express
yang mengalami lambakan barang sehingga menjejaskan proses di stesen tersebut. Jelaslah
bahawa kurier J&T Express amat pantas dan tepat dalam khidmat penghantaran.

Akhir sekali, soalan terakhir yang diajukan oleh pengkaji kepada peniaga atas talian ialah
adakah jualan peniaga atas talian semakin bertambah setelah mengetahui kurier yang
digunakan oleh peniaga. Perkongsian peniaga atas talian iaitu Nur Ana Zulaikha dan Nur
Sabrina mengatakan bahawa pelanggan mereka bertambah setelah mengetahui kurier yang
digunakan. Perkara ini menunjukkan bahawa ramai orang yang mengetahui kelebihan kurier
J&T Express. Manakala bagi Muhd Naufal pula, dalam 20 orang pelanggannya, hanya 1 atau
2 orang pelanggan sahaja yang tidak mahu menggunakan khidmat penghantaran kurier J&T
Express. Beliau memberitahu bahawa jurier J&T Express di kawasan pelanggan mengalami
beberapa masalah sehinggakan pelanggan tersebut tidak mahu menggunakan J&T Express.

Kesimpulannya, berdasarkan kajian secara temu bual yang dilakukan oleh pengkaji, jelaslah
bahawa terdapat pelbagai kesan terhadap peniaga atas talian yang menggunakan khidmat
pengeposan kurier J&T Express. Para peniaga atas talian juga menyatakan harapan mereka
agar perkhidmatan pengeposan kurier J&T Express dapat dinaik taraf pada masa akan datang.

You might also like