You are on page 1of 1

020421-11-0063

1.0 ABSTRAK

Tujuan kajian dijalankan untuk mengenal pasti penggunaan kurier J&T Express oleh peniaga
atas talian untuk aktiviti pengeposan di Bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu . Kajian ini
mengemukakan beberapa objektif kajian iaitu objektif kajian pertama untuk mengenal pasti
faktor kurier J&T Express menjadi pilihan utama peniaga atas talian dalam aktiviti
pengeposan di Bandar Kuala Berang. Objektif kedua untuk mengkaji kesan penggunaan
kurier J&T Express terhadap peniaga atas talian di Bandar Kuala Berang. Kajian ini
dijalankan di Bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu. Kaedah kajian yang digunakan ialah
soal selidik dan temubual . Data dikumpul melalui kajian soal selidik yang melibatkan 10
orang responden yang terlibat secara rawaknya . Responden dikehendaki menjawab satu set
soal selidik yang berkaitan dengan faktor kurier J&T Express menjadi pilihan utama peniaga
atas talian dalam aktiviti pengeposan di Bandar Kuala Berang. Sebelum hasil dapatan awal,
beberapa orang peniaga atas talian telah menunjukkan semangat bekerjasama dan sikap
prihatin semasa saya ingin menjalani kajian ini . Hasil dapatan akhir pula mendapati terdapat
banyak faktor kurier J&T Express menjadi pilihan utama peniaga atas talian di Bandar Kuala
Berang dan pelbagai kesan positif terhadap peniaga atas talian yang menggunakan kurier J&T
Express. Secara kesimpulan kecil , kurier J&T Express sememangnya menjadi pusat
pengeposan utama bagi peniaga atas talian di Hulu Terengganu.

You might also like