You are on page 1of 9

SKRIP PENGACARAAN

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN HEM DAN KOKURIKULUM SMKBBSS 2013

ATURCARA/SKRIP CATATAN/
TINDAKAN

Lagu dimainkan sementara menunggu ketibaan dif dif jemputan *AJK Siaraya

PENGUMUMAN
Hakim
Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera....

Pihak majlis mengalu-alukan kehadiran Tetamu Jemputan, Tuan-Tuan dan Puan-Puan, ke


Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM, Sukan dan Kokurikulum SMKBBSS 2013. Untuk
makluman tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian, majlis akan bermula sebentar
lagi.Oleh itu tuan-tuan dan puan-puan serta hadirin sekalian diminta mengambil tempat.

Minta kerjasama daripada hadirin sekalian untuk mematikan telefon bimbit atau
biarkan dlm silent mood sepanjang majlis ini berlangsung.
Apabila diumumkan ketibaan Puan Pengetua, diminta semua hadirin untuk berdiri.
Sepanjang majlis berlangsung, pelajar tidak dibenarkan bercakap dan tidak boleh
buat bising di dalam majlis.
Sedikit makluman tentang tentative kita pada hari ini iaitu. (rujuk tentatif)

UCAPAN PENGUMUMAN KETIBAAN PERASMI


Mengumumkan ketibaan Yang Berusaha Pn. Hjh Rohayah Binti Hashim, Pengetua
SMKBBSS diiringi En. Mohd. Shah bin Kassim, Penolong Kanan HEM ke dalam Balai Hajah
Zaleha dan seterusnya mengambil tempat. Para hadirin diminta berdiri

Hadirin diminta bersedia bagi Nyanyian Lagu Nagaraku

*************Iringan Lagu Negaraku******************** Aby


Hadirin dipersilakan mengambil tempat

1
UCAPAN PROTOKOL
Bismillahirrohmannirrahim.
Assalamualaikum warohmatullahhiwabarokatuh.
Selamat Sejahtera
Dan Salam Satu Malaysia

Yang Berusaha,
Pn. Hjh Rohayah Binti Hashim
Pengetua SMK Bandar baru Sultan Suleiman

Yang dihormati ,
En. Zahari bin Ghazali
Yang Dipertua PIBG SMKBBSS

Pn. Hjh Noraini binti Suhaimi


Penolong Kanan Pentadbiran,

En. Mohd. Shah bin Kassim


Penolong Kanan Hal Ehwal Murid

Pn. Aidah Binti Abdullah


Penolong Kanan Kokurikulum

Barisan Guru Kanan matapelajaran

Rakan-rakan guru dan seterusnya hadirin yang dirahmati sekalian

UCAPAN PENGERUSI MAJLIS

Alhamdulillah, setinggi kesyukuran kita panjatkan ke hadrat Ilahi, atas limpah dan

2
kurniaNya dapat kita berkumpul di Balai Hajah Zaleha ini, bagi menyempurnakan Majlis
Anugerah Kecemerlangan HEM, sukan dan Kokurikulum SMKBBSS bagi tahun 2013 dalam
suasana yang cukup bermakna.Juga, ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada
semua pihak yang hadir memberikan sokongan kearah kelancaran Majlis ini.

Untuk pengetahuan semua pihak, pihak sekolah mengadakan majlis ini sebagai tanda
menghargai dan mengiktiraf jasa pelajar dan guru yang telah bergiat aktif dalam pelbagai
bidang di unit Hal Ehwal Murid dan juga kokurikulum. Dengan penganugerahan yang
diberi, diharap guru serta pelajar lebih berusaha untuk mencapai kecemerlangan dalam
bidang yang disertai. Selain itu juga, mudah-mudahan ia akan menyuntik semangat para
pelajar untuk terus mencipta kecemerlangan dalam pembentukan sahsiah diri dan juga
dalam bidang kokurikulum.

BACAAN DOA
Sidang Hadirin Sekalian,
Menadah tangan pohon perkenan,
Agar majlis berjalan lancar;
Al-fatihah kita lafazkan,
Apa dihajat moga terpancar.

Bagi memberkati lagi majlis ini, dipersilakan Ustaz Missanan bin Wahidin untuk memimpin
bacaan doa.

Tafaddhal Ya Ustaz

***********Bacaan Doa***************

Maizatul

Majlis mengucapkan terima kasih kepada Al-Fadzil Ustaz.

3
Semoga dengan kalimah doa ini ,diberkati hendaknya segala hasrat yang direncana.....
insyaAllah

UCAPAN YDP PIBG


Sidang Hadirin sekalian,

Kalau dilipat sebesar kuku


Kalau dibentang seluas alam
Yang jauh diimbau
Yang dekat digamit
Seuntai salam sejambak kata
Degup bicara, merisik rasa

Tanpa melengahkan masa, dengan ini dijemput Yang Dihormati, En. Zahari bin Ghazali,
Yang Dipertua PIBG SMK Bandar Baru Sultan Suleiman menyampaikan ucapan alu-aluan.
Majis mempersilakan
Hakim
****************Ucapan YDP PIBG*****************

Pihak majlis mengucapkan terima kasih di atas ucapan itu tadi.

UCAPAN PERASMIAN
Hadirin dan hadirat yang dihormati,

Cempaka sari warisan sejati,


Menjadi kebanggaan seisi negeri,
Ucapan perasmi memang dinanti,
Berilmu tinggi bijak bestari

Majlis dengan rasa bangga dan penuh hormatnya mempersilakan Pn.Hjh .Rohayah Binti
Hashim, Pengetua SMKBBSS untuk menyampaikan ucapan dan seterusnya merasmikan
Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM, Sukan dan Kokurikulum SMKBBSS bagi tahun 2013.
Majlis dengan penuh hormatnya dipersilakan
4
********** Ucapan Perasmian**********

Dijemput Pn.Hjh Rohayah untuk menandatangani buku perasmian Majlis Anugerah


Kecemerlangan HEM, Sukan dan Kokurikulum SMKBBSS 2013.....

Majlis mengalungkan ucapan terima kasih atas kesudian Puan Hjh. Rohayah
menyampaikan ucapan dan menyempurnakan acara perasmian sebentar tadi. Aby

PENYAMPAIAN ANUGERAH SLOT 1

Buah pulasan dahannya patah,

Jatuh ke tanah tepian perigi.

Pelbagai persembahan disaji sudah,

Tangan menunggu sijil diberi.

Tibalah saat ditunggu-tunggu,

Resah dijiwa debaran dikalbu,

Seribu pertanyaan datang bertamu,

Mungkinkah anugerah jadi milik ku,

Itulah gambaran pada wajah para pelajar dan guru yang selama ini mencurah bakti
menaikan nama sekolah dalam bidang kokurikulum. Yang pastinya, segala sumbangan itu
bukannya minta dibalas, sekadar ikhlas membuat jasa demi cinta kepada sekolah,nusa
dan bangsa..

5
Bagi menyempurnakan acara penyampaian anugerah ini, majls menjemput En. Zahari bin
Ghazali,YDP PIBG SMKBB diiringi oleh Pn.Hjh Noraini Suhaimi/ Pn. Aidah Bin Abdullah
untuk menyempurnakan majlis

Dipersilakan.. Hakim/ aby

********************Penyampaian Anugerah Slot 1 ************

1. Anugerah Hem

2. Anugerah Kokurikulum

( Melibatkan guru)

Majlis mengucapkan terima kasih kepada En. Zahari atas penyampaian hadiah dan sijil itu
tadi. Hakim

PERSEMBAHAN PELAJAR

Terbenam kiasan sinaran indah,


Dicelah mega menanti fajar,
Perasmian majlis selesai sudah,
Eloklah kita berehat sebentar.

Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada hari ini,apa kata kita saksikan persembahan
pertunjukan fesyen yang bertajuk ---------------------------------- dari
Maizatul

6
******************Persembahan*************

Begitulah bersemangatnya persembahan pertunjukkan fesyen itu tadi yang dipimpin oleh
Pn Ilyani Binti Saiman

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih..

PENYAMPAIAN ANUGERAH SLOT 2

Hadirin sekalian,

Kita teruskan lagi majlis dengan penyampaian anugerah yang berikutnya. Bagi
Maizatul/hakim
menyempurnakan acara penyampaian anugerah ini, majlis sekali lagi menjemput Pn. Hjh
Rohayah Binti Hashim, pengetua SMKBBSS diiringi oleh En. Mohd. Shah Bin Kassim Untuk
menyampaikan anugerah Dipersilakan

**********************Penyampaian anugerah slot 2*****************

1. Anugerah HEM

2. Anugerah Kokurikulum Aby

(melibatkan pelajar)

Tahniah diucapkan kepada para penerima anugerah itu tadi.

PENYAMPAIAN CENDERAMATA
Sebagai jasa tidak dilupa juga tanda penghargaan dan terima kasih atas kesudian Pn. Hjh
7
Rohayah binti Hashim menyempurnakan majlis, dipersilakan En.Mohd. Shah bin Kassim
untuk menyampaikan cenderamata kenang kenangan kepada Pn. Hjh. Rohayah....
Majlis mempersilakan.....

***********************Penyampaian cenderamata*******************

Terbang sekawan burung kenari,


Hinggap di dahan negeri Kembayat,
Budimu tuan di sanjung tinggi,
Jadi sebutan keakhir hayat.
Hakim
Majlis mengucapkan terima kasih atas penyampian cenderamata itu tadi.

Dengan ini maka berakhirlah Majlis Anugerah Kecemerlangan HEM, Sukan dan
Kokurikulum SMKBBSS 2013.

MAJLIS JAMUAN
Terima Kasih Sekalung budi kepada semua pihak yang terlibat secara langsung mahupun
tidak langsung dalam majlis yang penuh bermakna ini.
Andai ada jarum yg patah,
Jgn simpan di dlm peti,
Andai ada silap dan salah,
Harap tuan dapat maafi.

Jika ada sumur di ladang,


boleh saya menumpang mandi,
Jika ada umur yg panjang,
boleh kita berjumpa lagi.

Sehingga bertemu lagi pada tahun hadapan.

8
Dijemput para tetamu untuk menikmati jamuan.

Sebagai halwa telinga, dipersilakan adik------------------------------untuk menyampaikan sajak


yang bertajuk..

( iringan lagu sepanjang jamuan berlangsung)

You might also like