You are on page 1of 36

PENGENALAN

Aplikasi pengkomputeran kini menjadi satu medium yang banyak memudahkan urusan
manusia seharian terutamanya dengan wujudnya jaringan sejagat (world-wide-web) yang
merupakan sistem menghubungkan hypertext dokumen melalui internet. Pada mulanya
penginovasian dalam internet hanya di bangunkan untuk aktivti ketenteraan di Amerika Syarikat
di bawah dana penyelidikan Universiti California Los Angeles (UCLA). Namun sejarah telah
merubah dengan evolusi penginovasian internet di adaptasikan dalam aktivti perbankan yang
banyak melibatkan transaksi dalam bentuk kewangan dan seterusnya kewujudan laman-laman
web berteraskan eletronik yang dikenali sebagai perbankan eletronik (e-banking). Neha (2010)
mengklasifikasikan perbankan internet sebagai teknologi layan diri. Ini kerana pelanggan tidak
perlu berurusan dengan penyedia perkhidmatan tetapi hanya memerlukan akses internet.
Malaysia amnya amat menekankan perkhidmatan layan diri bagi membentuk satu budaya kerja
yang lebih sistematik. Contohnya perkhidmatan kiosk layan diri di setiap cawangan Kumpulan
Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam membuat semakan penyata, tuntutan pekerja tanpa
perlu berurusan di kaunter.

Melek Acar et al (2010) dalam kajiannya mendapati bahawa hampir 66 peratus dapatan
kajian menerima perbankan internet dengan jumlah responden yang diperolehi merupakan
golongan berpendidikan tinggi di peringkat ijazah tinggi dan selebihnya tidak mengetahui
kaedah penggunaan perbankan internet (IB) yang mana melibatkan sistem komputer. Kajian
Patricio et al (2003) menyatakan bahawa kepuasan dengan perkhidmatan kaedah konvesional
bank boleh mewujudkan kepercayaan kepada kewujudan penyampaian baru yang akan
diperkenalkan. Bagi Kennneth Yapp (2009) dalam kajiannya mendapati bahawa kualiti
perkhidmatan bank sedia ada secara fizikal memainkan peranan penting dalam mempengaruhi
kepercayaan terhadap perbankan eletronik berbanding saiz syarikat perbankan tersebut.
Guru et al (2003) mengevolusikan perbankan atas talian di kalangan negara Islam telah
mendapati dari 12 negara Islam dalam lingkungan kajian menunjukkan masih berada pada tahap
awalan dalam sistem perbankan internet dan hanya wujud beberapa negara Islam di timur tengah
yang berada pada tahap landasan baik. Malaysia yang umumnya di ketahui dan di iktiraf sebagai
sebuah negara Islam dan telah memacu pertumbuhan penembusan jalur lebar yang terbaik di
kalangan negara Islam di kategorikan masih pada tahap awalan kemasukan aplikasi perbankan
internet. Wujudnya keadaan ini akibat daripada bank-bank tempatan hanya dibenarkan oleh Bank
Negara Malaysia untuk membangunkan aplikasi atas talian pada pertengahan tahun 2000 dan
menyebabkan pembangunan aplikasi perbankan internet masih di peringkat awalan.
Dari memaparkan hasil model daripada kajian Kenneth B.Yapp et al (2009) yang memaparkan
bahawa wujudnya keadaan kesinambungan ke atas perbankan atas talian adalah amat berkait
rapat dengan reputasi penyedia perkhidmatan dan di sokong oleh jaminan keselamatan dalam
transaksi pengguna. Model juga membolehkan penerimaan pengguna untuk beralih daripada
sistem konvensional ke atas talian akan memberi implikasi yang besar kepada pihak penyedia
perkhidmatan iaitu bank dalam keuntungan jangka panjang terutama dalam bentuk pertambahan
asset dan pelanggan mereka.

1
PEMBANGUNAN PERBANKAN ATAS TALIAN MALAYSIA
Kewujudan perkhidmatan perbankan atas talian Malaysia yang bermula pada pertengahan
tahun 2000 telah mencetuskan satu evolusi aplikasi perkhidmatan yang cuba mengatasi kaedah
perbankan konvesional yang lebih kepada urusan di peringkat kaunter. Kajian Reichheld dan
Schefter (2000) mendapati melalui perbankan online telah mewujudkan jarak ruang (spatial
distance) yang mana penyedia perkhidmatan tidak akan menggunakan isyarat fizikal iaitu
berhadapan dengan pengguna ataupun pejabat fizikal untuk mewujudkan kepercayaan kepada
pengguna dalam perkhidmatan yang disediakan.

Umumnya syarikat-syarikat perbankan di Malaysia menjadikan perbankan eletronik


sebagai medium untuk mendekati pelanggan dan sebagai satu spektrum untuk memudahkan
pengguna berurusan dengan mereka. Berdasarkan Saffu et al (2008) dalam kajiannya mendapati
peningkatan aplikasi perbankan online, semakin meningkat sejak era 2000-an dan ianya
membawa faedah terutama dalam e-commerce. Faedah utama dari keadaan penginovasian adalah
mewujudkan pengurangan kos, peningkatan peluang perniagaan, mendorong penjimatan masa
dan menyediakan perkhidmatan persendirian dengan pelanggan. Bagi Turban et al (2008)
berpendapat juga kemudahan yang wujud mampu merancakkan sistem peruncitan, perniagaan
dan perdagangan Malaysia dengan agensi dalam dan luar negara.

2
ISU DAN OBJEKTIF KAJIAN
Laporan Bank Negara Malaysia (2009) menunjukkan paras hutang isi rumah daripada
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat kepada 76.6 peratus bagi tahun 2009
berbanding 63.9 peratus bagi tahun 2008. Paras hutang isi rumah ini melibatkan bil utiliti iaitu
perbelanjaan isi rumah yang berisiko memudaratkan pengurusan kewangan dan jika tidak di atasi
berkecenderungan ke arah kebankrapan. Oleh itu, melalui kewujudan e-banking yang
menyediakan pembayaran eletronik (e-payment) akan mampu menjadi satu landasan ke arah
pengurusan kewangan pengguna. Chong et al (2010), dalam kajian perbankan online di Vietnam
telah menjelaskan keadaan kerajaan Vietnam yang membuat perbelanjaan perlaburan dalam
pembangunan e-commerce dan telah menghasilkan kejayaan perbankan online. Namun ianya
masih bergantung kepada persepsi pengguna iaitu mereka mempercayai atau tidak perbankan
online. Laporan Majalah Forbes (2010), di Amerika Syarikat sahaja 80 peratus penduduknya
menggunakan perbankan online dan transaksi adalah melibatkan pembayaran bil utiliti. Majoriti
pengguna di Amerika Syarikat juga berpendapat perbankan online memberi kemudahan dalam
bentuk keselamatan dan pengurusan kewangan.

Keadaan di Malaysia isu-isu kelewatan pembayaran bil eletrik, air, Internet dan bil-bil
utiliti lain merupakan satu fenomena membawa kepada masalah lambakan bil-bil dan surat
amaran daripada penyedia perkhidmatan. Wujud isu penyebab lambakan hutang adalah di
dorong oleh kesesakan di kaunter dan isu-isu ketidakcukupan masa untuk membuat pembayaran
kerana kesibukan tugas dan tanggungjawab (UtusanMalaysia 2010). Laporan MIER (2010)
menyatakan Malaysia mempunyai hutang isi rumah tertinggi di Asia dan pinjaman untuk
membiayai keperluan isi rumah lebih memaparkan peningkatan berbanding pinjaman membiayai
perniagaan. Kajian Amir (2010) mendapati terdapat tiga faktor utama yang menyumbang
kepada peningkatan kadar hutang isi rumah, iaitu pendapatan isi rumah tidak mencukupi,
terdorong dengan gaya hidup mewah dan kelemahan pengurusan kredit. Ketua Ahli Ekonomi,
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) Azrul Anwar Ahmad Tajudin, menyatakan bahawa rakyat
Malaysia masih mempunyai kapasiti untuk melunaskan hutang mereka meskipun kadar hutang
semakin meningkat (Bernama 2011). Potensi sebegini membuktikan bahawa keupayaan
pengurusan kewangan merupakan aspek yang perlu di titikberatkan oleh pengguna dan
kewujudan kemudahan jaringan global harus di aplikasikan sebagai medium kaunter maya.

Satu kajian oleh Grabner (2002) berpendapat persekitaran atas talian adalah tidak wujud
secara langsung hubungan fizikal antara pembeli dan penjual dan mewujudkan keadaan
pelanggan dan pembeli dalam talian menghadapi pemisahan (face spatial dan temporal
separation) kerana transaksi dilakukkan tidak melibatkan transaksi serentak antara barang atau
perkhidmatan dan wang. Kajian Grabner (2002) merujuk kepada proses pengesahan status
pembayaran adalah tidak serentak iaitu melibatkan pembelian barang dan pengguna hanya
menerima dalam tempoh masa yang panjang selalunya melibatkan kiriman Pos dan ianya
mewujudkan ketidakyakinan dalam aplikasi atas talian. Jika di Malaysia kewujudan
ketidakyakinan dalam perbankan online banyak di dorong oleh kerana ianya masih baru bertapak
di dalam negara dan insentif untuk menggalakkan penggunaannya masih kurang.

3
Kajian oleh Kenneth et al (2009) berpendapat pengguna akan lebih mempercayai e-
banking jika bank mempunyai reputasi yang baik berbanding bank-bank yang kecil dan baru
mula bertapak seperi model. Firma perbankan Malaysia yang terlibat secara langsung dalam
perbankan online. Namun dalam aspek pembayaran bil utiliti penjimatan dalam kos dapat
dimaksimumkan akibat tidak memerlukan pengeluaran resit menyebabkan aplikasi atas talian
wajar di aplikasikan oleh penyedia perkhidmatan kepada pengguna.

Laporan daripada Symantec Norton Security Response iaitu badan yang menawarkan
perlindungan, penyimpanan dan pengurusan sistem penyelesaian komputer global, melaporkan
bahawa jenayah siber berlaku setiap 0.25 saat di seluruh dunia yang meliputi peras ugut,
ancaman virus, angkara penggodam phising, jangkitan anti-spyware dan malware (Bernama
2010). Ini di tambah melalui 72 peratus jenayah siber yang di laporkan membabitkan kecuaian
pelanggan seperti mendedahkan kata laluan dan maklumat peribadi secara sedar yang mana
melibatkan transaksi RM384.5 billion membabitkan kerugian melebihi RM1 juta (Maybank
2010). Kewujudan keadaan sebegini menyebabkan pengguna amnya menjadi lebih berhati-hati
dalam menggunakan perbankan internet, walaupun pihak penyedia operasi memberi jaminan
keselamatan yang tinggi kepada pengguna. Isi rumah yang menggunakan aplikasi internet
dilengkapi perisian yang mampu melindungi dari ancaman virus namun jika di lihat daripada
laporan Maybank tersebut memungkinkan pengguna akan mengambil kaedah berwaspada dan
ianya bersesuaian dengan sifat kepenggunaan itu sendiri dalam teori-teori mikroekonomi yang
sentiasa bertindak balas dengan kesan-kesan luaran.

Polatoglu dan Ekin (2001) dalam kajian mereka berpendapat bahawa golongan
berpendidikan yang biasa dengan internet dan email, akan mudah dalam penggunaan perbankan
internet dan lebih berfaedah kepada mereka. Jika di lihat daripada laporan yang dikeluarkan oleh
Alexa (2011) iaitu sebuah badan penyelidikan penggunaan internet, Malaysia tergolong dalam
negara yang mempunyai kepadatan penggunaan dan kesesakan trafik internet yang tinggi di
Asia. Kesesakan yang tinggi di kalangan rakyat Malaysia adalah banyak melibatkan penggunaan
aplikasi laman sosial. Kajian yang dilakukan oleh Grunwald Associates LLC (2010) juga
mendapati golongan dewasa menghabiskan masa kira-kira sembilan jam seminggu melakukan
aktiviti dalam jaringan sosial. Sejauhmanakah golongan berpendidikan melibatkan diri dalam
transaksi perbankan atas talian di Malaysia ?, Persoalan ini akan di jawab dalam kajian yang
akan dijalankan.

Daripada permasalahan yang telah dibincangkan kajian akan menganalisis penggunaan


kaedah perbankan atas talian oleh isi rumah. Dua objektif kajian yang di bentuk adalah seperti
berikut:
1. Menganalisis persepsi penggunaan pembayaran eletronik (e-payment) di perbankan eletronik
dalam pembayaran bil-bil utiliti oleh isi rumah.

2. Menganalisis kewujudan hubungan antara kaedah konvesional dan atas talian dalam
pembayaran bil pengguna bagi mengelakkan hutang isi rumah.

4
TIP KESALAHAN JENAYAH SIBER DAN KOMERSIAL
Ditulis oleh JSJK Trg | 25 OCTOBER 2011
Penipuan melalui internet.

Dunia siber cukup menghairahkan. Dengan kemudahan mendapat liputan internet yang
lebih senang dan harga bayaran yang lebih mampu milik maka tidak hairan pembelian melalui
internet sudah semakin popular dan digemari ramai. Pada masa yang sama juga mereka yang
tidak berniat baik akan mencari peluang untuk melakukan penipuan melalui aktiviti internet.
Artikel ini cuba menerangkan aktiviti penipuan yang dijalankan dalam bahasa yang paling
senang difahami.

Anda melayari internet dan terlihat ada orang menawarkan jualan sebuah kamera dengan
harga yang anda tahu jauh lebih murah dipasaran. Tertera adalah nombor telefon yang boleh
dihubungi. Anda terus menghubungi nombor talipon yang diberikan dan bercakap dengan
seseorang yang nampaknya mahir bercakap. Dengan salam dan cara memperkenalkan diri
anda mulai diyakini bahawa anda sedang berurusan dengan seseorang yang boleh dipercayai.
Setelah berunding mudah pula diberikan harga potongan dan anda terus bersetuju untuk
membeli kamera berkenaan. Anda mula bertanya cara bayaran yang selalunya diberikan satu
nombor akaun bank untuk anda masukkan duit belian barangan yang dipesan. Adakalanya pula
anda perlu membuat bayaran wang pendahuluan terlebih dulu dan baki akan dibayar setelah
barangan dipesan diterima. Barangan dijanjikan akan diterima selepas 3-4 hari. Setelah
menunggu sehingga dua minggu barangan yang dipesan tak kunjung tiba dan anda mula syaki
bahawa anda telah tertipu. Panggilan telefon anda mula tidak dijawab dan diendahkan. Anda
mula sedar bahawa anda sudah tertipu. Bagaimana dia sanggup menipu sedangkan ada
nombor telefon dan ada pula nombor akuan bank? Jawabnya senang saja- ada berbagai cara
untuk mendapatkan pendaftaran talian telefon palsu dan ada berbagai cara juga untuk
membuka akaun bank supaya sukar dikesan termasuk di luar negara. Sebagai langkah
pencegahan anda perlu berhati-hati dalam perkara berikut :

1) Apabila kemudahan jualan barangan adalah dari halaman web yang tidak diiktiraf.
2) Apabila tawaran jualan dibuat dengan harga yang tidak munasabah.
3) Apabila butiran panggilan telefon cuba dirahsiakan seperti tiada nombor panggilan.

Bagaimana untuk memastikan barangan yang dipesan sampai? Bagi syarikat yang besar
seperti Ebay mereka mengadakan skim insuran sekiranya barangan yang dipesan gagal
sampai atau hilang di tengah jalan. Syarikat sebegini akan membayar balik kerugian yang anda
alami. Tentunya harga tawaran mereka seperti harga pasaran biasa. Bagaimana untuk
mengetahui harga yang ditawarkan adalah biasa? Anda perlu melawat beberapa halaman
sesawang beberapa buah syarikat dan membuat perbandingan kepada harga yang di tawarkan.
Pesanan yang selalu menjadi mangsa penipuan adalah telefon bimbit, kamera, kenderaan,
pakaian dan sebagainya.

5
Penipuan melalui telefon bimbit.
Kumpulan ini sentiasa begerak untuk mencari mangsa. SMS atau panggilan telefon akan
di buat kepada anda dan memaklumkan bahawa anda telah memenangi:
1. Peraduan Power Root atau,
2. Peraduan Nestle atau,
3. Peraduan Shell atau,
4. Apa-apa peraduan yang sedang hangat di dada-dada media.

Hadiah kemenangan selalunya RM5,000 untuk mendapatkan hadiah anda perlu


mengaktifkan perbankan internet anda dan jika anda menjawab tidak tahu bagaimana untuk
mengaktifkannya maka pertolongan segera boleh diberikan. Tetapi untuk kemudahan anda
perlu mengisi nombor telefon mereka dan selalunya sebanyak RM150 (topup). Anda seterusnya
diminta ke bank anda dan penjenayah sememangnya mahir dengan cara mengaktifkan bank
ini. Anda diminta untuk menggunakan NOMBOR PIN YANG DIBERIKAN kononnya untuk
kemudahan memasukkan wang yang di menangi. Apa yang berlaku apabila anda siap
mengaktifkan perbankan internet dengan nombor pin yang diberikan oleh mereka adalah wang
dari akaun bank anda akan segera di pindahkan ke akaun penjenayah. Mangsa selalunya
menyedari perkara ini apabila beberapa hari berlaku dan apabila memeriksa baki akaun.
Penjenayah selalunya memindahkan wang ke akaun di luar negara agar sukar di kesan.
Sebagai langkah pencegahan perkara berikut haruslah diambil perhatian :

1. Jangan mudah percaya sebarang peraduan yang anda telah menang.


2. Jika benar mungkin anda telah menyertai sebarang peraduan sila buat pengesahan dengan
pihak penganjur.
3. Jangan sekali-sekali mengaktifkan perbankan internet dengan nombor PIN yang di cadangkan
oleh sesiapa.
4. Untuk makluman perbankan internet di kebanyakan bank hanya boleh diaktifkan melalui kad
ATM. Ini bermakna kad ATM dan nombor PIN adalah penting untuk dirahsiakan bagi mengelak
dari sesiapa yang berniat jahat untuk mengaktif perbankan internet atau mengeluarkan wang dari
kad ATM anda.
5. Laporkan kepada pihak polis dengan segera supaya butirbutir akaun suspek dapat dikesan dan
usaha menangkap dijalankan.

6
Penipuan melalui E-mail

Anda akan mendapat e-mail menyatakan bahawa kad kredit anda telah terlebih
dibelanjakan dari had yang dibenarkan. Selepas pada itu anda akan menerima panggilan telefon
dari Bank Negara Malaysia bahawa anda sedang disiasat mengenai penipuan kad kredit dan
dipercayai kad kredit anda telah digunakan oleh orang lain. Nombor pengesahan ke bank negara
juga akan diberikan. Anda diminta segera ke halaman web dengan LINK yang tertera dalam e-
mail anda. Setelah masuk , dan anda tekan pada link berkenaan anda akan segera dibawa ke
halaman bank anda yang kelihatan tanpa sebarang cacat cela dan ianya 100% sama dengan
halaman bank yang anda selalu lihat. Anda diminta memasukkan nombor akuan dan NOMBOR
PIN atau PASSWORD. Setelah anda tekan butang submit maka notis error akan keluar.
Sebenarnya apa yang berlaku halaman web yang tertera adalah palsu. Apabila butang submit di
tekan penjenayah telah berjaya mendapat nombor PIN anda dan segera membuat pemindahan
wang ke akaun mereka. Anda akan sedar tertipu apabila

1. Berhati-hati dengan email dengan memberi alasan aneh


2. Jangan sekali-kali menekan sebarang link halaman sesawang yang nampaknya aneh.
Contohnya kehalaman ke sesuatu bank mestilah terdapat nama bank berkenaan bukan nama-
nama lain yang aneh.
3. Pastikan anda memasang anti-virus yang boleh mengesan key-logger atau aktiviti pencurian
lain yang nampaknya mencurigakan.
4. Dapatkan pengesahan dari pihak bank anda berurusan.
5. Laporkan kepada pihak polis dengan segera sebarang perkara yang mungkin bertujuan untuk
menipu.

7
JENAYAH SIBER DAN MULTIMEDIA

PENIPUAN MELALUI INTERNET KHIDMAT NASIHAT - JENAYAH SIBER DAN


MULTIMEDIA

Jenayah siber bukanlah perkara baru. Ia bukan sahaja berlaku di Malaysia, tetapi
melibatkan masalah antarabangsa. Banyak kes melibatkan jenayah siber telah dikesan, malah,
ramai rakyat Malaysia juga menerima akibat daripada aktiviti jenayah yang menggunakan ruang
siber sebagai mediumnya.

Keupayaan Internet sebagai alat komunikasi jauh mengatasi alat-alat komunikasi yang
ada sekarang. Percetakan, telefon dan televisyen telah berzaman memainkan alat yang penting
dalam media untuk menyampaikan ilmu dan maklumat kepada orang ramai. Namun, bahanbahan
media ini penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif seperti Internet.

Ini membolehkan pengawalan maklumat dilakukan secara berkesan. Malah kebanyakkan


negara mempunyai peruntukan undang-undang yang mengawal percetakan dan kandungan
televisyen. Di Malaysia contohnya, sebarang percetakan yang disebarkan kepada orang awam
memerlukan permit yang sah. Peruntukan undang-undang yang sedia ada seperti Akta
Percetakan, Akhbar dan Penerbitan 1984, Akta Penyiaran 1988, Akta Hasutan 1948, Akta
Rahsia Rasmi 1972 membataskan maklumat-maklumat yang boleh dicetak dan diedarkan
kepada orang ramai.

Bahan media yang tradisional juga dibatasi oleh had geografi. Penyebaran buku, majalah
dan surat khabar memerlukan kos, tenaga manusia, infrastuktur jalan dan kemudahan kenderaan.
Kesemua faktor ini membataskan penyebaran maklumat dan pada masa yang sama memudahkan
pengawalan maklumat.

Perbezaan antara internet dan bahan media yang sedia ada amatlah nyata kerana Internet
adalah satu platform yang menyediakan maklumat daripada berjuta-juta pengguna dan pengkaji
selidik dari seluruh dunia. Internet memungkinkan seseorang menyebarkan maklumat dan
berinteraksi dengan orang lain yang mungkin beribu-beribu batu jauhnya.

8
KLASIFIKASI JENAYAH SIBER

Kesemua peringkat penggunaan komputer adalah sentiasa berhadapan dengan aktiviti


jenayah. Sama ada sebagai mangsa kepada jenayah atau peralatan bagi jenayah atau kedua-
duanya. Operasi Input, Pemprosesan Data, Operasi Output dan Komunikasi Data telah
digunakan dengan teliti untuk tujuan yang tidak sihat. Jenis jenayah siber yang biasa kita dengar
adalah seperti :-

1. Penipuan
2. Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.
3. Kecurian maklumat.
4. Capaian secara tidak sah keatas sistem
5. Menyalin perisian secara tidah sah.
6. Pengintipan
7. Judi siber
8. Skim Cepat Kaya
9. Pornografi
10. Penggodam atan "hackers"
11. Penyebaran Virus

Mungkin juga kita akan berhadapan dengan bentuk jenayah baru selaras dengan
kepesatan pembangunan komputer. Isu yang ingin di bincangkan di sini bukanlah berkenaan
bagaimana jenayah dilakukan tetapi mengapakah jenayah ini sukar dibendung. Antara beberapa
factor yang dikenal pasti ialah :-

1. Sukar dikenalpasti siapakah penjenayahnya


2. Kepentingan ekonomi
3. Berbeza takrifan jenayah
4. Kepentingan ketenteraan
5. Sikap manusia "Human attitude"

9
Jenayah komputer

Merujuk kepada penyalahgunaan peralatan komputer bagi merosakkan, mencuri, atau


mengubah data dalam komputer bagi tujuan tertentu. Jenayah komputer sukar dibuktikan atau
dikesan disebabkan kehilangan data atau penyalinan data berlaku secara maya dan tidak dapat
dibuktikan secara fizikal.

Selain itu jenayah komputer juga berbeza antara satu kawasan ke kawasan lain.
Tambahan lagi, perkembangan perhubungan data antarabangsa terutama sekali Internet telah
menyebabkan tugas polis menjadi semakin sukar.

Contoh contoh jenayah komputer :-


• Penipuan (komputer) yang dilakukan dengan mengubah rekod rekod komputer.
• "Spamming" iaitu menghantar iklan yang tidak dikehendaki secara berlebihan ke dalam
akaun e-mel mangsa.
• "Phising" iaitu menyamar sebagai laman web sah dan seterusnya memujuk mangsa
mengklik pautan melalui e-mel yang seterusnya akan membawa bersama maklumat
sulit pengguna.
• Melancarkan perisian pengintip yang memasuki komputer orang lain tanpa disedari,
sama ada untuk mencuri maklumat mangsa ataupun untuk melancarkan tetingkap "popup"
iklan secara berterusan.
• Memasuki atau mengubah program atau data tanpa kebenaran (pencerobohan
komputer).
• Perisikan Perindustrian
• Menghasil dan menyebarkan virus komputer
• Teknik "Salami" iaitu perbuatan mencuri wang berulang kali pada kuantiti yang sangat
kecil.
• Kuda "Troy'
• Cetak Rompak

10
TINGKAT USAHA ATASI JENAYAH SIBER
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak menggesa ASEAN mengambil langkah berkesan
untuk meningkatkan keupayaan menangani ancaman dan jenayah siber yang semakin canggih
sehingga menimbulkan risiko besar kepada negara dan kerajaan.Dalam kesungguhan
membangunkan ekonomi, Perdana Menteri berkata, cabaran baru dibawa kemajuan teknologi
maklumat dan komunikasi (ICT) tidak harus dilupakan kerana ancamannya boleh mengakibatkan
kerosakan yang tidak dapat dibaiki terhadap ekonomi dan negara.

Justeru, beliau mahu pembinaan keupayaan kerajaan dan pegawai penguat kuasa
undangundangnya dipertingkatkan supaya sentiasa peka untuk mengatasi ancaman siber
sekarang dan pada masa depan.Berikutan itu, beliau menggesa Mesyuarat Menteri-Menteri
Telekomunikasi dan Teknologi Maklumat (TELMIN) ASEAN untuk membangunkan satu pelan
bersepadu dan komprehensif bagi membolehkan kerjasama melindungi rakyat daripada elemen
negatif dalam alam siber.

Pada masa sama, kita juga mesti melihat etika penggunaan internet. Perlakuan tidak
beretika dan tidak bertanggungjawab dalam dunia tanpa sempadan internet mesti dikawal. Orang
ramai dan generasi masa depan kita perlu dididik menggunakan ICT secara selamat dan
bertanggungjawab.Mereka sudah menyaksikan bagaimana ada kala kemajuan pesat ICT
memberi kesan negatif. Dalam soal ini, nilai serta budaya ketimuran boleh memainkan
peranan.Beliau percaya dalam meraih pembangunan ICT, amat penting untuk tidak melupakan
asal usul budaya dan nilai kita.

Budaya dan warisan menjadikan kita unik. Oleh itu, adalah penting untuk mendidik
masyarakat supaya jangan mengabaikan apa yang menjadikan mereka sebagai rakyat Asia yang
unik, meskipun menghadapi kemodenan dan globalisasi. Kita tidak harus sesekali berkompromi
dengan nilai kita atas nama pembangunan. Hadir sama Menteri Penerangan Komunikasi dan
Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim. Najib turut menekankan pentingnya ASEAN berada
dalam arus pembangunan ICT global, namun kesaling hubungan (connectivity) sesama negara
berdepan cabaran berikutan penyediaan rangkaian jalur lebar yang moden memerlukan pelaburan
besar. Di samping itu, beliau berkata, sebahagian besar kesaling hubungan itu disalurkan ke
Amerika Syarikat dan Eropah terlebih dulu sebelum sampai ke esame ASEAN.

Beliau mencadangkan TELMIN menimbang untuk menumpukan sumber bagi menambah


baik kesaling hubungan antara esame ASEAN demi mengurangkan kos penyediaan prasarana
jalur lebar di ASEAN. Sekiranya ini dapat dilakukan, kesaling hubungan esame ASEAN akan
banyak meningkat, begitu juga peluang mengembangkan khidmat dan produk ASEAN.

Najib berkata, ASEAN juga tidak boleh ketinggalan dalam pembangunan ICT sekiranya
mahu muncul rantau paling menarik untuk perniagaan dan perdagangan, malah jika ini adalah
Abad Asia, ASEAN mesti menjadi saluran utama bagi perdagangan serta pelaburan di benua
itu.Dalam pada itu, Perdana Menteri berkata kadar penembusan jalur lebar di Malaysia kini
sudah mencecah 55.6 peratus, sekali gus melepasi sasaran asal 50 peratus menjelang akhir tahun
lalu.
11
BURUAN PENJENAYAH SIBER

HARI ini, mengemas kini status atau menyiarkan gambar kita di laman-laman
rangkaian sosial telah hampir menjadi sesuatu yang dilakukan secara naluri bagi kebanyakan
kita.Populariti telefon pintar dan peralatan bergerak telah menjadikan ia mudah untuk berkongsi
dengan pantas lokasi, fikiran dan pengalaman kita dengan rakan-rakan dan keluarga.

Menurut sebuah syarikat digital terkemuka, conScore, Malaysia memiliki penembusan


rangkaian sosial kedua tertinggi di Asia Tenggara pada 91 peratus, selepas Filipina.Satu daripada
aktiviti rangkaian sosial yang semakin popular di Malaysia ialah berkongsi
gambar.Dari 2009 hingga 2010, populariti perkongsian gambar dalam talian meningkat sebanyak
57 peratus di Malaysia, peratusan kedua tertinggi di kalangan negara Asia Tenggara.

Bagaimanapun, ramai daripada kita tidak menyedari bahawa apabila mengemas kini
halaman rangkaian sosial , sebenarnya kita memberi penjahat-penjahat berkenaan maklumat
yang mereka perlukan untuk melancarkan serangan yang disusun khusus.Dengan membaca
maklumat umum, penjenayah siber boleh mengetahui kesukaan kita,memperdaya kepercayaan
dan menjadikan kita dan rakan-rakan sebagai sasaran untuk ditipu.

Lama sudah berlalu apabila anda menerima emel dari alamat yang aneh, tatabahasa yang
buruk dan pautan yang jelas kelihatan mencurigakan.Hari ini, serangan siber yang disusun cukup
teratur, telah menjadikan hampir sukar bagi kita untuk mengenal pasti berbanding zaman emel
itu.Laporan terbaru Ancaman Keselamatan Internet Symantec Volume 16 (ISTR 16)
mendedahkan kecanggihan yang meningkat dalam kaedah serangan-serangan yang mengambil
kesempatan di laman-laman rangkaian sosial.

Penjenayah siber menyedari terdapat data yang banyak untuk diperoleh dan
menggunakan apa saja kaedah untuk mendapatkan maklumat peribadi.Apatah lagi penemuan
Laporan Jenayah Siber Norton 2010 mendapati bahawa 65 peratus pengguna-pengguna Malaysia
tidak membuat penetapan kerahsiaan tinggi ke atas laman rangkaian sosial, menjadikan mereka
kumpulan yang mudah ditembusi.Di samping itu, ISTR 16 menemui bahawa penjenayah siber
menggunakan rangkaian sosial untuk mengutus pautan pendek ke laman-laman web berniat jahat
kerana destinasi sebenar pautan tersebut tersorok daripada pengguna.

12
Sepanjang tempoh tiga bulan pada 2010, dua pertiga pautan berniat jahat dalam sumber
berita yang dipantau oleh Symantec menggunakan kependekan URLs dan daripadanya, 73
peratus diklik 11 kali atau lebih - membuktikan keberkesanan mereka! Bagaimanapun,
penjenayah siber tidak sahaja menggunakan rangkaian sosial untuk menyerang para
pengguna.Dengan penggunaan peralatan bergerak, penjenayah siber juga sama bergerak seperti
anda. Pada tahun lepas, Norton mencatatkan 163 kes serangan pada peralatan bergerak
peningkatan sebanyak 42 peratus berbanding 2009.

Di Malaysia, Symantec juga menyaksikan peningkatan dalam penggunaan peralatan


bukan-PC, terutamanya telefon pintar.Menjelang tahun 2014, Pyramid Research mengunjurkan
kadar penembusan peralatan bergerak Malaysia akan meningkat sebanyak 133 peratus, yang
mana langganan jalur lebar bergerak akan berjumlah 2.6 juta.

Tatkala lebih ramai pengguna memuat turun dan memasang aplikasi pihak ketiga bagi
peralatan bergerak, kemungkinan memasang aplikasi berniat jahat juga meningkat.

Dengan kod jahat kini direka untuk menjana perolehan, kita berkemungkinan besar akan
menyaksikan lebih banyak ancaman dicipta bagi peralatan seumpamanya ketika orang semakin
menggunakannya bagi transaksi sensitif seperti membeli-belah dalam talian dan perbankan
Internet.

13
20 KERTAS SIASATAN JENAYAH SIBER DIBUKA TAHUN INI

KUALA LUMPUR 19 April – Sebanyak 20 kertas siasatan jenayah siber telah dibuka
bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini yang membabitkan penyebaran fitnah, penyelewengan
maklumat, penghinaan, hasutan dan pornografi.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang


Gandum berkata, kesemua kes disiasat mengikut Seksyen 211 dan 233 Akta Komunikasi dan
Multimedia 1998.

Sepanjang tahun lepas, sebanyak 582 kertas siasatan dibuka dan daripada jumlah itu 422
disiasat mengikut kedua-dua seksyen tersebut yang memperuntukkan denda tidak lebih
RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan, katanya di Dewan Negara, di
sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Senator Datuk Zaitun Mat yang ingin tahu keberkesanan
langkah kerajaan dalam menangani jenayah siber khususnya berkaitan fitnah, penyelewengan,
hasutan dan pornografi.

Salang berkata bagi tempoh 2000 sehingga sekarang, sebanyak 17 kes didakwa mengikut
kedua-dua seksyen terbabit termasuk tiga kes yang masih dalam perbicaraan.

Selain itu, mereka yang menyalahgunakan internet juga boleh didakwa mengikut akta
lain seperti Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan 1989, Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan 2007, Akta Hasutan 1948, Akta Fitnah 1957 dan Kanun Keseksaan, kata beliau.

"Selain pendakwaan di mahkamah untuk pesalah-pesalah dalam negara, pihak


Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Media juga akan mengambil tindakan secara teknikal
seperti menyekat akses kepada laman-laman web terutamanya yang berbentuk ”phishing”,
penipuan, pelbauran haram dan pornografi,” katanya.

SKMM juga katanya, telah menubuhkan Biro Aduan SKMM yang menerima semua jenis
aduan bagi membolehkan siasatan dilakukan.

14
Publication: BH
Date of publication: Sep 3, 2011
Section heading: Main Section
Page number: 014
Byline / Author: Oleh Diyanah Anuar

KUALA LUMPUR: Jenayah pencerobohan komputer dan sistem jaringan di negara ini, lebih
popular dirujuk godam atau 'hack' dilaporkan meningkat dengan mangsa bukan setakat
pengguna individu, tetapi juga organisasi besar, malah sistem komputer milik kerajaan tidak
terkecuali.

Motif penggodam juga pelbagai daripada keuntungan kewangan dengan memanipulasi sistem
berkaitan hinggalah sekadar suka-suka, ingin mencuba.

Berdasarkan perangkaan Pasukan Tindakbalas Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT),


kes menceroboh atau percubaan menceroboh komputer dalam tempoh tujuh bulan pertama
tahun ini yang dilaporkan kepada Pusat Bantuan Cyber999 meningkat berbanding tempoh
sama 2010.

Dari Januari hingga Julai lalu, sebanyak 1,645 kes pencerobohan komputer dan sistem jaringan
dilaporkan di negara ini bersama 386 kes cubaan menceroboh. Kes pencerobohan meningkat
kira-kira 35 peratus berbanding 1,222 kes bagi tempoh sama 2010, manakala cubaan
menceroboh meningkat daripada 321 kes, juga bagi tempoh sama.

Mangsa godam berdepan gangguan ke atas privasi mereka, misalnya pencerobohan akaun emel
atau laman sosial, malah jenayah itu berupaya menggugat sistem prasarana kritikal negara seperti
tenaga, kawalan udara, perbankan, kawalan pengangkutan atau apa saja yang
mempunyai hubungan jaringan (networking) khususnya jaringan tanpa wayar.

Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia, Lt Kol (B) Datuk Husin Jazri, berkata ada
banyak faktor mendorong penggodam menceroboh komputer atau sistem jaringan, tetapi
pendorong paling utama adalah perasaan ingin tahu atau ingin mencuba.

"Penggodam kategori ini selalunya remaja yang baru mendapat kemahiran teknikal dalam
bidang ini, sesetengahnya tertarik jadi penggodam kerana berasa profesion ini menarik.
Kategori kedua pula, menggodam untuk mendapatkan habuan atau apa-apa yang boleh
menguntungkan mereka seperti wang atas arahan mana-mana pihak.

"Kategori kedua ini dirujuk sebagai penggodam profesional, sentiasa mendalami ilmu dan amat
mahir menghapuskan jejak daripada dikesan pihak berkuasa," katanya.

Jelas beliau, aduan berkaitan pencerobohan atau godam pada peringkat tempatan meliputi kes
serangan ke atas laman web, sistem komputer dan laman sosial dengan pelakunya bergerak
bersendirian atau berkumpulan dan atas pelbagai motif.

15
"Kesan serangan terhadap prasarana kritikal negara adalah besar, khususnya kepada keselamatan,
ketenteraman awam, keyakinan pelabur, ketahanan ekonomi, politik dan mampu menyuntik
elemen yang boleh mencetuskan perang di antara dua negara melalui eksploitasi
maklumat," katanya.

keselamatan, ketenteraman awam, keyakinan pelabur, ketahanan ekonomi, politik dan mampu
menyuntik elemen yang boleh mencetuskan perang di antara dua negara melalui eksploitasi
maklumat," katanya.

Beliau berkata, ada kes penggodaman dilakukan dengan cara menghantar cacing atau `worm'
menyerang sistem kawalan penting bertujuan melumpuh atau mensabotaj sistem itu, manakala
sesetengah kes serangan pula hanya bertujuan menyampaikan sesuatu mesej.

Husin memberi contoh serangan 'Operation Malaysia' yang dilancarkan kumpulan Anonymous
terhadap sejumlah laman web kerajaan, Jun lalu bertujuan menyampaikan rasa tidak puas hati
atas tindakan kerajaan menyekat beberapa laman perkongsian fail.

Sehubungan itu, beliau menyarankan kerajaan menilai bagaimana mahu memberi reaksi
kepada generasi muda yang kini menggunakan medium siber untuk menyampaikan mesej
politik selain mencari pendekatan bersesuaian bagi memenuhi kehendak mereka supaya
tenaga dan kemahiran generasi itu dapat dicernakan ke arah lebih positif.

"Mereka juga boleh diasuh menjadi tenaga mahir yang berguna pada masa depan. Saya
percaya anak muda yang terbabit dalam aktiviti godam mempunyai daya ingin tahu dan ingin
cuba yang tinggi. Bagus jika diadakan program yang bersesuaian untuk mereka," katanya.

INFO

Jenayah siber

* Kes menceroboh atau percubaan menceroboh komputer dalam tempoh tujuh bulan pertama
tahun ini yang dilaporkan kepada Pusat Bantuan Cyber999 meningkat berbanding tempoh
sama 2010.

* Jenayah siber berupaya menggugat sistem prasarana kritikal negara seperti tenaga, kawalan
udara, perbankan, kawalan pengangkutan atau apa saja yang mempunyai hubungan jaringan
(networking) khususnya jaringan tanpa wayar.

16
PENGGODAM CEROBOH AKAUN PAYPAL

ANTARA yang pernah menjadi mangsa godam adalah penulis blog ariffshah.com, Ariff Shah
Ramlan, 24, sekitar Ogos tahun lalu selepas penggodam menceroboh e-mel miliknya dan
menukar penetapan akaun supaya setiap e-mel yang masuk ke dalam inbox, salinannya akan
dihantar ke e-mel penggodam.

"Saya tak pasti berapa lama pencerobohan berlaku, mungkin lebih sebulan. Saya mengesannya
apabila penggodam gunakan kata laluan pemulihan atau password recovery bagi menukar kata
laluan untuk akses blog saya.

"Penggodam menghasilkan satu entri berkaitan skim jana wang melalui suatu paparan di blog
saya dan mengajak pengunjung blog menyertai skim itu," kata penuntut jurusan kejuruteraan
penerbangan di Moscow ini yang lega kerana cepat menyedari perkara itu sebelum segera
memadamkan entri itu.

Penggodaman tidak terhenti pada akaun e-mel Ariff Shah semata-mata, sebaliknya penggodam
mudah menggunakan kata laluan pemulihan untuk PayPal, sistem perkhidmatan pembayaran
online dan menukar kata laluan.

"Bagi menukar kata laluan PayPal, nombor akaun bank dan nombor akaun PayPal diperlukan
yang maklumat terbabit boleh didapati dalam e-mel itu. Penggodam guna akaun PayPal saya
untuk buat pembelian, tapi saya dapat membalikkan pembelian itu dan mujur wang saya
dikembalikan," ujarnya.

Ariff Shah yang akhirnya menjumpai penetapan dibuat penggodam menerusi penapis mel dan
memadamkan penetapan itu untuk menghentikan pencerobohan, berpendapat perkara itu
berlaku bukan disebabkan kelemahan ciri keselamatan akaun kerana beliau sememangnya
menetapkan kata laluan unik, panjang dan sukar untuk diteka.

"Saya syak pencerobohan berlaku menerusi penggunaan WiFi yang tidak selamat atau ketika
menggunakan komputer di kafe siber dan pusat internet," katanya yang cuba menghubungi
individu dikesan menggodam akaunnya itu, namun tidak memperoleh jawapan.

Ditanya sama ada kedudukan sebagai blogger dikenali meningkatkan risiko serangan
penggodam, beliau yakin kes menimpanya hanya kebetulan, tetapi tidak menolak kemungkinan
itu jika seseorang penulis blog tersilap langkah dan membuat musuh melalui blognya.

"Penggunaan sistem pembayaran online seperti PayPal boleh menarik minat penggodam
melakukan pencerobohan kerana jika alamat e-mel didaftarkan untuk akaun begini berjaya
ditembusi, kemungkinan akaun pembayaran itu dimanipulasi juga tinggi," katanya.

17
Ariff bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kerugian dari segi kewangan mahupun
maklumat penting, mungkin disebabkan kandungan e-melnya tidak menarik atau kerana
mengambil tindakan drastik sebaik menyedari akaun PayPalnya digunakan, membantutkan
hasrat penggodam untuk terus menganiaya.

"Sebagai pengguna, sudah tanggungjawab kita menjaga keselamatan maklumat peribadi dan
maklumat lain, umpamanya kad kredit. Sukar sebenarnya untuk mengesan, cari bukti dan ambil
tindakan terhadap mereka yang menggodam," katanya sambil menasihatkan pengguna internet
menggunakan e-mel berbeza-beza untuk tujuan berlainan.

"Contohnya, satu e-mel untuk urusan kerja dan satu e-mel untuk urusan peribadi atau kegunaan
lain. E-mel untuk kegunaan pembayaran atau perbankan juga mesti ditingkatkan kerahsiaannya.

"Tetapkan kata laluan yang kuat dan berbeza untuk e-mel berlainan selain elak guna WiFi awam
untuk urusan penting," tambahnya.

Modal insan berdaya saing tangani isu keselamatan internet

TERLALU berkira untuk meningkatkan kemahiran modal insan dikesan antara punca utama
menyebabkan jenayah godam sukar untuk dibendung.

Ketua Pegawai Eksekutif Cybersecurity Malaysia, Lt Kol (B) Datuk Husin Jazri, berkata
kebanyakan organisasi melebihkan peruntukan untuk mendapat perisian teknologi, tetapi kurang
mengambil kira aspek daya saing modal insan yang mentadbir dan melaksanakan perlindungan
keselamatan siber.

"Hakikatnya modal insan berdaya saing antara komponen penting dalam menangani isu
keselamatan siber selain teknologi yang efektif dan perjalanan proses yang baik," katanya yang
turut berpendapat penguat kuasa alam siber yang mengendalikan kes berkenaan juga perlu benar-
benar berdaya saing supaya masalah itu boleh dikawal.

18
Selain itu, katanya, pihak berkuasa juga harus bekerjasama dengan agensi yang mempunyai
kepakaran dalam bidang berkenaan bagi membendung seterusnya menangani ancaman terbabit.

"Pengguna pula perlu mempersiapkan diri dengan pengetahuan berkaitan kerana kelemahan
mereka membuka banyak ruang untuk dieksploitasi individu tidak bertanggungjawab,"
tambahnya.

Husin berkata, WiFi percuma di tempat awam adalah antara ruang popular mengundang
penggodaman walaupun teknologi terbabit sememangnya memudahkan.

Katanya, penggodam yang mempunyai 'sniffing software' mampu melihat apa dilayari, dimuat
naik atau dimuat turun pengguna, mendapatkan identiti dan kata laluan mereka lalu
menggunakannya untuk tujuan tertentu.

"Ramai pengguna tidak prihatin dengan keselamatan laman web mereka kunjungi, malah ramai
juga tak tahu apakah ciri laman dilengkapi perlindungan keselamatan, contohnya kod enkripsi.
Dari segi perundangan, pada saya undang-undang tetap undang-undang, cuma mungkin ada di
antaranya boleh diperbaiki.

"Cuma pelaksanaan undang-undang membabitkan kesalahan siber perlulah dinamik kerana daya
pemikiran penggodam dan penjenayah siber, teknik dan taktik dalam kesalahan siber berubah
setiap hari. Apapun dalam konteks penggunaan internet, mencegah lebih baik daripada
mengubati," katanya.

19
Headline: Pengguna baru jadi mangsa

KUALA LUMPUR: Kemunculan pengguna baru yang masih 'mentah' mengenai alam siber
menyebabkan jenayah siber akan terus berlaku.

Golongan yang kurang arif mengenai sistem komputer ini menjadi sasaran mudah bagi
penggodam dan penjenayah siber yang bijak memanipulasi kelemahan Internet.

Justeru, bagi menjamin keselamatan maklumat peribadi, seorang pengguna perlu berhati-hati
setiap kali menjalankan urus niaga terutama membabitkan transaksi perbankan Internet atau
sistem gerbang pembayaran (payement gateway).

Dekan Sekolah Informatik Termaju, Universiti Teknologi Malaysia (UTM AIS) Profesor Dr
Shamsul Sahibuddin (gambar) berkata penggodam berupaya melakukan apa saja untuk
menembusi sistem keselamatan yang terdapat di Internet.

"Pengguna harus menyedari maklumat peribadi yang disimpan di Internet terutama di laman
sosial bukannya 100 peratus selamat," katanya mengulas laporan akhbar ini semalam,
mengenai pengakuan dua bekas penggodam yang pernah mencuri maklumat peribadi.

Beliau juga memberi contoh laman web palsu atau laman phishing apabila penggodam
mencipta laman perbankan Internet palsu yang hampir sempurna sehingga berupaya
memperdaya pengguna.

"Sebaik pengguna baru melihat capaian laman phishing yang menyerupai laman sebenar,
biasanya mereka akan tertipu," katanya.

Menurutnya lagi terdapat banyak cara lain bagi penjenayah mencuri identiti pengguna seperti
penyamaran atau menggunakan 'kejuruteraan sosial' atau social engineering.

"Sebagai contoh mereka akan menggunakan laman facebook untuk menyamar sebagai rakan
sebelum mendapatkan maklumat peribadi atau memberikan pemacu USB secara percuma
yang mengandungi virus, jadi pengguna kena sentiasa berhati-hati,"

20
Headline: Penceroboh alam siber
Publication: MA
Date of publication: Jun 26, 2011
Section heading: Ekspresi
Page number: 021
Byline / Author: Susunan Shamran Sarahan

SELASA lalu, seorang remaja berusia 19 tahun, Ryan Cleary dari Wickford, Essex, England
ditahan Metropolitan Police Service of London (Scotland Yard) selepas disyaki terbabit dengan
jenayah siber antarabangsa.

Clearly dipercayai salah seorang penggodam kumpulan LulzSec yang terbabit menggodam
agensi risikan kerajaan di United Kingdom (UK) serta Amerika Syarikat (AS), iaitu Serious
Organised Crime Agency (Soca) United Kingdom dan Central Intelligence Agency (CIA).

Suspek ini turut didakwa mendalangi pencerobohan laman web Senat di AS, National Health
Service (NHS) di England, selain menggodam laman web syarikat permainan video gergasiSony
Playstation dan Nintendo; serta syarikat penyiaran Fox Network dan Public
Broadcasting Service (PBS) di AS.

Berdasarkan laporan akhbar Sun UK, penahanan Clearly melalui penyiasatan bersama antara
Scotland Yard dengan Federal Bureau of Investigation (FBI) AS. Akhbar melaporkan, ketika
tangkapan dilakukan, 10 kereta polis tiba di rumah Clearly dan suspek disoal hampir lima jam
berhubung kes itu.

Jurucakap Scotland Yard berkata, Clearly yang menggunakan nama samaran Viral di talian
Internet masih ditahan di Balai Polis, London Tengah dan akan didakwa mengikut Computer
Misuse Act and Fraud Act.

"Ia (dakwaan) berhubung rapat dengan FBI. Tangkapan ini akan diikuti penyiasatan terhadap
pencerobohan rangkaian terhadap perniagaan antarabangsa dan agensi risikan dan apa yang
dipercayai, ia dilakukan satu kumpulan penggodam sama," katanya.

Ada dakwaan mengatakan, Clearly diburu agensi risikan UK dan AS selepas identitinya
termasuk nama, alamat dan nombor telefon bimbit didedahkan musuhnya dalam satu laman web.

Mengenai dakwaan pencerobohan Clearly bersama LulzSec, mereka mula menggodam laman
web berprofil tinggi sejak 7 Mei lalu, dimulai dengan laman web stesen penyiaran beroperasi di
AS, Fox Network.

21
Ikuti laporan ringkas serangan dipercayai dilakukan Clearly dan rakannya;

* 7 hingga 12 Mei - Fox Network. Pangkalan data siri realiti televisyen, U.S X Factor
dicerobohi. Kira-kira 250,000 data sulit dalam pangkalan data terbabit didedahkan secara talian
(online).

* 15 Mei - Bank-bank UK. Sebanyak 3,100 maklumat akaun bank dari transaksi Internet
digodam dan didedahkan kepada umum melalui Internet.

* 15 Mei - Syarikat Penyiaran PBS. Penggodam mencerobohi alamat e-mel kakitangan PBS
dan menyebarkan e-mel palsu yang mendakwa kononnya mendiang penyanyi rap, Tupac
Shakur yang mati pada September 1996 masih hidup dan kini menetap di New Zealand.

* 2 Jun - SonyPictures.com. Maklumat kira-kira sejuta pengguna lama web ini didedahkan di
talian Internet, termasuk pendedahan maklumat peribadi dan kupon dari syarikat terbabit yang
dimiliki pengguna mereka. Kumpulan penggodam ini memperkecilkan kelemahan sistem
keselamatan dan sekuriti yang dibangunkan Sony terhadap laman web berkenaan.

* 9 Jun - NHS. Kumpulan ini, LulzSec memberi e-mel kepada NHS mendedahkan kelemahan
sistem sekuriti Internet badan keselamatan milik kerajaan England itu yang sudah dikenal pasti
penggodam. Dalam e-mel itu, mereka berkata, "Kami maksudkan, anda (NHS) tidak bahaya
dan hanya mahu membantu anda untuk pertingkatkan isu berkaitan teknologi."

* 13 Jun - Senat AS. Laman web senat ini digodam dan mengakibatkan daftar masuk pengguna
dicerobohi.

* 15 Jun - CIA. LulzSec melakukan serangan 'denial of service' (penafian perkhidmatan)


terhadap pangkalan data CIA menyebabkan laman web agensi perisikan berkenaan dan talian
Internet tutup selama tiga jam.

* 20 Jun - Soca. Lama web perisikan UK ini turut digodam dengan serangan 'denial of service'
(penafian perkhidmatan).

Mengikut laporan Sun UK, LulzSec adalah serpihan kumpulan penggodam, 'Anonymous' yang
pernah dikaitkan dengan pencerobohan di laman web Mastercard dan Paypal.

Sementara itu, dalam laman web sosial Twitter, LulzSec mendedahkan Clearly bukanlah salah
seorang penggodam dalam kumpulan terbabit. Dalam satu petikan Twitter itu menyebut: "Ryan
Cleary bukan salah seorang daripada LulzSec. Kami hanya gunakan pangkalan datanya
sebagai salah satu rangkaian bersembang (chatrooms), itu saja."

Ibu suspek, Rita, 44, mengakui anaknya itu seorang yang terlalu taksub dengan Internet, tetapi
tidak menyangka dia boleh melakukan sesuatu yang sangat berbahaya.
"Dia terlalu obses dengan komputer dan Internet. Saya hanya tinggalkan makan malam di pintu
biliknya, dan susah sangat hendak bertemu dengannya," katanya.

22
Selepas Clearly ditahan, Rita sempat bertemu dan bercakap dengannya. Katanya: "Dia (Clearly)
tidak bercakap banyak mengenainya (kes) tetapi ada berkata dia sayangkan dan meminta saya
hadir ke mahkamah untuk bertemu dengannya. Dia juga meminta saya menyediakan baju bersih
dan buku untuk dibaca (dipenjara)."

Sebelum ini, di AS seorang lelaki dari Britain, Gary McKinnon pernah ditahan akibat terbabit
dengan pencerobohan Internet dan jenayah siber sebagaimana yang berlaku terhadap Clearly.
McKinnon ditahan kerana menceroboh pangkalan data komputer di ibu pejabat keselamatan
negara AS, Pentagon dan National Aeronautics and Space Administration (Nasa), untuk mencari
maklumat sulit disimpan kerajaan AS mengenai makhluk asing.

Akibatnya, McKinnon didapati bersalah atas semua tuduhan itu dan dipenjarakan 60 tahun.
Clearly bakal menerima nasib sama jika didapati bersalah atas tuduhan melakukan jenayah Siber.
Info

SUSPEK: Ryan Cleary


UMUR: 19 tahun
KESALAHAN: Menggodam data sulit tanpa kebenaran

SASARAN GODAMAN: Agensi risikan kerajaan di United Kingdom (UK) serta Amerika
Syarikat (AS), iaitu Serious Organised Crime Agency (Soca) United Kingdom dan Central
Intelligence

Agency (CIA). Turut mendalangi pencerobohan laman web Senat di AS, National Health
Service (NHS) di England, selain menggodam laman web syarikat permainan video gergasi
global, Sony Playstation dan Nintendo; serta syarikat penyiaran Fox Network dan Public
Broadcasting Service (PBS) di AS.

LOKASI: Wickford, Essex, England

FAKTA JENAYAH: Cleary dipercayai salah seorang penggodam dari kumpulan, LulzSec.
Suspek didakwa terbabit dengan jenayah siber dengan menggodam laman web agensi
perisikan dan syarikat perniagaan antarabangsa dalam tempoh dua bulan sejak 7 Mei hingga
20 Jun lalu.

FAKTA KES: LulzSec adalah serpihan daripada kumpulan penggodam, 'Anonymous' yang
sebelum ini pernah dikaitkan dengan pencerobohan di laman web Mastercard dan Paypal.
Berhubung penangkapan Clearly, setakat ini belum ada laporan lanjut didedahkan
mengenainya, begitu juga penyiasatan terhadap LulzSec.

23
NEGARA MUNGKIN RUGI RM2.73 BILION AKIBAT JENAYAH SIBER
KUALA LUMPUR, 10 Nov (Bernama) -- Negara mungkin menanggung kerugian sebanyak
RM2.73 bilion bagi tempoh lima tahun akan datang sekiranya jenayah siber tidak ditangani
dengan baik, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Fadillah Yusof berkata anggaran kerugian
itu melibatkan pelbagai tanggungan kos seperti pelindungan privasi dan keselamatan siber.

Beliau berkata berdasarkan laporan Polis Diraja Malaysia (PDRM), kerajaan menanggung
kerugian berjumlah RM22.3 juta pada tahun 2009 dan jumlah itu meningkat kepada RM62 juta
tahun lepas.

Fadillah berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Halimah Mohd Sadique (BN-
Tenggara) yang ingin tahu tahap kekuatan dan kesiapsiagaan negara dalam menghadapi jenayah
siber.

Sementara itu, Fadillah berkata penubuhan Pakatan Keselamatan Siber Global (GCSA) dijangka
mampu menangani ancaman siber dengan adanya satu platform antarabangsa bagi meningkatkan
kapasiti dan keupayaan dalam bidang keselamatan siber negara.

"Pakatan ini memberi tumpuan kepada pendekatan pencegahan yang dapat membangunkan
kesiapsiagaan negara dalam menghadapi ancaman pengodam siber
antarabangsa.

"Ia juga mampu mempertingkatkan keupayaaan penjejakan dan pengumpulan bahan bukti ke
atas kelakuan penggodam dengan menggembeleng tenaga pihak swasta dan kerajaan," katanya.

Selain itu, beliau berkata pakatan ini juga dapat meningkatkan kemampanan kerjasama
antarabangsa melalui kerjasama awam swasta dalam menangani isu keselamatan siber negara di
samping menjana ekonomi ahli-ahli.

"Misi GCSA adalah untuk mengukuhkan keselamatan siber negara melalui perkongsian awam
dan swasta supaya ahli-ahli dapat manfaat dalam bidang ekonomi dan sosial," katanya.
-- BERNAMA

24
MEKANISME AKAN DIWUJUDKAN BAGI TANGANI JENAYAH SIBER – RAIS

LONDON, 3 Nov (Bernama) -- Persetujuan telah dicapai untuk mewujudkan satu mekanisme
jaringan antarabangsa yang jitu bagi menangani masalah jenayah siber, kata Menteri Penerangan
Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata persetujuan itu dicapai dalam Persidangan London mengenai Ruang Maya yang
diadakan selama dua hari dan berakhir di sini Rabu.

"Rumusannya ialah kerjasama dan jaringan antarabangsa antara negara di seluruh dunia perlu
wujud dan mekanismenya akan ditentukan dalam urusan rasmi yang lain.

"Jadi dengan itu, dapat dirumuskan bahawa persidangan ini telah membuka mata dunia supaya
menentukan bahawa jenayah siber harus ditangani secara bersekutu sama ada di peringkat
nasional, wilayah atau antarabangsa," katanya kepada Bernama dan RTM selepas menghadiri
persidangan berkenaan di sini pada Rabu. Rais menghadiri persidangan berkenaan bagi pihak
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Persidangan itu dirasmikan Setiausaha Negara bagi Hal Ehwal Luar dan Komanwel British
William Hague. Turut hadir Perdana Menteri Britain David Cameron.

Seramai kira-kira 700 peserta menghadiri persidangan, yang terdiri daripada kalangan pemain
utama ruang maya dari seluruh dunia termasuk daripada kerajaan, industri dan masyarakat sivil.

Rais berkata begitu juga dengan aspek keselamatan yang perlu dibawa ke medan antarabangsa
untuk mendapatkan satu mekanisme lebih jelas terutama berhubung soal risikan dan data penting
yang dapat disekutukan bagi kerjasama pada masa depan.

Katanya persetujuan berhubung kerjasama dan jaringan antara kerajaan dan pihak swasta yang
perlu diwujudkan turut dicapai. "Dan kerajaan masing-masing tidak boleh hanya menentukan
kerajaan mengetahui semua," katanya.

Sehubungan itu, katanya beliau akan menganjurkan kepada pihak industry telekomunikasi di
Malaysia supaya mewujudkan satu jaringan yang erat dengan pihak kerajaan bagi menjadikan
Malaysia sebagai negara berdaulat dan dapat menguatkuasakan undang-undang dengan
sokongan antarabangsa. Rais berkata sumbangan Malaysia dalam menangani keganasan dan
masalah keselamatan siber turut mendapat perhatian masyarakat antarabangsa.

"Salah seorang penceramah yang juga pakar dari Russia telah menyebut tentang Impak Malaysia
dan mereka juga menyatakan bahawa contoh yang diberikan oleh Impak merupakan sebahagian
daripada pilihan kepada Budapest Convention pada tahun 2001. "Tetapi sama ada perkara ini
dapat dipopularkan lagi atau tidak, bergantung kepada usaha kemudian," katanya. Ketua Pegawai
Eksekutif Kaspersky Lab Eugene Kaspersky dalam ceramahnya menyentuh mengenai modul
Impact Malaysia, iaitu satu konsep untuk tangani jenayah siber.-- BERNAMA

25
JENAYAH SIBER BABITKAN KERUGIAN RM1.5 JUTA DI PAHANG
KUANTAN, 15 Okt (Bernama) -- Kes jenayah siber di Pahang dilihat semakin membimbangkan
dengan sebanyak 183 kes dilaporkan dalam tempoh Januari hingga Ogos tahun ini membabitkan
kerugian RM1.5 juta.

Kurangnya kefahaman serta kesedaran mengenai keselamatan penggunaan internet dan telefon
bimbit menyebabkan ramai mudah tertipu dengan sindiket jenayah siber.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Thomas Navamoney berkata kejadian
terbaru ialah pada akhir September melibatkan seorang wanita, 60, dan lelaki, 40-an, yang ditipu
secara berasingan oleh sindiket terbabit.

"Kedua-dua mangsa kerugian RM400,000 (RM200,000 setiap seorang). Mangsa dilapor


mendapat panggilan telefon dari seseorang yang mendakwa dari pihak Bank Negara yang
mengatakan mangsa perlu segera memindahkan wang ke dalam sebuah akaun lain (akaun
sindiket terbabit) bagi mengelakkan mangsa didakwa kerana telah melakukan aktiviti wang
haram di Hong Kong.

"Beberapa minit kemudian mangsa mendapat panggilan serupa dari pegawai polis dari Bukit
Aman termasuk panggilan dari polis Hong Kong," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata mangsa yang panik terus menurut arahan pemanggil berkenaan sebelum
mendapati kesemua wang dalam akaun mereka lesap. Thomas berkata ramai yang menjadi
mangsa jenayah siber sebenarnya tidak sedar mereka telah mendedahkan maklumat peribadi
serta akaun bank kepada sindiket terbabit.

Sementara itu Pengarah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Wilayah
Timur Mohd Shafie Harun berkata orang ramai di Pahang akan menerima SMS berunsur nasihat
dan peringatan berhubung penipuan jenayah siber yang dilihat semakin menjadi-jadi
kebelakangan ini.

"Langkah itu dilihat sebagai satu usaha untuk memberi amaran kepada masyarakat supaya
jangan mudah terpedaya dengan tipu muslihat sindiket jenayah siber," katanya.

Beliau berkata pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan polis bagi melaksanakan
program SMS itu. "Itu adalah satu usaha pihak SKMM wilayah Timur dengan kerjasama polis
untuk sama-sama menangani jenayah siber," katanya.
-- BERNAMA

26
JENAYAH SIBER SEMAKIN SERIUS DI KUANTAN – POLIS

KUANTAN, 22 Ogos (Bernama) -- Kes jenayah siber membabitkan penipuan menerusi laman
web di daerah Kuantan semakin serius apabila bagi tempoh lapan bulan pertama tahun ini,
sebanyak 47 kes dilaporkan membabitkan kerugian kira-kira RM48,717.

Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Mohd Jasmani Yusoff berkata kes terbaru membabitkan
seorang pelajar perempuan berusia 17 tahun yang ditipu sebanyak RM10,400 bagi pembelian 20
unit telefon bimbit jenis i-phone 4 di sebuah laman web.

"Pelajar terbabit yang tertarik dengan tawaran murah itu, memasukkan duit secara berperingkat
ke dalam sebuah akaun yang diberikan suspek sejak 24 Julai lalu dan bayaran akhir dibuat pada
19 Ogos baru-baru ini.

"Setelah semua bayaran selesai, suspek terbabit gagal dihubungi dan talian telefonnya juga telah
ditamatkan perkhidmatan," katanya ketika kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata sindiket berkenaan agak sukar dikesan memandang mereka sentiasa menukar
nombor telefon.

"Bagaimanapun kita akan terus menyiasat dan mendapatkan maklumat daripada nombor akaun
yang diberikan suspek kepada mangsa. Kita percaya sindiket tersebut merupakan kumpulan dan
individu sama, namun kes ini masih dalam siasatan,"katanya.

Jasmani berkata modus operandi sindiket itu ialah suspek akan meninggalkan nombor telefon
dalam laman web untuk dihubungi dan setelah membuat perbincangan suspek akan meminta
mangsa memasukkan wang sebagai proses penghantaran atau sebagai deposit pembelian.

"Setelah wang dimasukkan, nombor telefon suspek tidak boleh dihubungi lagi dan barulah
mangsa tersedar yang mereka telah ditipu," katanya.

Beliau berkata sehingga kini pihaknya telah menahan empat individu berusia 20-an bagi
membantu siasatan polis berhubung kes seumpama itu.
-- BERNAMA

27
MENTERI UNDANG-UNDANG KOMANWEL BINCANG JENAYAH
SIBER DI SYDNEY
MELBOURNE, 13 Julai (Bernama) -- Pengalaman Australia dalam menangani jenayah siber,
dibincangkan bersama oleh Menteri Undang-undang dari lebih 40 negara pada Mesyuarat
Menteri-Menteri Undang-undang (CLMM) di Sydney hari ini.

Pada pertemuan itu, Polis Persekutuan Australia memberikan maklumat terkini mengenai
ancaman siber yang dihadapi oleh negara Komanwel, dan para perwakilan turut mendengar
taklimat daripada pakar jenayah siber Prof Madya Dr Jonathan Clough mengenai ancaman
jenayah siber terhadap keselamatan negara dan agensi penguatkuasa undang-undang.

Jenayah siber merupakan masalah global yang tidak boleh ditangani oleh mana-mana negara
secara bersendirian," kata Peguam Negara Australia Robert McClelland pada persidangan itu.

"Peluang ini membolehkan negara bekongsi pengalaman dan mengukuhkan kerjasama


antarabangsa," katanya."Bulan lepas kerajaan memperkenal undang-undang bagi membolehkan
Australia mematuhi Majlis Konvensyen Eropah mengenai Jenayah Siber, demikian menurut satu
kenyataan kerajaan.

"Perbincangan hari ini menekankan pentingnya konvensyen itu memandangkan ia mewakili


respon menyeluruh antarabangsa terhadap masalah jenayah siber." McClelland dan Menteri Hal
Ehwal Dalam Negeri Australia Brendan O Connor menyertai panel perbincangan itu bersama
menteri undang-undang Kanada dan Botswana.

Selain kerjasama antarabangsa, panel itu membincangkan pelbagai topik lain, termasuk
pertembungan agenda jenayah siber dan keselamatan negara, "Australia terlibat dalam banyak
inisiatif, yang merupakan sebahagian daripada respon global terhadap jenayah siber dan bangga
berkongsi pengalaman kami dengan rakan-rakan antarabangsa yang lain," kata O Connor.

"Polis Persekutuan Australia menganggarkan kos jenayah siber terhadap Australia melebihi A$1
bilion setahun dan berbilion lagi ditanggung oleh Negara lain di seluruh dunia, namun menerusi
kerjasama antarabangsa, kita boleh mengurangkan ancaman siber. "Kita semua berhadapan
dengan cabaran yang sama dalam menangani jenayah siber dan banyak yang perlu dipelajari
berdasarkan pengalaman orang lain, dalam kerangka keja perundangan, inisiatif pendidikan atau
penyelesaian teknikal," kata O Connor.

Berdasarkan contoh yang diberikan oleh Polis Persekutuan Australia, agensi-agensi


penguatkuasa undang-undang di 13 negara menyasarkan satu rangkaian yang disyaki pesalah
seks kanak-kanak yang mengurus operasi forum dalam talian. Pada kemuncaknya, rangkaian itu
mempunyai lebih 70,000 anggota di seluruh dunia. Hasilnya, lebih 200 kanak-kanak
diselamatkan dan 184 pesalah dari seluruh dunia ditahan. Lebih 40 negara menghadiri CLMM,
yang memberi peluang kepada negara untuk membincangkan isu undang-undang dan keadilan
kepentingan bersama dan membantu memperkukuh undang-undang, hak asasi dan keselamatan
di seluruh Komanwel.-- BERNAMA
28
JENAYAH PERDAGANGAN SIBER DI MALAYSIA MASIH DI TAHAP
MINIMUM
LUMUT, 24 Julai (Bernama) -- Jenayah perdagangan siber di negara ini berada pada tahap
minimum tetapi ada kemungkinan ia meningkat di masa depan apabila "e-banking" bertambah
popular, kata Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (Perdagangan) Bukit Aman, Datuk
Maizan Shaari.Katanya, penggunaan "e-banking" masih belum meluas di negara ini kerana orang
ramai masih selesa dengan sistem pembayaran dan perbankan menggunakan kaedah biasa.

"Sebab itu tidak banyak kes penipuan siber yang serius...mungkin ada tetapi orang ramai tidak
lapor pada polis. Ada kes-kes penipuan siber yang menggunakan komputer dan kita ada rampas
komputer," katanya.Bagaimanapun, Maizan berkata, polis menjangkakan penipuan siber ini akan
bertambah di masa depan sebagaimana negara-negara lain apabila e-banking mendapat tempat di
kalangan masyarakat di negara ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat Bahagian Siasatan
Jenayah Perdagangan yang dihadiri pegawai-pegawai bahagian itu dari seluruh negara di Damar
Laut di sini hari ini.

Maizan berkata, polis sentiasa mengambil langkah menyediakan anggota-anggotanya bagi


menghadapi jenayah perdagangan yang semakin canggih seperti penipuan siber. Katanya, apa
yang lebih penting ialah pendidikan dan kesedaran anggota masyarakat tentang bagaimana
menjaga keselamatan harta masing-masing, termasuk penggunaan kad ATM yang betul.

Maizan berkata pengeluaran wang melalui ATM secara haram menggunakan kad yang diklon
boleh diatasi jika sistem yang digunakan canggih dan boleh mengesan pencurian data-data.
Katanya, sistem ATM yang digunakan oleh institusi-institusi kewangan juga berlainan dan
menyebabkan sistem yang lemah mudah dicerobohi oleh sindiket penipuan.

"Mungkin pengunaan cip atau kad magnetik boleh mengatasi masalah ini. Terpulanglah kepada
pihak bank untuk menentukannya," tambah beliau.

Maizan berkata polis akan menggunakan kesempatan sempena mesyuarat itu untuk bertukar-
tukar pandangan dan mencari pendekatan baru menangani jenayah perdagangan yang semakin
moden sekarang.
-- BERNAMA

29
LANGKAH-LANGKAH MENANGANI JENAYAH SIBER PERLU, KATA
DR M
KUALA LUMPUR, 13 Julai (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad
hari ini berkata, lebih banyak perhatian perlu ditumpukan berhubung keselamatan rangkaian
memandangkan jenayah siber yang terus meningkat dan penyalahgunaan Internet dalam
menyebarkan maklumat.

Beliau berkata, dalam hal ini adalah penting satu rangka kerja kawal selia dan perundangan yang
terjamin dirumuskan khasnya bagi menjalankan aktiviti-aktiviti e-niaga.

"Sementara kerajaan-kerajaan, perbadanan-perbadanan multinasional dan institusi lain yang


berminat berbuat apa sahaja untuk memulakan dan menolak ke depan pelan k-ekonomi mereka,
terdapat juga kumpulan, yang diatur atau sebaliknya yang cuba buat segala yang mungkin untuk
mengganggu dan menggagalkan usaha-usaha ini," kata beliau semasa merasmikan Mesyuarat
Menteri-menteri Telekomunikasi Asean (Telmin), di sini.

Ini termasuk sindiket-sindiket jenayah antarabangsa, pengodam amatur, mereka yang


menghantar virus dan penipu e-wang dengan tindakan mereka telah membawa kesan dashyat
pada infrastruktur maklumat yang menjadi asas dan keperluan masyarakat berasaskan
pengetahuan.

Ucapan Dr Mahathir dibacakan oleh Menteri Tenaga, Telekomunikasi dan


Multimedia Datuk Amar Leo Moggie.

Dalam hal ini, Dr Mahathir mencadangkan Menteri-menteri yang bermesyuarat supaya


mempertimbangkan dengan serius penubuhan Pusat Penyelarasan Keselamatan Rangkaian Asean
yang boleh berfungsi sebagai titik tumpuan bagi pengurusan maklumat dan isu-isu keselamatan
rangkaian.

Pusat itu akan memainkan peranan penting dalam menilai kesediaan e-keselamatan negara-
negara anggota Asean dan memudahkan latihan dan program pertukaran bagi penguatkuasaan
keselamatan rangkaian, katanya.

"Penyalahgunaan Internet untuk menyebarkan maklumat yang boleh mengancam kepentingan


negara dan masyarakat semakin meningkat. Bilangan laman web yang mengkhusus dalam
kempen benci dan bahan lucah semakin menular dan mudah dicapai khasnya oleh generasi
muda," katanya.

Dr Mahathir berkata, walaupun banyak negara telah cuba menangani isu itu melalui langkah
undang-undang dan kawal selia, ini sebahagian besarnya tidak berkesan kerana ciri global
Internet.

30
Sebagai contoh katanya, mereka yang bertanggungjawab bagi menyebarkan maklumat
mengancam di Internet tidak dapat didakwa di negara mereka jika hos laman web itu berada di
luar sempadan negara.

Beliau berkata inilah di mana kerjasama serantau di Asean penting. Dr Mahathir menyeru
mesyuarat hari ini supaya tidak hanya membincangkan isu-isu daripada perspektif rantau tetapi
juga mencari kata sepakat dalam menangani masalah di pelbagai forum antarabangsa.

Beliau juga meminta Menteri-menteri itu untuk membantu dalan merapatkan jurang digital
antara negara-negara Asean yang boleh dibuat dengan memastikan pengagihan saksama
infrastruktur komunikasi dan maklumat. "Paling penting ialah perlunya mempertingkatkan
keupayaan saling beerkaitan dan saling kendali di kalangan negara-negara Asean dengan
mempromosi dan mewujudkan standard serantau yang sama bagi infrastruktur maklumat.
Beliau berkata dalam hal ini, ada baik jika ada pelaburan dalam Asean
oleh syarikat-syarikat telekomunikasi (telcos) di rantau itu.

Dr Mahathir percaya terdapat peluang bagi negara-negara Asean untuk bekerjasama dalam
pembangunan kemahiran dan kepakaran bidang teknologi maklumat yang boleh dicapai melalui
penubuhan pusat-pusat kecemerlangan serantau.

Beliau berkata adalah penting bagi Asean untuk mengenal pasti agendanya sendiri dalam beralih
ke arah k-ekonomi memandangkan Asean tidak lagi boleh mengikut kemahuan dunia yang lebih
kaya dalam bidang baru ini yang dicirikan oleh revolusi digital.

Dr Mahathir berkata di sebalik mengejar model-model pembangunan yang diusahakan oleh


negara-negara maju, Asean harus memainkan peranan mengikut peraturannya sendiri.

"Peraturan-peraturan model ini hanya memastikan yang kita terus tunduk kepada kemahuan
dunia kaya," katanya.
-- BERNAMA

31
UTeM anjur seminar jenayah siber

Oleh Norizan Abdul Muhid


utusanmelaka@utusan.com.my

MELAKA 4 Jan. - Fakulti Teknologi Maklumat dan Komunikasi (FTMK) dengan kerjasama
Pejabat Antarabangsa Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menganjurkan Seminar
Antarabangsa Mengenai Jenayah Siber yang turut dihadiri pakar antarabangsa daripada
Universiti Twente Belanda, Prof. Dr. Pieter Hartel.

Prof. Dr. Pieter Hartel yang berkhidmat di Jabatan Sains Komputer universiti itu merupakan
individu yang sering terbabit menyampaikan ceramah dan pembentangan kertas kerja berkaitan
keselamatan siber di pelbagai seminar peringkat antarabangsa.

Menurut kenyataan akhbar Bahagian Perhubungan Awam Media, Pejabat Perancangan dan
Komunikasi Korporat UTeM, seminar tersebut berlangsung di Auditorium Canselori UTeM
barubaru ini dengan dihadiri pakar jenayah siber sains tempatan.

Mereka terdiri wakil daripada Cyber Security Malaysia, Zahari Yunos; Mahathir Malik
(Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia) dan wakil FTMK UTeM iaitu Prof. Madya Dr.
Rabiah Ahmad. Seminar itu dianjurkan bertujuan membincangkan isu-isu sensasi jenayah siber
seperti keselamatan maklumat, penipuan dan keganasan siber.

Antara intipati ceramah Dr. Pieter pada seminar yang dihadiri sebahagian besar tenaga akademik
UTeM itu adalah langkah berkesan yang boleh diambil pelbagai pihak bagi
menangani peningkatan jenayah siber.

Menurut beliau, peningkatan jenayah siber mampu dibendung sekiranya pengguna Internet itu
sendiri memahami konsep keselamatan dan mengamalkan sikap berwaspada terhadap
kandungannya.

Ujarnya, langkah penyelesaian jenayah itu turut disertai langkah penguatkuasaan undangundang
dan cara-cara menangani jenayah siber dengan lebih terperinci.

Pada seminar itu, Dr. Pieter turut menekankan kaedah bagi mengelakkan pemalsuan identiti,
pencerobohan maklumat serta hasil kajian penyelidikan pakar keselamatan dari seluruh dunia.
Hasil penulisan dan kajian Dr. Pieter sering dijadikan rujukan oleh penyelidik dari Eropah dan
beliau turut menjadi tumpuan pihak penganjur untuk menyampaikan ucaptama di kebanyakan
persidangan antarabangsa.

Beliau juga antara pakar siber sains yang gemar membincangkan topik berkaitan sains jenayah
siber iaitu cabang ilmu dan kombinasi daripada sains jenayah dan teknologi maklumat.

32
SEMINAR MENGENAI JENAYAH SIBER & KESELAMATAN IT DI KL
BULAN DEPAN
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) -- Seminar dua hari "Jenayah Siber dan Keselamatan IT
-- Mengawal Risiko-Risiko dalam Perbankan dan Perdagangan Elektronik" akan diadakan di sini
pada 9-10 Oktober.

Seminar itu akan dianjurkan oleh Effimerge Resources Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis
Teknologi Maklumat Kebangsaan (NITC) serta MIMOS.

Pengarah Effimerge, Mohd Taipor Suhadah hari ini berkata seminar itu akan membincangkan
mengenai keperluan bagi pendekatan bersepadu ke arah keselamatan, keberkesanan keselamatan
dalam institusi kewangan dan perdagangan serta langkah-langkah untuk menghalang penipuan
dan jenayah komputer.

Ia akan di kendalikan oleh pakar-pakar dari United Kingdom seperti Profesor Ian O. Angell dari
Pusat Penyelidikan Keselamatan Komputer di London School of Economics dan Rowan
Bosworth-Davies daripada Titmus Sainer Dechart, London.

Mohd Taipor berkata syarikatnya juga menganjurkan satu seminar bertajuk "Money Laundering
and Cyber Fraud -- Electronic Money Washes Whiter" di Labuan pada 6 hingga 7 Oktober.
Seminar di Labuan itu diadakan bertujuan untuk memupuk kesedaran mengenai teknik-teknik
baru pemindahan wang dan bagaimana memerangi ancaman bahaya penipuan, katanya.

Maklumat lanjut mengenai seminar itu boleh diperolehi dengan menghubungi nombor telefon 03
4443620, 03 4448660; nombor faks 03 4443630 atau mel elektronik: effmerge @tm.net.my. –
BERNAMA

33
LATIHAN JENAYAH SIBER KEPADA HAKIM, MAJISTRET, PENDAKWA DAN
POLIS

KUALA LUMPUR, 29 Nov (Bernama) -- Kerajaan bercadang mewajibkan hakim, majistret,


pegawai pendakwa dan polis menjalani latihan berhubung dengan jenayah komputer dan
perundangan siber mulai tahun depan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini berkata sistem latihan
perlu diberi kepada mereka yang rapat dengan persoalan jenayah komputer dan perkembangan
dunia siber.

Katanya beliau akan meminta sektor swasta yang arif dengan dunia siber untuk turut membantu
dalam program latihan itu dan meminta Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia
mengenal pasti pakar-pakar dalam hal itu untuk mengendali program berkenaan.

"Saya harap ia dapat dilaksanakan tahun depan agar kakitangan di Jabatan Peguam Negara
sebagai pendakwa mempunyai kebolehanan dan kecanggihan mendakwa kes-kes berkaitan
dengan jenayah komputer," katanya media selepas menyampaikan ucapan pada seminar
mengenai draf Undang-undang Perlindungan dan Kerahsiaan Data, di sini.

Bagaimanapun, Dr Rais berkata program latihan itu adalah berbeza bagi hakim, pendakwa dan
polis dalam mengenali lebih dekat aspek-aspek dunia siber dan cara menimbangkan isu-isu
berkaitan dengan jenayah komputer.

Katanya walaupun terdapat Akta Kesalahan Komputer sejak lebih dua tahun lepas tetapi kerja-
kerja pendakwaan di bawahnya masih terhad oleh kerana kesukaran meneliti, menerima dan
memahami aspek-aspek teknologi yang wujud dalam akta itu.

"Kadangkala jenis-jenis pendakwaan adalah teknikal dan kita perlu melahirkan aspek-aspek
pendakwaan yang jelas," katanya. Dr Rais berkata Jabatan Perdana Menteri akan mengemukakan
laporan kepada Kabinet agar sistem latihan itu dijadikan dasar dan dijalani mengikut jadual
supaya program tersebut lebih efektif. Seminar sehari itu dianjurkan bersama oleh Jagat
Technology Group dan Kementerian Tenaga, Komunikasi dan Multimedia.
-- BERNAMA

34
MSC-IAP AKAN TUMPU KEPADA JENAYAH SIBER, KEGANASAN SIBER

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Mesyuarat Panel Penasihat Antarabangsa Koridor


Raya Multimedia (MSC-IAP) tahun ini akan menumpukan kepada jenayah siber dan keganasan
siber, sistem sumber terbuka dan peranan syarikat-syarikat Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dalam menyokong ekonomi-ekonomi sedang muncul.

Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia Datuk Amar Leo Moggie mengumumkan hari ini
bahawa mesyuarat itu, mulai 5 hingga 7 September, akan juga membincangkan isu-isu berkaitan
dengan keusahawanan pasca dotcom, memerangi kandungan berbahaya di dalam Internet,
keselamatan Internet dan kekuasaan maklumat.

Beliau memberitahu taklimat media di sini bahaw MSC-IAP akan diadakan sempena dengan
Minggu ICT Malaysia 2002 dari 3 hingga 7 September. Anggota-anggota IAP mengandungi para
pakar daripada industri ICT
global.

Moggie berkata sejumlah 25 peserta setakat ini mengesahkan kehadiran mereka bagi mesyuarat
MSC-IAP tahun ini, yang termasuk 15 anggota IAP dan sembilan wakil.

Mereka yang telah mengesahkan penyertaan mereka ialah ketua ahli sains daripada Sun
Microsystems, Dr John Gage; pengerusi dan ketua pegawai eksekutif Acer Group Datuk Stan
Shih, William Miller; seorang professor daripada Stamford University di Amerika Syarikat,
pengerusi Fujitsu Ltd, Tadashi Sekizawa, dan pengerusi lembaga Infosys Technology Ltd,
Narayana Murthy.

Moggie berkata bahawa MSC adalah projek pembangunan ICT paling lengkap di dunia, lebih
daripada sebuah taman teknologi. "Koridor itu adalah alat bagi pembaharuan lanskap sosial dan
ekonomi Malaysia," kata beliau.

Beliau berkata kerajaan ingin melihat trend global mengenai isu sumber terbuka pada mesyuarat
akan datang.

"Adalah menjadi dasar kerajaan menggerakkan sumber terbuka ke hadapan dan kami berminat
memperhatikan bagaimana sumber terbuka boleh dilaksanakan secara licin," katanya.

Sumber terbuka adalah hak menyalin dan membuat perubahan kepada perisian asal.Moggie
berkata salah satu daripada cabaran dalam era digital bukan sahaja mengenai keboleh capaian
kepada rangkaian, tetapi kos perisian dan bagaimana menjadikan kos pemilikan komputer lrbih
termampu kepada kebanyakan orang. – BERNAMA

35

You might also like