You are on page 1of 44

030603070217

Table of Contents
030603070217

TAJUK: Perkara yang diberi perhatian oleh penduduk ketika ingin membeli barang
keperluan Di LINTANG ANGSANA, SRI IMPIAN, 11500, AYER
ITAM,.GEORGETOWN, PULAU PINANG.

ABSTRAK

Tema kajian ini ialah Ekonomi: Pengguna Bijak. Objektif pertama kajian ini adalah untuk
mengenal pasti Mengenal pasti perkara yang diberi perhatian oleh penduduk ketika ingin
membeli barang keperluan LINTANG ANGSANA, SRI IMPIAN, 11500, AYER ITAM.,
Georgetown, Pulau Pinang. Objektif kedua kajian ini adalah untuk mengkaji Mengkaji
usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi meningkatkan lagi kesedaran pengguna bijak dalam
kalangan penduduk LINTANG ANGSANA, SRI IMPIAN, 11500, AYER ITAM
Georgetown, Pulau Pinang. Lokasi kajian ini terletak di LINTANG ANGSANA, SRI
IMPIAN, 11500, AYER ITAM Georgetown, Pulau Pinang Georgetown, Pulau Pinang.
Kaedah kajian digunakan ialah borang soal selidik, temu bual, kajian kepustakaan dan
pemerhatian. Responden terdiri daripada 30 orang dari kawasan kajian . 3 orang informan
telah ditemu bual untuk mendapatkan maklumat tentang perkara yang diberi perhatian
semasa pembeli membeli barangan .
030603070217

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian merupakan sesuatu matlamat yang hendak dikaji dalam sesebuah pengajian

seperti kerja dengan teliti. Objektif yang telah dinyatakan di bawah merujukkan kepada

objektif kerja kursus yang ingin hendak dikaji. Kesemua kajian perlu mengikut takrifan

objektif dengan amat teliti supaya tidak terpesong daripada matlamat utama. Semasa

membuat kerja kursus ini, terdapat dua objektif yang hendak dikaji.

Mengenal pasti perkara yang diberi perhatian oleh penduduk ketika ingin membeli

barang keperluan LINTANG ANGSANA, SRI IMPIAN, 11500, AYER ITAM, Pulau

Pinang.

Mengkaji usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi meningkatkan lagi kesedaran pengguna

bijak dalam kalangan penduduk LINTANG ANGSANA, SRI IMPIAN, , 11500, AYER

ITAM, Pulau Pinang


030603070217

1.0 PENGENALAN

Kajian yang dijalankan ini boleh memberikan pengetahuan dan maklumat tentang perkara yang diberi

perhatian oleh ketika ingin membeli barang keperluan penduduk LINTANG ANGSANA, SRI

IMPIAN, 11500, AYER ITAM. Tugasan yang telah dijalankan oleh pengkaji dalam kajian ini adalah

berkaitan dengan penguna bijak di kalangan penduduk. Pengkaji telah memilih tajuk. Tempat kajian

yang dipilih oleh pengkaji ini ialah penduduk yang tinggal di Sri Impain Apartment.

Pada era langit terbuka ini, Malaysia semakin gah menempa nama di persada 12dunia dan kini boleh

berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara maju yang lain. Kejayaan ini dapat dicapai

dengan adanya pelbagai penambahbaikan yang giat dilakukan oleh kerajaan dalam usaha memajukan

ekonomi negara. Antara usaha kerajaan yang memberi impak yang besar kepada negara ialah kerajaan

telah mewujudkan kempen belilah barangan buatan Malaysia sejak zaman Tun Dr.Mahathir

Mohamad lagi. Usaha kerajaan dalam mengadakan potongan harga dan ekspo barangan buatan

Malaysia telah berjaya meningkatkan pendapatan negara serta merancakkan lagi pembangunan

negara. Malangnya, di sebalik kejayaan yang dicapai, terselit kemelut muflis dan gelandangan yang

makin membimbangkan di negara kita. Hal ini adalah disebabkan kerana kurangnya ilmu

pengetahuan, ketidakstabilan ekonomi dan ditambah buruk lagi dengan berlakunya perang dagangan

antara Amerika Syarikat dengan China yang memberi bebanan kepada ekonomi negara kecil ini.

Lantaran itu, rakyat Malaysia seharusnya mempunyai ciri-ciri pengguna yang bijak bagi mengelakkan

masalah ini daripada terus berlaku.

Ekonomi (daripada bahasa Yunani οίκος – "rumah tangga" dan νέμoμαι – "urus") ialah kawasan

pengeluaran, agihan dan perdagangan, serta penggunaan barang dan perkhidmatan oleh ejen yang

berbeza. Difahami dalam maksud terluasnya, 'Ekonomi ditakrifkan sebagai domain sosial yang

menekankan amalan, wacana, dan ungkapan bahan dikaitkan dengan pengeluaran, penggunaan, dan

pengurusan sumber'.
030603070217

Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, pengguna didefinisikan sebagai orang yang membeli dan

menggunakan sesuatu produk atau perkhidmatan. Natijah daripada kejahilan para pengguna dalam

menentukan tentang hak-hak dan tanggungjawab pengguna menyebabkan mereka senang diperkotak-

katikkan oleh peniaga yang suka ‘menangguk di air keruh’.

Kini, banyak pengguna mudah ditipu dan mengalami kesan yang mungkin teruk dari segi kewangan

atau barangan yang tidak berkualiti. Oleh itu, pengguna haruslah menggunakan pengguna amalan

pembeli bijak. Contohnya, menyeneraikan barangan yang akan dibeli dan berjimat-cermat dengan

barang yang akan dibeli.

Secara holistiknya, ciri-ciri pengguna yang bijak ini dapat memberi impak yang positif ke arah

melahirkan generasi muda yang bijak menguruskan kewangan. Diharapkan dengan perubahan yang

dilakukan, masalah muflis dan gelandangan yang sering menimpa golongan muda ini dapat

diselesaikan seterusnya generasi pewaris negara ini dapat menginjakkan lagi ekonomi negara ke

peringkat yang lebih tinggi. Benarlah kata-kata duit bukanlah segalanya tetapi segalanya memerlukan

duit. Usaha yang proaktif dan pragmatik berbekalkan ilmu pengetahuan adalah perlu dalam menjalani

kehidupan metropolitan dalam zaman yang serba mencabar ini terutamanya kepada penduduk di

LINTANG ANGSANA, SRI IMPIAN, 11500, AYER ITAM.

Rasional kajiannya ialah, untuk meneliti pembelian mereka atas barangan yang dibeli dari segi

perkara yang diberi perhatia. Selain itu, untuk berwaspada penduduk di LINTANG ANGSANA, SRI

IMPIAN, 11500, AYER ITAM tentang cara yang boleh menjadikan mereka pengguna yang bijak

tentang pembelian barangan.


030603070217

PENGHARGAAN

Pengkaji ingin merakam ribuan terima kasih kepada Pengetua Sekolah Menengah Hutchings,

Puan Balkhis kerana telah memberi kebenaran kepada pelajar Tingkatan 6 untuk

melaksanakan kerja kursus ini.

Selain itu, penulis kajian juga ingin mengucapkan terima kasih kepada guru mata pelajaran

Pengajian Am iaitu Cikgu Ooi Seok Hon. Hal ini demikian kerana, beliau telah banyak

membimbing, memberi tunjuk ajar, teguran dan nasihat sepanjang tempoh menjalankan

kajian ini.

Seterusnya, ribuan terima kasih juga ingin ditunjukkan kepada ibu bapa penulis kajian yang

bernama Encik Willian David dan Puan Josephine Sarah. Kedua-kedua ibu bapa penulis

kajian telah banyak menolong penulis kajian dari segi kewangan seperti pembelian bahan-

bahan untuk membuat kerja kursus. Ucapan terima kasih juga diucapkan kepada ahli-ahli

keluarga yang lain dan kawan-kawan penulis kajian yang telah memberi sokongan dan

dorongan selama kajian dilakukan.

Akhir sekali, tidak dilupakan penduduk-penduduk yang tinggal di Sri Impian Apartment.

Terima kasih diucapkan kepada mereka sudi meluangkan masa untuk menjawab borang soal

selidik dan melakukan temu bual yang telah diberikan serta memberi kerjasama yang penuh

apabila kajian telah dijalankan


030603070217

3.0 LOKASI KAJIAN

Kajian ini dijalankan di LINTANG ANGSANA, SRI IMPIAN, 11500, AYER ITAM.
Pulau Pinang merupakan salah satu daripada 13 negeri di Malaysia. Terletak di persisiran
barat laut Semenanjung Malaysia, bersempadan dengan negeri Kedah di sebelah utara dan
timur, negeri Perak di sebelah selatan dan perairan Selat Melaka di sebelah barat. Pulau
Pinang terdiri daripada bahagian pulau dan juga tanah besar yang dikenali sebagai Seberang
Perai. Keluasan kawasan pulau adalah 285 kilometer persegi yang terpisah sepenuhnya
daripada Seberang Perai. Kedua-dua bahagian dihubungkan dengan perkhidmatan feri dan
Jambatan Pulau Pinang yang panjangnya 13.5 kilometer.Bilangan penduduk dalam negeri
Pulau Pinang ialah seramai 1.7 juta penduduk.Kajian ini dijalankan di negeri Pulau Pinang

https://www.penang.gov.my/index.php/info
030603070217

3.2 Georgetown

Daerah Timur Laut ialah salah satu daripada lima daerah di Pulau Pinang. Ibu negeri Pulau
Pinang, George Town, terletak di daerah ini. Daerah ini juga dearah paling maju dan paling
berpenduduk di Pulau Pinang. Pihak berkuasa tempatan bagi daerah ini adalah Majlis
Bandaraya Pulau Pinang.Penduduknya terdiri daripada kaum Melayu,Cina,dan India.Kajian
ini dijalankan di LINTANG ANGSANA, SRI IMPIAN, 11-6-10, 11500, AYER ITAM.

https://www.penang-traveltips.com/jalan-angsana.htm
030603070217

3.3 Gambar Sri Impian Apartment

3.4 Peta Sri Impian

https://www.propertyguru.com.my/property-listing/sri-impian-penang-for-sale-by-emily-
030603070217

4.0 METODOLOGI KAJIAN

Antara tujuan menyediakan reka bentuk kajian adalah untuk menghubungkaitkan objektif

kajian dengan hasil kajian. Metodologi kajian yang digunakan oleh pengkaji untuk

melengkapkan laporan kajian ialah kaedah persampelan, kaedah pengumpulan data dan

teknik penganalisaan data.

4.1 PERSAMPELAN

Kaedah persampelan yang digunakan dalam kajian ini adalah bukan probabiliti. Persampelan

bukan probabiliti ialah satu teknik persampelan bertujuan untuk menjawab objektif yang

diutarakan oleh pengkaji. Kaedah persampelan digunakan kerana proses ini memudahkan

pengkaji untuk mendapatkan maklumat yang tepat, terkini serta relevan dengan objektif yang

telah ditetapkan. Kaedah persampelan menggunakan borang soal selidik dapat memudahkan
030603070217

pengkaji supaya dapat mendapatkan kerjasama daripada para responden. Seramai 30 orang

reponden yang tinggal di LINTANG ANGSANA, SRI IMPIAN, 11500, AYER ITAM.

telah dipilih untuk menjawab borang soal selidik ini. Responden terdiri daripada 15 orang

lelaki dan 15 orang perempuan. Saiz sampel ini dikatakan relevan menurut Bailey (1984), di

mana lebih kurang 30 kes merupakan saiz minimum bagi kajian yang memerlukan analisis

data perangkaan. Antara kriteria-kriteria yang diambil kira semasa menjalankan proses

pemilihan responden ialah mereka mesti bertempat di kawasan Sri Impian Apartment Hal ini

demikian kerana, mereka menyertai aktiviti-aktiviti yang dijalankan di dalam kajian . Selain

itu, responden mestilah berumur 18 tahun dan ke atas kerana mereka boleh membuat

keputusan dengan rasional pada usia tersebut.

4.2 PENGUMPULAN DATA

Borang soal selidik, temu bual dan kaedah kajian kepustakaan telah digunakan untuk

pengumpulan data dalam kajian ini.

4.2.1 Data Primer

Kaedah borang soal selidik, temu bual dan pemerhatian bersemuka dilakukan dengan

penduduk di kawasan sekeliling PENDUDUK LINTANG ANGSANA, SRI IMPIAN, 11500,

AYER ITAM. Georgetown, Pulau Pinang.

4.2.1.1 Borang soal selidik

Borang soal selidik merupakan kaedah utama yang sering digunakan oleh para pengkaji

untuk memperoleh data yang diperlukan. Borang soal selidik ini merupakan borang yang
030603070217

berisi soalan serta ruangan bagi responden mengisi jawapan mereka. Selain itu, soal selidik

ini berhubung terus dengan golongan sasaran. Penggunaan borang soal selidik perlu melalui

strategi mereka untuk membentuk soalan soal selidik yang bersesuaian supaya tidak berlaku

bias (Abd Rahim et al 1999). Borang soal selidik ini mestilah dibentuk berdasarkan objektif

kajian untuk mengumpul maklumat kajian supaya soalan yang disediakan tersebut tidak

menyimpang jauh daripada objektif pengkaji. Bahasa yang digunakan perlulah mudah

difahami oleh reponden. Dalam keadaan ini, responden akan faham soalan-soalan yang

disediakan oleh pengkaji semasa menjawab soalan dan tidak memberikan jawapan yang tidak

benar. Kebaikan menggunakan borang soal selidik ialah soalan-soalan yang ditanya kepada

setiap responden adalah sama. Oleh itu, penyelidik boleh membezakan jawapan pelbagai

responden. Akhirnya, kaedah ini mempercepatkan kerja pengumpulan data dan memastikan

kualiti maklumat yang dikumpul oleh pengkaji. Sebanyak 30 set borang soal selidik telah

diedarkan kepada penduduk di sekitar Sri Impian Apartment . Borang ini dikutip balik

selepas dijawab. Sila lihat bahagian lampiran untuk borang soal selidik dalam kajian ini.

4.2.1.2 Temu bual

Temu bual adalah kaedah kedua yang digunakan dalam pengumpulan data. Pengkaji

hendaklah menemu bual orang sumber untuk mendapatkan maklumat tentang kajian yang

dilakukan. Soalan temu bual akan ditanya menurut objektif kajian dan konsep yang

ditetapkan. Temu bual ini berbentuk terbuka dan tertutup supaya responden dapat

memberikan jawapan dan pendapat mereka dengan bebas dan mengikut perasaan mereka

terhadap soalan yang ditanya. Pengkaji telah menemu bual dengan William David yang

merupakan seorang pekerja dan Encik Jason juga seseorang pekerja di Sri Impian Apartment

dan Puan Sarah seorang penduduk . Hasil temu bual akan digunakan untuk memproses data

yang boleh menambah baik hasil kajian ini.


030603070217

4.2.1.3 Pemerhatian

Kaedah Pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk mengumpul

maklumat selain borang soal selidik dan temu bual. Melalui pemerhatian, pengkaji memerhati

perubahan-perubahan tingkah laku, mendengar, serta melihat tingkah laku sama ada dari jauh

atau dari dekat.

Kebaikan menggunakan kaedah pemerhatian ialah aspek-aspek sahsiah yang penting

biasanya dapat ditentukan dengan lebih berkesan berbanding dengan kaedah borang soal

selidik atau temu bual. Aspek-aspek fizikal dapat dikaji dengan membuat pemeriksaan,

ukuran, taksiran, dan bandingan dengan satu-satu piawai melalui pemerhatian langsung.

Pengkaji telah menggunakan kaedah pemerhatian untuk memerhatikan aktiviti-aktiviti yang

dijalankan di Sunshine Farlim Georgetown, Pulau Pinang. Antaranya ialah apabila pengguna

membuat pembelian mereka

Jadual 1: Aktiviti Pemerhatian Yang Dilaksanakan Di PENDUDUK LINTANG ANGSANA,

SRI IMPIAN, 11500, AYER ITAM. Georgetown, Pulau Pinang.

Bil. Tarikh/Hari Aktiviti pemerhatian yang dilaksanakan

1. (September Aktiviti pemberian borang soal selidik.

2) Borang

Soal Selidik

2. September 3 Aktiviti kutipan Borang Soal Selidik

3. September 4 Temu Bual

(Sumber: Kajian Lapangan 2022)


030603070217

4.2.2 Data Sekunder

Data sekunder diperoleh daripada perpustakaan dan sekolah. Data-data penting termasuklah

buku-buku, majalah, keretan akhbar, jurnal-jurnal dan bahan ilmiah lain. Selain itu, peta juga

diperoleh daripada laman web.

4.2.2.1 Kajian Kepustakaan

Kaedah kajian kepustakaan digunakan untuk mendapatkan data dan mengukuhkan lagi

kajian yang dibuat terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Sunshine Farlim, Gerogetown,

Pulau Pinang. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2016), kepustakaan bermaksud

semua buku terbitan, buku hasil karya dan sebagainya tentang sesuatu bidang ilmu

pengetahuan dan sebagainya. Bahan-bahan bertulis yang diterbitkan seperti kamus, buku,

majalah dan sumber daripada internet digunakan oleh pengkaji bagi mendapatkan maklumat

berkenaan. Kamus merupakan bahan rujukan berisi kata-kata yang disertai makna dan

disusun mengikut abjad, dilengkapi cara mengeja, menulis suku kata, persamaan, lawan kata

dan penggunaannya dalam ayat (Safinah Saufi, 2014). Maklumat-maklumat juga boleh

diperolehi daripada laman web supaya pengkaji dapat mencari maklumat dengan lebih cepat

dan tepat.
030603070217

5.0 DAPATAN KAJIAN

Borang soal selidik kerja kursus ini terdiri daripada tiga bahagian iaitu Bahagian A:

Demografi atau maklumat responden, Bahagian B: Mengenalpasti perkara yang diberi

perhatian oleh penduduk ketika ingin membeli barang keperluan DI LINTANG ANGSANA,

SRI IMPIAN, 11500 AYER ITAM, PULAU PINANG. Bahagian C: Mengkaji usaha-usaha

yang boleh dilakukan bagi meningkatkan lagi kesedaran pengguna biijak dalam kalangan

penduduk LINTANG ANGSANA, SRI IMPIAN, 11500 AYER ITAM, PULAU PINANG.

Skala Likert yang digunakan dalam borang soal selidik ini terdiri daripada 1. Setuju,

2. Tidak Pasti, 3. Tidak Setuju. Maklumat dan data yang diproses bagi mendapatkan statistik

seperti nilai peratusan dan bentuk rajah seperti cara paid an graf bar.
030603070217

5.1 Analisis Demografi Responden

Dalam kajian ini, sebanyak 30 soal selidik telah diedarkan secara rawak kepada 30 orang

yang terdiri daripada penduduk Lintang Angsana, Sri Impian. Huraian analisis latar belakang

responden melibatkan aspek janitina, umur, kaum .

5.1.1 Analisis Demografi Responden Berdasarkan Jantina

Jantina Bilangan Responden (orang) Peratus(%)

Perempuan 16
53.3

Lelaki 14
46.7

Jumlah 30
100

Jadual 1: Jantina Responden

53.3% 46.7%
030603070217

Rajah 1 menunjukkan demografi responden berdasarkan jantina dalam kalangan penduduk

Lintang Angsana Sri Impian. Daripada 30 orang responden yang menjawab soal selidik,

seramai 14 orang lelaki yang bersamaan dalam peratus ialah 46.7% manakala

perempuan seramai 16 orang responden dan dalam peratusan adalah sebanyak 53.3%.

Jumlah bilangan responden yang terlibat dalam kajian tersebut adalah hampir sama

bagi kedua-dua jantina iaitu lelaki dan perempuan. Terdapat perbezaan jurang yang kecil

dalam pemilihan jantina responden. Maklumat yang lebih jelas boleh diperoleh dengan

merujuk Jadual 1 dan Rajah 1 di atas.

Kajian ini diadakan untuk mengenal pasti tahap kepekaan warga penduduk penduduk

Lintang Angsana, Sri Impian, 11500, Ayer Itam kepada amalan pengguna bijak dan

Mengkaji usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi meningkatkan lagi kesedaran pengguna

biijak dalam kalangan penduduk LINTANG ANGSANA, SRI IMPIAN, , 11500, AYER

ITAM, Pulau Pinang

5.1.1.2 Analisis Demografi Responden Berdasarkan Umur

Kategori Umur Bilangan Responden Peratus(%)


(umur)

15-20 8 26

21-30 14 47

31-40 6 20

41 dan ke atas 2 7

Jumlah 30
100
030603070217

Jadual 2: Kategori Umur Responden graf garis

Rajah 2: Peratus Responden Berdasarkan Kategori Umur

Rajah 2 menunjukkan demografi responden berdasarkan umur dalam kalangan

penduduk di penduduk Lintang Angsana, Sri Impian, 11500, Ayer Itam. Daripada 30 orang

responden yang disoal selidik, seramai 8 orang responden yang berumur dalam

lingkungan 15-20 tahun (26%) manakala responden yang berumur dalam lingkungan

21-30 tahun adalah seramai 14 orang iaitu (47%). Seterusnya, seramai 6 orang responden

terdiri dalam lingkungan yang berumur 31-40 tahun (20%) manakala yang terakhir

adalah lingkungan umur 41 tahun dan keatas yang terdiri daripada 2 orang responden iaitu

(7%).

Majoriti responden yang terlibat dalam kajian ini adalah golongan yang berumur 21-30

tahun. Bagi mendapatkan pandangan yang berbeza terhadap perkhidmatan penghantaran


030603070217

makanan, pengkaji telah mengedarkan borang soal selidik kepada responden yang

berbeza iaitu daripada pelbagai lapisan umur. Golongan yang berumur antara 21-30

tahun yang menetap di penduduk Lintang Angsana, Sri Impian, 11500, Ayer Itam telah

terbukti lebih banyak menggunakan perkhidmatan penghantaran makanan iaitu mewakili

47% daripada keempat-empat kategori umur yang dinyatakan. Hal ini kerana, golongan ini

merupakan golongan yang berkerja.

Bangsa Responden Bilangan Responden Peratusan Responden

Melayu 17 orang 57%

Cina 8 orang 27%

India 4 orang 13%

Lain-lain 1 orang 3%

Jadual dan Rajah 3 menunjukkan responden terdiri daripada kaum Melayu, Cina, India, dan

lain-lain. Responden kaum Melayu telah mengungguli carta dengan bilangan responden

seramai 17 orang (57%) daripada 30 orang responden. Kaum Cina berada di tingkat kedua

carta dengan bilangan responden seramai lapan orang (27%). Terdapat empat orang

responden kaum India (13%) dan seorang lain-lain (3%).


030603070217

5.1.5 Analisis Demografi Responden Berdasarkan Pendapatan

Pendapatan Bilangan Responden Peratus (%)


(orang)

RM 1500 Dan Ke Bawah 12 40

RM 1501 Ke RM 3000 7 23.3

RM 3001 Ke RM 4500 9 30

RM 4501 Dan ke atas 2 6.7

Jumlah 30 100

Jadual 5: Pendapatan responden


030603070217

Rajah 5 menunjukkan demografi responden berdasarkan pendapatan responden yang disoal

selidik. Daripada 30 orang responden, terdapat 12 orang responden yang berpendapatan RM

1500 dan ke bawah iaitu sebanyak (40%) manakala responden yang berpendapatan

RM1501 ke RM3000 adalah seramai 7 orang (23.3%). Seterusnya, terdapat 9 orang yang

berpendapatan RM3001 ke RM4500 iaitu sebanyak (30%). Akhir sekali, hanya 2 orang

responden sahaja yang mempunyai pendapatan RM4501 dan ke atas yang bersamaan (6.7%).

Majoriti responden yang terlibat dalam kajian ini adalah yang berpendapatan RM1500

dan ke bawah. Hal ini dikatakan demikian kerana responden tersebut kebanyakannya

adalah golongan B40. Oleh itu, kadar pendapatan responden terbabit adalah berada dalam

lingkungan RM 1500 dan ke bawah. Selain itu, kebanyakan responden adalah terdiri

daripada pelajar institut pengajian tinggi yang masih menyambung pelajaran mereka

dan tidak bekerja lantas menjadikan mereka berpendapatan di bawah RM1500.

5.2 Perkara yang diberi perhatian oleh penduduk LINTANG ANGSANA, SRI IMPIAN, 11500,

AYER ITAM, Pulau Pinang. ketika ingin membeli barang keperluan iaitu mengambil inisiatif

membaca review atau pandangan orang ramai.

Jantina Bilangan Responden (orang) Peratus(%)

Ya 28
93.3

Tidak 2
6.7

Jumlah 30
100
030603070217

Rajah 6: Bilangan Responden Yang Mengambil Inisiatif

Membaca review atau pandangan orang ramai.

Berdasarkan rajah di atas, daripada 30 responden, terdapat 28 responden sering mengambil

inisiatif membaca review atau pandangan orang ramai dan 2 orang tidak membuatnya.

5.2.1 Adakah anda Melihat Tempat Kedatangan Barangannya.

Bilangan Responden melihat Bilangan Responden Peratus(%)


tempat kedatangan
barangannya.

YA 29 96.7

TIDAK 1 3.3
030603070217

Bilangan Responden
3.3

96.7

YA TIDAK

Rajah 7: Responden Yang Melihat Kedatangan Barangnya.

Berdasarkan rajah di atas, daripada 30 responden, terdapat 29 responden sering melihat


kedatangan barangnya dan 1 responden tidak membuat perbandingan harga ketika membeli.

5.2.2 Kekerapan Pembelian Barang Dalam 1 Bulan

Kekerapan Bilangan Responden Peratus Responden (%)

Sangat Kerap 8 26.6

Kerap 8 26.6

Jarang 8 26.6

Sangat Jarang 6 20.2

JUMLAH 30 100%

Jadual 8: Menunjukkan Kekerapan Pembelian Barang Dalam 1 Bulan oleh Responden


030603070217

Rajah 8: Kekerapan Pembelian Barang Dalam 1 Bulan

Berdasarkan rajah di atas, menunjukkan penduduk Lintang Angsana, Sri Impian, 11500,

Ayer Itam dalam kekerapan membeli barang dalam tempoh 1 Bulan. Empat Kategori telah

dibahagikan . Pertamanya , Sangat Kerap menunjukkan 8 responden telah mengamalkan

pembelian yang sangat kerap yang peratusnya ialah 26.6%. Keduanya, Kerap menunjukkan 8

responden telah mengambil pilihan tersebut dan peratusnya adalah 26.6 %. Ketiga, Jarang

Kekerapan Pembelian Dalam 1 Bulan


30

25

20

15

10

0
Sangat Kerap Kerap Jarang Sangat Jarang

Bilangan Responden
menunjukkan 8 responden juga telah memilihnya dan peratusannya ialah 26.6%. Keempat,

ialah sangat jarang menunjukkan 6 responden yang peratusannya ialah 20.2%.

Jadual 9 : Perkara yang diambil oleh responden untuk melihat kualiti barangan oleh
penduduk penduduk Lintang Angsana, Sri Impian, 11500, Ayer Itam

Kaedah yang diambil oleh responden Bilangan Responden


untuk melihat kualiti barangan

Menepati Kualiti 23
030603070217

Memenuhi Kriteria 17

Warna Yang Sama 15

Melihat Keterangan barang 11

Merujuk Pandangan Orang Lain 7

Membandingkan Harga ikut jenama 27


030603070217

Perkara Yang Digunkan oleh Penduduk


Lintang Angsana, Sri Impian, 11500, Ayer Itam semasa membeli Barangan.

30

25

20
Bilangan Responden

15

10

0
Kaedah Yang Digunakan
Membandingkan Harga Ikut Jenama Menepati Kualiti
Memenuhi Kriteria Warna Yang Sama
Melihat Keterangan barang Merujuk Pandangan orang lain

Rajah 9: Kaedah Yang Digunakan Oleh Penduduk Lintang Angsana, Sri Impian,
11500, Ayer Itam semasa membeli barangan.

Berdasarkan rajah di atas, 22 daripada 30 orang mengambil perhatian tentang menepati

kualiti barangan semasa pembelian kerana kualiti diutamakan oleh mereka terdahulu untuk

mengelak sebarang kekecewaan. Kedua, untuk bahagian memenuhi kriteria pula, terdapat 17

orang daripada 30 orang yang mengambil pilihan tersebut. Ini, disebabkan bagi mereka,

tujuan pembelian mereka tidak membenarkan mereka mengambil pilihan lain yang mungkin

akan menjejaskan penggunaan barangan tersebut atas tujuannya. Ketiga , warna yang sama .

15 orang daripada 30 orang mengambil pilihan ini untuk berasa lebih selamat terhadap

pembelian barangan tersebut. Keempat, melihat keterangan barang. 11 orang daripada 30

orang memilih pilihan tersebut. Semasa pembelian untuk tidak berlaku pembelian yang salah
030603070217

mereka ini berwaspada. Kelima, merujuk pandangan orang lain ialah 7 daripada 30 orang

sahaja. Mereka tergolong kepada penukaran barangan pembelian dengan kedengaran produk

baharu. Keenam, membandingkan harga ikut jenama ialah 27 daripada 30 orang. Mereka

berjimat-cermat dengan mengikut kadar pendapatan mereka.

Jadual 10: Kaedah yang digunakan oleh responden adalah efektif dalam memilih
barang.

Kaedah yang digunakan Bilangan Responden Peratus (%)


oleh responden untuk
memilih barang adakah
efektif ?.

Sangat Efektif 12 40

Kurang Efektif 12 40

Tidak Efektif 6 20

Kaedah yang digunakan oleh responden untuk memilih


barang adakah efektif.

Sangat efektif Kurang Efektif Tidak Efektif


030603070217

Rajah 10: Kaedah yang digunakan oleh responden untuk memilih barang adakah
efektif.

Berdasarkan rajah di atas, kaedah yang digunakan oleh responden untuk memilih barang

adakah efektif terbahagi kepada tiga. Pertamanya, sangat efektif dipilih oleh 12 orang

daripada 30 orang kerana mereka menggangap cara pilihan barangan ketika pembelian adalah

tepat dan bagus. Keduanya, Kurang Efektif dipilih oleh 12 orang daripada 30 orang kerana

pemilihan barangan sewaktu pembelian adalah kurang tepat. Ketiga, Tidak Efektif dipilih

oleh 6 orang daripada 30 orang kerana mungkin pembelian mereka tidak bertujuan.

BAHAGIAN C: MENGKAJI USAHA-USAHA YANG BOLEH DILAKUKAN


BAGI MENINGKATKAN LAGI KESEDARAN PENGGUNA BIIJAK DALAM
KALANGAN PENDUDUK LINTANG ANGSANA, SRI IMPIAN , 11500, AYER
ITAM, PULAU PINANG

5.3.1 Usaha- Usaha yang boleh dilakukan bagi meningkatkan lagi kesedaran
pengguna bijak dalam kalangan penduduk LINTANG ANGSANA, SRI IMPIAN,
11500, AYER ITAM, PULAU PINANG.

Jadual 11: Usaha- Usaha yang boleh dilakukan bagi meningkatkan lagi kesedaran pengguna
bijak dalam kalangan penduduk LINTANG ANGSANA, SRI IMPIAN, 11500, AYER
ITAM, PULAU PINANG.

Bil Usaha- usaha yang Setuju Tidak TidakSetuju


boleh (1) Pasti (3)
Dilakukan bagi (2)
meningkatkan lagi
kesedaran pengguna
bijak dalam kalangan
penduduk.
030603070217

1 Sedar tindakan 25 4 1
terhadap dirinya.
83.3% 13.3% 3.4%

2 Program Kesedaran 5 20 5
Pengguna

16.7% 66.6% 16.7%

3 Peka dan prihatin 5 10 15


terhadap barang yang
dibeli.
16.7% 33.3% 50%

4 Melengkapkan diri 10 10 10
dengan ilmu
kepengunaan.
33.3% 33.3% 33.3%

5 Mengelakkan diri 12 8 10
daripada berhutang

40% 26.7% 33.3%

6 Mendapatkan 7 20 3
maklumat sebelum
melakukan pembelian.
23.3% 66.7% 10%
030603070217

Usaha-usaha yang boleh dilakkukan bagi meningkatkan lagi


kesedaran pengguna bijak dalam kalangan penduduk
Lintang Angsana, Sri Impian, 11500, Ayer Itam Pulau Pinang

30

25

20
Bilangan Responden

15

10

0
Sedar tin- Program Peka dan pri- Melengkap- Mengelakkan Mendapatkan
dakan Kesedaran hatin ter- kan diri den- diri daripada maklumat
terhadap Pengguna hadap barang gan ilmu berhutang sebelum
dirinya. yang dibeli Persepsi
kepengunaan. melakukan
pembelian.

setuju tidak pasti tidak setutju

Tajuk: Usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi meningkatkan lagi kesedaran pengguna
bijak dalam kalangan penduduk LINTANG ANGSANA, SRI IMPIAN, , 11500, AYER
ITAM, Pulau Pinang.

Berdasarkan rajah di atas, Usaha- usaha yang boleh dilakukan bagi meningkatkan lagi

kesedaran pengguna bijak dalam kalangan penduduk LINTANG ANGSANA, SRI IMPIAN, ,

11500, AYER ITAM, Pulau Pinang. Terdapat 25 orang daripada 30 setuju untuk pilihan

sedar akan tindakan terhadap dirinya. Peratusnya, ialah 83.3 %. Mereka mengamalkan

amalan pengguna bijak dari responden yang lain. Responden yang tidak pasti ialah 4 orang

daripada 30 dan peratusnya adalah 13.3%. Mungkin mereka tidak meneliti tentang pembelian
030603070217

mereka. Ketiga, orang yang tidak setuju ialah 1 orang daripada 30 orang dan peratusnya ialah

3.4%. Seseorang itu tidak amalkan pengunna bijak .

Selain itu, usaha yang kedua ialah Program Kesedaran Pengguna . Terdapat 5 responden yang

setuju untuk mengadakannya daripada 30 orang. Peratusnya ialah, 16.7% . Mereka mahu

meneliti tentang pengguna barang terhadap barang yang dibeli. Kedua, mereka yang tidak

pasti ialah 20 daripada 30 orang. Peratusnya ialah, 66.6% . Mungkin mereka tidak

mempunyai masanya untuk program kesedaran pengguna seperti berikut. Ketiganya, mereka

yang tidak setuju ialah 5 orang responden daripada 30 orang. Peratusnya , ialah 16.7%.

Mereka tidak menghiraukan tentang amalan pengguna bijak .

Tambahan pula, usaha yang ketiga ialah peka dan prihatin terhadap barang yang dibeli.

Berdasarkan rajah tersebut, 5 orang daripada 30 orang . Peratusnya, 16.7%. Mereka tahu

akan barang yang akan dibeli sebab telah digunakan atau dilayari di laman web ataupun

semasa bersosial dengan penduduk lain. Terdapat 10 orang daripada 30 orang telah tidak

pasti . Peratusnya, 33.3%. Mereka tidak menghiraukan tentang kewujudan barang tetapi

barang harus dibeli oleh mereka. Terdapat, 15 orang daripada 30 orang tidak setuju akan

usaha ini. Peratusnya, 50%. Mereka tidak mengamalkan sikap prihatin barang yang dibeli.

Lebih lagi, usaha yang keempat ialah melengkapkan diri dengan ilmu kepengunaan.

Berdasarkan rajah, terdapat 10 orang daripada 30 orang telah setuju akan usaha ini.

Peratusnya ialah, 33.3% . Mereka telah mengamalkan sikap kerajinan untuk membeli

barangan tersebut. Terdapat 10 orang tidak pasti daripada 30 tentang usaha ini. Peratusnya

ialah, 33.3%. Mereka mugkin telah tahu cara tentang kepengunaan barang tersebut. Ketiga,

10 orang daripada 30 orang tidak menyokong usaha ini. Peratusnya ialah, 33.3%. Mereka

tidak mempedulikan tentang cara kepengunaan barang tersebut.


030603070217

Selain itu, usaha yang kelima ialah melengkapkan diri daripada berhutang. Berdasarkan rajah

di atas, 12 orang daripada 30 orang telah setuju tentang usaha ini. Untuk hidup yang lancar

mereka telah setuju . Peratusnya ialah, 40%. Kedua, 8 orang daripada 30 orang tidak pasti

tentang usaha ini. Peratusnya ialah, 26.7%. Mereka menganggap tentang contoh barang yang

dibeli berdasarkan kemampuan mereka. Ketiga, tidak setuju ialah 10 orang daripada 30

orang. Peratusnya, 33.3%.

Akhir sekali, usaha yang keenam ialah, mendapatkan maklumat sebelum melakukan

pembelian. Terdapat 7 orang yang setuju daripada 30 orang. Mereka telah mengambil sikap

kepekaan tentang barang yang akan dibeli. Peratusnya ialah, 23.3%. Responden yang tidak

pasti ialah 20 orang daripada 30 orang. Mereka memlihnya kerana mereka mengambil

barangan yang ditawarkan sahaja . Responden yang tidak setuju ialah, 3 orang daripada 30

orang dan peratusnya ialah, 10%.

5.4 HASIL DAPATAN BORANG SOAL SELIDIK

Daripada hasil dapatan borang soal selidik, objektif kajian pertama dan kedua telah dicapai.

Pengkaji telah mengenal pasti perkara yang diberi perhatian oleh penduduk ketika ingin

membeli barang keperluan LINTANG ANGSANA, SRI IMPIAN, 11500, AYER ITAM,

Pulau Pinang.

Antara perkara-perkaranya ialah mengambil inisiatif membaca review atau pandangan orang

ramai, melihat tempat kedatangan barangannya , kekerapan pembelian dilakukan, sediakan

senarai nama barangan yang hendak dibeli, antara perkara yang diambil untuk melihat kualiti

barangan dan kaedah yang digunakan adakah berefektif dalam pemilihan barangan . Pengkaji

telah mengkaji bahawa perkara yang diberi perhatian oleh penduduk ketika ingin membeli

barang keperluan yang bertempat di Lintang Angsana, 11500, Sri Impian ialah

membandingkan harga dengan jenama yang lain. Amalan yang paling kurang diamalkan oleh
030603070217

penduduk-penduduk ialah merujuk pandangan orang lain. Pengkaji telah mengenal pasti

perkara yang diberi perhatian oleh penduduk ketika ingin membeli barang keperluan.

Seterusnya, pengkaji juga memperoleh maklumat dengan mengkaji usaha-usaha yang boleh

dilakukan bagi meningkatkan lagi kesedaran pengguna bijak dalam kalangan penduduk

LINTANG ANGSANA, SRI IMPIAN, 11500, AYER ITAM, Pulau Pinang. Responden telah

menjawab borang soal seildik dan pengkaji telah mengkaji usaha-usaha yang boleh

dilakukan bagi meningkatkan lagi kesedaran pengguna biijak dalam kalangan penduduk

ialah sedar tindakan terhadap dirinya, program kesedaran pengguna, peka dan prihatin

terhadap barang yang dibeli, melengkapkan diri dengan ilmu kepengunaan, melengkapkan

diri daripada berhutang, mendapatkan maklumat sebelum melakukan pembelian.

Usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi menigkatkan lagi kesedaran pengguna bijak dalam

kalangan penduduk yang paling banyak responden sangat setuju ialah sedar tindakan

terhadap dirinya manakala usaha yang majoriti responden tidak setuju ialah melengkapkan

diri daripada berhutang. Usaha yang paling rendah responden setuju ialah Peka dan prihatin

terhadap barang yang dibeli.

5.5 TEMU BUAL

Dalam kaedah ini, pengkaji telah meluangkan masa bersama-sama dengan seorang ahli

jawatankuasa di Lintang Angsana, Sri Impian, Ayer Itam, 11500 iaitu Puan Sarah dan dua

orang pekerja sukarela di situ iaitu Encik William dan Encik Jason untuk mengumpul

maklumat tentang lokasi kajian iaitu Lintang Angsana, Sri Impian, 11500 Pualu Pinang.

5.5.1 Proses Temu Bual Dengan Puan Sarah

Pengkaji: Salam sejahtera puan, pada pendapat anda, apakah perkara yang
030603070217

diberi perhatian oleh anda ketika ingin membeli barang

keperluan di LINTANG ANGSANA, SRI IMPIAN, 11500,

AYER ITAM, Pulau Pinang?

Responden: Saya akan melihat harga barangan terlebih dahulu supaya tidak

menjejaskan kewangan perumhan.

Pengkaji: Ok...Soalan yang kedua, apakah barangan yang selalu dibeli?

Responden: Barangan yang dibeli ialah barangan keperluan . Terakhir sekali

adalah berbelanja mengikut senarai yang dibuat dan bawa

jumlah wang yang diperuntukkan untuk barang yang ada dalam

senarai sahaja.

Pengkaji: Ok...Soalan yang ketiga, adakah pembelian barangan anda

memuaskan.

Responden: Ya. Kadang-kadang memuaskan dan kadang-kadang tidak

datang dengan bentuk yang dijangka.

Pengkaji: Ok...Soalan yang keempat, usaha-usaha yang boleh dilakukan

bagi meningkatkan lagi kesedaran pengguna bijak?

Responden: Ya, saya akan menyemak tarikh luput makanan sebelum

membeli kerana saya berpengalaman telah terbeli beberapa

produk makanan yang sebenarnya sudah tamat tempoh dan kes

tersebut telah membuat saya menjadi lebih berhati hati untuk

membeli apa apa barang makanan . Ini akan sedar tindakan saya

terhadap barangan yang dibeli.

Pengkaji: Ok...Soalan yang kelima, adakah anda akan tawar-menawarkan

harga dengan penjual semasa membeli barang di pasar?


030603070217

Responden: Ya saya akan tawar menawar harga dengan penjual semasa

membeli barang di pasar untuk memastikan harga barang seiring

dan munasabah.

Pengkaji: Ok...terima kasih puan.

Pengkaji: Soalan terakhir, beberapa kali anda akan membeli barangan ?

Responden: Sebulan mungkin 4 hingga 5 kali sahaja.

Pengkaji: Terima Kasih atas Kerjasama anda.

5.5.2 Proses Temu Bual dengan Encik Jason

Pengkaji: Salam sejahtera encik , pada pendapat anda, apakah perkara

yang diberi perhatian oleh anda ketika ingin membeli barang

keperluan di LINTANG ANGSANA, SRI IMPIAN, 11500,

AYER ITAM, Pulau Pinang?

Responden: Saya akan melihat kedatangan barangnya, adakah buatan

Malaysia ataupun tidak.

Pengkaji: Ok...Soalan yang kedua, apakah barangan yang selalu dibeli?

Responden: Barangan yang dibeli ialah barangan keperluan dan barangan

mentah .

Pengkaji: Ok...Soalan yang ketiga, adakah pembelian barangan anda

memuaskan.

Responden: Ya sangat memuaskan kerana saya sentiasa meneliti terlebih

dahulu barang yang ingin dibeli .

Pengkaji: Ok...Soalan yang keempat, usaha-usaha yang boleh dilakukan

bagi meningkatkan lagi kesedaran pengguna bijak?


030603070217

Responden: Ya , saya akan sentiasa berwaspada kepada bentuk bungkhusan

barang tersebut dan tarikh luputnya.

Pengkaji: Ok...Soalan yang kelima, adakah anda akan tawar-menawarkan

harga dengan penjual semasa membeli barang di pasar?

Responden: Kadang-kadang saya akan tawar menawarkan harga ikut kepada

jenis barangan .

Pengkaji: Ok...terima kasih encik.

Pengkaji: Soalan terakhir, beberapa kali anda akan membeli barangan ?

Responden: Sebulan 5 kali .

Pengkaji: Terima Kasih atas Kerjasama anda.

5.5.3 Proses Temu Bual Dengan Encik Williiam

Pengkaji: Salam sejahtera encik , pada pendapat anda, apakah perkara

yang diberi perhatian oleh anda ketika ingin membeli barang

keperluan di LINTANG ANGSANA, SRI IMPIAN, 11500,

AYER ITAM, Pulau Pinang?

Responden: Saya akan terlebih dahulu memperhatikan harga barangan

tersebut dan mengambil barang yang dipromosikan jika ada.

Pengkaji: Ok...Soalan yang kedua, apakah barangan yang selalu dibeli?

Responden: Barangannya ialah Keropok, Barangan Dapur dan Barangan

Keperluan Am .

Pengkaji: Ok...Soalan yang ketiga, adakah pembelian barangan anda

memuaskan.

Responden: Oleh kerana selama sekurang-kurang 5 bulan berturut saya


030603070217

memakai produk yang sama dengan setiap barangan saya berasa

amat memuakan .

Pengkaji: Ok...Soalan yang keempat, usaha-usaha yang boleh dilakukan

bagi meningkatkan lagi kesedaran pengguna bijak?

Responden: Saya akan melihat di laman sosial tentang ciri-ciri pengguna

bijak sebelum saya pergi membuat pembelian barangan.

Pengkaji: Ok...Soalan yang kelima, adakah anda akan tawar-menawarkan

harga dengan penjual semasa membeli barang di pasar?

Responden: Ya jika saya merasai harga terlampau.

Pengkaji: Ok...terima kasih encik.

Pengkaji: Soalan terakhir, beberapa kali anda akan membeli barangan ?

Responden: Sebulan 8 kali .

Pengkaji: Terima Kasih atas Kerjasama anda.

5.6 HASIL DAPATAN TEMU BUAL

Daripada hasil temu bual dengan Puan Sarah , Encik Jason dan Encik William , pengkaji

telah mengetahui bahawa penduduk telah memberi perhatian dan mengenal pasti kepada

perkara yang betul untuk pembelian barangan. Contohnya, Puan Sarah melihat harga

barangan dahulu supaya tidak terjejas dalam kewangan bermaksudnya mengelakkan diri

daripada berhutang. Kedua encik Jason , akan melihat kedatangan barangannya terlebih

dahulu supaya mendapat kualiti yang bagus terhadap barangan tersebut. Ketiga encik William

, akan melihat harga barangan tersebut dan mengambil barangan promosi jika ada . Ini telah

menunjukkan sikap berhemat . Dalam soalan yang kedua, barangan yang selalu dibeli oleh

mereka ialah. Barangan keperluan, Barangan bahan mentah untuk dimasak, Barangan
030603070217

Keprluan Am dan Barang Dapur. Dalam soalan ketiga, adakah pembelian memuaskan untuk

anda , mereka bertiga memberi jawapan yang berbeza. Puan Sarah menyatakan bahawa ,

kadang-kadang sahaja memuaskan dan kadang-kadang didatang dengan bentuk tidak seperti

asalnya. Encik Jason menyatakan bahawa, selama sekurang-kurang 5 bulan berturut beliau

memakai produk yang sama dengan setiap barangan beliau berasa amat memuaskan. Soalan

keempat, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi meningkatkan lagi kesedaran

pengguna bijak. Mereka bertiga menjawabnya dengan berbeza. Puan Sarah menyatakan

bahawa beliau akan menyemak tarikh luput dan berhati hati untuk membeli apa apa barang

makanan. Encik Jason pula , akan sentiasa berwaspada pada tarikh luputnya dan bentuk

pembungkhusannya. Encik William pula, akan melihat di laman sosial tentang ciri-ciri

pengguna bijak sebelum beliau pergi membuat pembelian barangan. Soalan kelima ialah,

adakah tawar-menawar harga akan dibuat dengan penjual semasa pembelian barang di pasar?.

Puan Sarah, menyatakan bahawa beliau akan tawar menawar harga dengan penjual semasa

membeli barang di pasar untuk memastikan harga barang seiring dan munasabah. Encik

Jason pula, beliau akan menwarkan harga megikut jenis barangan . Encik William pula, akan

menwarkan harga jika merasai terlampau sahaja.

6.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, objektif pertama dan kedua kajian telah dipenuhi. Objektif pertama kajian

ini adalah untuk Mengenal pasti perkara yang diberi perhatian oleh penduduk ketika ingin

membeli barang keperluan LINTANG ANGSANA, SRI IMPIAN, 11500, AYER ITAM,

Pulau Pinang.. Objektif kedua kajian ini adalah untuk Mengkaji usaha-usaha yang boleh

dilakukan bagi meningkatkan lagi kesedaran pengguna biijak dalam kalangan penduduk

LINTANG ANGSANA, SRI IMPIAN, 11500, AYER ITAM, Pulau Pinang


030603070217

Berdasarkan hasil kajian yang telah dikumpulkan, pengkaji dapat Mengenal pasti perkara

yang diberi perhatian oleh penduduk ketika ingin membeli barang keperluan LINTANG

ANGSANA, SRI IMPIAN, 11500, AYER ITAM, Pulau Pinang. Kebanyakan responden

lebih membelikan barang ikut kemampuan pendapatan mereka, mereka juga akan

membandingkan harga dengan jenama yang lain supaya tidak berbelanja dengan lebih dan

kaedah yang mereka menggunakan kelebihan berasa sangat efektif dengan pembelian

barangan.

Seterusnya, pengkaji juga Mengkaji usaha-usaha yang boleh dilakukan bagi meningkatkan

lagi kesedaran pengguna bijak dalam kalangan penduduk LINTANG ANGSANA, SRI

IMPIAN, 11500, AYER ITAM, Pulau Pinang .. Dengan dapatan ini, objektif kedua tercapai

iaitu Usaha- usaha yang boleh dilakukan bagi meningkatkan lagi kesedaran pengguna bijak

dalam kalangan penduduk. Pengkaji telah mendapat maklumat bahawa perkara yang paling

banyak dipilih oleh responden bagi sangat setuju ialah sedar akan tindakannya.

7.0 LAMPIRAN
030603070217

KOLEJ TINGKATAN ENAM HUTCHINGS,


LEBUH FARQUHAR, 10200 GEORGETOWN, PULAU PINANG.

BORANG SOAL SELIDIK

Perkara yang diberi perhatian oleh penduduk ketika ingin membeli barang keperluan
Di LINTANG ANGSANA, SRI IMPIAN, 11500, AYER ITAM,.GEORGETOWN,
PULAU PINANG.
Maklumat kepada responden:

Soal selidik ini adalah bertujuan untuk Mengenal pasti perkara yang diberi perhatian oleh
penduduk ketika ingin membeli barang keperluan LINTANG ANGSANA, SRI IMPIAN,
11500, AYER ITAM, Pulau Pinang. DAN Mengkaji usaha-usaha yang boleh dilakukan
bagi meningkatkan lagi kesedaran pengguna bijak dalam kalangan penduduk

BAHAGIAN A: DEMOGRAFI RESPONDEN

Sila tanda (√) dalam ruangan yang disediakan.

1. JANTINA
Lelaki

Perempuan

2. Kaum
Melayu

Cina

India

Lain-lain:

Lingkungan umur
3.
030603070217

15 HINGGA 20 TAHUN

21 HINGGA 30 TAHUN

31 HINGGA 40 TAHUN

41 TAHUN DAN KE ATAS

4. Pendapatan
RM 1500 DAN KE BAWAH
RM 1501 KE RM RM 3000
RM 3001 KE RM 4500
RM 4501 DAN KE ATAS

BAHAGIAN B: MENGENALPASTI PERKARA YANG DIBERI PERHATIAN OLEH


PENDUDUK KETIKA INGIN MEMBELI BARANG KEPERLUAN DI LINTANG
ANGSANA, SRI IMPIAN, 11500 AYER ITAM, PULAU PINANG.
030603070217

jawapan bagi soalan 4.

1. Adakah anda mengambil inisiatif membaca review atau pandangan orang ramai?

Ya

Tidak

2. Adakah anda melihat tempat kedatangan barangannya?

Ya

Tidak

3. Berapa kali anda membeli barangan satu bulan?


Sangat kerap

Kerap

Jarang

Sangat jarang

4. Apakah antara perkara yang diambil oleh anda untuk melihat kualiti barangan?

Menepati kualiti
Memenuhi kriteria
Warna yang sama
Melihat keterangan barang
Merujuk pandangan orang lain
Membandingkan harga ikut jenama

5. Adakah kaedah yang digunakan oleh anda adalah efektif dalam memilih barang ?
Sangat efektif

Kurang efektif
030603070217

Tidak efektif

BAHAGIAN C: MENGKAJI USAHA-USAHA YANG BOLEH DILAKUKAN


BAGI MENINGKATKAN LAGI KESEDARAN PENGGUNA BIIJAK DALAM
KALANGAN PENDUDUK LINTANG ANGSANA, SRI IMPIAN, , 11500, AYER
ITAM, PULAU PINANG

Sila tanda (√) dalam ruangan yang disediakan. Anda hanya boleh memberi satu jawapan
bagi setiap soalan yang dikemukakan.

PERKARA SETUJU TIDAK TIDAK


PASTI SETUJU
I. Sedar tindakan terhadap dirinya

II. Program Kesedaran Pengguna

III. Peka dan prihatin terhadap barang yang


dibeli
IV. Melengkapkan diri dengan ilmu
kepengunaan
V. Melengkapkan diri daripada berhutang

VI. Mendapatkan maklumat sebelum


melakukan pembelian .

RIBUAN TERIMA KASIH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA

RESPONDEN YANG TELAH MEMBERIKAN

KERJASAMA DALAM MENJAWAB SOAL SELIDIK INI.

Pengkaji: Salam sejahtera puan, pada pendapat anda, apakah perkara yang

diberi perhatian oleh anda ketika ingin membeli barang


030603070217

keperluan di LINTANG ANGSANA, SRI IMPIAN, 11500,

AYER ITAM, Pulau Pinang?

Responden:

Pengkaji: Ok...Soalan yang kedua, apakah barangan yang selalu dibeli?

Responden:

Pengkaji: Ok...Soalan yang ketiga, adakah pembelian barangan anda

memuaskan.

Responden:

Pengkaji: Ok...Soalan yang keempat, usaha-usaha yang boleh dilakukan

bagi meningkatkan lagi kesedaran pengguna bijak?

Responden:

Pengkaji: Ok...Soalan yang kelima, adakah anda akan tawar-menawarkan

harga dengan penjual semasa membeli barang di pasar?

Responden:

Pengkaji: Ok...terima kasih puan.

Pengkaji: Soalan terakhir, beberapa kali anda akan membeli barangan ?

Responden:

Pengkaji: Terima Kasih atas Kerjasama anda.

You might also like