You are on page 1of 2

TEKS UCAPAN PENGETUA

PELANCARAN PROGRAM TUISYEN RAKYAT SELANGOR (PTRS) 2019

Terima kasih diucapkan kepada Pengacara Majlis.

Bismillahirrahmanirrahim,

Alhamdullilahi rabbil alamin wassolatu wassolamu ala ashrafil anbiyar iwar mursolin waala alihi

wasibihi aj’main.

Yang Berhormat YB Tuan Azmizam Bin Zaman Huri ,ADUN Pelabuhan Klang,

Yang Dihormati PK Pentadbiran , Puan Nurul’Ain Bin Muhammad Zain

Guru-guru dan yang dikasihi anak didik peserta PTRS 2019

Syukur alhamdulilah, bersyukur kepada Allah yang Esa dengan limpah kurnia-Nya pada hari ini

kita dapat mengadakan Majlis Pelancaran Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) 2019

peringkat sekolah. Selamat datang saya ucapkan kepada Yang Berhormat Tuan Azmizam Bin

ZamanHuri, ADUN Pelabuhan Klang ke SMK (P) Raja Zarina, Pelabuhan Klang. Pada

kesempatan ini juga saya bagi mewakili guru-guru, Kumpulan Pelaksana dan para murid ,

mengucapkan terima kasih kepada YB atas inisiatif dan memberi peluang kepada sekolah kami

untuk melaksanakan majlis pelancaran PTRS bagi tahun 2019. Para murid akan memanfaatkan

sepenuhnya program ini bagi meningkatan pencapaian dalam SPM.

Yang Berhormat YB dan para hadirin,

Pada tahun ini, SMK (P) Raja Zarina telah dipilih oleh Jabatan Pelajaran Negeri Selangor (JPNS)

sebagai salah sebuah sekolah untuk Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS). Tujuannya untuk

meningkatkan bilangan murid lulus dalam SPM amnya di peringkat negeri Selangor dan

khususnya juga di peringkat sekolah. Selain daripada itu, ini juga merupakan satu inisiatif dalam

membantu murid SPM yang tidak mempunyai sumber kewangan untuk tuisyen berbayar diluar.
Untuk makluman YB, seramai 62 orang murid tingkatan 5 SMK (P) Raja Zarina telah dipilih

mengikut syarat yang telah ditetapkan iaitu pencapaian sederhana dan lemah, mempunyai

pendapatan isi rumah dibawah RM2000 dan warganegara Malaysia bagi mengikuti Program PTRS

tahun 2019 ini. Namun begitu, bilangan ini telah dikecilkan kepada 40 orang yang terkini berikutan

seramai 22 orang murid menolak tawaran program ini disebabkan masalah yang tidak dapat

dielakkan. Kelas Tambahan PTRS ini dijalankan setiap hari iaitu bermula hari Isnin sehingga

Jumaat selepas tamat waktu persekolahan. Berikut adalah jadual pelaksanaan kelas tambahan

PTRS (Isnin : Sains, Selasa: Bahasa Melayu, Rabu: Bahasa Inggeris, Khamis : Matematik dan

Jumaat : Sejarah) Kelas akan bermula jam 1.40 petang sehingga jam 2.40 petang. Oleh itu, pada

kesempatan ini saya mohon YB dapatlah apa kiranya memberikan sedikit sentuhan hati kepada

peserta PTRS ini sebagai suntikan semangat dan motivasi diri mereka dalam mempersiapkan diri

untuk menghadapi peperiksaan besar hujung tahun nanti.

Yang Berhormat YB dan hadirin sekalian,

Kecil tapak tangan nyiru kami (warga SMK (P) Raja Zarina) tadahkan,  atas sumbangan YB Dato’

terhadap usaha-usaha untuk memajukan pendidikan para murid di sekolah ini. Saya selaku

pengetua memohon maaf atas segala kekurang dalam menyusun atur program pada hari ini. Akhir

kata dari saya,

Guru menyalakan harapan

Pelajar membina cita-cita

Ibu bapa sumber inspirasi

Masyarakat pencetus semangat

Sekian wassalam….

You might also like