You are on page 1of 17

SEKOLAH MENENGAH AL-AZHAR

KERJA LAPANGAN GEOGRAFI


TINGKATAN 2, 2021

ALAT TELEKOMUNIKASI
DI LORANG MADU,JALAN SINTOK

Disediakan oleh:
Nama : Nabil bin Ruzinoor
Tingkatan : 2IR
SENARAI KANDUNGAN :
Bil. Kandungan Muka surat

1 Penghargaan 1

2 Pendahuluan 2

3 Objektif kajian 3

4 Kawasan Kajian 4

5 Kaedah Kajian 6

6 Hasil Kajian 7

7 Rumusan 14

8 Rujukan 15
Penghargaan
Saya mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran
Geografi, Mualimah Hariana kerana telah membimbing saya
menyiapkan kerja lapangan ini. Terima kasih juga diucapkan
kepada adik beradik saya, Naufal dan Nazihah kerana sering
membantu bersama dalam mencari maklumat. Saya juga ingin
mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya, iaitu Dr
Ruzinoor bin Che Mat dan Puan Norani binti Nordin kerana
memberi sokongan dan semangat kepada saya untuk
menyiapkan kerja lapangan Geografi saya.

1
Pendahuluan
Saya dan rakan telah berkerjasama untuk menjalankan kerja
lapangan berkaitan Alat Telekomunikasi.Saya membuat kajian
tentang jenis-jenis alat telekomunikasi dan kesan positif dan
negetif penggunaan alat komunikasi yang dihadapi oleh
penduduk Lorong Madu. Selain itu, saya juga memberi
cadangan cara penggunaan alat telekomunikasi secara beretika
dan berhemah. Antara sebab pemilihan kawasan kajian adalah
kawasan ini tempat tinggal saya, jadi memudahkan saya
menjalankan kajian.

2
OBJEKTIF KAJIAN

Saya melakukan kajian di sekitar Lorong Madu, Sintok


bertujuan untuk:

(a) Mengenalpasti konsep alat telekomunikasi


(b) Menjelaskan jenis-jenis alat komunikasi
(c) Mengkaji faktor masyarakat menggunakan alat
telekomunikasi
(d) Mengkaji kesan positif dan negetif penggunaan alat
komunikasi di kawasan kajian
(e) Mencadangkan cara penggunaan alat telekomunikasi
secara beretika dan berhemah.

3
KAWASAN KAJIAN

Kawasan kajian saya terletak di Lorong Madu, Sintok. Lorong


Madu merupakan sebuah lorong perumahan yang terletak di
Jalan Sintok dan berdekatan dengan Kampung Rawa.
Kawasan ini terletak kira – kira 43km daripada Alor Setar dan
mengambil 40minit untuk sampai ke sana jika menaiki kereta.
Bentuk muka bumi yang terdapat di Lorong Madu ialah tanah
pamah dan beralun. Terdapat beberapa infrastruktur yang
dibangunkan di tanah pamah seperti restoran, petempatan dan
bengkel kereta. Terdapat tanaman seperti nanas dan cili.

4
KAWASAN KAJIAN
Peta Lakar Sekitar Lorong Madu
KAEDAH KAJIAN
(a) Kaedah Pemerhatian
Saya telah membuat pemerhatian di kawasan kajian
untuk mengenal pasti ciri fizikal dan ciri budaya .

(b) Kaedah Rujukan


Saya telah melayari beberapa laman web untuk
mendapat maklumat berkaitan kajian.

(c) Kaedah Soal Selidik


Saya telah memberi soal selidik kepada 13 orang
responden untuk mendapat maklumat tentang tugasan
ini.

(d) Kaedah Temu bual


Saya telah menemubual 2 orang respondan untuk
mendapat maklumat tentang tugasan ini.

6
HASIL KAJIAN

KONSEP ALAT TELEKOMUNIKASI


Menurut Wikipedia, telekomunikasi pada dasarnya
merupakan komunikasi elektronik jarak jauh, sama ada
satu atau dua hala. Ini termasuklah komunikasi
menggunakan, radio, televisyen, telefon dan komputer.

JENIS ALAT TELEKOMUNIKASI DAN


FAKTOR PENGGUNAAN
Terdapat banyak alat telekomunikasi. Berdasarkan soal selidik
dan temu bual, berikut adalah alat telekomunikasi yang
respondan berikan:
 Telefon pintar
- Teknologi telekomunikasi yang digunakan untuk
mencari maklumat dan berkomunikasi dalam
talian
 Komputer
- Teknologi telekomunikasi yang digunakan
untuk menyimpan data dan memproses
data
 Telefon bimbit
- Teknologi telekomunikasi yang digunakan
untuk perhubungan suara
HASIL KAJIAN

Membina Jadual dan Graf Untuk Menerangkan Jenis


Alat Telekomunikasi Di Kawasan Kajian
Saya telah menjalankan soal selidik dan temubual terhadap 8
(2) orang responden di kawasan kajian untuk mendapatkan
mklum balas terhadap jenis alat telekomunikasi yang mereka
guna. Hasil soal selidik diringkaskan dalam Jadual 1 dan Graf 1.

Jadual 1: Jenis alat telekomunikasi diguna oleh


responden
BIL JENIS ALAT BILANGAN
TELEKOMUNIKASI RESPONDAN
1 TELEFON PINTAR 8
2 KOMPUTER 5
3 TELEFON BIMBIT 2
JUMLAH 15
HASIL KAJIAN

Graf 1: Jenis alat telekomunikasi diguna oleh responden

Jadual 1 menunjukkan jenis alat telekomunikasi di sekitar


Lorong Madu,Jalan Sintok, Changlun, Kedah iaitu telefon pintar
dan komputer.

Melalui soal selidik dan temu bual, seramai 5 orang respondan


menggunakan komputer untuk mencetak bahan dan mencari
maklumat di dalamnya.

Seterusnya, seramai 8 orang respondan menggunakan telefon


pintar untuk memudahkan urusan perjalanan, berkomunikasi
dalam talian dan boleh dibawa kemana mana sahaja.
Berdasarkan soal selidik dan temu bual, didapati 2 orang
respondan menggunakan telefon bimbit.

Kesimpulannya, telefon pintar lebih banyak kegunaannya


berbanding alat telekomunikasi yang lain kerana telefon pintar
ini senang di bawa kemana mana sahaja dan senang untuk
mencari maklumat tidak kisah dimana kita berada.
HASIL KAJIAN
Kesan-kesan Positif Alat Telekomunikasi Di
Kawasan Kajian
1. Mudah Dapat Maklumat
Alat telekomunikasi dapat memudahkan penduduk
mendapatkan maklumat terutamanya kepada para pelajar
dapat maklumat tentang hal-hal berkaitan di internet.

2. Mudah Berkomunikasi Di Atas Talian


Alat telekomunikasi memudahkan penduduk
berkomunikasi melalui laman seperti Facebook, Twitter,
Skype dan sebagainya penduduk boleh berkomunikasi
secara atas talian dengan mudah dan cepat.

3. Mempercepatkan Urusan
Alat telekomunikasi boleh mempercepatkan urusan
penduduk secara dalam talian. Contohnya, urusan
perbankan, pembayaran bil, permohonan kerja, membeli
belah dan sebagainya.

4. Mudah Mengetahui Perkembangan Semasa


Alat telekomunikasi memudahkan penduduk untuk
mengetahui perkembangan semasa yang berlaku.

11
HASIL KAJIAN
KESAN-KESAN NEGATIF PENGGUNAAN ALAT
KOMUNIKASI DI KAWASAN KAJIAN
1. Membuang Masa
Alat telekomunikasi juga banyak membuang masa
penduduk melayari laman-laman sosial seperti Facebook,
Twitter dan bermain permainan maya secara atas talian
menyebabkan kalangan penduduk menghabiskan banyak
waktu.

2. Jenayah Siber
Alat telekomunikasi juga mendatangkan jenayah siber
kepada penduduk seperti penipuan secara atas talian, buli
siber dan sebagainya.

3. Kesan Buruk Kepada Mata


Alat telekomunikasi juga boleh mengakibatkan kesan
buruk kepada mata penduduk kerana mata seseorang itu
akan terdedah kepada skrin telefon terlalu lama dan
mengakibatkan kesan buruk kepada mata seperti mata
kabur.

12
HASIL KAJIAN
ETIKA PENGGUNAAN ALAT TELEKOMUNIKASI
1. Menggunakan kemudahan telekomunikasi untuk hal-hal
yang bermanfaat

2. Kenal pasti kebenaran dan kesahihan sesuatu berita dalam


internet dan pembelian

3. Tidak mendedahkan hal-hal peripadi dan kata laluan


kepada umum

4. Bersopan santun dan berhemah sewaktu berkomunikasi

13
RUMUSAN
Sebagai kesimpulan, terdapat banyak alat telekomunikasi
seperti telefon pintar yang digunakan oleh orang ramai
khususnya di kawasan kajian saya. Alat telekomunikasi ini
mempunyai banyak kepentingan, antaranya ialah peluang
pendidikan lebih luas dan menjimatkan kos melaui e-
pembelajaran, pengurusan dan pentadbiran negara lebih
sistematik dan pelbagai maklumat dari seluruh dunia dapat
diperolehi dengan melayari internet.

Seterusnya, pekembangan sistem telekomunikasi telah


memberi banyak kesan positif seperti mudah dapat maklumat,
mempercepatkan urusan dan mudah mengetahui
perkembangan semasa. Walau bagaimanapun, terdapat juga
kesan negative terhadap perkembangan sistem telekomunikasi
ini seperti jenayah siber, membuang masa dan melayari laman
sesawang yang tidak bermoral.

Kita berusahalah untuk menggunakan pelbagai alat


telekomunikasi dengan berhemah dan beretika.

14
Rujukan
Buku
- KANG CHAI YOENG, ZULKIPLI BIN ISMAIL DAN
RAJANDERAN SUBRAMANIAM, 2017,
GEOGRAFI TINGKATAN 2, IMS BOOK TRADING
SDN. BHD.

INTERNET
- WIKIPEDIA
https://ms.wikipedia.org/wiki/Telefon_pintar
https://ms.wikipedia.org/wiki/Telekomunikasi
- WEB
https://stpm-study.blogspot.com/2017/07/
kesan-positif-dan-negatif-teknologi.html
https://www.liputan6.com/tekno/read/
3876812/fungsi-komputer-secara-umum-serta-
manfaatnya-anak-it-wajib-tahu-nih

15

You might also like