You are on page 1of 41

030928-14-0316

ABSTRAK

KAEDAH PEMBAYARAN TANPA TUNAI DALAM KALANGAN GURU DI


SMK HULU KELANG : SATU KAJIAN KES

Kaedah pembayaran tanpa tunai semakin hangat digunakan dalam kalangan guru
kerana ianya begitu mudah untuk membayar secara atas talian. Kemudahan ini sesuai
untuk golongan yang tidak mahu membawa wang yang banyak. Kajian ini telah dijalankan
di SMK Hulu Kelang, Gombak, Selangor. Objektif yang pertama adalah untuk mengenal
pasti jenis kaedah pembayaran tanpa tunai dalam kalangan guru dan seterusnya untuk
mengkaji faktorfaktor yang mempengaruhi guru-guru memilih kaedah pembayaran tanpa
tunai. Kaedah seperti soal selidik dan temu bual telah digunakan bagi mendapatkan
maklumat tentang jenis dan faktor-faktor pemilihan kaedah pembayaran tanpa tunai.
Jumlah responden adalah seramai 30 orang . Data dianalisis dengan menggunakan kaedah
peratusan dan dipersembahkan dalam bentuk carta dan graf. Kaedah pemarkahan likert 4
mata digunakan bagi menganalisis hasil kajian. Hasil objektif pertama mendapati bahawa
majoriti guru memilih FPX sebagai kaedah pembayaran tanpa tunai yang sering
digunakan manakala objektif kedua pula mendapati bahawa mereka bersetuju
menggunakan kaedah di atas kerana menjimatkan masa.

1
030928-14-0316

ISI KANDUNGAN

BIL BUTIRAN HALAMAN


1. Abstrak Kajian 1
2. Isi Kandungan 2
3. Penghargaan 3
4. 1.0 Pengenalan 4-5
5. 2.0 Objektif Kajian 6
6. 3.0 Lokasi Kajian 7-10
7. 4.0 Metadologi Kajian 11-13
8. 5.0 Dapatan Kajian dan Perbincangan 14-34
9. Rumusan dan Kesimpulan 35-36
10. Bibliografi/Rujukan 37-38
11. Lampiran 39-40

2
030928-14-0316

PENGHARGAAN

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.


Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, penguasa langit dan bumi,, dengan limpah
izin dan kurnianya, saya telah dapat menyelesaikan kerja kursus Pengajian Am 900/4
dengan jayanya.

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan setinggi penghargaan
kepada pihak sekolah yang telah memberikan kerjasama yang jitu dalam membantu saya
untuk meyiapkan kerja kursus ini dan terutamanya kepada guru mata pelajaran Pengajian
Am saya, iaitu Puan Nur Hafizah binti Ibrahim yang telah mengajar saya subjek ini sejak
saya berada di Semester 1 lagi. Puan Nur Hafizah banyak mengajar saya tentang cara –
cara untuk menyempurnakan kerja kursus ini dan pelbagai tunjuk ajar bermula dari
tugasan ini diedarkan sehinggalah proses menyiapkan kerja kursus ini selesai.

Tidak lupa juga, jutaan terima kasih saya ucapkan kepada kedua ibu bapa saya, iaitu
Manhairi bin Othman dan Wan Noraziah binti Wan Rosli kerana telah banyak
memberikan sokongan dan galakan yang kuat ketika sedang berada dalam proses
menyiapkan kerja kursus ini. Jika tiada sokongan dan galakan yang kuat daripada mereka,
saya mungkin tidak dapat menyiapkan kerja kursus ini dengan sempurna. Begitu juga
dengan adik beradik saya yang banyak memberikan bantuan. Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada kawan-kawan Tingkatan 6 saya yang banyak
membantu dalam menyelesaikan kerja kursus ini.

Akhir sekali, saya berharap agar segala tugasan saya mendapat markah yang terbaik
dalam peperiksaan Semester 2 dan di samping dapat menambahkan ilmu pengetahuan
saya.

3
030928-14-0316

1.0 PENGENALAN

Pembayaran tanpa tunai atau “cashless” bukan lagi perkara yang baharu dalam
masyarakat kita. Malah, pembayaran tanpa tunai sudah pun menjadi amalan masyarakat
di negara maju dan apabila Malaysia bergerak ke arah itu, rakyat dan peniaga juga perlu
mempertimbang kaedah pembayaran tanpa tunai. Trend pembayaran tanpa tunai atau
edompet semakin digemari rakyat. Malah golongan peniaga mula mengambil pelbagai
langkah dalam meningkatkan platform e-pembayaran termasuk peniaga gerai makanan.

Kaedah pembayaran tanpa tunai mendapat sambutan yang hangat apabila


wujudnya kluster penyakit Covid-19. Krisis pandemik Covid-19 mewujudkan satu
fenomena global dalam masyarakat dunia hari ini. Isu kesihatan global ini memberi
kebimbangan dalam diri masyarakat awam dalam melaksanakan urusan pembelian
barangan dan perkhidmatan menggunakan wang tunai. Hal ini disebabkan wang tunai
merupakan agen paling mudah bagi penyebaran virus Covid-19 melalui sentuhan. Amalan
pembelian tanpa tunai dalam masyarakat awam di Malaysia merupakan salah satu inisiatif
yang selamat semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi mendapatkan
barangan dan perkhidmatan. Perubahan amalan pembelian ini membawa penciptaan
norma baharu dalam memastikan penularan pandemik ini dapat dikekang di peringkat
awal. Pandemik COVID-19 meningkatkan penggunaan pembayaran digital dalam
kalangan rakyat Malaysia, sekali gus mengukuhkan peralihan ke arah masyarakat tanpa
tunai menjelang 2025.

Seiring dengan kemajuan teknologi, transformasi kaedah pembayaran


konvensional kepada digital terus berkembang di seluruh dunia. Aliran tunai secara fizikal
beransur berkurangan. Semua pembayaran dan penerimaan tunai berlaku di dunia maya.
Senario ini bukan sahaja berlaku di Malaysia atau negara-negara Asia malah di seluruh
dunia. Bak kata pepatah, bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Walaupun begitu, setakat
ini belum ada negara yang 100% masyarakatnya hidup tanpa tunai (cashless society).
Kebanyakan negara di seluruh dunia kini masing-masing sedang berusaha ke arah
menjadikan negaranya tanpa tunai secara sepenuhnya.

4
030928-14-0316

Kaedah pembayaran tanpa tunai ini telah diumumkan oleh kerajaan Malaysia pada
Ogos 2020 disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) dikuatkuasakan.
Kaedah ini dilaksanakan bagi memerangi pandemik Covid-19. Menurut Pengurus Negara
Visa Malaysia, Ng Kong Boon, krisis kesihatan dan pergerakan yang dihadkan
menyebabkan pembayaran tanpa tunai meningkat hanya dalam beberapa bulan,
bersamaan tiga tahun nilai pertumbuhan. Peralihan kepada transaksi tanpa tunai ternyata
disokong oleh kadar penembusan telefon pintar yang tinggi di negara ini.

Rasional kajian ini dijalankan adalah disebabkan oleh sikap ingin tahu pengkaji
yang tinggi tentang mengapa kaedah pembayaran tanpa tunai di Malaysia semakin popular
dan meluas digunakan di semua tempat dan penggunaan wang tunai semakin berkurangan.
Pengkaji juga ingin mengetahui tentang bagaimanakah perkara yang sedemikian berlaku.

5
030928-14-0316

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Beberapa objektif kajian yang dapat dikenalpasti dalam kajian ini iaitu :

2.1 Mengenal pasti jenis-jenis medium pembayaran tanpa tunai dalam kalangan

guru di SMK Hulu Kelang

2.2 Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi guru-guru di SMK Hulu Kelang

memilih kaedah pembayaran tanpa tunai

6
030928-14-0316

3.0 LOKASI KAJIAN

3.1 Peta Kajian


Dalam membuat kajian, aspek kawasan kajian kawasan merupakan elemen yang
paling penting dalam membuat sesuatu kajian. Kawasan kajian yang ditumpukan
ini ialah SMK Hulu Kelang.

3.1.1. SMK Hulu Kelang

Kajian ini telah dijalankan di Sekolah Menengah Kebangsaan Hulu Kelang. SMK Hulu
Kelang merupakan salah satu sekolah di daerah Gombak, Selangor. SMK Hulu Kelang
beralamat di KM 7, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor Darul Ehsan. Lokasi
kajian ini terletak di sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Lokasi ini terletak
dalam radius lima perpuluhan empat kilometer dari ibu kota Kuala Lumpur. Tambahan
pula, pengkaji merupakan pelajar Tingkatan 6 Semester 2 di lokasi kajian. Oleh hal yang
demikian, lokasi ini memudahkan pengkaji untuk menjalankan kajian disebabkan oleh
kawasannya yang strategik serta berdekatan dengan kediaman pengkaji iaitu mengambil
masa 14 minit untuk sampai ke lokasi tersebut dan berdekatan dengan beberapa tempat
yang terkenal.

Peta 1 : SMK Hulu Kelang


Sumber :
https://www.google.com/search?q=peta+smk+hulu+kelang&oq=peta+smk+hulu+kelang
&aqs=chrome..69i57.5238j0j15&sourceid=chrome&ie=UTF-8

7
030928-14-0316

3.1.2 Negeri Selangor

Negeri Selangor yang juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan. Negeri Selangor
merupakan salah sebuah negeri daripada tiga belas buah negeri yang terdapat di Malaysia.
Negeri Selangor berada di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur dan Putrajaya dikelilingi oleh negeri Selangor kerana pernah berada di
bawah naungan kerajaan Selangor pada satu ketika dahulu. Shah Alam merupakan
bandaraya pertama yang terancang dan tersusun di Malaysia. Daerah – daerah di bawah
negeri Selangor adalah seperti Negeri Selangor mempunyai keluasan sebanyak 8,104 km
persegi. Terdapat beberapa daerah lain di dalam negeri Selangor seperti Klang, Kuala
Selangor, Sabak Bernam, Sepang dan sebagainya. Negeri yang terkaya di Malaysia
berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar adalah negeri Selangor.

Peta 2 : Negeri Selangor


Sumber :
https://www.mywilayah.com/2020/10/sempadan-daerah-negeri-selangor-pkpb.html

8
030928-14-0316

3.1.3. Daerah Gombak

Di dalam negeri Selangor, terdapat sebuah daerah yang dikenali sebagai daerah
Gombak. Daerah termuda yang terbentuk dalam negeri Selangor merupakan daerah
Gombak. Dahulunya, daerah Gombak ini merupakan daerah Kuala Lumpur yang telah
terpisah. Daerah ini terpisah disebabkan oleh, untuk membentuk Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, sebahagian daripada daerah tersebut diberikan kepada Kerajaan
Persekutuan. Daerah Gombak merangkumi keluasan sebanyak 65,008 hektar. Keluasan
ini ialah yang ketiga terkecil berbanding dengan daerah-daerah lain di negeri Selangor.
Bandar Selayang dan Bandaraya Ampang Jaya merupakan dua buah bandar di daerah
Gombak. Di bahagian barat daerah Gombak, Bandar Selayang berpusat di bahagian
tersebut manakala Bandaraya Ampang Jaya berada di bahagian timur daerah Gombak.
Mukim Ampang terletak di bawah daerah Hulu Langat.

Peta 3 : Daerah Gombak


Sumber :
https://www.selangor.gov.my/gombak.php/pages/view/18?mid=61

9
030928-14-0316

.2 Foto Kajian

Foto 1 : Pengkaji berada di hadapan pintu masuk utama


kawasan SMK Hulu Kelang

Sumber : Kajian Lapangan 2022

10
030928-14-0316

4.0 METADOLOGI KAJIAN

4.1. Pendahuluan
Metadologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk
menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab
permasalahan kajian. Bagi melaksanakan kajian dengan efektif, metadologi yang dirangka
adalah melibatkan pembentukan hipotesis, pemilihan reka bentuk, kaedah pengumpulan
data, penentuan populasi dan pemilihan sampel, ujian rintis dan kaedah analisis data bagi
menjawab persoalan-persoalan kajian yang dikemukakan dengan lebih awal.

4.2. Reka Bentuk Kajian


Kajian ini berbentuk kajian tinjauan. Tinjauan merupakan satu rangka rujuk mengenai
perkara-perkara yang berkaitan dengan persampelan, pengukuran dan analisis data.
Kajian ini adalah untuk mengenal pasti jenis medium pembayaran tanpa tunai dalam
kalangan guru di SMK Hulu Kelang dan bagi mengkaji faktor-faktor pemilihan
pembayaran tanpa tunai dalam kalangan guru di SMK Hulu Kelang

4.3. Instrumen Kajian


Instrumen ialah proses menyediakan alat mengukur data menerusi konsep yang
berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan serta keterangan latar belakang responden.
Dalam kajian ini, instrumen yang digunakan bagi memperolehi data adalah dengan
menggunakan borang soal selidik, kaedah rujukan buku dan internet serta kaedah
pemerhatian. Pemerhatian pula ialah kaedah yang dilakukan oleh pengkaji semasa
melawat kawasan kajian di SMK Hulu Kelang. Akhir sekali, pengkaji telah menggunakan
kaedah rujukan. Pengkaji telah merujuk bahan-bahan kajian dengan tepat dan teliti seperti
internet, buku ilmiah dan siaran video.

.
4.4. Cara Mendapatkan Responden
Responden ini terdiri daripada 30 orang guru di SMK Hulu Kelang yang terdiri
daripada 4 orang responden lelaki dan 26 orang responden perempuan.

11
030928-14-0316

Kaedah persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah dengan menggunakan
kaedah persampelan rawak mudah. Dengan menggunakan prosedur ini, setiap responden
di kawasan kajian ini diberikan peluang. Secara keseluruhannya, melalui latar belakang
umur, jantina, guru di SMK Hulu Kelang yang menggunakan kaedah pembayaran tanpa
tunai .

4.5. Cara Mendapatkan Maklumat/ Data Daripada Responden


Borang soal selidik yang bersesuaian telah disediakan oleh pengkaji bagi
memperolehi data dan mengumpul maklumat yang tepat dan betul berdasarkan objektif
kajian. Selain itu, borang soal selidik juga telah diedarkan secara rawak kepada 30 orang
responden di kawasan tersebut. Borang soal selidik terdiri daripada 3 bahagian iaitu
bahagian A, B dan C. Bahagian A adalah berkaitan dengan maklumat peribadi responden.
Sebagai contoh, daripada aspek jantina, umur dan pekerjaan. Bahagian B pula, terdiri
daripada soalan-soalan mengenai jenis medium pembayaran tanpa tunai dalam kalangan
guru di SMK Hulu Klang. Manakala bahagian C pula mengandungi soalan-soalan yang
berkaitan dengan faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan kaedah pembayaran
tanpa tunai. Seterusnya, kajian ini telah menggunakan skala pemarkahan likert 4 mata.
Antara skala yang digunakan adalah skala likert skala 1 ( sangat tidak setuju ), skala 2 (
tidak setuju ), skala 3 ( setuju ) dan skala 4 ( sangat setuju ).

PERKARA Sangat Tidak Setuju Sangat


Tidak Setuju Setuju
Setuju

SKALA 1 2 3 4

Jadual 1 : Skala Likert 4 Mata

( Sumber : Kajian Lapangan 2022 )

Di samping itu, pengkaji juga menggunakan kaedah pemerhatian sebagai alternatif


lain bagi mengumpul maklumat berkenaan dengan kajian yang dilakukan. Kaedah ini
memerlukan pengkaji melihat sendiri keadaan sebenar tempat kajian pengkaji.
Berdasarkan kajian yang dijalankan, pengkaji telah membuat pemerhatian untuk

12
030928-14-0316

mengenal pasti jenis medium pembayaran tanpa tunai dalam kalangan guru di SMK Hulu
Kelang. Pengkaji telah mengambil gambar dari tempat kajian yang dijalankan.

13
030928-14-0316

5.0 DAPATAN DAN PERBINCANGAN KAJIAN

Bahagian ini menerangkan hasil keputusan analisis data berdasarkan tindak balas
terhadap kaedah pembayaran tanpa tunai dalam kalangan guru yang merupakan sebuah
kajian kes di di SMK Hulu Kelang. Bagi mendapatkan statistik seperti nilai peratusan dan
kekerapan, data yang dimasukkan akan diproses.

5.1 Data Demografi Responden


Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada kalangan guru di SMK Hulu
Kelang. Hal maklumat peribadi responden yang terdiri daripada aspek jantina, umur,
bangsa dan pekerjaan dipersembahkan dalam bentuk jadual dan rajah.

Jantina Responden
Kategori Jantina Bilangan Responden (orang) Peratusan (%)
Lelaki 4 13
Perempuan 26 87
Jumlah 30 100
Jadual 2 : Bilangan dan Peratusan Responden
( Sumber : Kajian Lapangan 2022 )

14
030928-14-0316

Demografi Jantina

13%

lelaki
perempuan
87%

Rajah 1 : Demografi Responden Berdasarkan Jantina

( Sumber : Kajian Lapangan 2022 )

Berdasarkan jadual dan rajah di atas menunjukkan bilangan dan peratusan responden
di SMK Hulu Kelang mengikut aspek jantina. Seramai 30 orang responden dalam kajian
ini. Hasil kajian mendapati seramai 4 orang responden guru yang berjantina lelaki
bersamaan dengan 13% dan seramai 26 orang guru perempuan bersamaan dengan 87%.
Faktor jantina turut memberi pengaruh dalam kajian kes ini. Hal ini dikatakan demikian
kerana kaedah pembayaran tanpa tunai dikatakan lebih selamat. Semasa pengkaji
menjalankan lawatan ke tempat kajian, pengkaji mendapati guru perempuan lebih ramai
dan mudah untuk didekati berbanding dengan guru lelaki.

15
030928-14-0316

Umur Responden

Kumpulan Umur ( tahun ) Bilangan Responden Peratusan ( % )


21 – 30 11 37
31 – 40 9 30
41 – 49 6 20
50 dan ke atas 4 13
Jumlah 30 100
Jadual 3 : Bilangan dan Peratusan Responden Berdasarkan Umur

( Sumber : Kajian Lapangan 2022 )

Demografi Umur

13%

37%
20% 21 - 30
31 - 40
41 - 49
50 dan ke atas

30%

Rajah 2 : Demografi Responden Berdasarkan Umur

( Sumber : Kajian Lapangan 2022 )

16
030928-14-0316

Berdasarkan jadual dan rajah di atas, ia menunjukkan responden berdasarkan umur


dalam kalangan guru di SMK Hulu Kelang. Daripada responden yang dipilih secara
rawak, kategori umur 21 hingga 30 tahun, seramai 11 orang dengan kadar peratusan
sebanyak 37%. Seterusnya, kategori umur 31 hingga 40 tahun, seramai 9 orang dengan
bilangan peratusan sebanyak 30%. Selain itu, kategori 41 hingga 49 tahun mempunyai 6
orang dengan kadar peratusan sebanyak 20%. Akhir sekali, seramai 4 orang responden
yang berumur 50 tahun dan ke atas yang mempunyai kadar peratusan sebanyak 13%.
Golongan responden yang berumur dalam lingkungan 21 hingga 30 tahun mempunyai
jumlah yang paling banyak. Hal ini dikatakan demikian kerana golongan muda lebih
mengetahui tentang kaedah pembayaran tanpa tunai berbanding dengan golongan yang
sudah berusia. Jumlah ini menunjukkan perbezaan purata yang signifikan terhadap 4
golongan umur yang berbeza.

Bangsa Responden

Bangsa Bilangan Responden Peratusan (%)


Melayu 27 90
Cina 1 3
India 2 7
Lain – lain 0 0
Jumlah 30 100
Jadual 4 : Bilangan dan Peratusan Berdasarkan Bangsa

( Sumber : Kajian Lapangan 2022 )

17
030928-14-0316

Demografi Bangsa
7% 0%
3%

Melayu
Cina
India
Lain - lain

90%

Rajah 3 : Demografi Responden Berdasarkan Bangsa


( Sumber : Kajian Lapangan 2022 )

Berdasarkan jadual dan rajah 3 di atas, rajah menunjukkan demografi responden


berdasarkan bangsa. Seramai 30 orang responden, bilangan responden guru yang berbangsa
Melayu didapati seramai 27 orang dengan kadar peratusan 90%, bilangan responden guru yang
berbangsa Cina adalah seramai 1 orang yang menunjukkan peratusan 3%. Seterusnya, guru
yang berbangsa India pula seramai 2 orang yang menunjukkan kadar peratusan sebanyak 7%
manakala bangsa lain – lain menunjukkan 0%. Hal ini demikian kerana pengkaji lebih mudah
mendekatkan diri dengan guru-guru yang berbangsa Melayu, India dan Cina.

18
030928-14-0316

Pekerjaan Responden

Pekerjaan Responden Bilangan Responden Peratusan (%)


Kerajaan 30 100
Swasta 0 0
Bekerja Sendiri 0 0
Jumlah 30 100
Jadual 5 : Demografi Berdasarkan Pekerjaan
( Sumber : Kajian Lapangan 2022 )

Demografi Pekerjaan
0%

kerajaan
swasta
bekerja sendiri

100%

Rajah 4 : Demografi Responden Berdasarkan Pekerjaan


( Sumber : Kajian Lapangan 2022 )

Berdasarkan jadual dan rajah 4, rajah menunjukkan demografi responden


berdasarkan pekerjaan. Seramai 30 orang responden, iaitu guru di SMK Hulu Kelang
didapati bekerja sebagai kakitangan kerajaan yang menunjukkan kadar peratusan 100% .

19
030928-14-0316

5.2 Mengenal Pasti Jenis Kaedah Pembayaran Tanpa Tunai Yang Menjadi Pilihan Dalam
Kalangan Guru Di SMK Hulu Kelang

Jenis Kaedah Pembayaran Tanpa Tunai Yang Menjadi Pilihan Dalam Kalangan Guru Di
SMK Hulu Kelang

Bil. Jenis Kaedah Ya % Tidak %


Pembayaran Tanpa Tunai
1. FPX 26 87 4 13
2. BOOST 8 27 22 73
3. PAYPAL 6 20 24 80
4. GRABPAY 14 47 16 53
5. MYDEBIT 21 70 9 30
6. UNION PAY 4 13 26 87
7. SHOPEE PAY 22 73 8 27
8. WECHAT PAY 0 0 30 100
9. MAYBANK QRPAY 14 47 16 53
10. TOUCH ‘N GO E 21 70 9 30
WALLET
Jumlah 30 100 30 100
Jadual 6 : Jenis Medium Pembayaran Tanpa Tunai Dalam Kalangan Guru di SMK
Hulu Kelang

( Sumber : Kajian Lapangan 2022 )

20
030928-14-0316

JENIS KAEDAH PEMBAYARAN TANPA TUNAI


DALAM KALANGAN GURU DI SMK HULU
KELANG
100% 87%
80%
80% 73% 70%
60% 53%
47%
40% 27% 30%
20%
20% 13%
0%
FPX BOOST PAYPAL GRABPAY MYDEBIT
YA TIDAK

Rajah 5 : Jenis Kaedah Pembayaran Tanpa Tunai Dalam Kalangan


Guru di SMK Hulu Kelang
Sumber : Kajian Lapangan 2022

Berdasarkan Rajah 5 di atas yang menunjukkan perkara 1 hingga perkara 5 kaedah


pembayaran tanpa tunai yang menjadi pilihan dalam kalangan guru di SMK Hulu Kelang. Hasil
analisis pertama mendapati bahawa terdapat seramai 26 orang yang menjawab “ Ya ” kaedah
pembayaran tanpa tunai FPX mempunyai dengan kadar peratusan sebanyak 87% yang memilih
FPX sebagai kaedah pembayaran tanpa tunai manakala terdapat beberapa orang responden iaitu
seramai 4 orang responden dengan peratusan sebanyak 13% yang memilih “ Tidak ” kerana
mereka tidak tahu tentang kaedah pembayaran FPX. Hampir keseluruhan responden bersetuju
bahawa FPX merupakan kaedah pembayaran tanpa tunai yang sangat mudah dan popular. Hal
ini dikatakan demikian kerana pengkaji mendapati bahawa responden lebih banyak
menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai FPX bagi memudahkan urusan mereka.
Responden lebih terbuka untuk memilih FPX kerana ia lebih memudahkan kerja mereka.

21
030928-14-0316

Foto 2 : FPX

Sumber : https://www.musees.com.my/products/artisan-mu-soy-sauce-1-1-1

Hasil analisis yang kedua mendapati bahawa seramai 8 orang responden menjawab
“ Ya ” dengan kadar peratusan 27% untuk aplikasi pembayaran Boost dan juga terdapat
22 orang responden dengan kadar peratusan yang menjawab “ Tidak ” dalam memilih
kaedah pembayaran tanpa tunai Boost. Pengkaji mendapati bahawa kaedah pembayaran
tanpa tunai ini tidak mendapat sambutan yang hangat daripada kalangan guru di SMK
Hulu Kelang. Hal ini demikian kerana tidak ramai guru yang mengetahui tentang kaedah
pembayaran ini dan kebanyakan daripada responden tidak memuat turun aplikasi Boost
dalam telefon bimbit mereka

22
030928-14-0316

Foto 3 : Boost
Sumber : https://www.google.com/search?q=boost

Hasil kajian yang ketiga iaitu kaedah pembayaran tanpa tunai GrabPay, terdapat
seramai 14 orang responden iaitu guru yang menjawab “ Ya ” akan soalan yang dijawab
dengan kadar peratusan bagi responden yang menjawab ya adalah sebanyak 47%.
Terdapat juga guru-guru yang mengatakan “ Tidak ” seramai 24 orang dengan kadar
peratusan 80%. Hal ini dikatakan demikian kerana tidak semua guru mempunyai aplikasi
“Grab” di dalam telefon bimbit mereka. Perkara ini juga disokong oleh tidak semua
barangan boleh dibayar dengan menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai GrabPay.
Selain itu, hasil kajian yang keempat iaitu MyDebit. Seramai 21 orang menjawab “Ya”
dengan kadar peratusan 70% manakala seramai 9 orang dengan kadar peratusan 30%
menjawab “ Tidak ”. Kaedah pembayaran MyDebit juga mendapat sambutan yang hangat
kerana ianya sangat mudah. Para responden hanya perlu menyentuhkan kad debit mereka.
Perkara ini disokong apabila semua guru di SMK Hulu Kelang didapati mempunyai kad
debit.

23
030928-14-0316

Foto 4 : GrabPay

Sumber : https://vulcanpost.com/641225/grabpay-malaysia-features-registration/

Foto 5 : GrabPay

24
030928-14-0316

Foto 6 : MyDebit
Sumber : https://paynet.my/TOP/index.html

25
030928-14-0316

Rajah 6 : Jenis Kaedah Pembayaran Tanpa Tunai Dalam Kalangan Guru


di SMK Hulu Kelang
( Sumber : Kajian Lapangan 2022 )

Hasil kajian yang kelima mendapati bahawa penggunaan ShopeePay banyak dalam
kalangan guru. Seramai 22 orang responden menjawab “ Ya ”, yang memperoleh kadar
peratusan sebanyak 73%. Pengkaji juga mendapati bahawa terdapat segelintir responden
seramai 8 orang yang menjawab “ Tidak ” dan kadar peratusannya adalah sebanyak 27%.
Hal ini menandakan bahawa guru-guru mengetahui tentang ShopeePay. Kebanyakan
responden menggunakan ShopeePay kerana terdapat pelbagai tawaran yang menarik
seperti jualan akhir tahun, diskaun yang ditolak dengan “coin” dan penghantaran percuma
apabila menggunakan kaedah pembayaran ShopeePay. Perkara ini juga disokong oleh
apabila kerajaan mengumumkan bahawa RM150 akan dikreditkan ke dalam akaun
pengguna Shopee. Selain itu, kaedah pembayaran Touch ‘N Go E Wallet juga mendapat
sokongan yang tinggi. Sebanyak 21 orang responden yang menjawab “Ya” serta kadar
peratusannya adalah sebanyak 70% dan sebaliknya seramai 9 orang dengan kadar
peratusan sebanyak 30%. Pengkaji mendapati bahawa responden ramai menggunakan
kaedah jenis ini kerana ianya sangat mempunyai pelbagai manfaat. Perkara ini mendapat
sokongan daripada kerajaan di mana pengguna Touch ‘N Go E Wallet akan mendapat
wang eBelia sebanyak RM150.

26
030928-14-0316

Foto 7 : ShopeePay
Sumber : https://soyacincau.com/2020/12/15/shopeepay-now-supports-duitnow-
qr-malaysias unified-qr-code/

Foto 8 : Touch ‘N Go E Wallet


Sumber : https://www.touchngo.com.my/customer-service/eservices/
Hasil kajian yang terakhir mendapati bahawa Wechat Pay mempunyai nilai
“rating” yang paling rendah. Pengkaji mendapati bahawa kesemua responden seramai
0 orang yang menjawab “Ya” dan kadar peratusannya pula sebanyak 0% manakala

27
030928-14-0316

yang menjawab “Tidak” pula, seramai 30 orang responden dengan kadar peratusannya
yang sangat tinggi iaitu 100%. Perkara ini membuatkan pengkaji untuk lebih
mengambil tahu tentang mengapa perkara sebegini terjadi. Perkara ini terjadi kerana
aplikasi “Wechat” merupakan aplikasi yang digunakan oleh kanak-kanak berfokuskan
kepada kanak-kanak yang mahu belajar mengenali alam luar. Pengkaji sedang
mengkaji kaedah pembayaran tanpa tunai ini dalam kalangan orang dewasa yang tidak
mempunyai akses ke dalam akaun Wechat. Perkara ini juga disokong bahawa pengkaji
mendapati semua responden tidak memuat turun aplikasi Wechat ini. Selain itu, tidak
semua premis kedai menawarkan bayaran tanpa tunai menggunakan kaedah
WechatPay ini.

Foto 9 : Wechat Pay


Sumber : https://www.techinasia.com/wechat-pay-malaysia

28
030928-14-0316

5.3 Mengkaji faktor-faktor yang mempengaruhi guru-guru di SMK Hulu Kelang memilih
kaedah pembayaran tanpa tunai

Bil. Faktor Yang Mempengaruhi Sangat Tidak Tidak Setuju Sangat Setuju
Guru-guru di SMK Hulu Kelang Setuju Setuju

Memilih Kaedah Pembayaran


Tanpa Tunai
1. Lebih pantas 0 0 19 11
0% 0% 63% 37%
2. Lebih selamat 0 2 14 14
0% 7% 47% 46%
3. Menjimatkan masa 0 0 24 6
0% 0% 80% 20%
4. Pulangan wang tunai 0 11 17 2
0% 37% 57% 6%
5. Ganjaran yang ditawarkan 0 7 21 2
0% 23% 70% 7%
6. Boleh dilakukan di mana-mana 0 5 8 17
0% 16% 27% 57%
7. Memudahkan urusan pembelian 0 2 10 18
0% 7% 33% 60%
8. Menarik lebih banyak pelanggan 0 8 13 9
0% 27% 43% 30%
9. Menawarkan bayaran secara 0 8 18 4
ansuran
0% 27% 60% 13%
10. Tidak perlu membawa duit yang 0 0 7 23
banyak
0% 0% 23% 77%
Jadual 7 : Faktor-Faktor Yang Mempengaruhi Guru-Guru di SMK Hulu
Kelang Memilih Kaedah Pembayaran Tanpa Tunai
( Sumber : Kajian Lapangan 2022 )

29
030928-14-0316

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Guru-Guru di SMK Hulu


Kelang Memilih Pembayaran Tanpa Tunai
90%
77%
80%
70% 60% 60%
57%
60%
50% 43%
40% 33%
27% 27% 30% 27% 23%
30%
20% 16% 13%
7%
10% 0% 0% 0% 0% 0%0%
0%
boleh dilakukan di memudahkan menarik lebih menawarkan tidak perlu
mana-mana urusan pembelian banyak pelanggan pembayaran membawa duit
secara ansuran yang banyak
sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju

Rajah 7 : Faktor – Faktor Yang Mempengaruhi Guru – Guru di SMK Hulu Kelang
Memilih Kaedah Pembayaran Tanpa Tunai

( Sumber : Kajian Lapangan 2022 )

Berdasarkan Rajah 7 di atas yang menunjukkan hasil analisis perkara 1 hingga


perkara 5 iaitu faktor – faktor yang mempengaruhi guru – guru di SMK Hulu Kelang
memilih kaedah pembayaran tanpa tunai. Hasil analisis perkara 1 ialah faktor yang
pertama, iaitu lebih pantas. Sebanyak 37% orang responden yang menyatakan bahawa
mereka sangat bersetuju dengan faktor di atas. Bagi yang bersetuju pula, seramai 63%
responden yang menyatakan bahawa mereka bersetuju . Hal ini disebabkan oleh perbezaan
antara pembayaran secara tunai dengan tanpa tunai yang sangat berbeza. Perkara ini
disokong oleh laman web https://adlankhalidi.com/kelebihan-e-wallet-kenapa-perlu-
guna-e-wallet/ yang menyatakan bahawa pertukaran wang ringgit dari tangan ke tangan
itu agak melecehkan berbanding dengan e-wallet yang hanya memerlukan juruwang
mengimbas kod QR yang tertera di aplikasi e-wallet pembeli. Tiada juga permasalahan
duit syiling yang tidak mencukupi dan sebagainya.

Hasil analisis faktor yang kedua iaitu lebih selamat pula mendapati bahawa seramai
46% responden yang menyatakan bahawa mereka sangat bersetuju. Seramai 47% orang
responden yang menyatakan bahawa mereka bersetuju dengan faktor yang diberikan.

30
030928-14-0316

Mereka berpendapat bahawa mereka tidak perlu untuk membawa wang tunai dalam
jumlah yang banyak dan risau jika mereka akan dirompak. Selain itu, terdapat juga
seramai 7% orang responden yang menyatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan
faktor lebih selamat seperti yang di atas. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka
mungkin mempunyai persepsi seperti maklumat peribadi mereka mungkin akan diceroboh
dan semua wang dalam akaun mereka akan hilang.

Selain itu, hasil analisis perkara ketiga iaitu menjimatkan masa. Untuk kajian ini,
terdapat seramai 20% orang responden yang menyatakan bahawa mereka sangat bersetuju
dengan faktor di atas. Tambahan pula, seramai 80% orang responden yang memilih untuk
bersetuju dengan faktor ini. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka tidak perlu untuk
keluar dari rumah untuk membayar sesuatu. Perkara ini mendapat sokongan yang padu
menurut laman web https://lundudc.sarawak.gov.my yang menyatakan bahawa jabatan
dan organisasi awam telah memperkenalkan sistem pembayaran atas talian yang
memudahkan pengguna untuk membayar cukai, zakat dan lain-lain lagi tanpa perlu
membuat bayaran secara terus di kaunter.

Hasil analisis faktor keempat iaitu pulangan wang tunai. Hasil analisis mendapati
bahawa hanya 6% responden yang sangat bersetuju dengan perkara di atas. Di samping
itu, seramai 57% responden yang mengemukakan pendapat bahawa mereka bersetuju
dengan faktor pulangan wang tunai. Perkara ini disokong apabila semua kaedah
pembayaran tanpa tunai yang menawarkan pulangan wang tunai. Akan tetapi, terdapat
juga responden yang tidak bersetuju dengan faktor di atas. Seramai 37% orang responden
yang tidak bersetuju. Mereka berpendapat bahawa tidak semua kaedah pembayaran tanpa
tunai di atas menawarkan pulangan wang tunai.

31
030928-14-0316

Faktor kelima yang telah dianalisis adalah ganjaran yang ditawarkan. Terdapat
seramai 7% responden yang mengatakan bahawa mereka sangat bersetuju dengan faktor
di atas. Bagi yang bersetuju pula, seramai 70% orang yang bersetuju dengan faktor
ganjaran yang ditawarkan. Perkara ini disokong dengan kenyataan daripada laman web
https://www.aia.com.my/ms/what-matters/finance/kelebihan-dan-kekurangan-e-
wallet.html yang mengatakan bahawa semua syarikat e-wallet sedang bersaing tinggi,
semua syarikat e-wallet telah menawarkan beberapa ganjaran. Namun, terdapat juga yang
tidak bersetuju dengan faktor di atas iaitu seramai 23% responden. Mereka mempunyai
pandangan bahawa tidak semua kaedah pembayaran tanpa tunai di atas menawarkan
ganjaran yang lumayan.

32
030928-14-0316

Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Guru-Guru di SMK


Hulu Kelang Memilih Pembayaran Tanpa Tunai
90%
77%
80%
70% 60% 60%
57%
60%
50% 43%
40% 33%
27% 27% 30% 27% 23%
30%
20% 16% 13%
7%
10% 0% 0% 0% 0% 0%0%
0%
boleh dilakukan memudahkan menarik lebih menawarkan tidak perlu
di mana-mana urusan banyak pembayaran membawa duit
pembelian pelanggan secara ansuran yang banyak
sangat tidak setuju tidak setuju setuju sangat setuju

Rajah 8 : Faktor - Faktor Yang Mempengaruhi Guru - Guru di SMK Hulu Kelang
Memilih
Kaedah Pembayaran Tanpa Tunai
( Sumber : Kajian Lapangan 2022 )

Hasil analisis perkara keenam telah menunjukkan bahawa seramai 57% responden
menyatakan pendapat bahawa mereka sangat bersetuju dengan faktor di atas. Seramai 27%
responden yang bersetuju. Fakta ini disokong oleh laman web https://www.tsis.my/wp-
content/uploads/2020/04/PERSPEKTIF-Baik-Buruk-Dunia-Tanpa-Tunai.pdf yang
menyatakan bahawa pembayaran tanpa tunai memudahkan kita untuk melaksanakan
transaksi tidak kira dimana jua berada. Dalam masa yang sama juga, responden dapat
menjimatkan masa dan minyak kenderaan kerana tidak perlu ke bank yang jauh jaraknya.
Semuanya boleh dibuat dihujung jari. Terdapat juga responden yang tidak bersetuju
dengan faktor di atas iaitu seramai 16%.

33
030928-14-0316

Selepas faktor ketujuh dianalisis, pengkaji mendapati bahawa seramai 60%


responden yang sangat bersetuju dengan faktor tersebut. Terdapat juga 33% responden
yang bersetuju. Hal ini dikatakan demikian kerana responden hanya perlu membayar
harga barangan dari rumah sahaja dan tidak perlu ke kedai untuk membeli barangan serta
penghantaran ke rumah juga ditawarkan. Tetapi, seramai 7% responden tidak bersetuju
dengan faktor di atas kerana masalah tidak semua barang yang diperlukan boleh didapati
dengan mudah.

34
030928-14-0316

RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenal pasti jenis kaedah pembayaran tanpa
tunai dalam kalangan guru di SMK Hulu Kelang dan mengkaji apakah faktor-faktor yang
mempengaruhi guru-guru di SMK Hulu Kelang memilih kaedah pembayaran tanpa tunai.

Pengkaji telah menjalankan kajian ke atas 30 orang responden yang mempunyai


perbezaan jantina, umur, bangsa dan pekerjaan. Pengkaji menganalisis sendiri data yang
diperoleh daripada kajian ini. Kekerapan dan peratusan diambil kira untuk menganalisis
kajian ini.

Rumusan bagi 5.2, iaitu jenis kaedah pembayaran tanpa tunai yang menjadi pilihan
dalam kalangan guru di SMK Hulu Kelang. Majoriti responden memilih jenis kaedah
pembayaran tanpa tunai jenis FPX. Jenis pembayaran tanpa tunai yang menggunakan
kaedah FPX yang mempunyai banyak kemudahan menyebabkan majoriti responden
memilih kaedah ini sebagai pilihan mereka. Secara keseluruhannya, majoriti responden
memilih kaedah-kaedah yang lain tetapi kaedah tersebut tidaklah digemari oleh guru-guru
seperti FPX.

Rumusan bagi 5.3, iaitu faktor-faktor yang mempengaruhi guru-guru di SMK Hulu
Kelang memilih kaedah pembayaran tanpa tunai. Majoriti responden sangat bersetuju
bahawa kaedah pembayaran tanpa tunai dapat menjimatkan masa guru-guru kerana tidak
perlu keluar dari rumah untuk membayar sesuatu dan tidak perlu bersusah – payah untuk
mengira wang tunai untuk membayar barangan. Selain itu, guru-guru juga tidak perlu
membawa wang tunai yang banyak atas faktor keselamatan kerana risau berlaku kecurian
dan kehilangan wan tunai. Secara keseluruhannya, majoriti responden juga bersetuju
dengan faktor-faktor lain tetapi faktor utama memperoleh mempunyai peratusan yang
tinggi.

35
030928-14-0316

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kaedah pembayaran tanpa tunai ini sudah menjadi rutin dalam
kehidupan masyarakat di Malaysia terutamanya sejak tempoh Perintah Kawalan
Pergerakan dilaksanakan. Kaedah pembayaran tanpa tunai ini sememangnya telah banyak
memberikan manfaat kepada pengguna terutamanya apabila pengguna tidak boleh keluar
dari rumah semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sedang dilaksanakan.
Pertumbuhan ekonomi juga turut meningkat semasa tempoh berkurung tersebut
dijalankan. Cadangan saya agar kerajaan Malaysia memperkukuhkan lagi kaedah
pembayaran tanpa tunai agar seiring dengan negara maju dan saya berharap agar negara
kita menjadi negara yang bebas tunai pada masa hadapan.

36
030928-14-0316

BIBLIOGRAFI/RUJUKAN

Bahan Internet

Faktor pembayaran tanpa tunai dicapai pada April 15, 2022 daripada
https://siraplimau.com/transaksi-mudah-tanpa-tunai-ini-6-faedah-bila-rakyat-malaysia-
bergerak-seiring-teknologi/

Faktor pembayaran tanpa tunai dicapai pada April 15, 2022 daripada
https://ohbulan.com/rakyat-malaysia-kongsi-kebaikan-pembayaran-tanpa-tunai-jom-
ikuti-apa-kata-mereka

Faktor pembayaran tanpa tunai dicapai pada April 23, 2022 daripada
https://adlankhalidi.com/kelebihan-e-wallet-kenapa-perlu-guna-e-wallet/

Jenis kaedah pembayaran tanpa tunai dicapai pada April 13, 2022 daripada
https://www.jobstore.com/careers-blog/2020/02/07/jenis-e-wallet-di-malaysia/

Jenis kaedah pembayaran tanpa tunai dicapai pada April 13, 2022 daripada
https://ohbulan.com/buat-transaksi-tanpa-tunai-berpeluang-untuk-bawa-pulang-wang-
tunai-bernilai-rm10000

Peta kawasan kajian di SMK Hulu Kelang dicapai pada April 10, 2022 daripada
https://www.google.com/search?q=peta+smk+hulu+kelang&oq=peta+smk+hulu+kelang
&aqs=chrome..69i57.5238j0j15&sourceid=chrome&ie=UTF-8

Peta Negeri Selangor dicapai pada April 10, 2022 daripada


https://www.mywilayah.com/2020/10/sempadan-daerah-negeri-selangor-pkpb.html

Peta Daerah Gombak dicapai pada April 10, 2022 daripada


https://www.selangor.gov.my/gombak.php/pages/view/18?mid=61

Pengenalan Pembayaran Tanpa Tunai dicapai pada Mei 19, 2022 daripada
https://www.researchgate.net/publication/346932936_AMALAN_PEMBELIAN_TANP
A_TUNAI_DALAM_KALANGAN_MASYARAKAT_AWAM_SEMASA_TEMPOH
_PKP_COVID19

37
030928-14-0316

LAMPIRAN

38
030928-14-0316

39
030928-14-0316

40
030928-14-0316

41

You might also like