You are on page 1of 5

4.

1 FAKTOR YANG MENGGALAKKAN


PERKEMBANGAN PENGANGKUTAN DARAT DI
BANDAR MACHANG , KELANTAN.

4.1.1 Faktor Fizikal

Ciri bentuk muka bumi Bandar Machang yang mempunyai tanah

pamah, rata, luas dan landai amat sesuai untuk membina jaringan

pengangkutan khususnya jalan raya berbanding dengan kawasan

tanah tinggi, bergunung-ganang, bercerun curam dan berlembah atau

berlurah yang memerlukan kos yang tinggi untuk membina jaringan

pengangkutan.

Dalam pemerhatian yang kami jalankan, kedudukan Bandar

Machang amat strategik kerana berada di bawah 50 meter dari aras

laut. Hal ini menyebabkan sistem pengangkutan di Bandar Machang

menjadi semakin pesat membangun. Keadaan bentuk muka bumi ini

membolehkan pembinaan lebuh raya yang menghubungkan Bandar

Machang dengan bandar yang berada di sekitarnya seperti lebuh raya

yang menghubungkan Bandar Machang ke Tanah Merah, Bandar

Machang ke Kota Bharu serta Bandar Machang ke Pasir Puteh.

4.1.2 Faktor Ekonomi

Sistem pengangkutan di Bandar Machang juga berkembang

dengan pesat kerana perkembangan yang berlaku dalam aktiviti


ekonomi yang dijalankan oleh penduduk di Bandar Machang. Antara

aktiviti ekonomi yang dijalankan ialah perniagaan, pelancongan dan

pertanian serta pentadbiran.

Melalui pemerhatian yang kami jalankan, kami dapati bahawa

aktiviti ekonomi yang dijalankan di Bandar Machang telah

menyebabkan sistem pengangkutan berkembang dengan pesat.

Jaringan pengangkutan yang disediakan di Bandar Machang ini

membolehkan urusan perniagaan seperti penghantaran dan

pengambilan barangan ke dalam dan ke luar Bandar Machang

menjadi lebih cepat dan senang. Contohnya penghantaran makanan

dari Bachok yang berasaskan ikan seperti ikan kering, budu dan

keropok ke Bandar Machang.

Kami juga mendapati bahawa , aktiviti pertanian yang dijalankan

di kawasan sekitar Bandar Machang seperti di Kampung Kemuning

dan Kampung Sungai Hala telah berkembang dengan pesat. Hal ini

kerana jaringan pengangkutan yang disediakan telah memudahkan

proses penghantaran input seperti baja, racun, benih baru, jentera dan

teknologi baru ke kawasan sekitar Bandar Machang. Hasil pertanian

para petani seperti padi sawah, getah dan kelapa sawit juga boleh

dihantar untuk diproses dengan lebih cepat dan mudah serta

menjimatkan masa. Contohnya kebanyakan hasil getah di sekitar

Bandar Machang dihantar ke kilang di Tanah Merah iaitu Kilang Lee


Rubber untuk diproses menjadi bahan mentah untuk pasaran

setempat dan luar Negara.

4.1.3 Faktor Governan

Kemajuan jaringan pengangkutan di sesuatu kawasan

berkembang dengan pesat kerana dipengaruhi oleh dasar dan polisi

kerajaan. Kerajaan telah memajukan jaringan pengangkutan ini

melalui beberapa cara. Antaranya ialah dengan pembukaan cawangan

Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

yang bertanggungjawab menguruskan pembangunan infrasruktur,

pengangkutan dan juga mengawal selia sistem pengangkutan.

Dalam pemerhatian yang kami jalankan, kami mendapati bahawa

dasar pengangkutan darat yang disediakan oleh pihak kerajaan telah

memajukan lagi sistem pengangkutan di Bandar Machang. Kami

dapati bahawa peningkatan infrastruktur, kemudahan pengangkutan

awam seperti stesen bas di pusat Bandar Machang, jejantas, hentian

menunggu bas dan sebagainya telah menggalakkan orang ramai

untuk menggunakan perkhidmatan yang disediakan. Melalui

pemerhatian kami juga, pembinaan infrastruktur seperti jejantas

banyak memberi kebaikan kepada pejalan kaki kerana keadaan di

jalan raya yang sesak pada waktu puncak iaitu dari pukul 7.00–8.00

pagi dan 5.00–6.00 petang boleh membahayakan keselamatan

mereka. Contohnya jejantas yang terdapat di hadapan Sekolah


Menengah Kebangsaa Machang yang telah memberikan keselesaan

kepada penduduk khususnya pelajar untuk melintas jalan.

4.1.4 Faktor Teknologi

Kemajuan teknologi amat membantu perkembangan sistem

pengangkutan di Bandar Machang. Teknologi moden jelas dapat

membantu menaik taraf sistem pengangkutan yang sedia ada serta

berupaya mengatasi beberapa halangan fizikal seperti kawasan tanah

tinggi dan berpaya.

Dalam pemerhatian kami, kami dapati bahawa perkembangan

dalam bidang teknologi membolehkan jaringan pengangkutan yang

berkualiti dan tahan lama dibina. Kami dapati perkembangan teknologi

ini membolehkan pembinaan infrastruktur jejantas, jambatan yang

besar, persimpangan bertingkat dan lain-lain dibina. Contohnya

pembinaan persimpangan bertingkat yang menghubungkan Bandar

Machang dengan Kota Bharu. Hal ini membolehkan pergerakan keluar

masuk penduduk Machang dan sekitarnya lebih cepat.

Dalam pada itu, melalui pemerhatian kami juga, kami dapati

perkembangan dalam bidang teknologi telah membolehkan kepakaran

dari luar negara seperti Amerika Syarikat, Jepun dan sebagainya

masuk ke Bandar Machang. Tenaga pakar dari luar negara amat


penting untuk menjamin keselamatan dan kualiti jaringan

pengangkutan yang dibina. Hal ini juga memberikan peluang

pekerjaan kepada penduduk Bandar Machang kerana pembinaan

sesuatu infrastruktur memerlukan tenaga kerja yang ramai.

You might also like