You are on page 1of 10

E-Dompet:

Revolusi Transaksi
Tanpa Tunai untuk
Perniagaan Koperasi
Nor Aslamiah Ali
Pusat Teknologi Maklumat & Komunikasi (ICT)
noraslamiah@ikkm.edu.my

Pengenalan

Perkembangan teknologi yang pesat memberi impak kepada kehidupan manusia.


Pelbagai kemudahan hasil daripada inovasi teknologi digital sentiasa berkembang
dari hari ke hari. Antara kemudahan tersebut ialah teknologi e-dagang. Penggunaan
e-dagang semakin hari merekodkan peningkatan. Hal ini berlaku apabila permintaan
bagi perkhidmatan kurier juga menerima impak positif. Dalam masa yang sama,
keadaan ini juga mendorong kepada pertumbuhan pembayaran tanpa tunai (dalam
talian) dan transaksi melalui e-Dompet atau lebih dikenali e-Wallet. Kemasukan
penyedia dompet elektronik (e-Dompet) turut dijangka mengubah landskap sistem
pembayaran di Malaysia. Kemunculan e-Dompet akan terus menyumbang kepada
pembangunan e-dagang dan menambah baik sistem pembayaran runcit dengan
menawarkan proses pembayaran yang selamat, cepat dan mudah selain menyokong
Bil. 63(4/2019)

usaha global bagi melahirkan masyarakat tanpa tunai.

Mengikut laporan daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia


(2018), penggunaan Internet di Malaysia terus meningkat daripada 76.9% pada
2016 kepada 87.4% pada 2018. Hal ini menunjukkan bahawa penggunaan telefon
DIMENSI KOOP

pintar semakin popular dalam kalangan rakyat Malaysia apabila 9 daripada 10


pengguna menggunakan telefon pintar (93.1%) untuk mengakses Internet iaitu
peningkatan sebanyak 3.7% daripada tahun 2016. Selain itu, langganan jalur lebar
mudah alih juga mencapai sebanyak 36.2 juta pada suku kedua 2018 berbanding
dengan hanya 2.6 juta langganan bagi jalur lebar tetap.
4
5 DIMENSI KOOP Bil. 63(4/2019)
Rajah 1: Peralatan Popular Pengguna untuk Akses Internet

Kajian oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) pada


tahun 2018 juga mendapati antara aktiviti penggunaan utama Internet selain
mendapatkan maklumat, bersosial dan berhibur, Internet juga digunakan untuk
perkhidmatan perbankan. Hal ini terbukti apabila 54.2% pengguna Internet
menjalankan aktiviti perbankan dalam talian berbanding 41.7% pada tahun
2016. Faktor kemunculan banyak institusi bank yang menawarkan perkhidmatan
perbankan dalam talian juga mendorong pengguna untuk memanfaatkan
penggunaan Internet dan trend ini menunjukkan gambaran yang positif kepada
pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.
Bil. 63(4/2019)
DIMENSI KOOP
6

Rajah 2: Aktiviti penggunaan Internet


Potensi Transaksi Tanpa Tunai dengan e-Dompet

Teknologi kewangan semakin mendapat menambah kemudahan serta memperkukuh


perhatian dan pilihan pengguna pada hari ini, ciri keselamatan; dan meningkatkan kesedaran
yang dipacu oleh penawaran dan penyediaan mengenai manfaat penggunaan e-pembayaran
pelbagai perkhidmatan dan platform digital. Hal (Malaysia, 2013). Inisiatif ini menjadikan potensi
ini termasuklah perkhidmatan perbankan dalam e-Dompet sebagai peluang terbaik ke arah
talian, pembayaran elektronik tanpa sentuh melahirkan masyarakat tanpa tunai.
mahupun panggilan elektronik (e-hailing)
dan dompet elektronik (e-Wallet) di pasaran. Dalam senario perniagaan kini, konsep
Penggunaan e-Wallet atau dikenali e-Dompet pembayaran tanpa tunai atau cashless perlu
semakin mendapat perhatian di negara ini diambil kira dengan membenarkan perniagaan
walaupun masih baharu diperkenalkan. Menurut menerima pembayaran tanpa tunai seperti
kaji selidik yang dijalankan oleh Carousell (Wai, e-Dompet selain kaedah lain iaitu deposit
2018), bilangan pengguna e-Dompet di Malaysia wang ke mesin CDM, pindahan wang melalui
mencatatkan kenaikan sebanyak 52.9 peratus perbankan dalam talian atau COD (Cash on
pada Oktober 2018 berbanding 24.3 peratus pada Delivery). Beberapa sebab perniagaan koperasi
Februari tahun yang sama. Aplikasi e-Dompet perlu mengaplikasi pembayaran dalam talian
yang popular oleh pengguna Carousell ialah atau tanpa tunai adalah seperti tiada lagi
GrabPay, Touch n’ Go eWallet, Boost, Maybank kekangan masa dalam penerimaan pelanggan.
QRPay dan WeChat Pay. Senario ini menunjukkan Kelebihan perniagaan dalam talian membolehkan
kaedah pembayaran melalui e-Dompet semakin pesanan pelanggan diterima pada bila-bila
mendapat tempat oleh pengguna di Malaysia masa mahupun ketika sibuk atau sebaliknya.
walaupun kaedah penggunaan tersebut masih Bagi sistem pembayaran ini, pelanggan boleh
pada peringkat awal lagi. Oleh itu, perniagaan membuat bayaran pada bila-bila masa dan
koperasi haruslah bersedia untuk menerapkan pesanan tersebut akan disegerakan mengikut
penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi masa perniagaan.
(ICT) dalam perniagaan untuk menyokong
perkembangan ekonomi digital dalam mendepani Selain itu, ia dapat merangsang keputusan
era Industri Revolusi 4.0 pada masa hadapan. bakal pelanggan untuk membuat pembelian.
Bahkan, Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Laporan daripada Fintech Malaysia 2018 (Fong,
turut menyokong perkembangan transaksi tanpa 2018) menunjukkan bahawa perbankan dalam
tunai dalam kaedah pembayaran digital dengan talian merupakan saluran dominan untuk
sasaran 100,000 pada tahun 2018. (Azman, rakyat Malaysia melakukan transaksi dengan
2018). penembusan perbankan dalam talian sebanyak
85.1%. Data tersebut menunjukkan pembayaran
Inisiatif oleh Bank Negara Malaysia dalam mudah alih sama ada melalui dompet digital
Pelan Sektor Kewangan 2011-2020 menyokong atau perbankan mudah alih ialah saluran pilihan
transformasi landskap pembayaran di Malaysia untuk melakukan pembayaran mikro. Dengan
ke arah suatu sistem yang berkesan dari segi memberi pilihan pembayaran yang lebih banyak
kos, selamat, pantas dan mudah digunakan. Bank kepada pelanggan, bakal pelanggan dapat
Negara Malaysia telah menggunakan pendekatan didorong membuat pembelian lebih-lebih

Bil. 63(4/2019)
dengan melaksanakan struktur penentuan harga lagi jika kaedah pembayaran yang disediakan
yang kondusif untuk menggalakkan penggunaan menjadi pilihan pelanggan.
e-pembayaran, menambah baik infrastruktur
e-pembayaran untuk meluaskan akses,
DIMENSI KOOP
7
Rajah 3: Perbankan dalam Talian Menguasai Kaedah Pembayaran di Malaysia
(Sumber: Fong, 2018)

Koperasi yang mengamalkan pembayaran


dalam talian dapat menjejak transaksi dengan
lebih efektif. Hal ini kerana kebanyakan
sistem pembayaran dalam talian menawarkan
kemudahan laporan dan dokumentasi untuk
setiap transaksi. Malah, ada juga yang memberi
rumusan dalam bentuk carta dan grafik untuk
memudahkan semakan kembali aliran tunai
dan transaksi jualan. Statistik pembelian
secara dalam talian dilihat semakin meningkat.
Kemudahan membeli-belah secara dalam talian
menjadi trend bagi masyarakat Malaysia hari
ini dan semakin berkembang pantas kerana
Bil. 63(4/2019)

ia lebih menjimatkan masa dan kos. Ditambah


pula dengan kerancakan industri e-dagang yang
semakin pesat lebih-lebih lagi apabila permintaan
bagi perkhidmatan kurier dan Pos Malaysia
terus meningkat setiap hari. Dilaporkan bahawa
pembelian secara dalam talian terus meningkat
DIMENSI KOOP

meskipun ketidaktentuan persekitaran ekonomi


ketika ini. Hal ini dibuktikan daripada laporan
(SKMM,2018) bahawa secara puratanya,
seorang individu membelanjakan lebih kurang
RM470 bagi setiap transaksi dalam tempoh 12
bulan yang lalu.
8
Revolusi pembayaran dengan e-Dompet
Bermula sebagai alat komunikasi pada awal dompet untuk menyimpan wang kertas atau erti
kemunculannya, kini penggunaan telefon kata lain, nirtunai. Semua urusan perbelanjaan
pintar ibarat nyawa bagi penggunanya kerana dan pembelian dilakukan melalui telefon pintar
kebanyakan aktiviti harian pada hari ini dengan penggunaan e-Dompet.
bergantung pada alat komunikasi tersebut.
Malahan, dengan kemunculan e-Dompet Terdapat beberapa kelebihan penggunaan
yang semakin popular pada masa ini, tidak e-Dompet (e-Wallet) antaranya ialah ringan dan
mustahil kadar penggunaan telefon pintar mudah untuk dibawa ke mana sahaja kerana
semakin meningkat dari hari ke hari. Sebelum semuanya ada di dalam aplikasi telefon. Pengguna
ini penggunaan kad debit dan kad kredit tidak perlu beratur panjang untuk mengeluarkan
digunakan untuk transaksi tanpa tunai, kini wang di ATM. Selain itu, transaksi menjadi lebih
peranannya diambil alih pula oleh aplikasi cepat kerana pengguna tidak perlu menunggu
e-Dompet menggantikan fungsi dompet fizikal untuk mendapatkan wang baki. Malah, tahap
hasil perkembangan transaksi dalam talian. keselamatan turut terjamin melalui nombor pin
dan pengesahan-pengesahan yang lain. Melalui
E-Dompet pada asasnya ialah versi digital transaksi yang dilakukan, pengguna dapat
dompet yang berfungsi sebagai dompet fizikal menyimpan rekod perbelanjaan, dan tidak perlu
iaitu menyimpan wang, kad debit, kad kredit, lagi untuk menyimpan resit. Bahkan, pindahan
dan juga maklumat akaun bank dalam satu wang ke e-Dompet pengguna lain dapat dibuat
aplikasi. Perkhidmatan ini bertujuan untuk dengan pantas dan berpeluang untuk mendapat
menggantikan dompet fizikal supaya tidak pulangan wang (cash back), serta menikmati
perlu membawa beg tangan atau dompet lagi tawaran menarik dan diskaun.
ke mana-mana. Teknologi ini membolehkan
pengguna membuat pindahan wang secara Selepas memuat naik e-Dompet, pengguna
elektronik daripada akaun-akaun peribadi untuk hanya perlu memasukkan sejumlah wang
membayar barangan atau perkhidmatan. Selain ke dalam aplikasi tersebut untuk digunakan.
itu, pengguna boleh mengumpul mata kesetiaan Sesetengah e-Dompet membenarkan maklumat
dan kupon digital untuk ditebus yang juga kad kredit atau akaun bank dihubungkan melalui
dikenali sebagai e-Wallet. Umumnya, kaedah aplikasi itu sendiri. Kaedah pembayaran pula
yang ditawarkan lebih mudah, kaya dengan pengguna hanya perlu mengimbas (scan) di kod
fitur dan selamat. Secara teorinya, anda boleh Quick Response (QR) atau sentuhan di mesin
pergi jauh tanpa tunai, tanpa perlu membawa bayaran kad paywave di kaunter.

Bil. 63(4/2019)
DIMENSI KOOP
9

Gambar 1: Menggunakan telefon pintar untuk mengimbas kod QR


Berikut adalah beberapa pilihan e-Dompet yang ada di Malaysia bergantung kepada kegunaan
pengguna.

Jadual 1: Senarai e-Dompet di Malaysia

Nama e-Dompet/e-Wallet Ciri-ciri

Boost antara e-Dompet Malaysia yang terawal


dan mempunyai jumlah peniaga yang paling
banyak, dengan lebih kurang 50,000 peniaga
dalam aplikasi mereka.
• Boleh digunakan di pasar malam oleh peniaga-
peniaga kecil.
• Boleh mendapat pulangan wang dengan
beberapa cara.
• Boleh meminta wang daripada keluarga dan
rakan-rakan yang menggunakan aplikasi
Boost.
• Boleh digunakan untuk bayar bil di kedai
secara berasingan apabila makan beramai-
ramai.

Maybank Pay ialah e-Dompet Malaysia yang


digabungkan bersama aplikasi Maybank2u dan
menjadi tular apabila ramai pengguna mula
bermain MAE. MAE ialah sebuah permainan
dalam aplikasi yang membolehkan pengguna
memenangi wang ringgit.
• Memudahkan pemindahan wang ringgit
antara akaun Maybank.
• Boleh memenangi wang ringgit dengan
berkongsi kod jemputan ke permainan MAE
kepada kenalan, pengikut media sosial,
keluarga dan rakan-rakan.
Bil. 63(4/2019)

• Boleh meminta wang daripada keluarga dan


rakan-rakan yang menggunakan aplikasi
MaybankPay.
DIMENSI KOOP
10
Nama e-Dompet/e-Wallet Ciri-ciri

GrabPay boleh menjadi e-Dompet Malaysia yang


paling digemari jika anda merupakan pengguna
tegar GrabCar dan GrabFood. Anda akan dapat
lebih banyak diskaun, kredit dan mata ganjaran.
• Mempunyai sistem mata ganjaran dan sistem
keahlian berperingkat.
• Sistem keahlian berperingkat mereka
bermula daripada Keahlian GrabRewards ke
Keahlian Platinum. Peringkat yang lebih tinggi
memudahkan pengguna mendapat lebih
banyak ganjaran.
• Boleh memasukkan wang ke dalam GrabPay
menggunakan wang tunai di kedai 7 Eleven

BigPay ialah e-Dompet Malaysia yang paling


sesuai untuk pengguna-pengguna yang sering
melancong atau mempunyai urusan luar negara.
• Tiada yuran pemprosesan kad kredit jika
menempah tiket penerbangan AirAsia
menggunakan BigPay.
• Pengguna boleh melakukan pertukaran mata
wang dalam aplikasi BigPay.
• Pengguna juga akan dapat sekeping kad
prabayar BigPay dan kad boleh digunakan
untuk mengeluarkan wang daripada ATM.
• Mempunyai fungsi pengurusan wang dalam
aplikasi.
• Boleh digunakan untuk pelbagai pembelian
dalam talian.

Touch n Go e-Wallet bukan sahaja boleh


digunakan untuk pelbagai tujuan tetapi yang

Bil. 63(4/2019)
paling menarik adalah kegunaannya untuk
membayar tol.
• Touch n Go e-Wallet boleh digunakan di
kebanyakan lebuh raya di Malaysia dan ada
rebat diskaun bagi yang menggunakannya
• Pengguna tidak perlu menambah nilai ke
DIMENSI KOOP

kad Touch n Go di kaunter terhad selepas ini


apabila Touch n Go e-Wallet boleh digunakan
di seluruh semenanjung Malaysia.
• Boleh membuat bayaran isian semula
prabayar, pasca bayar, dan bil utiliti, termasuk
membeli tiket wayang dan penerbangan selain
11

membuat bayaran tol RFID.


Sumber: (Anis, 2019)
Promosi yang ditawarkan oleh penyedia
e-Dompet amat menarik untuk pengguna
memuat turun aplikasi tersebut dan mendapatkan
harga diskaun bagi sesetengah barangan dan
perkhidmatan. Maka persoalannya, adakah
penggunaan e-Dompet selamat untuk pengguna
mahupun penjual? Seperti yang diketahui
tiada sistem atau aplikasi yang sempurna
seratus peratus atau dengan kata lain “one
fits all’. Kewujudannya dapat mengurangkan
kebergantungan kepada mata wang fizikal yang
menebalkan poket seluar dan juga mengelakkan
risiko keciciran duit daripada poket. Jika dompet
hilang atau dicuri akan dapat mengurangkan
jumlah kerugian kepada pengguna. Sepertimana
juga perkhidmatan dalam talian, jenayah
seperti penipuan kad kredit serta penipuan
perbankan Internet boleh berlaku, penjenayah
juga masih boleh melakukan penipuan dan
mengeksploitasi aplikasi e-Dompet. Oleh itu,
pengguna itu sendiri hendaklah berwaspada
apabila melakukan transaksi melalui aplikasi
e-Dompet dengan menggunakan telefon
pintar. Antara risiko yang perlu dihadapi oleh
pengguna ialah penggunaan Wi-Fi awam untuk
sebarang transaksi menggunakan telefon
pintar membolehkan penggodam mencuri
kata laluan dan memungkinkan kata laluan
tersebut terdedah kepada pihak tertentu untuk
kepentingan mereka. Selain itu, jika kehilangan
telefon pintar, pengguna perlu bertindak
pantas untuk melaporkan kepada penyedia
perkhidmatan e-Dompet untuk menghalang
sebarang transaksi. Walau bagaimanapun,
Bil. 63(4/2019)

kelebihan dan kekurangan sesuatu teknologi


bergantung kepada cara kita memanfaatkan
teknologi tersebut dan seterusnya menjadi
keperluan pada masa akan datang.
DIMENSI KOOP
12
Penutup

Kemunculan, e-Dompet memberikan revolusi


pembayaran yang dapat menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara. Kini, Malaysia
cuba untuk setanding dengan negara China.
Hal ini terbukti apabila Alipay daripada Alibaba
antara yang menguasai pasaran Asia dan
Asia Tenggara. Dalam revolusi pembayaran
tanpa tunai ini telah banyak syarikat mahupun
peniaga-peniaga daripada kalangan PKS
mengambil peluang dalam mengukuhkan
perniagaan masing-masing. Kini, tiba masanya
untuk sektor koperasi bergerak ke depan dalam
segmen yang sedang berkembang pesat ini
dengan menyediakan pembayaran digital atau
e-Dompet dalam urus niaga perniagaan koperasi.
Malah, inovasi pembayaran ini turut disokong
oleh peniaga-peniaga di Bazar Ramadan
Kampung Baru. Pelanggan di bazar tersebut
telah menggunakan telefon pintar mereka
untuk membuat pembayaran melalui Touch n
Go e-Dompet (Leong, 2019). Kesimpulannya,
perniagaan kini hendaklah dapat memenuhi
keperluan gaya hidup masyarakat digital yang
terus mendapat perhatian dan seterusnya
menyokong usaha kerajaan untuk mewujudkan
masyarakat tanpa tunai di Malaysia.

Bil. 63(4/2019)
DIMENSI KOOP
13

You might also like