You are on page 1of 32

020103-04-0135

1.0 PENGENALAN

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua pada tahun 2016, ‘pembelian’ ditakrifkan sebagai
perbuatan atau hal membeli. Dalam erti kata lain, pembelian merupakan suatu perbuatan untuk
mendapatkan barang bagi kegunaan sendiri atau dijual semula, pembelian ini selalunya
dilakukan oleh minimum dua pihak atau lebih yang dikenali sebagai penjual dan pembeli.
Seterusnya , ‘dalam talian’ pula membawa takrifan penggunaan interaksi secara langsung dengan
menggunakan komputer oleh Kamus Pelajar Edisi kedua 2016. Istilah ini membawa maksud
yang tersendiri iaitu berkaitan komputer dan telekomunikasi.

Perniagaan dalam talian merupakan salah satu aktiviti perniagaan yang menggunakan
teknologi yang canggih atau lebih dikenali sebagai e-dagang iaitu melakukan urusan jual beli
antara penjual dengan pembeli melalui internet. Selain itu, perniagaan dalam talian bukan sahaja
pembelian dan penjualan , tetapi termasuk juga perkhidmatan dan perkolaborasian dengan rakan
niaga. Perniagaan dalam talian ini meliputi banyak bidang seperti perkhidmatan internet, produk
runcit dan perdagangan dengan menggunakan pelbagai kaedah seperti media sosial, blog, laman
web dan dropship. Dalam era teknologi yang semakin pesat ini, fenomena pembelian menjadi
semakin popular susulan daripada perubahan hidup yang semakin sibuk.

Perniagaan dalam talian ini merupakan trend masyarakat masa kini semenjak penggunaan
internet meningkat dalam tempoh banyak tahun yang lepas. Tambahan pula ,mereka yang
menggunakan kaedah ini juga tidak perlu mengeluarkan kos tambahan seperti bayaran petrol, tol,
letak kereta dan tidak perlu beratur bagi mendapatkan barangan yang diingini.Dengan membeli
secara dalam talian , kita mempunyai masa untuk membandingkan produk, harga dan mudah
untuk memilih. Pengguna mempunyai akses yang besar untuk membuat pilihan dan memilih
produk atau servis yang terbaik. Selain mudah berurusan secara dalam talian, kaedah membeli-
belah itu juga membolehkan si pengguna Internet manfaatkan masa lawatan ke dalam enjin
carian seperti ataupun Google tanpa perlu melawat stor ataupun butik-butik barangan yang
dikehendaki.

Seterusnya, di Malaysia, aktiviti ini semakin terkenal dan mendapat sambutan yang
mengalakkan ekoran daripada peningkatan bilangan pengguna internet di Malaysia. Malaysia

1
020103-04-0135

merupakan antara tiga negara teras di Asia bagi purata perbelanjaan dalam talian dalam tempoh
12 bulan yang lalu dan ini dipacu oleh perkhidmatan pelancongan, khususnya tiket penerbangan
dan tempahan hotel. Pada hari ini membeli barangan-barangan fizikal melalui internet telah
menjadi norma kehidupan oleh pengguna internet di Malaysia. Menurut kajian
OpenMindsResources.com, sebanyak 29% pengguna internet di Malaysia lebih suka
menghabiskan masa sekurang-kurangnya 1-2 jam untuk membeli belah di internet.

Walaubagaimanapun setiap kebaikan pasti ada keburukannya, kaedah niaga secara dalam
talian semakin berkembang dari masa ke semasa hal ini menyebabkan para pengguna berisiko
besar terdedah kepada isu-isu penipuan. Buletin-buletin kes–kes jenayah online yang sering
dipaparkan sejak kebelakangan ini membawa perasaan bimbang pengguna untuk membeli
barangan dalam talian. Para pengguna perlu peka mengenai maklumat barangan yang ingin
dibeli terlebih dahulu sebelum membelinya bagi mengelakkan penipuan seperti syarikat tidak
wujud atau mendapat barangan lain dari yang dipesan. Selain itu, para pengguna perlu lebih bijak
melayari laman web sesawang mencari maklumat mengenai barangan yang hendak dibeli kerana
ada setengah daripada laman tersebut dibina secara khusus untuk tujuan memberdayakan
pengguna.

Pembelian dalam talian ini semakin pesat dari masa ke semasa bersesuaian dengan
kecanggihan teknologi yang semakin meningkat. Tambahan pula, menurut akhbar Sinar Harian
online , Rakyat Malaysia dikatakan memilih untuk membeli belah secara dalam talian
terutamanya pada musim perayaan bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan terpaksa beratur
panjang di pusat membeli-belah. Tinjauan juga mendapati ramai rakyat Malaysia beralih kepada
media sosial dan kandungannya banyak mempengaruhi apa yang dibeli mereka semasa musim
perayaan. Seterusnya, akhbar utusan Malaysia menyatakan statistik menunjukkan golongan
wanita sering dikaitkan dengan sikap suka membeli belah. Tambahan pula, menurut Prof. Madya
Dr Mohamad Fazli Sabri, Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti
Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM), beliau menjelaskan sebanyak 90% daripada
mereka yang dikelaskan sebagai ketagih membeli belah ini adalah wanita yang membeli
mengikut naluri nafsu. Hal ini dikatakan demikian kerana , golongan wanita lebih mudah
terpengaruh dengan iklan-iklan dan ayat–ayat manis yang dimainkan yang peniaga. Golongan
wanita mempunyai sifat untuk berhias dan mencantikkan diri lebih tinggi berbanding lelaki .

2
020103-04-0135

Kesimpulannya, Rasional kajian ini telah dijalankan terhadap amalan pembelian dalam
talian dalam kalangan pelajar tingkatan 6 di SMK MUNSHI ABDULLAH. Sesuai dengan
perubahan gaya hidup yang semakin maju di pelajar tingkatan 6 di SMK Munshi Abdullah yang
mengamalkan pembelian secara dalam talian ini semakin meningkat dari hari ke hari. Hal ini
dikatakan demikian kerana palajah tingkatan 6 terdedah dengan trend pembelian secara dalam
talian yang semakin popular mengikut peredaran masa. Tambahan pula, lambakan peniaga atas
talian yang menawarkan pelbagai barangan yang menarik dan memenuhi keperluan serta
kehendak penduduk. Di samping itu, kewujudan laman sosial dan rangkaian internet meluas dan
mudah juga mempengaruhi pelajar untuk membeli barangan secara dalam talian.

3
020103-04-0135

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

1. Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pelajar tingkatan 6 di Smk Munshi


Abdullah memilih perkhidmatan pembelian secara dalam talian.

2. Mengkaji kesan-kesan amalan pembelian bijak secara atas talian dalam kalangan pelajar
tingkatan 6 di Smk Munshi Abdullah.

4
020103-04-0135

3.0 LOKASI KAJIAN


Melaka merupakan sebuah negeri yang kaya dengan sejarah dan budaya. Negeri Melaka
bermula dengan pengasasan Kesultanan Melaka oleh Parameswara, seorang bangsawan
Sriwijaya dari Palembang, pada tahun antara 1400 hingga 1403. Negeri Melaka dianggarkan
mempunyai 834885 penduduk pada tahun 2022.Negeri Melaka juga merupakan negara kedua
terkecil di Malaysia

Peta 1: Peta Negeri Melaka


Sumber : https://www.google.com/map/

5
020103-04-0135

Melaka Tengah merupakan salah satu daripada tiga daerah yang terdapat dalam negeri
Melaka dan merupakan daerah yang paling ramai penduduk di negeri Melaka dan mempunyai
dua pihak berkuasa tempatan (PBT) iaitu Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan
Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ).

Peta2 : Daerah Melaka Tengah , Melaka


Sumber : https://www.google.com/map/

SMK Munshi Abdullah telah ditubuhkan pada tahun 1958 sempena menyahut seruan
Penyata Dasar Pelajaran Razak 1956. Pada mula penubuhannya, pelajar menumpang di Sekolah
6
020103-04-0135

Inggeris Gajah Berang di Jalan Gajah Berang. Nama asalnya ialah Sekolah Menengah
Kebangsaan Laki-Laki Bandar Melaka (SMKL). Pada bulan Disember 1966, SMK Munshi
Abdullah mempunyai bangunan sendiri di Batu Berendam, yang terletak kira-kira 5 km dari
Bandar Melaka

Peta 3 : SMK MUNSHI ABDULLAH


Sumber : https://www.google.com/maps

4.0 Metodologi Kajian

7
020103-04-0135

Pendahuluan

Metodologi membawa maksud analisis teori dan sistematik kaedah yang digunakan

untuk bidang pengajian. Selain itu, maksud lain metodologi ialah kaedah, jalan,

teknik,gaya,ragam,rentak,corak dan sistem. Hal ini dikatakan demikian kerana metodologi kajian

merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan

tatacara yang efektif bagi menjawab perasalahan kajian.

4.1 Populasi dan persampelan kajian

Menurut Chua Yan Piaw (2006), persampelan adalah berkaitan dengan proses memilih

sebilangan subjek sesuatu populasi untuk dijadikan sebahagian responden kajian. Persampelan

merupakan satu subjek yang penting dalam penyelidikan kerana penggunaan sampel yang tidak

sesuai akan mengurangkan kesahihan dan kebolehpercayaan kajian. Populasi kajian terdiri

daripada pelajar tingkatan 6 di Smk Munshi Abdullah yang kebanyakkanya sudah mula beli

barang di atas talian dan peratusan mengunjungi atau pembelian dalam kedai mengurangkan.

Persampelan rawak dilakukan terhadap pelajar tingkatan 6 di Smk Munshi Abdullah. Seramai 30

orang responden telah dipilih untuk menjawab soal selidik.

4.2 Kaedah pengumpulan data kajian

8
020103-04-0135

4.2.1 Soal Selidik

Kaedah soal selidik digunakan untuk mengkaji persepsi pelajar tingkatan 6 di Smk Munshi

Abdullah terhadap amalan pembelian bijak secara dalam talian. Responden telah terdiri daripada

30 orang pelajar. Borang soal selidik ini menggunakan 3 halaman bercetak dan mempunyai tiga

bahagian iaitu A, B dan C. Halaman pertama bahagian A. Halaman kedua bahagian B dan

halaman ketiga bahagian C.

4.2.1.1 Bahagian A

Bahagian A berkenaan dengan latar belakang responden seperti jantina , kaum, dan pendapatan

keluarga. Bahagian A ini bertujuan untuk memudahkan mendapat maklumat tentang ciri-ciri

responden.

4.2.1.2 Bahagian B

Bahagian B ialah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pelajar di Smk Munshi

Abdullah memilih perkhidmatan pembelian secara dalam talian. Soalan disediakan dengan

mudah bagi responden menjawab Skala Likert iaitu 5-sangat setuju . 4-setuju, 3-tidak pasti, 2-

tidak setuju , 1-sangat tidak setuju.

4.2.1.3 Bahagian C

Bahagian C pulak mengkaji mengkaji kesan-kesan amalan pembelian bijak secara dalam talian

dalam kalangan pelajar tingkatan 6 di Smk Munshi Abdullah. Bahagian ini juga perlu menjawab

dengan Skala Likert iaitu 5-sangat setuju . 4-setuju, 3-tidak pasti, 2-tidak setuju , 1-sangat tidak

setuju.

Jadual Skala likert 5 aras digunakan

9
020103-04-0135

Sangat Setuju 5

Setuju 4

Tak pasti 3

Tidak Setuju 2

Sangat Tidak Setuju 1

4.3 Prosedur Kajian

Membina item soal selidik kajian

Mengedar borang soal selidik kepada responden

Menganalisis data

Mentafsir data

Membuat rumusan kajian

Carta Aliran Proses Penyelidikan

Berdasarkan rajah di atas,kajian yang dilaksanakan adalah berlandaskan prosedur kajian yang
telah ditetapkan supaya objektif kajian dapat dicapai. Prosedur kajian dimulakan dengan

10
020103-04-0135

perbincangan bersama guru mengenai masalah yang ingin dikaji. Perbincangan melibatkan
perkara-perkara seperti mengenal pasti responden dan kaedah yang digunakan.

Penyelidikan menyerah borang soal selidik kepada responden menerangkan cara cara untuk
menjawab. Setelah borang soal selidik selesai dijawab, penyelidikan membuat penganalisisan
data bagi mendapatkan dapatan kajian dan kesimpulan.

4.4 Pengumpulan Data

Pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan kaji selidik dan

pemerhatian.

4.4.1 Data Sekunder

Sumber yang digunakan adalah daripada laman web dan bahan ilmiah

4.4.2 Data Primer

Sumber data primer diperoleh melalui kaedah soal selidik berstruktur digunakan untuk membuat

kajian.

4.4.2.1 Borang Soal Selidik

Soal selidik merupakan kaedah utama pengumpulan data kerana ia berhubung terus dengan

kumpulan sasaran. Kaedah ini merupakan kaedah yang popular digunakan oleh pengkaji untuk

mendapat data, Bentuk soalan borang soal selidik adalah bersesuaian dan mengikut objektif.

Selain itu, bahasa yang digunakan juga mudah dan senang difahami oleh responden. Soalan

berbentuk tertutup dapat membantu untuk mendapatkan jawapan yang berbeza dan mudah

diproses dan dianalisis.

4.4.2.2 Temubual

11
020103-04-0135

Kaedah temu bual adalah untuk mengenal pasti kebenaran melalui temu bual bersemuka, temu

bual tidak bersemuka atau temu bual bantuan computer. Pengkaji telah menemu bual 1 orang

responden yang merupakan pelajar tingkatan 6 di Smk Munshi Abdullah yang dipilih secara

rawak. Temu bual dilakukan secara bersemuka dan tidak formal. Satu set soalan terbuka yang

sama dikemukakan kepada responden tersebut tentang faktor-faktor yang mendorong pelajar

tingkatan 6 di Smk Munshi Abdullah memilih perkhidmatan pembelian secara dalam talian dan

kesan-kesan amalan pembelian bijak secara atas talian. Pengkaji meminta pendapat responden

tentang kajian ini untuk mengukuhkan lagi dapatan kajian ini. Perbuatan tersebut dirakam dan

dibentangkan dalam bentuk transkrip.

Tarikh

Masa

Lokasi
tingkatan 6 di Smk Munshi Abdullah

Tujuan
faktor-faktor yang mendorong pelajar tingkatan 6

di Smk Munshi Abdullah memilih perkhidmatan

pembelian secara dalam talian dan kesan-kesan

amalan pembelian bijak secara atas talian

Responden (Pelajar tingkatan 6 di Smk Munshi


Abdullah)

Faktor-faktor yang mendorong pelajar di Smk


Munshi Abdullah memilih perkhidmatan
pembelian secara dalam talian

Kesan-kesan amalan pembelian bijak secara


atas talian dalam kalangan pelajar tingkatan 6
di Smk Munshi Abdullah

12
020103-04-0135

4.5 Kaedah Penganalisaan Data

Analisis data dilakukan dengan menggunakan kaedah berstruktur deskriptif. Statistik deskriptif

yang digunakan ialah taburan kekerapan (frekuensi) dan peratus serta min. Bagi bahagian A.

maklumat latar belakang responden dianalisis menggunakan nilai peratusan mudah dan mengikut

kategori. Bagi bahagian B dan bahagian C untuk menganalisis dalam soalan berbentuk skala

likert, pengiraan min dan peratusan akan digunakan

4.5.1 Pengukuran Bagi Tahap Persetujuan yang Menggunakan skala Likert

Bagi soalan yang menggunakan Skala Likert, setiap item ditentukan tahap persetujuan dengan

menggunakan peratusan dan min. Min diperolehi berdasarkan skor pada jawapan yang diberikan.

Formula pengiraan bagi jumlah skor, min dan peratus adalah seperti berikut:

Jumlah skor -kekerapan setiap kali skala x skor setiap skala

Min (X) = jumlah skor (X) / Bilangan responden (n)

Peratusan (%) = Jumlah kekerapan / Bilangan responden

Bagi menentukan tahap persetujuan bagi setiap aspek yang dikaji, purata min diambil kira untuk
menentukan tahap persetujuan secara keseluruhan item-item tersebut. Untuk membuat rumusan

13
020103-04-0135

tentang tahap persetujuan sama ada bersetuju atau tidak bersetuju bagi item-item yang
terkandung dalam setiap aspek itu, purata min bagi aspek tersebut akan dilihat. Tahap
persetujuan tersebut dirumuskan seperti dalam skala berikut:

Skala Tahap Persetujuan


Purata Min Tahap Persetujuan

1-2.49 Rendah

2.5-3.49 Sederhana

3.5-5.0 Tinggi

14
020103-04-0135

Borang Soal Selidik

Kerja Kursus Pengajian Am STPM

(900/4)

15
020103-04-0135

Pra Universiti SMK Munshi Abdullah, Melaka

Nama Pelajar: Hoa Soon Kit

Tajuk Kajian: Amalan berbelanja secara bijak atas talian dalam kalangan pelajar tingkatan 6 di

Smk Munshi Abdullah

OBJEKTIF KAJIAN:

1) Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pelajar di Smk Munshi Abdullah memilih
perkhidmatan pembelian secara dalam talian
2) Mengkaji kesan-kesan amalan pembelian bijak secara dalam talian dalam kalangan
pelajar tingkatan 6 di Smk Munshi Abdullah

Saya sedang menjalankan kajian subjek Pengajian Am bagi memenuhi syarat Lulus
peperiksaan Sijil Tinggi Peperiksaan Malaysia (STPM). Oleh itu, jasa baik semua pelajar
tingkatan 6 memberi kerjasama untuk menjadi responden kajian Sila isikan boring soal
selidik dengan jujur. Kerjasama anda didahului dengan ucapan jutaan terima kasih

Borang Soal Selidik

Bahagian A: Maklumat Demografi

Jantina: Lelaki

Perempuan

Kaum: Cina

Melayu
16
020103-04-0135

India

Lain-lain

Pendapatan keluarga (RM): 2000 ke bawah

2000 hingga 4000

4000 ke atas

BAHAGIAN B:

Objektif 1 : Mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pelajar di Smk Munshi Abdullah
memilih perkhidmatan pembelian secara dalam talian

Sangat Tidak Tak Setuju Sangat


tidak setuju pasti setuju
setuju

1. Pilihan barang antarabangsa yang banyak 1 2 3 4 5

2. Menjimat masa 1 2 3 4 5

17
020103-04-0135

3. Mengetahui maklumat produk dengan 1 2 3 4 5


teliti

4. Kualiti barang terjamin 1 2 3 4 5

5. Mempunyai pilihan yang banyak 1 2 3 4 5

6. Membeli barang pada bila-bila masa 1 2 3 4 5

7. Harga barang murah 1 2 3 4 5

8. Membuat pembelian lebih mudah 1 2 3 4 5

Objektif 2 : Mengkaji kesan-kesan amalan pembelian bijak secara atas talian dalam kalangan
pelajar tingkatan 6 di Smk Munshi Abdullah

Sangat Tidak Tak Setuju Sangat


tidak setuju pasti setuju
setuju

1. Ketidakupayaan untuk menguji produk 1 2 3 4 5


sebelum membelinya contoh seperti
barang elektronik dan lain-lain

2. Kelewatan dalam menerima produk 1 2 3 4 5

3. Berlaku pembayaran palsu,penipuan dan 1 2 3 4 5


pencurian maklumat peribadi

18
020103-04-0135

4. Kos perbelanjaan bertambah atas 1 2 3 4 5


pembelian dalam talian

5. Saya mudah membuat pengurusan wang 1 2 3 4 5

6. Saya boleh menjimatkan masa dan tenaga 1 2 3 4 5

7. Saya dapat merancang perbelanjaan 1 2 3 4 5


dengan berhemah

8. Saya dapat membeli produk komersial 1 2 3 4 5


dengan lebih mudah

5.0 DAPATAN KAJIAN


Bahagian ini membincangkan analisis data dan memaparkan hasil penemuan kajian yang telah
dilakukan daripada borang soal selidik dan pemerhatian.

5.1 DEMOGRAFI RESPONDEN


Seramai 30 orang responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan 6 di Smk Munshi Abdullah
yang telah di soal selidik. Huraian analisis demografi maklumat responden melibatkan aspek
jantina, kaum dan pendapatan keluarga. Maklumat ini disembahkan dalam bentuk jadual dan
carta pai.
Jadual 3 dibawah menunjukkan pecahan maklumat responden daripada pelajar tingkatan 6 di
Smk Munshi Abdullah berdasarkan jantina,kaum dan pendapatan keluarga.

19
020103-04-0135

JADUAL 3 : ANALISIS DEMOGRAFI RESPONDEN

Bil Faktor Kategori Kekerapan Peratus


(%)

1 Jantina Lelaki 16 53.3

Perempuan 14 46.7

2 Kaum Melayu 9 30

Cina 14 46.7

India 4 13.3

Lain-lain 3 10

3 Pendapatan Keluarga (RM) 2000 ke bawah 10 33.3

2000 hingga 4000 13 43.3

4000 ke atas 7 23.3

Carta 1 : Demografi Responden Mengikut jantina

20
020103-04-0135

Carta 1 di atas menunjukkan demografi responden mengikut jantina pelajar tingkatan 6 di Smk
Munshi Abdullah. Berdasarkan kajian ini, terdapat 16 orang responden lelaki daripada 30 orang
responden yang telah di soal selidik bersamaan 53.3%. Sementara itu, 14 orang responden
perempuan, iaitu kira-kira 46.7%. Berdasarkan dapatan kajian, didapati ada perbezaan yang
ketara berkaitan pendapat antara responden lelaki dengan responden perempuan.

Carta 2 Demografi Responden Mengikut Kaum


Carta 2 di atas menunjukkan demografi responden mengikut kaum. Berdasarkan kajian ini,
terdapat 9 responden yang berkaum Melayu dan 4 responden yang berkaum India. Manakala
terdapat 3 responden yang terkurang iaitu lain-lian kaum. Responden yang berkaum cina
merupakan bilangan yang tertinggi dalam soal selidik ini iaitu 14 orang responden.

Carta 3 Demografi Responden Mengikut pendapatan keluarga

21
020103-04-0135

Carta 3 di atas menunjukkan demografi responden mengikut pendapatan keluarga. Berdasarkan


kajian ini, terdapat 10 orang responden yang berpendapatan RM2000 ke bawah, 13 orang
responden yang berpendapatan antara RM2000 hingga RM4000 dan 7 orang responden yang
berpendapatan antara RM4000 ke atas. Kebanyakan responden berada dalam status taraf hidup
yang sederhana.

5.2 ANALISIS BAHAGIAN B :

Bahagian ini akan membincangkan peratusan data mengenai pandangan pelajar tingkatan

6 di Smk Munshi Abdullah terhadap faktor-faktor yang mendorong memilih perkhidmatan

pembelian secara dalam talian dan kesan-kesan amalan pembelian bijak secara dalam talian.

Kajian ini dijalankan ke atas 30 orang responden yang disoal selidik dan dibahagikan kepada dua

bahagian.

Jadual 4: faktor-faktor yang mendorong pelajar tingkatan 6 di Smk Munshi Abdullah

memilih perkhidmatan pembelian secara dalam talian

22
020103-04-0135

Bil Soalan Soal Selidik Sangat Tidak Tak pasti Sangat Min
Tidak Setuju (3) Setuju Setuju
Setuju (2) (5)
(1) (4)

1. Pilihan barang 2 3 8 6 11 3.7


antarabangsa yang (6.7%) (10%) (26.7%) (20%) (36.7%)
banyak

2. Menjimat masa 2 4 6 10 8 3.6


(6.7%) (13.3%) (20%) (33.3%) (26.7%)

3. Mengetahui maklumat 4 5 15 4 2 2.83


produk dengan teliti (13.3%) (16.7%) (50%) (13.3%) (6.7%)

4. Kualiti barang terjamin 5 13 7 3 2 2.47


(16.7%) (43.3%) (23.3%) (10%) (6.7%)

5. Mempunyai pilihan yang 5 2 6 6 11 3.53


banyak (16.7%) (6.7%) (20%) (20%) (36.7%)

6. Membeli barang pada 3 5 6 5 11 3.53


bila-bila masa (10%) (16.7%) (20%) (16.7%) (36.7%)

7. Harga barang murah 3 6 11 7 3 3.03


(10%) (20%) (36.7%) (23.3%) (10%)

8. Membuat pembelian 4 5 7 7 7 3.27


lebih mudah (13.3%) (16.7%) (23.3%) (23.3%) (23.3%)

23
020103-04-0135

Graf 1:faktor-faktor yang mendorong pelajar tingkatan 6 di Smk Munshi Abdullah memilih
perkhidmatan pembelian secara dalam talian.

Graf 2: analisis min faktor-faktor yang mendorong pelajar tingkatan 6 di Smk Munshi Abdullah
memilih perkhidmatan pembelian secara dalam talian.

5.2.1 Item 1:Pilihan barang antarabangsa yang banyak


Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati seramai 11 orang responden iaitu 36.7% sangat
setuju , seramai 6 orang responden iaitu 20% setuju ,8 orang responden iaitu 26.7% tak pasti , 3

24
020103-04-0135

orang responden iaitu 10% tidak setuju dan seramai 2 orang responden iaitu 6.7% sangat tidak
setuju dengan pilihan barang antarabangsa yang banyak . Min bagi perkara ini ialah 3.7.

5.2.2 Item 2: Menjimat masa


Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati seramai 8 orang responden iaitu 26.7%
sangat setuju , seramai 6 orang responden iaitu 20% tak pasti , seramai 4 iaitu 13.3%
tidak setuju , seramai 2 orang responden iaitu 6.7% sangat tidak setuju dan paling
banyak memilih jawapan setuju sebanyak 10 orang responden iaitu 33.3% dengan
menjimat masa .Min bagi perkara ini ialah 3.6.

5.2.3 Item 3: Mengetahui maklumat produk dengan teliti


Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati seramai 2 orang responden iaitu 6.7%
sangat setuju ,seramai 4 orang responden iaitu 13.3% setuju ,seramai 5 orang
responden iaitu 16.7% tidak setuju , seramai 4 orang responden iaitu 13.3% sangat tidak
setuju dan dengan kajian terdapat seramai 15 orang responden iaitu 50% tak pasti
dengan mengetahui maklumat produk dengan teliti. Min bagi perkara ini ialah 2.83.

5.2.4 Item 4 : Kualiti barang terjamin


Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati seramai 2 rang responden iaitu 6.7%
sangat setuju,seramai 3orang responden iaitu 10% setuju,7 orang responden iaitu 23.3%
tak pasti,13 orang responden iaitu 43.3% tidak setuju dan seramai 5 orang responden iaitu 16.7%
sangat tidak setuju dengan kualiti barang terjamin. Min bagi perkara ini ialah 2.47.

5.2.5 Item 5 : Mempunyai pilihan yang banyak


Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati seramai 11 orang responden iaitu 36.7%
sangat setuju,seramai 6 orang responden iaitu 20% setuju, 6 orang responden iaitu 20%
tak pasti,2 orang responden iaitu 6.7% tidak setuju dan seramai 5 orang responden iaitu 16.7%
sangat tidak setuju dengan mempunyai pilihan yang banyak. Min bagi perkara ini ialah 3.53.
5.2.6 Item 6 :Membeli barang pada bila-bila masa

25
020103-04-0135

Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati seramai 11 orang responden iaitu 36.7%
sangat setuju,seramai 5 orang responden iaitu 16.7% setuju, 6 orang responden iaitu 20%
tak pasti,5 orang responden iaitu 16.7% tidak setuju dan seramai 3 orang responden iaitu 10%
sangat tidak setuju dengan membeli barang pada bila-bila masa. Min bagi perkara ini ialah
3.53.

5.2.7 Item 7 : Harga barang murah


Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati seramai 3 orang responden iaitu 10%
sangat setuju,seramai 7 orang responden iaitu 23.3% setuju, 11 orang responden iaitu
36.7% tak pasti,6 orang responden iaitu 20% tidak setuju dan seramai 3 orang responden iaitu
10% sangat tidak setuju dengan harga barang murah. Min bagi perkara ini ialah 3.03.

5.2.8 Item 8 : Membuat pembelian lebih mudah


Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati seramai 7 orang responden iaitu 23.3%
sangat setuju,seramai 7 orang responden iaitu 23.3% setuju, 7 orang responden iaitu
23.3% tak pasti,5 orang responden iaitu 16.7% tidak setuju dan seramai 4 orang responden iaitu
13.3% sangat tidak setuju dengan membuat pembelian lebih mudah. Min bagi perkara ini
ialah 3.27.

26
020103-04-0135

5.3 ANALISIS BAHAGIAN C :


Jadual 5: Mengkaji kesan-kesan amalan pembelian bijak secara atas talian dalam kalangan
pelajar tingkatan 6 di Smk Munshi Abdullah

Bil Soalan Soal Selidik Sangat Tidak Tak pasti Sangat Min
Tidak Setuju (3) Setuju Setuju
Setuju (2) (5)
(1) (4)

1. Ketidakupayaan untuk 2 5 7 4 12 3.63


menguji produk sebelum (6.7%) (16.7%) (23.3%) (13.3%) (40%)
membelinya contoh seperti
barang elektronik dan lain-
lain

2. Kelewatan dalam menerima 4 3 12 8 3 3.1


produk (13.3%) (10%) (40%) (26.7%) (10%)

3. Berlaku pembayaran 3 4 11 8 4 3.2


palsu,penipuan dan (10%) (13.3%) (36.7%) (26.7%) (13.3%)
pencurian maklumat
peribadi

4. Kos perbelanjaan 4 4 10 5 7 3.23


bertambah atas pembelian (13.3%) (13.3%) (33.3%) (16.7%) (23.3%)
dalam talian

5. Saya mudah membuat 7 4 12 5 2 2.7


pengurusan wang (23.3%) (13.3%) (40%) (16.7%) (6.7%)

6. Saya boleh menjimatkan 3 8 9 8 2 2.93


masa dan tenaga (10%) (26.7%) (30%) (26.7%) (6.7%)

7. Saya dapat merancang 4 4 12 8 2 3


perbelanjaan dengan (13.3%) (13.3%) (40%) (26.7%) (6.7%)
berhemah

8. Saya dapat membeli produk 3 4 7 11 5 3.37


komersial dengan lebih (10%) (13.3%) (23.3%) (36.7%) (16.7%)
mudah

27
020103-04-0135

Graf 3: Mengkaji kesan-kesan amalan pembelian bijak secara dalam talian dalam kalangan
pelajar tingkatan 6 di Smk Munshi Abdullah

Graf 4: analisis min Mengkaji kesan-kesan amalan pembelian bijak secara atas talian dalam
kalangan pelajar tingkatan 6 di Smk Munshi Abdullah.

28
020103-04-0135

5.3.1 Item 1:Ketidakupayaan untuk menguji produk sebelum membelinya contoh seperti barang
elektronik dan lain-lain .
Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati seramai 12 orang responden iaitu 40% sangat
setuju , seramai 4 orang responden iaitu 13.3% setuju ,7 orang responden iaitu 23.3% tak pasti , 5
orang responden iaitu 16.7% tidak setuju dan seramai 2 orang responden iaitu 6.7% sangat tidak
setuju dengan ketidakupayaan untuk menguji produk sebelum membelinya contoh seperti barang
elektronik dan lain-lain. Min bagi perkara ini ialah 3.63.

5.3.2 Item 2:Kelewatan dalam menerima produk


Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati seramai 3 orang responden iaitu 10% sangat
setuju , seramai 8 orang responden iaitu 26.7% setuju ,12 orang responden iaitu 40% tak pasti , 3
orang responden iaitu 10% tidak setuju dan seramai 4 orang responden iaitu 13.3% sangat tidak
setuju dengan kelewatan dalam menerima produk, Min bagi perkara ini ialah 3.1.

5.3.3 Item 3:Berlaku pembayaran palsu,penipuan dan pencurian maklumat peribadi


Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati seramai 4 orang responden iaitu 13.3% sangat
setuju , seramai 8 orang responden iaitu 26.7% setuju ,11 orang responden iaitu 36.7% tak pasti ,
4 orang responden iaitu 13.3% tidak setuju dan seramai 3 orang responden iaitu 10% sangat tidak
setuju dengan berlaku pembayaran palsu,penipuan dan pencurian maklumat peribadi, Min bagi
perkara ini ialah 3.2.

5.3.4 Item 4:Kos perbelanjaan bertambah atas pembelian dalam talian


Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati seramai 7 orang responden iaitu 23.3% sangat
setuju , seramai 5 orang responden iaitu 16.7% setuju ,10 orang responden iaitu 33.3% tak pasti ,
4 orang responden iaitu 13.3% tidak setuju dan seramai 4 orang responden iaitu 13.3% sangat
tidak setuju dengan kos perbelanjaan bertambah atas pembelian dalam talian kos perbelanjaan
bertambah atas pembelian dalam talian , Min bagi perkara ini ialah 3.23.

5.3.5 Item 5:Saya mudah membuat pengurusan wang


Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati seramai 2 orang responden iaitu 6.7% sangat
setuju, seramai 5 orang responden iaitu 16.7% setuju ,12 orang responden iaitu 40% tak pasti,4

29
020103-04-0135

orang responden iaitu 13.3% tidak setuju dan seramai 7 orang responden iaitu 23.3% sangat tidak
setuju dengan saya mudah membuat pengurusan wang, Min bagi perkara ini ialah 2.7.

5.3.6 Item 6:Saya boleh menjimatkan masa dan tenaga


Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati seramai 2 orang responden iaitu 6.7% sangat
setuju, seramai 8 orang responden iaitu 26.7% setuju ,9 orang responden iaitu 30% tak pasti,8
orang responden iaitu 26.7% tidak setuju dan seramai 3 orang responden iaitu 10% sangat tidak
setuju dengan saya mudah membuat pengurusan wang, Min bagi perkara ini ialah 2.93.

5.3.7 Item 7 :Saya dapat merancang perbelanjaan dengan berhemah


Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati seramai 2 orang responden iaitu 6.7% sangat
setuju, seramai 8 orang responden iaitu 26.7% setuju ,12 orang responden iaitu 40% tak pasti,4
orang responden iaitu 13.3% tidak setuju dan seramai 4 orang responden iaitu 13.3% sangat tidak
setuju dengan saya dapat merancang perbelanjaan dengan berhemah, Min bagi perkara ini ialah
3.

5.3.8 Item 8: Saya dapat membeli produk komersial dengan lebih mudah
Berdasarkan kajian yang dijalankan, didapati seramai 5 orang responden iaitu 16.7% sangat
setuju, seramai 11 orang responden iaitu 36.7% setuju ,7 orang responden iaitu 23.3% tak pasti,4
orang responden iaitu 13.3% tidak setuju dan seramai 3 orang responden iaitu 10% sangat tidak
setuju dengan saya dapat membeli produk komersial dengan lebih mudah, Min bagi perkara ini
ialah 3.37.

30
020103-04-0135

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN


Kajian ini dijalankan untuk mengkaji amalan pembelian bijak secara atas talian dalam kalangan
pelajar tingkatan 6 di Smk Munshi Abdullah .Objektif yang dibincangkan dalam kajian ialah
mengenal pasti faktor-faktor yang mendorong pelajar tingkatan 6 di Smk Munshi Abdullah
memilih perkhidmatan pembelian secara dalam talian dan kesan-kesan kamalan pembelian bijak
secara atas talian dalam kalangan pelajar tingkatan 6 di Smk Munshi Abdullah.Berdasarkan
objektif yang telah dikemukakan, saya telah mengedarkan borang soal selidik kepada pelajar
tingkatan 6 di Smk Munshi Abdullah,untuk mendapatkan maklumat dan pandangan daripada
mereka.

Dengan dapatan kajian yang kumpul daripada 30 orang responden,saya telah mengetahui bahawa
kebanyakkan responden adalah lelaki .Selain itu,kebanyakan bangsa yang menjawabkan soal
selidik ini ialah bangsa cina iaitu 14 pelajar.Seterusnya, pendapatan keluarga responden yang
paling banyak ialah 2000 hingga 4000.

Objektif pertama untuk melaksanakan kajian ini adalah untuk mengenal pasti faktor-faktor yang
mendorong pelajar tingkatan 6 di Smk Munshi Abdullah membeli secara bijak dalam
talian.Berdasarkan hasil kajian dapatan ini, saya telah mengetahui bahawa banyak faktor
daripada responden yang memilih perkhidmatan pembelian secara talian.Ia bukan sahaja boleh
menjimatkan masa atau kos dan juga paling terpenting adalah terdapat banyak barang dipilih
atau dibanding.

Akhir sekali , objektif kedua bagi kajian ini ialah untuk mengkaji kesan-kesan kamalan
pembelian bijak secara atas talian dalam kalangan pelajar tingkatan 6 di Smk Munshi Abdullah.
Berdasarkan dapatan kajian yang didapati ,saya telah mengetahui bahawa kesan tidak baik paling
ramai responden menghadapi ialah ketidakupayaan untuk menguji produk sebelum membelinya
contoh seperti barang elektronik dan lain-lain manakala kesan baik yang paling ramai respon
ialah saya dapat membeli produk komersial dengan lebih mudah.

31
020103-04-0135

7.0 RUJUKAN
1.

32

You might also like