You are on page 1of 3

SINOPSIS

PENARAFAN LAMAN MINDA SIHAT


PERINGKAT KEBANGSAAN TAHUN 2021
SINOPSIS LAMAN MINDA SIHAT : TERATAK BONDA

Laman Minda Sihat : Teratak Bonda, teratak adalah satu tempat untuk murid dan guru berehat dan
menenangkan fikiran/ minda setelah letih belajar dan bekerja. Bonda pula merujuk kepada legasi
kepimpinan Pengetua SMK(P) Raja Zarina sejak tahun 1966 . Dengan kasih sayang dan belaian
daripada seorang yang bergelar bonda dapat mengukuhkan ukhwah antara warga SMK(P) Raja
Zarina.

Tema kampung pula dipilih kerana Teratak Bonda sinonim dengan lokasi dan suasana kampung
yang tenang lagi mendamaikan. Kampung halaman merupakan destinasi utama untuk dikunjungi
oleh anak-anak pulang berjumpa ayahanda dan bonda serta ahli keluarga tercinta. Emosi bahagia
dan seronok sangat berkait rapat dengan kampung. Suasana kampung yang segar dan menghijau
membantu dalam meregulasi emosi yang lebih baik seiring dengan objektif mewujudkan Laman
Minda Sihat ini.

Bukan itu sahaja, Laman Minda Sihat di sekolah ini dilihat sebagai satu model terbaik dalam
pembentukan kesejahteraan mental dalam kebiasaan baharu. Laman Minda Sihat membantu dalam
menyalurkan maklumat psikopendidikan berkaitan kesejahteraan mental menggunakan medium
kreatif dan segar. Selain itu, Laman Minda Sihat juga turut mempromosikan dan menanamkan
kesedaran amalan gaya hidup sihat dalam kalangan murid dan seluruh warga sekolah. Pelbagai
sudut seperti sudut bacaan dan sudut permainan serta ruang rehat dan relaks (RNR) yang
disediakan memberikan rasa tenang kepada setiap pengunjung.

Projek Laman Minda Sihat berjaya direalisasikan adalah atas semangat kerjasama yang sangat
baik daripada Panitia Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (PJPK), Pusat Sumber Sekolah
(Perpustakaan Humaira’) , Program Vokasional Menengah Atas (PVMA), Unit Disiplin, Jawatan
Kuasa Penyelenggaraan Sekolah, Penghayatan Nilai Murni/ Islam beserta Guru Penyelaras Bestari
sekolah.

Teratak Bonda menyediakan lima anjung terapi iaitu Anjung Terapi Bunyi, Anjung Terapi Aroma,
Anjung Terapi Bermain, Anjung Terapi Rendaman Kaki dan Anjung Nutrisi. Anjung terapi yang
disediakan ini merupakan intervensi minda sihat yang boleh digunakan oleh semua murid bagi
tujuan merehatkan minda dan menenangkan perasaan mereka. Konsep yang diketengahkan ini
sangat sesuai dengan tagline iaitu Teratak Bonda : Terapi Jiwa Minda Sejahtera.

Teratak Bonda terletak di salah satu lokasi strategik yang mudah diakses oleh warga sekolah. Iaitu
di tengah-tengah bangunan antara Blok B, C, D dan E. Lokasinya merupakan laluan utama menuju
ke kelas-kelas, makmal, perpustakaan, tandas dan bilik khas ( Lavender dan Kamar Ilmu Salbiah).
Ini memberikan kelebihan kepada Teratak Bonda untuk menjadi tumpuan dan pilihan warga
sekolah untuk singgah sebentar sambil merasai dan menikmati ketenangan dan kedamaian semasa
berada di Laman Minda Sihat.

1
Pembinaan Laman Minda Sihat : Teratak Bonda ini telah memberi impak yang positif kepada
murid . Di Teratak Bonda, murid akan mendapat pelbagai info tentang pengurusan emosi dan
kesejahteraan minda menggunakan teknik-teknik yang sesuai. Setiap pengunjung akan mengisi
borang maklum balas pelanggan dan imbasan kod QR bagi mendapatkan maklum balas tentang
kesesuaian dan keberkesanan aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Teratak Bonda. Secara
keseluruhan, pelanggan amat berpuas hati dengan perkhidmatan dan kemudahan yang diperoleh
dari Teratak Bonda. Data menunjukkan bahawa 95.39% pelanggan berada pada tahap kepuasan
cemerlang manakala 4.61% berada pada tahap kepuasan baik. Perkhidmatan dan kemudahan di
Teratak Bonda akan sentiasa ditambah baik bagi mengekalkan peratus kepuasan pelanggan
berada pada tahap cemerlang pada masa-masa yang akan datang.

Teratak Bonda juga telah mendapat pengiktirafan daripada Pegawai PPD Daerah Klang, sekolah-
sekolah berhampiran, dan beberapa agensi luar seperti Majlis BELIA Selangor, Pergerakan Puteri
Islam Malaysia, Kolej INTI dan JAIS Klang.

Penarafan Laman Minda Sihat : Teratak Bonda ini diharapkan dapat memberi manfaat bukan
sahaja kepada warga sekolah tetapi juga menjadi sumber inspirasi kepada komuniti luar berkenaan
pelaksanaan program minda sihat.

Amalan Terbaik Kebiasaan Baharu juga telah dilaksanakan seiring dengan pelaksanaan Laman
Minda Sihat ini iaitu 5 Minit Relaks. Program ini dipilih sebagai satu intervensi secara bersemuka
setelah sesi persekolahan dibuka secara penggiliran bagi mengekalkan kesejahteraan minda dan
emosi murid-murid secara khususnya dan kepada warga sekolah umumnya sebelum memulakan
sesi pengajaran dan pembelajaran. Tambahan lagi, laungan Bangkit Diri diselitkan selepas selesai
melakukan teknik relaksasi pernafasan yang betul. Pelaksanaannya dijalankan di kelas masing-
masing sebelum memulakan sesi pembelajaran setiap hari menggunakan pembesar suara yang
dipimpin oleh murid yang terpilih. Program ini merupakan satu mekanisme untuk
membudayakan teknik -teknik relaksasi dalam kalangan murid, meningkatkan gaya hidup sihat
serta mengekalkan kesejahteraan minda dan emosi.

Besarlah harapan kami agar Teratak Bonda menjadi pemangkin ke arah melahirkan, memupuk dan
meningkatkan kesedaran diri warga SMK(P) Raja Zarina khususnya puteri-puteri Raja Zarina
betapa pentingnya memiliki minda yangg sejahtera, seterusnya membantu murid-murid mengurus
emosi dengan betul.

“Kebahagian datang daripada minda yang positif dan pengurusan emosi yang betul. Asas
utamanya adalah mengimani bahawa kita hanya berusaha dan Allah sebaik-baik pengatur”

You might also like