You are on page 1of 23

Pengangkutan

Di Malaysia

Disediakan Oleh :
KHAIRUL FAIZI BIN
MOHAMAD
MRSM PDRM KULIM
Di akhir pembelajaran, murid dapat
3.1.1 Mengenal pasti jaringan jalan raya dan jaringan landasan
kereta api di Malaysia
3.1.2 Mengenal pasti lapangan terbang antarabangsa dan
pelabuhan utama di Malaysia
3.1.3 Memberi contoh pengangkutan awam di Malaysia
3.1.4 Menghuraikan faktor-faktor yang mempengaruhi jaringan
pengangkutan di Malaysia
3.1.5 Membezakan kepentingan pengangkutan darat, udara dan
air di Malaysia
3.1.6 Menilai kepentingan pengangkutan awam di Malaysia
3.1.7 Mencadangkan amalan pengangkutan dan perjalanan
lestari
Jenis pengangkutan Di Malaysia
• Pengangkutan boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu
a) Pengangkutan darat
b) Pengangkutan air
c) Pengangkutan udara

• Pengangkutan penting kerana

• Meningkatkan ketersampaian sesuatu tempat


• Membolehkan pembukaan kawasan baru
• Meluaskan pasaran barangan
• Meningkatkan hubungan sosioekonomi bandar dan
luar bandar
Pengangkutan Darat
• Pengangkutan darat di Malaysia terdiri daripada jalan raya,
lebuh raya dan jalan kereta api

• Jalan raya merupakan pengangkutan darat terpenting di


Malaysia dan menghubungkan banyak kawasan di
Semenanjung Malaysia

• Jalan raya di Sabah dan Sarawak pula tertumpu di


kawasan sepanjang pantai barat yang menghubungkan
Kuching, Bintulu sehingga Miri

• Manakala di Sabah, jalan raya utama terdapat di sepanjang


pantai barat. Kawasan pantai timur pula dihubungkan dengan
jalan raya Kota Kinabalu - Sandakan
• Kini, lebuh raya juga merupakan pengangkutan yang penting
untuk perjalanan yang jauh dan pengangkutan di
bandar khususnya di Semenanjung Malaysia.

• Pembinaan lebuh raya mampu


- Memendekkan masa perjalanan
- Meluaskan pasaran barangan
- Menghubungkan kawasan luar bandar
- Mengangkut hasil-hasil pertanian dan bahan mentah

Antara lebuh raya utama negara ialah


a) Lebuh raya Utara Selatan
b) Lebuh raya Timur Barat
c) Lebuh raya Pantai Timur
d) Lebuh raya Trans Borneo
Lebuh raya utama di Malaysia
Landasan Kereta api
• Di semenanjung Malaysia, terdapat dua sistem
landasan kereta api iaitu
a) Dari Padang Besar ke Johor Bahru di sebelah barat
b) Dari Tumpat ke Gemas di sebelah timur

• Gemas merupakan stesen persimpangan antara


stesen pantai barat dan stesen pantai timur

• Terdapat juga beberapa cabang lain yang menghubungkan


laluan ini dengan kawasan sekitarnya

• Kewujudan landasan kereta api di Malaysia berkait


rapat dengan sejarah perlombongan bijih timah
Laluan keretapi Utama di
Malaysia
Tranformasi pengangkutan
kereta api di Malaysia
• Pengangkutan kereta api elektrik telah dibina di
sekitar bandaraya Kuala Lumpur pada awal 1980
• Kini, perkhidmatan ini giat dibangunkan di kawasan
bandar kerana

Mengelakkan kesesakan

Mengurangkan pencemaran

Selesa, cepat dan tepat

Mendapat permintaan tinggi penduduk di bandar

Menggalakkan kegiatan pelancongan

• Malah, pengangkutan kereta api kini bakal diperluaskan ke


kawasan pantai timur merangkumi negeri Kelantan, Pahang
dan Terengganu
Cadangan pembinaan laluan kereta api ke pantai timur
Video

• Rancangan pembinaan ECRL


di pantai timur
Pengangkutan Udara di Malaysia
• Peningkatan ekonomi dan taraf hidup penduduk
menyebabkan permintaan terhadap pengangkutan udara
meningkat.

• Pengangkutan udara juga turut membantu menggalakkan


sektor pelancongan negara dengan peningkatan
pelancong datang ke Malaysia

• Sehingga kini, Malaysia mempunyai


a) enam lapangan terbang antarabangsa
b) 16 lapangan terbang domestik
c) 18 padang terbang

• Lapangan terbang KLIA juga merupakan antara lapangan


terbang terbaik di dunia
Pengangkutan Udara

1.
6.
2.

3.

5.
4.

1.Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi 4. Lapangan Terbang AntarabangsaSenai


2. Lapangan Terbang Antarabangsa P. Pinang 5. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
3. Lapangan Terbang Antarabangsa KL/ KLIA2 6. Lapangan Terbang Antarabangsa K. Kinabalu
Video
• Lapangan Terbang Antarabangsa
Kuala Lumpur
Lapangan Terbang Domestik dan Antarabangsa
di Malaysia

• Malaysia mempunyai enam Lapangan Terbang


Antarabangsa yang menerima terus
penerbangan daripada luar negara iaitu,

- Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi


- Lapangan Terbang Antarabangsa P.Pinang
- Lapangan Terbang Antarabangsa K. Lumpur/ KLIA 2
- Lapangan Terbang Antarabangsa Senai
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching
- Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu
Pengangkutan Air
• Pengangkutan air terbahagi kepada dua iaitu
a) pengangkutan sungai
b) pengangkutan laut

• Pengangkutan sungai penting bagi negeri


Malaysia Timur seperti Sabah dan Sarawak

• Pengangkutan laut pula lebih tertumpukan


kepada aktiviti perdagangan antarabangsa

• Pelabuhan pula penting sebagai kawasan pemindahan,


pemunggahan, penyimpanan dan penyerahan kontena
Pelabuhan Utama Di Malaysia
Teluk
Sepanggar

P. Pinang
Kuantan

Bintulu

Klang

Johor
Kuching
Tg Pelepas

1. Pelabuhan P. Pinang 4. Pelabuhan Kuantan


2. Pelabuhan Klang 5. Pelabuhan Bintulu
3. Pelabuhan Tanjung Pelepas 6. Pelabuhan Kontena Teluk
Sepanggar
Pengangkutan Awam Di Malaysia
• Terdapat pelbagai kemudahan pengangkutan awam
di Malaysia meliputi semua jenis pengangkutan

Pengangkutan darat Pengangkutan air Pengangkutan udara

- Bas - Bot - Kapal terbang


- Teksi - Feri
- Monorel - Bot Ekspres
- Transit Aliran
Ringan (LRT)
- KLIA Ekspress
Faktor yang menggalakkan perkembangan pengangkutan
di Malaysia

Bentuk muka bumi


• Keadaan tanah rata sesuai untuk pembinaan jaringan
pengangkutan kerana ianya menjimatkan kos

Kemajuan teknologi
• Pembinaan terowong SMART dan projek MRT boleh
dijalankan dengan bantuan teknologi moden

Dasar kerajaan
• Projek jaringan pengangkutan yang moden dan menyeluruh
mendapat sokongan kerajaan untuk kemudahan rakyat

Kegiatan Ekonomi
• Kepesatan dan pembangunan ekonomi memerlukan sistem
jaringan pengangkutan yang cekap
Pengangkutan Malaysia Membawa penumpang dan barangan
Jaringan

Meningkatkan darjah ketersampaian


Kepentingan di

Pembangunan wilayah koridor ekonomi

Membangunkan bandar satelit

Meningkatkan sektor perniagaan

Membangunkan kawasan sekitar


Kepentingan Pengangkutan Awam yang
Sistematik Di Malaysia

• Mengurangkan kesesakan lalu lintas

• Memajukan industri pelancongan


• Mengurangkan kos berbanding kenderaan
persendirian
• Meningkatkan darjah ketersampaian
• Mengurangkan pencemaran udara
• Mewujudkan peluang pekerjaan
Video

• Penggunaan Bas Elektrik


di Putrajaya
Langkah Lestari Untuk Sistem Pengangkutan
Di Malaysia

Amalan pengangkutan lestari diwujudkan untuk

• Mengurangkan kos bahan api


• Mengelakkan kesesakan
• Membantu mengurangkan pencemaran

• Meningkatkan keselamatan

• Meminimumkan kemusnahan flora dan fauna

You might also like