Rumusan

You might also like

You are on page 1of 2

020421-11-0063

6.0 RUMUSAN

Menurut kajian yang dilakukan oleh pengkaji, jelaslah bahawa terdapat pelbagai faktor yang
menyebabkan kurier J&T Express menjadi pilihan utama peniaga atas talian di Bandar Kuala
Berang dan kesan penggunaannya terhadap peniaga atas talian. Melalui objektif yang
pertama, majoriti peniaga atas talian sangat bersetuju bahawa perkhidmatan J&T Express
dibuka pada setiap hari. Seterusnya, peniaga atas talian juga amat bersetuju bahawa kurier ini
amat dipercayai oleh pelanggan di seluruh Malaysia. Selain itu, peniaga atas talian juga
mengatakan bahawa prosedur penghantaran barang di J&T Express amat cepat dan lancar
sebagai salah satu faktor mereka mengutamakan kurier ini dalam aktiviti pengeposan. Di
samping itu, layanan yang cemerlang oleh staf kurier J&T Express juga menjadi salah satu
faktor mereka cenderung menggunakan perkhidmatan kurier ini.Kesimpulannya, terdapat
banyak faktor yang mendorong kurier J&T Express sebagai kurier pilihan peniaga atas talian
di Bandar Kuala Berang, Hulu Terengganu.

Pada objektif yang kedua pula iaitu kesan penggunaan kurier J&T Express terhadap peniaga
atas talian, mereka bersetuju bahawa penggunaan kurier ini memberikan pelbagai kesan
positif terhadap perniagaan mereka. Peniaga atas talian menyatakan bahawa prosedur
pengeposan di kurier ini dapat menjimatkan masa dan tenaga mereka. Mereka juga
memberitahu bahawa peniaga atas talian dapat menjimatkan modal kerana kos pengeposan
yang berpatutan. Selain itu, apabila peniaga atas talian menggunakan perkhidmatan kurier
J&T Express, barang yang dihantar kepada pelanggan dapat sampai dengan pantas dan
selamat. Akhir sekali, pelanggan mereka semakin bertambah apabila mengetahui kurier yang
digunakan oleh peniaga atas talian. Jelaslah bahawa terdapat pelbagai kesan yang berlaku
terhadap peniaga atas talian yang mengunakan khidmat pengeposan kurier J&T Express.

Kesimpulannya, kajian kepercayaan peniaga atas talian di Bandar Kuala Berang, Hulu
Terengganu terhadap kurier J&T Express dapat mendedahkan pelbagai faktor J&T Express
menjadi pilihan utama dan kesannya terhadap peniaga atas talian. Oleh itu, pihak kurier J&T
Express perlu menaik taraf perkhidmatan mereka agar pelbagai keselesaan dan kemudahan
dapat dirasakan oleh peniaga atas talian yang menggunakan khidmat pengeposan kurier J&T
Express.
020421-11-0063

7.0 RUJUKAN

◦ Laman Web

1. https://en.wikipedia.org/wiki/Terengganu

2. https://en.wikipedia.org/wiki/Hulu_Terengganu_District

3. https://www.google.com/maps?
q=jnt+kuala+berang&rlz=1C1GCEA_enMY959MY959&um=1&ie=UTF-
8&sa=X&ved=2ahUKEwijxPzr07XyAhUb3jgGHQYODZMQ_AUoAXoECAEQ
Aw

4. https://www.jtexpress.my/

You might also like