You are on page 1of 2

941130-14-5537

Sinopsis

Kajian yang bertajuk- Kajian tentang Persepsi Pelanggan Terhadap Restoran McDonalds Di Taman Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor bermatlamat bagi mengenal pasti persepsi pelanggan dan mendapatkan cadangan-cadangan bagi aspek yang boleh ditingkatkan di restoran McDonalds di Taman Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor. Sebanyak 4 kaedah kajian telah digunakan bagi menyiapkan kajian ini dengan cemerlang, iaitu kaedah pemerhatian, kaedah soal selidik, kaedah temu bual dan juga kaedah rujukan. Dalam kaedah soal selidik, sebanyak 50 orang pelanggan iaitu telahpun dipilih sebagai sampel kajian manakala seramai 7 orang telah bantuan dalam kaedah temu bual. Berdasarkan kajian yang telah dibuat, 27 orang lelaki dan 23 orang perempuan telahpun dipilih sebagai responden untuk mendapatkan maklumatmaklumat kajian. Melalui atas kerjasama 50 orang responden yang dipilih sebagai sampel kajian, penyelidik mendapati dapatan kajian yang telah dihasilkan telah menunjukkan persepsi utama responden terhadap restoran McDonalds di Taman Putra Permai, Seri Kembangan ialah tempat letak kereta kadangkala tidak mencukupi kepada responden dan cadangan paling penting bagi aspek yang boleh ditingkatkan ialah kelajuan perkhidmatan wifi harus ditingkatkan. Sebagai kesimpulan, pelbagai maklumat dalam kajian ini diharapkan dapat membantu restoran McDonalds di Taman Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor dan penyelidik mencadangkan pelbagai cadangan dalam kajian ini harus diambil oleh restoran McDonalds di Taman Putra Permai, Seri Kembangan, Selangor supaya dapat menarik perhatian pelanggan.

941130-14-5537

You might also like