You are on page 1of 18

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SERI SAMUDERA

SERI MANJUNG PERAK.

LAPORAN KERJA LAPANGAN GEOGRAFI TINGKATAN 2


2021

TAJUK :

PERKEMBANGAN ALAT TELEKOMUNIKASI DI TAMAN


MANJUNG POINT SEKSYEN 4, SERI MANJUNG PERAK

NAMA : MUHAMMAD AIMAN ASHRAF BIN NORLI

TINGKATAN : 2A6

NAMA GURU : PUAN ZULYANA BINTI MUHAMMAD


PENGHARGAAN
Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan tugasan Kerja Lapangan
Geografi Tingkatan 2. Setinggi tinggi penghargaan kepada SMK Seri
Samudera Seri Manjung Perak kerana memberi kebenaran untuk
menjalankan Kerja Lapangan ini. Saya juga ingin merakamkan ucapan
terima kasih kepada cikgu mata pelajaran Geografi iaitu Puan zulyana
binti Muhammad kerana telah membantu saya dalam menyediakan
laporan Kerja Lapangan ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya
yang banyak memberi bantuan dalam menjayakan Kerja Lapangan ini.
Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada responden dan jiran-jiran yang
sudi menjawab soalan-soalan dalam borang temubual.

PENDAHULUAN
Saya telah menjalankan kajian tentang perkembangan telekomunikasi di
Kawasan Manjung Point Seksyen 4, Seri Manjung,Perak. Saya memilih
Kerja Lapangan ini dikawasan tempat tinggal saya. Ini membantu saya
mendapat maklumat dengan mudah. Tempoh kajian ini dilaksanakan
lebih kurang 2 minggu. Penulisan laporan ini dilaksanakan dirumah
( pengajaran dan pembelajaran dirumah PDPR ) mata pelajaran geografi

OBJEKTIF KAJIAN

Saya menjalankan kerja lapangan di Taman Manjung Point Seksysn 4,


Seri Manjung Perak bertujuan untuk:
(a) Mentakrif dan menghuraikan konsep perkembangan talian
komunikasi
(b) Menyatakan dan menghuraikan jenis talian telekomunikasi.
(c) Menyatakan dan menghuraikan kepentingantalian komunikasi di
Kawasan perumahan samudera.
(d) Menghuraikan masalah perkembangan talian komunikasi di sekitar
Kawasan perumahan

KAWASAN KAJIAN
Kawasan kajian saya adalah di Taman Manjung Point Seksyen 4, Seri
Manjung Perak. Lingkungan kawasan kajian saya adalah lebih kurang
lima kilometer persegi. Kawasan ini adalah di bawah pentadbiran Majlis
Daerah Manjung. Kawasan ini juga terletak dalam Mukim lumut, Daerah
Manjung,Perak. Jumlah penduduk di kawasan kajian ialah 191 ribu
orang.
KAEDAH KAJIAN

Saya telah menjalankan kerja lapangan geografi tentang perkembangan alat


telemonumikasi di Kawasan Taman Manjung Point Seksyen 4, Seri Manjung
Perak. Antara kaedah yang telah saya gunakan ialah:

1. PEMERHATIAN
Saya telah membuat pemerhatian dikawasan Taman Manjung Point Seksyen 4
Seri Manjung bagi mengetahui tentang perkembangan alat telekomunikasi di
kawasan sekitar ini dalam radius 5KM.

2. BORANG SOAL SELIDIK

Saya telah mengedarkan 4 borang soal selidik kepada penduduk di sekitar


Kawasan perumahan saya iaitu di Taman Manjung Point Seksyen 4 Seri
Manjung.

3. RUJUKAN

Rujukan buku di perpustakaan dan Internet digunakan untuk mengetahui


tentang perkembangan alat komunikasi.

4. INTERNET

Saya telah mendapatkan maklumat tentang perkembangan alat


telekomunikasi dalam laman web bagi mencari bahan tambahan umtuk
membuat borang soal selidik. Selain itu saya melayari internet bagi mencari
bahan.

5. BUKU TEKS

Saya telah merujuk buku teks tingkatan 2 bab 6 hingga bab 11 bagi
mendapakan maklumat serta untuk memahami tajuk telekomuniksai di
Malaysia seterusnya membantu saya menyiapkan kerja lapangan ini.
HASIL KAJIAN
KESAN KESAN NEGATIF ALAT TELEKOMUNIKASI

1) MENINGKATKAN KOS HIDUP REMAJA


Selain itu, penggunaan alat telekomunikasi yang keterlaluan juga akan
meningkatkan kos hidup remaja. Sikap suka menggunakan telefon untuk
berhubung tanpa mengira keperluan sebenar menyebabkan bil telefon turut
bertambah. Lebih membebankan lagi jika penggunaannya berlaku diluar
kawalan remaja sehingga peningkatan bil telefon mencecah ratusan ringgit
setiap bulan. Remaja terpaksa membelanjakan sebahagian pendapatannya
untuk membayar bil telefon. Penggunaan telefon bimbit yang tanpa batasan
menyebabkan remaja mengalami masalah kewangan yang serius.

Keadaan ini mungkin membawa mereka terpaksa beralih ke arah cara yang
negatif seperti mencuri. Lantaran itu, telefon bimbit mampu menyebabkan
remaja mengalami masalah kewangan yang serius sebagai akibat sikap mereka
yang beraja di mata, bersultan di hati. Tegasnya, peningkatan kos hidup remaja
turut berlaku disebabkan oleh sikap remaja yang menyalahgunakan alat
telekomunikasi

2) HILANG FOKUS KETIKA SESI PEMBELAJARAN

Salah satu impak negatif kepada remaja ialah remaja akan hilang focus ketika
sesi pembelajaran. Hal ini berlaku disebabkan oleh sikap ketagih mereka dan
gagal menguruskan masa dengan baik. Sebagai contoh ada remaja yang
berbuall dengan rakan melalui laman sosial sehingga lewat malam sehinggakan
mereka mengantuk di dalam kelas. Ada juga remaja terutamanya yang masih
belajar menggunakan telefon bimbit di dalam kelas katika guru mengajar.

Kesannya prestasi pelajaran mereka akan merosot kerana tidak memberikan


tampuan ketika guru mengajar didalam kelas. Semasa menerima keputusan
peperiksaan mereka akan menyesal. Tetapi sesal dahulu pendapatan, sesal
kemudian tiada gunanya.

Jelaslah bahawa penyalahgunaan alat telekomunikasi dapat menyebabkan


remaja hilang fokus ketika sesi pembelajaran.

3) MENJEJASKAN TAHAP KESIHATAN REMAJA.

Sekiranya ditinjau dari sudut yang lain, penggunaan alat telekomunikasi yang
tidak terkawal akan menjejaskan tahap kesihatan remaja. Hal ini berlaku
kerana gelombang electromagnet yang terhasil daripada telefon bimbit apabila
terkena pada sel sel otak untuk masa yang panjang akan menyebabkan mutase
genetic terhadap sel sel otak tersebut dan seterusnya menyebabkan kanser
otak.

Mengikut kajian terbaru daripada saintis, penggunaan telefon bimbit yang


berlebihan dapat mendatangkan penyakit barah otak. Sekiranya masalah ini
berlaku, kehidupan dan masa hadapan remaja akan hancur ibarat kaca
terhempas kebatu. Kehidupan remaja akan sentiasa dibayangi dengan
kematian kerana kanser merupakan pembunuh secara senyap. Hakikatnya
bahawa kesihatan remaja akan terjejas jika tidak menggunakan alat
telekomunikasi dengan berpada pada.
RUMUSAN
Sebagai kesimpulannya, terdapat banyak alat telekomunikasi seperti telefon
pintar yang digunakan oleh orang ramai khususnya di kawasan kajian saya. Alat
telekomunikasi ini mempunyai banyak kepentingan, antaranya ialah
meningkatkan integrasi dan perpaduan negara, mengeratkan silaturrahim dan
pengurusan dan pentadbiran negara lebih sistematik dan teratur.

Seterusnya, perkembangan sistem telekomunikasi telah memberi banyak


kesan positif seperti e-perbankan, e-dagang dan e-kerajaan. Walau
bagaimanapun, terdapat juga kesan negatif terhadap perkembangan sistem
telekomunikasi ini seperti meningkatkan kos hidup remaja, hilang focus ketika
sesi pembelajaran dan menjejaskan kesihatan remaja.

Sama samalah kita berusaha untuk menggunakan pelbagai alat telekomunikasi


dengan betul dan elakkan menyehar berita berita atau maklumat tidak tepat
kepada orang ramai.
RUJUKAN
Kesan positif alat telekomunikasi di Taman Manjung Point
Seksyen 4
5

Mengeratkan silaturahim

E-perbankan

Peluang pekerjaan

Telesidang
Kesan positif Bilangan

Mengeratkan silaturahim 4

E-perbankan 3

Peluang pekerjaan

Telesidang 1
Kesan negatif alat telekomunikasi di Taman Manjung Point
Seksyen 4
5

Pencerobohan isu pencurian maklumat

Penyebaran maklumat tidak tepat di laman sensawang

Berlaku unsur keganasan

Menggugat perbaduan
Kesan negatif Bilangan

Pencerobohan isu pencurian 4


maklumat

Penyebaran maklumat tidak tepat di 4


laman sensawang

Berlaku unsur keganasan 0

Menggugat perpaduan 0
Kepentingan alat telekomunikasi di Taman Manjung Point
Seksyen 4
5

Mengeratkan silaturahim

Urusan kewangan perbankan lebih cekap

Peluang Pendidikan lebih luas melalui E-pembelajaran

Telesidang
Kepentingan alat Bilangan
telekomunikasi

Mengeratkan silaturahim 2

Urusan kewangan perbankan lebih 3


cekap

Peluang Pendidikan lebih luas melalui 3


E-pembelajaran
Etika dan amalan yang diamalkan semasa menggunakan
alat telekomunikasi di Taman Manjung Point Seksyen 4
5

Bersopan santun dan berhemah sewaktu berkomunikasi

Elakkan menyentyuh isu sensitif

Menggunakan kemudahan telekomunikasi untuk hal hal bermanfaat

Telesidang
Etika atau amalan yang Bilangan
diamalkan semasa
mengunakan alat
telekomunikasi

Bersopan santun dan berhemah 3


sewaktu berkomunikasi

Elakkan menyentuh isu sensitif 1

Menggunakan kemudahan 4
telekomunikasi untuk hal hal
bermanfaat

You might also like